29
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA Peta Minda 1 Kelas Biasa Pengurusan Pembelajaran Kendiri Online Belajar secara Berdikari Kemudahan Belajar Pengurusan Masa Strategi Motivasi Mencapai Kejayaan Pembelajara n Kendiri Mengatasi Tekanan Mode Belajar Situasi Pembelajara n OUM. Kaitan dengan Pembelajaran. Mengurus Pembelajaran Anda

Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

TOPIK 1

MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

Peta Minda

1.1 Situasi Belajar di OUM

1

Kelas BiasaPengurusan

Pembelajaran Kendiri

Online

Belajar secara Berdikari

Kemudahan Belajar

Pengurusan Masa

Strategi Motivasi

Memberi Tumpuan

Mencapai Kejayaan

Pembelajaran Kendiri

Mengatasi Tekanan

Mode Belajar

Situasi Pembelajar

an OUM.

Kaitan dengan Pembelajaran.

Mengurus Pembelajaran

Anda

Page 2: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

1.1.1 Situasi pembelajaran di OUMKaedah pembelajaran di OUM berkisar kepada strategi online, kelas biasa, interaksi antara pelajar dengan tutor dan interaksi bersemuka.

Pembelajaran OUM

Belajar Sendiri Interaksi Bersemuka (Modul) (Kelas Biasa)

Online

Rujukan Rakan Pensyarah-Perpustakaan sebaya Digital

Isi Kandungan

Links PDF Fail Power Point Dokumen Lain

Strategi Pembelajaran Perjumpaankelas

Kuliah 3 atau 5 kali - Kelas formal

Perbincangan (10 Jam) - Makmal Komputer & Sains

Laporan Latihan

Kaedah Belajar di OUM

a) Pembelajaran KendiriMelalui kaedah ini kita boleh belajar menguruskan masa sendiri. Kita juga dibekalkan dengan modul dan bahan digital seperti CD ROM sebagai panduan.

2

Page 3: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Kelebihan Belajar Sendiri

b) Interaksi BersemukaKaedah ini merujuk kepada kelas tutorial yang dikendali oleh tutor OUM. Sesi perbincangan tutor dengan pelajar dapat dilakukan.

c) Kaedah OnlineOnline adalah kaedah berkomunikasi melalui media elektronik, melalui email / my LMS kita boleh berbincang dan menyertai forum. Di samping itu, kita boleh membuat rujukan melalui perpustakaan digital.

1.1.2 BerdikariDi OUM, kita digalakkan supaya berdikari. Di samping itu, kita tidak mengabaikan aktiviti harian kita. Sebagai pelajar yang berdikari, kita menggunakan sesetengah atau semua teknik yang disyorkan berikut :

a) Merancang dan Mengurus dengan bijakPerancangan dalan Pengurusan yang bijak akan memudahkan pembelajaran kendiri.

b) Menggunakan masa dengan bijakPengurusan masa yang cekap amat penting supaya kita boleh belajar dengan selesa.

c) Motivasi DiriKita mesti mengetahui teknik memotivasi diri untuk berjaya.

d) Strategi PembelajaranKita mesti bijak merancang kaedah belajar kendiri yang sesuai dengan proses pembelajaran.Contoh: Pelajar visual lebih mudah belajar menggunakan peta minda, carta, nota pendek dan sebagainya.

3

Kelebihan Pembelajaran

Kendiri

Menggunakan teknologi secara

efektif

Memperbaiki bidang kerjaya

Persediaan kepada pembelajaran

sepanjang hayat

Pembelajaran berkualiti

Page 4: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

1.1.3 Memaksimumkan Penggunaan Kemudahan Pembelajaran OUM

Untuk kelengkapan pelajar yang terbaik, anda perlu memperlajari menggunakan kemudahan OUM yang ada dengan maksimum.

Untuk membantu anda menguruskan pembelajaran dengan lebih efektif, anda perlu memahami fungsi-fungsi Pusat Perkhidmatan Pembelajaran OUM, Pusat Pembelajaran Tempatan anda, Perpustakaan Digital OUM dan Laman web OUM

4

Tutorial semuka

Page 5: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

1.2 Pengurusan Pembelajaran

1.2.1 Mengendalikan masalah tekanan Tekanan dalam diri sendiri sesuatu yang semulajadi dan penting dalam kehidupan seharian. Dengan sedikit tekanan yang dihadapi, kita akan dapat mencapai apa yang kita rancang untuk hari atau minggu tersebut. Semasa mengalami tekanan, badan dan otak kita akan terganggu. Tekanan boleh menjadi positif atau negatif dan tubuh kita dibentuk untuk memberi reaksi kepada dua jenis tekanan ini. Kita mesti belajar menangani tekanan dan seterusnya membantu badan kita kembali seperti biasa dan lebih selesa.

Tekanan positif menjadikan kita lebih berwaspada, bermotivasi menghadapi pelbagai cabaran dan dapat membantu kita menyelesaikan masalah. Tekanan yang berada dalam tahap yang rendah, boleh ditangani serta hanya memerlukan penyelesaian biasa.

Tekanan negatif pula belaku apabila tubuh kita mempunyai reaksi yang melampau terhadap hal-hal yang berlaku. Reaksi seperti ini amat berguna pada zaman nenek-moyang kita dahulu di mana mereka melalui ranjau kehidupan atau situasi kematian. Pada ketika ini situasi ini jarang berlaku dan kita mampu melaluinya dalam pelbagai situasi.

Walaupun begitu tekanan diri tidak boleh diabaikan.Tanda-tanda awal seperti perubahan tingkah laku menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam diri sendiri. Antara tanda-tanda tekanan adalah:

Marah dengan tiba-tiba Kehilangan tumpuan untuk belajar Sesuatu tidak kena dalam diri sendiri. Menjauhkan diri daripada teman-teman dan tidak suka bersosial Hilang keseronokan dan tiada daya usaha Sering mengeluarkan kata-kata negatif Sukar untuk memberi tumpuan dan tidak dapat membuat keputusan

dengan baik Tiada kesabaran, cepat naik angin khususnya apabila ada yang tidak

setuju dengan pendapatnya.

Kebanyakan tekanan yang sering mengganggu dan dihadapi oleh pelajar adalah pengurusan diri yang berkaitan dengan hal-hal akademik, perubahan cara hidup, kewangan, kesihatan, perhubungan sosial, keluarga dan kawan-kawan.

Anda perlu mengetahui strategi yang realistik dan sesuai untuk mencari jalan keluar dari situasi ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani tekanan dan menyesuaikan diri dengan masalah-masalah yang dihadapi dalam pembelajaran.

5

Page 6: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

(a) Strategi-strategi untuk mengendalikan tekanan

i ) Pengurusan diri yang teraturAnda boleh membahagikan masa dan tenaga dengan teratur dan sistematik. Dengan ini masalah tekanan dapat dikurangkan dan dapat diatasi dengan lebih efisien. Sekiranya anda bekerja sepenuh masa, anda boleh menentukan masa belajar selepas pada pukul 10.00 malam di mana semua ahli keluarga sudah tidur atau bangun lebih awal pada waktu subuh.

ii) Mengawal persekitaran andaDengan cara ini anda dapat mengurangkan tekanan atau mendapat dorongan untuk diri sendiri. Mengadakan perbincangan dalam kumpulan serta bergaul dengan rakan boleh memanfaatkan masa lapang kita dengan sepenuhnya.

iii) Beri maklum balas positif pada diri sendiri”Anda merupakan seorang insan yang unik seharusnya dapat melakukan sesuatu dengan baik.” Sentiasa ingatkan diri sendiri supaya anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, sekurang-kurangnya 3.0 (Grade Point Average).

iv) Ganjaran diriIni dapat membantu anda untuk sentiasa memandang jauh ke hadapan.

v) SenamanKesihatan dan produktiviti anda bergantung kepada keupayaan badan mengangkut oksigen dan makanan ke sel-sel badan. Justeru itu, senaman untuk hati dan jantung baik untuk badan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah jogging, berbasikal, berenang dan sebagainya.

vi) Rehat Tekanan dapat dikurangkan dengan cara menarik nafas, mendengar muzik, bersenam, bergaul dengan teman-teman dan orang tersayang.

vii) Dapatkan rehat secukupnyaTidur selama 6-7 jam adalah mencukupi bagi orang dewasa. Berilah masa kepada otak kita untuk berehat supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik.

viii) Awasi kesihatan diri andaSentiasa berhati-hati dengan tanda-tanda seperti insomnia, sakit kepala, perut meragam, daya tumpuan yang lemah dan sebagainya. Semua tanda ini tidak boleh dipandang ringan.

ix) Ambil makanan yang seimbangElakkan diri sendiri daripada mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula. Jangan terlalu bergantung

6

Page 7: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

kepada dadah dan alkohol. Berjalan selama 20 minit itu lebih baik kesannya kepada badan daripada bergantung dengan rangsangan dadah.

x) Belajar mengembirakan diriOrang yang sentiasa ceria akan mempunyai umur yang lebih panjang, kurang masalah fizikal dan lebih produktif.

(b) Mengatasi Masalah Dalam Pembelajaran

Beberapa langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah dalam pembelajaran :

i) Mengetahui sumber rujukan Perkara ini sangat penting kerana bahan rujukan akan membantu

kita dalam menyiapkan tugasan serta mendapat keputusan yang cemerlang.

ii) Berkongsi masalahMasalah yang dihadapi dapat dikongsikan bersama keluaga ataupun teman-teman. Di OUM ,bahagian HEP dapat membantu anda menangani masalah pelajar. Kaunselor Dr. Zainal Abidin Ahmad akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

iii) RealistikTentukan matlamat utama anda. Pastikan setiap tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

iv) Tanamkan sikap bekerjasamaUntuk menjadi pelajar yang berjaya, anda perlu bekerjasama antara satu sama lain. Selalu adakan perbincangan dengan teman dan sentiasa berhubung rapat dengan tutor.

v) Belajar menerima kegagalanAnda tidak sepatutnya berputus asa jika gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Ini satu cara untuk meningkatkan daya usaha lagi. Cubalah berbincang dengan tutor bagaimana hendak mempertingkatkan keputusan diri sendiri.

(c) Kebimbangan

Tekanan juga disebabkan oleh kebimbangan. Sebagai pelajar OUM, mungkin anda bimbang tidak mendapat keputusan cemerlang dan memuaskan.Belajarlah bagaimana menghilangkan perasaan bimbang dan percaya pada diri sendiri.

7

Page 8: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Cuba fikirkan

Bimbang tidak dapat mencapai harapan – Perasaan bimbang yang dialami pada saat-saat peperiksaan dan semasa menyiapkan tugasan. Di bawah ialah langkah-langkah penting untuk menangani kerunsingan dan tekanan apabila menyiapkan tugasan :

Menepati masa Aturkan jadual seharian Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang mudah panik Melakukan sesuatu dalam keadaan yang selesa Membaca dan memahami arahan Minta penjelasan secukupnya Sentiasa berusaha Sentiasa tenang

Perkara yang terpenting sekali untuk mengawal masalah perasaan bimbang adalah belajar dengan mengetahui isi kandungan secara terperinci atau mendalam. Belajar bagaimana hendak menentukan matlamat, memotivasikan diri, mengamalkan pengurusan masa yang betul, menghindarkan rasa malas dan sentiasa menceriakan hari anda.

1.2.2 MENETAPKAN MATLAMAT

Matlamat merupakan sesuatu yang anda ingin capai. Dengan adanya matlamat, secara tidak langsung ia akan memotivasikan diri anda untuk membuat kerja, menghadiri kelas dan belajar bagi menghadapi peperiksaan. Oleh yang demikian peluang untuk mengecapi kejayaan semakin cerah.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ramai yang gagal mencapai impian mereka hanya kerana gagal untuk merancang dan menetapkan matlamat yang berkesan.

a. Ciri-ciri matlamat yang berkesani. Pilihan sendiri

8

Anda akan menduduki peperiksaan dalam masa tiga hari lagi. Namun, oleh kerana tugasan dan komitmen diri, anda tidak dapat meluangkan masa untuk membuat persediaan yang rapi. Apabila dilanda panik, apakah reaksi anda?

Mengapa ramai orang gagal mencapai matlamat mereka ? Fikirkan

Page 9: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

ii. Berkaitan dan bersesuaian iii. Mencabariv. Wajar / boleh dicapaiv. Tepatvi. Dapat diukurvii. Mengikut jangka waktu yang ditetapkanviii. Membina / positifix. Ditulis / dicatat

Adalah penting untuk menyeimbangkan matlamat peribadi dan akademik. Penumpuan yang terlalu banyak untuk matlamat peribadi boleh menyebabkan kurang masa untuk belajar. Oleh yang demikian, menyeimbangkan sasaran peribadi dan akademik memerlukan perancangan dan sifat fleksibel. Matlamat boleh berbentuk jangka pendek dan jangka panjang.

Contoh:Matlamat jangka pendek

Memperuntukkan masa selama 3 jam untuk membuat tugasan Saya mahu membaca topik 2 – 4 bagi modul pembelajaran LSD

Matlamat jangka panjang Memperolehi ijazah dalam tempoh 4 tahun Mula ambil MBA pada tahun 2008

b. Lima langkah / pendekatan membina matlamat

Langkah 1Tuliskan matlamat andaCth: Saya hendak membaca Modul LSD muka surat 22-24 sehingga

pukul 4:00 petang

Langkah 2Senaraikan perkara yang mungkin boleh menjadi penghalangCth: Selalu tidur selepas makan tengahari

9

S M A R T

S - Spesific ( spesifik/ tepat / khusus )M - Measurable or verifiable ( boleh diukur atau boleh disahkan )A - Attainable ( boleh dicapai )R - Relevant To Personal Mission ( bersesuaian dengan misi peribadi )T - Time-bounded ( dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan )

Page 10: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Ada perlawanan bola sepak secara langsung di TV pukul 3:00 petang

Langkah 3Catatkan sumber/bahan Cth: Saya ada modul LSD Ada capaian internet di rumah sekiranya perlu melayari laman

web berkaitan

Langkah 4Kaji dan semak semula matlamat andaJika perlu buat pembetulan dan pengubahsuaian

Langkah 5Perhalusi dan murnikan matlamat anda

1.2.3 Strategi Motivasi Untuk Kejayaan Dalam Pembelajaran

Motivasi ialah gerakan dalaman yang memaksa kita untuk berfikir. Ia berkaitan dengan kekuatan, tujuan dan perubahan sikap ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. Semua ini bergantung kepada bagaimana anda melakukan kerja, bila anda bekerja, berapa lama masa untuk anda beri tumpuan kepada sesuatu kerja dan apakah strategi pembelajaran yang anda gunakan.

Strategi asas untuk membantu memotivasikan diri:

Menghadapi Satu Cabaran di samping bersikap Realistik Dengan Kejayaan dalam Pembelajaran

Sebelum anda membuat sesuatu perkara, nyatakan fakta, konsep, atau idea yang hendak dipelajari. Tetapkan satu matlamat yng realistik dan boleh dicapai supaya kita bermotivasi untuk berjaya dengan lebih cemerlang.

Mempermudahkan Tugasan

Jadikan tugasan lebih mudah diurus dengan membahagikannya kepada komponen-kompenan yang lebih kecil untuk mengelakkan perasaan bimbang atau terancam.

Kekalkan Sikap Positif

10

Apakah perkara timbul yang menjadi “penghalang” atau “masalah” kepada anda sebagai pelajar OUM pada masa kini?Bagaimana perkara ini boleh dilihat sebagai cabaran dan peluang?

Page 11: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Berfikiran positif terhadap halangan dan anggapkannya sebagai satu cabaran. Jadikannya satu peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Sasaran Untuk Kejayaan Cemerlang

Jadikan diri anda lebih tekun bila telah mencapai sesuatu matlamat. Tetapkan matlamat lain yang lebih mencabar.

Gunakan Strategi Pembelajaran yang Aktif

Berusaha untuk menggunakan strategi pembelajaran yang aktif seperti mencari sumber di perpustakaan, melayari laman web, berjumpa dan berbincang dengan pensyarah serta rakan-rakan ataupun secara ’on line’.

Belajar daripada Kesilapan

Jangan berasa rendah diri di atas sesuatu kesilapan. Sebaliknya, dapatkan sumber baru yang boleh membantu pembelajaran anda. Dapatkan sokongan daripada pensyarah, rakan-rakan dan sesiapa saja yang boleh membantu . Imbas kembali teknik pembelajaran anda. Nilaikan diri anda, “ Apakah cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu perkara?”

Memantau Pembelajaran anda

Untuk memotivasi diri anda, anda harus memantau perkembangan pembelajaran anda. Dapatkan maklum balas daripada pensyarah terhadap ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak berkenaan.

Aktiviti 1.3

Untuk menguatkan motivasi anda, buatlah refleksi terhadap sebab-sebab anda melanjutkan pembelajaran anda di OUM dan lengkapkan ruangan jawapan untuk memantau progres dan membantu anda memusatkan pemikiran anda. Jika pembelajaran anda memerlukan ketekunan, rujuk kepada jawapan anda untuk meningkatkan motivasi anda.

Persoalan JawapanAdakah terdapat perbezaan tahap pembacaan dalam modul OUM seperti unit, bab, konsep, kemahiran dan lain-lain?

Adakah saya mempunyai matlamat jangka pendek?

11

Page 12: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Berapakah masa saya peruntukkan dalam sehari atau seminggu untuk belajar?

Adakah saya mempunyai jadual harian atau mingguan?

Apakah sumber maklumat yang boleh saya gunakan untuk meningkatkan pembelajaran ?

Bagaimanakah saya memantau pembelajaran saya?

Apakah kemahiran tambahan yang telah saya aplikasikan untuk berjaya sebagai pelajar jarak jauh?

Kepada siapakah saya perlu melaporkan perkembangan pembelajaran saya?

Persoalaan JawapanBilakah perlu melaporkan perkembangan pembelajaran saya?

Apakah ganjaran atas perkembangan tersebut? Kepada siapa saya harus mendapat bimbingan jika sasaran saya tidak tercapai?

Adakah saya berfikir secara positif tentang matlamat saya?

Adakah mata pelajaran berkenaan menarik seperti yang saya gambarkan pada awalnya? Jika tidak, apakah yang harus saya lakukan?

Adakah proses pembelajaran yang saya pilih berkesan?

Perkara-perkara di atas penting untuk mengenalpasti sejauh mana pencapaian pembelajaran saya, seperti yang saya sasarkan. Kejayaan pembelajaran ditentukan oleh penilaian terhadap proses perkembangan dan apa yang telah anda pelajari dari proses tersebut.

1.2.4 PENGURUSAN MASA

12

Page 13: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Pengurusan masa adalah cara untuk anda mengawal dan merancang masa anda. Kejayaan mengurus masa membolehkan anda meyiapkan tugasan sementara mencari ruang/masa untuk menyelesaikan tanggungjawab yang lain. Belajar teknik mengurus masa dengan baik dapat memotivasikan diri demi mencapai matlamat/sasaran anda.

Kejayaan mengurus masa bermula dengan perancangan. Apabila anda merancang aktiviti-aktiviti dengan tujuan untuk mencapai matlamat/sasaran yang paling penting, anda telah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pilihan-pilihan anda. Sekarang anda dikawal oleh cara anda mengurus masa. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu anda untuk:

membuat perancangan lebih awal menilai perkembangan diri mengguna masa dengan produktif mengawal aktiviti sendiri mendahulukan dan memberi keutamaan kepada perkara yang penting mengelakkan kesuntukan masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan

Berikut adalah beberapa nasihat/tip bagaimana menganalisis penggunaan masa anda, tentukan keutamaan dan rancang jadual.

a) Analisis penggunaan masa andaSatu perkara penting dalam pengurusan belajar kendiri adalah anda dijangka dapat mengurus masa sendiri dengan berkesan. Namun demikian, pengurusan masa adalah lebih daripada mengurus masa semata-mata. Ia juga berkaitan dengan cara anda mengurus diri sendiri. Dengan menggunakan jadual 1.1, cuba anda analisis cara anda menggunakan masa.

Ya/Tidak/Jawapan

lain

Strategi: Apa perlu dibuat untuk

memperbaiki?/ Huraikan

1. Adakah saya menggunakan masa dengan berkesan?

2. Bagaimana saya membuang masa?

3. Apa dan siapa mengganggu saya?

4. Perlukah saya merancang masa untuk setahun, semester, mingguan, harian atau setiap kerja?

5. Adakah saya membuang masa dengan mula belajar?

6. Adakah saya banyak menggunakan masa luang

13

Page 14: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

untuk belajar?

b) Tentukan keutamaan andaApabila kamu telah mengetahui jumlah peruntukan masa untuk belajar, anda haruslah belajar bagaimana untuk menentukan keutamaan supaya dapat mengawal situasi dan mencapai matlamat. Beri tumpuan adalah nasihat kami sepanjang masa. Keutamaan anda juga haruslah menggambarkan perhubungan anda dengan orang lain.

Jika kamu sudah berkeluarga, keutamaan anda mungkin termasuk suami/isteri dan anak-anak. Jika anda masih bujang dan tinggal dengan kawan-kawan, mungkin anda akan meletakkan kawan sebagai perkara paling atas dalam senarai.

Menentukan keutamaan adalah sangat penting. Walau bagaimanapun, jangan biarkan orang lain atau keseronokan lain mengganggu matlamat anda sebagai seorang pelajar.

Cubalah aktiviti ini untuk membiasakan diri ke arah mencapai tugasan harian dan tugasan mingguan kamu. Perlu diingatkan bahawa ada banyak cara untuk mencapai tugasan ini. Cara yang paling mudah ialah dengan menyenaraikan tugasan harian untuk hari yang berikutnya. Gunakah contoh di bawah untuk membuat satu jadual untuk kegunaan sendiri. Satu cara untuk menentukan keutamaan adalah dengan menyediakan senarai ‘apa yang hendak dibuat’. Contoh diberikan. Menggunakan contoh, buat satu senarai tugas-tugas tersebut.

Senaraikan perkara yang hendak dibuat

Urutan keutamaan/

Tarikh akhir

1 Hantar anak ke klinik gigi pada pukul 3.00 petang

3

2 Makan tengah hari bersama kawan-kawan

5

3 Kirim surat kepada Dean 1

4 Hantar jawapan untuk forum online 4

5 Mula membaca Bab A 3

c) Merancang Jadual

14

Page 15: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Mulakan perancangan yang teliti dengan menulis/merangka rancangan-rancangan. Ada banyak alat pengurusan masa yang boleh membantu anda merancang. Ini termasuklah jadual waktu, diari, rancangan tahunan. Anda juga boleh menggunakan alat-alat elektronik yang terkini.

Ini adalah beberapa panduan untuk mengenal pasti masa belajar:o Pastikan masa tersebut adalah masa anda segar dan boleh

memberi tumpuano Seboleh-bolehnya, ikut masa yang telah dirancang itu setiap

mingguo Jangan abaikan/ketepikan masa tidur andao Belajar apabila minda anda benar-benar bersedia

Aktiviti 1.5

Berpandukan contoh di bawah, buat satu jadual mingguan anda sendiri. Ini adalah jadual untuk aktiviti-aktiviti mingguan anda, contohnya, kelas, masa belajar, temu janji, kerja dan aktiviti-aktiviti sosial. Apabila sudah siap, bandingkan dengan jadual mingguan sesama rakan anda. Setiap pelajar mempunyai set jadual mingguan yang berlainan.

Month : Week 1 / 2 / 3 / 4

Hari/Masa 8.00 am – 10.00 am

10.00 am – 12.00 tgh

2.00 pm – 4.00 pm

4.00 pm – 6.00 pm

9.00 – dan seterusnya

Isnin SelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad

Ada banyak cara untuk anda merancang dan mengatur tugasan anda. Beberapa faedah yang diperolehi dengan membuat perancangan adalah :

Anda akan sentiasa sedar, berhati-hati dalam menggunakan masa Anda akan dapat mengawal dan mencapai matlamat/sasaran Anda akan dapat mengelak daripada menghadapi kesuntukan masa

1.2.5 STRATEGI PENUMPUAN UNTUK BELAJAR BERKESAN

Kemahiran pengurusan masa merupakan kemahiran yang akan membantu anda untuk memajukan tabiat belajar yang baik. Ianya juga membantu anda untuk meningkatkan kemahiran belajar dengan menggunakan peralatan dan teknik pengurusan masa yang efektif.

15

Page 16: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Penumpuan adalah penting untuk terus belajar. Anda dapat mengenalpasti punca kurang tumpuan ketika belajar. Maka di sini adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tumpuan anda.

a) Sebab-sebab Kurang TumpuanBerikut adalah beberapa punca kurang tumpuan dan cara untuk mengatasinya:

Gangguan Persekitaran: Televisyen, kerusi yang terlalu selesa ,orang sekeliling, dll. Atur atau hapuskan gangguan tersebut. Pergi ke perpustakaan atau ke kelas sekiranya anda benar-benar ingin belajar.

Bising: Muzik, lagu dan perbualan. Cuba latih diri anda untuk menjauhkan diri dari perkara tersebut dan belajar di tempat yang sunyi.

Gangguan Fizikal: Lapar, letih, dan mengantuk. Rancang untuk belajar ketika anda benar-benar bersedia. Makan makanan ringan yang tinggi protien . Buat senaman ringan selama lima minit untuk mencergaskan anda.

Bosan, tidak suka, tidak berminat: Cari sebab untuk menghadiri kelas, berbual dengan pelajar lain atau profesor. Wujudkan minat yang mendalam.

Bimbang tentang pelajaran: Pastikan anda tahu bagaimana belajar secara efektif. Jadikan kursus anda satu keutamaan.

Tekanan tugasan pelajaran: Pecahkan tugasan yang besar kepada tugasan yang kecil yang dapat dicapai. Buat tugasan yang terdesak dahulu. Berilah diri anda penghargaan apabila siap dan denda apabila menghindari tugasan.

Mengelamun: Elakkan daripada mengelamun ketika belajar. Apabila fikiran anda mula melayang, catatlah perkara yang mengganggu anda, kemudian teruslah belajar. Imbas kembali isi-isi penting dan tutup buku anda dan teruslah mengelamun. Belajarlah apabila anda telah bersedia untuk belajar. Jangan mengelamun dan belajar pada masa yang sama.

Bimbang akan keupayaan diri: Kenal pasti dan takrifkan masalah tersebut. Ambil langkah yang kukuh dan rancang cara menyelesaikannya. Bincang dengan seseorang yang dapat membantu, seperti rakan, kaunselor atau pakar.

16

Page 17: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

b) Langkah-langkah Untuk Meningkatkan Tumpuan. Untuk meningkatkan tumpuan ketika belajar, berikut adalah 3 langkah untuk meningkatkan tumpuan anda:

i) Kenal pasti perkara yang menyebabkan kurang tumpuan dan pilih tindakan yang sesuai dengan anda. Jika anda ibu /bapa yang bekerja dan mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah, anda mungkin menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran kerana terpaksa menghadapi gangguan dari anak-anak.

ii) Ambil langkah untuk mengawal keadaan ini.Buat perancangan

dan sediakan jadual untuk membuat pertimbangan bagi memastikan adanya tumpuan yang diperlukan ketika belajar tanpa mengabaikan perhatian terhadap anak-anak; dan

iii) Kawal tabiat anda. Sentiasa pastikan anda dapat memberikan tumpuan sebaik mungkin pada pelajaran sehingga menjadi rutin anda.

c) Tempat Belajar Yang Kondusif Untuk Meningkatkan Tumpuan. Adakah kamu mempunyai tempat belajar sendiri? Tempat yang sesuai

mungkin terpulang kepada kecenderungan emosi seseorang.Sama ada memilih untuk belajar di rumah,di perpustakaan atau di mana-mana, asalkan anda memastikan perkara berikut:

ruangan yang sesuai sebagai tempat belajar perabut yang selesa dan lampu yang sesuai; dan kemampuan untuk belajar secara sistematik!

Mempunyai tempat belajar yang khas, dapat membantu anda memberi tumpuan dalam pembelajaran. Persoalan yang sering ditanya ialah,“Dimana hendak belajar?” Cadangan kami ialah, belajarlah di suatu tempat yang sering anda gunakan.Walau bagaimanapun anda bolehlah sekali-sekala mengikut emosi anda.

Anda boleh mengadakan satu tempat belajar yang kondusif dengan memberi perhatian kepada perkara berikut.

Reka satu sudut khas untuk belajar dalam rumah anda dan pastikan anda hanya belajar di tempat yang sama.

Cipta suasana yang memotivasikan dan menyenangkan. Pastikan sudut belajar yang sesuai dan selesa digunakan.Pastikan

ada pintu untuk menghalang bunyi bising dan gangguan luar. Pastikan kawasan belajar itu mempunyai pengaliran udara yang baik dan suhu.

17

Page 18: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

1.3 CARA PEMBELAJARAN INDIVIDU

Menguasai cara kita belajar dapat membantu keberkesanan pembelajaran. Apabila kita mengetahui cara belajar yang betul, sudah tentulah penumpuan kita terhadap pembelajaran dapat dipertingkatkan.

Terdapat pelbagai cara kita belajar.Mungkin terdapat di kalangan kita mempunyai cara belajar yang tersendiri. Cara belajar dapat didefinisikan sebagai bagaimana seseorang itu mendapat dan memproses maklumat atau dengan kata lain belajar secara ‘ smart ’.

Bagi mengetahui cara belajar yang betul kita mestilah mengetahui strategi belajar yang sesuai serta merancang untuk belajar secara efektif. Terdapat juga di kalangan kita yang cenderung belajar dengan menggunakan visual (penglihatan), bunyi (pendengaran) atau pergerakan. Dalam lampiran 1.1 dinyatakan pelbagai cara belajar. Baca dan ketahui cara belajar yang bersesuaian dengan anda.

Terdapat banyak cara belajar ,tiada satu pun yang khusus dan setiap satu mempunyai kelebihan tertentu. Namun, mengetahui cara belajar yang sesuai akan memberi kelebihan / kebaikan contohnya :

Kita dapat menghadapi sebarang masalah Mengenal / menentukan sasaran dan aspek – aspek yang perlu

diperbaiki Lebih berjaya sebagai pelajar yang belajar secara kendiri

Dalam tajuk ini, kita telah memperkenalkan perkara – perkara yang utama dan berkaitan dengan situasi belajar di OUM serta tip bagaimana untuk belajar secara berkesan. Oleh itu , pendekatan belajar di OUM termasuklah belajar secara kendiri, interaksi secara bersemuka dan juga berlajar secara atas talian ( online).

CARA BELAJAR DAN STRATEGI

18

Page 19: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

Richard M.FelderHoechst Celanese Professor of Chemical Engineering

North Carolina State University

Barbara A.SolomanCoordinator of Advising, First Year College

North Carolina State University

PELAJAR AKTIF DAN REFLEKTIF Pelajar aktif lebih cenderung kepada memahami maklumat melalui cara

perbincangan dan mengaplikasi atau menerangkannya kepada orang lain. Mereka akan berkata “Biar kita cuba dulu dan lihat hasilnya”. Mereka juga lebih suka cuba belajar secara berkumpulan.

Pelajar reflektif pula lebih suka berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Mereka selalu berkata “Biar kita fikir betul-betul dahulu” sebelum membuat sesuatu.

Bagaimanakah pelajar aktif membantu diri mereka sendiri? Sekiranya pelajar aktif tidak cukup masa untuk sesi perbincangan atau pun menyelesaikan sesuatu aktiviti, mereka berusaha untuk mendapat semula apa yang tertinggal semasa mereka belajar. Pelajar aktif lebih suka belajar dalam kumpulan di mana mereka secara bergilir-gilir memberi penerangan tentang pelbagai topik. Mereka membuat ramalan tentang ujian yang akan diadakan nanti dan membuat latihan bagaimana menjawab soalan-soalan tersebut. Biasanya pelajar aktif lebih suka menyimpan maklumat yang diperolehi untuk digunakan pada masa membuat sesuatu yang berkaitan.

Bagaimanakah pelajar reflektif membantu diri mereka sendiri?Sekiranya pelajar reflektif tidak cukup masa untuk berfikir tentang maklumat baru, mereka harus cuba mengkajinya semula semasa belajar nanti. Jangan asyik membaca atau menghafal bahan bacaan. Berhenti mengingati semula sesuatu yang telah dibaca dan fikirkan kehendak soalan. Dengan cara membuat ringkasan tentang bacaan atau membuat nota sendiri lebih berkesan walaupun ia mengambil masa.

PELAJAR PRIHATIN DAN PELAJAR MEMPUNYAI DAYA GERAK HATI TINGGI

PELAJAR PRIHATIN PELAJAR MEMPUNYAI GERAK HATI TINGGI

- Lebih cenderung belajar fakta.- Lebih suka menyelesaikan masalah dengan cara yang baik dan tidak suka perkara yang rumit dan mengejutkan.- Pelajar prihatin berasa marah sekiranya mereka diberi ujian yang kurang jelas

tentang apa yang telah dipelejari.- Rasa bersabar semasa mengendalikan sesuatu dan dapat mengingati fakta dengan baik serta dapat melakukan tugasan seperti apa telah diarahkan

- Lebih suka kepada penerokaan dan membina perhubungan.- Lebih suka berinovasi dan tidak suka membuat pengulangan.- Pelajar ini menjadi lebih mahir dengan menguasai konsep baru dan lebih selesa

dengan unsur abstrak dan kaedah matematik.

- Lebih suka bekerja dengan cepat dan lebih berinovatif.- Tidak suka kursus “plug-and-chug” di

19

Page 20: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

(Dalam Makmal).- Lebih praktikal dan berhati-hati.- Tidak suka kursus yang tidak kaitan dengan alam nyata.

mana ia banyak melibatkan daya ingatan dan pengiraan rutin.

Kadang-kadang setiap manusia boleh berubah samada lebih kepada pelajar prihatin atau pelajar yang mempunyai daya gerak hati yang tinggi. Terpulanglah kepada setiap individu di mana kedudukan tahap tersebut sama ada kuat, sederhana atau lemah. Untuk menjadi pelajar yang berkesan dan boleh menyelesaikan masalah, anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi tersebut. Jika kita memberi penerokaan kepada daya gerak hati anda akan ketinggalan maklumat atau kesilpan dalam pengiraan atau tugasan yang diberi. Sebaliknya jika kita lebih kepada pelajar prihatin, kita lebih bergantung terhadap ingatan dan kepada yang biasa. Ia juga mengakibatkan kita tidak dapat memahami dan berfikir secara inovatif.

Bagaimanakah pelajar prihatin membantu diri mereka sendiri?Pelajar ini mengingati dan memahami maklumat dengan baik sekiranya maklumat yang disampaikan berkaitan langsung dengan alam sebenar. Jika berada dalam kelas yang dipenuhi dengan bahan yang abstrak dan berdasarkan teori semata-mata ini lebih merumitkan lagi pelajar tersebut. Kita harus bertanya kepada pengajar bagaimana mengaplikasi peraturan dan konsep tersebut di dalam latihan. Sekiranya pengajar memberi penjelasan yang kurang difahami, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui ringkasan teks kursus ataupun melalui perbincangan bersama-sama rakan sekelas.

Bagaimanakah pelajar yang mempunyai gerak hati tinggi membantu diri mereka sendiri?Kebanyakan kuliah yang disampaikan di kolej berfokus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun jika anda berada dalam kelas yang memberikan keutamaan daya mengingati dan menghafal formula yang bertukar-tukar maka anda akan mengalami kebosanan. Minta bantuan daripada pengajar untuk menterjemah atau teori yang berkaitan fakta. Anda juga cenderung membuat kesilapan dalam ujian kerana tidak bersabar. Ambil masa untuk meneliti dan menyemak soalan yang dijawab nanti.

PELAJAR VISUAL DAN VERBALPelajar visual dapat mengingati apa yang dilihat , contoh: gambar, gambar rajah, carta aliran, dan lain-lain.Pelajar verbal mendapat banyak maklumat melalui penulisan dan penerangan secara lisan.Gabungan kedua-dua kebolehan tersebut dapat melakukan seseorang memperolehi maklumat dengan baik. Di kebanyakan kolej penyampaian maklumat secara visual kurang dilaksanakan. Kebanyakan pelajar lebih kerap diberi kuliah secara verbal. Malangnya kebanyakan pelajar lebih cenderung kepada pendedahan visual. Pelajar yang baik berkebolehan memproses maklumat samada disampaikan dalam bentuk visual atau pun verbal.

Bagaimanakah pelajar visual membantu diri mereka sendiri?Sebagai seorang pelajar visual, cuba mencari gambar rajah, lakaran, gambar, carta aliran, jadual atau apa saja bahan kursus yang kebanyakannya berbentuk verbal. Minta bantuan daripada pengajar tentang buku ringkas, pita video atau bahan CD-ROM yang memaparkan bahan kursus. Sediakan peta minda dengan menyenaraikan kata kunci dan

20

Page 21: Topik 1 Menguruskan Pembelajaran Anda

menggabungjalinkan konsep-konsep yang berkaitan. Nota yang disalin perlu ditandakan dengan pen warna tertentu.

Bagaimanakah pelajar verbal membantu diri mereka sendiri?Dengan menulis ringkasan atau membuat rangka tentang bahan kursus dalam perkataan sendiri. Bekerja dalam kumpulan lebih berkesan kerana dapat memahami penerangan oleh rakan atau diri sendiri.

PELAJAR SISTEMATIK DAN GLOBAL Pelajar sistematik lebih cenderung mengambil tahu sesuatu dengan mengambil

langkah-langkah yang logik untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

Pelajar global lebih suka belajar secara tidak mengikut urutan tanpa mengambil kira kaitan di antara apa yang dipelajari tetapi tidak dapat menerangkan semula apa yang diperolehi.

Ramai orang tidak mengetahui samada ia tergolong dalam pelajar global. Pelajar sistematik tidak memahami sepenuhnya bahan tetapi mereka boleh menyelesaikan tugasan atau lulus dalam ujian. Ini disebabkan pengetahuan sedia ada adalah logik.

Keupayaan berfikir bagi pelajar global tidak bersistematik maka mereka mengalami masalah besar sehinggalah mereka mendapat gambaran tentangnya. Walaupun begitu mereka masih lagi kabur tentang kandungan tersebut. Pelajar sistematik , walaupun mereka mengetahui dengan lebih banyak, mereka masih lagi bermasalah dalam pelbagai aspek dalam subjek yang sama atau sebaliknya.

Bagaimanakah pelajar bersistematik membantu diri mereka sendiri?Kebanyakan kuliah di kolej menitikberatkan kaedah pengajaran secara sistematik. Kalau kita seorang pelajar yang diajar oleh guru berfahaman global, kita akan menghadapi masalah memahami apa yang diajar. Minta pengajar mengulang semula apa yang tertinggal atau pun boleh membuat ringkasan sendiri. Pada waktu belajar, ambil masa untuk mencatat bahan kuliah secara sistematik. Dalam tempoh panjang, ia menjimatkan masa. Anda juga boleh cuba menggunakan cara berfikir global dengan topik yang berkaitan. Lebih banyak anda berbuat demikian lebih mendalam pemahaman anda berkaitan topik tersebut.

Bagaimanakah pelajar global membantu diri mereka sendiri?Jika anda seorang pelajar global, jangan menganggap yang anda seorang pelajar yang lemah walaupun cara belajar adalah berlainan dengan pelajar sekelas. Di samping itu, banyak langkah yang boleh membantu anda mendapat gambaran yang jelas dengan lebih cepat. Sebelum memulakan sesuatu bab yang baru, anda digalakkan untuk membaca secara sepintas lalu bab yang akan dipelajari nanti. Dengan berbuat demikian ia boleh menjimatkan masa pada masa kelak. Anda boleh bertanya kepada pengajar atau membuat rujukan berkaitan mata pelajaran yang anda sudah ketahui. Selalunya anda dapat memahami cara membuat hubungkait di antara topik dan disiplin yang boleh diaplikasikan di luar jangkaan pelajar-pelajar sistematik.

21