TOKOH TAMADUN EROPAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TOKOH TAMADUN EROPAH

Citation preview

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA : Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

ISI KANDUNGANBilTajukMuka Surat

1.PENGENALAN1

2.LATAR BELAKANG TOKOH2

3.PENDIDIKAN4

4.PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI 6

5.HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI8

6.PENUTUP10

7.RUJUKAN11

PENGENALAN

Kemasukan Islam di Andalus pada tahun 711M sehingga 1492M merupakan satu titik penting dalam sejarah tamadun Islam di Eropah. Kehadiran Islam di Andalus bukan sahaja menghapuskan penindasan dan kekejaman pemerintah-pemerintah Kristian sebelumnya, tetapi juga berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang unggul serta masyarakat intelek yang menjadi model kepada seluruh masyarakat Eropah. Pada dasarnya, tamadun Islam di Andalus lahir dari sumber agama Islam di samping kebudayaan-kebudayaan lain yang terdapat disekitarnya.

Sarjana-sarjana Islam dari Timur dan Andalus telah berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan dan perkembangan kegiatan keilmuan khususnya dalam bidang sains tulen yang kemudiannya menjadi asas kepada kebangkitan sains dan teknologi Negara-negara Barat. Sarjana dan cendikiawan Islam seperti Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Ibn Khaldun, Ibn Bajjah, Al-zahrawi, Jabir ibn Aflah dan lain-lain lagi telah menggunakan seluruh kehidupan mereka dalam usaha menyelidik dan meneroka berbagai bidang ilmu pengetahuan baru tanpa meninggalkan sumber Al-Quran dan hadis.

Pengaliran ilmu dari tamadun Islam Andalus ke Eropah ini berlaku serentak dengan kegiatan penterjemahan di Andalus. Pengaliran ilmu ini berlaku apabila sarjana Barat yang datang ke Andalus ini membawa pulang ke negara asal mereka sama ada hasil penterjemahan daripada bahasa Arab mahupun hasil-hasil karya sarjana Islam yang asal. Walau bagaimanapun, tidak semua sarjana Barat kini mengakui dan mengiktiraf sumbangan para sarjana Islam terdahulu dan beranggapan bahawa sarjana Islam Andalus hanyalah tali pengangkut yang mengangkut ilmu daripada tamadun-tamadun lain.

Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

LATAR BELAKANG TOKOH

Abu Ja'far Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi atau dikenali sebagai Al-Khawarizmi adalah seorang Parsi, Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau merupakan seorang ahli astronomi, ahli astrologi dan ahli geografi. Beliau dilahirkan pada tahun 780 di Khwazirm (di Parsi kuno, kini Khiva, Uzbekistan) ada yang mengatakan Al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. (Britannica)

Al-Khawarizmi hidup di zaman berkembang pesatnya ilmu pengetahuan dan ekonomi. Kota Baghdad pada waktu itu merupakan sebuah kota besar yang sangat

penting dan menjadi salah satu pusat peradaban, di samping menjadi tempat bertemunya para pedagang antara wilayah timur dan barat kekuasaan Islam. Pada masa itu juga, Al-Mamun duduk di kerusi kekhalifahan dinasti Abbasiyah. Beliau adalah seorang yang sangat cinta kepada ilmu dan pengetahuan. Bahkan, terkadang beliau harus memaksa para musuhnya menandatangani surat perjanjian yang berisi kesediaan untuk memberikan sebahagian buku-buku berbahasa Yunani yang sangat bernilai dan sukar untuk didapati. Beliau juga sering mengirim utusan-utusan ke pelbagai penjuru untuk membeli ataupun menyalin teks-teks asli buku yang bertulisan tangan. Kebetulan, salah seorang yang menjadi pimpinan dari rombongan itu adalah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau pernah dikirim ke Afghanistan, bahkan pernah sampai ke India lalu pulang dengan membawa buku-buku dan tulisan tangan yang sangat berharga.

Lantas, baginda menyerahkan urusan pengaturan Al-Hikmah kepada Al-Khawarizmi dan menjadikannya sebagai pusat sastera yang didiami oleh para ulama dan peterjemah yang dibayar langsung oleh negara. Mereka hanya perlu memfokuskan diri mereka pada kajian, penelitian dan penterjemahan. Mereka juga akan diberikan bayaran yang banyak atas setiap karya sastera baru yang mereka berikan ataupun hasil karya lama dari para tokoh-tokoh terdahulu yang telah mereka terjemahkan dan menjadi santapan para pengkaji dan peneliti.

Al-Khawarizmi menyentuh sedikit tentang Al-Hikmah dalam pendahuluan bukunya yang berjudul Al-Jabr wal Muqaabalah. Seraya berkata,Para ulama pada masa-masa yang akan datang ataupun masa lalu akan terus menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu dan kebijaksanaan. Mereka melakukan itu semua demi generasi setelah mereka dan mengharapkan balasan sesuai jerih payah yang mereka curahkan serta berharap mereka akan selalu dikenang atas semua hasil karya mereka, ataupun akan tetap ada orang-orang jujur yang berbicara tentang kebaikan mereka dibandingkan orang-orang yang telah berani membayar mereka, dan membuat mereka sengsara dalam menyingkap rahsia-rahsia ilmu pengetahuan. Mereka adalah orang-orang yang berhasil menciptakan sesuatu yang belum dijumpai oleh orang sebelumnya, lalu mewariskan pada generasi berikutnya, atau mereka menjelaskan hal-hal yang masih tidak jelas dari orang-orang sebelumnya, lalu memudahkan pemahamannya dan mendekatkan kesimpulannya. Ataupun mereka menemukan kekurangan pada beberapa buku, lalu mengumpulkan segala hal yang masih tercerai-berai dan menjelaskannya dengan baik, selalu bersangka baik kepada orang yang menulis buku itu dan sama sekali tidak menuduh yang buruk, ataupun bangga diri atas apa yang telah dikerjakannya.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Beliau merupakan seorang ahli astronomi Islam yang terawal dan berjaya menyiapkan sebuah takwim atau zij yang digunakan untuk meramal kedudukan planet dan bintang (Salma Kadhra Jayyusi,1992 : 960) Takwin yang berjudul Zij Al-Sindhind ini adalah berdasarkan kepada Siddhanta Hindu. Beliau juga menulis karangan tentang alat astrolabe Yunani. Walaupun alat astrolabe pertama dicipta oleh orang Yunani, namun pada zaman Islam, alat ini telah diubah suai sepenuhnya dan sehingga hari ini terus dikenali sebagai ciptaan asli orang Islam pada zaman tersebut. Jadual astronomi yang di bina oleh Al-Khwarizmi dan ditulis semula oleh Maslamah ibn Ahmad di Madrid pada abad ke-10M, telah diterjemah ke bahasa Latin pertama kali oleh Adelard of Bath, diikuti oleh Herman dan Robert of Chester kemudiannya (Nakosteen, 1964:191).

Al-Khawarizmi sebagai guru Al-jabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah Al-Mamun, bekerja di Bayt Al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah Observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan Al-Jabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-KhawarizmiGelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah Al-Khawarizmi, Al-Cowarizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi atau Al-Gorism. Nama Al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula Al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui KaryaSumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

Al-Jabr wal Muqabalah: Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Hisab Al-Jabr wa al-Muqabalah: Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsepsifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ilmu hisab Al-khataayn atau kalkulus : Dua ralat dan mengembangkan prosedur-prosedur aritmetik. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu kalkulus yang digunakan pada zaman sekarang. John of Seville telah menerbitkan versi bahasa latin ilmu aritmatik yang diterjemahkan daripada karya asal bahasa arab oleh Al-khwarizmi pada abad ke-10M (Al-Daffa,1988:43).

Amat penting juga sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang geografi pada zaman pertengahan. Peningkatan beliau dalam menghasilkan kerja Ptolemy berhak Surah al-Ard (Bentuk Bumi). Buku teks ini wujud dalam manuskrip; peta tetapi malangnya ia tidak dipelihara, walaupun ulama moden telah membina semula dari penerangan al-Khwarizmi.

Al-Khawarizmi telah menulis beberapa karya lain termasuk risalah mengenai kalendar Ibrani (Risalah fi Istikhraj ta, rkh al-yahd "Pengekstrakan Era Yahudi"). Ia menerangkan kitaran interkalasi 19 tahun, kaedah-kaedah untuk menentukan kepada berapa hari dalam seminggu dan hari pertama dalam bulan Tishri akan jatuh; mengira tempoh antara zaman Yahudi (penciptaan Adam) dan era Seleucid; dan memberikan kaedah-kaedah bagi menentukan longitud min bagi matahari dan bulan menggunakan kalendar Yahudi. (Wikipedia)

Ini adalah contoh-contoh sebahagian hasil beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Mufatih al-Ulum: yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Merupakan sebuah buku himpunan peraturan untuk menyelesaikan persamaan linear dan kuadratik, dan juga masalah geometri dan bahagian. Perkataan aljabar di sini membawa maksud kembalikan, iaitu mengembalikan imbangan pada persamaan dengan meletakkan di sebelah persamaan sesuatu yang telah diambil daripada sebelah lain. Manakala Al-Muqabala pula bermaksud mudahkan iaitu mencampurkan atau menolak nilai-nilai yang sama pada kedua-dua belah persamaan (Al-Daffa, 1988:43).

Shuuratul Ardh: Merupakan sebuah buku geografi. Ketika menulisnya, Al-Khawarizmi bergantung pada geografi versi Bethlumus1 dengan beberapa perluasan dan penambahan. Lebih khususnya mengenai peta. Sinopsis buku ini dicetak untuk pertama kalinya pada tahun 1926 M dan diterjemahkan ke bahasa Jerman pada tahun 1932 M.

Zij Karya Khawarijmi: Adalah buku yang ditulis dalam bidang astronomi dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1126 M. ini adalah buku Al-Khawarizmi pertama yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Sedangkan penyebarannya pertama kali dilakukan pada tahun 1909 M.

Al-Amal bi Usturlab

Al-Tarikh

Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

1. Bethlumus adalah ahi astronomi asal Yunani, dilahirkan di Mesir pada tahun 90 M dan tumbuh besar di Alexandria, lalu meninggal pada tahun 186 M. di antara buku terkenalnya adalah Al-Majesthi, buku tertua dalam ilmu astronomi.

PENUTUP

Tidak diragukan lagi bahawa Al-Khawarizmi adalah salah satu pemuka ilmu matematik di dunia. Beliau memiliki sumbangan dalam pembuatan ilmu Aljabar dengan bentuk yang lebih berdikari serta mampu berinovasi dalam sejumlah kajiannya yang masih dipelajari sampai sekarang di pelbagai belahan dunia. Ada bukti yang lebih kukuh iaitu dapat dilihat bahawa banyak di antara penamaan dan istilah-istilah yang sering dipakai sekarang masih ada kaitannya dengan istilah-istilah yang dibuat oleh Al-Khawarizmi. Contohnya, Al-Khawarizmi adalah orang pertama yang memakai istilah Al-Jabr wal Muqaabalah untuk nama ilmu ini. Aljabar itu sendiri ertinya adalah menambah pada setiap yang kurang agar tidak menjadi kurang, sedang muqaabalah ertinya membahagi sesuatu yang semisalnya. Sehingga, tidak ada dua hal yang sama dalam dua arah.

Istilah Aljabar telah dipakai dalam berbagai bahasa untuk merujuk pada ilmu tersebut. Dalam bahasa Inggeris digunakan algorithm dan Perancis algebra. Begitu juga halnya sistem bilangan puluhan disebut juga dengan istilah algoritma yang diambil dari penamaan Al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi adalah tokoh ilmuwan pertama yang menulis buku dalam bidang matematik dan dalam penjelasannya menggunakan huruf-huruf India serta sistem kuadrat, pecahan dan akar. Dia juga orang pertama yang menyedari akan pentingnya nilai kosong dalam penomboran dan hitungan. Seraya berkata,

Dalam proses pembahagian jika tidak ada nilai baki, maka kita akan letakkan kosong dan tidak membiarkan ada tempat yang kosong sehingga tidak terjadi kesusahan antara tingkatan satu dan puluhan.

Itulah dia Abu Ja'far Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi, seorang tokoh besar matematik yang sangat menonjol dalam sejarah peradaban, kebudayaan dan keilmuan Arab. Beliau juga banyak meninggalkan warisan abadi dalam bidang matematik. Namanya sering kali berkumandang di university dan sekolah di dunia.

RUJUKAN

12 Tokoh Pengubah Dunia oleh Khalid Haddad terbitan Mustread

Andalus Semarak Tamadun di Eropah oleh Salmah Omar terbitan Karisma Publications.

Dr. Ali Musthafa Musyarrafah dan Dr. Muhammad Mursi Ahmad, Kitaabul Jabr wal Muqaabalah, (pendahuluan dan prolog) terbitan Darul Katib Al-Arabi, 1986 M, Kairo

11 | Page