Upload
doliem
View
265
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
1
Sekapur Sirih Dr. Francis Paul
Pengarah Hospital Duchess Of Kent Sandakan
The Duchess – Where Health Matters adalah buletin kebanggaan Hospital Duchess of Kent
Sandakan. Sejak penerbitan pada tahun 2015, buletin ini terus membuat liputan aktiviti yang
dijalankan di hospital dan aktivti bersama masyarakat Sandakan.
HDOK terus menjalankan pelbagai aktiviti dan program dengan satu tujuan utama iaitu
meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan di kawasan Sandakan dengan penglibatan
masyarakat. Ini selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu , ‘Negara
menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik’
Pada awal tahun ini, Sandakan dilanda dengan peningkatan kes denggi yang tertinggi di Sabah. Pada masa ini, hospital menerima
banyak kes dan yang lebih mengecewakan lagi terdapat kematian denggi pada awal tahun. Seluruh penduduk daerah yang diterajui
oleh Pejabat Kesihatan dan Majlis Daerah Sandakan dengan pemimpin bekerja tekun , bergotong –royong membersihkan kawasan
pembiakan nyamuk aedes dan membuat kerja pembasmian telah membawa hasil sehingga wabak terkawal.
Antara pencapaian utama tahun ini adalah pensijilan Hospital Bebas Kesakitan di mana HDOK merupakan hospital pertama di Sabah
yang mendapat pensijilan ini. Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan hospital khasnya kepada Team Painfree Hospital yang
gigih berusaha untuk menjayakan pelaksanaan program ini. Kredit juga harus diberikan kepada pasukan MS ISO yang sangat cekal
dan gigih dalam memastikan kesinambungan pensijilan MS ISO sebagai satu budaya kerja di hospital ini.
Dengan keadaan peruntukan yang berkurangan pada tahun ini, segala aktiviti dilaksanakan dengan kadar sederhana dengan budaya
penjimatan yang telah dimulakan sejak tahun 2013. Namun, sambutan seperti Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tidak
kurang seri dengan kehadiran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Pihak hospital juga menggunakan pendekatan NBOS dan
penglibatan NGO untuk berkongsi sumber seperti aktivti Kem Perubatan, Hari Hepatitis Sedunia, Colorectal Screening dan lain-lain
lagi.
Syabas dan tahniah kepada semua!
.
Sekian, terima kasih
Tinta Ketua Editor
Dr. Paul Chan Hong Kit
Timbalan Pengarah
Hospital Duchess Of Kent
Sandakan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada sidang redaksi “The Duchess” Edisi 3 Januari hingga
September 2016 kerana sekali lagi berjaya menerbitkan buletin untuk Hospital Duchess of
Kent Sandakan. Ini adalah edisi yang ketiga selepas dua edisi yang telah diterbitkan tahun
2015.
Saya merakamkan terima kasih kepada Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan atas
sokongan beliau terutama dalam usaha penerbitan “The Duchess”. Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada semua jabatan, unit dan wad kerana menyumbangkan artikel dan
gambar-gambar aktiviti untuk dimuatkan dalam buletin ini. Tanpa sokongan dan kerjasama
semua sudah tentu “The Duchess” tidak akan berjaya diterbitkan.
Saya mengharapkan kerjasama dan sokongan semua akan dapat diteruskan untuk edisi
yang keempat bagi terbitan Oktober hingga Disember 2016 nanti. Diharapkan akan lebih
ramai yang akan menyumbangkan artikel supaya akan dapat merakamkan kenangan manis
semasa berada di hospital ini.
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
2
Anugerah Hospital Bebas Kesakitan
Seramai 131 kakitangan Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang bagi tahun
2015. Majlis penganugerahan ini berlangsung di Dewan Raflesia Kolej Kejururawatan Sandakan yang telah disempurnakan
oleh Yang Berbahagia Dr Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital dan Dr
Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah merupakan antara penerima APC di kalangan 113 penerima APC HDOK.
Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) merupakan hospital pertama di negeri Sabah yang mendapat Pensijilan
Hospital Bebas Kesakitan ( Pain Free Hospital ). Pengauditan yang diketuai oleh Dr. Muralitharan Perumai, Pakar Perunding
Anestesiologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Dato’ Dr Fitjerald Hendry, Pakar Perunding Kanan Jabatan
Pembedahan, Hospital Selayang telah diadakan pada 2 Jun 2016 di Bilik Mesyuarat Utama HDOK dan Dewan Selingan.
Pada hari yang sama pameran juga turut diadakan bagi menerangkan kepada masyarakat dan warga hospital mengenai
Hospital Bebas Kesakitan. HDOK yang diketuai oleh Dr Francis Paul, Pengarah Hospital berasa bersyukur kerana hasil
penat lelah serta kerjasama komiti Hospital Bebas Kesakitan akhirnya mendapat Pensijilan ini.
131 Kakitangan Terima Anugerah Pencapaian Cemerlang
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
3
1
Bengkel Transformasi Pasukan
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HDOK telah menganjurkan Bengkel Transformasi Pasukan pada 27 Februari di
Dewan Selingan yang disertai oleh 40 orang termasuk pegawai perubatan, penyelia jururawat, ketua-ketua jururawat,
jururawat dan pembantu perawatan kesihatan. Bengkel ini berjaya mewujudkan semangat kerjasama pasukan di kalangan
peserta. Aktiviti yang dijalankan transformasi minda, tiang tinggi, kumpulanku sayang dan banyak lagi. Bengkel ini telah
dirasmikan oleh Dr Rusnah Ab Rahman, Ketua Jabatan Anestesiologi HDOK.
Kem Perubatan Penghubung Masyarakat Luar Bandar
Kampung Masaum, Penangah Tongod merupakan pilihan Kem Perubatan HDOK untuk jejajah siri satu yang telah diadakan
pada 20 hingga 22 Mei. Seramai 310 orang telah menjalankan pemeriksaan dan rawatan yang telah disediakan. Antara
pemeriksaan dan rawatan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, pemeriksaan dan rawatan kutu, pemeriksaan mata
dan pemberian ubat cacing. Kem perubatan ini melibatkan pengarah hospital, doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan
dan kakitangan pelbagai jawatan.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
4
Farmasi Anjur Kursus Hospital Bebas Kesakitan
Malaysia Dental Assocation Eastern Zone (MDAEZ) & Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial HDOK julung-julung kalinya
mengadakan Sandakan Dental Study Night pada 23 Mei 2016 bertempat di Sabah Hotel Sandakan. Program ini turut
melibatkan 14 klinik pergigian swasta. Antara objektif utama adalah memberi pendedahan & Continuing Dental Education
(CDE) kepada pegawai pergigian khususnya yang bertugas di klinik pergigian swasta dan pegawai pergigian kerajaan
amnya. Antara penceramah yang dijemput adalah Dr Jeremy Lee Ju Kuan, Pakar Bedah Mulut di Jabatan Bedah Mulut &
Maksilofasial, HDOK dan Dr Lillybia Emily Ebin, Pakar Pergigian Orthodontik di Klinik Pergigian Sandakan.
Sandakan Dental Study Night
Jawatankuasa Farmasi Ward telah menganjurkan kursus ‘Pain Free Hospital’ Peringkat Jabatan Farmasi pada tarikh 7 Mei
2016 dari jam 8 pagi hingga 2 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Klinik Pakar. Seramai 46 orang
staf jabatan farmasi telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada pegawai farmasi, pegawai farmasi provisional dan
penolong pegawai farmasi.Dr Yap Huey Ling dan Dr Haslini Lias telah dijemput untuk memberi ceramah selaku ahli
jawatankuasa ‘Pain Free Hospital', Hospital Duchess of Kent untuk berkongsi ilmu dan memperkenalkan konsep Hospital
Bebas Kesakitan kepada ahli jabatan farmasi. Kajian kes berkumpulan juga dijalankan untuk memperkukuhkan lagi
pemahaman tentang pengurusan kesakitan
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
5
Aktiviti Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
HDOK sertai Sambutan Maulidur Rasul
Sepanjang Januari hingga Jun 2016 pelbagai aktiviti dan latihan yang telah dijalakan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Aktiviti ini adalah untuk mewujudkan kecekapan, kemahiran serta kerjasama setiap kakitangan. Antara aktiviti yang
dilaksanakan ialah bengkel “Breakaway Technique”, Program penambahbaikan mural jabatan dan sambutan Hari Jururawat
Sedunia. Pelbagai program yang bakal dianjurkan lagi terutama Hari Pencegahan Bunuh Diri dan Hari Kesihatan Mental.
Hospital Duchess of Kent Sandakan turut menyertai sambutan Maulidur Rasul Daerah Sandakan. Perarakan ini telah disertai
lebih dari 300 kakitangan Hospital Duchess Of Kent yang bertema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” kontinjen HDOK
telah diketuai oleh pegawai dari Unit Hal Ehwal Islam Ustaz Mohammad Hafizuddin bin Ishak dan Ustaz Ahmad Nur Afif bin
Arsad berarak sepanjang lebih 3 Kilometer perjalanan dengan mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan membawa sepanduk yang mewakili HDOK.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
6
Unit Kaunseling Anjur Kursus Pendidikan Kewangan
Bengkel Minda Sihat HDOK
Seramai 66 orang kakitangan HDOK telah menghadiri Kursus Pendidikan Kewangan yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling
dan Pengurusan HDOK dengan kerjasama AKPK Cawangan Sabah. Peserta telah didedahkan dengan tajuk Pengurusan
Kewangan yang telah disampaikan oleh Encik Idris Kassim. Antara tajuk lain ialah pengurusan aliran tunai, penggunaan kad
kredit secara bijak, pengurusan hutang dan pembelian rumah dan kereta. Sesi pengenalan telah disampaikan oleh Puan
Sharon Laundi, Kaunselor HDOK.
Unit Promosi Kesihatan Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Bengkel Minda Sihat. Seramai 70
kakitangan telah menyertai bengkel ini yang telah dilangsungkan di Dewan Selingan yang dirasmikan oleh Dr Francis Paul,
Pengarah Hospital. Aktiviti yang telah dijalankan ialah ceramah Pemakanan Sihat oleh Jabatan Sajian dan Dietetik dan
Ceramah dari Unit Perhubungan Awam yang bertajuk Jiwa Yang Terluka serta Minda Sihat oleh Cikgu Malin selaku
penceramah jemputan. Pertandingan kuiz antara kumpulan turut diadakan serta senamrobik yang diketuai oleh Encik
David. Pada masa yang sama telah dilancarkan program biggest loser
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
7
Unit Kejururawatan HDOK Johan KIK
Bengkel EKSA “Go Green”
Kumpulan Raflesia dari Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent, Sandakan johan Konvensyen Kumpulan Kreatif &
Inovatif (KIK) kali ke-23 peringkat Negeri Sabah kategori teknikal anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan
kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu di Kompleks Kerajaan Persekutuan Putrajaya Sabah pada 9 hingga
11 Mac 2016.
Jawatankuasa EKSA HDOK telah Berjaya mengadakan bengkel
EKSA “Go Green” kali pertama untuk tahun 2016. Seramai 50 peserta
dari pelbagai unit dan wad menyertai bengkel sehari ini. Aktiviti yang
dijalankan ialah Ceramah Pengenalan EKSA, Pengurusan Pejabat,
Pengauditan dan lawatan ke unit-unit. Bengkel ini telah banyak
meningkatkan kefahaman tentangan pengurusan dan pelaksanaan
EKSA di hospital
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
8
Kursus ALS Tingkatkan Kemahiran
Perkhidmatan Gine-Onkologi Jabatan O&G
Kursus ALS telah dijalankan pada 16 hingga 17hb Mac 2016 dan 16 hingga 17 Mei 2016 yang dikendalikan oleh Pakar-Pakar dan Pegawai Perubatan dari Jabatan Anestesia dan Jabatan Kecemasan. Peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Jururawat Terlatih dan Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Beluran, Kinabatangan dan Hospital Duchess of Kent yang bertugas di Jabatan Kecemasan, Anestesiologi, Pembedahan dan Obstetrik dan Ginekologi. Antara topik ceramah yang diberikan adalah berkenaan Airway Management, Drugs use in Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal; i. Airway ii. Defibrillation iii. ECG Recognition iv. Megacode.
Hospital Duchess of Kent Sandakan merupakan Hospital rujukan bagi kes-kes gine-onkologi dari seluruh kawasan pantai timur Sabah (Sandakan, Tawau, Lahad Datu). Ini berikutan daripada kekurangan pakar gine-onkologi di negeri ini. Lawatan ini telah berjaya mengurangkan beban hospital untuk menghantar pesakit gine-onkologi ke hospital rujukan lain untuk tujuan rawatan. Pakar perunding gine-onkologi dari Hospital Ampang Kuala Lumpur telah menjalankan lawatan secara tetap ke hospital ini bermula dari Januari 2015. Sebanyak 18 sesi lawatan telah dijalankan sepanjang tahun 2015 hingga Jun 2016. Pada setiap sesi lawatan, seramai tujuh hingga 14 pesakit berjaya diperiksa dan diberi kauseling mengenai penyakit yang mereka hadapi semasa sesi klinik dan seramai tiga hingga enam pesakit akan dipilih untuk menjalankan pembedahan di hospital ini. Lawatan ini telah berjaya merawat 78 pesakit gine-onkologi melalui sesi pembedahan manakala seramai 210 pesakit telah dirujuk kepada pakar semasa sesi klinik. Pakar-pakar perunding yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan lawatan ini adalah Dr Yong Chee Meng, Dr Jamil Omar, Dr Mohamad Faiz Mohamed Jamli dan Dr Vigneswaran A/L Ramakrisnan.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
9
Evening Health Seminar
Bengkel “SSkin Care Bundle “ dan “Malaysian Registry of Intensive Care”
Evening health seminar telah diadakan di Borneo Cove Sandakan 25 April 2016 yang dihadiri oleh pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan juruteknologi makmal perubatan, yang dianjurkan oleh Persatuan JTMP Malaysia Sabah dan dirasmikan oleh Dr Francis Paul, Pengarah Hospital. Objektif seminar ini ialah meningkatkan pengetahuan dan tahap kesedaran kesihatan kepada anggota KKM melalui pencegahan dan kawalan terhadap kejadian penyakit berjangkit dengan menghapuskan wabak, memutuskan rangkaian dan menentukan punca jangkitan supaya dapat mengurangkan morbiditi dan mortality. Selain itu, mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kakitangan kementerian Kesihatan Malaysia. Penceramah jemputan Dr Ng Wan Jun , Dr Kok Huey Tean, Mr Tan Yew Wern dan Encik Sandra @ Syukur Sahlih.
Kursus SSkin Care Bundle telah dijalankan pada 27 Januari 2016
di Unit Rawatan Rapi bagi melatih dan memberi pendedahan
kepada anggota ICU tentang kaedah mencegah “pressure sore”
dikalangan pesakit kritikal secara berkesan dan seterusnya dapat
memberi manfaat kepada pesakit. Bengkel Malaysian Registry
Intensive Care yang merangkumi aktiviti proses pengumpulan
data kemasukan pesakit kritikal di ICU, Ventilator Care Bundle
dan Central Venous Catheter Care Bundle telah diadakan pada
13 April 2016 di Unit Rawatan Rapi. Bengkel ini bertujuan bagi
memantapkan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran
anggota ICU untuk mengumpul data-data pesakit dan
berkeyakinan melaksanakan penjagaan pesakit diventilasi.
Bengkel ini adalah bagi memastikan rawatan kritikal yang cekap,
berkesan dan selamat. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pakar
dan pegawai perubatan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan
Rapi.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
10
Majlis Sodop Kaamatan Jabatan Farmasi
Sodop Karamayan Anest 2016
Pada 23 Mei 2016, Majlis Sodop Kaamatan Jabatan Farmasi anjuran Kelab Sosial & Rekreasi Jabatan Farmasi. Majlis ini
diadakan bagi meraikan perayaan ‘Pesta Kaamatan’ atau Pesta Menuai yang disambut pada setiap tahun di Sabah. Tema pada
malam itu adalah ‘Etnik atau Tradisional Sabah’ dimana kesemua anggota Jabatan Farmasi hadir dengan berpakaian etnik dari
pelbagai suku kaum di Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah para auditor dari bahagian KKM yang menjalankan audit
di Hospital Duchess of Kent.Majlis dimulakan dengan persembahan Tarian Pembukaan kaum Kadazan setelah tibanya
kesemua tetamu kehormat dan para jemputan yang lain. Encik Quah Joo Lee meyampaikan ucapan alu-aluan selaku wakil
kepada Ketua Pegawai Farmasi, Pn Masturah Abd Rajik.
Majlis Makan Malam Jabatan, “Sodop Karamayan Anest 2016” telah diadakan pada 15 Mei di Sabah Hotel Sandakan. Majlis
yang bertemakan Kostum Tradisional Sabah ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr. Francis Paul dan diserikan
dengan kostum pelbagai etnik dan dihiburkan dengan pelbagai acara menarik. Majlis ini adalah agenda tahunan bagi
mengeratkan perhubungan di antara anggota pelbagai lapisan di jabatan dan juga antara warga HDOK.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
11
Kursus Radiologi Jabatan Pengimejan
Diagnostik
Personaliti Unggul CME Anjuran Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi
Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Duchess Of Kent
Sandakan telah mengadakan kursus ini dengan objektif
untuk memberi informasi terkini berkaitan dengan bidang
radiologi dan pengendalian pesakit semasa menjalani
pemeriksaan di Jabatan Radiologi. Para peserta terdiri
daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan
dan juru x-ray bagi kursus pertama manakala bagi kursus
kedua peserta terdiri daripada penolong pegawai perubatan,
juru x-ray, jururawat dan pembantu perawatan kesihatan
dari hospital seluruh sabah. Jumlah penyertaan untuk
kursus pertama adalah seramai 77 orang dan 63 orang bagi
kursus kedua. Penceramah terdiri daripada Ketua
Radiologist Sabah Dr Lim Cheng Kooi, Ketua Juru x-ray
Sabah Mdm Yih Ai Chin, Pakar Radiologist Hospital Serdang
Dr Sharifah @ Mastura Binti Syed Abu Bakar, Pakar
Radiologist Hospital Duchess Of Kent Sandakan Dr
Norhaizam Md Nor, Pegawai Perubatan Jabatan Radiologi
Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan staf Jabatan
Radiologi yang terdiri daripada Juru X-ray , Jururawat dan
Pembantu Perawatan Kesihatan.
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi telah mengadakan
CME yang bertajuk Personaliti Unggul untuk semua anggota
jabatan berkenaan. Objektif CME yang dianjurkan adalah untuk
memastikan anggota menyedari akan kepentingan mempunyai
personaliti yang unggul dalam menjalankan tugas dan aktiviti
harian. Selain itu, memupuk kekuatan dan ketahanan dalam diri
terutama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai warga
hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sering
berhadapan dengan masyarakat. Penceramah dari Unit
Perhubungan Awam Hospital telah dijemput untuk menjayakan
CME tersebut yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit
Rawatan Rapi dan dihadiri lebih dari 40 orang anggota yang
terdiri dari Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, pakar
perubatan, pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai
perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
12
HDOK Menyampaikan Sumbangan Untuk
Mangsa Kebakaran
Latihan Asas Kecemasan Kebakaran Hospital
Unit Hal Ehwal Islam dan PERKIPS Hospital Duchess of
Kent Sandakan telah menyampaikan bantuan Dan
sumbangan mangsa kebakaran ke Kampung Lupak Meluas
bantuan tersebut adalah dana kutipan dari kakitangan
HDOK. Kampung Lupak Meluas yang terletaknya di
kawasan Karamunting jalan Batu Sapi, Sandakan telah
dikejutkan dengan tragedi dan musibah kebakaran
melibatkan hampir semua rumah musnah dalam kebakaran
berkenaan. Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama
PERKIPS HDOK mewakili semua kakitangan HDOK tampil
untuk menghulurkan bantuan dengan mengumpulkan
dana, pakaian dan kelengkapan makanan bagi penduduk
Kampung Lupak Meluas. Hasil kutipan dana dari
kakitangan HDOK dikumpulkan kemudian digunakan untuk
membeli kelengkapan makanan dan minuman untuk diagih-
agihkan kepada penduduk kampung berkenaan. Hasil
sumbangan telah diserahkan kepada wakil setiap ahli
keluarga mangsa yang terlibat dalam musibah berkenaan.
Unit Penolong Pegawai Perubatan telah mengadakan latihan kecemasan kebakaran atau “fire drill” di Bangunan Klinik Pakar.
Latihan ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan dan Jawatankuasa Kebakaran Peringkat
Hospital. Latihan ini melibatkan semua anggota di bangunan tersebut. Objektif latihan ini sebagai persiapan awal jika berlaku
kebakaran dengan cara pengungsian bangunan dengan cara selamat. Selepas tamat “fire drill” telah diadakan taklimat dan
perbincangan mengenai pencapaian yang diperolehi dalam latihan yang melibatkan semua AJK Kebakaran Peringkat Hospital
yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital bagi membaiki kelemahan semasa latihan.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
13
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian
Rumah Terbuka Hospital Meriah
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dato Dr Chew telah
mengadakan lawatan kerja ke Hospital Duchess of Kent
Sandakan. Lawatan beliau diiringi oleh Dr Christina Rundi,
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Sepanjang lawatan tersebut
KSU berkesempatan mengadakan lawatan ke Jabatan Farmasi,
Jabatan Rekod, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta wad-wad
di bangunan lama. Lawatan ini bertujuan melihat sendiri keadaan
hospital untuk penambahbaikan. Hospital diwakili oleh Dr Ahmad
Qabil yang mewakili Pengarah Hospital serta taklimat mengenai
hospital juga telah disampaikan oleh beliau.
Sambutan rumah terbuka Hospital Duchess of Kent Sandakan telah disambut meriah dengan kehadiran warga hospital yang
diadakan di Dewan Selingan. Rumah terbuka ini telah dirasmikan oleh Dr Francis Paul, Pengarah Hospital yang dianjurkan
oleh Pengurusan, PERKIPS dan Unit Hal Ehwal Islam Hospital. Rumah Terbuka ini diadakan untuk meraikan sambutan Hari
Raya Aidilfitri 2016. Selain itu, untuk merapatkan tali silaturahim di kalangan warga hospital. Lebih kurang 200 warga hospital
telah menghadiri majlis tersebut termasuk Dr Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah Hospital
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
14
Program Ihya Ramadhan HDOK
Perkongsian Maklumat Melalui Perhimpunan Pagi
Program Ihya’ Ramadhan dengan anjuran dan kerjasama dari Unit Hal Ehwal Islam HDOK dan PERKIPS HDOK. Sepanjang
bulan Ramadhan diadakan majlis berbuka puasa di Surau Ikhwanul Muslimin hasil sumbangan warga HDOK. Antara aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah sempena bulan Ramadhan, tazkirah-tazkirah pendek sebelum berbuka puasa,
berbuka puasa berjemaah, solat tarawikh berjemaah, tadarus dan moreh. Program ini telah menjadi tradisi sejak dahulu lagi,
dan diteruskan sehingga kini. Di Bulan Ramadhan ini, kakitangan HDOK di setiap Unit, Jabatan, dan Wad-Wad akan
mengumpulkan sedikit dana bagi menyumbangkan makanan untuk berbuka puasa. Pihak Surau HDOK juga telah banyak
memberikan sumbangan dalam menyediakan juadah berbuka puasa tersebut.
Perhimpunan pagi yang diadakan setiap bulan banyak membantu pengkongsian maklumat. Maklumat yang disampaikan
semasa perhimpunan pagi sebagai idea dan ilmu yang boleh dikongsi kepada warga hospital. Amanat Pengarah merupakan
matlamat utama untuk didedahkan melalui maklumat terkini dari pihak atasan. Selain itu taklimat Q juga boleh dijadikan sebagai
pengkongsian maklumat untuk meningkatkan motivasi dalam bekerja. Maklumat lain yang dikongsi semasa perhimpunan pagi
ialah pengumuman kenaikan pangkat, pegawai berpindah dan sebagainya.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
15
Kem Jati Diri “Survivor Camp”
Hari Jururawat Sedunia HDOK
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Hospital Duchess Of Kent
Sandakan telah mengadakan Kem Jati Diri di “Survivor
Island” bertempat di Pulau Tiga Kuala Penyu. Seramai 16
orang yang diketuai oleh Dr Francis Paul, pengarah Hospital
yang terlibat dalam kem ini. Aktiviti yang diadakan ialah
lawatan ke Snake Island, Sand Pit Island. Selain itu turut
diadakan volcanic mud bathing, jungle trekking, snorkeling
dan boat transfer.
Hari Jururawat Sedunia Hospital Duchess of Kent Sandakan telah disambut secara sederhana di Dewan Selingan. Majlis
tersebut telah dianjurkan oleh Bank Rakyat Cawangan Sandakan. Penganjuran oleh Bank Rakyat adalah untuk menghargai
jasa dan pergorbanan jururawat seluruh dunia khasnya jururawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Majlis diraikan oleh
Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sandakan yang turut dihadiri oleh Encik Ahmad Shafiq, Penolong Pengarah mewakili
Pengarah Hospital. Semua jemputan khasnya jururawat dijamu dengan nasi hujan panas sumbangan Bank Rakyat Cawangan
Sandakan.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
16
Lawatan Penanda Aras EKSA
KKM Jom Ikrar HDOK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan lawatan penanda aras
EKSA di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Lawatan ini bertujuan untuk menilai dan melihat pelaksanaan EKSA di hospital.
Hospital Duchess of Kent dipilih oleh KPDNKK kerana hospital pertama yang memperoleh sijil EKSA dari MAMPU. Sesi taklimat
telah disampaikan oleh Dr Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah selaku Penyelaras EKSA HDOK. Dalam sesi lawatan yang
diadakan di pengurusan, unit hasil, farmasi telah banyak membantu KPDNKK untuk melaksanakan EKSA di pejabat KPDNKK
di Sandakan.
TOP Team HDOK telah mengadakan Kempen KKM Jom Ikrar memastikan warga HDOK khasnya KKM untuk memahami dan
mengetahui tentang derma organ. Kempen KKM Jom Ikrar diadakan setiap tiga bulan untuk memastikan semua warga HDOK
berpeluang menyertai kempen ini. TOP Team telah berjaya mendapatkan pengikrar bagi seluruh Sandakan pada tahun lepas
sebanyak 700 pengikrar dan akan berusaha untuk mempertingkatkan jumlah pengikrar bagi tahun 2016. Pelbagai aktiviti telah
diadakan oleh TOP Team tahun ini seperti program bersama RELA dan banyak lagi.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
17
CME Klinik Berhenti Merokok
Unit Tabung Darah dengan kerjasama Unit Promosi Kesihatan telah mengadakan Hari Derma Darah Sedunia 2016 dan Majlis
Penghargaan Penganjur dan Penderma Darah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Francis Paul, Pengarah Hospital yang telah
diadakan di Dewan Selingan HDOK. Majlis penghargaan adalah untuk menghargai jasa penganjur dan penderma yang telah
banyak membantu dan menyumbang serta menderma darah. Taklimat trend pendermaan darah telah disampaikan oleh Dr
Lim Shueh Wan, Ketua Unit Tabung Darah.
Hari Derma Darah Sedunia
Unit Promosi Kesihatan Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan taklimat mengenai Klinik Berhenti Merokok
yang diadakan di Bilik Mesyuarat MOPD. Program ini diadakan untuk mendedahkan kepada para peserta yang terdiri daripada
jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai farmasi dan penolong pegawai kesihatan pesekitaran tentang pelaksanaan
Klinik Berhenti Merokok serta cara rawatan yang akan digunakan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Simon dari Johnson
& Johnson dari Kota Kinabalu.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
18
Majlis Penganugerahan Hospital Bebas
Kesakitan
Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Kebangsaan 2016 telah
diadakan 6 Ogos di Dewan Yu Yuan Sandakan. Hari
Hepatitis ini merupakan julung kali diadakan di luar
Semenanjung Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah dengan kerjasama Hospital Duchess of Kent
dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Dr. Chong Chee
Kheong, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit mewakili
Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut hadir Yang
Berhormat Datuk Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen P.185
Batu Sapi dan Dr. Asits Sanna, mewakili Pengarah
Kesihatan Negeri Sabah dan dihadiri oleh 700 peserta.
Objektif program ini diadakan untuk mendedahkan kepada
orang ramai mengenai penyakit hepatitis dan cara
pencegahannya. Tema Hari Hepatitis Sedunia 2016 ialah
Kenali Hepatitis, Bertindak Sekarang.
Hari Hepatitis Sedunia
Hospital Duchess of Kent Sandakan merupakan hospital
pertama di Sabah yang telah menerima penganugerah
Hospital Bebas Kesakitan dari Kementerian Kesihatan
Malaysia. Penganugerahan Sijil Hospital Bebas Kesakitan
telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr.Jeyaindran Tan Sri
Sinnadurai pada 11 Ogos 2016. Pengarah Hospital Dr
Francis Paul telah menerima sijil bagi pihak Hospital.
Seminar Hospital Bebas Kesakitan Peringkat Kebangsaan
juga turut diadakan. HDOK juga turut terlibat dalam
pameran sempena majlis penganugerahan.Sebanyak tujuh
buah hospital seluruh negara telah menerima sijil
berkenaan. Majlis tersebut telah diadakan di Auditorium,
Kompleks E Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat
Pentadbiran Putrajaya.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
19
Majlis Penghargaan dan Perpisahan PTD HDOK
Unit Tabung Darah Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Kempen Derma Darah di SMK Muhibbah
Sandakan. Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan kepentingan menderma darah
dan mengelakkan rasa takut semasa pendermaan darah. Sebelum derma darah telah diadakan ceramah berkaitan dengan
penderma darah yang telah disampaikan Puan Salasmi Yusain, Unit Perhubungan Awam HDOK. Pada masa yang sama
juga telah diadakan kempen untuk pengikrar derma organ di kalangan pelajar.
Kempen Derma Darah SMK Muhibbah
Majlis penghargaan dan perpisahan Encik Ahmad Shafiq telah diadakan secara sederhana bertempat di Hotel Pavilion. Encik
Ahmad Shafiq, Penolong Pengarah (Pengurusan) akan berpindah ke Hospital Lahad Datu. Majlis tersebut dihadiri oleh Dr
Francis Paul, Pengarah Hospital, ketua jabatan dan ketua unit serta kakitangan pengurusan. Majlis juga diserikan dengan
persembahan karaoke dan juga cabutan bertuah.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
20
Hari Pencegahan Bunuh Diri 2016
Unit Perhubungan Awam Hospital Duchess of Kent Sandakan telah
mengadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan Aduan Awam
HDOK. Bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
kakitangan hospital yang akan mengurus aduan di peringkat unit
supaya dapat membuat maklumbalas aduan dengan lebih baik dan
selaras. Antara topik yang telah dibincangkan ialah haltuju
pengurusan aduan KKM, SOP pengurusan aduan awam,
penyediaan laporan maklumbalas, pelaporan prestasi aduan HDOK
dan latihan penyediaan maklumbalas siasatan awal.
Bengkel Pemantapan Pengurusan Aduan
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah mengadakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Hospital Duchess of Kent
Sandakan di Dewan Selingan pada 9 September 2016 dan dirasmikan oleh Dr Francis Paul Pengarah Hospital. Turut hadir
dalam majlis tersebut Dr Paul Chan Hong Kit Timbalan Pengarah dan Dr Ahmad Qabil Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan
Mental serta warga HDOK. Saringan kesihatan, jualan jumbo, kuiz dan pameran turut diadakan bagi menyerikan majlis
tersebut.
Buletin Hospital Duchess of Kent Sandakan THE DUCHESS
21
Lawatan TPKN (Perubatan) Ke HDOK
Aktiviti Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi
Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menerima lawatan kerja Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Perubatan),
Dr. William Gotulis.Dalam lawatan itu, Dr William Gotulis sempat mengadakan perjumpaan bersama ketua unit dan wad.
Pada masa yang sama beliau telah diberikan taklimat mengenai pencapaian HDOK oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital.
Beliau juga mengadakan lawatan ke Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi (JRPD) untuk melihat sendiri sistem
pengurusan fail pesakit yang digunakan oleh jabatan berkenaan. Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut pegawai-pegawai
perubatan dari ibu pejabat dan juga Ketua Jururawat Negeri Sabah.
Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi (JRPD) telah
menganjurkan dua aktiviti dari Januari hingga September. Antara aktiviti
yang dilaksanakan ialah majlis meraikan pesaraan PPK Masnah Nahar
pada 20 April 2016 dan juga rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri
1437H/2016M.