23

DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

  • Upload
    others

  • View
    80

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang
Page 2: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

DARI MEJA

PENGARAH HOSPITAL

1

PENASIHATDr. Francis Paul

Pengarah Hospital

TIMBALAN PENASIHATDr. Paul Chan Hong Kit

Timbalan Pengarah (Perubatan)

KETUA EDITOREncik Zaini bin Morshidi

Ketua Unit Komunikasi Korporat

EDITORPuan Salasmi binti Yusain

Sharifah Fairuz binti Mohd Tahir

Pegawai Khidmat Pelanggan

Unit Komunikasi Korporat

BAHAN & FOTOGRAFIUnit Komunikasi Korporat

Jabatan,Unit, Wad, Persatuan dan

Kelab Hospital Duchess of Kent

Sandakan

URUSETIA THE DUCHESS HDOKUnit Komunikasi Korporat

Pejabat Pengurusan Klinikal

Aras 2, Bangunan Klinik Pakar

Hospital Duchess of Kent Sandakan

Diharapkan semangat

kerjasama di kalangan

kakitangan, orang

awam dan badan-

badan NGO berterusan

untuk kesejahteraan

semua

Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi

kerana berjaya menghasilkan edisi The Duchess

3/2017 dengan paparan aktiviti sepanjang suku ke

empat tahun 2017.

Selaras dengan misi dan visi hospital iaitu

memberi perkhidmatan yang berkualiti dan

selamat, HDOK terus berjaya menganjurkan

kursus dan kempen kesedaran bagi kakitangan

dan orang awam walaupun dengan kekangan

kewangan pada penghujung suku tahun 2017. Ini

menunjukkan komitmen yang tinggi daripada

kakitangan dan kesungguhan untuk memberi

perkhidmatan yang baik.

Edisi ini juga memaparkan

aktiviti sosial dan kebajikan

serta penglibatan badan-

badan sukarelawan dan orang

ramai dalam pemberian

perkhidmatan kesihatan.

Dr. Francis Paul

Pengarah Hospital

Hospital Duchess of Kent

Sandakan

Page 3: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

Pada 9 hingga 10 Oktober 2017 Jabatan Anestesia telah berjaya menganjurkan Kursus ALS siri 2. Kursus

ini dikendalikan oleh pakar-pakar dan Pegawai Perubatan dari Jabatan Anestesia dan Jabatan

Kecemasan. Seramai 16 orang peserta terdiri dari 14 Pegawai Perubatan, tiga Jururawat Terlatih dan

seorang Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Anestesiologi.

Antara topik ceramah yang sampaikan adalah berkenaan Airway Management, Drugs use in

Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal iaitu Airway, Defibrillation, ECG Recognition dan

Megacode. Pencapaian peratusan Pegawai Perubatan di Jabatan Anestesiologi dan Kecemasan yang

telah mengikuti Kursus ALS ialah 87.5% pada bulan Oktober 2017.

Pada masa yang sama Komiti ALS Hospital Duchess of Kent telah mengadakan majilis perpisahan untuk

Dr Wang Shir Siong yang merupakan Jurulatih dan Fasilitator Kursus ALS bertempat di Sanbay Hotel,

Bandar Leila, Sandakan.

2

KURSUS ADVANCED LIFE SUPPORT (ALS)

Page 4: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

3

Unit Kejururawatan telah menganjurkan pelbagai kursus

sepanjang bulan September hingga Disember 2017.

Antara kursus yang telah dilaksanakan ialah Kursus

Pementoran bil. 3/2017, Kursus Nursing Audit bil. 3/2017,

Kursus Medication Safety bil. 3/2017, Kursus Nursing

Leadership bil. 3/2017, Kursus Konsep 10S dalam

Kejururawatan bil. 3/2017, Kursus PPK bil. 3/2017 dan

Kursus Nursing Documentation bil. 3/2017.

Bagi memastikan jururawat sentiasa didedahkan dengan

pelbagai ilmu, CNE Unit Kejururawatan juga diteruskan

sepanjang bulan September hingga Disember 2017. CNE

diadakan setiap hari Khamis pada jam 2.30 petang.

KURSUS-KURSUS ANJURAN UNIT

KEJURURAWATAN

Page 5: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

4

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial julung kalinya, mengadakan

majlis sambutan Hari Deepavali untuk kakitangan pada 27 Oktober 2017

bertempat di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial. Majlis ini telah

dirasmikan oleh Dr Jeremy Lee Ju Kuan, Ketua Jabatan dan Pakar Bedah

Mulut.

Objektif utama adalah untuk mengeratkan hubungan antara staff yang

berbilang kaum. Majlis ini telah mendapat sambutan yang meriah di

kalangan anggota unit. Walaupun dibuat secara ringkas tetapi memberi

penuh makna kepada kakitangan untuk turut merasai Hari Deepavali.

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Page 6: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

5

BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS

Unit Komunikasi Korporat telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Majlis pada 31 Oktober 2017

bertempat di Dewan Selingan yang disertai oleh 60 orang peserta dari pelbagai jabatan dan unit. Objektif

bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran pengurusan majlis.

Antara topik yang dibincangkan dalam bengkel kali ini ialah pengenalan kepada pengurusan majlis,

protokol, etiket sosial, pengacaraan dan keterampilan diri semasa di pejabat dan majlis. Peserta juga

didedahkan dengan latihan kumpulan bagi memberi kefahaman dalam menguruskan majlis,

Page 7: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

6

Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent Sandakan telah menerima lawatan penyeliaan oleh

Pengarah Kejururawatan Malaysia, Matron Hajah Rosena Abdul Ghani pada 6 hingga 7 September

2017. Dalam lawatan tersebut beliau diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejururawatan

Matron Hajah Tomblow Ngadiran, Penolong Pengarah Kanan, Matron Rozie Amie dan Ketua Penyelia

Jururawat Negeri Sabah. Lawatan penyeliaan ini telah memberi sedikit sebanyak tentang maklumat dan

isu semasa kejururawatan serta penambahan ilmu yang dikongsi daripada Pengarah Kejururawatan

kepada semua jururawat di HDOK Sandakan.

LAWATAN PENGARAH KEJURURAWATAN MALAYSIA

Page 8: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

7

Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Kanser Mulut Peringkat

Hospital telah diadakan pada 24 November 2017 bertempat di

Dewan Selingan yang dianjurkan oleh Jabatan Bedah Mulut

dan Maksilofasial. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh

Dr Francis Paul, Pengarah Hospital dan turut dihadiri oleh Dr

Paul Chan Timbalan Pengarah, Dr Jeremy Lee, Ketua Jabatan

dan kakitangan hospital.

Pelbagai program telah diadakan antaranya ceramah, pameran,

kaunseling, tayangan video dan pemeriksaan serta Saringan

Kanser Mulut.

MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT

Page 9: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

Sepanjang September hingga Disember, Unit Kejururawatan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk juru-

jururawat. Aktiviti seperti Ceramah EQ among Nurses oleh Ass. Professor Dr. Rohani binti Arsad, Adjunct

Professor, MAHSA University Cum Executive Chairman Nursing Professional Group Sdn Bhd. Selain itu,

program BAKELS special class di Annie’s Cooking, bertempat di Perdana Studio Batu 7, Sandakan.

Di samping itu, Children’s Party 2017 anjuran Unit Kejururawatan dan Persatuan Jururawat Sabah daerah

Sandakan telah diadakan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Lebih kurang 60 orang kanak-kanak

menyertai program ini. Pelbagai aktiviti permainan telah diadakan oleh pihak penganjur.

Aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan anggota kejururawatan seperti Karnival Sukan Tertutup Piala Pengarah

Hospital HDOK Sandakan. Dalam karnival tersebut ramai jururawat terlibat dengan aktiviti pertandingan

sukan yang telah diadakan termasuk Gala Night HDOK Sandakan, Lawatan Amal dari Pengurusan Harbour

Mall ke wad Pediatrik, caroling sempena Krismas dan lain-lain lagi

8

AKTIVITI UNIT KEJURURAWATAN

Page 10: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

9

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Hospital

Duchess of Kent dengan kerjasama Jabatan Bomba dan

Penyelamat Sandakan telah mengadakan latihan

pengungsian bangunan pada 4 Disember 2017 di

Bangunan Klinik Pakar.

Objektif latihan ini ialah untuk mengetahui pengetahuan

kakitangan tentang kebakaran, cara pengungsian

bangunan dan menyelamat, memastikan pembantu

keselamatan kebakaran mengetahui kaedah keselamatan

kebakaran, memastikan penggunaan aset yang sedia ada

dalam keadaan baik, mengetahui peranan pegawai

keselamatan, pengawal keselamatan dan orang awam

serta yang penting menambahbaik kelemahan dari

latihan kebakaran tersebut

Page 11: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

Tabung Darah Hospital Duchess of Kent telah

mengadakan Kempen Dermah Darah pada 17

Disember 2017. Kempen kali ini telah mendapat

sokongan serta kerjasama daripada Life Water

atau K2 Sandakan. Kempen ini telah dirasmikan

oleh YB Datuk Au Kam Wah, ADUN Elopura

Life water merupakan badan NGO yang sentiasa

memberi sokongan kepada hospital dalam

pelbagai aktiviti. Kempen Derma Darah bersama

K2 akan terus dilaksanakan sehingga hujung

tahun 2018.

Dalam masa yang sama K2 telah menandatangani

perjanjian kerjasama bersama hospital untuk

penganjuran kempen oleh Dr Paul Chan, Timbalan

Pengarah Hospital dan Pengurus Life Water

Sandakan disaksikan oleh YB Datuk Au Kam Wah.

10

KEMPEN DERMA DARAH BERSAMA K2

Page 12: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

11

Selaras dengan pensijilan HDOK sebagai Hospital Bebas Kesakitan

(Pain Free Hospital), Jabatan Farmasi telah mengadakan satu CPE

pada 16 Disember 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, HDOK. CPE

tersebut disampaikan oleh Cik Veronica Ong dan dihadiri oleh 46

orang dari jabatan farmasi. CME tersebut menekankan peranan

Jabatan Farmasi dalam polisi dan perlaksanaan program Bebas

Kesakitan (Pain Free Programme).

Program Bebas Kesakitan ini melibatkan pelbagai disiplin dari

penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk

mencapai tahap kesakitan yang kurang daripada tahap 4. Pengurusan

kesakitan melingkungi kaedah ubat, bukan ubat dan rawatan segera

untuk menangani kesakitan pesakit. Penekanan Pain as Fifth Vital

Sign juga diberi sebagai salah satu ciri dalam program ini.

Sesi CPE ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian

pengalaman dalam mengendalikan kesakitan pesakit di kalangan

rakan sekerja.

Selain itu, Aktiviti lain yang dianjurkan oleh Jabatan Farmasi ialah

Hari Bersama Pelanggan. Pengisian program merupakan pameran

iaitu Kenali Ubat Anda, pameran pendidikan orang ramai seperti

produk tidak berdaftar, alat bantuan ubat-ubatan dan risalah-risalah

ubat.

AKTIVITI JABATAN FARMASI

Page 13: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi (JRPD) telah

menganjurkan Hari Keluarga yang diadakan di Taman Kebun Cina,

Batu 5 pada 18 November 2017 . JRPD mengadakan sambutan setiap

tahun bagi merapatkan hubungan serta memberi keseronokan dalam

bekerja di kalangan kakitangan.

Seramai 50 orang termasuk pasangan dan kanak-kanak seusia tiga

bulan hingga 16 tahun yang hadir memeriahkan hari keluarga JRPD.

Pelbagai aktiviti di jalankan seperti sukaneka (tiup tepung, Lari

membawa belon dan lari sambil memakai kain sarung). Terdapat juga

acara berpasangan iatu acara memakan telur. Selain acara sukaneka

turut diadakan acara BBQ, cabutan bertuah, sambutan hari jadi dan

karaoke.

Selain itu aktiviti gotong royong memindahkan rekod perubatan

pesakit dari bangunan HDU lama ke kuarters Helang di Batu 7 yang

dijalankan pada 28 November 2017 . Pada akhir tahun satu lagi

aktiviti ialah pesta makan bubur.

12

AKTIVITI JABATAN REKOD PERUBATAN DAN DOKUMENTASI

Page 14: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

13

AKTIVITI JABATAN OFTALMOLOGI

Jabatan Oftalmologi tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang

September hingga Disember 2017. Program yang dianjurkan lebih

mengutamakan pendidikan kepada orang awam. Antara aktivitinya ialah

saringan penglihatan sempena Kempen Kesedaran Kanser Kolorektal dengan

kerjasama Jabatan Pembedahan HDOK, Karnival Katarak 1 Malaysia dengan

kerjasama NGO Lion Club Tawau, Program Lion’s Club Eye Camp in

Conjunction of World Sight Day dengan kerjasama Lion Club of Selingan

Sandakan, program “cataract finder” dengan kerjasama program Katarak 1

Malaysia (KK1M) dan Karnival Katarak 1 Malaysia (KK1M) bersama Lion’s Club

dan Hospital Lahad Datu serta Jabatan Oftalmologi Hospital Lahad Datu,

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas dan Hospital Queen Elizabeth.

Page 15: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

14

BENGKEL TERMINAL CLEANING

Bengkel Latihan Terminal Cleaning anjuran bersama

Unit Kawalan Infeksi dan Sedafiat Sdn Bhd yang telah

diadakan pada 26 November 2017 di Dewan Selingan

HDOK. Prosedur terminal cleaning yang digunapakai

bagi memastikan kawasan pesakit bersih selepas

pesakit yang dijangkiti discaj, dipindahkan atau

meninggal.

Bengkel ini diadakan untuk membentuk pasukan

pembersihan khas yang akan dipanggil bila-bila masa

sekiranya dikenalpasti kemungkinan akan kejadian

outbreak.

Menyeragamkan prosedur pembersihan terminal

mengikut versi kawalan infeksi untuk meningkatkan

mutu dan keberkesanan aktiviti pembersihan.

Mengurangkan kadar jangkitan silang di hospital.

Page 16: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

15

TOP Team Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Bengkel Donor Management dan TOT

Jom Ikrar untuk Top Link Officer bil 2 /2018 pada 14 hingga 15 November 2017 di Dewan Selingan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 52 orang peserta termasuk Pegawai Perubatan, Jururawat dan Penolong

Pegawai Perubatan.

Objektif bengkel ini untuk memberi pendedahan dan latihan bagaimana untuk mengenalpasti kematian

yang berpotensi menjadi penderma organ dan tisu. Selain itu, menerangkan mengenai tugas dan

tanggungjawab TOP Link Officer serta untuk melatih peserta menyampaikan ceramah mengenai

pendermaan organ dan tisu.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah ceramah dari jawatankuasa TOP Team dan

penceramah jemputan iaitu Encik Zaini Morshidi dari Unit Komunikasi Korporat, Encik Taufiq Ibrahim

dari Unit Psikologi serta aktiviti latihan dalam kumpulan.

BENGKEL DONOR MANAGEMENT DAN TOT JOM IKRAR

Page 17: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

16

Bengkel Annual Scientific Meeting on Antimicrobial Resistance Peringkat Negeri Sabah anjuran

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah diadakan pada 10 November 2017 di Dewan Selingan.

Bengkel ini dirasmikan oleh Dr. William Gotulis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Bengkel

ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perubatan Negeri Dr. Primus, Matron

Latifah Muhd Nuh, KJ Irni , Dr. Fong Siew Moi selaku Penyelaras Kawalan Infeksi Negeri Sabah, KJ

Maria Limjoon, Ketua Jururawat Kawalan Infeksi HWKKS, Dr. Lee Heng Gee, Pakar Penyakit

Berjangkit.

Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kesedaran penggunaan dan preskripsi ubatan mengikut

Antimicrobial Stewardship (AMS) untuk mengatasi kerintangan antibiotik. Kerintangan antibiotik telah

menjadi isu epidemoilogi global yang semakin serius akibat penggunaan dan pemberian yang tidak

beretika. Peserta yang menghadiri bengkel tersebut adalah dikalangan pakar-pakar, pegawai- pegawai

perubatan dan pegawai-pegawai farmasi.

BENGKEL ANNUAL SCIENTIFIC MEETING ON ANTIMICROBIAL RESISTANCE

Page 18: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

17

Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2017 disambut pada 7

sehingga 13 Oktober. Sambutan peringkat HDOK telah diadakan pada 7 Oktober 2017 dirasmikan oleh

Encik Peter Stephen Ampadu, Pengarah Bahagian Pembangunan & Kewangan, Majlis Perbandaran

Sandakan dan turut hadir Pengarah Hospital, Dr.Francis Paul.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah Kayuhan Harapan dan Kempen Jalanan. Kempen

Jalanan serentak seluruh negara ini telah diadakan di enam lokasi iaitu sekitar HDOK, Harbour Mall,

Bandar Indah, Bandar Kim Fung, sekitar Pasaraya Giant dan Bandar Perdana Batu 7. Hasil kerjasama

padu dari TOP Link Officer yang bertugas, jumlah pengikrar baru yang diperolehi daripada Kempen

Jalanan pada hari tersebut ialah seramai 402 orang dan jumlah pengikrar yang diperolehi sepanjang

MKPO adalah seramai 471 orang iaitu jumlah yang tertinggi di Negeri Sabah sepanjang sambutan MKPO.

Pada 2017 HDOK mendapat tangga kedua 772 pengikrar terbesar selepas Hospital Queen Elizebath

seramai 983 pengikrar.

Selain itu, TOP Team mengadakan kaunter terbuka untuk menarik serta mempromosikan tentang

pendermaan organ bagi memberi pendidikan kepada orang awam.

HDOK PENGIKRAR TERBANYAK SAMBUTAN MKPO

Page 19: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

18

Program Safe Surgery Saves Lives Initiative (SSSL) diwujudkan oleh KKM

atas dasar Keselamatan pesakit adalah satu elemen yang amat penting

dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Dilancarkan pada tahun

2007-2008, dilaksanakan hanya di beberapa buah hospital kerajaan di

Semenanjung Malaysia dan dilaksanakan sepenuhnya di semua hospital

yang mempunyai Dewan Bedah dan wad-wad yang berkaitan pada bulan

April 2009.

Mesyuarat perlaksanaan Projek Hospital Perintis SSSL telah diadakan pada

5 Februari 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab ll Kelantan dan pada

mesyuarat itu, Hospital Duchess Of Kent telah dipilih sebagai Hospital

Perintis bagi Zon Sabah dan Sarawak.

Objektif SSSL adalah untuk meningkatkan keselamatan pesakit yang

menjalani pembedahan dan mengurangkan insiden Surgical Adverse Event

serta untuk mempertingkatkan komunikasi antara anggota yang bertugas,

pesakit dan waris pesakit.

Kursus SSSL peringkat Negeri Sabah yang pertama telah diadakan pada 5

April 2009 di HDOK manakala kursus peringkat HDOK telah diadakan pada

tahun 2012. Pada 1 November 2017, sekali lagi HDOK telah mengadakan

kursus SSSL dan dihadiri oleh kakitangan dari jabatan, unit dan wad yang

terlibat secara langsung dengan pembedahan. Antara aktiviti yang

diadakan pada hari tersebut ialah ceramah, latihan praktikal oleh peserta

dan tayangan video yang dilakonkan oleh komiti SSSL sendiri.

SAFE SURGERY SAVES LIVES

Page 20: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

19

Unit Pembangunan Hospital Duchess of Kent Sandakan ditubuhkan

untuk menyelaras semua urusan berkaitan pembangunan yang

meliputi perancangan projek – projek pembangunan, perolehan aset

perubatan dan bukan perubatan, permohonan peruntukan

pembangunan serta menyelaras mesyuarat kick-off.

Unit Pembangunan diselia oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir

N29 yang dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N19 dan merupakan

salah satu unit di bawah Seksyen Pembangunan dan Perolehan yang

diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Unit Pembangunan berfungsi memastikan semua urusan yang

berkaitan dengan pembangunan dilaksanakan dengan baik dan

sempurna demi kelancaran operasi Hospital . Di samping itu, seksyen

ini bertanggungjawab dalam memastikan keperluan infrastruktur di

HDOK Sandakan dipenuhi demi kepentingan penyampaian

perkhidmatan kepada para pelanggan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan tapak bagi Persediaan

Perasmian Hybrid Chiller, lawatan tapak Di Kolej Kejururawatan dan

lawatan tapak ke Bangunan Rumah Pelawat Anjung Kasih bersama

CEO Yayasan Kebajikan Negara.

AKTIVITI UNIT PEMBANGUNAN

Page 21: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

20

Unit Komunikasi Korporat iaitu seksyen Khidmat Pelanggan dan

Aduan Awam yang turut disertai oleh Unit Promosi Kesihatan telah

mengadakan jamuan makan akhir tahun bersama Dr. Francis Paul ,

Pengarah Hospital pada 24 November 2017. Walaupun jumlah

kakitangan tidak begitu ramai tetapi majlis itu telah berjaya diadakan.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada

kakitangan untuk beramah mesra bersama pengarah di samping

meraikan kakitangan yang telah memberi komitmen sepanjang tahun

2017. Selain itu, untuk merapatkan hubungan rakan sekerja dan

memberi semangat baru untuk tahun 2018.

JAMUAN AKHIR TAHUN UKK

Page 22: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

Sempena sambutan Hari Krismas sekali lagi

Pengarah Hospital Duchess Of Kent, Dr Francis

Paul telah menganjurkan pertandingan deco

krismas bagi memeriahkan sambutan Hari

Krismas peringkat hospital. Pada tahun 2017

sekali lagi Pejabat Pengurusan Klinikal

memenangi Deco Tercantik untuk kali kedua

selepas memenangi pada tahun 2016. Hadiah

telah disampikan oleh Dr. Francis Paul yang juga

merupakan penganjur utama.

Selain itu, turut diadakan caroling sebagai

pembuka tirai perayaan yang dipersembahkan

oleh Christian Fellowship Hospital Duchess of

Kent. Walaupun diadakan penghujung tahun

2017 sambutan dan suasana Hari Krismas tetap

meriah.

21

SAMBUTAN HARI KRISMAS

Page 23: DARI MEJA - HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN | KAMI ... DUCHESS EDISI 3_201… · penilaian tahap kesakitan sehingga pengurusan kesakitan untuk mencapai tahap kesakitan yang kurang

Terbitan :

Unit Komunikasi Korporat

Hospital Duchess of Kent Sandakan