Upload
syiza86
View
448
Download
18
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran sangat penting yang
diajar di sekolah sama ada di sekolah menengah atau pun sekolah rendah. Matematik
atau Ilmu Hisab Moden mula diajar di beberapa buah sekolah menengah rendah
sejak tahun 1970 dan mata pelajaran ini diajar di semua sekolah menengah di
tingkatan satu pada tahun 1975. menjelang tahun1978 semua murid di peringkat
menengah rendah mempelajari mata pelajaran ini ( Laporan Kabinet 1979 ).
Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran ( 1979 ), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) mula
dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 1983, di ikuti
dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) yang mula
diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.
Di dalam program matematik KBSR, murid-murid dikehendaki memperolehi
pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung.
Pengalaman ini haruslah sesuai dengan objektif pelajaran yang perlu dicapai melalui
1
aktiviti yang menarik Oleh itu, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah
melibatkan semua pelajar secara aktif dan mereka haruslah diberi peluang
melahirkan idea sendiri dalam aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang 1996).
KBSM pula digubal berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan
asas daripada KBSR, kesepaduan unsur-unsur intelek, jasmani, rohani dan sosial,
pendidikan umum dan pendidikan seumur hidup. Pendidikan matematik yang
dirancangkan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, menegaskan kepada
penguasaan bahasa Matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira
dan penggunaan Matematik di dalam penyelesaian masalah (Mok Soon Sang 1996 ).
Melalui pendidikan Matematik adalah di harapkan melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, serta sanggup
memberi sumbangan terhadap kemajuan sains dan teknologi sejajar dengan hasrat
wawasan 2020.
1.2 Latar belakang Masalah
Mata pelajaran Matematik mempunyai kedudukan istimewa dalam mana-mana
sistem pendidikan kita. Mata pelajaran ini di wajibkan kepada semua pelajar di
semua peringkat persekolahan. Bagaimanapun pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran ini semakin membimbangkan.
2
Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar
dalam memahami dan memperihalkan fenomena Matematik dalam situasi yang
sebenar dalam menggunakan kemahiran Matematik untuk menyelesaikan masalah
dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. Konsep pendidikan
Matematik adalah bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami
struktur, saling hubungan, prinsip ruang dan konsep Matematik. Tumpuan
pembelajaran Matematik adalah kepada pemahaman dan konsep.
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan ( EPRD )
Kementerian Pendidikan, Dr. Hussein Ahmad ( 1995 ) menyatakan bahawa 62.4
peratus pelajar lepasan tingkatan lima menguasai mata pelajaran Teras, Sains dan
Matematik pada tahap minimum, ( iaitu pangkat lulus ) atau tidak mencapai langsung
tahap berkenaan ( gagal ). Hanya 37.6 peratus sahaja yang mendapat pangkat
cemerlang dan kepujian dalam kedua-dua mata pelajaran. Perangkaan ini
berdasarkan keputusan peperiksaan Sjil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun1994.
Kelemahan pelajar dalam menghadapi mata pelajaran Matematik adalah
kerana kurangnya kemahiran asas dalam Matematik seperti hasil tambah dan hasil
bahagi. Dalam sistem pembelajaran sekarang, seseorang itu perlu berkemahiran
dalam Matematik untuk menyelesaikan masalah, terutamanya yang berkait rapat
dengan bidang sains dan teknologi. Disamping itu beberapa faktor lain juga di jangka
menjadi penyebab kemerosotan kualiti mata pelajaran Matematik antaranya ialah
minat pelajar, pengaruh keluarga, pengajaran guru dan tahap pembelajaran pelajar.
Semua aspek-aspek tersebut boleh digabungkan menjadi dua aspek utama iaitu aspek
dalaman pelajar dan aspek luaran pelajar.
3
1.3 Pernyataan Masalah
Pada setiap tahun berribu pelajar telah mengambil peperiksaan mata pelajaran
Matematik, tetapi kita masih lagi tidak melahirkan ahli Matematik yang terkenal dan
terkemuka. Mengapakah keadaan ini berlaku?. Adakah pendidikan kita ketinggalan?.
Jika keadaan ini berterusan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun
2020 akan menemui kegagalan.
Kementerian Pendidikan telah mengubal kurikulum bersepadu yang
merangkumi aspek rohani dan jasmani sesuai dengan falsafah pendidikan negara.
Walau bagaimanapun masalah pencapaian rendah dalam Matematik masih lagi
wujud kerana pelajar menganggap Matematik merupakan salah satu mata pelajaran
yang sukar.
Daripada analisis Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun 2000 dan 2001 yang
di keluarkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian Pulau Pinang menunjukkan tahap
kualiti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di Sekolah Menengah
Teknik ( aliran vokasional ) sangat rendah walaupun peratusan lulusnya adalah
tinggi. Peratusan peperiksaan tahun 2000 menunjukkan bahawa pencapaian pelajar
pada tahap cemerlang hanya 4.6% manakala pada tahap kepujian 33.2% dan pada
tahap pangkat lulus 52.2% dan selebihnya 10% adalah gagal atau tidak hadir
peperiksaan. Data ini menunjukkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini
sangat lemah walaupun peratus kelulusannya amat tinggi iaitu 90%. Begitu juga
4
yang terjadi pada tahun 2001, hanya 8% mencapai tahap cemerlang, 30% kepujian
dan 50% mencapai tahap lulus serta 12% gagal atau tidak hadir peperiksaan.
Daripada kajian lepas ( Mohd Bokari 1988 dan Halim 1988 ), penyelidik
dapat merumuskan bahawa persoalan kelemahan pencapaian kualiti Matematik di
kalangan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik aliran vokasional
adalah berpunca daripada aspek dalaman dan aspek luaran pelajar.
Daripada kedua-dua aspek ini, penyelidik telah menentukan aspek-aspek seperti
minat, tahap pembelajaran pelajar, kaedah pengajaran guru, pengaruh daripada ibu
bapa dan keluarga menjadi fokus penyelidikan ini.
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini di jalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana minat, pengaruh
keluarga, pengajaran guru dan tahap pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran
Matematik pelajar-pelajar Melayu di Sekolah Menengah Teknik Butterworth aliran
vokasional. Antaranya ialah ;
i. Menentukan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii. Untuk menentukan penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran guru
dalam mata pelajaran Matematik.
iii. Untuk menentukan pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik.
iv. Menentukan tahap pembelajaran pelajar di luar kelas.
5
1.5 Objektif kajian
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana minat, pengaruh,keluarga,
pengajaran guru dan tahap pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Matematik di
Sekolah MenengahTeknik Butterworth aliran vokasional. Semua aspek berkenaan
minat, pengaruh keluarga, pengajaran guru dan tahap pembelajaran pelajar
dikumpulkan menjadi dua objektif kajian iaitu :
i. Aspek dalaman pelajar.
ii. Aspek luaran pelajar.
1.6 Persoalan kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan
mengenai masalah Matematik di kalangan pelajar Melayu tingkatan empat di
Sekolah Menengah Teknik Butterworth aliran vokasional, antara persoalan yang
ditimbulkan ialah:-
i. Bagaimanakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii. Apakah pelajar dapat menerima pendekatan pengajaran guru dalam
mata pelajaran Matematik.
iii. Bagaimanakah pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik
6
iv. Bagaimanakah tahap pembelajaran pelajar terhadap Matematik di luar
kelas.
1.7 Kepentingan kajian
Penyelidik berpendapat bahawa kajian ini adalah penting kerana, hasil daripada
kajian ini dapat mencari rumusan apakah masalah-masalah yang di hadapi oleh
pelajar Melayu dalam mata pelajaran Matematik di Sekolah Menengah Teknik
Butterworth aliran vokasional, di samping itu hasil dari kajian ini juga dapat
membantu guru ke arah meningkatkan motivasi, dorongan dan minat dalam diri
pelajar serta pembelajaran berkesan terhadap mata pelajaran Matematik.
Rumusan dan cadangan di akhir kajian di harapkan dapat membantu dan
memberi manfaat kepada semua pihak seperti pengetua, guru Matematik, ibu bapa,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam menangani masalah kemerosotan kualiti pendidikan
Matematik di kalangan pelajar sekarang.
Setelah mengenalpasti kelemahan, pihak sekolah seperti pengetua dan guru-
guru Matematik bolehlah mengadakan rancangan-rancangan untuk mengatasi
masalah tersebut yang telah di kenal pasti seperti mengadakan kelas tambahan,
seminar, bengkel, memupuk semangat dan motivasi kepada pelajar . Guru Matematik
juga harus mempelbagaikan kaedah mengajar Matematik dan memperbanyakkan
penggunaan alat bantuan mengajar. Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan
Jabatan Pendidikan Negeri boleh memikirkan rancangan-rancangan menyeluruh
berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenalpasti untuk mengatasi masalah dan
7
memperbaiki fenomena tersebut. Dan bagi ibu bapa pula mereka seharusnya
memainkan peranan yang lebih aktif lagi untuk memajukan pelajaran anak-anak
mereka.
Maklumbalas yang diperolehi dari kajian ini membolehkan pihak-pihak yang
berkenaan memperbaiki segala kelemahan yang wujud, seterusnya dapat
mempertingkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
1.8 Skop dan batasan kajian
Kajian penyelidikan ini dijalankan terhad kepada lokasi, sampel dan tajuk yang telah
ditetapkan. Dan beberapa perkara tersebut adalah seperti di bawah;
1.8.1 Tempat atau Lokasi Kajian
Kajian ini akan dijalankan di sekolah Menengah Teknik Butterworth, Pulau Pinang.
Kajian ini merangkumi pelajar tingkatan empat aliran vokasional di sekolah
berkenaan.
1.8.2 Sampel yang di pilih
8
Sampel-sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat
aliran vokasional. Di Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Di sekolah ini terdapat
lapan kursus aliran vokasional. Bilangan sampel kajian yang diambil adalah seramai
104 orang pelajar yang dipilih secara rawak daripada kalangan pelajar berkenaan.
1.9 Definisi Istilah
Istilah yang akan dikemukakan disini adalah berkaitan dengan kajian yang akan
dijalankan. Dengan adanya istilah ini, sesuatu aspek akan dapat difahami dengan
mudah.
1.9.1 Pengajaran Guru
Dalam kajian ini pengajaran guru bermaksud gaya guru mengajar dalam kelas seperti
sikap guru, penggunaan bahan bantu mengajar, hubungan guru dengan pelajar dan
sebagainya. Guru berperanan memberi motivasi pada pelajar bagi menarik minat
mereka terhadap mata pelajaran Matematik.
1.9.2 Tahap Pembelajaran Pelajar
Tahap pembelajaran pelajar yang di maksudkan dalam kajian ini adalah berkenaan
pembelajaran pelajar di luar waktu kelas. Aspek ini merangkumi pengurusan masa
9
untuk mengulangkaji, menghadiri kelas tambahan, mengadakan perbincangan
dengan rakan-rakan, membuat rujukan tambahan dan berusaha mempelajari
Matematik dengan orang yang lebih mahir.
1.9.3 Matematik
Pada asasnya, Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul
daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan
cakerawala. Sehubungan ini, Matematik menjadi suatu sistem logik yang
menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa Matematik yang tersendiri
seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya ( Mok Soon Sang 1996
).
1.9.4 Sekolah Menengah Teknik ( Aliran Vokasional )
Sekolah Menengah Teknik mempunyai dua aliran iaitu aliran teknik dan
aliran vokasional. Pelajar-pelajar aliran vokasional terdiri daripada pelajar yang telah
tamat tingkatan tiga dan mereka berminat mengikuti latihan dan pendidikan
vokasional sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun begitu
sebahagian kecil pelajar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi seperti
politeknik, Maktab Perguruan Teknik dan seterusnya ke Universiti Teknologi
Malaysia. ( Yahya Emat, 1993 ).
10
1.9.5 Aspek Dalaman Pelajar
Masalah yang wujud dalam diri pelajar itu sendiri. Mengikut kajian ini, aspek-
aspeknya ialah ,
i. Minat pelajar.
ii. Tahap pembelajaran belajar.
1.9.6 Aspek Luaran Pelajar
Masalah luaran ialah aspek-aspek yang wujud dari persekitaran atau di luar dari diri
pelajar. Aspek yang dimaksudkan ialah :
i. Kaedah pengajaran guru.
ii. Pengaruh Ibu bapa dan keluarga.
1.9.7 Minat
Minat merupakan daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu memberi
perhatian terhadap pelajaran. Penumpuan terhadap perkara menarik minatnya akan
timbul secara spontan . Minat terhadap mata pelajaran Matematik berlaku apabila
11
pelajar akan sentiasa mengaplikasikan kegemarannya dengan Matematik. John B.
Watson ( 1913 ), menyatakan bahawa minat pelajar boleh ditimbulkan atau
dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan
mengelolakan pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat pelajar terhadap
proses pengajaran. Sebaliknya, minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan
berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru itu tidak menarik atau
membosankan.
1.9.8 Sikap
Sikap merupakan faktor dalaman pelajar yang terhasil dalam diri pelajar hasil
pengaruh luar, Sikap di dalam kajian ini bermaksud penerimaan pelajar terhadap
mata pelajaran Matematik . Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983)
mendifinisikan sikap adalah satu keadaan seseorang individu mudah dipengaruhi
untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu perkara. Sikap pelajar
seperti ini menyebabkan mereka kadangkala tidak menyukai pada pelajaran dan
mereka akan mudah tercicir.
1.9.9 Keluarga
Dalam kajian ini, pengaruh keluarga adalah berhubungan dengan taraf pendapatan
ibu bapa, taraf pendidikan ibu bapa dan tempat tinggal yang selesa. Kedudukan
12
sesuatu keluarga memainkan peranan yang penting untuk memberi dorongan pada
pelajar dalam proses pembelajaran.
1.10 Rumusan
Pencapaian dalam mata pelajaran Matematik pada pelajar Melayu di Sekolah
Menengah Teknik Butterworth sangat rendah. Keadaan ini di sebabkan beberapa
aspek seperti kurang minat pelajar terhadap matematik, kaedah pengajaran guru
sangat lemah dan pelajar tidak menumpukan sepenuhnya pada pengajaran. Untuk
mengesahkan aspek-aspek tadi, kajian yang teliti perlu dilakukan supaya semua
masaalah tadi dapat diselesaikan dan pencapaian dalam matematik dapat
ditingkatkan.
13
BAB II
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Kelemahan mata pelajaran Matematik telah lama berlaku, ia bukan sahaja berlaku di
negara ini malahan berlaku juga di beberapa negara luar seperti di Britain dan
Amerika Syarikat. Kajian tentang kelemahan Matematik telah lama dilakukan.
Kajian-kajian ini dilakukan adalah untuk mencari kelemahan dan mencari idea untuk
mengatasi masalah ini. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan beberapa masalah
dalam mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar Melayu antaranya ialah minat
pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru, pengaruh keluarga dan tahap
pembelajaran pelajar di luar waktu kelas.
2.2 Sorotan Kajian-kajian Lepas
14
Tahap pencapaian dalam mata pelajaran Matematik amat rendah dalam beberapa
peperiksaan di negara ini seperti Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR ),
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STP ).
Keadaan ini amat ketara pada pelajar-pelajar Melayu.
Dalam kajian ini, pengkaji akan cuba menggunakan beberapa pembolehubah
bagi menentukan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran
Matematik di kalangan pelajar Melayu di Sekolah Menengah Teknik Butterworth
aliran vokasional. Antara pembolehubah yang digunakan ialah :
a) Minat pelajar terhadap Matematik
b) Pengajaran Guru.
c) Pengaruh keluarga.
d) Tahap pembelajaran pelajar.
2.2.1 Minat pelajar
Kajian mengenai minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik telah banyak
dijalankan oleh penyelidik terdahulu. Daripada kajian lepas dan dari pemerhatian
penyelidik dan temubual dengan guru-guru, ramai beranggapan bahawa kelemahan
pelajar adalah di sebabkan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar yang rajin dan sentiasa
15
memberi perhatian terhadap pelajaran, pencapaian mereka adalah lebih baik jika
dibandingkan dengan pelajar yang ambil sikap sambil lewa ( Zamrah, 1999 ).
Adnan ( 1986 ), pendapat beliau tentang minat seseorang memainkan
peranan penting bagi mempelajari Matematik. Menurut beliau, Matematik adalah
matapelajaran komplek dan berturutan dari konsep mudah hingga konsep yang lebih
rumit. Bagi memahami konsep Matematik pelajar perlu memberi penumpuan yang
sepenuhnya dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh agar segala konsep
yang diajar dapat difahami dan digunakan bagi menyelesaikan masalah Matematik.
George Will ( 1990 ), mendapati bahawa minat yang tinggi dalam Matematik
memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian pelajar di dalam mata
pelajaran ini. Hasil kajiannya didapati 78% pelajar menunjukkan minatnya sangat
sedikit terhadap Matematik dan dengan ini kebolehan mereka dalam mata pelajaran
ini sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilang minat terhadap Matematik dengan
sendirinya mereka akan malas menyelesaikan masalah Matematik yang diberi.
Pelajar menganggap mata pelajaran Matematik adalah sangat sukar dan dengan ini
akan mempengaruhi cara mereka mempersembahkan konsep yang salah dalam
menyelesaikan masalah.
Dr. Ismail Ibrahim, Ketua Pengarah Institud Kefahaman Islam ( 1994 ),
menyatakan bahawa masalah kurang minat bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar
bumiputera di negara ini sahaja tetapi juga berlaku di negara luar seperti USA dan
negara-negara maju lain. Menurut beliau, bagi mengatasi masalah ini, sewaktu
pemilihan guru Matematik dijalankan, guru-guru tersebut hendaklah dipilih dengan
16
lebih teliti supaya guru tersebut dapat menyampaikan ilmu matematik dengan teknik
pengajaran menarik dan berkesan. Tambah beliau lagi, ibu-bapa haruslah memainkan
peranan yang penting memancing minat anak-anak terhadap mata pelajaran
Matematik dan pastikan mereka membuat latihan seberapa kerap kerana melalui
latihan tersebut akan mengembangkan keupayaan berfikir mereka.
Duttan ( 1956 ) dan Gebhart ( 1964 ), menyatakan sikap pelajar terhadap
mata pelajaran Matematik mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran
tersebut. Sekiranya mereka menganggap Matematik adalah mata pelajaran susah
dipelajari atau difahami, maka minat mereka akan menurun dan ini akan menjejaskan
pencapaian mereka.
Aiken ( 1970, 1976 ) dalam kajiannya ke atas sekolah rendah , sekolah
menengah dan kolej mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara sikap
dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Aiken juga menemui
bahawa sikap positif adalah penting untuk menjadikan seseorang itu cekap
Matematik.
Dungan ( 1990 ) , mempercayai bahawa tanggapan yang positif terhadap
Matematik akan menghasilkan pencapaian yang baik dan tinggi dalang bidang yang
bersangkutan dengan Matematik. Beliau mendapati bahawa, pelajar tidak sukakan
Matematik kerana mereka menganggap Matematik adalah susah dan perlu bekerja
keras. Mereka menganggap demikian adalah kerana mereka terpaksa menghafal
konsep Matematik dan perlu mengikuti peraturan tertentu untuk menyelesaiakan
masalah Matematik. Aspek ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Morris ( 1981 ), iaitu
17
pelajar menganggap hanya ada satu jawapan yang betul dan hanya ada satu cara
untuk mendapatkan jawapan. Bagi pelajar yang bimbangkan Matematik, mereka
menganggap Matematik adalah fakta yang tetap dan menggunakan peraturan yang
perlu dihafal dan dipatuhi, serta formula yang tertentu. Oleh itu mereka lebih
mementingkan daya ingatan, cara ini menyebabkan mereka tidak menekankan
bagaimana proses penyelesaian masalah Matematik berlaku. Akibatnya mereka akan
menghadapi masalah apabila berhadapan dengan masalah yang lebih susah.
Mohd Bokori ( 1988 ), membuat kaji selidik mengenai sikap pelajar Melayu
tingkatan empat di Sekolah Menengah Tok Janggut di Kelantan, mendapati ada
perbezaan dalam pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar Melayu
yang bersikap positif dengan pelajar yang bersikap negatif di mana pelajar yang
bersikap positif, pencapaian Matematiknya adalah tinggi.
Mat Seni ( 1986 ), dalam kajiannya terhadap pelajar tingkatan empat aliran
sastera di Sekolah Menengah Taiping mendapati bahawa adanya hubungan antara
minat dan sikap pelajar terhadap matematik dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Matematik.
2.2.2 Pengajaran Guru
Guru merupakan faktor utama menyumbangkan kecemerlangan dalam akademik
pelajar. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang
bermanfaat dan boleh mengawal masa depan pelajar-pelajarnya dengan peluang
18
yang ada ( Widad Othman 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan
seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model
kerana ia akan mempengaruhi murid untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap
pencapaian akademik mereka.
Mohd Halim ( 1988 ), dalam kajiannya untuk mngesan punca-punca
kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Matematik di empat buah sekolah
menengah di daerah Hulu Langat. Hasil kajian mendapati ada hubungan faktor
pengajaran dan personaliti guru dengan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran
Matematik. Di dapati faktor-faktor masalah utama iaitu faktor persepsi, sikap dan
peribadi mempunyai korelasi yang positif dengan faktor guru.
Charkins, O’Toole dan Wetzel ( 1995 ), dalam kajian mereka mengenai
hubungan antara gaya mengajar, cara belajar dengan sikap dan pencapaian pelajar.
Hasil kajian mendapati keseragaman antara gaya mengajar dengan cara belajar tidak
wujud, malahan masih terdapat pencapaian yang rendah dalam sesuatu subjek.
Abu Osman, Zainodin, Mokhtar dan Ahmad ( 1995 ), Dalam kajian mereka
mengenai kaedah pengajaran Matematik menggunakan mesin kira, mendapati pelajar
mempunyai sikap yang yang positif terhadap mata pelajaran Matematik.
Ahli Matematik Dozler ( 1978 ), mendapati bahawa jangkaan guru terhadap
kebolehan pelajar mempunyai hubungan dengan pelajar dalam Matematik.
Abu Hassan bin Kasim ( 1998 ), menyatakan guru perlu mempunyai keterampilan
dan iltizam yang tinggi dalam mengendalikan tugas, mempunyai pengetahuan yang
19
luas mengenai isi pelajaran, bersedia sebelum memasuki bilik darjah dan memilih
pendekatan terbaik bagi membantu pembelajaran murid.
Bush ( 1986 ), Kuhs dan Freeman (1979 ), menyatakan bahawa alat bantu
mengajar yang paling banyak digunakan oleh guru matematik adalah buku teks,
tetapi mereka jarang sekali menyimpang daripada isikandungan buku teks.
Kebanyakan guru kurang mahir dalam teknik penggunaan buku teks secara berkesan.
Sehubungan dengan itu Nik Azis ( 1992 ), mencadangkan dua perkara yang perlu
dilaksanakan iaitu :
1. Mendedahkan guru kepada teknik penggunaan buku teks secara berkesan.
2. Menjalankan kajian yang bersistem untuk mningkatkan lagi mutu buku teks
Matematik.
Mohd Salleh (1996 ), berpendapat, personaliti guru memainkan peranan yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai pemimpin dan
pembimbing harus menunjukkan sifat-sifat dan model yang baik terhadap semua
murid. Ciri-ciri personaliti guru yang baik menurut Mohd Salleh ialah adil, tegas,
sabar, memahami masalah, mempunyai kemahiran serta pengetahuan, kesungguhan,
yakin, yakin lemah lembut, rajin, sentiasa buat kajian dan memberi nasihat.
2.2.3 Pengaruh Keluarga
Ramai pengkaji mendapati hubungan pelajar dengan keluarganya memberi pengaruh
yang besar terhadap pencapian akademik mereka. Ini kerana ibu-bapa tidak kurang
20
pentingnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan kecemerlangan
anak-anak mereka dalam pelajaran ( Zunaizan, 2000 )
Heng Keng Chian ( 1997 ), menyatakan faktor latar belakang keluarga
seperti pendapatan dan pekerjaan ibu-bapa dan lain-lain lagi mempunyai hubungan
signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil kajiannya juga mendapati ibu
bapa yang mempunyai pendidikan menengah mempunyai pengaruh yang lebih
berkesan kepada pendidikan anak-anak mereka.
Awang Had Salleh ( 1977 ), berpendapat ibu-bapa yang miskin selalunya
tidak mempunyai pendidikan yang memuaskan. Oleh kerana pendidikan mereka
terbatas maka mereka tidak dapat membantu pelajaran anak-anak mereka. Dengan
kata lain taraf pendidikan keluarga menunjukkan perkaitan dengan pembelajaran
anak-anak mereka.
Hassan ( 1996 ), menyatakan sokongan, dorongan dan keyakinan diri yang
diberikan oleh keluarga akan menjadi satu kekuatan dan motivasi bagi anak-anak
untuk memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi sesuatu cabaran
yang dihadapi oleh mindanya.
Fraser ( 1977 ), menyatakan sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan
pekerjaan serta darjah galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak-anak berkait rapat
dengan darjah kecerdasan dan pencapaian anak-anak. Menurutnya lagi, dorongan,
minat serta bimbingan dan sikap ibu bapa yang positif terhadap pendidkan serta
galakan yang diberikan terhadap pelajaran anak-anak akan meningkatkan lagi
21
prestasi akademik, minat dan seterusnya akan meningkatkan prestasi pelajar
berkenaan.
Pahrol Radzi ( 1996 ), dalam kajiannya terhadap kesan faktor pekerjaan,
pendidikan dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian pelajar dalam PMR,
mendapati bahawa faktor-faktor yang dimiliki oleh ibu-bapa seperti pelajaran dan
tempat tinggal ada kaitan dengan kecerdasan dan prestasi pelajar. Dengan adanya
motivasi dan galakkan terhadap pendidikan yang diberikan oleh ibu-bapa
memberikan sumbangan kepada kecerdasan dan prestasi pelajar.
2.2.4 Tahap pembelajaran pelajar
Hassan Mohd Ali ( 1996 ), menyatakan bahawa penggunaan kaedah belajar yang
sesuai dengan amalan yang betul, dapat mempertingkatkan proses pembelajaran.
Kejayaan pelajar bukan semata-mata di dorong oleh faktor kecerdasan mental sahaja
tetapi juga di pengaruhi oleh kaedah pembelajaran yang baik.
Khalid ( 1993 ), berpendapat bahawa kebolehan yang dimiliki oleh pelajar
tidak semestinya memberi kejayaan kepada pelajar jika mereka tidak mempunyai
cara belajar yang teratur. Sebaliknya pelajar yang kurang berkebolehan akan
memperolehi kejayaan kerana mempunyai cara belajar yang teratur dan
mengulangkaji nota yang diberikan oleh guru dalam masa 24 jam selapas proses
pengajaran guru.
22
Md Yusuf ( 1991 ), Kemahiran belajar perlu dimiliki oleh seseorang pelajar.
Oleh yang demikian kaedah pembelajaran perlu dipelajari oleh setiap pelajar. Kaedah
pembelajaran atau kemahiran belajar boleh dipelajari daripada orang yang mahir
mengenainya dan kemahiran ini perlu di buat latihan. Sekiranya seseorang pelajar itu
pandai tetapi tidak ada kemahiran belajar, ia akan membazirkan masa dengan
membuat perkara yang tidak perlu.
Ee Ah Meng ( 1995 ), Menyatakan, personaliti seseorang pelajar
mempengaruhi kaedah pembelajarannya. Seseorang yang bersifat berdikari akan
belajar melalui teknik dapatan atau penemuan. Oleh itu dalam mengulangkaji mata
pelajaran matematik, pelajar harus cekap memilih kaedah pembelajaran yang betul
supaya ia memudahkan pelajar untuk mencapai matlamat yang dingini.
2.3 Rumusan
Dalam bab ini, penyelidik mengutarakan beberapa pendapat daripada penyelidik
terdahulu mengenai aspek-aspek yang mempengaruhi pelajar dalam mata pelajaran
Matematik. Dalam kajian ini penyelidik membincangkan berkenaan minat pelajar
terhadap Matematik, pengaruh keluarga, pengajaran guru dan tahap pembelajaran
pelajar. Daripada kajian-kajian terdahulu didapati kelemahan pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik adalah disebabkan oleh aspek-aspek yang diutarakan oleh
penyelidik, terutamanya minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pelajar yang
rajin dan menumpukan perhatian pada pengajaran guru akan memperolehi keputusan
23
yang baik berbanding pelajar yang malas dan ambil sikap sambil lewa terhadap
pelajaran tersebut.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan aspek-aspek yang terlibat dalam
proses semasa menjalankan kajian. Antara aspek-aspek yang disentuh ialah reka
bentuk kajian, persampelan dan saiz sampel, prosedur kajian, instrumen kajian,
penganalisaan data dan batasan kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah menggunakan kaedah deskriptif. Kaedah ini
digunakan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dengan terperinci dan
mengenalpasti aspek-aspek yang menyebabkan pelajar Melayu aliran vokasional
24
lemah dalam mata pelajaran Matematik. Antara alat kajian yang digunakan ialah
jenis soal selidik. Soal selidik ini digunakan adalah untuk mengetahui :
a. Minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
b. Penerimaan pelajar terhadap pendekatan pengajaran guru.
c. Pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik.
d. Tahap pembelajaran pelajar selepas waktu kelas.
Soal selidik tersebut akan diedarkan kepada responden yang dipilih dan ianya
juga di harapkan dapat mencari perkaitan antara pelajar dengan pembolehubah-
pembolehubah yang telah dikemukakan. Semua maklumat akan diproses secara
kuantitatif.
Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden, kebenaran akan
diperolehi daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang akan diedarkan kepada pelajar yang
terdiri daripada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Butterworth,
aliran vokasioanal.
Penerangan ringkas akan diberikan sebelum responden menjawab item yang
diedarkan. Ini adalah untuk memudahkan mereka menjawab soalan tersebut
25
3.3 Persampelan dan Saiz Sampel
Dalam kajian ini penyelidik memilih sebuah Sekolah Menengah Teknik di Pulau
Pinang iaitu Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Sekolah ini terletak di kawasan
pinggir bandar. Kebanyakan pelajar di sekolah ini adalah terdiri daripada pelbagai
latar belakang keluarga dan sesetengah pelajar tinggal di asrama.
Kajian ini dibuat dengan mengambil responden seramai 140 orang pelajar
tingkatan empat dan dipilih secara rawak. Pelajar-pelajar ini kebanyakannya datang
dari kawasan di sekitar sekolah berkenaan yang kebanyakanya tinggal di kampung-
kampung, taman-taman perumahan dan hanya segelintir sahaja daripada kawasan
luar. Taraf sosio ekonomi keluarga mereka mereka terdiri daripada petani, nelayan,
peniaga, pekerja kerajaan dan pekerja swasta.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik sebagai kaedah untuk
mendapatkan data kajian. Dengan menggunakan kaedah soal selidik ianya lebih
mudah mendapatkan kerjasama daripada responden. Soal selidik dapat menampung
responden yang ramai. Bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan
kebolehpercayaan kajian ( Mohd Najib, 1999 ).
Item-item ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A mempunyai 10 item berkenaan maklumat diri responden
26
seperti jantina, pekerjaan bapa atau penjaga, pendapatan keluarga, taraf pendidikan
ibu dan bapa, bilangan ahli keluarga berkelulusan SPM, status kawasan tempat
tinggal, pencapaian Matematik dalam PMR dan tempat tinggal pelajar sepanjang
persekolahan.
Manakala dalam Bahagian B pula mengandungi 30 item di mana responden
dikehendaki menjawab berdasarkan empat skala yang disediakan seperti di dalam
jadual 3.1.
Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan Empat Poin
Item yang terdapat dalam soal selidik yang disediakan terbahagi kepada
beberapa aspek iaitu :-
i) Minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik mempunyai
lapan item iaitu dari item 1 hingga 8
Skala likert Pengkelasan
1 Amat Tidak Setuju ( ATS )
2 Tidak Setuju ( TS )
3 Setuju ( S )
4 Amat Setuju ( AS )
27
ii) Pengajaran guru mempunyai tujuh item iaitu dari item 9
hingga item 15.
iii) Pengaruh keluarga mempunyai tujuh item iaitu bermula dari
item 16 hingga item 22.
iv) Tahap pembelajaran pelajar selepas kelas Matematik
mempunyai lapan item iaitu dari item 23 hingga item 30.
3.5 Prosedur Kajian
Pengkaji akan membahagikan proses untuk menjalankan kajian kepada dua peringkat
iaitu :-
3.5.1 Peringkat Pertama.
a) Perbincangan dengan pembimbing mengenai kesesuaian tajuk mengikut
kepentingan kajian.
b) Membina soal selidik dan sentiasa dikemaskinikan serta disemak
untuk disesuaikan dengan responden. Naskah cadangan tesis beserta
soalselidik akan dihantar kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.5.2 Peringkat Kedua
28
a) Pengedaran soal selidik
b) Membuat penganalisaan data.
c) Membuat kesimpulan dan cadangan.
3.6 Kaedah Penganalisaan data
Penganalisaan data dilakukan untuk menterjemahkan maklumat yang diperolehi
kedalam bentuk penghuraian yang mudah difahami. Menurut Mohd Majid ( 1990 ),
pemproses data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan, penganalisaan,
penyimpanan dan pengeluaran data.
Bagi memudahkan penganalisaan data dilakukan maklumbalas amat tidak
setuju dan tidak setuju kepada tidak setuju. Manakala maklumbalas amat setuju dan
setuju kepada setuju. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyelidik memproses
data, buat penghuraian dan kesimpulan. Data yang diperolehi akan diproses dengan
menggunakan Statistic Package For The Social Science ( SPSS ).
Dari data yang dianalisis, penyelidik dapat membuat penilaian terhadap
responden dengan mengkatagorikan penilaian tersebut kepada beberapa tahap
tertentu yang difikikirkan sesuai. Menurut Mohd Majid ( 1990 ), meskipun fakta
29
adalah hak semua orang, tafsiran terhadap fakta adalah hak individu. Jadual 3.2
menunjukkan tahap penilaian responden berdasarkan peratus.
Jadual 3.2 Tahap penilaian berdasarkan peratus
Penilaian Peratus %
Tinggi 70 hingga 100
Sederhana 50 hingga 69
Rendah 0 hingga 49
3.7 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan adalah untuk mempastikan responden memahami soal selidik
yang dikemukakan kepada mereka. Di samping itu juga kajian rintis dapat menilai
kesahan soal selidik yang dibina oleh penyelidik. Item soal selidik yang bermutu
sahaja akan dipilih, manakala item soal selidik yang bermasalah akan diperbaiki dan
dimasukkan dalam soal selidik akhir.
30
Soal selidik yang telah siap akan diedarkan kepada sepuluh orang responden
bagi menjawap item-item tersebut. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan akan
diuji menggunakan Statistic Package For The Social Science ( SPSS ) bagi mendapat
kebolehpercayaan item soal selidik berkenaan.
Hasil daripada kajian rintis ini, penyelidik telah mendapati nilai Alpha 0.8048
setelah diproses dengan menggunakan SPSS. Ini menunjukkan soal selidik yang
dibina mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan berupaya mengukur
pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini demean baik.
3.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah
Teknik, aliran vokasional. Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Menengah Teknik
Buterworth di Pulau Pinang. Oleh itu keputusan hanya benar di Sekolah Menengah
Teknik, aliran vokasional sahaja.
Walaupun terdapat beberapa pembolehubah lain yang mempengaruhi faktor-
faktor mempengaruhi kualiti pencapaian pelajar ke atas Matematik, tetapi pengkaji
hanya melihat dari sudut pembolehubah yang telah dinyatakan sebelum ini sahaja.
3.9 Rumusan
31
Dalam bab ini, penyelidik membincangkan beberapa aspek dalam menjalankan
kajian. Antara aspek yang disentuh adalah rekabentuk kajian, persampelan dan saiz
sampel, instrumen kajian, prosedur kajian, kaedah penganalisaan data dan batasan
kajian.
Aspek-aspek ini disentuh supaya kajian ini dapat dijalankan dengan lebih
teratur dan dapat mencapai objektif kajian.
BAB IV
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Dalam bab ini analisis data telah dijalankan terhadap soal selidik yang diedarkan.
Sejumlah 140 set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada
pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Butterworth, Pulau
Pinang.
Disebabkan beberapa masalah , bilangan soal selidik yang dapat dikumpulkan
hanya sebanyak 104 set sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar terbabit telah
memberikan kerjasama yang memuaskan.
32
Sebanyak 4 persoalan telah dikemukakan dalam kajianini seperti berikut :
i. Bagaimanakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii. Apakah pelajar dapat menerima pendekatan pengajaran guru dalam mata
pelajaran Matematik.
iii. Bagaimanah pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik.
iv. Bagaimanakah tahap pembelajaran pelajar terhadap Matematik di luar
waktu kelas.
Setelah memperolehi data daripada responden melalui soal selidik yang
diedarkan, pengkaji mengumpulkan data dan membuat analisis data melalui perisian
SPSS ( Statistical Pakage for The Social Science Window 10.0 ). Analisis data dibuat
dengan membahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A
adalah berkaitan dengan latar belakang responden, sementara bahagian B pula
berkaitan dengan persoalan kajian yang dikemukakan dalam bab 1.
4.2 Analisis Data Bahagian A
Penganalisaan data dalam bahagian A adalah berkenaan dengan aspek latar belakang
responden iaitu umur, pekerjaan bapa atau penjaga, pendapatan keluarga, taraf
pendidikan bapa, taraf pendidikan ibu, bilangan ahli keluarga, bilangan ahli keluarga
yang berkelulusan SPM, status kawasan tempat tinggal, pencapaian Matematik
dalam PMR dan tempat tinggal responden semasa sesi persekolahan. Item-item ini
dikemukakan kepada responden kerana penyelidik merasakan ada perkaitan dengan
persoalan kajian yang dinyatakan sebelum ini.
33
4.2.1 Jantina
Jumlah responden keseluruhannya adalah 104 orang, di mana responden lelaki
adalah 68 orang iaitu 65.4% dan responden perempuan pula adalah seramai 36 orang
iaitu 34.6%.
4.2.2 Pekerjaan Bapa
Jadual 4.1 : Jenis Pekerjaan Bapa atau Penjaga
Jenis pekerjaan Bil responden Peratus
Berniaga 11 10.6
Bekerja Sendiri 20 19.2
Pekerja Swasta 29 27.9
Pekerja Kerajaan 44 42.3
Jumlah 104 100.0
Pekerjaan bapa pelajar terdiri dari pelbagai sektor iaitu sebanyak 11 orang di
sektor perniagaan ( 10.6% ), 20 orang bekerja sendiri ( 19.2 )%, 29 orang dari sektor
swasta ( 27.9 )% dan 44 orang daripada sektor kerajaan ( 42.3 )%.
4.2.3 Pendapatan Keluarga
34
Jadual 4.2 : Pendapatan Keluarga
Pendapatan Bilangan responden Peratus
Kurang dari RM 500 16 15.4
RM 501 – RM1000 53 51.0
RM1001 – R M1500 33 31.7
Lebih dari RM1500 2 1.9
Jumlah 104 100Jumlah pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga yang kurang daripada RM
500 adalah daripada 16 orang responden ( 15.4 )%. Sebanyak 53 orang ibu bapa
responden berpendapatan antara RM 501 hingga RM 1000 ( 51 )%. Pendapatan
antara Rm 1001 hingga RM 1500 diperolehi daripada 33 orang responden ( 31.7 )%
dan selebihnya sebanyak 2 orang ibu bapa responden berpendapatan lebih daripada
RM 1500.
4.2.4 Pendidikan Bapa
Jadual 4.3 : Tahap Pendidikan Bapa
Tahap pendidikan Bilangan responden Peratus
Tiada 2 1.9
Rendah 15 14.4
Menengah 74 71.2
Universiti 12 11.5
Lain-lain 1 1.0
35
Jumlah 104 100
Bilangan bapa responden yang tiada pendidikan ialah 2 orang (1.9)%,
berpendidikan rendah adalah 15 orang ( 14.4 )%, berpendidikan menengah
merupakan bilangan tertinggi iaitu 74 orang ( 71.2 )%, berpendidikan universiti
adalah seramai 12 orang ( 11.5 )% dan lain-pendidikan ialah seorang ( 1.0 )%.
4.2.5 Pendidikan Ibu
Jadual 4.4 : Tahap Pendidikan Ibu
Tahap Pendidikan Bilangan Responden Peratus
Tiada 11 10.6
Rendah 24 23.1
Menengah 67 64.4
Lain-lain 2 1.9
Jumlah 104 100
Seramai 11 orang ibu responden tiada pendidikan iaitu 10.6%. Berpendidikan
rendah adalah seramai 24 orang iaitu 23.1%. Kebanyakan ibu responden
berpendidikan menengah iaitu seramai 67 orang iaitu 64.4%. Seramai dua orang
mempunyai lain-lain pendidikan iaitu 1.9%.
4.2.6 Bilangan Ahli Keluarga
36
Jadual 4.5 : Bilangan Ahli Keluarga
Bilangan Ahli Keluarga Bilangan Responden Peratus
1 hingga 3 orang 21 20.2
4 hingga 7 orang 69 66.3
Lebih daripada 8 orang 14 13.5
Jumlah 104 100
Seramai 21 orang responden mempunyai ahli keluarga antara satu hingga tiga
orang ( 20.2 )%. Seramai 69 orang mempunyai ahli keluarga antara empat hingga
tujuh orang ( 66.3 )% dan seramai 14 orang mempunyai ahli keluarga melebihi 8
orang ( 13.5 )%.
4.2.7 Bilangan Ahli Keluarga Yang Berkelulusan SPM atau Setaranya
Jadual 4.6 : Bilangan Adik-beradik Berkelulusan SPM
Bilangan Kelulusan SPM Bilangan Responden Peratus
Tiada 11 10.6
Seorang 41 39.4
2 orang 24 23.1
Lebih daripada 3 orang 28 26.9
Jumlah 104 100
37
Bilangan ahli keluarga yang tiada kelulusan SPM adalah daripada 11 orang
responden ( 10.6 )%. Manakala 41 orang responden ( 39.4 )% mempunyai seorang
ahli keluarga berkelulusan SPM. Seramai 24 orang responden ( 23.1 )% mempunyai
dua orang ahli keluarga berkelulusan SPM dan selebihnya 28 orang ( 26.9 )%
mempunyai lebih daripada 3 orang berkelulusan SPM.
4.2.8 Status Kawasan Tempat Tinggal
4.2.9 Jadual 4.7 : Status Kawasan Tempat Tinggal
Lokasi Tempat Tinggal Bilangan Responden Peratus
Kampung 62 59.6
Pekan 23 22.1
Pinggir Bandar 1 1.0
Bandar 18 17.3
Jumlah 104 100
Responden yang datang dari kampung merupakan bilangan yang tertinggi
iaitu seramai 62 orang ( 59.6 )%. Responden yang menetap di kawasan pekan adalah
seramai 23 orang ( 22.1 )%. Hanya seorang ( 1% ) yang menetap di kawasan pinggir
bandar dan 18 orang ( 17.3 ) yang menetap di kawasan bandar.
38
4.2.10 Pencapaian Matematik Dalam PMR
Jadual 4.8 : Pencapaian Matematik Dalam PMR
Pangkat Matematik PMR
Bilangan Responden Peratus
Pangkat B 10 9.6
Pangkat C 35 33.7
Pangkat D 59 55.8
Jumlah 104 100Seramai 10 orang responden ( 9.6 %) mendapat pangkat B dalam mata
pelajaran Matematik di peringkat PMR. Tiada seorang pun mendapat Pangkat A.
Manakala seramai 35 orang ( 33.7% ) Mendapat pangkat C dan bilangan yang
mendapat Pangkat D dalam peperiksaan PMR merupakan bilangan yang tertinggi
iaitu 59 orang ( 56.7% ).
4.2.11 Tempat Tinggal Semasa Sesi Persekolahan
Jadual 4.9 : Tempat Penginapan Semasa Sesi Persekolahan
Tempat Menginap Bilangan responden Peratus
Ibu-Bapa 56 53.8
Penjaga 11 10.6
Asrama 37 35.6
Jumlah 104 100
39
Kebanyakan Responden tinggal bersama Ibu-bapa iaitu 56 orang ( 53.8% ).
Seramai 11 orang ( 10.6% ) tinggal bersama penjaga dan seramai 37 orang tinggal di
asrama.
4.3 Analisa Data Bahagian B
Di dalam bahagian ini, analisis dilakukan untuk mengetahui sejauh mana persoalan
kajian dapat mempengaruhi pencapaian Matematik dikalangan pelajar melayu di
Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Penganalisaan data dibuat berdasarkan
kepada item-item yang berkaitan dengan persoalan kajian yang dikemukakan. Dalam
bahagian B, sebanyak 30 item di kemukakan kepada responden mengikut skala
jawapan yang diberikan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak
setuju. Data yang diperolehi disusun mengikut setiap persoalan kajian iaitu :
i. Bagaimanakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii. Apakah pelajar dapat menerima pendekatan pengajaran guru dalam mata
pelajaran Matematik.
iii. Bagaimanah pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik.
40
iv. Bagaimanakah tahap pembelajaran pelajar terhadap Matematik diluar
waktu kelas.
Item 1 hingga 8 digunakan untuk mendapatkan tahap minat pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik. Item 9 hingga 15 pula digunakan untuk menjawab persoalan
berkaitan penerimaan pelajar terhadap pendekatan pengajaran guru dalam matematik.
Bagi menentukan pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik, item 16 hingga
22 digunakan. Item 23 hingga item 30 digunakan dalam soalselidik adalah untuk
mendapatkan kaedah pembelajaran pelajar di luar kelas.
Bagi menjawab semua persoalan yang dikemukakan, skala penilaian peratus
digunakan seperti dalam jadual 4.10.
Jadual 4.10 : Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus
Tahap Penilaian Peratus ( % )
Tinggi 70 – 100
Sederhana 50 – 69
Rendah 0 – 49
4.3.1 Analisa Berkaitan Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik
Dalam jadual 4.11 menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan
ini. Data yang dikutip berbentuk empat peringkat iaitu maklum balas amat setuju dan
41
setuju, disatukan sebagai setuju. Maklum balas amat tidak setuju dan tidak setuju,
disatukan sebagai tidak setuju.
Jadual 4.11 : Dapatan Berdasarkan Minat Terhadap Matematik
Bil. Item-item SoalanResponden
Setuju Tidak SetujuN % N %
1. Saya amat berminat mempelajari mata pelajaran Matematik
64 61.6 40 38.5
2. Saya tidak ponteng sekolah atau ponteng kelas yang melibatkan mata pelajaran Matematik
94 90.4 10 9.6
3. Saya lebih suka matapelajaran yang melibatkan kerja kira mengira daripada karangan.
44 42.3 60 57.6
4. Saya memperuntukkan masa yang lebih untuk menghafal formula Matematik.
43 41.4 61 56.8
5. Saya menganggap mata pelajaran Matematik merupakan pelajaran yang mudah dipelajari.
38 36.6 66 63.5
6. Saya dapat menghafal sifir Matematik dengan baik
63 60.6 41 39.5
7. Saya memperuntukkan masa yang banyak untuk mengulangkaji mata pelajaran Matematik
63 60.6 41 39.4
8. Memiliki sijil pengajian dengan kelulusan Matematik , mudah mendapat pekerjaan.
87 83.6 17 16.4
PURATA TABURAN 59.6 40.4
42
PERATUS
Purata taburan peratus daripada persoalan kajian mengenai minat pelajar
terhadap mata pelajaran Matematik menunjukkan 67.2% setuju dan 37.8%tidak
setuju. Dengan merujuk kepada skala penilaian berdasarkan peratus dalam jadual
4.10, nilai 59.6% adalah menunjukkan tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran
Matematik adalah sederhana.
4.3.2 Analisa Terhadap Pengajaran Guru
Dalam jadual 4.12 menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan
ini. Data yang dikutip berbentuk empat peringkat iaitu maklum balas amat setuju dan
setuju, disatukan sebagai setuju. Maklum balas amat tidak setuju dan tidak setuju,
disatukan sebagai tidak setuju.
Jadual 4.12 : Dapatan Terhadap pengajaran Guru
Bil. Item-item SoalanResponden
Setuju Tidak SetujuN % N %
9. Saya faham segala isi pelajaran yang disampaikan oleh guru Matematik
45 43.2 59 56.7
10. Contoh yang diberikan oleh guru 69 66.3 35 33.6
43
Matematik membantu saya memahami isi pelajaran yang di sampaikannya.
11. Guru Matematik saya menggunakan alat bantu mengajar semasa pembelajaran dalam kelas.
45 43.3 59 56.8
12. Guru Matematik memberi bantuan secara perseorangan pada pelajar di dalam kelas.
48 46.1 56 53.8
13. Guru Matematik saya sering menyemak kerja rumah dan latihan diberikan
86 82.7 18 17.3
14. Pengajaran guru Matematik bermula daripada senang kepada susah.
72 69.2 32 30.7
15 Guru akan memulakan tajuk lain setelah semua pelajar faham bab berkenaan.
63 60.6 41 39.4
PURATA TABURAN PERATUS
58.8 41.2
Hasil daripada purata taburan peratus yang diperolehi dalam persoalan kajian
mengenai penerimaan pelajar terhadap pendekatan pengajaran guru dalam mata
pelajaran Matematik menunjukkan 58.8% setuju manakala 41.2 % tidak setuju.
Keadaan ini menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru
dalam kelas adalah sederhana iaitu 58.8%.
44
4.3.3 Analisa Pengaruh Keluarga Dalam Pembelajaran
Matematik
Dalam jadual 4.13 menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan
ini. Data yang dikutip berbentuk empat peringkat iaitu maklum balas amat setuju dan
setuju, disatukan sebagai setuju. Maklum balas amat tidak setuju dan tidak setuju,
disatukan sebagai tidak setuju.
Jadual 4.13 : Dapatan Berdasarkan Pengaruh Keluarga Dalam
Pembelajaran Matamatik
Bil. Item-item SoalanResponden
Setuju Tidak SetujuN % N %
16. Ibu-bapa sering melihat dan menyemak buku latihan Matematik saya
53 51 51 49
17 Ibu-bapa serta keluarga sedia membantu dan membimbing saya dalam kerja rumah dalam mata pelajaran Matematik.
36 34.6 68 65.4
18. Ibu-bapa membelikan buku rujukan Matematik untuk memudahkan saya mengulangkaji
74 71.1 30 28.8
19. Saya dapat belajar di rumah kerana mempunyai keluarga yang bahagia.
81 77.9 23 22.1
20. Saya mendapat segala kemudahan untuk belajar di rumah.
80 76.9 24 23.1
45
21. Keluarga saya sering mengingatkan dan menggalakkan saya belajar Matematik daripada pelajaran lain.
50 48.1 54 51.9
22. Ibu-bapa dan ahli keluarga saya sering bertanyakan hasil keputusan Matemaatik yang saya perolehi.
59 56.7 45 43.3
PURATA TABURAN PERATUS
59.5 40.5
Analisa yang melibatkan persoalan kajian tentang pengaruh keluarga
terhadap pembelajaran Matematik menunjukkan purata taburan peratus setuju
sebanyak 59.5% dan 40.5% tidak setuju. Merujuk jadual tahap penilaian berdasarkan
peratus, nilai 59.5 peratus menunjukkan pengaruh keluarga keatas pembelajaran
Matematik responden adalah sederhana.
4.3.4 Analisa Tahap Pembelajaran Pelajar Di Luar Waktu Kelas.
Dalam jadual 4.14 menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan
ini. Data yang dikutip berbentuk empat peringkat iaitu maklum balas amat setuju dan
setuju, disatukan sebagai setuju. Maklum balas amat tidak setuju dan tidak setuju,
disatukan sebagai tidak setuju.
Jadual 4.14 : Dapatan Berdasarkan Tahap Pembelajaran
Matematik Di Luar Waktu Persekolahan
Bil. Item-item SoalanResponden
46
Setuju Tidak SetujuN % N %
23. Saya menyediakan jadual belajar Matematik dan memenuhi jadual tersebut.
43 41.3 61 58.7
24. Masa lapang digunakan untuk perbincangan mata pelajaran Matematik dengan rakan.
37 35 67 64.5
25. Saya mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih mahir Matematik semasa mengulangkaji di rumah.
44 42.4 60 5706
26. Saya sering bertanyakan guru dan rakan sekiranya saya tidak faham dalam sesuatu perkara berkaitan Matematik.
73 70.2 31 29.8
27. Saya sering membuat pembelajaran Matematik dalam kumpulan bersama rakan-rakan.
47 45.2 57 54.8
28. Saya tidak ketinggalan untuk mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah.
76 73.1 28 26.9
29. Saya juga mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.
40 38.5 64 61.5
30 Saya sering membuat rujukan daripada buku-buku yang terdapat di perpustakaan.
32 30.7 72 69.3
PURATA TABURAN PERATUS
47.1 52.9
Purata taburan peratus daripada analisa tahap pembelajaran Matematik diluar
waktu persekolahan, di dapati 47.1% setuju dan 52.9% tidak setuju. Merujuk jadual
47
tahap penilaian berdasarkan peratusan, didapati nilai 47.1% merupakan tahap
pembelajaran pelajar terhadap Matematik di luar waktu persekolahan adalah rendah.
4.4 Rumusan
Hasil daipada dapatan kajian yang dijalankan, semua persoalan telah
terjawab. Latar belakang responden juga memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi kualiti pencapaian mata pelajaran Matematik. Kebanyakan ibu bapa
responden bukan bekerja dengan kerajaan, pendapatan keluarga tertinggi adalah
antara RM 500 hingga RM 1000 dan ibu bapa kebanyakannya adalah berpendidikan
menengah. Kebanyakan pelajar berasal dari kampung dengan bilangan keluarga yang
ramai iaitu antara 4 hingga 7 orang. Kebanyakan pelajar yang menuntut di sekolah
ini mendapat pangkat D dan C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat PMR.
Tiada seorang pun yang mempunyai pangkat A.
Merujuk kepada jadual tahap penilaian berdasarkan peratusan, hasil dapatan
kajian menunjukkan pencapaian bagi semua persoalan kajian adalah sederhana
kecuali peersoalan kajian mengenai tahap pembelajaran diluar kelas menunjukkan
pencapaian yang sangat rendah.
48
49
50
51
52
53
BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membuat rumusan, perbincangan serta cadangan
yang bersesuaian. Perbincangan dan rumusan yang dibuat adalah hasil daripada
dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan. Di
samping itu cadangan-cadangan akan diberikan berpandukan hasil perbincangan
tersebut.
5.2 Rumusan Dapatan Kajian
Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, beberapa rumusan diberikan seperti
berikut:
i) Minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik pada keseluruhannya
adalah sederhana iaitu 56.9 %.
ii) Tahap penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru berada dalam tahap
sederhana iaitu 58.8%.
54
iii) Tinjauan yang dibuat terhadap pengaruh keluarga terhadap pelajar dalam
mata pelajaran Matematik adalah sederhana iaitu 59.5%.
iv) Kecenderungan pelajar membuat ulangkaji pelajaran Matematik selepas
waktu kelas adalah rendah iaitu 47.1%
5.3 Perbincangan
Dapatan kajian yang akan dibincangkan dalam bahagian ini berdasarkan persoalan
kajian seperti berikut:
v. Bagaimanakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik ?.
vi. Apakah pelajar dapat menerima pendekatan pengajaran guru dalam mata
pelajaran Matematik ?.
vii. Bagaimanakah pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik ?.
viii. Bagaimanakah tahap pembelajaran pelajar terhadap Matematik diluar
waktu kelas ?.
5.3.1 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik
Menurut Adnan (1986 ), Matematik adalah mata pelajaran komplek dan
berturutan dari konsep mudah hingga konsep yang lebih rumit. Bagi memahami
konsep Matematik, pelajar perlu memberi penumpuan yang sepenuhnya dan dengan
55
usaha yang lebih bersungguh-sungguh agar segala konsep yang di ajar dapat
difahami dan digunakan bagi menyelesaikan masalah Matematik. Beliau juga
mengatakan minat seseorang memainkan peranan penting bagi mempelajari
Matematik.
Pelajar-pelajar yang dijadikan responden dalam kajian ini menyatakan
mereka berminat mempelajari Matematik. Mereka juga dapat menghafal sifir
Matematik dengan baik kerana kebanyakan daripada mereka memperuntukkan masa
mengulangkaji di rumah. Pelajar-pelajar ini juga tidak pernah ponteng kelas.
Penyelidik berpendapat, mungkin mereka tergolong daripada pelajar-pelajar yang
mempunyai latar belakang yang baik terutama dalam pencapaian Matematik dalam
PMR. Mereka juga menghadiri kelas tambahan Matematik yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
Dalam aspek-aspek lain, pelajar-pelajar ini menunjukkan minat yang negatif
terhadap Matematik. Mereka tidak memberi penekanan dan meluangkan masa
kepada perkara asas matematik seperti menghafal formula . Jika dilihat daripada
analisis kajian daripada pelajar-pelajar ini kebanyakannya mempunyai latar
belakang keluarga yang berasal daripada kampung dan pekerjaan ibu bapa mereka
adalah bekerja sendiri, berniaga dan bekerja di sektor swasta. Oleh itu mereka
mengambil sikap sambil lewa terhadap pelajaran kerana kurang pengawasan
daripada keluarga. Sikap mereka ini juga boleh dikaitkan dengan pencapaian PMR,
kerana kebanyakan pencapaian Matematik mereka adalah pangkat C dan D.
56
5.3.2 Pengajaran Guru
Berdasarkan persepsi pelajar yang menjadi responden dalam kajian ini, pengajaran
guru terhadap mata pelajaran Matematik pada keseluruhannya adalah sederhana.
Pelajar memberikan respon positif terhadap pengajaran guru, di mana guru
dikatakan sering menyemak kerja rumah yang diberikannya kepada pelajar. Guru
juga memulakan pengajaran Matematik daripada pendekatan yang lebih mudah
kepada kepada pelajaran yang lebih susah dan memulakan tajuk baru bila merasakan
semua pelajar faham bab berkenaan.
Walaupun begitu, kebanyakan pelajar tidak memahami pengajaran guru
termasuk contoh-contoh yang diberikan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Guru
juga dikatakan kurang menggunakan bahan bantu mengajar dan bantuan secara
perseorangan kepada pelajar. Pengkaji berpendapat, penerimaan yang negatif
daripada pelajar dalam perkara ini menunjukkan guru masih lemah dalam
pengajarannya dan mereka masih cenderung untuk menghabiskan sukatan pelajaran.
Menurut Widad Othman ( 1998 ), kecekapan dan keberkesanan seseorang
guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia
akan mempengaruhi murid untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap
pencapaian akademik mereka
57
5.3.3 Pengaruh Keluarga
Daripada dapatan analisis yang diperolehi, di dapati pengaruh keluarga terhadap
pelajar dalam pembelajaran Matematik berada pada tahap sederhana. Pelajar
memberi respon positif terhadap pengaruh keluarga dalam pembelajaran Matematik
terutama dari segi kemudahan belajar. Kebanyakan Ibu-bapa dan keluarga dapat
menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak untuk belajar di rumah
dan ibu-bapa akan membeli buku rujukan bila pelajar memerlukannya. Di samping
itu kebanyakan pelajar ini mempunyai keluarga yang bahagia.
Dalam aspek lain, di dapati lebih kurang separuh sahaja daripada ibu-bapa
memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar dalam pembelajaran Matematik.
Pelajar-pelajar ini juga tidak dapat bimbingan daripada ibu-bapa atau ahli keluarga
ketika membuat kerja rumah melibatkan mata pelajaran Matematik. Jika dilihat latar
belakang pelajar, kebanyakan ibu-bapa pelajar tinggal di kampung dan pekerjaan
mereka adalah bekerja sendiri, pekerja swasta dan berniaga dan pekerja kerajaan.
Ibu-bapa daripada pekerja kerajaan biasanya mempunyai pendidikan yang tinggi dan
masa yang lama bersama keluarga, oleh itu mereka dapat membimbing pelajar
dengan baik. Manakala pekerja sendiri, swasta dan berniaga, kebanyakan kurang
berpelajaran dan mereka kurang tahu kepentingan matematik. Oleh itu, bimbingan
kurang diberikan kepada pelajar.
Walaupun kebanyakan ibu-bapa mempunyai pendidikan peringkat menengah
dan ada ahli keluarga yang berkelulusan SPM tetapi ibu-bapa dan keluarga pelajar
berkenaan tidak dapat memberi bimbingan dan dorongan secara individu kepada
pelajar. Keadaan ini berlaku mungkin mereka sendiri tidak mahir dalam Matematik.
58
Faktor lain yang boleh menyokong keadaan ini adalah hasil analisis yang
menunjukkan kebanyakan pelajar tinggal di asrama dan bersama penjaga serta
bilangan ahli keluarga yang ramai iaitu antara 4 hingga 7 orang. Menurut Yusof
Ibrahim ( 1975 ), kemunduran pelajaran anak-anak Melayu adalah berpunca
daripada sikap dan pandangan serta falsafah hidup ibu-bapa yang tidak
mementingkan pelajaran anak-anak.
5.3.4 Tahap Pembelajaran Pelajar
Hasil analisis terhadap tahap pembelajaran pelajar di luar kelas mendapati
keseluruhannya adalah rendah. Jika dilihat pada item yang dikemukakan dalam
soalselidik, di dapati kebanyakannya bersikap negatif terhadap pembelajaran di luar
kelas. Kegagalan pelajar menguruskan masa dengan baik seperti menyediakan jadual
waktu belajar menyebabkan mereka leka dan tidak belajar dengan bersungguh-
sungguh. Pelajar-pelajar kurang membuat perbincangan dengan rakan-rakan dan
kurang membuat rujukan di perpustakaan. Keadaan ini berlaku kemungkinan di
sebabkan oleh kebanyakan pelajar tersebut tidak mahir Matematik kerana didapati
kebanyakan pelajar hanya memperolehi pangkat C dan D dalam mata pelajaran
Matematik peringkat PMR.
Pelajar-pelajar ini memberi respon negatif terhadap beberapa item. Mereka
tidak dapat bimbingan daripada orang yang lebih mahir semasa mengulangkaji
dirumah. Masalah yang mereka hadapi adalah kebanyakan ibu-bapa dan ahli
keluarga tidak mahir Matematik. Pelajar-pelajar ini juga tidak menghadiri kelas-kelas
59
tambahan Matematik di luar sekolah. Keadaan ini berlaku mungkin kerana ibu-bapa
tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah terutama bagi golongan ibu-bapa
bekerja sendiri seperti petani dan nelayan.
Daripada perbincangan berkenaan tahap pembelajaran pelajar keatas mata
pelajaran Matematik, pengkaji berpendapat bahawa sikap pelajar sendiri
membuatkan mereka sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata
pelajaran Matematik. Keadaan ini berlaku mungkin kerana pelajar tidak pandai
menyusun masa pembelajaran dengan teratur. Menurut Khalid ( 1993 ), kebolehan
yang di miliki oleh pelajar tidak semestinya memberi kejayaan, jika mereka tidak
mempunyai cara belajar yang teratur. Sebaliknya pelajar yang kurang berkebolehan
akan merpolehi kejayaan kerana mempunyai cara belajar yang teratur.
Walaupun responden dalam kajian ini mengamalkan pembelajaran yang
kurang baik, terdapat juga amalan positif yang mereka lakukan. Contohnya ,
kebanyakan pelajar sering mengikuti kelas tambahan dan bertanya rakan mengenai
pelajaran mereka.
5.4 Cadangan
Dalam bahagian ini, penyelidik akan memberikan beberapa cadangan untuk
mengatasi kelemahan yang di perolehi daripada dapatan kajian. Cadangan ini di
harapkan dapat menjadi rujukan kepada pihak-pihak tertentu bagi meningkatkan lagi
pencapaian Matematik dikalangan pelajar Melayu.
60
Minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik perlu disemai sejak awal
lagi. Pelajar tidak begitu tahu kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian dan
kepentingannya dalam kerjaya di masa hadapan. Oleh itu berbagai pihak perlu tampil
kehadapan bagi membantu meningkatkan minat pelajar dalam bidang Matematik.
Pihak-pihak tersebut mestilah orang yang terlibat secara langsung dengan
pembelajaran pelajar berkenaan iaitu ibu-bapa, guru, pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan dan Kementerian Pendidikan.
Ibu-bapa memainkan peranan penting di rumah dengan memastikan segala
kerja rumah telah disiapkan dengan sempurna. Peranan ibu-bapa bukan sahaja
menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak di rumah atau sebagainya,
tetapi mereka harus mewujudkan budaya Matematik di kalangan ahli keluarga.
Peranan kerajaan juga amat penting bagi memastikan minat pelajar terhadap
matematik dapat ditingkatkan. Melalui media masa , kerajaan boleh salurkan
beberapa maklumat dan memperkenalkan budaya Matematik kepada pelajar. Peranan
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Pihak Pengurusan Sekolah perlu ditingkatkan lagi. Agensi-agensi ini hendaklah
mengadakan bengkel, seminar dan ceramah berkenaan Matematik pada hujung
minggu dan cuti sekolah.
Dalam usaha mengukuhkan pemahaman terhadap mata pelajaran Matematik,
pelajar perlu ada sifat keyakianan diri dan daya usaha. Mereka perlu mengamalkan
corak belajar yang sesuai dengan diri dan keadaan. Pelajar-pelajar juga perlu
61
mewujudkan jadual belajar yang sistematik dan pengagihan jadual tersebut perlulah
dibuat dengan teliti serta mematuhinya.
Di samping itu pelajar-pelajar juga mesti memperbanyakkan latihan
pemahaman konsep matematik. Dengan pemahaman konsep sesuatu isi pelajaran,
adalah lebih mudah pelajar memahami sesuatu isi pelajaran Matematik tersebut.
Latih tubi juga perlu dilakukan berulangkali terutama pada subjek yang di anggap
sukar di fahami.
Pembelajaran dalam kumpulan adalah langkah terbaik untuk memantapkan
lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pelajaran dalam matematik. Perbincangan
dalam kumpulan juga dapat menguatkan ingatan tentang sesuatu formula Matematik
dengan mudah. Ahli dalam kumpulan perbincangan mestilah tidak terlalu ramai,
kerana bilangan yang ramai menyebabkan sesuatu perbincangan menjadi tidak
serius.
Pengajaran guru merupakan faktor paling penting bagi memastikan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Peranan guru juga dapat
meningkatkan tahap pembelajaran pelajar kerana mereka perlu ada bimbingan orang
yang mahir dalam bidang Matematik. Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran
dan langkah yang sesuai bagi mengelakkan pelajar rasa bosan. Guru juga perlu
memahami apa yang diajar dan bagi memantapkan pengajaran, mereka perlu terus
belajar Matematik walau pun sudah menjadi seorang guru. Langkah-langkah berikut
boleh menjadi panduan kepada guru-guru Matematik dalam pengajaran mereka
iaitu :
62
i) Mewujudkan budaya cuba jaya dalam menyelesaikan masalah Matematik.
Pelajar perlu di bimbing dan jauhkan sifat putus asa serta terus beri
jawapan atau jalan mudah untuk memudahkan mendapat jawapan.
ii) Wujudkan pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan dalam sesi
pengajaran. Keadaan ini dapat mewujudkan pembelajaran berpusatkan
pelajar. Semua pelajar melibatkan diri dalam sesi ini. Dengan ini minat
terhadap Matematik dapat dipupuk.
iii) Tingkatkan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Bahan
bantu mengajar yang digunakan hendaklah sesuai dengan pelajaran yang
disampaikan, menarik minat pelajar dan berkesan. Antara bahan bantu
mengajar yang boleh digunakan ialah komputer, OHP, TV, Radio, kertas
edaran dan kertas majong. Disamping itu, guru juga perlu
memaksimumkan penggunaan buku teks. Kerana buku teks mengandungi
keseluruhan sukatan pelajaran.
iv) Guru mestilah mengelak daripada mengejar sukatan pelajaran. Pastikan
pelajar faham apa yang diajar sebelum berpindah ke tajuk yang lain
kerana Matematik merupakan satu mata pelajaran yang berhiraki.
v) Mewujudkan budaya berkeluarga dan masyarakat matematik dengan
mengadakan kuiz Matematik pada pelajar dan keluarganya. Guru perlu
menyediakan soalan dan diedarkan kepada keluarga pelajar. Libatkan
masyarakat dalam program yang dianjurkan oleh sekolah seperti kelas
tambahan. Walaupun peranan mereka kecil dalam program ini, tetapi
sedikit sebanyak dapat menyedarkan mereka betapa pentingnya
Matematik dalam kehidupan seharian.
63
vi) Hidupkan persatuan Matematik sebaik mungkin. Pastikan aktiviti
persatuan dirancang dan dijalankan dengan baik. Di samping itu selitkan
aktiviti-aktiviti perbincangan masalah matematik semasa sesi pertemuan
diadakan. Dalam aktiviti ini juga boleh diadakan proses pemulihan
Matematik kepada ahli-ahli persatuan yang lemah dalam Matematik.
5.5 Kajian Lanjutan
Adalah di harapkan kajian ini akan dapat di gunakan sebagai asas kepada kajian-
kajian yang seumpamanya di masa akan datang. Namun begitu, beberapa perubahan
mungkin boleh dilakukan seperti meluaskan skop kajian kepada faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian mereka dalam Matematik. Untuk mendapat dapatan yang
lebih baik, kajian-kajian akan datang perlulah membuat kajian kepada sekolah-
sekolah teknik yang lain dengan bilangan responden yang lebih ramai.
Untuk mengukuhkan lagi dapatan, kajian seterusnya boleh dilakukan dengan
kaedah yang lain seperti mencari korelasi antara pelajar dengan sesuatu faktor dan
temubual dengan pelajar.
Kajian ini boleh dilakukan pada aspek-aspek lain selain daripada yang
dinyatakan dalam kajian ini. Aspek-aspek yang boleh disentuh adalah seperti
pengaruh rakan sebaya, iklim sekolah, taraf ekonomi dan lain-lain lagi.
64
5.5 Rumusan
Secara umumnya, kita sedar bahawa cabaran pendidikan kian meningkat dari satu
hari ke satu hari. Penggunaan teknologi canggih sentiasa terbit bagai cendawan.
Perubahan teknologi ini akan merugikan jika tiada di antara pelajar kita merebut
peluang tersebut. Untuk merebut peluang ini, mereka harus mempertingkatkan ilmu
terutamanya bidang Matematik. Kita tentu tidak mahu hanya sekadar menggunakan
sahaja teknologi tersebut, tetapi sebaliknya kita perlulah meneroka teknologi yang
ada di belakangnya, barulah bangsa kita akan maju kehadapan.
Daripada perbincangan yang dibuat, beberapa aspek kelemahan pelajar
Melayu gagal menguasai Matematik adalah sikap mereka sendiri yang kurang
memberi tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang berkesan. Mungkin pelajar kita
masih mentah untuk memahami kepentingan Matematik dalam kehidupan harian.
Tetapi orang yang hampir dengan mereka seperti ibu-bapa dan keluarga serta guru
perlu memainkan peranan dengan membimbing dan meningkatkan minat mereka
terhadap Matematik.
65
RUJUKAN
Adnan Khamis ( 1986 ). “Pertalian Sikap Pelajar dan Perkaitannya Dengan
Pencapaian Matematik.” Jurnal Pendidikan. ( 10 dan 11 ) . 17-30.
Abu Hassan Bin Kasim ( 1998 ). “ Panduan Penyelidikan Dalam Sains Sosial.”
Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Atan Long ( 1982 ). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Had Salleh ( 1978 ). “ Sustainability of Change ( in education) report on
first eastern hemisphere.” Seminar on Early Childhood Education.
Abu Osman Muhammad Tap, et.al ( 1985 ). “Kesan mesin kira terhadap Pendidikan
Matematik di sekolah”. Jurnal Pendidikan. 10 dan 11. 71-78.
Aiken ( 1976 ), “Sociopsyheligikal and Pedagogy Consedration in L @ acqusition.”
Tesol Quarterly. 15. 272 - 284.
Brownel, WA ( 1935 ). “Psyschological considiration in the learning and teaching of
aritfmetic in the teaching of arithmetic.” 10 th year book of NCTM New
York : Bureau of Publication Teachers College, Columbia University.
66
Bush (1986 ), Kuhs and Freeman ( 1979 ). “Mathematical Knowledge and School
Work.” The Teaching of Malaysian Mathematics Program. April 1995
46 - 61.
Charkins R.J, O’Toole P.M, and Wedzel J.N ( 1985 ). “Linking Teacher and Students
Achivement and Attitudes.” The Journal of Economic Education. 111 - 120.
Datuk Dr. Ismail Ibrahim. “ Tumpuan Matematik” Berita Harian 25 hb Nov 1994.
Dutton and Gebhart ( 1648 ). “ Note Taking ”. Oxford Universal Press.
Ee Ah Meng ( 1995 ). “Murid dan Proses Pembelajaran, Asas Pendidikan 2.” Shah
Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fraser. E. (1977 ). “ Home Environment and The school.” : University of London
Press, London.
Foo ( 1988 ). “ Sikap, Jantina dan Penguasaan Konsep Asas Matematik dengan
Pencapaian Matematik Moden.” Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Sarjana Muda.
Heng Keng Chian ( 1997 ). “ Parents as Teacher-aid and Counseller in Schools.”
Suara Pendidik, Vol-3. September.
67
Hassan Mohd Ali ( 1996 ). “ Mendidik Anak Pintar Cerdas.” Kuala Lumpur : Utusan
Publication and Distributors.
Hassan Mohd Ali ( 1996 ). “Srategi Belajar yang Berkesan.” Kuala Lumpur : Utusan
Publication and Distributor Sdn. Bhd.
John B. Watson ( 1913 ). “ Teori Pelaziman.” Dalam Ee Ah Meng. “Psikologi
Pendidikan III.” Penerbit Fajar Bakti. Halaman 14.
Kholidon ( 1992 ). “ Masalah Pembelajaran Pelajar 3STP.” Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Khalid Bin Mohamed Nor ( 1993 ). “ Kaedah Pembelajaran berkesan.” Kuala
Lumpur : Cahaya Permata ( M ) Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1979 ). “Lapuran Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Keith, Mohamed Nor Che’ Nor Ph. D ( 1976 ). “ Asas Pendidikan satu Pengenalan.”
: Flo Enteprise Sdn. Bhd.
Lim See Kiat ( 1990 ). “Penggunaan Latih Tubi Dalam Pendidikan Matematik
Sekolah Menengah.”Jurnal Akademik Maktab. MPKB Kelantan. Jilid 2.
68
Mok Soon Sang ( 1991 ). “Pedagogi 2 : strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro.”
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang ( 1996 ). “Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.” Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mat Seni ( 1986 ). “Pencapaian Matematik Di kalangan Pelajar Tingkatan Empat
Aliran Sastera di Sekolah Menengah Taiping.” Universiti Teknologi Malaysia
: Tesis Sarjana Muda.
Mohd Bokhori ( 1988 ). “Sikap Pelajar Melayu Tingkatan Empat Sekolah Menengah
Tok Janggut, Kelantan.” Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana
Muda.
Mohd Salleh Lebar ( 1996 ) “ Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan di
Malaysia.” Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.
Mohamad Najib Abdul Ghafar ( 1999 ). “ Penyelidikan Pendidikan.” Skudai, Johor :
Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Md Yusuf Hj. Arshad ( 1991 ).” Belajar Untuk Berjaya.” Kuala Lumpur : Penerbitan
Pustaka Negara.
69
Mohd Halim ( 1988 ). “ Mengesan Punca-Punca Kelemahan Pelajar Dalam
Matematik di Sekolah Daerah Hulu Langat.” Universiti Teknologi Malaysia :
Tesis Sarjana Muda.
Nik Azis Nik Pa ( 1992 ). “Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM, Agen dan
Tindakan,” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.
Pahrol Radzi Mad Ali ( 1996 ). “ Kesan Faktor Pekerjaan, Pendidikan dan
Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Pelajar dalam PMR.” Universiti
Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Sharifah Alwiyah Al Sagof ( 1983 ). “Ilmu Pendidikan Pedagogi” : Heinemmean
Education Books ( Asia ) LTD.
Shahrir Mohammad Zain ( 1982 ). “Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Sekolah Menengah di Malaysia.” Simposiom Kebangsaan Matematik . 12-14.
bangi : Penerbit Universiti Malaya.
Skinner ( 1938 ). “ Teori Pembelajaran Matematik ( Behaviourisme ).” Dalam Mok
Soon Sang. “ Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.” Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Halaman 91.
Unit Peperiksaan Dan Penilaian ( 2000 ). “ Analisa Prestasi Matematik SPM 2000.”
: Pulau Pinang.
70
Widad Othman ( 1998 ). “Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan” Nota Kuliah.
Tidak Diterbitkan.
Wong ( 1987 ). “ Pencapaian Matematik Terhadap Pelajar Sains dan Sastera di
Negeri Sembilan.” Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Wilson David A’ ( 1972 ). “ Linguistic in Language Teaching.” Edward Arnold :
London.
Yusuf Ibrahim ( 1975 ). “Satu Kajian Perbandingan Pencapaian Akademik dan
Kaitannya Demean Latar Belakang dan Sikap Pelajar Melayu.” Latihan
Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
71
72