19
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK SEMESTER JANUARI 2015 Teori Behaviouris merupakan salah satu teori pembelajaran yang kerap diaplikasikan dalam bilik darjah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda bercadang mengaplikasikan Teori Behaviouris dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jelaskan konsep pemerolehan bahasa berdasarkan Teori Behaviouris dan sediakan sebuah rancangan pelajaran yang dapat menunjukkan Teori Behaviouris diaplikasikan dalam bilik darjah. Bincangkan juga kekuatan dan kelemahan teori tersebut. NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN NO MATRIKS : 700826125377001 NRIC : 700826125377 NO TELEFON : 01114811620 / 01115217449 EMAIL : [email protected] NAMA PENSYARAH : EN MOHD ROZAILEE BIN RUSLAN 1

Teori Behaviorisme c Koyong

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konsep teori behaviorisme dalam pendidikan

Citation preview

Page 1: Teori Behaviorisme c Koyong

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML3303PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

SEMESTER JANUARI 2015

Teori Behaviouris merupakan salah satu teori pembelajaran yang kerap diaplikasikan dalam bilik darjah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda bercadang mengaplikasikan Teori Behaviouris dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jelaskan konsep pemerolehan bahasa berdasarkan Teori Behaviouris dan sediakan sebuah rancangan pelajaran yang dapat menunjukkan Teori Behaviouris diaplikasikan dalam bilik darjah. Bincangkan juga kekuatan dan kelemahan teori tersebut.

NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN

NO MATRIKS : 700826125377001

NRIC : 700826125377

NO TELEFON : 01114811620 / 01115217449

EMAIL : [email protected]

NAMA PENSYARAH : EN MOHD ROZAILEE BIN RUSLAN

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN

TAWAU

1

Page 2: Teori Behaviorisme c Koyong

SEMESTER : SMP PPG SEPTEMBER 2014

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-3

2.0 CONTOH RPH BAHASA MELAYU

4-8

3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIOURISME

9-10

4.0 KESIMPULAN 11

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

2

Page 3: Teori Behaviorisme c Koyong

1.0 PENGENALAN

Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan

perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu

pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah

pengeluaran modal insan yang seimbang meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah dari segenap ruang sehinggalah kepada peringkat

yang paling asas. Guru-guru merupakan sasaran utama bidang ini kerana guru adalah

komponen utama yang menggerakkan sistem pendidikan negara ini. Jika dahulu pendidikan

berorientasikan guru banyak diterapkan namun kini terdapat beberapa jenis pembelajaran

yang berorientasikan pelajar. Kini pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan

dalam berbagai bentuk seperti kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, pengetahuan guru

tentang model-model yang dapat diaplikasikan juga semakin bertambah.

Perkembangan bidang pendidikan di negara kita tetap memberikan penumpuan utama

terhadap perkembangan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama dalam

Pengajaran dan Pembelajaran di peringkat Sekolah. Bahasa Melayu yang menjadi tunjang

utama dalam proses pembelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah

menengah sememangnya mencerminkan kepentingan bahasa ini sebagai medium penyatu

paduan penduduk Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup dalam satu negara bangsa yang

merdeka. Atas sebab itulah salah satu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu sebagai daya

penarik minat para pelajar melalui penggunakan konsep bahasa yang mencerminkan

kepelbagaian variasi bahasa mengikut penggunaannya berserta ragam bahasa yang digunakan

dalam satu-satu masa untuk diaplikasikan ke atas kehidupan seharian. Menurut Esah

Sulaiman (2004) menjelaskan bahawa, bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud

seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan

idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi

atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik

membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

Penyampaian bahasa dapat digunakan melalui beberapa pendekatan teori bagi

menyampaikan hasrat di sanubari. Antara pendekatan dalam pengajaran Bahasa Melayu

seperti pendekatan behaviorisme. Behaviorisme adalah teori perkembangan perilaku, yang

dapat diukur, diamati dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan. Tanggapan

3

Page 4: Teori Behaviorisme c Koyong

terhadap rangsangan dapat diperkuat dengan kesan yang diperolehi sama ada positif atau

negatif terhadap perilaku. Penggunaan Teori behaviorisme dalam pengajaran bahasa

beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Hal ini

bermakna, ianya dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas secara berterusan. Golongan

dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan

melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan

latihan dan latih tubi pola (bermula daripada senang kepada yang lebih susah) dilakukan

secara konsisten. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

            Seterusnya juga, proses pengajaran menggunakan teori ini berdasarkan kepada

prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan behaviorisme. Berdasarkan Calvin S. Hall &

Gardner Lindzey menjelaskan bahawa, langkah pertama dalam pengajaran menekankan

aspek penggunaan bahasa iaitu bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa

tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa

pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan. Kemudiannya proses latihan diteruskan

dengan pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting dalam peneguhan kepada

proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk

membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada

pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan

struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses

pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru

perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang

senang kepada yang lebih susah. Seterusnya, langkah pengajaran melalui konsep teroi ini

diteruskan dengan pendekatan pengukuhan iaitu satu syarat penting di dalam pembelajaran

yang merupakan suatu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.

Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas,

galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh perlu diberikan kepada individu khususnya

pelajar agar sentiasa mengikuti isi pengajaran guru. Mengikut prinsip ini juga, sesuatu gerak

balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang

disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini

merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan

latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan

4

Page 5: Teori Behaviorisme c Koyong

pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui

penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Menurut Calvin S. Hall & Gardner Lindzey

menjelaskan bahawa, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh golongan

Behaviorisme iaitu :

Latihan yang dikukuhkan -----------> pembelajaran ---------------> perubahan tingkah laku

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Menurut Jas Laile

Suzana Jaafar (2008) menyatakan bahawa, konteks pembelajaran bahasa di sekolah

kebanyakannya berbantukan dan bergantung kepada pendekatan guru dalam pengajaran.

Bahasa guru atau "body language" menjadi model yang diikuti oleh murid-murid. Jika

model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa

matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Keenam, mewujudkan operasi

rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi

rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur

ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta

motivasi.

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip inilah, terdapat beberapa kaedah yang boleh

dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Menurut Mohd Shahrani

Ahmad (2006) menjelaskan bahawa, antara pendekatan yang sesuai bagi mengaplikasikan

kaedah ini iaitu yang pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua

adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara

mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan

pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar. Melalui teori ini, terdapat

satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran

itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

.

2.0 CONTOH RPH TAHUN 4 BAHASA MELAYU

5

Page 6: Teori Behaviorisme c Koyong

Tarikh : 12 Ogos 2012

Masa : 7.00 – 8.00 pagi

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : Tahun 4 D

Bilangan Murid : 30 orang

Tema : Rakyat Cergas Negara Maju

Tajuk : Bintang Badminton

Hasil Pembelajaran:

Fokus utama

8. 2        Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.

              Aras 1

              i.Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus sampingan

5.1       Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

            Aras 1

i.          Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan. 

5.2       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

serta memahami perkara yang dibaca. 

            Aras 3

i.          Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif pembelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:

1.    Membina  sekurang-kurangnya  6  ayat tunggal berdasarkan tajuk

“Bintang Badminton” .

2.    Menyatakan sekurang-kurangnya 5 fakta yang terdapat dalam petikan “Bintang

Badminton”.

6

Page 7: Teori Behaviorisme c Koyong

3.    Menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan pemahaman berdasarkan teks “Bintang

Badminton” yang dibaca.

Sistem bahasa:

Tatabahasa : antonim (lelaki x perempuan, muda x tua, dalam x luar,  ramai x

sedikit, selepas x sebelum)

Kosa kata : menundukkan, merangkul, arena

Pengisian kurikulum

Ilmu : Pendidikan Jasmani

Nilai : Kerajinan, patriotisme, semangat kesukanan.

Kemahiran bernilai tambah (KBT):

Kemahiran berfikir : Menjana idea

Kemahiran belajar cara belajar : Mencatat isi penting

Kecerdasan pelbagai : verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah bermain badminton dengan rakan.

Bahan bantu mengajar : Gambar Raket badminton dan bola tangkis, pen maker, kertas

mahjong petikan “Bintang Badminton”, lembaran kerja.

Langkah/

masa Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi

(5 minit)

Contoh soalan:

1. Sukan apakah yang

dimainkan oleh guru?

Andaian jawapan

-badminton

2. Apakah nama benda

ini?

-Bulu Tangkis

3. Siapa gemar bermain

1.    Guru menunjukkan gaya

seorang pemain badminton. 

2.    Guru bertanya adakah murid

menonton perlawanan akhir

Sukan Olimpik 2008.

3.    Murid diminta meneka aksi

yang dilakonkan oleh guru.

4.    Murid ditunjukkan bola

tangkis dan raket.

Bahan bantu

mengajar:

 Raket dan bola tangkis.

Kemahiran berfikir:

menjana idea.

7

Page 8: Teori Behaviorisme c Koyong

permainan ini?

-murid

4. Siapakah pemain

handal dalam permainan

ini?

-Lee Chong Wei , Lin

Dan, Rashid Sidek,

Hafiz Hashim

5.    Murid menjawab soalan

tentang badminton berdasarkan

pengalaman sedia ada

6.    Guru mengaitkan  soal jawab

tadi dengan tajuk P&P hari ini

Langkah 1

(8 minit)

Menyatakan fakta dalam

petikan.

Peta Minda:

(Rujuk rampiran 1)

1. Murid diminta membaca

petikan yang bertajuk “Bintang

Badminton” dan diminta mencari

isi penting setiap peranggan dan

mencatat dalam peta minda yang

didearkan oleh guru.

2.    Guru dan murid untuk

menyemak jawapan.

Bahan bantu

mengajar:

Petikan “Bintang

Badminton”

Peta minda

Nilai:

Patriotisme

Kecerdasan pelbagai:

Verbal-linguistik

Nilai:

Patriotisme

Langkah 2

( 10 minit)

Menjawab soalan

pemahaman

Kosa kata:

1.    Menundukkan:

Menewaskan

2.    Merangkul

Mencapai

3.    Arena

Medan; gelanggang

1.    Guru dan murid-murid

berbincang tentang kosa kata

yang terdapat dalam petikan.

2.    Murid-murid diberi lembaran

kerja pemahaman. 

3.    Guru membincangkan

jawapan bersama-sama dengan

murid.

Bahan bantu

mengajar:

Petikan dan lembaran

kerja pemahaman.

Kecerdasan pelbagai:

interpersonal

1.    Guru menerangkan dan

memberikan contoh-contoh

Bahan bantu

mengajar:

8

Page 9: Teori Behaviorisme c Koyong

Langkah 3

(9 minit)

Tatabahasa

Antonim

·       lelaki x perempuan

·       muda x tua

·       dalam x luar

·       ramai x sedikit

·       selepas x sebelum

Pengayaan:

Menukar perkataan yang

digariskan dalam petikan

dengan antonim yang

betul.

(Rujuk Lampiran 2)

Pemulihan:

Memilih antonim yang

tepat bagi perkataan

yang digarisi dalam

ayat. (Rujuk lampiran

3)

antonim kepada murid-murid.

2.    Murid-murid menjawab

soalan mengikut kumpulan

pengayaan dan kumpulan

pemulihan.

3.    Guru membincangkan

jawapan bersama-sama dengan

murid.

lembaran kerja

Nilai:

Kerajinan

9

Page 10: Teori Behaviorisme c Koyong

Langkah 4

( 25 minit)

BINTANG

BADMINTON

Menulis ayat tunggal

berdasarkan petikan

“Bintang Badminton”.

 1.    Murid dalam kumpulan

diminta menulis ayat tunggal

berkaitan dengan Datuk Lee

Chong Wei pada lembaran yang

telah diberikan.

2.    Murid membentangkan

jawapan mereka dihadapan kelas.

Bahan bantu

mengajar:

Lembara kerja”, petikan

“Bintang Badminton”.

Kemahiran belajar

cara

belajar           :Mencatat

isi penting petikan

Kecerdasan pelbagai:

Intrapersonal

Nilai:

Bekerjasama

Penutup

(3 minit)

Rumusan kognitif:

· Menulis ayat tunggal

tentang ikon sukan

badminton

 Rumusan Sosial:

· Bersenam dan bersukan

baik untuk kesihatan kita

1.    Murid-murid diminta

merumus tentang kemahiran

bahasa yang dipelajari

2.    Guru  meminta murid

menyenaraikan kebaikan

bersukan

Nilai:

Semangat patriotisme

Refleksi Guru :

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10

Page 11: Teori Behaviorisme c Koyong

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------

Ulasan Guru Matapelajaran:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------

3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME

Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil

daripada rangsangan dalaman atau luaran. Penggunaan teori ini sewajarnya banyak

membantu seseorang guru dalam memudah carakan pengajarannya kerana memiliki beberapa

hubung kait dalam P&P seperti menekankan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan

sintaksis bahasa. Selain itu juga, berdasarkan penulisan Juriah Long, Raminah Sabran, dan

Sofiah Hamid. (1990) dalam bukunya berjudul Pendekatan Mengajar Bahasa Melayu

menjelaskan bahawa, teori ini turut membantu guru berfahaman bahawa data-data bahasa

dapat dikaji seperti pembentukan kata akronim dalam tajuk pengajaran tersebut. Hubungan

teori ini turut terserlah melalui kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek

bahasa dan semua ayat atau ujaran dengan tujuan memperlihatkan ciri yang berbeza Melalui

konsep tersebut, terdapat beberapa kelebihan dalam perlaksanaan P&P bahasa Melayu di

dalam kelas. 

Antara kelebihan teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak

khususnya pelajar sekolah rendah yang masih memerlukan bantuan atau bimbingan daripada

orang dewasa di sekeliling mereka seperti pengajaran guru ke atas pelajar dalam topik

bintang badminton yang memerlukan bahan ransangan seperti raket dan bulu tangkis untuk

mengenal pasti sukan badminton. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk

penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut

ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Sebagai contoh apabila guru

memberikan peneguhan bersifat pujian dan penghargaan ketika guru bertanyakan soalan

11

Page 12: Teori Behaviorisme c Koyong

kepada para pelajar dalam permulaan set induksi. Kelebihan teori ini turut dapat dikenalpasti

melalui faktor masa P&P yang dapat diselamatkan tanpa berlakunya pembaziran waktu. Hal

ini kerana guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang

tentang pembelajaran kepada murid-murid. Sebaliknya, para pelajar itu sendiri yang akan

cuba mencari jawapan melalui kehendak soalan apabila soalan yang dikemukan daripada aras

yang mudah kepada aras yang sukar. Menurut Mohd. Nasar bin Sukor (2007) menyatakan

bahawa, teori ini turut menyelitkan kelebihan melalui aspek penekanan kemahiran lisan

berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan

dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur

penting dalam situasi harian murid.

Namun begitu, setiap sesuatu teori itu pasti memiliki kelemahan untuk ditambah baik

pada masa hadapan. Antara kelemahan teori ini dalam pengajaran seperti proses

pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam

keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Hal ini kerana, guru hanya mengajar

dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi

sebarang maklum balas. Tindakan murid yang bersifat pasif ini sedikit sebanyak merencatkan

objektif untuk membuka dan melahirkan kemahiran tambah mereka seperti kecerdasan

pelbagai dan kemahiran cara belajar. Sebagai contoh, murid hanya berperanan sebagai

pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

Di samping itu juga, menurut Mohd. Nasar bin Sukor, (2007) menyatakan bahawa,

penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan

mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih

tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan

maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti

hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Sekiranya ransangan

dalam bentuk hadiah itu tidak diberikan, keadaan pelajar akan berterusan menjadi pasif.

Seterusnya juga, teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku

teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat

sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka

juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku

teks tersebut dengan baik.

12

Page 13: Teori Behaviorisme c Koyong

3.0              KESIMPULAN

            Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang

digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai

perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan

inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi meningkatkan

perasaan cinta ke atas ilmu Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi

memerlukan kerjasama yang erat daripada peringkat penggubal bahasa sehingga kepada

pengguna bahasa agar hasilnya juga akan kelihatan hebat. Semasa berbahasa, sama ada

tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea

yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca

memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Oleh sebab itulah, kepentingan teori behaviour dalam memantapkan teknik

pengajaran bahasa Melayu perlu ditambah baik seperti mencari suasana pengajaran yang

kondusif dan cuba memupuk minat pelajar agar mereka tidak merasa kosong dengan

pengajaran guru. Pada masa yang sama juga, teori ini perlu cuba mengurangkan ransangan

pada pelajar agar mereka tidak terlalu bergantung dengan ransangan dan peneguhan pujian

daripada guru. Atas sebab itulah, penambah baikan teori ini perlu diteruskan pada masa

hadapan.

BIBLIOGRAFI

Calvin S. Hall & Gardner Lindzey, et : Dr A. Supratiknya (1993). Psikologi Kepribadian 3

TEORI-TEORI SIFAT DAN BEHAVIORISTIK. Yogjakarta : Kanisius media.

13

Page 14: Teori Behaviorisme c Koyong

Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

Jas Laile Suzana Jaafar (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Selangor : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Juriah Long, Raminah Sabran, Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Mohd. Nasar bin Sukor, (2007). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 4. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Shahrani Ahmad (2006). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : PTS Media Sdn.

Bhd.

LAMPIRAN

14

Page 15: Teori Behaviorisme c Koyong

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, Jawab soalan yang diberikan.

Malam yang menjadi penentuan,adakah Malaysia berjaya menamatkan kemarau pingat emas kontinjen negara pada Sukan Olympic 2012 di arena London

Chong Wei menentang Lin Dan dalam aksi akhir badminton bagi merangkul pingat emas. pingat perak sudah pasti berada dalam genggaman selepas kejayaan beliau melangkah ke

perlawanan akhir setelah berjaya menundukkan Chen Long pada aksi separuh akhir

perkembangan lain,impian negara untuk meraih pingat gangsa menerusi acara badminton negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong

kepada pasangan Korea Selatan, Chung Jae-Sung-Lee Yong-Dae

rakyat Malaysia terarah kepada Chong Wei. Ayuh gemuruh suara menyaksikan

Adakah pingat emas pertama Sukan Olimpik yang diimpikan itu akan hadir atau hanya terus berpuas

15