Teks Pidato_Akhlak Mulia Masyarakat Sejahtera

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Akhlak Mulia Masyarakat Sejahtera

Bismillahirahmanirrahim

Amerika Syarikat bertamadun tinggi berdiri kukuh sebagai kuasa besar dunia, namun kebejatan sosialnya semakin menggila sekaligus menidakkan nilai-nilai insani yang seharusnya menunjangi kehidupan bermasyarakat. Nantikan natijahnya, renungkan.

Assalamualikum WBT dan salam masyarakat sejahtera.

Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara peneraju majlis, jemaah hakim yang berintegriti, warga pendidik yang disanjungi seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dihormati.

Akhlak Mulia Masyarakat Sejahtera,demikianlah bingkisan wacana saya pada pagi ini.

Hadirin yang bervisi,

Manyusuri konsep AKHLAK MULIA MASYARAKAT SEJAHTERA mempunyai kolerasi tersendiri. Ramai percaya bahawa AKHLAK MULIA adalah kuasa kebahagiaan keluarga, masyarakat dan Negara. Justeru, hadirin sekalian, saya ingin mengajak anda menghayati TIGA fokus intipati wacana saya pada hari ini.Pertama senario semasa masyarakat pada hari ini. Kedua cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dan ketiga, langkah mewujudkan masyarakat bahagia melalui pembentukan akhlak mulia.

Putera-puteri anak pertiwi

Masih segar di ingatan, kita disentak dengan peristiwa duka si bapa menikam mati si isteri meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan si anak pula membunuh ibu kandung angkara dadah yang menghantui diri. Statistik kes sumbang mahram yang dikeluarkan oleh kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga menunjukkan ada peningkatan kes setiap tahun iaitu 2503 kes pada tahun 2010 kepada 2952 kes pada tahun 2011. Anak-anak muda di bangku persekolahan pula, sudah mempraktikkan gejala sumbang yang ditonton melalui kemajuan teknologi. Persoalannya, mampukah kita membentuk akhlak mulia dalam kalangan masyarakat kita dan seterusnya melahirkan modal insan yang seimbang.

Warga dewan budiman,

Cabaran dalam membentuk masyarakat bahagia pada hari ini bukan sahaja menuntut manusia untuk bekerja keras bagi menampung kehidupan, namun manusia mula melupakan asas pembinaan masyarakat menurut lunas dan akhlak yang mulia. Pembentukan masyarakat nukleus tidak lagi menjadi keutamaan dalam era kemodenan ini. Para ibu bapa begitu sibuk bekerja sehingga anak-anak dibiarkan membesar tanpa ada pengawasan. Pakej masyarakat sejahtera berteraskan yang muda disayangi, yang tua dihormati, tidak lagi menjadi ikutan bahkan dipandang sepi dalam masyarakat.. Imam Al Ghazali pernah berkata, untuk melihat kemajuan sesuatu bangsa, lihatlah remajanya. Namun, sayang seribu kali sayang, kes-kes moral terus meningkat saban tahun dan dilihat tiada kesudahannya.

Hadirin yang dikasihi,

Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peranan dan tanggungjawab membentuk masyarakat berkualiti diperkasakan melalui pelbagai mdium di peringkat akar umbi. Agensi-agensi yang prihatin menyahut pelan strategik kerajaan mengajak masyarakat mengubah paradigma. Kursus pra perkahwinan diwajibkan kepada pasangan yang seia sekata mengikat janji agar memperolehi kemahiran keibubapaan yang secukupnya. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati konsep jati diri insani. Didikan gama disemai-suburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-akhlak mulia agar sikap sayang menyayang dalam keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi membentuk akhlak mulia yang akhirnya membentuk masyarakat sejahtera.

Anak-anak bangsaku

Tuntasnya, bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip masyarakat sejahtera. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia pada masa hadapan.

Loceng di sana telah berbunyi,Sebagai tanda untuk berhenti,Salah dan silap harap dimaafi,Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian Salam Masrakakat sejahtera.

Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.