Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    1/9

    PROGRAM BICARA KARYA PENULIS PELBAGAI KAUM WILAYAH UTARA

    ANJURAN BERSAMA DBP WILAYAH UTARA

    Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Md. Salleh Bin Yaapar,Naib Pengerusi, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka

    Hadirin dan hadirat di minta berdiri._________________________________________________________________Faiz

    (Nyanyian Lagu Negaraku)

    Hadirin dan hadirat dijemput duduk

    Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datang

    Awal BismilLah pembuka bicara.

    BismilLahirRahmanirRahim.

    Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh dan salam sejahtera.

    Yang Berbahagia,Prof. Dato Dr. Md. Salleh Bin Yaapar,Naib Pengerusi,Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara

    Yang Berbahagia,En. Abdul Nasir Bin Mohd RazaliPengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara

    Yang BerusahaTn. Hj. Mohd Sawfi Bin LawiKetua Jabatan Pengajian Melayu mewakili Pengarah Institut Pendidikan Guru KampusPulau Pinang

    Yang Dihormati,Prof. Madya. Dr. Siti Hajar Binti Che Man dan Dr. Sakinah Binti Abu BakarSelaku Pembicara Karya

    Yang Dihormati,Encik Chai Loon Guan

    Penulis Prosa Kreatif

    Para Pensyarah dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Bicara Karya PenulisPelbagai Kaum Wilayah Utara, Barisan pelajar guru,Serta hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

    Selamat datang ke :Program Bicara Karya Penulis Pelbagai Kaum, Wilayah Utara Anjuran Bersama, InstitutPendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara.

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    2/9

    __________________________________________________________________Liza

    Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

    Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titi

    Doa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati.

    Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah

    sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

    Muhammad Abdillah Bin Mat Ali.

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

    Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhammad

    Abdillah Bin Mat Ali atas bacaan doa itu tadi.

    _________________________________________________________________Faiz

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    3/9

    Bagi meneruskan majlis, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

    Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Sawfi Bin Lawi Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut

    Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan aluan.

    Dipersilakan

    ...........................................................................................................................................

    Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Sawfi Bin Lawi atas

    ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

    _________________________________________________________________Liza

    Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang

    Berbahagia Prof. Dato Dr. Md. Salleh Bin Yaapar, Naib Pengerusi, Lembaga Pengelola

    Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan

    program Bicara Karya Penulis Pelbagai Kaum Wilayah Utara.

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Md.

    Salleh Bin Yaapar atas ucapan perasmian sebentar tadi.

    _________________________________________________________________Faiz

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    4/9

    Dengan ini, majlis diteruskan pula dengan slot proses kreatif yang akan dibentangkan

    oleh Encik Chai Loon Guan.

    En. Chai Loon Guan atau nama penanya Adi Chonan dilahirkan pada 9 Febuari 1960 di

    Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di

    Tanjong Malim, Perak. Kemudian beliau telah memperoleh sijil ikhtisas perguruan di

    Maktab Perguruan ilmu Khas, Cheras. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Akademi

    Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

    Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pendidik dari tahun 1982 hingga kini.

    Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau telah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan

    Cemerlang (2002), Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (2004) Anugerah Khas

    Hari Guru Daerah Batang Padang (2007), Guru Cemerlang Bahasa Melayu (2008) dan

    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2009).

    Walaupun berbangsa Cina, beliau telah banyak menghasilkan penulisan kreatif dalam

    bahasa Melayu sejak di tingkatan 3 pada tahun 1975. Berkat usaha dan bakat semula

    jadi yang dianugerahkan, beliau telah berjaya menggondol pelbagai anugerah di

    peringkat negeri dan nasional seperti Hadiah Puisi MAYC (1980), Hadiah Sajak Hari

    Guru Perak (1983 hingga 1990), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (1988, 1989, 1993

    dan 1995), Hadiah Sastera Dewan Bahasa Pustaka Maybank (1992 dan 1993) dan

    Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke-19 (2008/2009) Kategori Eceran Cerpen pada 30

    November 2010.

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Chai Loon Guan.

    Terima kasih diucapkan kepada Encik Chai Loon Guan atas sedikit pengenalan tentang

    karya beliau sebentar tadi.

    _________________________________________________________________Liza

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    5/9

    Pada hari ini seramai 2 orang pembicara yang akan membicarakan karya.

    Untuk itu, majlis menjemput pembicara karya pertama iaitu Prof. Madya Dr. Siti HajarBinti Che Man untuk membicarakan karya yang pertama.

    Sedikit pengenalan tentang Prof. Madya Dr. Siti Hajar Binti Che Man. Beliau sekarang

    berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains

    Malaysia dalam bidang kesusasteraan. Pengkhususan beliau ialah Kesusasteraan

    Moden Nusantara, Kesusasteraan Afrika, Kesusasteraan Islam dan Teori Sastera serta

    Kritikan (Feminis). Di antara penghasilan buku yang terkenal ialah Bunga Rampai

    Sastera Melayu Warisan Islam (1996) yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

    Pustaka dan Esei-esei kritikan feminis dalam kesusasteraan Melayu (2007), yang telah

    diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia.

    Majlis dengan ini mempersilakan Prof Madya Dr. Siti Hajar Binti Che Man untuk

    menyampaikan bicara karya beliau,

    Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Hajar Binti Che Man atas

    pembentangan beliau sebentar tadi.

    _________________________________________________________________Faiz

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    6/9

    Seterusnya majlis menjemput pembicara karya kedua iaitu Dr. Sakinah Binti Abu Bakar

    untuk membicarakan karya yang kedua.

    Sedikit pengenalan tentang Dr. Sakinah Binti Abu Bakar. Beliau sekarang berkhidmat

    sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr. Sakinah Binti Abu Bakar untuk

    menyampaikan bicara beliau.

    Terima kasih diucapkan kepada Dr. Sakinah Binti Abu Bakar atas pembentangan beliau

    sebentar tadi.

    Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Sesi ini dibuka kepada semua peserta.

    Peserta dijemput untuk mengemukakan beberapasoalan.

    _________________________________________________________________Liza

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    7/9

    Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    Majlis diteruskan pula dengan penyampaian cenderamata daripada Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Majlis dengan rasa penuh takzim menjemput Yang Berbahagia Prof. Dato Dr.

    Md. Salleh Bin Yaapar dengan diiringi Tn. Hj Mohd Sawfi Bin Lawi Ketua Jabatan

    Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang bagi menyampaikan

    cenderamata. Majlis mempersilakan

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Chao Loon Guan untuk

    menerima cenderamata.

    Seterusnya dijemput pembicara karya yang pertama Prof. Madya Dr. Siti Hajar Binti

    Che Man,

    Seterusnya dijemput pembicara karya yang ke kedua Dr. Sakinah Binti Abu Bakar

    Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Mohd Sawfi Bin

    Lawi Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

    untuk menerima cenderamata dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Di persilakan.

    _________________________________________________________________Faiz

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    8/9

    Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    Majlis diteruskan pula dengan penyampaian cenderamata daripada Institut Pendidikan

    Guru Kampus Pulau Pinang. Majlis mempersilakan Tn. Hj Mohd. Sawfi Bin Lawi Ketua

    Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang bagi

    menyampaikan cenderamata. Majlis mempersilakan

    Majlis sekali lagi menjemput Encik Chao Loon Guan untuk menerima cenderamata.

    Seterusnya dijemput pembicara karya yang pertama Prof. Madya Dr. Siti Hajar Binti

    Che Man,

    Seterusnya dijemput pembicara karya yang ke kedua Dr. Sakinah Binti Abu Bakar

    Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia En. Abdul

    Nasir Bin Mohd Razali Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerima

    cenderamata dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Dipersilakan.

    Akhir sekali majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Prof. Dato

    Dr. Md. Salleh Bin Yaapar Naib Pengerusi, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan

    Pustaka untuk menerima cenderamata dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau

    Pinang. Majlis mempersilakan.

    Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Md. Salleh Bin Yaapar

    dan Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Sawfi Bin Lawi atas kesudian menyampaikan

    cenderamata.

    _________________________________________________________________Liza

  • 7/31/2019 Teks Pengacara Majlis Bicara Karya

    9/9

    Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah program

    bicara karya penulis pelbagai kaum wilayah utara.

    Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Prof.

    Dato Dr. Md. Salleh Bin Yaapar atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna

    ini.

    Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan

    terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir ke halaqah ilmu yang

    penuh keberkatan ini.

    Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Program Bicara Karya

    Penulis Pelbagai Kaum Wilayah Utara, terutamanya ahli jawatankuasa pelaksana, dan

    semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

    Hadirin dan hadirat sekalian,

    Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

    Umpama berkayuh telah sampai di muara

    Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

    Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung Majlis.

    Pada kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap

    sepanjang mengacarakan Majlis ini.

    Dijemput Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Md. Salleh Bin Yaapar, Yang Berbahagia En.

    Abdul Nasir Bin Mohd Razali dan diiringi oleh Tn. Hj. Mohd Sawfi Bin Lawi serta

    jemputan khas untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

    Dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang

    telah disediakan.

    Sekian sahaja, salam hormat daripada kami, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu

    `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

    _________________________________________________________________Faiz