7
Ke Pekan Sebangan membeli bingka, Burung merbah dipohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Assalamualaikum pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Yang Berusaha, En. Mohd Ramlan bin Bohri, Guru Besar SK Haji Bujang Sebangan, merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan. Yang Dihormati. Barisan Guru Besar, Barisan Penolong Kanan, Barisan Guru Pengiring, Barisan Fasililitator. Yang dikasihi anak-anak didik, peserta-peserta Program Klinik UPSR 2015 serta hadhirin – hadhirat yang dirahmati Allah.. Alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini bagi menjayakan MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM KLINIK UPSR PERINGKAT ZON SEBANGAN BAG TAHUN 2015. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melapangkan masa untuk bersama-bersama di dalam majlis kita pada petang ini.

TEKS KLINIK UPSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Citation preview

Ke Pekan Sebangan membeli bingka,

Ke Pekan Sebangan membeli bingka,

Burung merbah dipohon cemara,

Majlis bermula tirai dibuka,

Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Yang Berbahagia,

En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan

Yang Berusaha,

En. Mohd Ramlan bin Bohri, Guru Besar SK Haji Bujang Sebangan, merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan.

Yang Dihormati.

Barisan Guru Besar, Barisan Penolong Kanan, Barisan Guru Pengiring, Barisan Fasililitator.Yang dikasihi anak-anak didik, peserta-peserta Program Klinik UPSR 2015 serta hadhirin hadhirat yang dirahmati Allah..

Alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama merafakan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini bagi menjayakan MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM KLINIK UPSR PERINGKAT ZON SEBANGAN BAG TAHUN 2015. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melapangkan masa untuk bersama-bersama di dalam majlis kita pada petang ini.

Untuk makluman hadirat sekalian, klinik upsr peringkat zon ini telah berlangsung selama 2 hari bermula Rabu (3 Mac 2015) sehingga hari ini. Program ini melibatkan ...... Seramai 114 orang Murid- murid tahap 2 di 10 buah sekolah Zon Sebangan.Antara matlamat program ini adalah untuk ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Bagi memulakana majlis kita pada hari ini, sama- sama kita Menyanyikan lagu Negaraku dan FLy Kenyalang Fly dengan iringan muzik.

Hadirin dipersilakan untuk berdiri.

***nyanyian***

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Kalau pergi ke kampung sampat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat.

Moga majlis mendapat berkat..

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari ini, dijemput Ustad Mohd Tarmizi bin Che Abdul Rani. Dipersilakan untuk memimpin bacaan doa.

**********Bacaan Doa*******

Amin amin ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz Mohd Tarmizi bin che abdul rani atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan, En. Mohd Ramlan bin Bohri, Guru Besar SK Haji Bujang Sebangan, merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan.

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****** ucapan ******Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan olehEn Mohd Ramlan b. Bohri. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah.. . Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

YANG BERBAHAGIA En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin

Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan.

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Majlis Penangguhan Klinik Upsr peringkat Zon Sebangan bagi tahun 2015. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin di atas kesudian beliau menyampaikan ucapan penangguhan itu tadi.

Sampan berkolek ke tanjung Tuan

Bawa muatan sekarung padi

Ucapan diberi penuh penghargaan

Terima kasih sekalung budi...

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati.

Untuk menyempurnakan upacara tersebut,Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Ramlan Bin Bohri untuk mengiringi Yang berbahagia En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin ke atas pentas.Dipersilakana.

Penyampaian sijil bagi peserta Klinik UPSR:

Dijemput Guru Besar Sekolah sebagai wakil:

Penyampaian sijil bagi fasilitator Klinik UPSR

Dijemput:

A) FASILITATOR BAGI SUBJEK BAHASA MELAYU- WAKIL EN OSMAN B JAMBOT

B) FASILITATOR BAGI SUBJEK SAINS - WAKIL ___________________

C) FASILITATOR BAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS- WAKIL __________________

D) FASILITATOR BAGI SUBJEK MATEMATIK- WAKIL _________________

Seterusnya penyampaian cenderahati kepada barisan penolong kanan.

Dijemput wakil penolong kanan dari

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan di atas kesudian beliau menyampaikan sijil dan cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda pernghargaan dan terima kasih ,majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Mohd Ramlan b. Bohri, Guru Besar SK Haji Bujang Sebangan merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sebangan untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Ramlan b. Bohri di atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, mari lah kita bersama- sama meyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku dengan penuh semangat.

Hadirin dipersilakan untuk berdiri.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hadirin hadirat sekalian sekali,

Dengan nyanyian itu tadi maka berakhirlah sudah Majlis Penangguhan Program Klinik UPSR 2015.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia besua kembali

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha En. Mohd Ramlan bin Bohri mengiringi Yang berbahagia En Samsul Alam b. Mohd Shamsudin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

************

Para guru dan murid - murid dipersilakan untuk menjamu selera di tempat yang telah disediakan.

Sekian terima kasih.