11

Click here to load reader

karangan upsr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: karangan upsr

Aku berjalan pulang dari sekolah sambil menyanyi-nyanyi kecil. Apa tidaknya, guru kelasku, Puan Fauziah telah memberiku hadiah lantaran prestasiku yang cemerlang. Aku menggunakan jalan biasa untuk pulang ke rumah. Tiba - tiba, aku ternampak asap naik berkepul - kepul ke udara. Detik hatiku, kebakarankah itu?.

Aku mempercepatkan langkah kakiku ke sana. Oh!, rupa - rupanya rumah jiranku telah terbakar. Aku melihat jiran - jiranku bertungkus - lumus memadamkan api. Aku segera meletakkan begku di tempat yang selamat dan membantu mereka. Ketika itu orang - orang kampung sudah menelefon pihak bomba. Di satu sudut, ku terpandang seorang ibu menangis - nangis dan merayu kepada orang rami untuk menyelamatkan bayinya yang berada di dalam rumah yang terbakar itu.

Tanpa memikirkan keselamatanku, aku mengambil jaket yang tersedia di dalam begku dan menerjah masuk ke dalam rumah itu. Ketulan asap berwarna kelabu dan baunya menyukarkan aku untuk mencari bayi itu. Tiba - tiba aku terdengar rengekan seorang bayi di dalam bilik tidur. Aku segera menolak daun pintu bilik lalu mengambil seorang bayi yang berada di dalam ketakutan. Aku membaluti tubuh bayi itu dengan jaket yang kubawa. Akhirnya, aku selamat keluar dari rumah itu tanpa sebarang kecederaan pada diriku dan bayi.

Aku segera memberikan bayi itu kepada ibunya. Tangisan bayi itu semakin reda apabila menatap wajah ibunya. Setelah itu, aku mendengar siren kereta polis dan disusuli dengan trak bomba. Pihak bomba dan orang ramai bekerjasama memadamkan api yang semakan marak itu.

Akhirnya api berjaya dipadamkan. Orang ramai tidak sudah - sudah berterima kasih kepadaku. Seorang ahli bomba datang kepdaku dan berjabat tangan denganku. Beliau mengucapkan tahniah kepadaku kerana berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi. Rasa bangga meresap ke dalam tubuhku. Ibu kepada bayi itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepadaku. Pihak bomba itu berjanji akan menganugerahkan pingat Hang Tuah kerana jasaku. Pihak wartawan datang sejurus selepas semua orang raim beredar. Mereka begitu kagum dengan keberanianku.

Maka, berakhirlah hari ini yang dipenuhi dengan cerita yang gembira. Akanku ceritakannya kepada ibuku.

Page 2: karangan upsr

Salam sejahtera Tuan Pengarusi Majlis,panel hakim yang arif,barisan pembakang dan hadirin sekalian.Saya bagi pihak pencadang tetap menegaskan bahawa permainan video komputer banyak mendatangkan keburukkan kepada pelajar.

        Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan permainan untuk remaja juga semakin canggih.Permainan video komputer kian popular dewasa ini.Ini menyebabkan banyak pelajar membuang masa dan tenaga dengan sia-sia sahaja di pusat permainan video.Keasyikan mereka bermain permainan video ini menyebabkan mereka menggabaikan tanggungjawab mereka terhadap pelajaran.Akibatnya,prestasi pelajaran mereka mungkin merosot.

        Pelajar-pelajar yang sudah ketagih bermain video ini juga sanggup ponteng sekolah semata-mata hendak bermain komputer.Mereka akan menukar uniform sekolah dan berpakaian biasa untuk mengunjungi pusat permainan video.Keadaan ini bagi menggelakkan mereka daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

        Selain itu,wang saku pelajar banyak dihabiskan untuk berseronok-seronok.Sedangkan ibu bapa mereka memberi wang saku itu untuk membeli barang keperluan yang lebih penting seperti membeli buku-buku rujukan dan latihan.

        Disamping itu,permainan video komputer menyebabkan pelajar mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan fikiran.Misalnya ,unsur-unsur peperangan dan keganasan.

        Berdasarkan hujah-hujah di atas,jelaslah bahawa permainan video komputer mendatangkan lebih banyak keburukan kepada pelajar.Oleh itu,permainan video komputer perlulah disekat daripada terus merebakuntuk mengelakkan kepincangan di kalangan remaja.

Sekian,terima kasih. 

Page 3: karangan upsr

    I bu

bapa ialah orang yang telah melahirkan kita.Tanpa mereka,kita tidak akan hidup di muka bumi ini.Merekalah yang telah menjaga,mendidikdan menyayangi kita.Jasa ibu bapa tidak boleh dinilai dengan wang ringgitdan harta benda.

    Kita wajib mengormati dan mentaati kedua ibu bapa kita dengan patuh pada perintah dan nasihat mereka.Kita handaklah becakap dengan sopan,tidak melawan dan tidak meninggi suara dengan mereka.

    Kita juga hendaklah belajar bersungguh sungguh agar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.kejayaan seumpama itu merupakan hadiah yang paling berharga untuk ibu bapa kita.

    Akhir sekali,kita juga tidak wajar mendesak ibu bapa kita memenuhi apa yang kita ingini.Kemampuan mereka jangan dibandingkan dengan kemampuan orang lain.Bak kata pepatah,ukur baju di badan sendiri.

    Sesungguhnya penggorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Dengan kemampuan yang terhad,berusahalah kita membalas segala pengorbanan mereka.

Page 4: karangan upsr

RABU,16 MEI 2007   7.45pagi  Semua warga sekolah berkumpul di dataran sekolah bagi meraikan  sambutan Hara Guru 2007.Keadaan cuaca cerah pada hari itu.  Semua guru dan murid-murid tampak ceria.   8.00pagi  Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar.Diikuti Cikgu Norlian membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.Selepas itu,Cikgu Choo Saw Wan pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.   8.45pagi  Sukaneka dimulakan dengan acara rebut kerusi.Saeterusnya acara lari bawa lilin dan isi air dalam botol.Perlawanan bola baling juga diadakan antara murid dengan guru.   9.45pagi  Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan.Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan lagu nasyid dalam bahasa Arab.Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama pendek yang berjudul 'Guru Kampung'.   11.00pagi  Majlis berhenti rehat,kami menikmati jamuan yang disediakan.  Kami makan bersama-sama guru,kakitangan sekolah dan anggota  PIBG yang hadir.Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan.Semua  hidangan yang tersedia membuka selera kami.   11.45pagi  Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka telah mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini.Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Ariffin bin Mat Rawi.  

Page 5: karangan upsr

Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah.Banyak manfaatnya jika kita membawa bekalan makanan ke sekolah.

        Apabila kita membawa bekalan makanan ke sekolah ,kita dapat menjimatkan wang saku yang diberikan oleh ibubapa kita .Selebihan wang saku itu kita simpan demi masa hadapan kita serta kita dapat belajar berjimat cermat.

        Kita tidak perlu tergesa-gesa beratur dan membeli makanan di kantin.Kita cuma perlu makan makanan yang dibekal serta dapat menjimatkan masa dan masa digunakan itu kita membaca buku di perpustakaan.

        Makanan yang dibekal lebih enakrasanya.Hal ini kerana,makanan yang dibekal itu dimask oleh ibu kita .Sesungguhnya,ibu kita lebih tahu citarasa selera anaknya dan mementingkan kebersihan.Dengan ini,tetulah lebih selera untuk makan.

        Selepas itu,makanan yang dimasak oleh ibu kita lebih berkhasiat.Ibu sentiasa menggunakan bahan-bahan terpilih.Di samping itu,makanan yang disediakan oleh ibu kita bersih dan dijamin selamat.

        Oleh itu,membawa bekalan sepatutnya menjadi budaya murid-murid.

Page 6: karangan upsr

Sebagai sebuah alat ciptaan sains dan teknologi,sememangnya aku sungguh bangga apabila dilahirkan di Malaysia.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Selangor.Setelah aku diperiksa dengan teliti,aku dimasukkan ke dalam kotak untuk dipasarkan.

Semasa suatu pameran komputer diadakan di ibu kota,aku turut dipamerkan .Banyak pengunjung yang datan ke pameran itu.Ada yang meminatiku dan menanyakan khidmat yang dapat kutawarkan.Akhirnya,aku dibeli oleh seorang lelaki dengan harga RM2500.

    Aku disambut dengan gembira oleh anak-anaknya.Tuanku mengajar anak-anaknya cara menggunakan khidmatku.Beliau selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya menjagaku    dengan baik.

Aku digunakkan oleh tuanku untuk membuat kerja-kerja pejabatnya.Aku digunakan oleh anak sulungnya untuk membuat rujukan.Anak-anaknya yang lain turut menggunakan khidmatku untuk belajar,bermain,menonton filem dan sebagainya.

Sesungguhnya aku sangat berjasa kepada mereka sekeluarga.Mereka menggunakan khidmatku dengan sebaik-sebaiknya.Tuanku selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak menyalahgunakanku.

Kini,sudah dua tahun aku berkhidmat dengan keluarga tuanku.Aku benar-benar gembira semasa berada dengan mereka.Khidmat yang kuberikan telah menjadikan mereka peka kepada maklumat semasa.

Page 7: karangan upsr

Baru-baru ini ayah mengajak kami sekeluarga untuk meraikan Hari Keluarga di Rompin Beach Resort.Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas bersama dengan sepuluh keluarga yang lain.

                Sesampai di sana,ayah sebagai ketua rombongan telah mendaftar di tempat penginapan.Tempat ini telah di tempah sejak awal lagi.Setiap keluarga telah diberi sebuah bilik penginapan.Bilik yang dihuni oleh kami berhadapan dengan kolam renang.

                Setelah berehat sebentar,kami keluar untuk bermandi-manda di kolam renang.Airnya sungguh dingin dan papan gelongsor air menjadi tumpuan kebanyakan kanak-kanak yang hadir.Kaum bapa berperanan menjaga keselamatan di sekitar kolam.

                Menjelang petang,kaum ibu menyediakan minuman dan makanan yang dibekal dari rumah.Acara kaum bapa diadakan pada waktu itu.Ayah saya telah menyertai acara membaling buah kelapa dan mendapat tempat kedua.

                Keesokkan hari,setelah bersarapan acara sukaneka untuk kanak-kanak diadakan.Adik saya telah memenangi acara mengisi air ke dalam botol.Selesai acara sukaneka,kami telah ke pantai untuk menyertai acara keluarga.Setiap keluarga akan membina istana pasir.Keluarga Encik Rozi telah memenangi acara tersebut.

                Waktu untuk pulang telah hampir tiba.Ayah meminta semua keluarga untuk mengemas bilik masing-masing.Kami adik-beradik berasa sungguh terharu kerana terpaksa kerana terpaksa beredar.Walaupun penat tetapi kami sangat gembira kerana mendapat ramai kenalan

HAIWAN SEBENARNYA MERUPAKAN HIDUPAN YANG BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA JENIS HAIWAN LIAR DAN JINAK. BANYAK HAIWAN JINAK YANG BOLEH DIJADIKAN HAIWAN KESAYANGAN. KUCING ATAU ARNAB MERUPAKAN ANTARA HAIWAN YANG BOLEH KITA PELIHARA SEBAGAI BINTANG KESAYANGAN.

Page 8: karangan upsr

BAGI SAYA, KUCING MERUPAKAN HAIWAN KESAYANGAN PILIHAN SAYA. KUCING SAYA DIBERI NAMA COMEL. KUCING SAYA PADA ASALNYA DITEMUI DITEPI SEBUAH LONGKANG KETIKA SAYA PULANG DARI SEKOLAH. SAYA KASIHAN MELIHAT ANAK KUCING YANG KESEJUKAN ITU. LALU SAYA MEMBAWANYA PULANG KE RUMAH. IBU SAYA MENYEDIAKAN SATU TEMPAT KHAS UNTUK COMEL. SETIAP HARI SAYA MEMBERI COMEL SUSU. SAYA MENJAGA COMEL DENGAN PENUH KASIH SAYANG

SETIAP MINGGU SAYA MEMANDIKAN COMEL. BULUNYA YANG BEWARNA PUTIH KEKUNINGAN SANGAT CANTIK SEKALI. SETIAP PETANG SAYA MELAPANGKAN MASA BERMAIN DENGAN COMEL. KUCING SAYA SANGAT MANJA. COMEL SUDAH MENGENALI SUARA SAYA. SETIAP KALI SAYA MEMANGGIL NAMANYA. COMEL AKAN BERLARI KEARAH SAYA. SAYA SUNGGUH SAYANG AKAN COMEL

KINI COMEL SUDAH SEMAKIN TUA. NAMUN,COMEL MASIH LINCAH SEPERTI DAHULU. WALAUPUN COMEL SUDAH TUA,SAYA TETAP MENYAYANGINYA.