2
Teknik penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Teknik Penyoalan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teknik Penyoalan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan

dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu,

ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi

pernyataan dan melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri sendiri di

kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-

soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak

balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan

pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar

sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada

mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu

tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan

untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan

di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar

di dalam kelas? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti

bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita

mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim

komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti

pengajaran guru kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran

melibatkan teknik penyoalan.

Tujuan penggunaan Teknik Penyoalan

Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu

blok informasi, untuk mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada satu

fakta yang lain, untuk menegaskan kepentingan isi dengan memberikan penekanan

kepadanya, untuk mengarah pelajar ke hala yang betul dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah untuk mencerna

pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk menganalisis, mensintesis

Page 2: Teknik Penyoalan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.

Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran

ialah:

i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.

ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis.

iii.