8
Kata Tanya Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya sekiranya kata Tanya diletakkan di pangkal ayat. Kata Tanya Penggunaan Ayat Contoh Apa Digunakan untuk menanyakan tentang benda Apakah warna bekas makanan kamu? Siapa Digunakan untuk menanyakan tentang orang. Siapakah yang ingin membeli majalah ini? Bila Digunakan untuk menanyakan tentang masa. Bilakah abang pulang? Mengapa Digunakan untuk menanyakan tentang sebab. Mengapakah Aziz tidak hadir ke sekolah? Bagaimana Digunakan untuk menanyakan tentang cara. Bagaimanakah kamu membuat kek coklat ini? Di mana Digunakan untuk menanyakan tentang tempat. Di manakah beg sekolah saya? Berapa Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan. Berapakah umur adik? Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

tatabahasa tahun 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tatabahasa

Citation preview

Page 1: tatabahasa tahun 1

Kata Tanya

Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya sekiranya kata Tanya diletakkan di pangkal ayat.

Kata Tanya

Penggunaan Ayat Contoh

Apa Digunakan untuk menanyakan tentang benda

Apakah warna bekas makanan kamu?

Siapa Digunakan untuk menanyakan tentang orang.

Siapakah yang ingin membeli majalah ini?

Bila Digunakan untuk menanyakan tentang masa.

Bilakah abang pulang?

Mengapa Digunakan untuk menanyakan tentang sebab.

Mengapakah Aziz tidak hadir ke sekolah?

Bagaimana

Digunakan untuk menanyakan tentang cara.

Bagaimanakah kamu membuat kek coklat ini?

Di mana Digunakan untuk menanyakan tentang tempat.

Di manakah beg sekolah saya?

Berapa Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan.

Berapakah umur adik?

Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

Apa, Siapa, Mengapa, Bagaimana,Di mana,Berapa,Bila1. ______________kah kamu ketawa?2. ______________kah harga pensel warna?3. ______________kah makanan kegemaran kamu?

Page 2: tatabahasa tahun 1

4. ______________kah nama abang kamu?5. ______________kah buku cerita saya?6. ______________kah kamu dapat memancing ikan yang besar?7. ______________kah bas sekolah kamu akan tiba di sekolah?8. ______________kah yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini?

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama dan terbahagi kepada:

Kata ganti nama diri

Penggunaan Contoh Ayat contoh

Pertama Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

aku, saya, beta, patik, hamba,kita,kami

Saya berumur tujuh tahun pada tahun ini.

Kedua Digunakan untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap.

awak, anda, kamu, engkau, saudara, saudari,kalian

“Awak hendak pergi ke mana?” tanya ibu kepada Swee Ling.

Ketiga Digunakan bagi orang yang dicakapkan.

dia, mereka, beliau, baginda, -nya

Mereka sedang menyepak bola di padang.

Latihan 1 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Awak, Kita, saya, -nya, kamu.1. Nama _____________ Lee Jia Yi.2. Kotak pensel _____________ sangat cantik.3. _____________ suka makan apa?4. _____________ mesti berdiri tegak semasa menanyikan lagu

Negaraku.

Page 3: tatabahasa tahun 1

5. Di manakah _____________ tinggal?

Latihan 2 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Kita, Mereka, awak, Dia, Saya.1. Wah, cantiknya baju _____________.2. _____________ perlu bersenam selalu untuk menjaga kesihatan.3. Samy mempunyai seekor anjing. _____________ bermain dengan

anjingnya pada masa lapang.4. Saya murid tahun satu. _____________ suka membaca buku.5. Ethan dan Ken berkawan baik. _____________ pergi ke sekolah

bersama-sama.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Huruf awal pada setiap kata nama khas ditulis dalam huruf besar. Contoh kata nama khas adalah seperti berikut:

Kumpulan

Contoh Ayat contoh

orang Puan Chong, Cikgu Mubarak, Encik Lee

Cikgu Mubarak ialah guru kelas saya.

binatang Sang Kancil, Si Comel, Si Putih, Sang Katak

Sang Katak gembira tinggal di tepi kolam itu.

benda Sony, Proton Waja, Toyota, Dell, Apple

Ayah telah membeli sebuah komputer yang berjenamaDell.

tempat Ipoh, Dewan Budaya, Taman Jaya, Jusco

Kami sekeluarga tinggal diIpoh.

Page 4: tatabahasa tahun 1

Latihan 1 – Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat berikut.

1. Adik saya sayang akan Si Comel.2. Xin Yi seorang murid yang pandai3. Abang telah membeli sebuah kereta Toyota.4. Harga telefon bimbit Samsung mahal5. Kami sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur.

Latihan 2 - Gariskan kata nama khas.

1. Mei Ling bersekolah di ( Zoo Negara, SJK (C) Sam Chai).2. ( Cikgu Ng, Doktor Lee ) sedang mengajar kelas 1H.3. Puan Wong tinggal di ( Berita Harian, Taman Onn ).4. King Hong suka menonton rancangan kartun ( Milo, Doraemon ).5. Bapa memakai kasut berjenama ( Toshiba, Adidas ).

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat. Contoh kata nama am adalah seperti berikut:

Kumpulan

Contoh Ayat contoh

orang Ayah, ibu, adik, guru, doktor, pesakit

Doktor sedang merawatpesakit.

binatang Lembu, kambing, anjing, buaya, ular

Lembu sedang makan rumput di padang.

benda Pen, pensel, radio, televisyen, meja

Meja ini diperbuat daripadakayu.

tempat Perpustakaan, padang, bilik, kantin, dewan.

Murid-murid sedang bersenam di padang.

Page 5: tatabahasa tahun 1

Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

padang, bunga, peguam, dapur, kucing.1. Ayah saya ialah seorang _____________.2. Emak sedang memasak di _____________.3. Kakak memelihara seekor _____________.4. Datuk suka menanam _____________.5. Abang dan adik sedang menyepak bola di _____________.

 Latihan 2 – Gariskan kata nama am.

1. ( Petani, Nelayan) menangkap ikan di laut.2. Bapa membeli sebuah ( kotak, kereta).3. Kakak menyimpan baju di dalam ( meja, almari).4. Murid-murid sedang membaca buku cerita di ( kantin,

perpustakaan).5. Cita-cita saya ialah menjadi seorang (doktor, hospital).

Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan. Kata kerja terbahagi kepada:

Kata Kerja Transitif

Penggunaan Ayat Contoh

Membuang sampah, mengayuh basikal, memandu kereta

Kata kerja yang mesti diikuti objek untuk melengkapkan maksudnya.

Shahin sedang membuang sampah ke dalam tong sampah.

Kata Kerja Tak Transitif

Penggunaan Ayat Contoh

makan, pulang, berenang, menari

Kata kerja yang tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri dalam ayat.

Jia Jun sedang berenang.

Page 6: tatabahasa tahun 1

Latihan 1 – Gariskan kata kerja yang sesuai.

1. Kakak sedang ( menonton , mengelap ) tingkap.2. Saya suka melihat adik saya ( masuk, ketawa ).3. Ayam jantan itu ( berkokok, berbaris ) setiap pagi.4. Wei Hong (terlupa, terambil ) membawa buku latihan ke

sekolah.5. Encik Ali suka ( bersiul, berbaring ) semasa mengayuh basikal.6. Ibu ( berpesan, berjalan ) kepada abang supaya rajin belajar.7. Datuk suka ( bersenam, berniaga ) pada setiap pagi.8. Anggota bomba sedang (memandi, memadamkan ) kebakaran

itu.

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis Contoh Ayat contohSifat / keadaan

Berani, sihat, sejuk

Ahmad seorang budak yang berani.

Ukuran Besar, panjang, kecil

Pembaris ini sangat panjang.

Warna Hijau, biru, kuning Bunga ini berwarna merah.

Bentuk Bulat, segi empat, segi tiga

Bola ini berbentuk bulat.

Pancaindera Manis, masin ,masam

Epal ini sangat manis.

Perasaan Sedih, gembira, benci

Mereka gembira kerana telah menang dalam pertandingan.

Latihan 1 - Warnakan kata adjektif yang terdapat dalam kotak di bawah.

ungu padang panas

Page 7: tatabahasa tahun 1

pahit pokok tinggikuat takut kantin

segi tiga dewan cepatsedih pendek rendah

Latihan 2 - Gariskan kata adjektif yang sesuai.

1. Wajah Nick ( pucat, pening) kerana dia deman.2. Wei Ling berasa sangat (sedih, seronok )kerana patungnya

telah hilang.3. Suara Jett Li sangat ( jernih, merdu).4. Kura-kura itu berjalan dengan (laju, perlahan).5. Kakak sedang (rajin, malas) belajar.