Tarian Tradisional Kaum

Embed Size (px)

Citation preview

TARIAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

1.TARIAN KAUM MELAYU

TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

TARIAN ZAPIN

Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain.Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

2.TARIAN KAUM CINA

TARIAN NAGA

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

3.TARIAN KAUM INDIA

TARIAN KATHAK

Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" .Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ). Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan. Tempoh masa adalah berdasarkan rentak yang mempunyai kadar yang sama di kenali sebagai Jatis. Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi, Kalyani dan Kambodhi.

TARIAN BHANGARA

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Setiap pergerakan di dalam tarian ini membawa maksud yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah. Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik.Tarian Banghra di Malaysia sangat popular dalam mana ia juga dipersembahkan untuk majlis perkahwinan,hari-jadi dan majlis kekeluargaan.

4.TARIAN KAUM KADAZAN

TARIAN SUMAZAU

Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

5.TARIAN KAUM IBAN

TARIAN NGAJAT

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU

ALAT-ALAT IDIOFONSejarah Ringkas - Perkembangan Alat Gong

Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'.Perkataan 'Gong' yang digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia.Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre.Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia.Di kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'.Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipetrikan.

GONG / TETAWAK IBU

Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia.Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak.Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain.

CANANG Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran kecil.Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonic yang mempunyai pic suara yang tepat.Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan g mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang.Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.

KEMPUL

Kempul, berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu.Ianya merupakan satu penambahan baru daripada yang sedia ada.Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fisikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya.Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic, berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh seorang pemain.

Ensemble lengkap Gamelan Melayu

BONANG

Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu.Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang.Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa.Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni.Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.KESI

Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.

GAMBANG KAYU

Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema.Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan.Terdapat juga belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong, dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap.Kayu-kayu jenis keras daripada spesis seperti nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ranak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang.Dalam rangkaian ensemble Gamelan Melayu di Malaysia, Gambang kayu yang mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi.Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras mengikut sistem anhemitonic pentatonic.

SARON

Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slab-typed yang diperbuat daripada perunggu.Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu sebagai ruang gema. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu.Berperanan seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut.Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif.Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.

ANGKLUNG

Alat idiofon yang digoyang.Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain.Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang' dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung digunakan untuk mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat dari disiplin Gamelan.Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.Proses penalaan Angklung dilakukan dengan melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.

ALAT-ALAT MEMBRANOFON

Sejarah Ringkas- Alat GendangAlat-alat gendang juga penting sebagai alat perkusi dalam pembinaan sesebuah struktur muzik tradisional di Malaysia.Mengikut Curt Sachs, Gendang bermula dari zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda.

KOMPANG

Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat kayu jenis keras.Lazimnya daripada spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpusheterophyllus.Belulang dariapada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya.Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi utnuk memegangnya.

REBANA

Sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang Melayu Asli dan Ayam Didik. Dalam konteks persembahan,Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan.Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik 'tak' dari bahagian tepi alat berkenaan.Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat diketegorikan sebagai irama asas(basic) penambahan(additive) dan menyilang iaitu cross rythme.

GENDANG IBU

Gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu.Ianya mula berkembang di negari Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat.

Dalam konteks persembanhan Gendang Ibu(Gendang dua muka) akan disertai dengan Gendang Anak untuk meemainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Gamelan dan Silat.

20