42
NAMA PROGRAM : PROGRAM PERUBATAN UKM-UNPAD NAMA KURSUS : ZZZT 1043 HUBUNGAN ETNIK TAJUK : UNSUR – UNSUR MISTIK YANG TERDAPAT DALAM TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA DAN INDONESIA TARIKH HANTAR : PENSYARAH : PROF MADYA DR KHALIM ZAINAL PROF MADYA DR ZAHARAH HASSAN NAMA KUMPULAN : KENANGA BIRU AHLI KUMPULAN : NAMA NO PENDAFTARAN AMIRAH BINTI SHAHRANI GA00826 DAYANG SURATUN SYAFIZAH BINTI DERMAWAN GA00829 NADIAH NASUHA BINTI ZOLKAFLEE GA00844 NURLIZA BINTI ABDUL JALIL GA00852 NURULDIYANA BINTI NOR AZEMI GA00853

Unsur mistik dlm tarian tradisional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Unsur mistik dlm tarian tradisional

NAMA PROGRAM :PROGRAM PERUBATAN UKM-UNPAD

NAMA KURSUS :ZZZT 1043 HUBUNGAN ETNIK

TAJUK :UNSUR – UNSUR MISTIK YANG TERDAPAT DALAM TARIAN TRADISIONAL DI

MALAYSIA DAN INDONESIA

TARIKH HANTAR :

PENSYARAH :PROF MADYA DR KHALIM ZAINAL

PROF MADYA DR ZAHARAH HASSAN

NAMA KUMPULAN :KENANGA BIRU

AHLI KUMPULAN :

NAMA NO PENDAFTARANAMIRAH BINTI SHAHRANI GA00826

DAYANG SURATUN SYAFIZAH BINTI DERMAWAN GA00829NADIAH NASUHA BINTI ZOLKAFLEE GA00844

NURLIZA BINTI ABDUL JALIL GA00852NURULDIYANA BINTI NOR AZEMI GA00853NURUL FARHANA BINTI ISMAIL GA00854NURUL IZZATI BINTI MOHD ISA GA00856

Page 2: Unsur mistik dlm tarian tradisional

KANDUNGAN

1.0 Abstrak…………………………………………………………………………..............................3

2.0 Pengenalan…………………………………….………………………………………....................4

3.0 Sorotan Literatur………………………………………………………………………....................6

4.0 Kaedah Kajian……………………………………………………………………...........................8

5.0 Dapatan Kajian………………………………………………………………………......................9

6.0 Perbincangan……………………………………………………………………………...............23

7.0 Kesimpulan……………………………………………………………………..............................26

8.0 Rujukan………………………………………………………………………............................27

9.0 Lampiran……………………………………………………………………………......................28

2

Page 3: Unsur mistik dlm tarian tradisional

1.0 Abstrak

Kebudayaan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan sesebuah masyarakat. Budaya

mempamerkan sifat masyarakat tersebut dan terbentuk dari unsur-unsur yang rumit termasuklah

agama, adat istiadat, pakaian dan karya seni. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk

memahami sejarah dan asal-usul, gerak tari serta unsur mistik yang terdapat dalam tarian tradisional

kuda kepang dan ulik mayang di Malaysia serta tarian Tarawangsa, Barong dan Bangbung Hideung di

Indonesia. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah temubual yang melibatkan tujuh orang

informan. Informan dipilih berdasarkan pengalaman dalam bidang seni tari. Contohnya, mereka yang

mempunyai minat terhadap tarian tradisional, tenaga pengajar seni tari dan masyarakat setempat.

Hasil daripada kajian ini, unsur-unsur mistik dan signifikannya dalam tarian tradisional di Malaysia

dan Indonesia dapat dikenali dan difahami serta dapat mengetahui pendapat masyarakat setempat

tentang pandangan dan masa depan tarian tradisional ini yang semakin luput ditelan zaman

terutamanya bagi generasi muda. Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini ialah keunikan

kepercayaan mistik yang terdapat dalam tarian setiap etnik terutamanya di Indonesia serta

kepentingan atau tujuan tarian tersebut dipersembahkan. Justeru, kepelbagaian kepercayaan ini harus

diterima dan dihormati oleh masyarakat bagi mewujudkan kesatuan sosial serta budaya sekaligus

memupuk hubungan etnik yang harmoni. Kajian ini berguna kepada masyarakat yang berminat untuk

mengenali dan memahami unsur mistik yang terdapat dalam gerak tari serta signifikannya.

3

Page 4: Unsur mistik dlm tarian tradisional

2.0 Pengenalan

2.1 Permasalahan kajian

Kepesatan pembanggunan dan modenisasi dunia sekarang seolah telah menelan tradisi dan

budaya halus masyarakat yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu. Contoh yang paling signifikan

adalah tarian tradisional. Namun, bila dispesifikasikan dengan unsur mistik yang diterap dalam tarian

ia sepertinya menggambarkan cara orang dahulu bersosialisasi, berinteraksi dan berkomunikasi. Oleh

itu kajian ini dijalankan untuk mencari semula kegemilangan tarian tradisional dalam aspek mistik

atau kepercayaan yang telah lama terhakis supaya kita mampu mendalami dan memaknai tujuan ianya

dimainkan selain mewarisinya kembali supaya generasi akan datang kenal dan memahami apa yang

pernah menjadi kebanggaan nenek moyang mereka.

Lebih menarik lagi kami turut mengkaji unsur-unsur mistik dalam beberapa tarian tradisional

di Indonesia untuk dibandingkan dengan unsur-unsur mistik dalam tarian tradisional di Malaysia.

2.2 Objektif kajian

Terdapat tiga objektif yang ingin kami peroleh sepanjang pelaksanaan kajian ini :

1. Untuk mengetahui sejarah, upacara, pakaian dan alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian

yang dikaji.

2. Untuk mengenali unsur-unsur mistik dan signifikannya yg terdapat dalam tarian tradisional di

Malaysia dan Indonesia.

3. Untuk mengetahui pandangan masyarakat tentang masa depan tarian tradisional tersebut.

2.3 Soalan kajian

Kami telah mengkonstruksi lapan soalan yang digunakan dengan tujuan untuk menemuramah

beberapa anggota masyarakat yang berpengetahuan tentang tarian yang kami pilih. Berikut adalah

soalan-soalan yang kami utarakan :

1. Apakah ada sejarah yang tersendiri berkenaan dengan tarian ini?

2. Tujuan, masa tarian dipersembahkan dan pantang larang yang harus dipatuhi sepanjang

upacara tarian dijalankan

3. Jenis pakaian yang digunakan serta peralatannya

4. Persediaan sebelum tarian

5. Persediaan selepas tarian

6. Gerak tari dan signifikannya

7. Pandangan peribadi terhadap tarian tersebut

4

Page 5: Unsur mistik dlm tarian tradisional

8. Masa depan tarian tersebut

5

Page 6: Unsur mistik dlm tarian tradisional

3.0 Sorotan Literatur

Kajian tentang tarian tradisional oleh kajian lain telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji

seperti Mohd Ridzuan Shah bin Yahya (2010), Gendra Fahrurozi ( )dan Slamet MD (2003).

Mohd Ridzuan Shah bin Yahya (2010) telah melakukan kajian tentang tarian kuda kepang.

Dalam dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa tarian ini berasal dari Johor kerana majoriti

penduduk Johor berasal dari Tanah Jawa. Pada permulaannya, ia hanya permainan biasa namun

sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang. Ada sesetengah pendapat

mengatakan tarian kuda kepang ini telah mula dicipta oleh Wali Sembilan (wali songo) sebagai

tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam di tanah Jawa. Tarian ini mempunyai sedikit

unsur pemujaan kerana gerak tarinya yang ganas bagai dirasuk makhluk halus membuatkan penonton

berasa takut, namun, apabila penari-penari ini sudah seperti di alam separa sedar, mereka tidak akan

mengganggu penonton kerana mereka telah khayal terhadap irama dan alunan muzik yang

dipermainkan.

Kajian mengenai tarian tarawangsa telah dilakukan oleh Gendra Fahrurozi (2010 )dari

Universitas Islam Bandung. Dalam kajian yang telah dilakukan Jentreng adalah sebuah tradisi yang

berasal dari kecamatan Rancakalong, kabupaten Sumedang- Jawa Barat. Hanya di kecamatan ini

sahaja dapat ditemui kesenian Jentreng. Daerah lain tidak begitu mengetahui tentang kesenian ini.

Sebagai alat muzik gesek, tarawangsa dimainkan dengan cara digesek. Akan tetapi yang digesek

hanya satu dawai, iaitu dawai yang paling dekat kepada pemain (dawai yang dipasang di tengah tiang

tarawangsa); sementara dawai yang satu lagi dimainkan dengan cara dipetik dengan jari telunjuk

tangan kiri.

Tradisi Jentreng sebuah kesenian yang terdiri daripada dua alat muzik. Selain itu ada

beberapa sesaji yang disediakan untuk para leluhur. Lantas, beberapa penari baik lelaki mahupun

wanita menari mengikuti muzik yang dialunkan. Yang menarik ialah, mereka menari dalam keadaan

berkomunikasi dengan para leluhur mereka sehingga ketika menari mereka dalam keadaan tidak

sedarkan diri.

Kesenian Tarawangsa ini dilakukan sebagai ritual yang berkaitan dengan kepercayaan

masyarakat mereka. Kesenian Tarawangsa ini dapat dikategorikan sebagai muzik ritual, karena

adanya ruang sakral yang dibentuk oleh kepercayaan yang dianut masyarakat. Yang menarik adalah

ketika muzik ini digunakan untuk iringan tari. Mereka mengalami trance (tak sedarkan diri).

Sebenarnya secara tidak sedar mereka telah dipengaruhi oleh muzik tarawangsa hingga mencapai

tahap konsentrasi (pengosongan pikiran).

Tarawangsa selalu dikaitkan dengan tanaman padi. Hal ini berkaitan dengan mitos kesuburan:

benih padi dari Mataram tumbuh subur disebabkan nada khas dari muzik Tarawangsa. Karena itu,

Tarawangsa akan selalu dimainkan dalam setiap ritual padi . Dalam hal ini, seni Tarawangsa

6

Page 7: Unsur mistik dlm tarian tradisional

merupakan satu cara untuk meluahkan rasa syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas hasil padi yang

telah mereka perolehi, juga sebagai tanda penghormatan terhadap Dewi Sri yang bertujuan untuk

menyampaikan rasa terima kasih atas pertolongannya yang telah bersedia menghidupkan dan

menyuburkan tanaman padi.

Kajian ini menunjukkan bahawa aspek sosial kesenian Tarawangsa pada masyarakat

Rancakalong seperti mengeratkan silaturrahim, membentuk komunikasi dan motivasi kepada para

keluarga petani. Namun, di daerah rancakalong juga kesenian ini sudah mula ditinggalkan oleh

generasi muda meskipun pelbagai uasaha yang dilakukan oleh tokoh kesenian Tarawangsa dan

pemerintah setempat untuk tetap mempertahankan dan memelihara sesuatu yang mereka miliki, agar

tetap menjadi kebanggaan bagi masyarakat sebagai pemilik kesenian.

Slamet MD (2003) telah melakukan kajian tentang tari Barongan. Dapatan kajian beliau

menunjukkan bahawa tarian ini mempunyai unsur ritual. Ini dibuktikan oleh masih banyaknya

peristiwa ritual yang menggunakan barongan. Satu di antara mitos yang boleh didengar secara lisan,

barongan merupakan jelmaan orang yang bernama Gembong Amijaya bersama ibunya, Candra

Kirana merupakan penjaga perbatasan kerajaan di hutan Wengker.

7

Page 8: Unsur mistik dlm tarian tradisional

4.0 Kaedah Kajian

Kaedah yang dipilih ialah kaedah temubual. Hal ini adalah kerana kami memerlukan respon

yang tepat dan ekspressif daripada informan. Tajuk yang kami pilih ini, iaitu berkaitan unsur mistik

dalam tarian tradisi adalah sesuatu yang agak sukar. Hampir kesemua tarian tradisional telah pupus

ditelan zaman. Hanya segelintir sahaja dari masyarakat yang masih mengambil berat akan tarian

tradisi kita, contohnya, Ulik Mayang dan Kuda Kepang. Indonesia juga mengalami nasib yang sama.

Generasi moden hanya tahu nama tarian ini, kecuali jika mereka terlibat secara langsung dalam

kegiatan tarian ini, contohnya menerusi Kelab Kebudayaan dan sebagainya. Jadi, kami berpendapat

bahawa kaedah temubual adalah yang paling sesuai bagi kajian ini.

Soalan temubual telah kami sediakan dengan perbincangan bersama semua ahli kumpulan.

Setiap soalan yang kami rangka adalah berdasarkan objektif kajian. Terdapat lapan soalan yang

merangkumi semua aspek melengkapi kajian ini.

Pemilihan informan adalah berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang tari tradisi agar

kami mendapat hasil kajian yang tepat, contohnya, tenaga pengajar. Selain itu, kami juga memilih

penduduk asal bagi sesuatu daerah yang memiliki tarian tradisional supaya maklumat yang diperoleh

disahihkan ketulenannya. Sebagai contoh, Tari Tarawangsa yang berasal dari Daerah Sumedang, Jawa

Barat.

Setelah informan dipilih, kami langsung mengadakan sesi temubual antara dua pihak.

Terdapat dua cara bagaimana sesi temubual ini dilakukan iaitu yang pertama kami bertemu secara

terus dan merakam sesi temubual tersebut bagi informan dari Indonesia. Keduanya, kami

menggunakan laman mukabuku untuk menemubual informan yang berada di Malaysia. Kedua-dua

kaedah ini telah memudah kami untuk mengumpul maklumat secara efisien dan melancarkan sesi

temubual tersebut.

Akhir sekali, kami melakukan analisa dari data yang dikumpul. Kami telah membuat proses

pemilihan, pemfokusan dengan menolak yang tidak perlu dan meringkaskan data-data yang dipilih.

Analisis ini diakhiri dengan membuat kesimpulan secara keseluruhan.

8

Page 9: Unsur mistik dlm tarian tradisional

5.0 Dapatan Kajian

5.1 Ringkasan biodata informan :

Nama : Kembang Suria binti Suhaimi

Umur : 21 tahun

Alamat : Shah Alam, Selangor

Pekerjaan : Mahasiswa UITM

Pengalaman : Pernah memasuki kelab tarian tradisioanal

Tarian kuda kepang :

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Malaysia?

“Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia

turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu

permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor,”

2. Apakah tujuan/ pantang larang dalam tarian ini?

“dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.”

“Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa

dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan

tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang

larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa

mereka akan makan kaca itu.”

3. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“angklung, sebuah gendang, beberapa gong, beberapa bonang(caklempong), beberapa saron,

beberapa jidur, beberapa kenong, sekurang-kurang sembilan kuda, sebatang pecut, serantai tali

sepanjang 100 kaki (30 meter).”

“Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang, 9 orang penari, 5 orang pemain

muzik, 2 orang sebagai "Bomoh Pemulih” selebihnya, penjaga kawasan.”

4. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk

memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput,

9

Page 10: Unsur mistik dlm tarian tradisional

dan air untuk persembahan.”

5. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

“Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap

penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang

dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak

membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh

rentak dan irama lagu itu.”

“Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak

penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan

pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan

sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan

bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau

menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.”

“Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan

kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi

menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka

mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh”.

6. Apakah yang dilakukan dan dipersembahkan selepas tarian?

"Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-

pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke

tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.”

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“Pada pandangan saya, kuda kepang perlu dikekalkan sebagai seni warisan negeri johor. Permainan

kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur

Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat

di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara

dalam beberapa aspek kebudayaan.”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Malaysia?

“Tarian kuda kepang sudah berkembang pesat dan diketahui ramai.”

10

Page 11: Unsur mistik dlm tarian tradisional

Tarian ulik mayang :

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Malaysia?

“Ulik Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia.”

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“Zaman dulu tujuan untuk amalan pemujaan, tapi sekarang untuk hiburan semata mata dan tiada unsur

khurafat dan bacaan mantera.”

3. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“Persembahan Ulik Mayang ini dimainkan dengan berlatarbelakangkan beberapa alat muzik

tradisional Melayu seperti gendang, rebana dan gong. Tetapi prop yang paling penting adalah mayang

pinang atau kelapa. Mayang ini perlu diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.

Seperti juga tarian Kuda Kepang di Johor, doa dan bangkitan dilakukan terlebih dahulu untuk

memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.”

4. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“menyediakan peralatan”

5. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

“tarian ini ditarikan mengikut kepercayaan orang zaman dahulu bagi menyembuhkanpenyakit dengan

menggunakan pertolongan tujuh puteri”

6. Apakah yang dilakukan dan dipersembahkan selepas tarian?

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“pada pendapat saya,tarian ini perlu dikekalkan kerana melambangkan warisan negeri Terengganu.

Tiada unsur unsur khurafat digunakan lagi dan boleh dijadikan sebagai hiburan semata-mata. Rahsia

di sebalik tarian ini perlu dijadikan teladan dan diperluas kepada orang ramai agar generasi akan

11

Page 12: Unsur mistik dlm tarian tradisional

dating juga berpeluang mengenali tarian ulik mayang ini.”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Malaysia?

“Pada pandangan saya, masa depan tarian ini sedikit kelam kerana generasi muda masa kini enggan

mempelajari tarian tradisional melayu.”

5.2 Ringkasan biodata informan :

Nama: Farhah bt Azman

Umur: 21 tahun

Alamat: No 13, Jalan Semambu Baru, Semambu, 25350, Kuantan

Pekerjaan: pelajar

Pengalaman: Menyaksikan tarian dan pernah mendengar sejarah tarian melalui rakan dan pembacaan.

Tarian kuda kepang :

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Malaysia?

“Sejenis permainan tradisional yang berasal daripada jawa timur.dicipta oleh wali sembilan sebagai

tarikan dalam menyebarkan syiar islam di Tanah Jawa.”

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“dipermainkan dalam pemujaan untuk yang masih hidup menjalinkan hubungan dengan roh orang

mati. kuda kepang juga dimainkan untuk bersihkan desa daripada roh-roh jahat dan juga malapetaka.”

3. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“Dipermainkan dalam pemujaan untuk yang masih hidup menjalinkan hubungan dengan roh orang

mati.kuda kepang juga dimainkan untuk bersihkan desa saripada roh2 jahat dan juga malapetaka.”

4. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“Kalau untuk majlis perkahwinan..tuan rumah perlu sediakan 9 jenis sajen ataupun sajian yang berupa

makanan ataupun kuih serta bubur merah putih khursus untuk para penari.

12

Page 13: Unsur mistik dlm tarian tradisional

gelanggang akan dibuka oleh pawang dengan membakar kemenyan dan memperasap sajian.”

5. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

“Sebelum memulakan persembahan, gelanggang dibuka oleh pawang atau ketua dengan membakar

kemenyan dan memperasap bahan sajian. Kemudian barulah menjemput roh kuda semberani datang

bersama menjayakan permainan yang akan dipersembahkan. mantera ditutur kan sepanjang

tarian.Dalam mantera ini, memohon jin-jin bernama “Jaran Semberani” turun ke bumi dan melindungi

mereka yang terlibat dengan permainan kuda kepang kemudian meresap ke dalam badan serta

peralatan muzik.”

6. Apakah yang dilakukan dan dipersembahkan selepas tarian?

“Para penari akan disembuhkan oleh bomoh untuk sedarkan diri semula setelah dirasuk.”

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“Semoga tarian terus segar dan mekar kerana tarian ini melambangkan sebuah keunikannya yang

tersendiri.”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Malaysia?

“Saya fikir tarian kuda kepang ini sangat bagus kalau dipelajari oleh anak muda semoga generasi

muda tidak lupa budaya orang dahulu.”

Tarian ulik mayang :

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Malaysia?

“Tarian berasal daripada terengganu dan bermula sebagai satu kaedah tradisional dan menjadi identiti

terengganu kerana menjadi amalan masyarakat melayu lama sejak beratus tahun lalu. ulik mayang ni

mengisahkan tentang puteri tujuh yg berasal daripada bukit puteri dan orang kampung selalu minta

bantuan daripada puteri ini untuk mengubati org sakit melalui jampi mantera dan seru.”

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“Masa zaman melayu lama, tarian ini diadakan bertujuan untuk mengubati seseorang pesakit akibat

dirasuk, tapi untuk zaman moden. Tarian ini da menjadi hiburan semata mata tanpa sebarang unsur

13

Page 14: Unsur mistik dlm tarian tradisional

khurafat.”

3. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“Peralatan utama ialah mayang pinang. Pakaian berupa pakaian nelayan dan pakaian puteri bunian yg

berwarna kuning. Tiada alat muzik yg mengiringi persembahan ini.Tapi kalau zaman sekarang sudah

banyak yang dimodenkan. Kalau zaman dulu, persembahan akan diiringi dengan pantun dan seloka.”

4. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“Doa dan bangkitan akan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil

bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.”

5. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

“Puteri akan keluar satu persatu sehingga ke penghujung tarian iaitu puteri ketujuh.

Nelayan yg dirasuk dapat melihat puteri yang ketujuh dan menjadi seperti seolah olah dirasuk oleh

puteri itu dan berusaha untuk mengikuti puteri itu.”

6. Apakah yang dilakukan dan dipersembahkan selepas tarian?

“Tidak ada unsur pulit kuning. Hanya bentuk tarian itu seperti tiada kesudahan kerana nelayan yang

dirasuk seperti tidak berkesudahan mengejar puteri ketujuh itu.”

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“Semoga tarian ini tidak pupus, dan tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas kerana tarian ini

merupakan suatu tarian yang unik yang tidak mungkin dapat ditiru sewenang wenang nya kerana org

ramai perlu memahami tarian ini terlebih dahulu sebelum mengikuti tarian unik ini.”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Malaysia?

“Semakin tenggelam di arus zaman kerana tiada anak muda yang mempraktikkannya lagi.”

5.3 Ringkasan biodata informan :

Nama : Amalina binti Sulaiman

Umur : 21 tahun

14

Page 15: Unsur mistik dlm tarian tradisional

Alamat : 1551-1, Km 11, Jalan Pengkalan Minyak, Ayer Molek, 75460 Melaka.

Pekerjaan : Mahasiswa

Pengalaman dalam bidang tarian : Minat yang mendalam sehingga sering menyaksikan persembahan

tarian tradiasional.

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Malaysia?

“Tarian kuda kepang asalnya dari Tanah Jawa. Masyarakat zaman dahulu selalu berdagang.

Sehinggalah tarian tersebut sampai ke johor. Sebab itulah Johor yang memperkenalkan dan

mempromosikan tarian kuda kepang ini.”

“Ulik mayang berasal dari masyarakat negeri Terengganu.”

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“Ulik mayang adalah untuk tujuan perubatan tradisional. Ada sesetengah pendapat mengatakan

masyarakat Terengganu menggunakan lagu ulik mayang untuk murah rezeki seperti pemujaan laut.

Tapi, apabila zaman semakin moden, tarian tersebut dibuat sekadar untuk hiburan.”

3. Apa pantang larang yang terdapat dalam setiap tarian tersebut?

“Penonton dilarang memakai pakaian berwarna merah. Mereka juga dilarang membawa barang-

barang yang berkaca, takut apabila disampuk, mereka akan memakan kaca tersebut. Penonton

dilarang mengganggu penari dalam masa mabuk, takut nanti melarat.jika penari meminta sesuatu,

contohnya air, adalah perlu untuk member tapi elak daripada bersentuhan kulit. Penonton diingatkan

jangan terlalu leka atau layan bunyi musik takut ikut mabuk.”

4. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“Haruslah ada kuda kepang. Alat musik yang ada adalah angklung, gendang, gong dan caklempong.”

“Ulik mayang, penarinya memakai pakaian ala-ala puteri raja. Yang pastinya, ada menggunakan

kemenyan dan mayang.”

5. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“Semua tarian sebegini ada unsur spiritual. Sebab itu, sebelum menari ada bacaan doa yang dibacakan

oleh bomoh masing-masing. Saya tak pasti doa apa, tapi mereka siap tadah tangan untuk doa

tersebut.”

15

Page 16: Unsur mistik dlm tarian tradisional

6. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

1. “Kuda kepang mudah saja tariannya. Mula-mula penari hanya menari seperti biasa sambil mengikuti

bunyi gendang dan gong. Bunyi muzik adalah konnsisten. Sampai penari tiba-tiba naik syeh macam

kena sampuk. Konon-kononnya mereka itu kuda. Ada yang makan bunga, ada yang pecahkan buah

kelapa guna kepala sahaja. Pelik-pelik perlakuan mereka. Sampai penonton pun boleh turut naik syeh.

Akhir sekali, bomoh yang tolong ubatkan mereka. Tapi ada yang kata, ada yang semangat tu datang

balik lepas kena ubat.”

“Ulik mayang seperti sketsa, tentang satu perkampuang nelayan, macam laut berombak-ombak, angin

menderu-deru. Tiba- tiba tujuh puteri pun masuk maka bermulalah tarian. Konon-konon puteri itu

penjaga laut. Orang kampong nelayan minta tolong pada puteri, jadi puteri boleh selamatkan mereka

dari penunggu laut yang jahat. Ada seorang nelayan yang kena sampuk dari penunggu laut dan puteri

tujuh beradiklah yang mengubati.”

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“Bagi saya ok sahaja sebab selagi pihak jabatan agama tapis tarian dan prosedur selagi tiada unsur-

unsur syirik. Lagipun tarian ini adalah budaya masyarakat, sayang kalau hilang macam itu saja. Dan

lagi satu, tarian ini agak menghiburkan, jadi saya suka pergi melihat di ASWARA kadang-kadang.”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Malaysia?

“Pada pandangan saya, tarian-tarian begini patut diteruskan selagi tak mengatasi batas-batas syariah,

contohnya ada unsur-unsur maksiat, patut ditapis dulu. Dan kalau sekadar buat hiburan sahaja adalah

pendapat yang bagos. Tapi patut buang sesetengah amalan yg macam mentera-mantera dan puja-puja

semangat sebab takut jatuh syirik pula.”

5.4 Ringkasan biodata informan :

Nama : Ibu Omi

Umur : 47tahun

Alamat : Kabupaten Margamulya RT 02 RW 10 Desa Hegarmanah Kacamatan Jatinangor Kabupaten

Sumedang

Pekerjaan : Pembantu rumah

16

Page 17: Unsur mistik dlm tarian tradisional

Pengalaman dalam bidang tarian : Masyarakat setempat

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Indonesia?

“Kurang tahu sih, tetapi kalau sekarang udah jarang dilakukan. Hanya orang tua dulu yang pakai,

tetapi sekarang masih ada sebahagian aja petani yang mengadakan acara ini. Ada sebagian petani di

daerah Sumedang Rancakalong yang mengadakan acara itu. Khusus untuk panen, panen itu menuai

padi. Itu namanya syukuran. Supaya dapat padinya banyak.”

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“Tujuannya bersyukur kepada Allah.”

3. Apa pantang larang yang terdapat dalam setiap tarian tersebut?

“Ngak ada sih”

4. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“Itu saya kurang tahu.”

5. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“Sebelum itu ada acara berdoa, ramai-ramai.”

6. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

“Tarian oleh cowok dan cewek. Gak ada unsur mistik. Bakar kemenyan itu mistik tapi itukan gak

boleh. Kita orang Islam. Tarian ringan, khusus budaya. Tariannya itu sambil memikul padi, seperti

bersyukur bangat sih.”

“Akhirnya ada sembahan dalam bentuk makanan. Padi yang diikat dan dipikul. Padi itu dibawa

sambil ada bungkusan. Jadi hasil panen, padinya itu dibawa ke lumbung (tempat menyimpan padi).

Padi tu tidak dibuang.”

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“Tari ini merupakan budaya mayarakat setempat”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Indonesia?

“Lagi dipromosikan; Masuk televisi dan ada dalam sukatan pelajaran anak-anak sekolah. Supaya yang

17

Page 18: Unsur mistik dlm tarian tradisional

muda-muda tahu tarian tradisi itu.”

5.5 Ringkasan biodata informan :

Nama : Fiona Lewis

Umur : 21 tahun

Alamat : Bale 4 Universitas Padjadjaran

Pekerjaan : Mahasiswa perubatan di Universitas Padjadjaran

Pengalaman : Never involved in the dance just know a bit from article and television.

Tari Barongan

1. History of dance

“I’m not so sure about the history. What I knew was it came from Bali. But I don’t know story behind

this dance.”

2. Purpose

“It’s for entertainment for the people. Other purpose I don’t really know.”

3. Music instrument and costumes

“Music maybe uses traditional instruments. For costumes each dance have their own for barong have

animal costumes they wear while dance and the others wear traditional clothes.”

4. Preparation before start to dance

“They will prepare music instrument to be played.”

5. Dance movements and mystical value

“Dance movements seem like random with no specific movements. But the dancers will be possess

by their ancestors spirit.”

6. After dance

18

Page 19: Unsur mistik dlm tarian tradisional

“When the music ends the people will stop dancing.”

7. Opinion about the dance

“I guess this dance have high value and very traditional. It’s unique because only Balinese know the

dance.”

8. Future of the dance

“I hope the dance not going disappear and the Balinese people keep this dance with them.”

5.6 Ringkasan biodata informan :

Nama : Betty Rohayati

Umur : 42 tahun

Alamat : Dusun sinar mulia, Desa Kotamandiri, kecamatan tanjung sari kabupaten sumedang

Pekerjaan : Pembantu rumah

Tari Bangbung Hideung :

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Indonesia?

“kalo yang itu mah bangbung hideung”

bangbung hideung merupakan salah satu tarian yang digunakan dalam pentas ronggeng bagi

masyarakat Jawa Barat

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“maap ibu kurang tau.tapi yang ibu tau dari Pangandaran, Jawa Barat ini..”

Kesenian yang berasal dari Jawa Barat ini, menyimpan satu misteri yang sukar dijangkau oleh akal

fikiran kita. Kononnya, hanya dengan memperdengarkan lagu Bangbung Hideung, maka makhluk

halus akan datang dan ikut menari bersama orang yang memanggilnya sehingga dapat menarik lawan

jenis agar ikut menari dengan penari ronggeng.

19

Page 20: Unsur mistik dlm tarian tradisional

Singkatan cerita, dahulu ada seorang wanita yang berperanan sebagai hantu ronggeng, dapat

dikatakan ia bersekutu dengan jin agar ia dapat terlihat cantik dan seksi, setiap malam selasa ia akan

mandi di sebuah bak kecil sementara di sekelilingnya ada makhluk ghaib yang sedang bermain

gamelan dan seorang wanita menggunakan topeng yang menari-nari dengan gerakan yang

menakutkan diiringi lagu bangbung hideung ini.

3. Peralatan musik, pakaian dan pantang larang apa yang terdapat dalam tarian tersebut?

“tujuannya untuk hiburan. Kalau di pangandaran itu tak bisa pake baju merah”

“ya kalau penari itu pakenya selendang..harus ada tuh..bajunya kebaya..”

4. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“sebelum tarian harus ada sesajeun (sesajian) untuk dipersebahkan pada makhluk halus itu supaya

majlisnya lancar lah”

“sesajeun itu terkadang terdiri dari bunga-bungaan, pisang , kelapa atau kopi”

di sekelilingnya ada makhluk gaib yang sedang bermain gamelan dan seorang wanita menggunakan

topeng yang menari-nari dengan gerakan yang menakutkan diiringi lagu bangbung hideung ini.

5. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

:Sang makhluk gaib itu akan menari dan menari dengan tangan yang menggapai-gapai, menyerupai

wajah dan sosok dari sang penari”

6. Apakah yang dilakukan dan dipersembahkan selepas tarian?

“pawang akan cuba untuk pulihkan keadaan penari supaya sedar..”

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“ tarian tradisi jawa barat ini sudah kurang mendapat perhatian. Susah mahu cari acara-acara yang

masih persembahkan tarian ini…”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Malaysiaa/

“yalah kalau tidak lagi di praktek dalam masyarakat mungkin saja bisa hilang terus kan..”

20

Page 21: Unsur mistik dlm tarian tradisional

5.7 Ringkasan biodata informan :

Nama : Ak Topan

Umur : 27 tahun

Pekerjaan : Guru tari

Alamat : Santosa, Bandung

Pengalaman : Mengajar tarian tradisional dan sering menyaksikan tarian-tarian tradisional

1. Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di indonesia

“Tarian Tarawangsa asalnya dari sini Rancakalong,Sumedang.

“Tarian Barong asalnya dari Bali,Indonesia.Tapi saya kurang tahu sejarahnya kerna saya bukan orang

Bali”.

2. Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

“Tarian Tarawangsa diadakannya untuk perayakan panen gitu.Panen itu padi.Jadi,untuk menghormati

roh nenek moyang dan mensyukuri hasil panen”

“Tarian Barong diadakan sebagai tarian pertunjukan.Ngga sebarang orang yang bisa melakukan tarian

ini”

3. Apa pantang larang yang terdapat dalam tarian tersebut?

“kedua-dua tarian ini ngga ada pantangnya”

4. Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

“Bagi tarian Tarawangsa,penari wanitanya memakai baju seperti kebaya dan batik,bagi laki-

laki,pakaiannya ialah ‘kampit/pansi’ dan bajunya seperti baju kurung tetapi ada butang ditengah-

tengahnya.Untuk musiknya ada rebab dan gong”

“bagi tarian Barong,ada yang memakai topeng besar dan menggunakan keris.Keris itu digunakan

untuk mencucuk-cucuk badannya,jadi penarinya ngga pakai busana di atas.Untuk musiknya

menggunakan gamelan”

21

Page 22: Unsur mistik dlm tarian tradisional

5. Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

“Sebelum tarian Tariwangsa dimulakan,ada bacaan khusus untuk memasukkan roh nenek

moyangnya”

“Bagi tarian Barong,doa khusus ada sebelum tari”

“Pawang diperlukan untuk membawa masuk dan keluar roh-roh”

6. Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

“Bagi tarian Tarawangsa,ada ciri khasnya.Setiap gerak tari itu dikawal oleh roh nenek moyang yang

masuk dalam badannya.Seperti ini contohnya saya kenal nenek moyang kamu,dan apabila kamu

menari,saya tahu tarian itu dari nenek moyang kamu kerna saya kenal nenek moyang kamu.seperti

itu.”

“Tarian Barong itu ada positif dan negatifnya berperang.Dan penari ada menusuk-nusuk badannya

dengan keris.Kerisnya keris betul,ditusuk ke badannya,tetapi ngga rasa sakit kerna ada roh dalam

badannya yang menyebabkan penari itu kuat.Di Bali,setiap kerasukan itu dari dewa”.

7. Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

“Kebudayaan Tariwangsa ini bagus kerna ada identitas sendiri yang melambangkan daerah tersebut”

“Tarian Barong ini tarian yang bagus dan harus dilestarikan kerna ada unsur mistiknya tersendiri”

8. Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Indonesia?

“Tarian Tariwangsa ini ada identitiasnya sendiri.Kebudayaan dan keseniaanya ngga akan punah kerna

ada beberapa seniman yang masih aktif dalam menjaga kebudayaan ini tetapi ngga sampai

dikembangkan”

“Tarian Barong ini tetap ada dan ngga akan punah kerna tarian ini sudah dikenali di seluruh

dunia.Orang ramai mau melihat tarian ini”.

22

Page 23: Unsur mistik dlm tarian tradisional

6.0 Perbincangan

Antara tarian kami pilih yang terdapat di Malaysia adalah kuda kepang dan Ulik Mayang.

Berdasarkan dapatan kajian kami, tarian kuda kepang ini berasal dari Tanah Jawa yang

tersebar di Tanah Melayu terutama di negeri Johor dengan cara perdagangan apabila para penghijrah

ini bermastautin. Tarian ini diasaskan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) untuk menyebarkan agama

Islam di Tanah Jawa. Secara asalnya, tarian ini merupakan hiburan semata-mata yang diasimilasikan

oleh masyarakat setempat sehingga timbullah unsur-unsur mistik. Oleh itu, tarian ini dipersembahkan

oleh orang yang masih hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh-roh orang mati. Antara

pantang larang yang harus dijaga semasa menonton tarian ini adalah mereka dilarang untuk memakai

pakaian yang berwarna merah serta diingatkan supaya jangan terlalu asyik dengan musik tarian

tersebut supaya tidak dirasuk. Selain itu, mereka harus menjaga diri supaya tidak bersentuhan dengan

penari dan jangan membawa alatan tajam kerana boleh membahayakan individu tersebut. Kuda

kepang merupakan alat yang terpenting yang ditunggang semasa tarian. Antara alat musik yang

diperlukan adalah angklung, gendang, gong dan caklempong yang dipercayai dapat memanggil

semangat atau roh-roh halus yang terdapat dalam tarian ini. Sebelum tarian ini dimulakan, bacaan doa

akan dibacakan untuk memohon perlindungan seperti dalam tarian tradisional yang lain. Selain itu,

mereka juga akan menyediakan sesembahan yang berupa makanan untuk para penari. Selepas itu,

gelanggang akan dibuka dengan membakar kemenyan dan memperasapkan bahan sajian. Kemudian

barulah dijemput roh-roh tersebut sambil alunan musik dimainkan secara konsisten. Mereka akan

membacakan mantera yang memohon roh-roh turun ke bumi untuk menjayakan tarian tersebut dan

melindungi mereka semasa persembahan dijalankan. Dan mereka akan mula “naik syeikh” dan

berpelakuan aneh sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan penonton. Pada akhirnya, mereka

akan diubati oleh para bomoh.

Ulik mayang pula berasal dari Tanah Melayu, Terengganu sejak beratus tahun dahulu. Tarian

ini dipercayai untuk memuja tujuh puteri iaitu penjaga laut yang dapat membantu mengubati

masyarakat yang sakit disebabkan oleh roh-roh jahat. Ada juga masyarakat setempat yang

mempersembahkan tarian ini untuk kemurahan rezeki. Peralatan utama yang diperlukan ialah mayang

pinang. Mayang ini perlu diasapkan dengan kemenyan. Ulik mayang dimainkan dengan

berlatarbelakangkan oleh alatan musik tradisional iaitu gong, gendang dan rebana. Pada zaman

dahulu, tiada musik yang dimainkan, hanya diiringi denagn pantun dan seloka. Seperti tarian kuda

kepang, tarian ini juga dimulakan dengan bacaan doa. Tarian ini dimulakan dengan kemasukan puteri

bertujuh itu satu per satu. Nelayan yang dirasuk dapat melihat puteri dan berusaha untuk mengikuti

pergerakan puteri tersebut sehinggalah puteri tujuh beradik itu akan mengubati orang yang sakit itu.

Secara amnya, tarian di Malaysia mempunyai unsur mistik tetapi apabila zaman semakin

moden, tarian tersebut telah mengalami perubahan yang hanyalah sebagai hiburan semata-mata keran

23

Page 24: Unsur mistik dlm tarian tradisional

di khuatiri menimbulkan unsur syirik. Tarian ini seharusnya mendapatkan tempat di hati masyarakat

supaya tidak hilang di telan usia dan ini merupakan satu budaya yang cukup berharga sebagai satu

kebanggaan negara. Budaya ini juga merupakan satu batu loncatan ke arah keharmonian dan

kesejahteraan pelbagai etnik yang hidup bersama-sama.

Kami juga telah memilih tiga jenis tarian yang terkenal di Indonesia khususnya di Kepulauan

Jawa.Tarian tersebut adalah Tarian Tarawangsa yang berasal dari daerah Sumedang, Tarian Bangbung

Hideung yang berasal dari Pangandaran dan Tarian Barong yang berasal dari Pulau Bali. Ketiga-tiga

tarian ini memaparkan unsur-unsur mistik yang tersendiri mengikut tempat dan budaya.

Lazimnya setiap tarian mempunyai tujuannya yang tersendiri samada hiburan, pemujaan,

kemasyarakatan dan sebagainya. Tarian barong dipersembahkan atas tujuan hiburan tetapi tetap

menerapkan unsur kebersamaan dan pergaulan dalam masyarakat. Secara tidak langsung, cerita rakyat

bagi masyarakat mereka dapat dipelihara dan diwarisi turun temurun. Signifikan tarawangsa ditarikan

adalah untuk mensyukuri hasil tuaian padi yang diperoleh mereka selain menghargai hasil usaha

keringat nenek moyang mereka yang telah menjadi perintis kepada sumber tanaman padi ini. Justeru,

ritual ini ditarikan bersama-sama semua ahli masyarakat di sesebuah daerah itu. Biasanya, seni ini

dimulakan sekitar jam 7 malam hingga 4 pagi. Bangbung hideung pula bertujuan untuk hiburan

semata mata tanpa ada nilai moral yang biasanya diturunkan dalam cerita rakyat. Ianya dimainkan

dipentas ronggeng dimana komuniti turut serta menari bersama.

Antara yang terdapat dalam majoriti tarian yang kami teliti adalah fasa dibawah sedar atau

lebih dikenali sebagai “trance”. Penari yang berada dalam keadaan ini akan menjadi dominan dalam

persembahan akibat dari ruh atau makhluk ghaib yang merasuk mereka. Kadangkala ia berisiko

kerana boleh memudaratkan penari waima penonton. Namun begitu, kehadiran pawang mampu

menyelamatkan keadaan dengan mengawal tingkah laku sang penari yang dirasuk atau diistilahkan

dalam bahasa Indonesia sebagai kesurupan. Kelainan kesurupan dalam tarian tarawangsa ialah ruh

nenek moyang yang merasuki penari. Ini dapat dibuktikan dengan pemerhatian oleh saudara terdekat

mereka apabila perwatakan dan pembawaan penari yang menampilkan ciri-ciri nenek moyang mereka

yang telah mati. Bangbung Hideung yang lebih menekankan aspek sosialisasi menceritakan penari

akan kelihatan lebih cantik daripada biasa apabila dirasuki lantas menarik perhatian audiens

terutamanya lelaki.

Sebelum dan selepas upacara tarian dijalankan, umumnya pawang akan membaca mantera

untuk menyeru ruh-ruh berkenaan sama ada untuk merasuk atau meninggalkan jasad si penari. Ini

dapat dilihat dalam tarian barong dan tarawangsa. Berlainan pula dengan bangbung hideung, mantera

hanya dibacakan selepas tarian berakhir dengan tujuan untuk menyedarkan penari dari fasa kesurupan.

24

Page 25: Unsur mistik dlm tarian tradisional

Penggunaan alat muzik turut memainkan peranan penting sebagai elemen tarian. Selain

gamelan, rebab dan gong, alat gesek juga adalah instrumen yang sering digunakan dalam tarian.

Pakaian pula tergantung pada keperluan dan tujuan tarian dijalankan. Keunikan pakaian bagi tarian

barong ada terdapat pada kostum yang mengikut ciri-ciri haiwan contohnya babi, singa dan monyet

yang dipengaruhi oleh mitos dan lagenda. Topeng yang dipakai mempengaruhi tindak tanduk, lagak

dan gaya si penari. Berbeza dengan tarawangsa yang hanya menggunakan pakaian harian yang

biasanya digunakan untuk menuai padi sesuai dengan pekerjaan mereka sebagai petani. Namun

begitu, Tari Tarawangsa memiliki alat muzik yang tidak kurang uniknya. Ia adalah sebuah alat muzik

yang dimainkan dengan cara digesek dengan satu dawai dan dawai yang satu lagi dimainkan dengan

cara dipetik dengan jari telunjuk. Penari bangbung hideung pula berpakaian kebaya. Tetapi apa yang

menjadi keutamaan adalah selendang kerana digunakan untuk mengajak si lelaki menari bersama.

Semua unsur-unsur yang dinyatakan adalah penting untuk memastikan kelangsungan budaya

bagi setiap suku kaum di kepulauan Jawa yang pelbagai. Selain menjadi kebanggaan rakyat dalam

setiap negara ia turut melambangkan identiti tersendiri bagi setiap suku kaum tersebut. Tambahan

pula tarian tradisional ini mampu menjadi aset negara apabila dikomersialkan dengan menjadi objek

tarikan pelancong dari seantero dunia.

Tambahan pula, kami juga mendapati bahawa etnik yang banyak menunjukkan kepelbagaian

budaya dan kepercayaan. Ciri ini memaparkan warna-warni dalam kehidupan dan membawa kepada

sesebuah etnik yang harmonis kerana ini dapat memupuk sifat hormat-menghormati dalam pelbagai

kaum dan membawa perpaduan sejagat. Selain itu, ini dapat membina imej negara yang tersendiri dan

menunjukkan identiti sesebuah negara tersebut.

Seperti yang kami kaji dalam kajian ini, unsur- unsur mistik yang terdapat dalam setiap tarian

tradisional adalah satu aspek kepercayaan bagi masyarakat setempat tersebut. Dan kebanyakannya

berunsurkan syirik. Tetapi, disebabkan oleh zaman yang semakin moden, kepercayaan ini semakin

tidak diterima oleh masyarakat kerana tarian tradisional tersebut mempunyai kepercayaan tahyul yang

bertentangan dengan aspek keagamaan. Disini dipercayai bahawa masyarakat telah mengubah budaya

tersebut dengan tujuan untuk melestarikan dan menurunkannay kepada generasi untuk jutaan tahun

akan datang. Kami mendapati bahawa tidak salah untuk memelihara budaya tarian tradisional ini

asalkan tidak bertentangan denagn dasar agama. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya memantau

tarian-tarian tradisional supaya tidak hilang ditelan zaman dan memastikan tarian tersebut menepati

syariat agama.

25

Page 26: Unsur mistik dlm tarian tradisional

7.0 Kesimpulan

Dalam kajian ini,kami telah mengkaji dengan lebih mendalam mengenai unsur mistik dalam

tarian yang ditarikan oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia.Kesimpulannya,keunikkan dalam

kepercayaan masyarakat Malaysia dan Indonesia dalam tarian yang dipersembahkan dapat dikaji dan

dihayati dari kajian yang telah kami jalankan.Keutamaan diberikan dalam penghayatan

sejarah,upacara,pakaian dan alat muzik yang digunakan dalam tarian tradisional ulik mayang,kuda

kepang di Malaysia,barong tarwangsa dan bangbung hideung di Indonesia.Selain itu,kami dapat

mengenali dan mempelajari tentang unsur mistik dalam tarian tradisional popular tersebut.Perbezaan

unsur mistik antara tarian yang telah kami kaji dan dapat dibandingkan antara tarian tradisional

Malayasia-Malaysia,Malaysia-Indonesia dan Indonesia-Indonesia.Kepentingan bagi kajian ini adalah

kami dapat memahami dan menghormati kepercayaan,kebudayaan dan kesenian setiap suku kaum

yang terdapat di Malaysia dan Indonesia selain mancintai keunikkan nilai nilai yang terdapat dalam

setiap tarian yang dipersembahkan. Saranan kepada pihak berwajib agar mempertahankan tarian

tarian ini disamping menyekat unsur-unsur syirik yang tedapat dalam tarian tersebut.Sebagai generasi

muda yang prihatin terhadap kesenian dan kebudayaan,kami mengharapkan agar golongan belia masa

kini dapat mempelajari dan menghayati tarian tradisional melayu supaya keunikkan identiti

masyarakat melayu dapat dikekalkan dan dibanggakan oleh generasi yang akan datang.

26

Page 27: Unsur mistik dlm tarian tradisional

8.0 Rujukan

8.1 Felicia Bakdi Soemanto. 2008. Komunitas Yang Mewujud Tradisi Tari dan Perubahan di

Jawa. Jogjakarta: Gadjah Mada University Press

8.2 Claire Holt. 1999. Melacak Jejak Perkembangan Seni di Indonesia. Yogyakarta: art.line

8.3 I Wayan Dibia. 1999. Selayang Pandang Seni Pertunjukan Bali. Bandung: Masyarakat

Seni Pertunjukan Indonesia

8.4 http://taarjiw.blogspot.com/ diakses pada 5 Februari 2012

8.5 http://meworldwords.blogspot.com/2010/05/bangbung-hideung.html diakses pada 5 Februari 2012

8.6 http://slawiayucybernews.blogspot.com/2011/06/misteri-tari-ronggeng.html diakses pada 5 Februari 2012

8.7 http://repository.upi.edu/operator/upload/s_sdt_0608082_chapter2.pdf diakses pada 6 Februari 2012

8.8 http://www.liezmaya.web.id/2010/04/bangbung-hideung.html diakses pada 6 Februari 2012

8.9 http://afgenbukangendra.blogspot.com/p/sejarah-jalan-braga.html diakses pada 18 Februari 2012

8.10 http://www.denpasarkota.go.id/main.php?act=seni&xid=21 diakses pada 19 Februari 2012

8.11 http://www.indonesiamedia.com/2011/11/27/mistik-di-bali/ diakses pada 19 Februari 2012

27

Page 28: Unsur mistik dlm tarian tradisional

9.0 Lampiran

9.1 Bahan-bahan tambahan

Taraian Kuda Kepang

Tarian Ulik Mayang

28

Page 29: Unsur mistik dlm tarian tradisional

Tarian Tarawangsa

Tarian Barong

9.2 Soalan temubual

9.2.1 Dari manakah sejarah / asal usul tarian yang terdapat di Malaysia atau Indonesia?

9.2.2 Apakah tujuan tarian ini dipersembahkan?

9.2.3 Peralatan musik dan pakaian apa yang dipakai oleh mereka yang terlibat?

9.2.4 Apakah persediaan yang dilakukan sebelum tarian?

9.2.5 Bagaimanakah gerak tari dan unsur mistik yang terdapat semasa dan akhir?

9.2.6 Apakah yang dilakukan dan dipersembahkan selepas tarian tersebut?

29

Page 30: Unsur mistik dlm tarian tradisional

9.2.7 Apakah pandangan anda terhadap tarian ini?

9.2.8 Pada pendapat anda, apakah masa depan tarian tradisional di Indonesia?

9.3 Laporan aktiviti kumpulan

Tarikh Aktiviti21 Januari 2012 Perbincangan tajuk, nama kumpulan dan pembuatan proposal1 Februari 2012 Perbincangan soalan temubual

Cara- cara mendapatkan dapatan kajian2 Februari 2012 Mencari sumber rujukan di Pustakaan Batu Api, Jatinangor 7 Februari 2012 Penghantaran dapatan kajian 9 Februari 2012 Perbincangan tentang pembentangan kerja kursus10 Februari 2012 Final preparation untuk pembentangan12 Februari 2012 Pembentangan kerja kursus13 & 18 Februari 2012 Memperbaiki kertas kerja

30