TARIAN TRADISIONAL 2

Embed Size (px)

Citation preview

TARIAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

TARIAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

PengenalanMasyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan kesenian yang diwarisi sejak zaman berzaman. Kesenian terbahagi kepada beberapa bidang seperti tarian, alat muzik, nyanyian, seni persembahan, kraftangan, seni bina, permainan tradisional, dan seni mempertahankan diri. Kepelbagaian kaum di Malaysia telah melahirkan pelbagai bentuk dan variasi kesenian mengikut kaum-kaum.

Seni Tarian Pelbagai Kaum Di Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis tarian yang ditarikan oleh setiap kaum. Setiap kaum mempunyai bentuk dan asas tarian yang amat berbeza antara satu sama lain.

Bagi masyarakat Melayu antara tarian yang popular seperti Tarian Inang dan Zapin. Tarian tersebut bukan sahaja mudah tetapi sesuai ditarikan dalam sebarang majlis. Tarian ini mempunyai langkah yang lemah gemalai dan tidak dipengaruhi kebudayaan asing.

Selain itu terdapat banyak lagi tarian masyarakat Melayu seperti tarian Kuda Kepang, Tarian Lilin, Asyik, Makyung, Caklempung, dan lain-lain lagi. Walaupun pada dasarnya tarian ini berasal daripada negara luar, namun tarian-tarian ini telah mendapat sentuhan daripada seni budaya Melayu dan menjadi milik masyarakat Melayu.

Masyarakat Cina juga mempunyai tarian mereka sendiri. Tarian Naga dan Singa adalah antara tarian yang paling menarik sekali. Tarian ini menggunakan model binatang naga dan singa sambil memperagakan kehebatan si penari. Tarian ini umumnya ditarikan pada masa menyambut tahun baru dan juga perayaan-perayaan keagamaan. Tarian tradisional kaum Cina yang lain seperti Tarian Tahun Baru Cina, Tarian Teratai, Tarian Payung, dan Tarian Kipas.

Masyarakat India juga mempunyai keunikan dalam setiap tarian tradisi kaum mereka. Lazimnya tarian India menggabungkan gerak langkah yang lincah dan memakai pakaian yang berwarna-warni bagi menimbulkan suasana ceria dalam sesuatu majlis. Antara tarian India yang popular sehingga ke hari ini seperti Tarian Klasik India, Bharata Natyam, Bangra, Ghiddha, Kathak, dan Kolaattam.

A.Tarian Tradisional Kaum Melayu1. Tarian Zapin

Tarian zapin dipercayai berasal daripada Arab dan disesuaikan dengan kesenian tempatan. Tarian ini dipercayai dibawa ke negara ini sekitar abad ke-15 oleh pendakwah-pendakwah Islam dari negara Arab. Tarian zapin ini dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu sebagai tontonan pelancong. Pada asalnya Tarian Zapin ditarikan oleh wanita sahaja, tetapi kini tarian ini dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan wanita.

Tarian Zapin terdiri daripada tiga peringkat persembahan iaitu peringkat pembukaan tirai, peringkat kedua dikenali sebagai pecahan atau gerakan serta lenggang tarian. Peringkat ketiga merupakan persembahan penutup. Persembahan Zapin diiringi oleh gambus, paluan marwas, gesekan biola dan paluan gendang.

2.Tarian Kuda Kepang

Tarian ini berasal daripada permainan Kuda Kepang. Terdapat beberapa pendapat mengatakan asal usul Kuda Kepang. Antaranya dikaitkan dengan Wali Songo di Jawa ketika menyebarkan agama Islam kepada masyarakat di sana.

Tarian Kuda Kepang dimulakan dengan bacaan jampi serapah oleh bomoh kerana dikatakan Kuda Kepang dikuasai oleh kuasa ghaib. Tarian ini biasannya ditarikan oleh kumpulan yang terdiri daripada 10 hingga 15 orang penari- penari lelaki.

Tarian ini diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil Dayang yang memberi arahan kepada penari dengan menggunakan tali tas atau pecut. Tarian ini mempunyai ciri-ciri Jawa dan Islam. Ditarikan di majlis perkahwinan, keramaian dan hari ulang tahun atau sambutan sesuatu. Diringi muzik gamelan yang menggunakan alat muzik kenong, angklong, gendang dan gong.

2. Tarian Lilin

Tarian Lilin berasal dari Sumatera. Tarian ini dipersembahkan secara berkumpulan oleh 6 hingga 10 orang penari. Tarian ini menggunakan lilin dan biasanya di persembahkan pada waktu malam. Ditarikan semasa majlis serta perayaan sebagai hibuan masyarakat.

3. Tarian Joget

Tarian Joget berasal dari Melaka. Tarian ini kebiasaannya ditarikan secara berpasangan dan jumlah pasangan tidak terhad. Tarian Joget merupakan satu tarian bebas yang tidak terikat dengan sesuatu bentuk atau corak tertentu. Persembahan tarian ini diiringi irama muzik khas sama ada dimainkan secara terus ataupun rakaman .

4. Tarian GamelanTarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

5. Tarian Ulik Mayang

Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.6. Tarian Kipas

Tarian Kipas terdapat di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana ia sering ditarikan pada majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang disemat pada bahu

B. Tarian Tradisional Kaum Cina1. Tarian Singa

Tarian Singa berasal dari Parsi. Tarian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan. Kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dengan menggunakan patung yang berbentuk kepala singa. Bahagian patung singa dihiasi dengan bulu-bulu emas untuk mengambarkan keagungan binatang yang digelar raja haiwan. Semasa berlangsungnya persembahan, patung singa akan menari-nari mengikut rentak dan pukulan gendang.Tarian singa ini biasanya ditarikan semasa Tahun Baru Cina dan di persembahkan dari rumah ke rumah seterusnya dari kedai ke kedai untuk memberi berkat dan rezeki kepada penghuninya.

2. Tarian Naga

Tarian Naga dipersembahkan selepas tarian singa. Tarian ini dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina.Tarian ini menggunakan model berbentuk seekor naga. Semasa tarian ini, penari-penari akan menggayakan pelbagai aksi menarik seperti lagak seekor naga.

Tarian Menyambut Tahun Baru Cina

Tarian ini dipersembahkan sempena Tahun Baru Cina. Tarian ini merupakan satu tarian bebas dan pergerakannya tidak terikat. Para penari juga bebas memakai pakaian yang berbeza tetapi digalakkan memakai pakaian bewarna merah. Bagi masyarakat Cina, warna merah melambangkan tuah dan keuntungan dalam kehidupan mereka.

C.Tarian Tradisional Kaum India

1. Tarian Bharatanatyam

Tarian ini berasal dari negeri Tamil Nadu di Selatan India. Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Namun ada kalanya tarian ini ditarikan secara berpasangan iaitu dua orang penari wanita atau sepasang penari lelaki dan wanita. Tarian ini mengandungi tiga unsur utama iaitu asas posisi berdiri, pergerakan kaki dan pergerakan tangan. Alat muzik dan tarian merupakan dua perkara utama dan penting dalam menghidupkan tarian ini. Antaranya ialah bhairavi, kalyani dan kambodhi.

Tarian Klasik India diasaskan oleh Mahari dan Maribi Manipuri. Tarian ini kebiasaannya dipersembahkan di kuil-kuil. Tarian ini merupakan tarian unik yang menggabungkan unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang itu. Tarian ini merupakan tarian berbentuk keagamaan.

2. Tarian Bhangra

Tarian Bhangra berasal dari Punjab, India. Tarian ini wujud sempena menyambut musim menuai atau pesta menuai yang menampakkan perasaan kegembiraan dan keceriaan apabila ladang mereka membuahkan hasil. Tarian ini memerlukan pergerakan akrobatik yang sukar melibatkan kepantasan, ketangkasan dan kecekapan para penari. Tarian ini biasanya di tarikan dalam majlis perkahwinan, perayaan dan sebagainya.

3. Tarian Ghidda

Tarian Ghidda berasal dari Punjab, India. Kebiasaannya tarian ini ditarikan sempena majlis perkahwinan. Tarian ini ditarikan dengan ayunan tangan yang lemah gemalai.

4. Tarian Khatak

Tarian Kathak berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Pada asalnya ia ditarikan oleh masyarakat yang dipanggil tukang cerita (penglipurlara). Kathak juga dikenali sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana). Ia dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

D.Tarian Tradisional Suku Kaum Di Sarawak

1. Tarian Ngajat

Suku kaum Iban terkenal dengan unsur-unsur kesenian tradisionalnya terutama yang disebut Ngajat atau Ajat. Iban yang mana bermaksud Tarian. Ngajat pada masa dahulu ditarikan oleh kaum lelaki sahaja ataupun perempuan sahaja. Ngajat dipersembahkan di ruai rumah panjang. Tarian ngajat dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik seperti enkerumung, bendai atau canang, gong atau tawak dan dumbak atau ketebong.

Pada zaman dahulu, tarian ini dipersembahkan untuk tujuan memeriahkan majlis Perayaan Hari Gawai seperti Gawai Burong dan Gawai Kenyalang. Namun kini, tarian ini dipersembahkan untuk menyambut ketibaan orang kenamaan atau untuk persembahan masyarakat umum.

E. TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM DI SABAH

1. Tarian Sumazau

Tarian Sumazau sudah terkenal di Malaysia kerana ia sering dipersembahkan di upacara atau majlis-majlis kesenian. Tarian Sumazau adalah tarian rakyat Negeri Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan yang terkenal di daerah Penampang dan Papar. Penari-penari tarian ini memakai pakaian tradisi iaitu penari lelakinya berbaju dan berseluar hitam. Manakala penari wanitanya juga berpakaian hitam yang dinamakan "halalbimbang" yang diperbuat daripada kain "pallai" (kain baldu). Para penari wanita memakai destar berbentuk mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal dan ditutup dengan kain kesumba. Penari lelakinya membawa daun silad yang dikeringkan. Daun silad melambangkan kegagahan masyarakat Kadazan. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada enam jenis gong.2. Tarian Magunatip

Tarian Magunatip ialah tarian tradisi suku kaum Murut. Magunatip berasal dari perkataan apit yang bermakna jepit iaitu ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik sebaliknya menggunakan irama dari bunyi buluh itu yang dilagakan serentak dengan kuat. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan