24
KEBUDAYAAN SENI TARIAN SUMAZAU ETNIK KADAZANDUSUN DI SABAH Ceroline Binti Ambrit (46443) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2017

KEBUDAYAAN SENI TARIAN SUMAZAU ETNIK … seni tarian sumazau (24pgs... · gaji dan dana pakaian para penari, tenaga jurulatih dan tugas pengurus acara persembahan tarian tradisional

Embed Size (px)

Citation preview

KEBUDAYAAN SENI TARIAN SUMAZAU ETNIK KADAZANDUSUN DI SABAH

Ceroline Binti Ambrit

(46443)

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2017

KEBUDAYAAN SENI TARIAN SUMAZAU ETNIK KADAZANDUSUN DI SABAH

Ceroline Binti Ambrit

(46443)

PROJEK INI MERUPAKAN SALAH SATU KEPERLUAN UNTUK

IJAZAH SARJANA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN

(PENGURUSAN SENI)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

PENGHARGAAN

Salam sejahtera, terlebih dahulu, bersyukur saya kepada Tuhan atas anugerahNya yang telah

memberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan mental dalam menyiapkan kajian saya ini.

Walaupun terdapat beberapa kekangan dan masalah yang saya alami sewaktu menjalankan

kajian ini, namun semuanya dapat saya menempuhi segala cabaran tersebut melalui sumber

kekuatan dari kurniaNya yang diberikan. Atas kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak dalam

menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada semua pensyarah

terutama sekali penyelia Projek Tahun Akhir iaitu Prof. Dr. Anna Durin yang banyak

memberi tunjuk ajar serta nasihat dalam setiap proses kajian ini dilakukan.

Ribuan terima kasih juga kepada keluarga saya kerana sentiasa memberi kata-kata

semangat, bantuan dari segi kewangan dan memahami saya sepanjang saya menjalankan

kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya, Riana, Mryna, dan lain-lain

dalam mengongsikan ilmu untuk cara-cara format membuat kajian Projek Tahun Akhir ini.

Terima kasih juga atas iringan doa yang mereka panjatkan dalam sepanjang tempoh pengajian

saya di UNIMAS.

Tidak lupa kepada kakitangan-kakitangan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri

Sabah (JKKN) dan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) yang banyak memberi

maklumat tentang kajian saya iaitu Kebudayaan Seni Tarian Sumazau Etnik Kadazandusun.

Atas kerjasama serta pertolongan mereka memampukan saya dalam menyiapkan kajian ini. Di

samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan kata maaf kepada semua yang terlibat atas

kesalahan yang saya lakukan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kajian ini tentang Kebudayaan Seni Tarian Etnik Kadazandusun Di Sabah. Tujuan kajian ini

ialah mengenalpasti kaedah sistem pemeliharaan seni tarian sumazau kaum kadazandusun

dalam pengurusan sumber manusia, kewangan, lokasi dan promosi. Seterusnya, kajian ini

juga untuk mengetahui bagaimana pihak organisasi menangani cabaran dan cara

penyelesaiannya dalam memelihara dan mempromosikan tarian sumazau bagi kaum

kadazandusun. Kaedah ini akan diselesaikan dengan menggunakan cara pemerhatian,

temubual, informan dan dokumentasi.

ABSTRACT

The study of Art Culture Ethnic Dance Kadazandusun in Sabah. The purpose of this study is

to identify methods of system maintenance sumazau folk dance art Kadazandusun in human

resource management, financial, location and promotion. Further, this study also to

determine how the organization and how deal with the challenges in preserving and

promoting dance sumazau for the Kadazandusun. This will be solved by means of

observations, interviews, informans and documentation.

1

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Penghargaan i

Isi Kandungan ii

Abstrak iii

Abstract iv

1.1 PENGENALAN 1

1.2 Latar Belakang

1.2.1 Sejarah Daerah Papar 5

1.2.2 Asal-Usul Masyarakat Kaum 8

Kadazandusun

1.2.3 Latar Belakang Jabatan Kebudayaan 10

dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah

1.2.4 Latar Belakang Kadazandusun Cultural Association 11

(KDCA)

1.2.5 Latar Belakang Kumpulan Era Budaya Papar 16

1.3 Pernyataan Masalah Kajian 17

1.4 Objektif Kajian 18

1.5 Soalan Kajian 19

1.6 Kepentingan Kajian 19

2.1 SOROTAN KESUSASTERAAN 21

2

2.2 Sistem Pengurusan 21

2.2.1 Pengurusan Sumber Manusia 21

2.2.2 Pengurusan Sumber Kewangan 23

2.2.3 Pengurusan Lokasi 24

2.2.4 Pengurusan Promosi 25

2.3 Pengenalan Sorotan Kesusasteraan 27

2.3.1 Kepentingan Tarian 27

2.3.2 Tarian Etnik Sumazau 28

2.3.3 Peranan Alat Muzik (Gandang & Sompopogungan

iaitu Gong) 31

2.3.4 Perayaan Pesta Kaamatan 33

2.3.5 Peranan Bomoh (Bobohizan dalam Tarian Sumazau) 35

2.3.6 Organisasi Seni 38

2.4 Rumusan Bab 2 40

3.1 METODOLOGI KAJIAN 41

3.2 Pemerhatian 41

3.3 Temu Bual 42

3.4 Dokumentasi 43

3.5 Informan 43

3

3.7 Kaedah Analisis 44

3.8 Rumusan Bab 3 45

4.1 HASIL DAPATAN KAJIAN 46

4.2 Cara pengurusan yang digunakan dalam menggunakan 47

seni tarian Sumazau etnik Kadazandusun di Sabah.

4.2.1 Organisasi Jabatan Kebudayaan Kesenian (JKKN), Sabah. 47

4.2.2 Organisasi Kadazandusun Cultural Association Sabah. 72

4.2.3 Persatuan lain (Kumpulan Era Budaya, Papar) 83

4.3 Cabaran dan penyelesaiannya 84

4.4 Rumusan Bab 4 86

5.1 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 87

5.1.1 Perbincangan 87

5.1.2 Cadangan 90

5.2 Rumusan Bab 5 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN 1 94

LAMPIRAN 2 98

LAMPIRAN 3 101

4

BAB 1

TAJUK : KEBUDAYAAN SENI TARIAN SUMAZAU ETNIK

KADAZANDUSUN DI SABAH.

1.1 Pengenalan

Kajian ini mengenai seni tarian Sumazau tradisional kaum Kadazandusun di Sabah.

Negeri Sabah merupakan negeri yang kaya dengan budaya dan warisan peninggalan nenek

moyang yang masih diusahakan untuk dikekalkan sehingga sekarang. Terdapat beberapa

corak dan gaya tarian Sumazau ataupun sazau tradisional yang terdapat di dalam Negeri

Sabah. Tarian Sumazau adalah tarian tradisional yang melibatkan beberapa alat muzik

tradisional seperti gong, gandang tong dan kulintangan sebagai satu seni tari persembahan

yang menjadi lambang identiti warisan bagi masyarakat kaum Kadazandusun di Daerah,

Papar. Kebiasaannya, tarian Sumazau ini digunakan dalam majlis-majlis seperti acara

kebudayaan dan kesenian, perkahwinan dan upacara ritual adat istiadat di kawasan-kawasan

yang tertentu.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sistem pemeliharaan seni tarian Sumazau

Kaum Kadazandusun melalui beberapa perkara seperti pengurusan sumber manusia,

pengurusan sumber kewangan, pengurusan lokasi dan pengurusan promosi. Dalam kaedah

pengurusan sumber manusia yang akan dikaji adalah kemahiran pengurus yang

mengendalikan sesebuah program/acara, penglibatan ahli jawatankuasa dalam acara seni

tarian persembahan mengikut bidang yang dijawat, para pengajar dan juga para penari yang

berperanan dalam menarikan tarian Sumazau. Setiap bidang tugas dan kemahiran yang telah

diberikan kepada penggerak sesebuah program / acara ini bertujuan untuk memastikan

pengurusan yang dijalankan sesuai dengan perancangan yang telah diatur.

5

Pengurusan sumber kewangan, pengurusan yang akan dikaji iaitu berkaitan dengan

gaji dan dana pakaian para penari, tenaga jurulatih dan tugas pengurus acara persembahan

tarian tradisional Sumazau. Selain itu, Perbelanjawan dana yang digunakan juga diambil kira

dalam aktiviti pemeliharaan kepada acara seni tarian persembahan yang dianjurkan. Hal ini

kerana, setiap bajet keuntungan yang diperoleh hasil daripada pembelian tiket oleh penonton

yang menghadiri acara persembahan tarian tradisional ini memberi kesan yang positif kepada

penambahan dana dalam menjaga kebajikan tenaga jurulatih, dana pakaian dan gaji para

penari.

Pengurusan lokasi juga merupakan pengurusan yang penting dalam mempengaruhi

beberapa perkara. Antaranya adalah kelengkapan bilik studio latihan tarian, pentas

persembahan, bilik persalinan bahagian lelaki dan perempuan, dan stor penyimpanan barang

tarian. Dengan adanya kemudahan prasarana ini, kaedah pengurusan dapat membantu dari

segi penggunaan kos bajet yang berlebihan melalui memanfaatkan kemudahan-kemudahan

yang sedia ada.

Kajian ini juga termasuklah pengurusan promosi iaitu menfokuskan bahagian promosi

yang digunakan di media sosial untuk tujuan pengiklanan anjuran acara/program. Hal ini

kerana, pada masa kini media sosial merupakan salah satu cara masyarakat di sekeliling untuk

mendapatkan maklumat dengan pantas. Perkara ini adalah sesuatu yang memberikan manfaat

kepada pihak organisasi untuk sesebuah program/acara yang dianjurkan sampai maklumat

kepada masyarakat umum tentang seni tarian persembahan Sumazau. Hal ini telah

menunjukkan beberapa perbezaan yang jelas mengenai kaedah promosi yang dijalankan

antara pihak organisasi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dengan

bantuan lain seperti persatuan tarian tradisional lain seperti KDCA (Kadazan Dusun Cultural

6

Association) dan juga di kawasan-kawasan luar Bandar iaitu kawasan Papar seperti

Kumpulan Era Budaya Papar.

Perkara ini juga turut mengkaji tentang cabaran dan cara penyelesaiannya yang

dihadapi oleh organisasi (JKKN) dan persatuan lain dalam usaha memelihara dan

mempromosikan seni tarian Sumazau. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa bentuk cabaran

yang akan dikaji seperti cara pengendalian dalam pengurusan sumber, pengurusan sumber

kewangan, pengurusan lokasi dan penggunaan teknologi maklumat bahagian promosi. Cara

kaedah penyelesaian yang digunakan oleh pihak organisasi dalam mengatasi masalah dan

cabaran iaitu dalam usaha memelihara dan melaksanakan program / acara tarian Sumazau

Kaum Kadazandusun di Sabah.

Cabaran dalam pengurusan sumber manusia adalah pengagihan skop tugas mengikut

bidang kerja dan kemahiran pengurus dalam memastikan pemeliharaan tarian seni

persembahan Sumazau dapat dijalankan dengan lancar mengikut perancangan pihak

organisasi. Perkara yang diambil tahu adalah dalam soal pemilihan para penari yang

mengikut ciri-ciri yang dikehendaki dalam bidang tarian. Selain daripada itu, ahli

jawatankuasa sebagai pengurus dan pekerja krew-krew bertindak menjadi penggerak aktiviti

dan tulang belakang bagi pemeliharaan, pelaksanaan tarian tradisional Sumazau. Hal ini

diukur sesuai dengan kepakaran dan pengalaman yang mereka miliki dalam pengetahuan

pengurusan iaitu dari segi aspek teori dan praktikal serta mengetahui latar belakang tarian

Sumazau kaum Kadazandusun.

7

Seterusnya, Masalah dan cabaran yang kedua adalah pengurusan sumber kewangan.

cara penyelesaian yang akan dilakukan ialah dari segi pembayaran gaji dan dana pakaian para

penari, tenaga jurulatih dan tugas pengurus dalam acara tarian seni persembahan adalah

dengan memastikan setiap jumlah pulangan seni persembahan yang dianjurkan mendapat

keuntungan yang melebihi jumlah sebenar bajet yang diberikan. Oleh itu, pentingnya

penelitian dalam aturkerja yang baik untuk menangani masalah yang timbul dalam sumber

kewangan agar sesuatu program/acara dapat dijalankan dengan baik.

Pengkaji juga akan mengkaji kaedah penyelesaian bagi masalah yang timbul dalam

aspek Lokasi. Pengurusan tempat studio penari yang digunakan oleh para penari untuk latihan

setiap hari, pentas persembahan tarian, bilik persalinan lelaki dan wanita, dan stor untuk

penyimpanan barang tarian dan alat muzik. Perkara ini penting dalam memastikan tempat dan

kemudahan yang sedia ada menjamin keselesaan para penari ketika membuat persembahan

dan juga keselesaan kepada tetamu yang menghadiri acara seni persembahan tarian.

Penggunaan teknologi maklumat dalam bahagian promosi memberi manfaat kepada

pihak organisasi. Namun begitu, perkembangan mengikut peredaran zaman membuatkan

penggunaan teknologi maklumat ini telah memberi cabaran kepada pihak organisasi. Kaedah

penyelesaian yang akan digunakan adalah dari segi cara mempromosikan melalui promosi

secara media sosial dan promosi secara terus menerusi program/acara yang dijalankan.

Kedua-dua kaedah ini diaplikasikan oleh pihak organisasi untuk menyalurkan maklumat

berkaitan dengan perkembangan seni tarian Sumazau pada masa sekarang kepada masyarakat

sekeliling terutamanya golongan muda untuk menonton acara seni persembahan yang

dianjurkan. Perkara ini memberi kesan yang positif kepada mereka dalam meminati seni

tarian Sumazau kaum Kadazandusun.

8

Melalui objektif ini, pengkaji ingin memastikan setiap cabaran yang dihadapi oleh

pihak organisasi dapat diselesaikan melalui beberapa perkara seperti pengurusan sumber

manusia yang memastikan sumber kewangan, pengurusan lokasi, dan perancangan promosi

dapat memenuhi keperluan objektif kajian yang bukan setakat pengkaji sahaja mendapat

maklumat yang dikehendaki tetapi juga dapat membantu pihak organisasi yang telah dipilih.

Berikutan adalah penerangan mengenai kebudayaan seni tarian Sumazau etnik Kadazandusun

di Papar, Sabah.

1.1 Latar Belakang

Gambar 1: Peta Daerah Papar

9

Gambar 2: Daerah Pekan Papar

1.2.1 Sejarah Daerah Papar

Daerah Papar merupakan tempat kawasan yang dikenali dengan tanah rata menurut

perkataan daripada Melayu Brunei semasa pemerintahan kesultanan Brunei. Selain daripada

itu, Terdapat cerita mengatakan “Papar” adalah batang-batang kayu hanyut yang banyak

terdampar apabila berlakunya banjir dan kayu-kayu yang hanyut itu telah disebut sebagai

“Papar”. Papar merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai

Barat, Sabah, Malaysia Timur iaitu terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota

Kinabalu, ibu Negeri Sabah. Papar juga sudah dianggap sebagai tempat destinasi

persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang strategik yang terletak di

tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort

di selatan. Selain daripada itu, Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North

Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.

10

Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di

sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan. Populasinya pula

sehingga tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 130 000 orang, dan terbahagi kepada

beberapa komposisi kaum utama iaitu Kadazandusun, Melayu Brunei, Bajau serta beberapa

suku kaum bumiputra yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang majoritinya

etnik seperti Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan. Daerah ini

mempunyai banyak sawah padi dan suatu ketika dahulu terkenal sebagai jelapang padi Sabah.

Namun akibat wujudnya pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kawasan

sawah padi di daerah ini semakin berkurang.

11

1.2.2 Asal-Usul Masyarakat Kaum Kadazandusun

Gambar 3: Masyarakat kaum Kadazandusun

Menurut Ruslan Zainuddin dalam kajian yang dilakukan iaitu buku ‘hubungan etnik di

Malaysia (Latar belakang plurality masyarakat alam melayu)‟. Masyarakat Kadazan-Dusun

merupakan kaum bumiputera yang terbesar di Sabah. Jumlah keseluruhan penduduk di negeri

tersebut adalah sebanyak 30 %. Kebanyakan etnik ini menganuti agama kristian. Masyarakat

Kadazandusun di Sabah boleh dibahagiakan kepada 27 suku kaum yang terdiri daripada

dusun (Liwan, Tindal, Pahu, Lotud, Labuk, Kimaragang, Tobilung, Segama/Subpan,

Tomobonuo, Tambunan, Tatana, Tagahas), Kadazan Papar, Kadazan Penampang, Rungus,

Sungai, Kuijau dan Bagahak.

12

Menurut Lok Kok On dan Sri Ningsih dalam penulisan yang mereka kaji iaitu tentang

„Pandangan Dunia Dan Konteks Dalam Sumazau, Sazau Papar Dan Sumazau Paina

Membakut’, 2014. Etnik Kadazan merupakan salah satu kaum yang tergolong sebagai penutur

bahasa Dusunik iaitu Dusunic. Pada ketika dahulu, istilah Kadazan tidak ditemukan dalam

banci penduduk menyebabkan semua penutur bahasa Dusunik di Sabah hanya dianggap

sebagai satu rumpun bahasa sahaja. Isu-isu ini juga telah menyebabkan persatuan kebudayaan

terbahagi menjadi dua organisasi yang dianggotai oleh Kadazan Cultural Association (KCA)

dan Dusun Cultural Association (DCA). Namun, perkara ini telah selesai melalui tindakan

oleh Presiden Joseph Pairin Kitingan yang menyatakan semua etnik dan subetnik Kadazan

dan Dusun adalah satu rumpun pada pernyataan Suruhanjaya Reid tahun 1997.

Dalam bahasa Kadazandusun, makna kata Sazau membawa maksud tarian manakala

perkataan Sumazau pula membawa maksud menari. Jika diteliti, terdapat banyak kata dalam

bahasa Kadazandusun ini berkait rapat dengan perbuatan menari seperti Kasazau (dapat

menari), Kopisazau (boleh menari bersama) dan Nakasazau (menari bersama-sama dengan)

dan semuanya boleh kita perlihatkan bahawa perkataan-perkataannya adalah berasal dari

perkataan Sazau. Walaupun setiap perkataannya adalah menunjukkan berbeza di setiap tempat

seperti Penampang (Sumazau) dan membakut (Sumazau Paina) tetapi mempunyai ciri-ciri

yang sama dari setiap kawasan iaitu kefahaman tentang seni tarian tersebut.

13

1.2.3 Latar Belakang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah

Gambar 4: Bangunan Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah.

Pada tahun 16 Mei 2013, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah

menjadi agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab

dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia. JKKN telah

ditubuhkan dengan maltamat bagi mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian,

memperbanyakkan aktiviti seni budaya ke segenap lapisan masyarakat, menyebarkan

maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara, menyediakan kemudahan

prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia

dan meningkatkan pembangunan produk seni budaya ke arah gagasan 1Malaysia.

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Sabah termasuk dalam

satu program di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Oleh itu, Kerajaan Negeri

Sabah telah meluluskan tanah rizab di Batu 2, Jalan Penampang seluas 1.3 hektar pada 4

Oktober 2001 untuk pembinaan Kompleks JKKN Sabah dan kos pembinaan ditanggung oleh

Kerajaan Persekutuan. Kompleks ini mula dibina pada 13 Disember 2007 dan siap

14

sepenuhnya pada Mac 2012. Dibawah adalah alamat yang terkini bagi Jabatan kebudayaan

dan kesenian Sabah.

Alamat : Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

Jalan Tasik, Off KM4 Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu, Sabah

JKKN, Sabah memainkan peranan dalam melaksanakan program penyelidikan dan

pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan

produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan

produksi dan artistik, dan promosi seni budaya. Selain itu, membina jaringan kerjasama

dengan pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan

penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara. Di samping itu, menyediakan landasan

untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.

Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam

dan luar negara dan meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN negeri.

1.2.4 Latar Belakang KadazanDusun Cultural Association (KDCA).

Pada 29 April 1966 di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966, Persatuan Kebudayaan

KadazanDusun Cultural Association Sabah (KDCA) atau Koisaan iaitu persatuan bukan

politik 40 asli masyarakat etika Sabah telah didaftarkan. Perniagaan dan hal ehwal Koisaan

diuruskan dan ditadbir oleh Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden. Tugas dan kuasa

Jawatankuasa Pusat yang ditetapkan di bawah Perkara 13 Perlembagaan. Dalam bahagian

pentadbiran, KDCA telah menubuhkan 4 zon pentadbiran yang terdiri daripada 24 daerah dan

15

13 sub daerah di negeri ini. Mekanisme pentadbiran persatuan itu boleh dianggap sebagai

dengan baik di tempat. Dibawah adalah alamat yang terkini bagi organisasi KadazanDusun

Cultural Association (KDCA).

Alamat : KadazanDusun Cultural Association (KDCA).

Kadazandusun Cultural Association, Sabah

Hongkod Koisaan, Km 8, Penampang Road,

P.O. Box 907, 89509 Penampang,

Sabah, MALAYSIA.

TELEPHONE +60 88 713 696 | +60 88 713 337

FAX +60 88 713 350

E-MAIL [email protected] | [email protected]

Sejak penubuhannya pada awal 50-an, yang KDCA telah memberi tumpuan banyak

usaha dalam pemeliharaan, pembangunan, pengayaan dan promosi Kadazandusun budaya

pelbagai kaum. Tanpa KDCA, banyak lagi warisan budaya Kadazandusun yang sedia ada

pada masa akan tenggelam ke dalam kelalaian sekarang, dikebumikan hilang selama-lamanya

atau digantikan oleh budaya moden pernah mendominasi. Persidangan tiga tahun sekali

Perwakilan KDCA ini memperuntukkan forum yang amat diperlukan di mana pelbagai

Kadazandusun wakil pelbagai etnik membincangkan isu-isu utama yang mempengaruhi

mereka dan masa depan mereka dan mengambil kedua-dua pendirian dan tindakan individu

dan kolektif untuk menyelesaikan cabaran bersama.

16

KDCA kini sedang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan

Penyelidikan & Dokumentasi, pemeliharaan, pembangunan dan promosi budaya

Kadazandusun: Bahasa dan kesusasteraan; Bobolians & Rinaits; perubatan tradisional,

makanan tradisional dan minuman; muzik, lagu, tarian dan drama; seni tradisional, kraf dan

reka bentuk; sukan tradisional; tradisional memakai dan pakaian. Akhir-akhir ini, bersama-

sama dengan kerjasama antarabangsa yang semakin meningkat orang-orang asal di dunia,

pengetahuan asal, harta intelek dan pemuliharaan hak sumber tradisional, peningkatan dan

perlindungan juga telah menjadi kawasan baru yang menjadi perhatian dan tanggungjawab

KDCA ini. KDCA akan terus memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan,

persahabatan dan kerjasama di kalangan penduduk berbilang kaum di Sabah melalui program-

program kebudayaan penyertaan dan sambutan seperti peringkat Negeri Village, Daerah dan

Tahunan "Kaamatan Festival". Selama bertahun-tahun, ia telah menghantar rombongan

Persembahan Kebudayaan pada lawatan muhibah kepada Syarikat Malaysia yang lain, ke

Negara Asia jiran, ke Eropah, Amerika, Kanada dan New Zealand.

Walau bagaimanapun, seperti semua organisasi lain KDCA hanya boleh bergerak dan

berkembang dalam sebanyak dan sejauh sumber, pemimpin dan ahli boleh kuasa ia. Terdapat

keperluan yang berterusan untuk lebih muda, profesional, bertenaga dan pintar ahli KDCA

untuk menyumbang ke arah pertumbuhan yang berterusan KDCA dan pembangunan. Oleh

itu, adalah penting bahawa orang harus mengetahui dan memahami KDCA visi, matlamat,

peranan, fungsi dan program aktiviti dan yang paling penting keistimewaan keahlian terlebih

dahulu sebelum melibatkan diri dalam KDCA.

17

Visi

Masyarakat Kadazandusun sosio-budaya dan maju dari segi ekonomi iaitu hidup

warisan budaya yang unik dan menikmati standard yang tinggi dan kualiti hidup, bermakna

yang mengambil bahagian dalam hal ehwal sosio-budaya, ekonomi dan politik Negara,

berpendidikan, berpengetahuan dan mampu menjalankan peranan dan tanggungjawab

individu dan kolektif mereka di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa dan

bersemangat dengan nilai-nilai kebenaran universal, keamanan dan keadilan.

Misi

Untuk memupuk perpaduan harmoni dalam kepelbagaian sebagai asas untuk sinergi

dan tempat yang memudahkan penglibatan koperasi, pendidikan dan pembangunan dan

penyertaan pelbagai etnik Kadazandusun dalam penentuan diri untuk memelihara mereka, dan

membangunkan warisan budaya mereka yang unik sebagai asas untuk pergi dalam

pembangunan sosio-budaya, spiritual, ekonomi dan politik yang mampan holistik.

Objektif KDCA

• Untuk menggalakkan persahabatan, persefahaman, kerjasama dan perpaduan harmoni

progresif melalui program dan aktiviti kebudayaan.

• Untuk memelihara, membangun dan menggalakkan budaya Kadazandusun dan pengetahuan

pribumi.

• Untuk memupuk cintakan sastera, seni & kraf, muzik, lagu, tarian dan seni dramatik di

kalangan masyarakat Kadazandusun.

• Untuk membantu dalam pemeliharaan, piawaian dan pembangunan pelbagai dialektik

bahasa Kadazandusun.

18

• Untuk menggalakkan ahli untuk mengambil langkah semakin banyak tanggungjawab dalam

hal ehwal awam masyarakat secara keseluruhan.

• .Untuk menggalakkan ahli untuk menjadi rajin, kreatif, berdaya usaha dan berdikari

• Untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan orang asal dunia lain 'dengan matlamat

dan objektif yang sama.

• Untuk mempunyai dan melakukan perkara-perkara seperti yang difikirkan perlu bagi

mencapai matlamat di atas.

KDCA Unattached Members:

1. KDCA HQ (Chairperson: Gun. Gerard Nicholas Lanjuat)

2. KDCA Klang Valley (Chairperson: YBhg. Datuk Richard Bainon)

3. KDCA Johore Bahru (Chairperson: Gun. Haris J. Mintu)

KDCA Group Members:

1. PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH (TOBISA)

2. PERSATUAN BISAYA BERSATU SABAH (PBBS)

3. PERSATUAN SINO KADAZANDUSUN MURUT SABAH

4. PERSATUAN KEBUDAYAAN RUNGUS SABAH (RCA)

5. PERSATUAN SUANG LOTUD SABAH

6. PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

7. PERSATUAN SUKU KAUM TINAGAS ZON UTARA SABAH

8. PERSATUAN BANGSA TOMBONUO, SABAH

9. PERTUBUHAN RUNGUS BERSATU SABAH

19

10. PERSATUAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN DAERAH

MATUNGGONG, SABAH (PERKEWA).

1.2.5 Kumpulan Era Budaya Papar

Kumpulan ini dikenali sebagai „Sinompuvan Komuhakan kadazan’. Nama

‘Sinompuvan Komuhakan Kadazan’ telah ditukar kepada Era Budaya Papar iaitu Papar

Cultural Era pada tahun 1991. Kumpulan Era Budaya Papar ini dikaitkan dengan budaya

tradisional dan juga tarian moden sesuai dengan perkembangan semasa. Kumpulan ini

dikendalikan oleh Puan Claire Joseph iaitu anak perempuan kepada OKK Joseph KK Gunsoi.

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1959 oleh pengasasnya OKK Joseph KK Gunsoi. Era

Budaya Papar merupakan organisasi budaya yang diurus oleh beberapa individu mengikut

peringkat umur yang berbeza dan mempunyai minat yang mendalam terhadap budaya dan

nilai-nilai. Antara matlamat objektif yang dilakukan oleh Kumpulan Era Budaya Papar

adalah menggalakkan perpaduan melalui pemeliharaan budaya tradisional, menyemai

cintakan budaya di kalangan generasi muda, dijadikan sebagai semangat nilai-nilai tradisi

dalam meningkatkan sokongan dengan sektor kerajaan dan swasta. Kumpulan ini sering

dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dan

juga syarikat-syarikat swasta. Sebagai contohnya, majlis-majlis seperti majlis perasmian,

Welcoming Tourism dan juga musim perayaan di Malaysia.