27
TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR AGNES RAJA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

  • Upload
    lamtu

  • View
    254

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI

BAHASA PENGANTAR

AGNES RAJA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya AGNES RAJA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: P.O.BOX 873, PN. KHADIJAH BINTI DAUD 91008, TAWAU, NAMA PENYELIA SABAH. Tarikh: 19 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006

Page 3: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ………………………………………………………….

Nama Penyelia : PN. KHADIJAH BINTI DAUD

Tarikh : ...................................

Page 4: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI

BAHASA PENGANTAR

AGNES RAJA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………........

Nama Penulis : AGNES RAJA

Tarikh : 30 APRIL 2006

Page 6: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu yang dihormati

yang telah banyak berkorban dan bersusah payah

demi kejayaan anak-anaknya

Untuk kakak yang tersayang

jadikanlah usaha ini

sebagai inspirasimu membentuk masa depan

yang lebih bermakna

Kepada rakan-rakan seperjuanganku,

perhatian, kesabaran dan tunjuk ajar sekalian

akan diingati dan dikenang

sepanjang hayat.

Page 7: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

iv

PENGHARGAAN

Projek Sarjana Muda (PSM) ini tidak mungkin dapat dihasilkan dengan

jayanya tanpa sokongan dan dorongan daripada semua pihak yang terlibat. Di sini,

ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

i) Pn. Khadijah Bt. Daud, Penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya yang

telah bertungkus-lumus membantu serta memberikan panduan yang

bersesuaian. Tidak lupa juga nasihat serta dorongannya yang cukup bernas

dan membina sepanjang tempoh pelaksanaan projek saya.

ii) Ibu bapa saya yang memberikan bimbingan serta sokongan moral yang kuat

dan meyakinkan sepanjang pengajian dan pelaksanaan PSM saya ini.

iii) Kakak-kakak serta ahli keluarga lain yang telah banyak memberi nasihat dan

dorongan sepanjang masa.

iv) Rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi pandangan serta

pendapat sepanjang tempoh pelaksanaan projek saya ini.

v) Pihak staf Pusat Sumber dan Perpustakaan Sultan Zanariah yang sudi

meminjam dan membekalkan maklumat yang diperlukan bagi melancarkan

pelaksanaan Projek Sarjana Muda saya ini.

vi) Pelajar-pelajar dari kursus 5 SPK, 5 SPC, 5 SPP, 5 SPF dan 5 SPN yang sudi

menjadi responden saya dan memberi kerjasama bagi membantu menjayakan

kajian ini.

Akhir sekali, ingin saya ucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada

semua pihak yang telah membantu saya sepanjang tempoh pelaksanaan Projek

Sarjana Muda (PSM) saya ini baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Sekian.

Page 8: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap persediaan bakal-bakal guru

Sains yang mengajar mata pelajaran Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu

kepada empat aspek utama iaitu sikap, minat, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan

keyakinan bakal guru Sains dalam mengajar mata pelajaran Sains menggunakan

Bahasa Inggeris. Seramai 140 orang bakal guru Sains iaitu pelajar tahun akhir yang

mengikuti kursus dalam bidang Kimia, Fizik dan Sains dari Fakulti Pendidikan telah

dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal

selidik yang disediakan mengikut skala Likert. Soal selidik ini mengandungi 37

item yang berbentuk soalan objektif. Instrumen yang digunakan menunjukkan

kebolehpercayaan pekali alpha berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.9581. Data-

data dalam kajian ini telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical

Package for Social Science (SPSS Versi 10.0.7 for Windows) berdasarkan kaedah

peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan bakal-

bakal guru Sains untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris dari aspek sikap adalah

tinggi manakala dari aspek minat, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan keyakinan

bakal-bakal guru Sains adalah berada pada tahap yang sederhana.

Page 9: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

vi

ABSTRACT

This study is carried out to determine the readiness of Science teacher

trainees in teaching Science subjects using English as an intermediate language.

This is a descriptive study and emphasizes on four main aspects which are the

attitude, interest, the level of proficiency in English and the level of confidence of

Science teacher trainees in teaching Science subjects using English. 140 Science

teacher trainees candidates which are the final year students of Education Faculty

from the field of Chemistry, Physics and Science have been chosen for this research.

The instrument used in this research is the questionnaire prepared according to

Likert scale. The questionnaire contains 37 items in the form of objective questions.

The reliability of this instrument used showed alpha constant 0.9581 which is a very

high level. The data collected from the research was analyzed using Statistical

Package of Social Science (SPSS Version 10.0.7 for Windows) based on percentage,

frequency and min method. Results yielded from the research shows that the level

of readiness of Science teacher trainees in teaching Science in English on the aspect

of attitude is high, while the aspects of interest together with the level of proficiency

in English and the level of confidence of Science teacher trainees are at a moderate

level.

Page 10: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi 10

1.8.1 Persediaan 11

1.8.2 Guru 11

1.8.3 Bakal Guru 11

Page 11: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

viii

BAB TAJUK MUKA SURAT

1.8.4 Sains 12

1.8.5 Pengajaran 12

1.8.6 Bahasa Inggeris 12

1.8.7 Sikap 13

1.8.8 Minat 13

1.8.9 Tahap Penguasaan 13

1.8.10 Keyakinan 14

1.9 Rumusan 14

2 TINJAUAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sikap 16

2.2.1 Komponen-Komponen Sikap 18

2.2.1.1 Kognitif 18

2.2.1.2 Afektif 18

2.2.1.3 Perlakuan 19

2.2.2 Kepentingan Sikap 19

2.3 Minat 22

2.4 Penguasaan Bahasa Inggeris 24

2.5 Keyakinan Bakal Guru 25

2.6 Kajian Lepas 27

2.7 Rumusan 31

3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Pembolehubah 34

3.4 Populasi Dan Sampel 35

3.5 Prosedur Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

Page 12: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

ix

BAB TAJUK MUKA SURAT

3.7 Kajian Rintis/Kesahan/Kebolehpercayaan 39

3.8 Analisis Data 39

3.9 Rumusan 40

4 DAPATAN KAJIAN 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Data Bagi Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Kursus 44

4.2.2 Jantina 44

4.2.3 Bangsa 45

4.2.4 Gred Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Dalam Peperiksaan SPM

45

4.2.5 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris Muet 46

4.2.6 Gred Untuk Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Mata Pelajaran UHB 1212- Proficiency Skills In English

47

4.2.7 Gred Untuk Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Mata Pelajaran UHB 1322- English For Academic Communication

48

4.2.8 Gred Untuk Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Mata Pelajaran UHB 2332- English For Profesional Communication

50

4.3 Analisis Data Menurut Persoalan Kajian 51

4.3.1 Persoalan Kajian 1 53

4.3.1.1 Taburan Tahap Persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Sikap

57

4.3.2 Persoalan Kajian 2 58

4.3.2.1 Taburan Tahap Persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Minat

62

4.3.3 Persoalan Kajian 3 63

4.3.3.1 Taburan Tahap Persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

68

4.3.4 Persoalan Kajian 4 68

4.3.4.1 Taburan Tahap persediaan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Keyakinan

71

4.4 Rumusan 72

Page 13: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

x

BAB TAJUK MUKA SURAT

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Ringkasan Kajian 74

5.3 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan Persoalan

Kajian

75

5.3.1 Persoalan Kajian 1: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Sikap

75

5.3.2 Persoalan Kajian 2: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains Berdasarkan Aspek Minat

77

5.3.3 Persoalan Kajian 3: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains

Berdasarkan Aspek Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

79

5.3.4 Persoalan Kajian 4: Perbincangan Tahap Persediaan Di Kalangan Bakal Guru Sains

Berdasarkan Aspek Keyakinan

81

5.4 Rumusan 83

5.5 Cadangan Kajian 84

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.7 Kesimpulan 86

RUJUKAN 88

Lampiran A 94

Lampiran B 95 - 101

Lampiran C 102

Lampiran D 103

Page 14: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Kekerapan sampel daripada lima kursus 35 3.2 Pembahagian dan bilangan item bagi setiap aspek 38 kajian

3.3 Pembahagian dan bilangan item bagi setiap aspek 38 kajian

3.4 Julat skor min 40 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden 44 mengikut kursus 4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden 44 mengikut jantina 4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden 45 mengikut bangsa 4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden 45 mengikut gred mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM 4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden 46 mengikut gred peperiksaan Bahasa Inggeris Muet 4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden 47 mengikut gred untuk peperiksaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran UHB 1212- Proficiency Skills In English 4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden 48 mengikut gred untuk peperiksaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran UHB 1322- English For Academic Communication

Page 15: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden 50 mengikut gred untuk peperiksaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran UHB 2332- English For Profesional Communication 4.9 Skala Likert- Lima Skor 52 4.10 Julat skor min 52 4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi 54 persediaan bakal guru Sains dari aspek sikap 4.12 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 57 aspek sikap 4.13 Taburan peratusan dan min bagi persediaan bakal 59

guru Sains dari aspek minat 4.14 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 62 aspek minat 4.15 Taburan peratusan dan min bagi persediaan bakal 64

guru Sains dari aspek tahap penguasaan Bahasa Inggeris bakal guru 4.16 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 68 aspek tahap penguasaan Bahasa Inggeris 4.17 Taburan peratusan dan min bagi persediaan bakal 69 guru Sains dari aspek keyakinan bakal dalam mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris 4.18 Tahap persediaan bakal guru Sains berdasarkan 71 aspek keyakinan

Page 16: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Komponen-komponen sikap 18

3.1 Kerangka konsep kajian 34

Page 17: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences (Sejenis perisian berkomputer untuk menganalisis data) SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Kimia) SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Fizik) SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Sains) PPLD Program Pensiswazahan Lepasan Diploma

Page 18: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat pengesahan status pelajar 94

B Borang soal selidik 95

C Kebolehpercayaan kajian rintis 102

D Jadual penentuan saiz sampel berdasarkan 103

Populasi Krejcie dan Morgan

Page 19: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang menuju ke era

perindustrian dan teknologi tinggi. Perubahan ekonomi negara yang

mengutamakan kemahiran intelektual akan memerlukan tenaga manusia yang

tinggi serta peningkatan ilmu secara berterusan.

Perubahan sistem ekonomi merupakan satu fenomena akibat daripada arus

perdana yang dibawa oleh globalisasi. Sistem ekonomi baru ini memerlukan sokongan

padu daripada sektor pendidikan yang merupakan elemen utama bagi menjayakan

agenda negara (Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Pencapaian dalam sistem

pendidikan akan menentukan hala tuju sebenar negara ke peringkat yang lebih maju.

Justeru, sistem pendidikan yang mementingkan sains dan teknologi memainkan

peranan penting dalam kemajuan sesebuah negara. Kepentingan sistem pendidikan

seperti ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, memupuk

sikap pelajar selaras dengan keperluan perubahan ekonomi ini, melahirkan

warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT (Information Communications

Technology), berkemahiran dan berakhlak mulia.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Berita Mingguan, Ahad

7 September 2003) menekankan bahawa untuk merealisasikan Wawasan 2020, salah

satu syarat ialah rakyat perlu mahir dalam Bahasa Inggeris untuk membangunkan

negara Malaysia kepada sebuah negara industri yang maju. Menurut beliau juga

Page 20: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

2

rakyat Malaysia perlu fasih dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris

merupakan bahasa kedua negara dan juga bahasa ilmu. Selain itu, beliau

mengatakan bahawa keperluan menguasai Bahasa Inggeris semakin mendesak dalam

era globalisasi sehingga negara-negara seperti Perancis, China dan Jepun serta

negara-negara lain yang sebelum ini amat berbangga dengan bahasa masing-masing

pun mengambil langkah untuk mempelajari bahasa ini.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang paling luas digunakan dan

menjadi bahasa ilmu dan teknologi dunia. Menurut Prof.Madya Dr. Tajul Ariffin

Noordin (Utusan Melayu, Isnin 7 Oktober 2002), Bahasa Inggeris telah menjadi

semakin penting pada masa kini dalam era globalisasi dan pengantarabangsaan serta

mula mengubah struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan, latihan kemahiran dan

mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan

kosmopolitan. Selain itu, Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa pengantar dalam

pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang berada di dunia

barat. Kebanyakan buku-buku ilmiah, jurnal, rancangan televisyen, laman web dan

sumber rujukan lain yang berkaitan dengan sains dan teknologi adalah dalam Bahasa

Inggeris. Oleh itu, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting untuk memperoleh

dan menguasai ilmu pengetahuan yang baru. Pembelajaran Bahasa Inggeris adalah

penting bagi tujuan peningkatan kualiti di samping membina keyakinan diri dalam

menghadapi persaingan globalisasi.

Di samping itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (Mingguan Malaysia, Ahad 7

September 2003) mengatakan bahawa pengetahuan mengenai Sains dan Matematik

adalah penting bagi sesebuah komuniti yang mahu maju. Ini kerana bidang Sains

dan Matematik merupakan bidang yang begitu dinamik di mana perubahan dan

penemuan baru sentiasa ditemui. Bidang ini juga merupakan asas penting kepada

kemajuan dan pembangunan negara. Justeru itu, kita memerlukan sumber manusia

yang berfungsi sebagai saintis dan teknologis yang boleh memajukan usaha

penyelidikan dan pembangunan demi menjadikan negara kita negara perindustrian

yang lebih maju. Sesebuah masyarakat berilmu pengetahuan yang mampu

bersaing dengan negara lain dapat dilahirkan sekiranya kita berjaya menyediakan

pendidikan Sains dan Matematik dengan sempurna pada peringkat awal lagi. Jika

Page 21: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

3

pendedahan awal diberi kepada pelajar terhadap pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris, para pelajar dapat menguatkan asas dalam

memperoleh maklumat dan ilmu serta meningkatkan penguasaan mereka terhadap

Bahasa Inggeris.

Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk

melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris pada tahun 2003 untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 di semua

sekolah kebangsaan dan akan dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah

menjelang tahun 2008. Tujuan pihak kerajaan membuat keputusan sedemikian

adalah untuk meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik dan

juga Bahasa Inggeris di kalangan pelajar kerana kerajaan menyedari bahawa

penguasaan ilmu dalam bidang-bidang ini serta Bahasa Inggeris bertambah penting

dalam era globalisasi dan teknologi maklumat (Utusan Melayu, Khamis 4 Julai

2002).

Salah satu tujuan perlaksanaan dasar ini adalah kerana pihak kerajaan

mendapati bahawa pencapaian keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di

kalangan pelajar masih kurang memuaskan. Laporan menunjukkan bahawa

peratusan pelajar yang lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah terendah

berbanding dengan mata pelajaran lain. Analisis keputusan peperiksaan SPM Bahasa

Inggeris dari tahun 1995 sehingga tahun 1999 menunjukkan satu trend turun naik di

antara 62 hingga 66 peratus calon sekolah yang lulus dalam mata pelajaran tersebut

(Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Ini menunjukkan bahawa pencapaian

pelajar masih kurang memuaskan walaupun pelbagai program intervensi dan

program sokongan telah dijalankan untuk para pelajar dan guru.

Untuk menjayakan dasar ini, guru-guru dan bakal-bakal guru merupakan

penggerak utama bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.

Namun bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, guru-guru dan bakal-bakal guru

perlulah bersedia dan melengkapkan diri dengan menguasai Bahasa Inggeris agar

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Page 22: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada zaman penjajahan Inggeris (1786-1941), terdapat empat aliran

persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular

Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Tujuan keempat-empat aliran

sekolah ini adalah untuk mengembangkan pengetahuan kepada rakyat dengan

menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing sebagai bahasa pengantarnya

(Abu Zahari, 1980). Pendidikan pada peringkat rendah pada zaman tersebut hanya

boleh diperoleh dalam salah satu daripada empat bahasa iaitu Melayu, Tamil, Cina

dan Inggeris manakala pendidikan pada peringkat tinggi pula hanya boleh diperoleh

dalam Bahasa Cina dan Inggeris. Ini juga bermakna pengajaran dalam bahasa

Inggeris sudah bermula sejak kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu.

Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa rasmi Malaysia ialah Bahasa

Inggeris. Bahasa ini telah menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah

menengah Inggeris pada zaman penjajahan Inggeris. Keadaan seumpama ini berlaku

kerana dipengaruhi oleh politik dan ekonomi. Selepas tercapainya kemerdekaan

pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa rasmi di negara kita.

Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat

persekolahan manakala Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa kedua dalam sistem

pendidikan Malaysia pada tahun 1982 (Abu Zahari, 1980). Tujuan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua Malaysia ialah bahasa ini merupakan bahasa antarabangsa

yang penting dalam memajukan dan membangunkan negara.

Pada tahun 2002, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa subjek Sains

dan Matematik perlu diajar menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengatasi masalah

kemerosotan penguasaan bahasa tersebut di kalangan pelajar. Mata pelajaran Sains

dan Matematik telah mula diajar menggunakan Bahasa Inggeris pada tahun 2003.

Pengajaran ini telah dimulakan dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6

Rendah. Pada tahun 2005, dasar pengajaran Sains dan Matematik menggunakan

Bahasa Inggeris diperluaskan hingga ke Tahun 3, Tingkatan 3 dan Tingkatan 6.

Penggunaan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2007 di

sekolah menengah dan 2008 di sekolah rendah. Perubahan penggunaan bahasa

Page 23: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

5

pengantar ini juga berlaku di institusi pengajian tinggi. Perlaksanaan dasar ini

melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeis secara

berperingkat mengikut tahun (Utusan Melayu, Khamis 4 Julai 2002).

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Utusan Melayu, Jumaat

23 Mei 2003) mengatakan bahawa cadangan ini dibuat kerana kerajaan menyedari

kepentingan penguasaan ilmu dalam Bahasa Inggeris di kalangan rakyat tempatan,

khususnya kaum Bumiputera kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa

yang digunakan secara meluas. Selain itu, bidang Sains dan Matematik ini

merupakan salah satu asas yang penting kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Justeru, kerajaan perlu menggerakkan semua pihak untuk memupuk minat dan

budaya ilmu agar semua pihak memperoleh pendedahan dan peluang yang sama bagi

memajukan diri dalam mata pelajaran berkenaan dengan menggunakan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Selaras dengan perlaksanaan dasar ini, pelbagai langkah persediaan telah

dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persediaan

yang telah dilaksanakan termasuk pembekalan infrasturuktur teknologi komunikasi

maklumat (ICT), pembekalan bahan-bahan pengajaran dan pembekalan bahan

pembelajaran akses kendiri (PAK) dan sebagainya. Di samping itu, mata pelajaran

Sains dan Matematik telah diajar dalam Bahasa Inggeris di semua maktab perguruan

di seluruh negara dengan tujuan untuk memastikan bakal-bakal guru dapat mengajar

mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris selepas mereka menamatkan

pengajian.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan, Abu bakar

Bachik mengatakan bahawa bakal-bakal guru harus mampu menguasai Bahasa

Inggeris dengan cekap bagi membolehkan mereka menyampaikan ilmu secara

berkesan apabila bertugas di sekolah. Beliau berkata, bakal-bakal guru yang ada

sekarang sudah mula menjalani kursus Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka

mengajar mata pelajaran berkenaan dalam Bahasa Inggeris sebelum dihantar

menjalani latihan pratikal (Utusan Melayu, Rabu 24 Julai 2002).

Page 24: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

6

Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik di kalangan guru dan bakal guru

adalah faktor yang paling kritikal dalam menentukan kejayaan perlaksaan dasar ini.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik hanya dapat

dihasilkan jika guru-guru dan bakal-bakal guru dapat menguasai bahasa dengan baik.

Oleh demikian, semua guru dan bakal guru wajar mempamerkan inisiatif masing-

masing dalam meningkatkan profisiensi mereka dalam menyampaikan pengajaran

mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka perlulah

bersedia dan melengkapkan diri dengan menguasai Bahasa Inggeris agar pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Terdapat satu kajian lepas yang dijalankan oleh Sabariah (2004)

menunjukkan bahawa tahap persediaan bakal-bakal guru lepasan Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik

berada pada tahap sederhana. Masalah ini menunjukkan bahawa masih ramai bakal

guru yang belum bersedia untuk mengajar mata pelajaran tersebut dalam Bahasa

Inggeris pada tahun 2004. Persoalannya kini, adakah bakal-bakal guru Sains yang

sememangnya belum berpengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sudah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris apabila

menamatkan pengajiian mereka? Apakah sikap mereka terhadap perlaksanaan dasar

ini? Adakah mereka berminat dalam mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa

Inggeris? Bagaimana pula dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka?

Adakah mereka berkeyakinan dalam mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa

Inggeris?

Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap persediaan

bakal guru Sains mengajar mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar.

Page 25: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

7

1.3 Pernyataan Masalah

Pengajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar telah bermula sejak sesi persekolahan 2003. Bagi

memastikan proses pengajaran disampaikan dengan berkesan, penyampaian ilmu

Sains oleh bakal-bakal guru perlulah berkesan supaya ia boleh dimanfaatkan kepada

pelajar pada masa hadapan. Persediaan bakal-bakal guru mempunyai pengaruh yang

sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdul Rashid

(1999), bakal guru yang bersedia untuk belajar sesuatu mempunyai keyakinan yang

tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding dangan mereka yang

tidak bersedia. Oleh itu kita memerlukan bakal-bakal guru yang berkualiti bagi

melahirkan pelajar yang berkebolehan.

Oleh demikain, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau tahap

persediaan bakal-bakal guru Sains yang akan menamatkan pengajian di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengajar mata pelajaran Sains menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tahap persediaan bakal-bakal guru

dalam kajian ini ditinjau dari segi sikap, minat, tahap penguasaan Bahasa Inggeris

dan keyakinan mereka terhadap pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Keempat-

empat aspek ini diambil kira sebagai aspek-aspek utama yang mempengaruhi tahap

persediaan bakal-bakal guru untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sains

dalam Bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau tahap persediaan bakal guru Sains yang akan

menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai untuk

mengajar mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini mempunyai empat

objektif yang hendak dicapai seperti berikut:-

Page 26: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

8

1. Mengenalpasti tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek

sikap dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa

Inggeris.

2. Mengenalpasti tahap persediaan bakal guru-bakal Sains dari aspek

minat dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa

Inggeris.

3. Mengenalpasti tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek

tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran

Sains menggunakan Bahasa Inggeris.

4. Mengenalpasti tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek

keyakinan dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan

Bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan supaya penyelidik dapat menghuraikan beberapa

persoalan yang timbul seperti:-

1. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek sikap

dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa

Inggeris?

2. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek minat

dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa

Inggeris?

Page 27: TAHAP PERSEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU SAINS … filetahap persediaan bakal-bakal guru sains mengajar mata pelajaran sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar agnes raja

9

3. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek tahap

penguasaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains

menggunakan Bahasa Inggeris?

4. Apakah tahap persediaan bakal-bakal guru Sains dari aspek keyakinan

dalam pengajaran mata pelajaran Sains menggunakan Bahasa

Inggeris?