2
Kata-kata atau ungkapan amat bermakna dalam proses komunikasi.Sewaktu kita hendak menulis atau berkomunikasi,butiran kata-kata akan dibentuk menjadi kumpulan kata-kata,klausa,ungkapan,perenggan dan seterusnya menjadi sebuah wacana.Dengan kata lain,struktur kata ialah susunan bunyi atau dalam bentuk tulisan yang akan memberikan makna kepada orang lain. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal,bentuk kata terbitan,bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh : satu suku kata – am, dan, roh, skru. Dua suku kata seperti ubi, aku. Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu prosesyang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan iaitu Kata Terbitan Berawalan, Kata Terbitan Berakhiran, Kata Terbitan Berapitan dan Kata Terbitan Bersisipan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yangmenyebabkan perubahan makna nahunya. Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Struktur Kata Ialah Susunan Bunyi Ujaran Atau Tulisan Yang Memberi Makna

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Struktur Kata Ialah Susunan Bunyi Ujaran Atau Tulisan Yang Memberi Makna

Kata-kata atau ungkapan amat bermakna dalam proses komunikasi.Sewaktu kita hendak menulis

atau berkomunikasi,butiran kata-kata akan dibentuk menjadi kumpulan kata-

kata,klausa,ungkapan,perenggan dan seterusnya menjadi sebuah wacana.Dengan kata lain,struktur

kata ialah susunan bunyi atau dalam bentuk tulisan yang akan memberikan makna kepada orang

lain.

Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal,bentuk kata terbitan,bentuk kata

majmuk dan bentuk kata ganda.Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya

satu bentuk kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata

tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh :

satu suku kata – am, dan, roh, skru. Dua suku kata seperti ubi, aku.

Kata terbitan pula ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima

imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu prosesyang menggandingkan

imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan iaitu Kata Terbitan

Berawalan, Kata Terbitan Berakhiran, Kata Terbitan Berapitan dan Kata Terbitan Bersisipan Imbuhan

ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yangmenyebabkan perubahan

makna nahunya.

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih

dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata ganda ialah

bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata

ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan

imbuhan atau tanpa imbuhan.

Page 2: Struktur Kata Ialah Susunan Bunyi Ujaran Atau Tulisan Yang Memberi Makna

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau mengalami proses

pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan .Antara contohnya; main (bentuk tunggal), bermain

(bentuk terbitan), dan main-main (bentuk gandaan). Diksi adalah pemilihan kata. Maksudnya adalah

kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan sesuatu