27

status tesis scan · 2013. 11. 19. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • ii

    KAJIAN KESEDIAAN DIRI BAKAL-BAKAL GURU 5 SPM

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENGAJAR MATEMATIK

    DALAM BAHASA INGGERIS

    SITI ADIBAH ASMAWANI BINTI ISMAIL

    Laporan Projek Ini Dikemukakan

    Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

    ( Matematik )

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2006

  • iii

  • iv

    Dedikasi Assalamualaikum......

    Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, rahmat dan limpah

    kurniaNya maka kertas laporan projek ini dapat dihasilkan..

    Ku titipkan ruangan ini khas buat insan yang kusayangi dan kukasihi:

    Ismail Mat Yazid dan Fatimah Ibrahim..

    Ayahanda serta bonda yang sering memberikan dorongan dan kata-kata semangat..berdiri teguh

    dibelakang anakmu ini..

    Achik, Angah, Akak dan Adik...

    Adik-adik tercinta yang banyak memberikan kakakmu ini erti tanggungjawab dalam memikul tugas

    sebagai insan yang bergelar ‘kakak’...

    Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai satu perangsang untuk kalian mengejar cita-cita....

    ........

    Insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral, sedia mendengar rintihan dikalaku

    kebingungan dan sedia memberikan pendapat bila kuperlukannya...

    Terima kasih....walau siapapun dikau...

    Eija, Imah, Ninie, Wahid dan Sha...

    Sahabat-sahabatku yang tidak pernah lekang dalam memberikanku semangat bila ku kehilanganya...

    Kalian sering membantuku dalam apa jua keadaan..

    Kalianlah sahabatku dunia dan akhirat...

    Tiada yang dapat menggantikan kalian berlima..

    Jutaan terima kasih atas segalanya...

    Semoga kalian semua mendapat rahmat serta dicucuri hidayahNya

  • v

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat

    saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

    kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

    yag tidak terhingga kepada Cik Hadijah Jaffri selaku Pensyarah Pembimbing Projek

    Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk

    ajar yang membina sehingga membolehkan saya menyempurnakan kajian ini. Ucapan

    terima kasih juga diucapkan kepada PM Dr. Shariff Omar selaku Pensyarah

    Pembimbing Projek Sarjana Muda 1 yang juga banyak memberikan tunjuk ajar dan

    segala teguran membina untuk saya jadikan petunjuk dalam mencari arah menyiapkan

    projek ini.

    Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan

    khususnya kepada pelajar tahun 5 SPM, 5 SPT dan tidak lupa juga kepada semua yang

    terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan

    ini

    Akhir sekali istimewa untuk ayah, ibu dan adik-adik serta insan tersayang dan

    sahabat-sahabatku, pengorbanan serta dorongan yang kalian berikan amat dihargai.

    Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allh s.w.t.

  • vi

    ABSTRAK

    Penguasaan bahasa Inggeris individu adalah berbeza-beza. Ianya tidak terkecuali

    di kalangan pelajar umumnya atau mahasiswa di universiti khasnya. Tujuan kajian ini

    dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana kesediaan diri bakal-bakal guru 5 SPM

    Universiti Teknologi Malaysia untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

    Berdasarkan kesedaran bahawa bahasa Inggeris sangat penting, kajian ini diharapkan

    dapat membantu bakal-bakal guru bagi meningkatkan lagi tahap kesediaan diri mereka.

    Di samping itu, ia juga diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam

    mengatasi masalah yang dihadapi oleh bakal-bakal guru agar mereka dapat

    melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kepentingan

    kajian ini adalah untuk membantu mereka membentuk konsep kendiri yang mendorong

    mereka untuk merancang langkah-langkah memperbaiki mutu bahasa Inggeris masing-

    masing. Seramai 63 orang pelajar 5 SPM, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

    Malaysia telah diambil sebagai sampel. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan

    borang soal-selidik yang diedarkan kepada para pelajar tersebut. Analisis statistik

    deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min dibuat menggunakan SPSS for

    Windows bagi memperoleh data yang diperlukan. Hasil kajian mendapati tahap

    kesediaan diri bakal-bakal guru 5 SPM masih berada pada tahap sederhana bagi faktor-

    faktor penguasaan bahasa Inggeris, keyakinan diri serta sikap dan minat. Dan dari segi

    motivasi pula, didapati kesediaan bakal-bakal guru berada pada tahap yang baik. Hal ini

    menunjukkan bahawa majoriti pelajar belum bersedia untuk mengajar matematik dalam

    bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi

    mempertingkatkan tahap kesediaan diri bakal-bakal guru ini. Kajian ini juga diharapkan

    dapat membantu pihak universiti mencari, merancang, menyedia dan melaksanakan

    program-program yang dapat memperbaiki mutu bahasa Inggeris di kalangan bakal-

    bakal guru khasnya dan pelajar-pelajar lain amnya.

  • vii

    ABSTRACT

    The proficiency of English differs from each individual. It is not only among

    ordinary students, but also among the university students. The aim of carrying out this

    research is to find out about readily among the becoming teachers from 5 SPM to teach

    mathematics using English as the medium. It is realized that English language is very

    important, and thus, this research was conducted with a hope to help those involve in

    education setting as well as to future teachers come out with better solutions in

    enhancing their English proficiency. The importance of this research is to help becoming

    teachers to develop their self identity and to encourage them to plan on how to improve

    their command of English. 63 SPM students from Educational Faculty, University

    Technology Malaysia were chosen as respondents. This questionnaires based on the

    research were distributed to the participants. Descriptive statistic analysis using

    frequency, percentage and mean were examined using Statistical Package for Social

    Science (SPSS) for Windows to analyze data. The result from the research shows that

    the future teachers from 5 SPM still are not ready to teach mathematics in English. From

    the research, it was found that teachers’ readiness to teach mathematics in English was at

    average in term of English proficiency, self-confidence, attitude and interest. However,

    it was found that teachers’ readiness was high in terms of motivation. It shows that

    majority of the students are not ready to teach mathematics in English. Appropriate steps

    should be taken to enhance future teachers’ readiness. It is hoped that this research could

    provide w\valuable information to the university in planning and implementing

    programs that could enhance English proficiency among students and future teachers.

  • viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGESAHAN STATUS TESIS

    PENGESAHAN PENYELIA

    HALAMAN JUDUL ii

    HALAMAN PENGAKUAN iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xiii

    SENARAI RAJAH xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    SINGKATAN xvii

    BAHAGIAN SATU

    I PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 4

  • ix1.3 Pernyataan Masalah 6

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Rasional Kajian 9

    1.7 Kepentingan Kajian 10

    1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

    1.9 Definisi Kajian 11

    1.9.1 Kesediaan 12

    1.9.2 Mengajar 12

    1.9.3 Matematik 13

    1.9.4 Bahasa Inggeris 13

    1.9.5 Minat 14

    1.9.6 Sikap 14

    1.9.7 Motivasi 14

    1.9.8 Keyakinan Diri 15

    1.10 Penutup 15

    BAHAGIAN DUA

    II SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 17

    2.2 Profesion Perguruan dan Peranannya 19

    2.3 Perlaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran

    Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23

    2.4 Guru dan Kesediaan 24

    2.5 Faktor Mempengaruhi Kesediaan 27

    2.5.1 Keyakinan Diri 27

    2.5.2 Penguasaan Bahasa Inggeris 29

  • x2.5.3 Sikap dan Minat 31

    2.5.4 Motivasi 33

    2.6 Penutup 34

    BAHAGIAN TIGA

    III METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 36

    3.2 Rekabentuk Kajian 37

    3.3 Persampelan Kajian 37

    3.4 Instrumen Kajian 38

    3.5 Kajian Rintis 40

    3.6 Kaedah Pemungutan Data 41

    3.7 Kaedah Penganalisisan Kajian 41

    3.8 Penutup 42

    BAHAGIAN EMPAT

    IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 43

    4.2 Analisis Data 44

    4.3 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 44

    4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

    4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 45

  • xi4.3.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan 46

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    4.3.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut 47

    Keputusan UHB 2232 ( English for

    Professional Communication

    4.4 Analisis Bahagian B 48

    4.4.1 Persoalan Kajian 1 48

    4.4.2 Persoalan Kajian 2 50

    4.4.3 Persoalan Kajian 3 53

    4.4.4 Persoalan Kajian 4 56

    4.4.5 Persoalan Kajian 5 60

    4.4.6 Persoalan Kajian 6 62

    4.5 Penutup 66

    BAHAGIAN LIMA

    V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 67

    5.2 Perbincangan 67

    5.2.1 Keputusan Bahasa Inggeris – 68

    SPM dan UHB 2232

    5.2.2 Persoalan 1 68

    5.2.3 Persoalan 2 70

    5.2.4 Persoalan 3 72

    5.2.5 Persoalan 4 74

    5.2.6 Persoalan 5 76

    5.2.7 Persoalan 6 77

    5.3 Rumusan 79

  • xii5.4 Cadangan Umum 80

    5.5 Cadangan Lanjutan 82

    5.6 Penutup 83

    RUJUKAN 84

    LAMPIRAN

  • xiii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

    3.1 Taburan Populasi 5 SPM 37

    3.2 Item Soalan Mengikut Kriteria 38

    3.3 Skor Berdasarkan Aras Persetujuan 39

    3.4 Klasifikasi Kekuatan α 41

    3.5 Jadual 3 Pemeringkatan 42

    3.6 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 42

    4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 45

    4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kaum 45

    4.3 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran Matematik, Matematik 46

    Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM

    4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran UHB 2232 47

    ( English For Professional Communication )

    4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Melihat 49

    Tahap Perhatian Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Terhadap Isu

    Perlaksanaan Dasar Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

    4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi Meninjau 51

    Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

    Segi Penguasaan Bahasa Inggeris Untuk Mengajar Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris.

    4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 54

    Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

    Segi Keyakinan Diri Untuk Mengajar Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris.

    4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 56

    Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

    Segi Sikap dan Minat Untuk Mengajar Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris.

  • xiv4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 60

    Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

    Segi Motivasi Untuk Mengajar Matematik Dalam

    Bahasa Inggeris.

    4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 63

    Melihat Tahap Langkah-Langkah Mempersiapkan Diri Bakal-Bakal

    Guru 5 SPM UTM Untuk Menyampaikan Pengajaran Bagi

    Melancarkan Proses Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

  • xv

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

    5.1 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 1 69

    5.2 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 2 71

    5.3 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 3 72

    5.4 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 4 74

    5.5 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 5 76

    5.6 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 6 78

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    A. Borang Soal Selidik.

    B. Data Analisis SPSS version 12.0 Kajian Sebenar

  • xviiSINGKATAN

    P&P Pengajaran dan Pembelajaran

    BBM Bahan Bantu Mengajar

  • BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Bidang pendidikan telah mengalami banyak perubahan, terutamanya dari segi

    perkembangan kurikulum. Perkembangan kurikulum di Malaysia pada hari ini telah

    melalui beberapa fasa perubahan. Bermula dari Sukatan pilihan A dan B (sebelum tahun

    70’an) kepada Matematik pilihan C (pada 1970’an hingga lewat 80’an) dan bertukar

    kepada Matematik KBSM (pada lewat 80’an hingga sekarang). Menurut Asiah Abu

    Samah (1982), kurikulum matematik, seperti mana-mana kurikulum pun, harus terus

    berkembang, sama ada dari segi pendekatan atau isi atau bahan sokongan, ataupun

    matlamat, penekanan dan rasionalnya sendiri. Kurikulum digubal, dicuba, dinilai,

    diperbaiki, dicuba, dinilai, dan seterusnya. Proses ini memakan masa bagi mencapai

    matlamatnya, sama ada berjaya ataupun gagal. Kejayaan atau kegagalan sesuatu

    kurikulum itu susah hendak dinilai. Oleh yang demikian, kejayaan atau kegagalan

    sesuatu kurikulum itu harus dilihat dari banyak aspek. Penilaian yang terdiri dari

    pelbagai faktor ini boleh juga dilihat dari sudut mengapa perubahan sesuatu kurikulum

    matematik itu perlu dilakukan.

  • 2

    Perubahan dalam kurikulum matematik ini dibuat adalah selaras dengan

    perkembangan negara. Sekiranya bidang pendidikan tidak selari dengan kemajuan sains

    dan teknologi, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang maju kerana

    kurangnya tenaga mahir bagi membangunkan negara tersebut. Data yang diperolehi dari

    pasaran pekerja menyokong pendapat mengenai kekurangan sumber manusia atau

    kekosongan di dalam pekerjaan memerlukan kelayakan sains dan disokong dengan

    kemahiran berkomunikasi dan berbahasa Inggeris ( Nor Azuhar Kasim, 2003).

    Hasil daripada tercetusnya wawasan negara, Kementerian Pendidikan Malaysia

    (kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia) telah melancarkan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu yang

    berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

    rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan negara”. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini jelas menunjukkan

    bahawa pendidikan adalah suatu bidang yang amat penting bagi sesebuah negara untuk

    berkembang maju. Bagi menunaikan hasrat untuk mencapai negara maju yang dicita-

    citakan, Kementerian Pelajaran juga ingin menjadikan pendidikan di negara ini

    pendidikan yang bertaraf dunia seiring dengan negara-negara maju lain seperti Amerika

    Syarikat, Jepun, Korea dan lain-lain.

    Menurut Rasadah Hassan (2004), pendidikan bertaraf dunia jika dilihat dari sudut

    yang luas boleh ditakrifkan sebagai kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia

    dalam membangunkan sektor pendidikan. Untuk mempelopori perubahan dan kemajuan

    dinamis dalam pembangunan tenaga manusia, pemodenan dan reformasi sosial

    masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan

    sains. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai konotasi yang luas dan merupakan satu

    komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara

  • 3

    supaya ianya dapat ditingkatkan kepada suatu standard yang tinggi dan mampu

    menyaingi negara maju yang lain. Oleh itu, perubahan yang dilakukan dalam kurikulum

    matematik, iaitu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar merupakan satu

    langkah ke hadapan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam mengejar

    usaha bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia.

    Maka, sebagai bakal guru, perlulah bersiap sedia untuk menjadi seorang guru

    yang dapat menyampaikan ilmu yang ada kepada pelajar dalam bentuk paling mudah

    difahami tanpa melibatkan masalah bahasa iaitu bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengantar. Ini adalah disebabkan oleh peranan guru dan peranan murid saling

    melengkapi. Tugas utama guru adalah untuk menterjemahkan kandungan pelajaran

    kepada satu bentuk lain yang boleh difahami murid melalui sesuatu siri aktiviti

    pembelajaran yang sesuai (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1995).

    Menurut Atan long (1984), seseorang guru itu perlulah melengkapkan diri dengan

    ilmu pengetahuan. Adalah menjadi suatu perkara yang ganjil jika seseorang guru yang

    mengajar sesuatu pelajaran itu tidak menguasai dan mempunyai ilmu pengetahuan yang

    mendalam tentang pelajaran yang hendak diajar. Jadi, guru perlulah menguasai ilmu

    matematik jika perlu mengajar matematik. Akan tetapi, situasi sekarang sudah berlainan,

    guru matematik bukan sahaja perlu menguasai ilmu matematik malahan juga ilmu bahasa

    Inggeris. Ini kerana, bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris.

    Secara amnya, bahasa Inggeris bukanlah bahasa baru bagi rakyat Malaysia. Ini

    kerana, sebelum ini bahasa Inggeris telah digunakan sebagai bahasa pengantar yang

    utama di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu

    (kemudiannya dikenali sebagai Malaysia – 1963). Pada masa ini, bahasa Inggeris bukan

    sahaja digunakan dalam pendidikan tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan

    perdagangan. Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa utama dunia. Di Malaysia

    ianya adalah bahasa kedua yang memainkan peranan yang penting dalam bidang

    komunikasi dan interaksi. Penguasaan bahasa Inggeris sangat mustahak dalam proses

    menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Nilainya

  • 4

    lebih tinggi lagi kerana ia merupakan bahasa yang digunakan dengan meluasnya dalam

    kegiatan sosial, penyelidikan, ekonomi dan perdagangan.

    Melihat kepada situasi sekarang, dalam bidang pendidikan, kebanyakan buku

    rujukan untuk kebanyakan subjek terutamanya di peringkat universiti menggunakan

    bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Jadi, langkah Kementerian Pelajaran menjadikan

    bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik bagi pelajar di

    peringkat sekolah adalah langkah yang bijak. Ia sepadan dengan kata pepatah “melentur

    buluh biarlah dari rebungnya”, supaya bila mereka menginjakkan kaki ke universiti tidak

    mengalami kejutan bahasa. Oleh itu, tugas sebagai bakal guru adalah tugas yang sangat

    besar. Ia perlu mendalami lebih lagi ilmu yang hendak diajar di samping meningkatkan

    tahap penguasaan bahasa Inggeris ke tahap yang sefasih mungkin agar tidak timbul

    sebarang masalah apabila berhadapan dengan para pelajar terutamanya pada sesi soal

    jawab di dalam kelas.

    Tugas pendidik adalah satu tugas yang berat, kerana pendidik perlu melahirkan

    generasi yang akan menerajui negara pada masa hadapan. Pendidik bukan sahaja

    mencurahkan ilmu dan memperkembangkan kemahiran pelajar malahan pembentuk

    akhlak dan contoh teladan kepada pelajar-pelajar dan masyarakat. Jadi pendidik

    seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memberi pendidikan yang sewajarnya

    kepada para pelajar.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Hasrat dan cita-cita pendidikan di Malaysia ialah ingin mewujudkan suatu bangsa

    Malaysia yang lebih berdaya maju, berdaya saing, dinamik, dan berjaya. Justeru itu,

    menguasai berbagai-bagai bahasa adalah faktor penting untuk mencapai hasrat dan cita-

    cita tersebut. Bahasa Inggeris ialah bahasa yang perlu dikuasai dengan baik kerana ianya

  • 5

    merupakan salah satu daripada bahasa yang penting dalam bidang ilmu pengetahuan

    semenjak dahulu hingga kini.

    Mutu bahasa Inggeris yang lemah di kalangan para pelajar perlu ditangani sejak di

    peringkat paling asas pendidikan. Selama 12 tahun menerima pendidikan para pelajar

    sepatutnya mempunyai tahap kemahiran secukupnya dalam bahasa Inggeris supaya tidak

    mengalami masalah apabila memasuki universiti (Sham Sani,1995). Untuk menjadikan

    ia bukan masalah, langkah awal telah di ambil oleh peneraju negara dengan pelaksanaan

    dasar pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

    Mahathir Mohamad (2002), kerajaan akan melaksanakan pengajaran mata

    pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah

    secara serentak mulai tahun depan, bukan setakat di tahun satu sahaja. Beliau berkata,

    langkah melaksanakan secara serentak itu perlu diambil memandangkan kesan

    pengajaran bahasa Inggeris dalam dua subjek berkenaan, jika bermula pada tahun satu

    sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk menampakkan hasilnya. Ini adalah

    kenyataan yang telah mengubah kurikulum dan mengundang perdebatan hebat di

    kalangan kebanyakan pihak seperti guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat awam.

    Rombakan kurikulum baru ini, bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di

    Malaysia telah memberikan satu kejutan besar kepada para pelajar dan guru-guru dalam

    merealisasikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) subjek sains dan

    matematik yang kini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    Sesetengah pendapat mengatakan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar mata

    pelajaran matematik tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa

    Inggeris pelajar, kerana masalah yang sebenarnya adalah berkaitan dengan pengajaran

    bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya masalah kaedah pengajaran, kepadatan atau

    kesesuaian sukatan pelajaran, ketrampilan guru, kesempurnaan prasarana seperti makmal

    bahasa dan motivasi pada pelajar sendiri. Hakikat bahawa bukan semua pelajar gagal

    menguasai bahasa Inggeris, malah banyak yang cemerlang dan fasih, membuktikan

    bahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bukan

  • 6

    masalah yang menyeluruh dan oleh itu penyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu

    dengan meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Maka, masalah

    sebenar yang wujud bukanlah bahasa Inggeris dalam matematik, tetapi penguasaan

    bahasa Inggeris itu sendiri sebagai bahasa ilmu.

    Risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana guru matematik

    tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris, dan dikhuatiri timbul keadaan yang

    dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, iaitu penguasaan bahasa Inggeris pelajar

    tidak dapat ditingkatkan dan penguasaan ilmu matematik pelajar pula terjejas oleh sebab

    masalah bahasa. Kebimbangan ini turut dirasai oleh bakal-bakal guru yang seringkali

    menyatakan bahawa mereka berkemungkinan menghadapi masalah yang besar dalam

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris kerana ramai di

    kalangan bakal guru ini tidak berkeyakinan dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Jika bakal

    guru tidak yakin, adakah mereka akan berjaya melaksanakan dasar yang diperkenalkan?

    Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana

    kesediaan bakal-bakal guru matematik untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains dikhuatiri

    mengakibatkan berlakunya salah tafsir maksud dan juga istilah apabila tahap bahasa

    Inggeris pelajar dan guru ini amat cetek. Apabila guru tersalah menggunakan bahasa atau

    istilah, para pelajar ini mungkin tidak sedar akan kesilapan itu dan hanya menerima

    sebulat-bulatnya kerana kebanyakan daripada mereka tidak dapat memahami sesuatu

    maksud itu dengan jelas. Segelintir pelajar hanya menganggap guru akan menyampaikan

    maklumat yang benar sahaja dan mereka tidak berani untuk mengutarakan pendapat

    masing-masing mahupun membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh guru. Ini terjadi

  • 7

    kerana pelajar beranggapan apa yang disampaikan oleh guru adalah benar. Di sini

    masalah bermula jika penyampaian yang dilakukan menggunakan tatabahasa dan

    perbendaharaan yang salah.

    Di samping itu, selain daripada guru, maklumat dan ilmu pengetahuan tambahan

    juga boleh diperolehi daripada bahan-bahan lain. Hishammuddin (2005), paksi ilmu

    pengetahuan pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi berada di dunia barat yang

    bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Inggeris. Jumlah jurnal, buku, rancangan TV

    dan laman web yang berkaitan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

    Maka, bakal-bakal guru yang bercita-cita untuk menjadi guru yang berjaya perlu

    mendalami ilmu yang ada dalam diri mereka di samping memberikan ilmu yang

    semaksima mungkin kepada pelajar apabila bergelar guru nanti. Jadi, kesediaan mereka

    untuk mencari dan menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris perlu ada untuk

    menjayakan kurikulum dan wawasan pendidikan negara.

    Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana bakal-bakal guru UTM

    ini telah bersedia untuk menjalankan pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai

    bahasa pengantar bagi mata pelajaran matematik.

    1.4 Objektif Kajian

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

    i. mengenalpasti tahap perhatian bakal-bakal guru 5 SPM UTM terhadap isu

    pelaksanaan dasar pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

  • 8

    ii. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

    penguasaan bahasa Inggeris untuk mengajar matematik dalam bahasa

    Inggeris.

    iii. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

    keyakinan diri untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

    iv. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

    minat dan sikap untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

    v. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

    motivasi untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

    vi. mengenalpasti tahap langkah-langkah mempersiapkan diri bakal-bakal

    guru 5 SPM UTM untuk menyampaikan pengajaran bagi melancarkan

    proses pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

    1.5 Persoalan Kajian

    Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk menjawab

    i. Adakah isu pelaksanaan dasar pengajaran matematik dalam bahasa

    Inggeris menjadi perhatian bagi bakal-bakal guru 5 SPM UTM.

    ii. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris bakal-bakal guru 5 SPM UTM

    yang akan mengajar matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai

    bahasa pengantar.

  • 9

    iii. Apakah tahap keyakinan diri bakal-bakal guru 5 SPM UTM yang akan

    mengajar matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengantar.

    iv. Apakah tahap minat dan sikap bakal-bakal guru 5 SPM UTM yang akan

    mengajar matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengantar.

    v. Apakah tahap motivasi bakal-bakal guru 5 SPM UTM yang akan mengajar

    matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    vi. Apakah tahap langkah-langkah persiapan diri bakal-bakal guru 5 SPM

    UTM untuk menyampaikan pengajaran matematik bagi melancarkan

    pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

    1.6 Rasional Kajian

    Kajian ini perlu dijalankan memandangkan isu keputusan kerajaan melaksanakan

    penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran matematik dan

    sains di sekolah, masih dipersoalkan. Kebanyakan dari guru-guru dan bakal-bakal guru

    masih tidak mempunyai keyakinan untuk melaksanakan proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam bahasa Inggeris kerana khuatir salah tatabahasa dan juga bimbang

    pelajar-pelajar tidak faham apa yang bakal disampaikan dalam pengajaran kerana

    kurangnya penguasaan bahasa Inggeris. Ini adalah kerana untuk mempersiapkan atau

    bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris

    dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:

    i- tahap penguasaan Bahasa Inggeris