27

status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

  • Upload
    others

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran
Page 2: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran
Page 3: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

ii

KAJIAN KESEDIAAN DIRI BAKAL-BAKAL GURU 5 SPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENGAJAR MATEMATIK

DALAM BAHASA INGGERIS

SITI ADIBAH ASMAWANI BINTI ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 4: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

iii

Page 5: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

iv

Dedikasi Assalamualaikum......

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin, rahmat dan limpah

kurniaNya maka kertas laporan projek ini dapat dihasilkan..

Ku titipkan ruangan ini khas buat insan yang kusayangi dan kukasihi:

Ismail Mat Yazid dan Fatimah Ibrahim..

Ayahanda serta bonda yang sering memberikan dorongan dan kata-kata semangat..berdiri teguh

dibelakang anakmu ini..

Achik, Angah, Akak dan Adik...

Adik-adik tercinta yang banyak memberikan kakakmu ini erti tanggungjawab dalam memikul tugas

sebagai insan yang bergelar ‘kakak’...

Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai satu perangsang untuk kalian mengejar cita-cita....

........

Insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral, sedia mendengar rintihan dikalaku

kebingungan dan sedia memberikan pendapat bila kuperlukannya...

Terima kasih....walau siapapun dikau...

Eija, Imah, Ninie, Wahid dan Sha...

Sahabat-sahabatku yang tidak pernah lekang dalam memberikanku semangat bila ku kehilanganya...

Kalian sering membantuku dalam apa jua keadaan..

Kalianlah sahabatku dunia dan akhirat...

Tiada yang dapat menggantikan kalian berlima..

Jutaan terima kasih atas segalanya...

Semoga kalian semua mendapat rahmat serta dicucuri hidayahNya

Page 6: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat

saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

yag tidak terhingga kepada Cik Hadijah Jaffri selaku Pensyarah Pembimbing Projek

Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk

ajar yang membina sehingga membolehkan saya menyempurnakan kajian ini. Ucapan

terima kasih juga diucapkan kepada PM Dr. Shariff Omar selaku Pensyarah

Pembimbing Projek Sarjana Muda 1 yang juga banyak memberikan tunjuk ajar dan

segala teguran membina untuk saya jadikan petunjuk dalam mencari arah menyiapkan

projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan

khususnya kepada pelajar tahun 5 SPM, 5 SPT dan tidak lupa juga kepada semua yang

terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan

ini

Akhir sekali istimewa untuk ayah, ibu dan adik-adik serta insan tersayang dan

sahabat-sahabatku, pengorbanan serta dorongan yang kalian berikan amat dihargai.

Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allh s.w.t.

Page 7: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

vi

ABSTRAK

Penguasaan bahasa Inggeris individu adalah berbeza-beza. Ianya tidak terkecuali

di kalangan pelajar umumnya atau mahasiswa di universiti khasnya. Tujuan kajian ini

dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana kesediaan diri bakal-bakal guru 5 SPM

Universiti Teknologi Malaysia untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan kesedaran bahawa bahasa Inggeris sangat penting, kajian ini diharapkan

dapat membantu bakal-bakal guru bagi meningkatkan lagi tahap kesediaan diri mereka.

Di samping itu, ia juga diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam

mengatasi masalah yang dihadapi oleh bakal-bakal guru agar mereka dapat

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kepentingan

kajian ini adalah untuk membantu mereka membentuk konsep kendiri yang mendorong

mereka untuk merancang langkah-langkah memperbaiki mutu bahasa Inggeris masing-

masing. Seramai 63 orang pelajar 5 SPM, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia telah diambil sebagai sampel. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan

borang soal-selidik yang diedarkan kepada para pelajar tersebut. Analisis statistik

deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min dibuat menggunakan SPSS for

Windows bagi memperoleh data yang diperlukan. Hasil kajian mendapati tahap

kesediaan diri bakal-bakal guru 5 SPM masih berada pada tahap sederhana bagi faktor-

faktor penguasaan bahasa Inggeris, keyakinan diri serta sikap dan minat. Dan dari segi

motivasi pula, didapati kesediaan bakal-bakal guru berada pada tahap yang baik. Hal ini

menunjukkan bahawa majoriti pelajar belum bersedia untuk mengajar matematik dalam

bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi

mempertingkatkan tahap kesediaan diri bakal-bakal guru ini. Kajian ini juga diharapkan

dapat membantu pihak universiti mencari, merancang, menyedia dan melaksanakan

program-program yang dapat memperbaiki mutu bahasa Inggeris di kalangan bakal-

bakal guru khasnya dan pelajar-pelajar lain amnya.

Page 8: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

vii

ABSTRACT

The proficiency of English differs from each individual. It is not only among

ordinary students, but also among the university students. The aim of carrying out this

research is to find out about readily among the becoming teachers from 5 SPM to teach

mathematics using English as the medium. It is realized that English language is very

important, and thus, this research was conducted with a hope to help those involve in

education setting as well as to future teachers come out with better solutions in

enhancing their English proficiency. The importance of this research is to help becoming

teachers to develop their self identity and to encourage them to plan on how to improve

their command of English. 63 SPM students from Educational Faculty, University

Technology Malaysia were chosen as respondents. This questionnaires based on the

research were distributed to the participants. Descriptive statistic analysis using

frequency, percentage and mean were examined using Statistical Package for Social

Science (SPSS) for Windows to analyze data. The result from the research shows that

the future teachers from 5 SPM still are not ready to teach mathematics in English. From

the research, it was found that teachers’ readiness to teach mathematics in English was at

average in term of English proficiency, self-confidence, attitude and interest. However,

it was found that teachers’ readiness was high in terms of motivation. It shows that

majority of the students are not ready to teach mathematics in English. Appropriate steps

should be taken to enhance future teachers’ readiness. It is hoped that this research could

provide w\valuable information to the university in planning and implementing

programs that could enhance English proficiency among students and future teachers.

Page 9: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SINGKATAN xvii

BAHAGIAN SATU

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

Page 10: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

ix1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Kajian 11

1.9.1 Kesediaan 12

1.9.2 Mengajar 12

1.9.3 Matematik 13

1.9.4 Bahasa Inggeris 13

1.9.5 Minat 14

1.9.6 Sikap 14

1.9.7 Motivasi 14

1.9.8 Keyakinan Diri 15

1.10 Penutup 15

BAHAGIAN DUA

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Profesion Perguruan dan Peranannya 19

2.3 Perlaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23

2.4 Guru dan Kesediaan 24

2.5 Faktor Mempengaruhi Kesediaan 27

2.5.1 Keyakinan Diri 27

2.5.2 Penguasaan Bahasa Inggeris 29

Page 11: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

x2.5.3 Sikap dan Minat 31

2.5.4 Motivasi 33

2.6 Penutup 34

BAHAGIAN TIGA

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Persampelan Kajian 37

3.4 Instrumen Kajian 38

3.5 Kajian Rintis 40

3.6 Kaedah Pemungutan Data 41

3.7 Kaedah Penganalisisan Kajian 41

3.8 Penutup 42

BAHAGIAN EMPAT

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Data 44

4.3 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 44

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 45

Page 12: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xi4.3.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan 46

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

4.3.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut 47

Keputusan UHB 2232 ( English for

Professional Communication

4.4 Analisis Bahagian B 48

4.4.1 Persoalan Kajian 1 48

4.4.2 Persoalan Kajian 2 50

4.4.3 Persoalan Kajian 3 53

4.4.4 Persoalan Kajian 4 56

4.4.5 Persoalan Kajian 5 60

4.4.6 Persoalan Kajian 6 62

4.5 Penutup 66

BAHAGIAN LIMA

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 67

5.2.1 Keputusan Bahasa Inggeris – 68

SPM dan UHB 2232

5.2.2 Persoalan 1 68

5.2.3 Persoalan 2 70

5.2.4 Persoalan 3 72

5.2.5 Persoalan 4 74

5.2.6 Persoalan 5 76

5.2.7 Persoalan 6 77

5.3 Rumusan 79

Page 13: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xii5.4 Cadangan Umum 80

5.5 Cadangan Lanjutan 82

5.6 Penutup 83

RUJUKAN 84

LAMPIRAN

Page 14: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Populasi 5 SPM 37

3.2 Item Soalan Mengikut Kriteria 38

3.3 Skor Berdasarkan Aras Persetujuan 39

3.4 Klasifikasi Kekuatan α 41

3.5 Jadual 3 Pemeringkatan 42

3.6 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 42

4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 45

4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kaum 45

4.3 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran Matematik, Matematik 46

Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM

4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran UHB 2232 47

( English For Professional Communication )

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Melihat 49

Tahap Perhatian Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Terhadap Isu

Perlaksanaan Dasar Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi Meninjau 51

Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

Segi Penguasaan Bahasa Inggeris Untuk Mengajar Matematik Dalam

Bahasa Inggeris.

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 54

Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

Segi Keyakinan Diri Untuk Mengajar Matematik Dalam

Bahasa Inggeris.

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 56

Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

Segi Sikap dan Minat Untuk Mengajar Matematik Dalam

Bahasa Inggeris.

Page 15: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xiv4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 60

Mengenalpasti Tahap Kesediaan Bakal-Bakal Guru 5 SPM UTM Dari

Segi Motivasi Untuk Mengajar Matematik Dalam

Bahasa Inggeris.

4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus dan Min bagi 63

Melihat Tahap Langkah-Langkah Mempersiapkan Diri Bakal-Bakal

Guru 5 SPM UTM Untuk Menyampaikan Pengajaran Bagi

Melancarkan Proses Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Page 16: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

5.1 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 1 69

5.2 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 2 71

5.3 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 3 72

5.4 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 4 74

5.5 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 5 76

5.6 Taburan Min bagi Setiap Item bagi Persoalan Kajian 6 78

Page 17: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A. Borang Soal Selidik.

B. Data Analisis SPSS version 12.0 Kajian Sebenar

Page 18: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

xviiSINGKATAN

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

BBM Bahan Bantu Mengajar

Page 19: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan telah mengalami banyak perubahan, terutamanya dari segi

perkembangan kurikulum. Perkembangan kurikulum di Malaysia pada hari ini telah

melalui beberapa fasa perubahan. Bermula dari Sukatan pilihan A dan B (sebelum tahun

70’an) kepada Matematik pilihan C (pada 1970’an hingga lewat 80’an) dan bertukar

kepada Matematik KBSM (pada lewat 80’an hingga sekarang). Menurut Asiah Abu

Samah (1982), kurikulum matematik, seperti mana-mana kurikulum pun, harus terus

berkembang, sama ada dari segi pendekatan atau isi atau bahan sokongan, ataupun

matlamat, penekanan dan rasionalnya sendiri. Kurikulum digubal, dicuba, dinilai,

diperbaiki, dicuba, dinilai, dan seterusnya. Proses ini memakan masa bagi mencapai

matlamatnya, sama ada berjaya ataupun gagal. Kejayaan atau kegagalan sesuatu

kurikulum itu susah hendak dinilai. Oleh yang demikian, kejayaan atau kegagalan

sesuatu kurikulum itu harus dilihat dari banyak aspek. Penilaian yang terdiri dari

pelbagai faktor ini boleh juga dilihat dari sudut mengapa perubahan sesuatu kurikulum

matematik itu perlu dilakukan.

Page 20: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

2

Perubahan dalam kurikulum matematik ini dibuat adalah selaras dengan

perkembangan negara. Sekiranya bidang pendidikan tidak selari dengan kemajuan sains

dan teknologi, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang maju kerana

kurangnya tenaga mahir bagi membangunkan negara tersebut. Data yang diperolehi dari

pasaran pekerja menyokong pendapat mengenai kekurangan sumber manusia atau

kekosongan di dalam pekerjaan memerlukan kelayakan sains dan disokong dengan

kemahiran berkomunikasi dan berbahasa Inggeris ( Nor Azuhar Kasim, 2003).

Hasil daripada tercetusnya wawasan negara, Kementerian Pendidikan Malaysia

(kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia) telah melancarkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu yang

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini jelas menunjukkan

bahawa pendidikan adalah suatu bidang yang amat penting bagi sesebuah negara untuk

berkembang maju. Bagi menunaikan hasrat untuk mencapai negara maju yang dicita-

citakan, Kementerian Pelajaran juga ingin menjadikan pendidikan di negara ini

pendidikan yang bertaraf dunia seiring dengan negara-negara maju lain seperti Amerika

Syarikat, Jepun, Korea dan lain-lain.

Menurut Rasadah Hassan (2004), pendidikan bertaraf dunia jika dilihat dari sudut

yang luas boleh ditakrifkan sebagai kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia

dalam membangunkan sektor pendidikan. Untuk mempelopori perubahan dan kemajuan

dinamis dalam pembangunan tenaga manusia, pemodenan dan reformasi sosial

masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan

sains. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai konotasi yang luas dan merupakan satu

komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara

Page 21: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

3

supaya ianya dapat ditingkatkan kepada suatu standard yang tinggi dan mampu

menyaingi negara maju yang lain. Oleh itu, perubahan yang dilakukan dalam kurikulum

matematik, iaitu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar merupakan satu

langkah ke hadapan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam mengejar

usaha bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia.

Maka, sebagai bakal guru, perlulah bersiap sedia untuk menjadi seorang guru

yang dapat menyampaikan ilmu yang ada kepada pelajar dalam bentuk paling mudah

difahami tanpa melibatkan masalah bahasa iaitu bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar. Ini adalah disebabkan oleh peranan guru dan peranan murid saling

melengkapi. Tugas utama guru adalah untuk menterjemahkan kandungan pelajaran

kepada satu bentuk lain yang boleh difahami murid melalui sesuatu siri aktiviti

pembelajaran yang sesuai (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1995).

Menurut Atan long (1984), seseorang guru itu perlulah melengkapkan diri dengan

ilmu pengetahuan. Adalah menjadi suatu perkara yang ganjil jika seseorang guru yang

mengajar sesuatu pelajaran itu tidak menguasai dan mempunyai ilmu pengetahuan yang

mendalam tentang pelajaran yang hendak diajar. Jadi, guru perlulah menguasai ilmu

matematik jika perlu mengajar matematik. Akan tetapi, situasi sekarang sudah berlainan,

guru matematik bukan sahaja perlu menguasai ilmu matematik malahan juga ilmu bahasa

Inggeris. Ini kerana, bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris.

Secara amnya, bahasa Inggeris bukanlah bahasa baru bagi rakyat Malaysia. Ini

kerana, sebelum ini bahasa Inggeris telah digunakan sebagai bahasa pengantar yang

utama di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu

(kemudiannya dikenali sebagai Malaysia – 1963). Pada masa ini, bahasa Inggeris bukan

sahaja digunakan dalam pendidikan tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan

perdagangan. Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa utama dunia. Di Malaysia

ianya adalah bahasa kedua yang memainkan peranan yang penting dalam bidang

komunikasi dan interaksi. Penguasaan bahasa Inggeris sangat mustahak dalam proses

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Nilainya

Page 22: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

4

lebih tinggi lagi kerana ia merupakan bahasa yang digunakan dengan meluasnya dalam

kegiatan sosial, penyelidikan, ekonomi dan perdagangan.

Melihat kepada situasi sekarang, dalam bidang pendidikan, kebanyakan buku

rujukan untuk kebanyakan subjek terutamanya di peringkat universiti menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Jadi, langkah Kementerian Pelajaran menjadikan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik bagi pelajar di

peringkat sekolah adalah langkah yang bijak. Ia sepadan dengan kata pepatah “melentur

buluh biarlah dari rebungnya”, supaya bila mereka menginjakkan kaki ke universiti tidak

mengalami kejutan bahasa. Oleh itu, tugas sebagai bakal guru adalah tugas yang sangat

besar. Ia perlu mendalami lebih lagi ilmu yang hendak diajar di samping meningkatkan

tahap penguasaan bahasa Inggeris ke tahap yang sefasih mungkin agar tidak timbul

sebarang masalah apabila berhadapan dengan para pelajar terutamanya pada sesi soal

jawab di dalam kelas.

Tugas pendidik adalah satu tugas yang berat, kerana pendidik perlu melahirkan

generasi yang akan menerajui negara pada masa hadapan. Pendidik bukan sahaja

mencurahkan ilmu dan memperkembangkan kemahiran pelajar malahan pembentuk

akhlak dan contoh teladan kepada pelajar-pelajar dan masyarakat. Jadi pendidik

seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memberi pendidikan yang sewajarnya

kepada para pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Hasrat dan cita-cita pendidikan di Malaysia ialah ingin mewujudkan suatu bangsa

Malaysia yang lebih berdaya maju, berdaya saing, dinamik, dan berjaya. Justeru itu,

menguasai berbagai-bagai bahasa adalah faktor penting untuk mencapai hasrat dan cita-

cita tersebut. Bahasa Inggeris ialah bahasa yang perlu dikuasai dengan baik kerana ianya

Page 23: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

5

merupakan salah satu daripada bahasa yang penting dalam bidang ilmu pengetahuan

semenjak dahulu hingga kini.

Mutu bahasa Inggeris yang lemah di kalangan para pelajar perlu ditangani sejak di

peringkat paling asas pendidikan. Selama 12 tahun menerima pendidikan para pelajar

sepatutnya mempunyai tahap kemahiran secukupnya dalam bahasa Inggeris supaya tidak

mengalami masalah apabila memasuki universiti (Sham Sani,1995). Untuk menjadikan

ia bukan masalah, langkah awal telah di ambil oleh peneraju negara dengan pelaksanaan

dasar pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

Mahathir Mohamad (2002), kerajaan akan melaksanakan pengajaran mata

pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah

secara serentak mulai tahun depan, bukan setakat di tahun satu sahaja. Beliau berkata,

langkah melaksanakan secara serentak itu perlu diambil memandangkan kesan

pengajaran bahasa Inggeris dalam dua subjek berkenaan, jika bermula pada tahun satu

sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk menampakkan hasilnya. Ini adalah

kenyataan yang telah mengubah kurikulum dan mengundang perdebatan hebat di

kalangan kebanyakan pihak seperti guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat awam.

Rombakan kurikulum baru ini, bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di

Malaysia telah memberikan satu kejutan besar kepada para pelajar dan guru-guru dalam

merealisasikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) subjek sains dan

matematik yang kini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Sesetengah pendapat mengatakan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar mata

pelajaran matematik tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa

Inggeris pelajar, kerana masalah yang sebenarnya adalah berkaitan dengan pengajaran

bahasa Inggeris itu sendiri, antaranya masalah kaedah pengajaran, kepadatan atau

kesesuaian sukatan pelajaran, ketrampilan guru, kesempurnaan prasarana seperti makmal

bahasa dan motivasi pada pelajar sendiri. Hakikat bahawa bukan semua pelajar gagal

menguasai bahasa Inggeris, malah banyak yang cemerlang dan fasih, membuktikan

bahawa isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bukan

Page 24: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

6

masalah yang menyeluruh dan oleh itu penyelesaiannya pun mesti bersifat khusus, iaitu

dengan meningkatkan mutu pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Maka, masalah

sebenar yang wujud bukanlah bahasa Inggeris dalam matematik, tetapi penguasaan

bahasa Inggeris itu sendiri sebagai bahasa ilmu.

Risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali, kerana guru matematik

tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris, dan dikhuatiri timbul keadaan yang

dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, iaitu penguasaan bahasa Inggeris pelajar

tidak dapat ditingkatkan dan penguasaan ilmu matematik pelajar pula terjejas oleh sebab

masalah bahasa. Kebimbangan ini turut dirasai oleh bakal-bakal guru yang seringkali

menyatakan bahawa mereka berkemungkinan menghadapi masalah yang besar dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris kerana ramai di

kalangan bakal guru ini tidak berkeyakinan dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Jika bakal

guru tidak yakin, adakah mereka akan berjaya melaksanakan dasar yang diperkenalkan?

Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana

kesediaan bakal-bakal guru matematik untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains dikhuatiri

mengakibatkan berlakunya salah tafsir maksud dan juga istilah apabila tahap bahasa

Inggeris pelajar dan guru ini amat cetek. Apabila guru tersalah menggunakan bahasa atau

istilah, para pelajar ini mungkin tidak sedar akan kesilapan itu dan hanya menerima

sebulat-bulatnya kerana kebanyakan daripada mereka tidak dapat memahami sesuatu

maksud itu dengan jelas. Segelintir pelajar hanya menganggap guru akan menyampaikan

maklumat yang benar sahaja dan mereka tidak berani untuk mengutarakan pendapat

masing-masing mahupun membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh guru. Ini terjadi

Page 25: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

7

kerana pelajar beranggapan apa yang disampaikan oleh guru adalah benar. Di sini

masalah bermula jika penyampaian yang dilakukan menggunakan tatabahasa dan

perbendaharaan yang salah.

Di samping itu, selain daripada guru, maklumat dan ilmu pengetahuan tambahan

juga boleh diperolehi daripada bahan-bahan lain. Hishammuddin (2005), paksi ilmu

pengetahuan pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi berada di dunia barat yang

bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Inggeris. Jumlah jurnal, buku, rancangan TV

dan laman web yang berkaitan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Maka, bakal-bakal guru yang bercita-cita untuk menjadi guru yang berjaya perlu

mendalami ilmu yang ada dalam diri mereka di samping memberikan ilmu yang

semaksima mungkin kepada pelajar apabila bergelar guru nanti. Jadi, kesediaan mereka

untuk mencari dan menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris perlu ada untuk

menjayakan kurikulum dan wawasan pendidikan negara.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana bakal-bakal guru UTM

ini telah bersedia untuk menjalankan pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar bagi mata pelajaran matematik.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. mengenalpasti tahap perhatian bakal-bakal guru 5 SPM UTM terhadap isu

pelaksanaan dasar pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

Page 26: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

8

ii. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

penguasaan bahasa Inggeris untuk mengajar matematik dalam bahasa

Inggeris.

iii. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

keyakinan diri untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

iv. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

minat dan sikap untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

v. mengenalpasti tahap kesediaan bakal-bakal guru 5 SPM UTM dari segi

motivasi untuk mengajar matematik dalam bahasa Inggeris.

vi. mengenalpasti tahap langkah-langkah mempersiapkan diri bakal-bakal

guru 5 SPM UTM untuk menyampaikan pengajaran bagi melancarkan

proses pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk menjawab

i. Adakah isu pelaksanaan dasar pengajaran matematik dalam bahasa

Inggeris menjadi perhatian bagi bakal-bakal guru 5 SPM UTM.

ii. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris bakal-bakal guru 5 SPM UTM

yang akan mengajar matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar.

Page 27: status tesis scan · 2006. 4. 24. · Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris 23 ... Matematik 46 Tambahan dan Bahasa Inggeris dalam SPM 4.4 Taburan dan Kekerapan bagi Mata Pelajaran

9

iii. Apakah tahap keyakinan diri bakal-bakal guru 5 SPM UTM yang akan

mengajar matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar.

iv. Apakah tahap minat dan sikap bakal-bakal guru 5 SPM UTM yang akan

mengajar matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar.

v. Apakah tahap motivasi bakal-bakal guru 5 SPM UTM yang akan mengajar

matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

vi. Apakah tahap langkah-langkah persiapan diri bakal-bakal guru 5 SPM

UTM untuk menyampaikan pengajaran matematik bagi melancarkan

pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris.

1.6 Rasional Kajian

Kajian ini perlu dijalankan memandangkan isu keputusan kerajaan melaksanakan

penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran matematik dan

sains di sekolah, masih dipersoalkan. Kebanyakan dari guru-guru dan bakal-bakal guru

masih tidak mempunyai keyakinan untuk melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bahasa Inggeris kerana khuatir salah tatabahasa dan juga bimbang

pelajar-pelajar tidak faham apa yang bakal disampaikan dalam pengajaran kerana

kurangnya penguasaan bahasa Inggeris. Ini adalah kerana untuk mempersiapkan atau

bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris

dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:

i- tahap penguasaan Bahasa Inggeris