29
108 Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019 Abstrak Dalam ilmu linguistik, slanga merupakan bahasa tidak formal yang mewakili kelompok sosial tertentu. Pembentukan kata slanga ini mampu membentuk makna yang tertentu mengikut penginterpretasian makna oleh kelompok sosial yang menggunakannya. Bagi mengutip data slanga yang dikehendaki pendekatan kualitatif diaplikasikan berdasarkan komunikasi lisan (secara tidak formal) dalam kalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, data ditranskripsikan ke dalam bentuk transkripsi perbualan. Hasil daripada transkripsi perbualan tersebut pengkaji memperoleh 23 data slanga. Data slanga tersebut dapat dipecahkan lagi kepada empat domain yang khusus salah satunya ialah slanga dalam domain tumbuh-tumbuhan. Berdasarkan pensampelan bertujuan empat slanga yang mempunyai simbol tumbuhan telah dikenal pasti seperti ‘patoh getoh’, ‘kunyah tebu’, ‘mat jambu’ dan ‘jua langsat’. Bagi menganalisis data tersebut pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) serta dibantu dengan analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986) diaplikasikan bagi mendapatkan maklumat tambahan kepada pengkaji dalam menghuraikan makna slanga tersebut. Oleh SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI LISAN MASYARAKAT MELAYU: PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF (SLANG AND PLANT SYMBOLS IN MALAY ORAL COMMUNICATION: INQUISITIVE SEMANTIC APPROACH) Muhammad Zaid Daud Mary Fatimah Subet Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak

SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

  • Upload
    others

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

108

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

Abstrak

Dalam ilmu linguistik, slanga merupakan bahasa tidak formalyang mewakili kelompok sosial tertentu. Pembentukan kata slangaini mampu membentuk makna yang tertentu mengikutpenginterpretasian makna oleh kelompok sosial yang menggunakannya.Bagi mengutip data slanga yang dikehendaki pendekatan kualitatifdiaplikasikan berdasarkan komunikasi lisan (secara tidak formal) dalamkalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, data ditranskripsikan kedalam bentuk transkripsi perbualan. Hasil daripada transkripsiperbualan tersebut pengkaji memperoleh 23 data slanga. Data slangatersebut dapat dipecahkan lagi kepada empat domain yang khusussalah satunya ialah slanga dalam domain tumbuh-tumbuhan.Berdasarkan pensampelan bertujuan empat slanga yang mempunyaisimbol tumbuhan telah dikenal pasti seperti ‘patoh getoh’, ‘kunyahtebu’, ‘mat jambu’ dan ‘jua langsat’. Bagi menganalisis data tersebutpendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014)serta dibantu dengan analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) olehKempson (1986) diaplikasikan bagi mendapatkan maklumat tambahankepada pengkaji dalam menghuraikan makna slanga tersebut. Oleh

SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAMKOMUNIKASI LISAN MASYARAKAT MELAYU:

PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF(SLANG AND PLANT SYMBOLS IN MALAY ORAL

COMMUNICATION: INQUISITIVE SEMANTIC APPROACH)

Muhammad Zaid DaudMary Fatimah Subet

Fakulti Bahasa dan KomunikasiUniversiti Malaysia Sarawak

Page 2: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

109

itu, berdasarkan gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalammampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slangasehingga ke akal budi penuturnya.

Kata kunci: Slanga, simbol tumbuhan, semantik, Rangka Rujuk Silang(RRS), semantik Inkuisitif, akal budi penutur.

Abstract

In the linguistic field, slang is an informal language that represents aparticular social group. This slang formulation is able to form specificmeanings as interpreted by the social groups that use it. To collect slangdata required qualitative approach was applied based on verbalcommunication (informally) among the Malay community. Next, the datais transcribed into a transcript of the conversation. As a result of thetranscript of the conversation the researcher obtained 23 slang data. Theslang data can be further subdivided into four specific domains, one ofwhich is the slang in the plant domain. Based on four-slang-based samplingwith plant symbols identified, such as ‘patoh getoh’, ‘kunyah tebu’, ‘matjambu’ and ‘jua langsat’. To analyze the data, the inquisitive semanticapproach by Nor Hashimah Jalaluddin (2014) and assisted Cross-referenceFramework (CRF) analysis by Kempson (1986) was applied to provideadditional information to the researcher in explaining the meaning of theslang. The combination of CRF with deep cultural information is capableof producing a description of the true meaning of a slang up to the mindof the speaker.

Keywords: Slang, plant symbol, semantic, Cross-Reference Framework(CRF), inquisitive semantic, mind of the speaker.

Pengenalan

Brooke (1973), telah mengungkapkan bahawa variasi yang terdapatdalam sesuatu bahasa diberi beberapa nama oleh ahli-ahli bahasaberdasarkan faktor-faktor yang tertentu seperti, variasi atau ragambahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam ilmusosiolinguistik. Menurut Brooke lagi variasi bahasa termasuklah slanga,

Page 3: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

110

dialek, diglosia dan idiolek. Slanga merupakan sejenis kosa kata yangtidak formal dalam bahasa, termasuklah dalam bahasa Melayu. Slangadapat disifatkan sebagai mainan bahasa kerana penutur bebasmenggunakan bahasa tanpa memikirkan kegramatisan sesuatuperkataan atau ayat tersebut sehingga ia dapat membentuk sesuatumakna yang baharu ataupun berlainan daripada makna asalnya(Muhammad Zaid Daud, 2018). Menurut Ajid Che Kob (1998)pula, kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga ini mempunyai ciri-ciri uniknya tersendiri, kerana mampu untuk menguatkan danmengetengahkan identiti kelompok sosialnya.

Bagi Mhd. Amin Arshad (2000) dalam (Mary Fatimah Subet &Muhammad Zaid Daud, 2016) telah menyenaraikan sebanyak limabelas ciri wujudnya penggunaan bahasa slanga dalam kalangankelompok masyarakat, iaitu: (1) untuk tujuan hiburan (suka-suka),(2) sebagai latihan untuk menguji kecerdasan, kemahiran ataukebolehan untuk menimbulkan suasana jenaka, (3) untuk menonjoldiri sebagai perintis, (4) untuk memperindah pertuturan danmewarnakan suasana supaya menjadi lebih mesra dan hidup, (5) untukmenarik perhatian orang lain, (6) untuk mengelakkan “klise” atautujuan penyingkatan tanpa menjejaskan makna, (7) untukmenggayakan bahasa, (8) untuk merumitkan sesuatu yang konkritkepada yang abstrak, sesuatu yang bersifat jelas kepada yang samar-samar, (9) untuk mengurangkan suasana su gul dan kerisauan dalamperbualan, (10) untuk mengurangkan suasana yang sedih dan serius,(11) untuk tujuan bergurau senda, (12) untuk melicinkan sesuatuperhubungan sosial, (13) untuk mengakrabkan lagi persahabatan yangsedia terjalin, (14) untuk menunjukkan bahawa seseorang itu terdiridaripada satu aliran atau golongan kelas sosial yang sama, dan (15)untuk merahsiakan sesuatu agar orang lain tidak memahaminya.

Dapat dirumuskan bahawa, slanga merupakan bahasa yang tidakformal dan dituturkan dalam sesuatu kelompok masyarakat mahupun,ahli kumpulan minoriti. Namun begitu, penggunaan slanga ini bolehmerebak keluar daripada kelompok asalnya sehingga mudah difahamioleh kelompok yang lain (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Komunitiyang menuturkan dalam suatu bahasa, slanga mampu melangkauibatas sosial, etnik, ekonomi dan kawasan geografinya. Slanga memiliki

Page 4: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

111

ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehinggaakhirnya bahasa slanga ini menjadi sangat sinonim, akrab dan berakarumbi untuk membentuk identiti kumpulan (Asmah Haji Omar,1993). Hal ini disebabkan oleh, penggunaan slanga dalam komunikasilisan, bertujuan untuk merahsiakan, melembutkan atau menghaluskantutur kata mereka supaya tidak menimbulkan perasan amarahmahupun buruk sangka daripada kelompok dalam dan luar komunititersebut.

Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk menghuraikanmakna sebenar dalam pembentukan perbendaharaan kata slanga(simbol tumbuh-tumbuhan) dalam kalangan masyarakat Melayu. Bagimencapai objektif kajian ini analisis berpandukan pendekatan semantikinkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) serta dibantu dengananalisis Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986).

Sorotan Kajian Lepas

Pada bahagian ini pengkaji akan menyorot dua pengkajian daripadasarjana lepas yang melibatkan pengkajian slanga dari pelbagai sudutperspektif dan seterusnya pengkajian mengenai pendekatan semantikinkuisitif. Melihat kepada kedua-dua aspek ini merupakan pembacaanautentik kerana aspek slanga dan semantik inkuisitif merupakan intipati khusus pada kajian ini.

Kajian mengenai slanga telah banyak dijalankan oleh sarjana yanglepas sama ada di dalam mahupun luar negara dengan pelbagaiperspektif kajian linguistik khususnya seperti, pragmatik, semantik,sosiolinguistik, morfologi, sintaksis dan sebagainya. Antara sarjanalepas yang menjadikan slanga sebagai dapatan kajian mereka ialah Arua& Modupe (2009), Sara Hashemi Shahraki & Abbass Eslami Rasekh(2011), Tay (2011), Zhou & Fan (2013), Nadiah Suboh (2013),Kheren Kazia Adolof (2014), Aboh (2015), Setiawan Nugroho(2015), Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud (2016,2017, 2018) serta Muhammad Zaid Daud (2017, 2018c). Denganitu, kajian-kajian tersebut telah menjadi panduan kepada pengkaji

Page 5: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

112

dalam menyorot isu-isu berkaitan dengan slanga yang telah menjadiinti kepada kajian ini.

Kajian Aboh (2015), mendapati bahawa penulis novel di Nigeriatelah menggunakan slanga untuk mengekspresikan perasaan terbukamereka mengenai seks dan tajuk yang berkaitan dengannya. Tajukyang berkaitan dengan seks di negara tersebut dianggap sebagai tabudan tidak patut dibicarakan secara terbuka. Kajian ini menggunakanpendekatan kualitatif iaitu analisis dokumen yang telah dibukukan.Data slanga bagi kajian ini diperoleh daripada novel yang bertajukHelon Habila’s Waiting for an Angel, Vincent Egbuson’s Love My Planet,Abimbola Adelakun’s Under the Brown Rusted Roofs dan Okey Ndibe’sArrows of Rain. Salah satu data slanga bagi kajian ini, ialah kata Agun di mana makna konseptualnya adalah merujuk pistol jikaditerjemahkan secara harfiah, namun implisitnya kata tersebutmerujuk kepada alat sulit lelaki. Berasosiasi dengan dapatan kajianMary Fatimah Subet dan Muhammad Zaid Daud (2018) juga,mendapati bahawa terdapat penggantian leksikal iaitu pacat bagimerujuk kemaluan lelaki dalam slanga pelacur.

Indrawati Zahid (2012) dalam rencana yang bertajuk BahasaMelayu Terpinggir dalam Media Baharu telah membincangkanmengenai isu keterpinggiran bahasa Melayu di dalam mediaterutamanya internet. Kajian ini, telah menjelaskan bahawaketerpinggiran bahasa dalam media seperti internet ini dapatdiklasifikasikan kepada dua perkara iaitu kurangnya frekuensipenggunaan bahasa Melayu dan kualiti penggunaan bahasa Melayuyang amat rendah dengan wujudnya campur aduk bahasa asing,singkatan mahupun slanga dapat menyebabkan terpinggirnya bahasaMelayu dalam media internet tersebut. Selain itu, terdapat jugakajian slanga yang menyentuh aspek morfologi dan sintaksis sepertikajian Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud (2016),memperlihatkan pembuktian penggunaan slanga mampu menjadikata penguat dalam bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh rakyatMalaysia. Kajian tersebut dijalankan terhadap 360 orang respondendan mendapati bahawa istilah giler merupakan slanga yang bertindaksebagai kata penguat bebas dalam bahasa Melayu seperti sungguh,amat dan sangat.

Page 6: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

113

Walau bagaimanapun, berdasarkan sorotan kajian lepas daripadapengkajian slanga ini, lebih memfokuskan perubahan maknakonseptualnya kepada pembawaan makna implisit sesuatu leksikal.Oleh itu, bagi kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikan pendekatansemantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) denganmenggunakan slanga sebagai dapatan kajiannya. Hal ini disebabkanoleh, kajian yang mengaplikasikan pendekatan ini hanya memfokuskandata kajian seperti peribahasa dan cerita lipur lara seperti kajian NorHashimah Jalaluddin (2014a; 2014b; 2015), Suriati Zakaria & NorHashimah Jalaluddin (2015), Nur Afiqah Wan Mansor & NorHashimah Jalaluddin (2015; 2016), Jun aini Kasdan, Nor HashimahJalaluddin & Wan Nurasikin Wan Ismail (2016), Muhammad ZaidDaud (2017; 2018a; 2018b), Tangaprabu Murthy dan Mary FatimahSubet (2018a, 2018b), Tangaprabu Murthy, Mary Fatimah Subet danMuhammad Zaid Daud (2019) serta Muhammad Zaid Daud danMary Fatimah Subet (2019a, 2019b).

Pengkajian slanga yang melibatkan semantik inkuisitif masih lagikurang dijalankan oleh sarjana-sarjana sama ada dalam mahupun luarnegara. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2014a) telah menyatakanbahawa banyak aspek perlu dilihat agar bahasa tersebut segar dan kekalrelevan. Tugas semantik inkuisitiflah yang perlu menjawab persoalan-persoalan tersebut berdasarkan maklumat konteks dan budaya yangmelingkungi masyarakat penutur harus dipadukan bagi mencungkilfalsafah di sebalik makna yang hendak disampaikan. Hal ini demikiankerana pengkaji-pengkaji lepas tidak menyentuh makna slanga inimenggunakan analisis semantik inkuisitif. Kajian mereka cukupsekadar mengetahui makna eksplisit dan implisit bagi sesuatu ujaranatau perkataan slanga itu sahaja tetapi, tidak pula mereka cubameneroka makna sebenar di sebalik sesuatu slanga itu sehingga ke akalbudi penuturnya.

Dalam masa yang sama, pengkaji-pengkaji lepas juga tidakmempersoalkan kenapa objek dan imej bagi sesuatu perkataan itudipilih bagi mewakili sesuatu slanga. Contohnya, kajian ZuraidahMohd Sulaiman, Gan Kiat Chien, Eng Sze Boon & Ahmad HarithSyah Md Yusuf (2012). Pengkaji memetik salah satu daripada datanyaiaitu, kencing tak tos yang membawa kepada makna eksplisit tidak tos

Page 7: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

114

(menapis/tapis) semasa buang air kencing atau makna sebenar bagislanga tersebut adalah budak hingusan/setahun jagung. Berdasarkan datatersebut, pengkaji sebelum ini menginterpretasikan makna berdasarkansemantik skrip dan semantik resonans sahaja. Hal ini demikian keranasemantik skrip hanya melibatkan makna setara yang hanya bersifatharfiah dan pada peringkat kognitif penutur sahaja manakala, semantikresonans pula hanya melibatkan data, teori dan kognitif penutur sahaja(Nor Hashimah Jalaluddin, 2014b). Oleh itu, kajian ini bukan sahajadapat membuka lembaran baharu kepada bidang pengkajian slangamalahan juga bidang kajian semantik inkuisitif juga kerana sebelumini hanya memfokuskan kepada data-data peribahasa sahaja.

Metodologi Kajian

Data slanga ini telah dikutip dan dikumpul daripada kajian lapanganmenerusi rakaman informan secara tidak formal serta catatantranskripsi perbualan. Susur galur prosedur menganalisis data bagikajian secara tiga peringkat seperti yang terdapat pada rajah 1.

Rajah 1: Prosedur menganalisis data.

Kajian ini menganalisis slanga dalam perbualan di 6 buah kedaikopi sekitar Kuala Lumpur dan Kota Samarahan, Sarawak. Semasaaktiviti pengumpulan data satu rakaman perbualan secara tidak formaltelah dilakukan bagi mendapatkan data kajian. Melalui kaedahrakaman perbualan secara tidak formal ini juga pernah dijalankan olehsarjana lepas dalam kajian mereka seperti Gan (2000) dan MuhammadZaid Daud (2017). Hasil dapatan data daripada rakaman perbualan

Page 8: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

115

secara tidak formal bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih aslidan mudah diperoleh, iaitu tidak melibatkan unsur-unsur formalitidalam perbualan. Walaupun, kajian ini melibatkan rakaman perbualansecara tidak formal pengkaji terlebih dahulu meminta kebenaraninforman bagi merakam perbualan tersebut dan akan digunakansebagai dapatan kajian ini, namun masa rakaman tersebut dibuat,pengkaji tidak memaklumkan kepada informan.

Sebanyak 9 rakaman perbualan telah diperoleh tetapi, tidaksemua rakaman perbualan tersebut mengandungi slanga yangberasosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan yang dikehendakioleh pengkaji. Selepas penyaringan data terdapat 3 transkripsiperbualan yang mengandungi slanga yang berasosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan. Pemilihan data ini berdasarkan pensampelanbertujuan (purposive sampling), iaitu pengkaji memilih sampelberdasarkan kesesuaiannya untuk memenuhi objektif kajian.

Selepas selesai rakaman data diperoleh, perbualan secara spontanini telah dimainkan semula oleh pengkaji untuk mendengar semulaperbualan dengan teliti dan kemudiannya ditranskripkan ke dalambentuk tulisan. Oleh sebab kebanyakan rakaman perbualan inidipertuturkan dalam bahasa Melayu dan ada juga sebilangan datayang diperoleh pengkaji dalam bahasa Inggeris dan dialek MelayuKelantan/Sarawak, pengkaji telah membahagikan bahasa-bahasa dandialek ini kepada beberapa bentuk tulisan. Hal ini bertujuan untukmembezakan antara bahasa standard dengan bahasa lain mahupunbahasa dengan dialek yang lain. Berikut merupakan bentuk tulisanyang telah dibahagikan oleh pengkaji dalam transkripsi tersebut:

a) Bahasa Melayu: Huruf biasab) Bahasa Inggeris: Huruf Italicsc) Dialek Melayu Kelantan/Sarawak: Huruf bergarisd) Ujaran Slanga: Huruf tebal dan bergaris

Pada peringkat ketiga merupakan peringkat penganalisisan data.Pada peringkat ini pendekatan semantik inkuisitif telah diterapkanberdasarkan data slanga-slanga tersebut. Pada bahagian ini, RRS jugadilakukan bagi membolehkan dua ayat yang tidak mempunyai rujukan

Page 9: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

116

khusus tetapi bantuan anteseden dan maklumat tambahan dapatdigunakan berdasarkan konteks yang dibekalkan dalam ayat itu sendiri(Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin, 2015).Sebelum mencapai kepada tahap semantik inkuisitif ini wujudnyasemantik skrip dan semantik resonans terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, semantik skrip dan semantik resonans tidak mencapaitahap sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur kepada pendengar.Hal ini disebabkan semantik skrip hanya melibatkan makna setara yanghanya bersifat harfiah dan pada peringkat kognitif penutur sahajamanakala, semantik resonans pula hanya melibatkan data, teori dankognitif penutur sahaja. Rajah 2 akan menerangkan susur galurkerangka semantik inkuisitif yang telah diringkaskan oleh NorHashimah Jalaluddin (2014a).

Oleh sebab itu, jika dibandingkan dengan semantik skrip dansemantik resonans, semantik inkuisitif merupakan yang terkini dalammenilai makna yang sebenar yang hendak disampaikan oleh penutur.Semantik skrip yang hanya terhad kepada pengamatan dan andaianlalu. Dengan membuat andaian lalu membentuk tafsiran makna secaratersurat, manakala semantik rasonans pula menambah baik denganmengambil kira data, teori, dan kognitif secara tersirat. Oleh yangdemikian, semantik inkuisitif telah memartabatkan satu tahap yang

Rajah 2: Susur Galur Kerangka Semantik Inkuisitif.

Page 10: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

117

lebih tinggi dan mendalam lagi sehingga ke peringkat akal budiMelayu (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014a).

Kajian ini menggunakan ungkapan slanga dalam perbualan dikedai kopi menggunakan kaedah semantik inkuisitif dan seterusnyaakan menyingkap makna sebenar yang tersirat dalam perihal maknaslanga bersifat implisit itu. Semantik inkuisitif bukan sahaja dapatmencungkil falsafah dan akal budi Melayu tetapi juga tersirat ilmuyang bersifat multidisiplin di dalamnya. Antara bidang multidisiplinyang merentas bidang bahasa melalui semantik inkuisitif adalah sepertiilmu geografi, sejarah, etimologi, budaya, agama, sains, sosiologi dansebagainya (Muhammad Zaid Daud, 2018a). Kepelbagaian bidangmultidisiplin yang ditonjolkan daripada penerokaan makna peribahasamenggunakan pendekatan semantik inkuisitif merupakan satukelebihan dalam usaha menambahkan ilmu pengetahuan yang dilihattidak terhad kepada satu bidang tertentu sahaja (Mohd Ridzuan MdNasir dan Mary Fatimah Subet, 2019).

Dapatan Data

Terdapat empat slanga yang berasosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan yang terdiri daripada kata getah, tebu, jambu dan langsatyang telah dikumpul oleh pengkaji berdasarkan transkripsi perbualandi KK ini. Berikut merupakan slanga di KK yang berasosiasi dengantumbuh-tumbuhan/buah-buahan berserta makna mudahnya dannama saintifik bagi data itu.

Jadual 1: Simbol tumbuhan dalam slanga

No. Slanga Makna MudahSimbol NamaTumbuhan Saintifik

1. Patoh getoh (DMK) Mati pucuk (Bagi lelaki) Getah Heveabrasiliensis

2. Kunyah tebu Makan tidak kenyang-kenyang Tebu Saccharum

3. Mat Jambu Lelaki yang mempunyai Jambu Syzygiumperwatakan/rupa paras menarik aqueum

4. Jua Langsat (DMK) Singgah merata-rata tempat Langsat Lansiumdomesticum

Page 11: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

118

Oleh sebab itu, data-data slanga seperti patoh getoh, kunyahtebu, mat jambu dan jua langsat akan dibincangkan pada bahagianini melalui pendekatan semantik inkuisitif yang diperoleh daripadatranskripsi perbualan. Dalam pada itu, pengkaji turut memperolehdata daripada Dialek Melayu Kelantan (DMK) semasa mentranskripsikandialog perbualan di KK walaupun data tersebut dalam DMK tidakmencacatkan dapatan kajian yang akan dianalisis dengan menggunakanpendekatan SI dengan kesinambungan RRS.

Analisis dan Perbincangan

Analisis data slanga berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakansebelum ini dianalisis dalam bahagian ini. Sehubungan dengan itu,bagi menjaga privasi informan, pengkaji tidak meletakkan nama penuhinforman tetapi hanya menggantikannya dengan HURUF ABJADsahaja. Hal ini demikian kerana terdapat dalam rakaman perbualantersebut mengandungi perbualan yang dianggap sulit bagi pengkajidan informan. Semasa pengkaji turut serta dalam perbualan tersebutpengkaji akan meletakkan huruf abjad seperti Z pada transkripsiperbualan tersebut.

1. Slanga: Patoh Getoh (Dmk)Lokasi: Warung Kopi Abe Salleh, Kuala Lumpur

J: … dok main denge anok ore jah, tok se ado anok sendiri ko?

K: Tau. Nanti-nanti kot.

B: Hoo la. Tapi kalu doh buleh anok sendiri. Happy sikit. (Ketawa)

J: ... Mek nok tanye nim. Tok soh nok maroh. Betol ko tok laki mutu patoh getoh? Sebab tuh payoh nok bui anok ko demo?

B: Mu ni! Mulut tu. Tok soh jadi mulut beruh sangat la. Dok fikirperasaan ore tu. Doh ore tak dop rezeki buleh anok. Oyap gitu pulok.

Analisis Semantik

J: ... Mek nok tanye nim. Tok soh nok maroh. Betol ko tok laki mutu patoh getoh? Sebab tuh payoh nok bui anok ko demo?

Page 12: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

119

Bentuk logik:(1) : ... Mek nok tanye nim. Tok soh nok maroh. Betol ko tok lakimu tu ?Sebab tuh payoh nok bui anok ko demo? [mati pucuk]

Makna mudah bagi slanga yang berasosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan, iaitu patoh getoh (DMK) adalah lelaki yangmengalami masalah untuk mencapai ereksi sepenuhnya ketika hendakmelakukan hubungan kelamin.

Analisis Semantik Inkuisitif

Berdasarkan bentuk logik yang telah dibincangkan pada analisissemantik tadi telah membawa makna slanga patoh getoh (DMK) kepadamakna sebenar yang hendak disampaikan oleh penutur kepadapendengar. Pada peringkat analisis semantik melalui bentuk logiksesuatu ujaran telah memberikan makna implisit bagi slanga patohgetoh (DMK) yang membawa maksud lelaki yang tidak mencapai ereksisepenuhnya ketika hendak melakukan hubungan kelamin. Pemberianmakna slanga ini berdasarkan bentuk logik analisis semantik sebentartadi. Pada masa yang sama konsep dan makna slanga boleh ditelitimelalui transkripsi perbualan sebagai data utama seperti merujukJunaini Kasdan & Nor Hashimah Jalaluddin (2015) denganmenggabungkan data dan pendekatan RRS daripada sudut proseskognitif yang dapat dihuraikan makna sesuatu ujaran itu dengan lebihberpada. Berikut merupakan data penggunaan slanga patoh getoh(DMK) yang terdapat dalam transkripsi perbualan di KK melaluipendekatan RRS.

Sebelum huraian yang lebih mendalam mengenai slanga tersebutpengkaji akan menterjemahkan ujaran tersebut kepada BMS terlebihdahulu untuk tujuan pemahaman pembaca yang tidak mahir denganDMK. Ujaran tersebut adalah seperti berikut Betul ke suami kamu tupatah getah (slanga)? Sebab tu susah nak beri anak kepada kamu? Olehitu, dalam frasa tok laki (suami) yang merujuk kepada lelaki/suami dan

Page 13: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

120

sebab tu payoh nok bui anok ko demo? (Sebab tu susah nak beri anakkepada kamu?) telah menjadi maklumat tambahan yang bolehmembantu pembaca memahami maksud sebenar slanga yang hendakdisampaikan kepada penutur sebagai gagal memberikan zuriat kepadarakannya itu. Walau bagaimanapun, wujudnya persoalan kenapakahpenutur menggunakan istilah patoh getoh (DMK) bagi merujukseorang lelaki yang tidak mencapai ereksi sepenuhnya ketika hendakmelakukan hubungan kelamin atau makna istilah perubatannyadikenali sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction. Oleh itu, buktikukuh analisis semantik inkuisitif dapat menjelaskan metafora disebalik penggunaan slanga tersebut seperti persoalan-persoalan di atastadi. Di sini dari sudut semantik inkuisitif wujud persoalan kenapaperlu diterokai hingga menemukan jawapan yang dapat menonjolkanakal budi penutur (Nur Afiqah Wan Mansor & Nor HashimahJalaluddin, 2016). Dengan itu, pengkaji akan menghuraikan satupersatu makna literal bagi dua leksikal slanga ini patoh getoh (DMK)iaitu patoh (patah) dan getoh (getah) dan seterusnya akan dihuraikanberdasarkan pendekatan SI untuk melihat kesinambungan slanga patohgetoh ini dengan masalah seorang lelaki gagal untuk mencapai ereksisepenuhnya ketika hendak melakukan hubungan kelamin.

Kata patah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) adalahputus (bukan barang yang keras dan panjang), tidak bertaut ataubercantum kuat, manakala kata getah pula merupakan bahan kenyalatau diperbuat daripada susu getah. Hal ini sangat berkaitan dengananggota kelamin lelaki yang tidak mampu mencapai ereksi sepenuhnyakerana seperti kata patah merujuk kepada hal yang tidak kuat ataukeras dan ditambah lagi dengan anteseden getah sebagai objektambahan bagi slanga tersebut. Dapat dilihat bahawasanya bahasakiasan tidak akan lari daripada unsur alam dan budaya kerana bahasakiasan itu sendiri lahir menerusi pengamatan dan pengalaman hidupsesuatu masyarakat yang diciptanya daripada unsur alam dan seringditemui dalam bahasa kiasan dengan menggunakan tumbuhan sebagaiobjek pembayang kata (Nor Hashimah Jalaluddin, 2015) seperti manaslanga ini diujarkan.

Page 14: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

121

Berdasarkan kesinambungan slanga patoh getoh (DMK) ini dapatdikaitkan dengan masalah sakit tuan dari sudut sains perubatan adalahbertepatan dengan konteks ayat tersebut. Hal ini demikian keranasakit tuan yang didefinisikan oleh Mohd Ismail Tambi (1995) dalam(Mohd Faisal Musa, 2014), sebagai penyakit dan masalah fungsi yangterdapat pada anggota reproduksi lelaki. Dalam hal ini, penyakittersebut boleh berlaku pada zakar, buah zakar, kerandut buah zakardan anggota lain yang berkaitan. Antara masalah yang sering dirujukdalam konteks mati pucuk adalah seperti gangguan ereksi, masalahketegangan zakar, dan lambat atau cepat ejakulasi. Penjelasan MohdIsmail Tambi tersebut turut disokong oleh European Association ofUrology (EAU) yang menyatakan bahawa sakit tuan lazimnya merujukkepada masalah mati pucuk atau istilah perubatannya erectiledysfunction dan premature ejaculation (Wespes et al. 2002). Seperti yangtelah dijelaskan sebentar tadi bahawa mati pucuk berkaitan gangguanereksi, masalah ketegangan zakar, dan lambat atau cepat ejakulasi.Merujuk kembali frasa sebab tu payoh nok bui anok ko demo? (Sebab tususah nak beri anak kepada kamu?) daripada RRS telah mempertalikanslanga patoh getoh (DMK) ini dengan masalah mati pucuk keranamasalah yang kelihatan hampir sama dengan masalah sakit tuanseperti ketidaksuburan sperma yang mengakibatkan berlakunyakemandulan. Menurut Inhorn (2004) kemandulan didefinisikansebagai kegagalan memperoleh anak selepas setahun atau lebih selepasberusaha, sehingga mengakibatkan berlakunya ketiadaan anak tanparela (involuntary childlessness). Dalam konteks ini menurut Mohd FaisalMusa (2014) kemandulan lelaki berlaku kerana jumlah benih yangsedikit pada air mani (oligospermia), mutu benih yang tidak sihatpada air mani (asthenospermia), kecacatan benih pada air mani(teratospermia) dan ketiadaan benih pada air mani apabila dipancutkan(azoospermia). Kemandulan tidak semestinya bermaksud penghidapnyamengalami sakit tuan seperti mati pucuk dan ejakulasi pra-matang;malah kajian yang ada memaparkan lelaki mandul mempunyaikehidupan seks yang normal dan baik. Dapat disimpulkan di sinibahawa, pemilihan leksikal patoh (patah) dan getoh (getah) adalahsangat tepat bagi penutur bagi membuktikan suami kepada rakannyaitu mengalami masalah sakit tuan kerana gagal memberikan zuriatkepada rakannya itu seperti mana yang telah dibincangkan denganpanjang lebarnya sebentar tadi.

Page 15: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

122

2. Slanga: Kunyah TebuLokasi: Kedai Kopi Haji Man, Kuala Lumpur

Z: Aku nak oder makan tadi. Tapi tunggu kau. Lambat. Aku soh(suruh) diaorang tu tunggu. Kau nak makan apa? Haha (gelak) akubelanja.

R: Weh. Bakal pengantin nak belanja makan la.

Z: Arhh cepat la. Lapar ni.

R: Ah kau. Makan cam orang kunyah tebu ja. Makan buang. Makanbuang. Tak kenyang-kenyang. Kang tak muat baju kahwin nanti. Barukau tahu. Sebab dah gemuk. Diet lah kau.

Z: Tak pe. Gemuk-gemuk aku pun de orang sayang. Sedap cikit biniaku peluk aku nanti. Haha (gelak). Tak cam kau. Nak sado konon.Tapi, tak laku.

Analisis Semantik

R: Ah kau. Makan cam orang kunyah tebu ja. Makan buang. Makanbuang. Tak kenyang-kenyang. Kang tak muat baju kahwin nanti. Barukau tahu. Sebab dah gemuk. Diet lah kau.

Bentuk logik:(2) R: Ah kau. Makan cam orang ja.Makan buang. Makan buang. [makan tak pernah kenyang]Tak kenyang-kenyang. Kang tak muat baju kahwin nanti. Baru kautahu. Sebab dah gemuk. Diet lah kau.

Bagi data slanga kunyah tebu ini pengkaji memperlihatkan tahappendekatan semantik skrip dan rasonans terlebih dahulu bagimenjelaskan secara umum makna slanga kunyah tebu di bawah analisissemantik melalui bentuk logik sesuatu makna implisit dalam sesuatuujaran itu.

i. Semantik skrip: Bermaksud perihal seseorang yang banyakmakan tetapi tidak merasa kenyang.

Page 16: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

123

ii. Semantik resonans: Dari segi kognitif, tebu merupakan sejenistumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan air yang manisdengan mengunyah batangnya kemudian hampasnya dibuang(tidak dapat makan). Ini boleh dikaitkan pemerhatiantingkah laku seseorang mendapatkan hasil (untuk minum)daripada tebu tersebut.

Walau bagaimanapun, pemberian makna bagi slanga kunyahtebu tidak terhenti di sini sahaja kerana data slanga KK yangberasosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan ini akan dianalisismenggunakan pendekatan SI berdasarkan ujaran penutur dikuatkanlagi dengan RRS terhadap ujaran tersebut.

Analisis Semantik Inkuisitif

Berikut merupakan contoh penggunaan slanga kunyah tebu melaluipendekatan RRS seperti mana yang terdapat dalam transkripsiperbualan di KK.

Melalui pendekatan semantik dengan menggunakan bentuk logikpenutur berdasarkan ujaran transkripsi di KK pengkaji telahmenganalisis slanga kunyah tebu berdasarkan sudut semantik skripdan semantik resonans namun, analisis tersebut tidak cukup untukmenghuraikan makna sebenar sesuatu slanga itu. Oleh itu, pengkajicuba menginterpretasikan makna sebenar slanga ini dengan mengambilkira data (transkripsi perbualan di KK), teori, kognitif, falsafah danakal budi penuturnya untuk mencapai ke tahap SI (Nor HashimahJalaluddin, 2014a).

Page 17: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

124

Berdasarkan slanga di KK yang berasosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan leksikal tebu telah dipilih oleh penutursebagai pembayang kepada slanga kunyah tebu seperti mana yangterdapat dalam RRS tersebut. Frasa makan buang. makan buang, takkenyang-kenyang dan baru kau tahu merupakan kesan konteks bagiujaran ini. Hal ini disebabkan, jika Z, makan tidak berhenti-hentibukan sahaja mendatangkan penyakit kepadanya malahan, akanmenyebabkan peningkatan berat badan sehingga baju pengantin yangditempah sebelum majlis perkahwinannya akan ketat. Oleh itu, sarananoleh R iaitu frasa diet lah kau telah menjadi peringatan kepada Zsupaya mengawal permaknannya. Perkara ini telah menjadi antesedenkepada slanga tersebut yang membantu pengkaji memahami maknaimplisit bagi slanga tersebut.

Walau bagaimanapun, pengkaji mempersoalkan kepada pemilihanleksikal tebu bagi menggambarkan seseorang yang suka makan tapitidak kenyang-kenyang. Berdasarkan kajian-kajian lepas Nor HashimahJalaluddin (2014a), ada membincangkan leksikal tebu dalamperibahasa Melayu, iaitu tanam tebu di tepi mulut. Berdasarkan kajiantersebut beliau telah mempersoalkan kenapa pemilihan leksikal tebudan mulut digunakan dalam peribahasa tersebut yang membawakepada tingkah laku yang negatif iaitu sikap seseorang yang membuatjanji-janji manis namun, tidak ditepati. Oleh itu, bagi slanga kunyahtebu ini juga membawa makna yang konotatif kerana menggambarkansikap seseorang yang kerap makan dan tidak kenyang-kenyang.Persoalannya, kenapa kunyah dan tebu? Kata kunyah membawamakna melumatkan (menghancurkan) makanan dalam mulut dengangigi sebelum membuangnya/menelannya (Kamus Dewan EdisiKeempat, 2015). Kenapa tebu pula? Tebu merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang dapat mengeluarkan air yang manis/sedap untukdiminum namun, kenapakah kelakuan kunyah tebu ini dikaitkandengan kelakuan negatif seseorang yang tidak dapat mengawal nafsumakanannya.

Bagi slanga kunyah tebu ini leksikal kunyah tidak perlu diberiperincian makna yang mendalam bagi pengkaji. Hal ini demikiankerana leksikal kunyah merupakan anteseden sebelum leksikal tebu

Page 18: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

125

yang merupakan kata kerja yang menerangkan kelakuan seseorangmengunyah tebu. Namun, pengkaji mempersoalkan kenapa pemilihantebu digunakan oleh penutur sebagai pembayang kepada slanga inisedangkan banyak lagi tumbuh-tumbuhan/buah-buahan lain yangmampu menggantikan tempat tebu tersebut. Dengan itu, di sinilahperlunya pendekatan SI untuk menjawab persoalan tersebut. Persoalanleksikal tebu ini dirujuk berdasarkan kajian Nor Hashimah Jalaluddin(2014b), yang memperhatikan struktur tebu yang mempunyai daunyang tajam, kasap/miang dan mempunyai kulit yang keras dan liatnamun, menghasilkan air yang manis dan enak rasanya. Dengan rasayang manis dan enak rasanya tebu mampu menghasilkan air.

Cara penghasilan air tebu boleh dihasilkan melalui dua cara, iaitusecara praktikalnya menggunakan mesin tebu manakala, secaramanualnya menggunakan kaedah mengunyah menggunakan gigiuntuk mendapatkan airnya yang manis dan enak itu dan kemudiannyahampas tebu tersebut dibuang. Dapat melihat kesinambungan kepadaslanga kunyah tebu tersebut makna yang hendak disampaikan olehpenutur pada mula-mula yang dibincangkan pada awal analisis iaitusikap seseorang makan tak pernah kenyang. Hal ini demikian keranadengan mengunyah tebu tersebut tidak mampu memberikankekenyangan kepada seseorang itu tetapi, mampu menghilangkan rasahaus. Berbalik pula pada frasa makan buang. makan buang sepertimana yang terdapat pada RRS telah menunjukkan kelakuan normalseseorang yang akan makan dan kemudiannya membuang air besarsecara implisit nya kerana penutur menghormati konteks di kedaimakan/KK dan menggunakan eufemisme bagi menggantikan kataberak/membuang air besar. Hal ini berkaitan dengan hal kebencianyang dimaksudkan dalam masyarakat tersebut adalah mengenaipersepsi terhadap orang di sekeliling mereka yang mempunyai sifatatau perangai buruk dan juga mengenai kekotoran (Muhammad ZaidDaud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, Remmy Gedat, 2017,2018).

Page 19: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

126

3. Slanga: Mat JambuLokasi: Kedai Kopi Haji Man, Kuala Lumpur

R: Wehh. Kau free ja kan. Aku nak minta tolong kau. Teman aku pergisekolah. Kasi kad kahwin aku kat cikgu-cikgu.

J: Ok boleh ja. Haha (gelak). Mesti cikgu-cikgu tu terkejut dapat taukau dah nak kahwin. Mat jambu sekolah lah kata kan. Budak hot.Semua orang kenal.

R: Mana tak nya. Dak yang selalu ponteng kelas. Panjat pagar sekolahnak kahwin.

J: Haha (gelak). Tak pa la. Tu kisah silam. Jangan di kenang. Untungla kau. Muda-muda lagi dah kahwin. Aku ni tak de jodoh lagi.

Analisis Semantik

J: Ok boleh ja. Haha (gelak). Mesti cikgu-cikgu tu terkejut dapat taukau dah nak kahwin. Mat jambu sekolah lah kata kan. Budak hot.Semua orang kenal.

Bentuk logik:(iii) B: Ok boleh ja. Haha (gelak). Mesti cikgu-cikgu tu terkejut dapattau kau dah nak kahwin. sekolah lah kata kan.[Lelaki yang mempunyai perwatakan/rupa paras menarik] Budak hot.Semua orang kenal.

Konteks memainkan peranan penting dalam pemberian maknaslanga ini. Makna ditapis berdasarkan analisis semantik dan bentuklogik terlebih dahulu sehingga dapat mencungkil makna implisit disebalik pembentukan slanga tersebut. Oleh itu, makna mudah bagislanga mat jambu merujuk kepada seseorang lelaki yang mempunyaiperwatakan/rupa paras yang menarik/menjadi kegila-gilaan kepadaseseorang.

Analisis Semantik Inkuisitif

Seperti setiap permulaan analisis SI pengkaji menggunakan pendekatanRSS bagi mencungkil makna sebenar sesuatu slanga itu berdasarkan

Page 20: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

127

RRS merupakan maklumat tambahan yang boleh membantu pembacamemahami maksud yang hendak disampaikan oleh penutur iaitu matjambu. Berikut merupakan RRS daripada transkripsi perbualan di KKbagi slanga tersebut.

Pemberian makna bagi slanga Mat Jambu ini telah diperolehdaripada analisis semantik – bentuk logik lagi, iaitu dengan membawamaksud seseorang lelaki yang mempunyai perwatakan/rupa paras yangmenarik/menjadi kegila-gilaan kepada seseorang. Makna slangatersebut juga dikuatkan lagi dengan analisis RRS sebagai maklumattambahan yang merupakan anteseden kepada slanga Mat Jambutersebut. Dengan itu, merujuk kepada RRS tersebut leksikal kata namasekolah serta frasa Budak hot dan semua orang kenal telahmenambahkan lagi bukti kepada pengkaji untuk menyingkap maknasebenar slanga tersebut. Hal ini demikian kerana leksikal sekolah telahmerujuk kepada sesuatu tempat yang besar yang menjadi tempat parapelajar lelaki dan perempuan untuk mendapatkan pendidikan yangformal. Pada masa yang sama sekolah jugalah tempat untuk parapelajar untuk menonjolkan diri mereka untuk dikenali oleh rakan-rakan lain mahupun, dalam kalangan guru-guru. Oleh itu, frasa Budakhot dan semua orang kenal merupakan sokongan kepada data tersebut.

Namun begitu, analisis ini tidak berhenti di sini sahaja keranapengkaji perlu mempersoalkan kenapa pemilihan objek dan imej bagisesuatu slanga itu. Bagi data slanga ini Mat merupakan objek manakalajambu merupakan objek tambahan bagi slanga ini. Seperti sediamaklum nama panggilan Mat begitu sinonim dengan lelaki terutamaseseorang yang bernama Mamat, Ahmad dan sebagainya. Walaubagaimanapun, wujud persoalan pengkaji kenapa pemilihan buah-buahan jambu dipilih bagi mewakili objek slanga tersebut untukmerujuk kepada lelaki yang mempunyai rupa paras/perwatakan yangmenarik. Secara saintifiknya nama jambu merupakan Syzygiumsamarangense yang mudah diperoleh di pasar basah dan pasar raya.Buah jambu juga merupakan salah satu buah-buahan yang senangdidapati di Malaysia atau negara-negara beriklim tropika.

Page 21: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

128

Namun demikian, apakah kaitannya jambu air tersebut bagimerujuk makna kepada seseorang lelaki yang mempunyai perwatakan/rupa paras yang menarik/menjadi kegila-gilaan kepada seseorang.Seperti yang sedia maklum leksikal Mat telah menerangkan iamerujuk kepada lelaki namun, kaitan paras yang menarik/menjadikegila-gilaan kepada seseorang terutama wanita/perempuan denganjambu tersebut masih belum terjawab.

Bagi menjawab kepada persoalan tersebut pengkaji melihatkepada warna jambu air tersebut yang sudah tentu berwarna merahdan begitu menarik perhatian manusia mahupun haiwan. Tambahanpula, bahasa kiasan tidak akan lari daripada unsur alam kerana halini meliputi sifat, kategori dan tabiat umum tumbuh-tumbuhan itusendiri dan mampu menjadi objek pembayang kata bagi sesuatubahasa kiasan tersebut (Nor Hashimah Jalaluddin, 2015). Oleh itu,masyarakat Melayu khususnya bijak menggunakan unsur alam untukmenggantikan sesuatu ujaran yang mampu melukai hati pendengar.Pengkaji turut mengaitkan dengan warna merah jambu (pink) yangsememangnya menjadi kegilaan/kegemaran gadis-gadis keranawarnanya yang lembut dan bersifat feminin jika digayakan olehgolongan wanita. Dapat dirumuskan bahawa, slanga mat jambu yangmembawa makna yang telah dianalisis sebentar tadi telah terjawab.

4. Slanga: Jua Langsat (DMK)Lokasi: Kedai Kopi Abe Salleh

A : Kito tunggu ngoh kat kedai abe se la weh.

B : Hom lah. Dop tau Ngoh bilo nok sampai.

A : Tu loh. Payoh nok beruruse denge ngoh sore nim. Jenis ore jualangsat payoh nak caro. Dok tau mane kepalo eko. Sesak merato jah.

Analisis Semantik

Bentuk logik:Tu loh. Payoh nok beruruse denge Ngoh sore nim. Jenis ore payoh nak caro. Dok tau mane kepalo eko. Sesak merato[singgah merata-rata tempat]

Page 22: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

129

Bagi slanga KK jua langsat (jual langsat) agak rumit untukdianalisis menggunakan analisis semantik melalui bentuk logik ini.Hal ini demikian kerana penggunaan objek dan imej yang digunakanoleh penutur agak kabur untuk dianalisis pada peringkat ini. Olehitu, pengkaji akan membawa data slanga jua langsat ini terus kepadaanalisis SI. Walau bagaimanapun, makna mudah bagi slanga ini adalahseseorang yang selalu singgah merata-rata tempat berdasarkan konteksperbualan A dan B.

Analisis Semantik Inkuisitif

Slanga di KK yang mempunyai asosiasi dengan tumbuh-tumbuhan/buah-buahan adalah jua langsat (DMK) yang menggabungkan katakerja, iaitu jua (menjual) dengan kata nama merujuk kepada buah-buahan iaitu langsat. Pengkaji sudah memberikan makna mudah bagislanga tersebut menggunakan melalui pendekatan semantik bentuklogik sebentar tadi. Walau bagaimanapun, makna mudah yangmembawa makna seseorang yang tidak tepati masa dan sering singgahmerata-rata tempat sebelum sampai ke destinasi adalah tidak mampanuntuk diberikan perincian makna sebegitu. Oleh itu, pengkaji akanmerungkai makna sebenar slanga tersebut melalui RRS terlebih dahuludengan mengaitkan konteks di dalam perbualan tersebut.

Berikut merupakan contoh data ujaran yang terdapat dalamtranskripsi perbualan, iaitu bagi slanga jua langsat yang dapatmembantu menerangkan maksud sebenar slanga tersebut. Dalam frasapayoh nok beruruse, payoh nok caro, dok tau mane kepalo eko dan sesakmerato jah telah menunjukkan sikap seseorang yang tidak bolehdipercayai terutama dari segi masa. Frasa-frasa tersebut telah menjadimaklumat tambahan yang membantu pengkaji memahami maksudsebenar yang hendak disampaikan oleh penutur, iaitu menggunakan

Page 23: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

130

istilah jua langsat bagi merujuk seseorang yang tidak tepati masa dalamberjanji malahan sering singgah di merata-rata tempat terlebih dahulusebelum sampai ke destinasi.

Walau bagaimanapun, wujud persoalan bagi pengkaji mengapakahslanga jua langsat ini diberikan pendefinisian makna sebegitu ataumembawa makna yang konotasi sedangkan aktiviti menjual buah-buahan seperti langsat adalah sesuatu pekerjaan yang amat baikmalahan dapat menambahkan pendapatan seseorang itu. Oleh itu,beginilah sebabnya perlunya pendekatan SI untuk menjawab persoalanini. Hal ini demikian kerana melalui pendekatan SI ini pengkaji perlumeneroka jawapan sebenar pemilihan objek dan imej dalam slangatersebut yang dapat menonjolkan akal budi penutur apabilamengujarkan slanga tersebut.

Masyarakat di negeri Kelantan begitu terkenal dengan sikap sukaberniaga sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Melihatsahaja di kawasan seperti Bazar Buluh Kabu, Pasar Borong Wakaf CheYeh, Pusat Perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang KB Mall,Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur, Bazar Tok Guru dan KB Bazarrata-ratanya memperlihatkan kepesatan ekonomi perniagaan olehmasyarakat Kelantan yang suka berniaga (Rosniza Aznie Che Rose,Nurul Fatihah Jusoh, Rosmizah, Lyndon dan Mokhtar, 2015). Namunbegitu, kenapakah penutur mengaitkan slanga jua langsat denganmembawa makna yang konotatif. Baiklah pengkaji akan merungkaisebab-sebab pemilihan leksikal tersebut. Pertamanya kita melihatkepada sifat seseorang yang ingin menjual buah-buahan yang ringanseperti langsat, duku, ciku dan sebagainya. Untuk menambahkanpendapatan seseorang peniaga barang-barang tersebut tidak akanduduk di satu tempat sahaja untuk menjual buah-buahan tersebutdan cuba untuk bertukar-tukar tempat untuk menjual. Oleh sebab,penjual buah-buahan itu berniaga dari satu tempat ke sesuatu tempatpenutur bijak membuat perumpamaan dengan menyifatkan seseorangyang sering singgah di merata-rata tempat terlebih dahulu sebelumsampai ke destinasi.

Page 24: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

131

Rumusan

Kesimpulannya, penciptaan ungkapan slanga bukanlah secarasewenang-wenangnya kerana wujudnya falsafah dan akal budipenciptaannya yang tersendiri. Makna yang terkandung dalam sesuatuperkataan yang dikatakan slanga itu ada kalanya bersifat tersirat danmemerlukan interpretasi makna yang mendalam untuk memahamisesuatu perkataan tersebut. Oleh itu, perincian makna secara saintifikdapat dikemukakan berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif disamping akal budi penutur di sebaliknya. Kombinasi ini adalah sangatpenting bagi menjelaskan falsafah di sebalik objek tumbuhan yangdigunakan oleh penutur dalam pembentukan slanga tersebut.

Seperti dimaklumkan pada awal penulisan tadi, kajian yangmengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif ini lebih terarahkepada data peribahasa dan cerita lipur lara. Dapatan kajian sebelumini, diperoleh daripada sumber bertulis atau dokumen yang telahdibukukan. Berbeza pula, dengan kajian ini kerana data melibatkandata primer kerana data diperoleh secara langsung dari sumber asliatau pihak pertama melalui audio perbualan tidak formal. Meskipunpengkaji menggunakan data slanga sebagai bahan kajian untukmenganalisis kajian ini pengkaji turut mengaplikasikan data, teori,kognitif dan akal budi atau intelektual Melayu seperti mana yangtelah disenaraikan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014a). Kajianslanga yang mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif adalahkurang dijalankan oleh pengkaji yang lepas. Kajian ini dapat dijadikanlonjakan dan rujukan kepada pengkaji terkini dalam menganalisisslanga menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.

Bibliografi

Aboh, R. (2015). Slang and multiple methods ff interpreting sex andsexual identity in the Nigerian novel. The African Symposium: AnOnline Journal of the African Educational Research Network, 15(1).

Page 25: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

132

Ajid Che Kob. (1998). Gah bahasa: Beberapa persoalan yangmenghambat bahasa Melayu. Pengajian Melayu Memasuki AlafBaru. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu, UniversitiMalaya.

Arua, E. A., & Modupe, M. A. (2009). The Creation of students’academic slang expressions in the University of Botswana.Linguistic Online, 4(9).

Asmah Haji Omar. (1993). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brooke, I. (1973). English costume in the age of Elizabeth: The sixteenthcentury. London. Adam & Charles Black.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasadan Pustaka. Author.

Gan, K. L. (2000). Strategi penukaran kod di kalangan guru-guru CinaBerpendidikan Cina dan Bukan Berpendidikan Cina: Satu KajianKes. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Indrawati Zahid. (2012). Bahasa Melayu terpinggir dalam mediabaharu? Dewan Bahasa. Kuala Lumpur.

Inhorn, M. C. (2004). Middle Eastern Masculinities in the Age ofNew Reproductive Technologies: Male Infertility and Stigma inEgypt and Lebanon. Medical Anthropology Quarterly, 18(2).

Junaini Kasdan, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Unsur asamdan akal budi Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. DalamSeminar Meja Bulat: Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur (pp.1-20). Kuala Lumpur: Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin, & Wan Nurasikin WanIsmail. (2016). Ikan (Pisces) dalam Peribahasa Melayu: AnalisisSemantik Inkuisitif. International Journal of the Malay World andCivilisation (Iman), 4(1).

Page 26: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

133

Kempson, R. M. (1986). Ambiguity and the semantics andpragmatics distinction. Dlm. C. Travis (Ed.), Meaning andinterpretation. Oxford: Basil Blackwell.

Kheren Kezia Adolof. (2014). Slang dalam lagu Black Eyed Peas. TesisSarjana. Universitas Sam Ratulangi, Indonesia.

Mary Fatimah Subet, & Muhammad Zaid Daud. (2016). “Giler” atau“Gile”: Slanga Kata Penguat. Jurnal Bahasa, 16(2).

Mary Fatimah Subet, & Muhammad Zaid Daud. (2017). Semantikdan makna konotasi dalam slanga pelacur. Kertas Kerja inidibentangkan semasa The International Conference on LanguageStudies (iCLS) 2017, Kuching (Riverside Majestic Hotel). 9-10Ogos 2017.

Mary Fatimah Subet, & Muhammad Zaid Daud. (2018). Maknadenotatif dan konotatif dalam slanga pelacur. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3(1), 29-43.

Mhd. Amin Arshad. (2000). Bahasa slanga: Pembentukan dan ciri-cirinya dalam Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu.Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Faizal Musa. (2014). Beberapa nota kearifan Melayu tentangsakit tuan: Satu pengenalan. International Journal of the MalayWorld and Civilisation (Iman), 2(3).

Mohd Ismail Tambi. (1995). Pengenalan dan rawatan sakit tuan. KualaLumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Ridzuan Md Nasir, & Mary Fatimah Subet. (2019). Inovasipengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu menggunakanSemantik Inkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary ResearchJournal (MIRJO), 3(3).

Muhammad Zaid Daud, & Mary Fatimah Subet. (2019a). Ayam(Gallus Gallus Domesticus) dalam peribahasa Melayu: Analisissemantik inkuisitif. Jurnal Kemanusiaan, 17(1).

Page 27: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

134

Muhammad Zaid Daud, & Mary Fatimah Subet. (2019b). “Sudahtidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik”: PerspektifSemantik Inkuisitif dan Akal Budi Melayu. Jurnal Melayu Sedunia,2(1).

Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, &Remmy Gedat. (2017). Eufemisme dalam bahasa Iban: Satukajian kes di Kampung Lebor, Serian, Sarawak. Borneo ResearchJournal, 11(1).

Muhammad Zaid Daud, Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid, &Remmy Gedat. (2018). Penggunaan eufemisme dalam kalanganpenutur Iban. International Journal of Language Education andApplied Linguistics (IJLEAL), 8(1).

Muhammad Zaid Daud. (2017). Slanga kedai kopi: Satu analisissemantik inkuisitif. Tesis Sarjana Muda. Universiti MalaysiaSarawak, Malaysia.

Muhammad Zaid Daud. (2018a). Domain rezeki dalam peribahasaMelayu Berorientasikan Aves Melalui Perspektif SemantikInkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal(MIRJO), 3(1).

Muhammad Zaid Daud. (2018b). Gallus gallus domesticus danparadoxurus hermaphroditus dalam peribahasa Melayu: Analisissemantik inkuisitif. Sains Humanika, 10(2).

Muhammad Zaid Daud. (2018c). Pengaplikasian kerangka semantikinkuisitif melalui slanga. MALTESAS Multi-Disciplinary ResearchJournal (MIRJO), 3(3).

Nadiah Suboh. (2013). Aspek bahasa Melayu dalam penulisan blogberdasarkan Perisisan Pengukuran NEMD Versi 2.0. Tesis Sarjana.Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014a). Semantik dan akal budi Melayu.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 28: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Slanga dan Simbol Tumbuhan Dalam Komunikasi Lisan Masyarakat Melayu

135

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014b). Pemugaran penyelidikan untukpemerkasaan bahasa. Institut Alam dan Tamadun Melayu,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Peribahasa ‘parasit’ dan akal budiMelayu: Analisis semantik inkuisitif. Dalam Seminar Bahasa danSastera 2015 (pp. 281-293). Bangi: Pusat Pengajian Bahasa danLinguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Afiqah Wan Mansor, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Deriarasa dalam kiasan Melayu: Analisis semantik inkuisitif. JournalPertanika Mahawangsa, 2(1).

Nur Afiqah Wan Mansor, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Maknaimplisit bahasa kiasan Melayu: Mempertalikan komunikasi,kognisi dan semantik. Jurnal Komunikasi, 32(1).

Rosniza Aznie Che Rose, Nurul Fatihah Jusoh, Rosmizah, M. Z.,Lyndon, N., & Mokhtar, J. (2015). Perkembangan dan cabaransektor perniagaan sebagai pemangkin pembangunan bandar kecil:Kajian empirikal di Daerah Besut, Terengganu. GEOGRAFIAOnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 11(8).

Sara Hashemi Shahraki, & Abbass Eslami Rasekh. (2011). Check thisone out: Analyzing slang usage among Iranian male & femaleteenagers. English Language Teaching, 4(2).

Setiawan Nugroho. (2015). Pembentukan kosakata slang dalamkomunitas jkboss Pada Akaun Twitter @JakartaKeras. Tesis Sarjana.Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: OxfordFajar.

Surati Zakaria, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Konsep ruangdalam anggun Cik Tunggal: Analisis semantik inkuisitif. GEMAOnline®Journal of Language Studies, 16(3).

Tangaprabu, Murthy, Mary Fatimah Subet. & Muhammad ZaidDaud. (2019). Kajian semantik inkuisitif dalam peribahasaTamil: Imej Tumbuhan. Sains Humanika, 11(1).

Page 29: SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI …

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 30, 2019

136

Tangaprabu, Murthy, & Mary Fatimah Subet. (2018a). Imej rumputdalam peribahasa Tamil: Suatu kajian semantik inkuisitif. Issuesin Language Studies, 7(1).

Tangaprabu, Murthy, & Mary Fatimah Subet. (2018b). Imej tebudalam peribahasa Tamil: Analisis semantik inkuisitif. Trends inUndergraduate Research, 1(1).

Tay, M. G. (2010). Analisis linguistik terhadap penggunaan bahasaSMS dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Penyelidikan IPGKampus Batu Lintang, 10, 1-26.

Wespes, E., Amar, E., Hatzichristou, D. G., Montorsi, F., Pryor, J.,& Vardi, Y. (2002). Guidelines on Erectile Dysfunction. Eur UrolJournal, 41(1).

Zhou Y., & Fan Y. (2013). A sociolinguistic study of American slang.Theory and Practice in Language Studies, 3(12).

Zuraidah Mohd Sulaiman, Gan Kiat Chien, Eng Sze Boon, & AhmadHarith Syah Md Yusuf. (2012). Slanga remaja Melayu dan Cina:Analisis awal berdasarkan Teori Relevan. International ConferenceOn Arts, Social Sciences, And Technology (ICAST2012).