4
Majlis Hari Keluarga SMK Jenjarom 31 Oktober 2009 PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN UCAPAN PEMBUKAAN Selamat pagi dan salam sejahtera.... Bunga melati tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara UCAPAN PEMBUKAAN Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari Keluarga KGKT SMK Jenjarom 2009. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-masing. UCAPAN PROTOKOL UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Hari Keluarga KGKT ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan oleh Kelab Guru dan kakitangan untuk ahli KGKT SMK Jenjarom.Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan

Skrip Majlis Hari Keluarga SMKJ 2009

  • Upload
    syazana-

  • View
    3.776

  • Download
    134

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip Majlis Hari Keluarga SMKJ 2009

Majlis Hari Keluarga SMK Jenjarom

31 Oktober 2009

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

UCAPAN

PEMBUKAAN

Selamat pagi dan salam sejahtera....

Bunga melati tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara

UCAPAN

PEMBUKAAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah

Kasih Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari Keluarga

KGKT SMK Jenjarom 2009.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan

puan-puan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,

majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil

tempat duduk masing-masing.

UCAPAN

PROTOKOL

Page 2: Skrip Majlis Hari Keluarga SMKJ 2009

UCAPAN

ALU-ALUAN

PENGERUSI

MAJLIS

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Hari Keluarga KGKT ini

merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan oleh

Kelab Guru dan kakitangan untuk ahli KGKT SMK Jenjarom.Program

ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara

guru dan kakitangan sekolah.

Garam ada kicap pun ada,

Sayang lada terlupa bagi,

Pantun ada ucapan pun ada,

Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya,majlis menjemput __________________

memimpin bacaan doa .Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada __________________ di

atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU-

ALUAN OLEH

PENGERUSI

KGKT : PN HJH

ROSSITA BT HJ

RAMLAN.

Hadirin yang dihormati,

Kalau dilipat sebesar kukuKalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbauYang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kataDegup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar

ucapan alu-aluan daripada __________________________________

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

SELESAI

UCAPAN

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih

kepada_______________di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Page 3: Skrip Majlis Hari Keluarga SMKJ 2009

UCAPAN

PENGETUA/

PENASIHAT

KGKT

Untuk meneruskan majlis kita pada hari yang indah ini, dijemput

_______________________ untuk menyampaikan ucapan dan

amanat beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada

____________________ diatas ucapan itu tadi.

PENYAMPAIAN

CENDERAHATI

AJK

Seterusnya, Majlis menjemput Pengerusi KGKT Pn.Hjh Rossita bt Hj

Ramlan untuk mengiringi Pn.Pengetua naik ke atas pentas untuk

menyampaikan cenderahati kepada AJK KGKT 2009. Dipersilakan.

Sekarang dijemput

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Pengetua di atas

kesudian menyampaikan cenderahati.

PENYAMPAIAN

HADIAH

SUKANEKA

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah sukaneka

kepada para pemenang.

Dipersilakan_________________ diiringi ______________________

naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah.

1) Nama acara:_____________________________

2) Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada ___________________________ diatas

kesudian menyampaikan hadiah.

Page 4: Skrip Majlis Hari Keluarga SMKJ 2009

CABUTAN

BERTUAH

Untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini, acara diteruskan dengan

acara cabutan bertuah.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki,

tuah orang siapa yang tahu…

Dipersilakan _______________________ naik ke pentas untuk

mengambil cabutan.

Terima kasih diucapkan kepada _________________________

BERSURAI Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu tadi, maka berakhirlah

Hari Keluarga KGKT SMK Jenjarom 2009. Jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri

majlis ini.

Sebelum berpisah dengarkanlah dua rangkap pantun daripada saya,

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli,

Jari disusun maaf dipinta,

Panjang usia berjumpa kembali

Kiri jalan kanan pun jalan

Tengah-tengah pohon mengkudu

Selamat jalan kami ucapkan

Berhati-hati ketika memandu

Saya bagi pihak majlis memohon maaf atas segala kekurangan

sepanjang majlis berlangsung. Berjumpa kita lagi pada masa akan

datang. Terima kasih, salam....