22
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SIBU 24 OKTOBER 2012 Peristiwa/masa Program catatan 0730 Para pelajar mengambil tempat. 0800 Ketibaan para guru, ibu bapa dan para jemputan. 0815 Tetamu kehormat masuk ke Astana Teknika. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, En. Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, diiringi oleh En. Abdilah bin Johari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Vokasional Sibu, En. Charles Tiong Yong Leik Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu, En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan 1, En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mdm Ling Tiong Yung, Penolong Kanan Kokurikulum dan En. Bohari Bin Kamis, selaku Setiausaha Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Vokasional Sibu 2012. 0830 – Majlis bermula Nyanyian Lagu Untuk menghormati dan menjana semangat patriotik, dan meluhurkan sanubari untuk menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air yang tercinta, marilah kita, hadirin dan hadirat sekalian bersama-sama berdiri dengan tegak dan menyanyikan Lagu Negaraku dan 1

2012 -Skrip Majlis Anugerah Kecemerlangan Smts

Embed Size (px)

DESCRIPTION

skrip MC

Citation preview

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SIBU

24 OKTOBER 2012Peristiwa/masaProgramcatatan

0730Para pelajar mengambil tempat.

0800Ketibaan para guru, ibu bapa dan para jemputan.

0815

Tetamu kehormat masuk ke Astana Teknika.Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, En. Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, diiringi oleh En. Abdilah bin Johari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Vokasional Sibu, En. Charles Tiong Yong Leik Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu, En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan 1, En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mdm Ling Tiong Yung, Penolong Kanan Kokurikulum dan En. Bohari Bin Kamis, selaku Setiausaha Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Vokasional Sibu 2012.

0830 Majlis bermula

Nyanyian Lagu Untuk menghormati dan menjana semangat patriotik, dan meluhurkan sanubari untuk menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air yang tercinta, marilah kita, hadirin dan hadirat sekalian bersama-sama berdiri dengan tegak dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Peritiwiku dengan penuh bersemangat.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

1. NYANYIA LAGU NEGARAKU

2 NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

(HABIS NYANYIAN)

Para hadirin dipersilakan duduk

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, elok kiranya kita memohon keberkatan daripada ilahi, mudah-mudahan majlis ini berjalan dengan lancar, dipenuhi kebaikan dan kerahmatan.

Dengan itu majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Adnan bin Ariffin untuk bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ustaz Adnan bin Ariffin atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis.Assalamualaikum w.b.t, Selamat sejahtera, selamat pagi dan salam satu Malaysia.

Sungguh hijau rumput di taman,

Taman indah alam sajikan,

Tetamu diundang kami tatangkan,

Tetamu hadir kami alukan.

Sirih pinang dalam tembaga,

santun budi indah bahasa,

salam hormat tetamu dimulia,

lafaz keramat pembuka bicara.

Yang Berhormat, En Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, En. Abdillah Bin Johari, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Vokasional Sibu, Yang berusaha, En. Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu, En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan 1, En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mdm Ling Tiong Yung, Penolong Kanan Kokurikulum dan En. Bohari Bin Kamis, selaku Setiausaha Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Vokasional Sibu 2012.

Yang dihormati para ibu bapa, para guru SMTS, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Ucapan Pengetua Hendak berkata, bicaralah tuan,

Jangan disimpan di dalam hati.

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Charles Tiong Yong Leik Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Ibarat pendeta bicara tuan,

Membakar semangat,menyiram sanubari.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Charles Tiong Yong Leik atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan dan Perasmian Tetamu KehormatBudi bahasa budaya kita.Tetamu datang diajak bicara.

Hadirin sidang warga dewan sekalian, tidak lengkap rasanya jika kita tidak mendengar amanat dan ucapan daripada tetamu jemputan kita.

Oleh itu majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat En. Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis anugerah kecemerlangan ini. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

UCAPAN DAN PERASMIAN TETAMU KEHORMAT

Emas bermutu, emas berbungkal,

Puteri Ledang empunya jambatan,

Kata bicara ibarat tangkal,

Bicara tuan menjadi pedoman.

Demikianlah tadi ucapan perasmian olehYang Berhormat En. Abdullah Bin Hj Saidol. Semoga pesanan, amanat dan harapan beliau akan kita pahatkan di dada dalam menempuh kehidupan dalam era globalisasi yang pastinya mencabar dan penuh dugaan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

PERSEMBAHAN 1 (SKETSA)

PENGACARA MAJLIS Bersyukur kita ke hadrat illahi atas limpah kurnia dan rahmatnya pada hari yang penuh bermakna ini dapat kita berhimpun di sini untuk meraikan MAJLIS ANUGErAH KECEMERLANGAN SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SIBU 2012.

Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan upacara kemuncak untuk memberi pengiktirafan atas usaha gigih dan penglibatan putera dan puteri SMVS dalam kegiatan akademik dan kokurikulum khususnya kepada pelajar Tingkatan 5 yang tidak lama lagi akan meninggalkan taman ilmu yang telah banyak berjasa dalam melahirkan insan berwawasan ini. Itulah SMVS.

Pada hari yang bersejarah ini pengiktirafan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang gigih berusaha untuk merealisasikan impian kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya menaikan nama baik dan reputasi SMVS.

Majlis ini juga merupakan lambang kegigihan warga pendidik SMVS yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berintelek dan produktif. Mereka bukan sahaja bertungkus-lumus dan sanggup berkorban masa serta tenaga untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi SPM tetapi juga berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam diri pelajar. Besar harapan kita semua semoga mereka akan lahir sebagai insan yang berguna, berjasa kepada agama bangsa dan negara.

Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, Bak Kata Peribahasa Melayu Tidak Cukup Tangan Nyiru kami tadahkan.

Jutaan penghargaan ditujukan khas buat Yang Berhormat En.Abdullah Bin Hj Saidon, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam majlis ini.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

ANUGERAH KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 1)

[Pengawas/ Pengawas KK/Ketua dan Penolong Tingkatan/, dan /Ketua Bilik Asrama (Ketua-wakil)]Santun, mesra, menolong mudah,

tekad, tegas, tugas itu ibadah,

pengawas kk dan pengawas sekolah.

Merekalah jentera harapan sekolah.

Warga dewan sekalian, upacara penganugerahan sijil dan hadiah pada pagi ini dimulakan dengan penyampaian sijil kepada para pengawas.

Dalam urusan petadbiran sekolah, kelicinan jentera pentadbiran sekolah adalah tangungjawab smua pihak iaitu pentadbir, para guru/kakitangan dan juga pelajar.

Bagi melaksanakan tangungjawab pihak pelajar, tugas ini disempurnakan oleh golongan yang diberi kepercayaan iaitu Pengawas sekolah, Pengawas asrama dan ketua tingkatan.

Mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya dalam membantu guru-guru dan pihak sekolah. Syabas dan tahniah kita ucapkan.

Dengan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan , En.Halim Bin Haji Pungut, Penolong Kanan 1, untuk menjemput dan mengiringi En. Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu naik ke pentas bagi menyampaikan sijil-sijil tersebut.

PENGAWAS SEKOLAH Atas jasa para pelajar ini SMVS dengan bangganya menganugerahkan sijil penghargaan kepada pengawas sekolah sesi 2011/2012.

(sila rujuk senarai nama pengawas sesi 2011/2012)

PENGAWAS KOKURIKULUMSETERUSNYA, majlis menjemput pengawas ko kurikulum naik ke pentas untuk menerima sijil:

KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATANBeban dipikul, tugas digalas,

membantu guru menjalankan tugas,

merekalah ketua dan penolong kelas,

ketua bilik dan pustakawan yang tegas. Para hadirin sekalian, ketua tingkatan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran peringkat kelas. Mereka ialah golongan yang bertangungjawab memastikan suasana kelas terus berada dalam keadaan yang bersih, kondusif, tenang dan terkawal. Atas penglibatan mereka SMTS dengan bangganya menganugerahkan sijil penghargaan kepada ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tigkatan.

Majlis dengan itu menjemput.

( rujuk senarai dalam buku program)

KETUA BILIK ASRAMA Sidang dewan sekalian, ketua bilik asrama memainkan peranan yang penting dalam memudahkan tugas-tugas yang berkaitan dengan asrama, baik putera ataupun puteri. Mereka ini adalah golongan yang bertanggunjawab dalam memastikan keadaan asrama berada dalam suasana yang ceria, dan harmoni.

Majlis dengan itu menjemput wakil Ketua bilik...........

Dipersilakan...

(sila rujuk senarai nama ketua bilik asrama putera dan puteri.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian Timbalan En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan 1, SMTS atas kesudian beliau menyampaikan anugerah itu tadi.

Tunggu sehingga En. Halim duduk duhulu.

PERSEMBAHAN

PERSEMBAHAN 2 PELAJAR.(TARIAN)

Komentar ---

ANUGERAH KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 2)

AKADEMIK

ANUGERAH

MATA PELAJARAN TERBAIK

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah dalam bidang akademik.

Pohon mengkudu, pohon berangan,

Mari ditanam dihujung pekan,

rajin dan usaha tangga kejayaan,

pelajar cemerlang tunggak wawasan.

Untuk makluman sidang warga dewan sekalian, anugerah terbaik mata pelajaran telah dikategorikan berdasarkan aliran teknik dan aliran vokasional. Diharapkan pengiktirafan ini akan menaikkan semangat juang dan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Untuk menyempurnakannya, dengan hormatnya majlis mempersilakan En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMTS menjemput dan mengiringi En. Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sibu bagi menyampaikan anugerah tersebut. Dipersilakan

ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TIGKATAN 4 ALIRAN VOKASIOAL Anugerah akan dimulakan dengan penyampaian ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN ALIRAN VOKASIOAL TIGKATAN 4.

RUJUK LAMPIRAN

ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TIGKATAN 5

ALIRAN VOKASIOAL

SETERUSNYA para hadirin sekalian, ialah penyampaian ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN ALIRAN VOKASIOAL TIGKATAN 5.

RUJUK LAMPIRAN

ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 5

ALIRAN TEKNIK

PEMBERIAN Anugerah DITERUSKAN LAGI dengan penyampaian ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN ALIRAN TEKNIK TINGKATAN 5.

RUJUK LAMPIRAN

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 4 ALIRAN VOKASIOAL DAN KEMAHIRAN Anugerah akan dimulakan dengan penyampaian ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TINGKATAN 4 ALIRAN VOKASIOAL

RUJUK LAMPIRAN

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 5 ALIRAN VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN Anugerah SETERUSNYA IALAH, penyampaian ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 5 ALIRAN VOKASIONAL

RUJUK LAMPIRAN

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TINGKATAN 5 ALIRAN TEKNIKSeterusnya penyampaian ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 5 ALIRAN TEKNIK

RUJUK LAMPIRAN

Terima kasih si buah selasih

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Charles tiong Yong Leik atas kesudian beliau menyampaikan anugerah itu tadi.

Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah. Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai akan terus menyemarakkan azam dan semangat juang untuk menggapai kecemerlangan dalam SPM nanti. Mudah-mudahan, kejayaan ini akan diteruskan oleh pelajar pelapis yang seterusnya.

PERSEMBAHAN 3

ANUGERAH KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 3)Sekarang, tibalah detik yang ditunggu-tunggu. Kegiatan bercorak akademik dan kokurikulum merupakan dua bidang yang harus seiringan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan amat dititikberatkan oleh pihak sekolah. Selain itu, pihak sekolah turut mementingkan perihal pembentukan sahsiah dan akhlak mulia dalam diri pelajar. Sebagai penghargaan, pihak sekolah dengan bangganya menganugerahkan anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah.

Untuk itu menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan ,En. Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sibu untuk menjemput dan seterusnya mengiringi En. Abdilah B.Johari, Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru untuk menyampaikan anugerah tersebut.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan..

ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK LELAKI Sekarang tibalah detik yang dinanti-nanti

Sebagai penghargaan, pihak sekolah dengan bangganya menganugerahkan anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah.

Penerima anugerah Kokurikulum terbaik lelaki ialah:

(Baca maklumat dalam sampul)

ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK PEREMPUANSeterusnya, ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK PEREMPUAN, penerimanya ialah:(Baca maklumat dalam sampul)

ANUGERAH PELAJAR KEMAHIRAN TERBAIK TINGKATAN 5

ANUGERAH PELAJAR AKADEMIK TERBAIK TINGKATAN 5

ANUGERAH CHARACTER STAR OF THE YEAR 2012 Untuk pengetahuan warga dewan sekalian, Sekolah Menengah Vokasional sibu telah menjalankan satu program berkenaan pembentukan sahsiah dan akhlak mulia dalam diri pelajar iaitu Program Character Counts.

CHARACTER STAR OF THE YEAR 2012 ini akan dianugerahkan kepada pelajar yang terpilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

i. Telah menerima pengiktirafan Character Stars lebih daripada tiga kali.

ii. Tidak pernah terlibat dalam masalah disiplin.

iii. Sentiasa berkelakuan baik sama ada ketika berhadapan dengan rakan dan guru-guru.

iv. Secara keseluruhannya, memiliki akhlak yang baik dan peribadinya boleh dijadikan ikutan rakan pelajar.

Pelajar yang dimaksudkan ialah:

*(Baca biodata dalam sampul dan umumkan penerima anugerah)

ANUGERAH HARAPAN PENGETUA TINGKATAN 4

ANUGERAH KHAS PENGETUA

ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK Bagi Anugerah KOKURIKULUM TERBAIK LELAKI :

Pelajar ini telah menyandang anugerah

1. .

Pemenangnya IALAH .dari kelas.

Tahniah diucapkan.

Bagi Anugerah KOKURIKULUM TERBAIK PEREMPUAN

Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Vokasional Tingkatan 5 Anugerah kecemerlangan diteruskan lagi dengan pemberian Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Vokasional Tingkatan 5.

1. Pelajar ini telah menyandang anugerah .,

2. .

3. .

Anugerah ini jatuh kepada ..

Dari kelas .

Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Teknik Tingkatan 5 Kita teruskan lagi dengan Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Teknik Tingkatan 5.

Pelajar ini telah menyadang anugerah

1. Pelajar terbaik mengikut kursus Tingkatan 5 Aliran Teknik.

2. menyandang anugerah terbaik mata pelajaran Tingkatan 5 Aliran Teknik, bagi mata pelajaran..

3. Pelajar ini dari Tingkatan 5.

4.Pelajar tersebut Ialah, tidak lain dan tidak bukan ..

Anugerah kepada olahragawan & olahragawati Hadirin sekalian,

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, Sekolah Menengah Teknik Sibu sering menghantar wakil ke pelbagai pertandingan yang melibatkan sukan dan juga pertandingan-pertandingan di luar sekolah.

Sesungguhnya, pelajar yang aktif dan cemerlang dalam kegiatan kokurikulum merupakan ayam tambatan yang sangat berharga kepada sekolah. Namun, apa yang lebih penting kejayaan tersebut merupakan kejayaan dan pengalaman peribadi milik pelajar itu sendiri yang sangat berharga. Tambahan pula penglibatan yang aktif merupakan satu kelebihan kepada pelajar untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Untuk mengenang jasa dan pengorbanan pelajar yang paling aktif dalam kegiatan kokurikulum kepada pihak sekolah, anugerah olahragawan dan olahragawati diberikan.

ANUGERAH OLAHRAGAWAN ANUGERAH OLAHRAGAWAN

Pemenangnya telah;

1.

2.

3.

4.

5.

Oleh itu, anugerah Olahragawan 2010 disandang oleh .

Dari kelas

Syabas diucapkan.

ANUGERAH OLAHRAGAWATI Seterusnya ialah, anugerah olahragawati.

Kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya:

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7..

Jadi, pemenangnya jatuh kepada .. dari kelas..

TAhniah diucapkan.

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Akademik dan Kokurikulum 2010Akhirnya, kita akan mengetahui siapakah penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Akademik dan Kokurikulum iaitu anugerah yang paling hebat dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SEkolah Menengah TEknik Sibu 2009. Siapakah pelajar tersebut?

Pelajar ini telah menyadang anugerah

1. Pelajar terbaik mengikut kursus Tingkatan 5 Aliran .

2.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian En. Abdillah bin Johari menyampaikan sijil dan hadiah.

PENGACARA MAJLISMari menoreh si pohon getah,

Getah ditoreh banyak hasilnya,

Adat belajar senang dan susah,

Usaha pasti jaya hasilnya.

.

Majlis mengucapkan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang kurang berjaya jangan putus asa, tahun hadapan peluang terbuka lagi.

Nyanyian Lagu SekolahHadirin yang dihormati sekalian,

Bagi menaikkan semangat untuk terus berjuang dalam usaha mengharumkan nama sekolah, dan menyemarakkan kesetiaan dan cinta kepada sekolah Menengah Teknik Sibu, semua hadirin diminta berdiri dengan tegak dan ayuhlah nyanyian Lagu Sekolah dengan penuh semangat,.

Dipersilakan

Lagu selesai

Terima kasih diucapkan. Para hadirin dipersilakan duduk.

Warga dewan sekalian,

Bagi pihak majlis, kami merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih Kepada En. Abdillah bin Johari yang dipertua ibu bapa dan guru sekolah menengah teknik sibu, para jemputan, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam majlis ini.

Anugerah telah diberikan kepada mereka yang selayaknya. Semoga perjuangan diteruskan demi meraih kegemilangan pada masa hadpan. Dan apabila telah berjaya memetik bintang di langit, janganlah pula lupa rumput di bumi.

Kami mewakili Jawatankuasa majlis ini, ingin memohon maaf atas segala kekurangan

Tembaga emas tembaga suasa,

Jangan disimpan di dalam peti,

Kalau ada tersalah bahasa,

Jangan disimpan di dalam hati.

(1000 PAGI)

JAMUAN RINGANMajlis melabuhkan tirai dengan harapan sekolah menengah teknik sibu akan terus cemerlang.

Dengan sukacitanya, Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera.

MAJLIS BERSURAI

PAGE 10