5
SKRIP JURUACARA MAJLIS BICARA BUKU DAN PERKONGSIAN ILMU BERSAMA-SAMA PENGARAH TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK SAS, TANAH RATA MASA : 2.00PM TARIKH : 21/06/12 PENGACARA : PN NORAZLIAH ANI CUE ANN NOTA ETIKA MAJLIS Perhatian sidang hadirin, majlis akan bermula sebentar lagi. Molek kiranya saya nyatakan etika majlis yang harus dipatuhi. 1. Sila pastikan telefon bimbit dalam mod senyap atau tidak diaktifkan. 2. Berdiri semasa pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat. 3. Duduklah di kerusi-kerusi yang telah ditetapkan. 4. Minimakan bunyi suara agar tidak mengganggu majlis. 5. Menunggu tetamu kehormat meninggalkan dewan terlebih dahulu selepas majlis berakhir Sekian. Harap Maklum KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Yahaya b Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang. Lembut bicara mata bertentang Tangan dihulur penuh kemesraan Majlis bermula besulamkan kalam Ahlan wa sahlan selamat datang. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Yg Berbahagia, En. Yahaya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. 1

Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama

SKRIP JURUACARA MAJLIS BICARA BUKU DAN PERKONGSIAN ILMU BERSAMA-SAMA PENGARAH

TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK SAS, TANAH RATA

MASA : 2.00PM

TARIKH : 21/06/12

PENGACARA : PN NORAZLIAH ANI

CUE ANN NOTAETIKA MAJLIS Perhatian sidang hadirin, majlis akan bermula sebentar lagi. Molek kiranya

saya nyatakan etika majlis yang harus dipatuhi.1. Sila pastikan telefon bimbit dalam mod senyap atau tidak diaktifkan.2. Berdiri semasa pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu

kehormat.3. Duduklah di kerusi-kerusi yang telah ditetapkan.4. Minimakan bunyi suara agar tidak mengganggu majlis.5. Menunggu tetamu kehormat meninggalkan dewan terlebih dahulu

selepas majlis berakhirSekian. Harap Maklum

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Yahaya b Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang.

Lembut bicara mata bertentangTangan dihulur penuh kemesraanMajlis bermula besulamkan kalamAhlan wa sahlan selamat datang.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yg Berbahagia, En. Yahaya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.

1

Page 2: Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama

Yg Berusaha, Tn Hj Basirun b Abdullah Hayim, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands,.

Yg Berusaha En. Lew Kim Chun,Pegawai Pelajaran Daerah Benton (Jika hadir),

Barisan panel pembentang majlis bicara buku yang teridiri daripada para pengetua dan para guru penolong kanan sekolah-sekolah daerah Cameron Highlands,

Para guru besar, pegawai-pegawai PPDCH, guru-guru dan hadirin sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Biji selalsih boleh dimakanMenjadi perisa sedap tak terperiSelamat datang kami ucapkanBertambah seri majlis kami

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis, dipersilakan pula Al Fadhil Ustaz Hj Nordin Bin Jamari untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih ustaz atas bacaan doa itu tadi.

BICARA BUKUBuku adalah kunci kepada kebijaksanaanBuku adalah pintu dunia keseronokanBuku adalah jalan menuju kejayaanBuku adalah sahabat,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK KR menjadi pemukadimah bicara buku Raising Boys. Dipersilakan

2

Page 3: Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama

puan.

(tunggu sehingga panel akhir)

UCAPAN PENGARAH

Demikianlah tadi petah dan lancar para panel membicarakan intipati buku bertajuk Raising Boys

Majlis diteruskan dengan mempersilakan pula En Yahaya bin Zainal AbidinBagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

Tanam laguni tumbuh kelapaTerbit bunga pohonnya mati

Budi tuan kami tak lupaSudah terpahat di dalam hati

Penghargaan dan terima kasih, bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti datang.

PENYERAHAN BUKU ‘RAISING BOYS’

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Basirun, Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands mengiringi En Yahaya bin Zainal Abidin bagi menyempurnakan penyerahan buku ‘Raising Boys’ kepada En Lew Kim Chun, Pegawai Pelajaran Daerah Bentong.

Sempurnalah penyerahan buku. Terima kasih

CENDERAHATI KEPADA VIP

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Pn Nachammal a/p Nachimuthu mewakili Majlis Pengetua Sekolah Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Yahaya bin Zainal Abidin

Berikutnya majlis mempersilakan Tn Hj Basirun b Abdullah Hasyim menyampaikan

3

Page 4: Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama

cenderahati kepada En Yahaya bin Zainal Abidin.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Nachammal a/p Nachimuthu dan Tn Hj Basirun b Abdullah Hashim atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

PENUTUP DAN JAMUAN

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahi Taufiq wal Hidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dijemput kepada Yang Berbahagia En Yahaya bin Zainal Abidin, dif-dif jemputan para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan di Laman Selera SMK Sultan Ahmad Shah. Dipersilakan. Majlis bersurai.

4

Page 5: Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama

5