31
Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam Akhirnya datang Islam dengan undang-undang dan sistem-sistem yang sempurna untuk menerangi seluruh kegelapan dan membawa manusia ke jalan yang lurus lagi benar.Namun untuk menerapkan kesempurnaan yang di bawa bukanlah sesuatu yang mudah kerana masyarakat ketika itu telah sebati dengan amalan dan warisan peninggalan nenek moyang mereka. Secara berperingkat-peringkat sistem pewarisan diperkenalkan sebagaimana juga ketika larangan terhadap meminum minuman keras di lakukan. Sebagai langkah pertama, mereka dibiarkan dengan sistem pewarisan yang terdahulu dan apa yang di utamakan adalah dari sudut aqidah dan tauhid.Sehinggalah Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah dan disanalah baginda mahukan terbinanya sebuah masyarakat yang berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang merangkumi adat, pergaulan dan juga akhlak. Lantas baginda mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin serta menjadikan persaudaran ini sebagai salah satu diantara sebab-sebab pewarisan.Ini adalah kerana golongan Muhajirin telah terputus hubungan dengan kaum keluarga dan sanak saudara mereka termasuklah mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah.Pewarisan sebegini hanya tertumpu di kalangan orang-orang Islam di Madinah sahaja, manakala mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah (masih tinggal di Mekah) tidak dibolehkan untuk mewarisi waris mereka yang berhijrah. Maka turunlah Al-Quran untuk menjelaskan tentang persaudaraan dan pewarisan ini yang terbina dengan kalimah “La ila ha ila Allah”.Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal (ayat 72) yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat tinggal dan pertolongan, mereka itu antara satu sama lain lindung-melindungi.Dan orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah maka tiada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.Akan tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka.Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. Perkataan “Walayahdalam ayat tersebut membawa maksud perwarisan yang terbentuk disebabkan oleh “persaudaraan hukmiyah” diantara kaum Muhajirin dan Ansar.Mereka mewarisi antara satu sama lain sehinggalah Allah s.w.t memansuhkan ayat tersebut setelah keadaan Islam stabil. Apabila Islam telah berdiri kukuh dengan pembukaan Kota Mekah serta Islam telah menjadi agama anutan orang ramai, maka Allah memansuhkan pewarisan berbentuk demikian dan kembalilah sistem pewarisan Islam kepada keadaan asalnya.Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal (ayat75) yang bermaksud “Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu, maka orang-orang itu termasuk golonganmu jua.Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada orang yang bukan dari kerabatnya) di dalam kitab Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Sistem Pewarisan Islam

  • Upload
    paklurs

  • View
    52

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pewarisan dalam islam

Citation preview

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Akhirnya datang Islam dengan undang-undang dan sistem-sistem yang sempurna untuk

    menerangi seluruh kegelapan dan membawa manusia ke jalan yang lurus lagi

    benar.Namun untuk menerapkan kesempurnaan yang di bawa bukanlah sesuatu yang

    mudah kerana masyarakat ketika itu telah sebati dengan amalan dan warisan peninggalan

    nenek moyang mereka.

    Secara berperingkat-peringkat sistem pewarisan diperkenalkan sebagaimana juga ketika

    larangan terhadap meminum minuman keras di lakukan. Sebagai langkah pertama,

    mereka dibiarkan dengan sistem pewarisan yang terdahulu dan apa yang di utamakan

    adalah dari sudut aqidah dan tauhid.Sehinggalah Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah

    ke Madinah dan disanalah baginda mahukan terbinanya sebuah masyarakat yang

    berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang merangkumi adat, pergaulan dan juga

    akhlak.

    Lantas baginda mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin serta menjadikan

    persaudaran ini sebagai salah satu diantara sebab-sebab pewarisan.Ini adalah kerana

    golongan Muhajirin telah terputus hubungan dengan kaum keluarga dan sanak saudara

    mereka termasuklah mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah.Pewarisan

    sebegini hanya tertumpu di kalangan orang-orang Islam di Madinah sahaja, manakala

    mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah (masih tinggal di Mekah) tidak

    dibolehkan untuk mewarisi waris mereka yang berhijrah.

    Maka turunlah Al-Quran untuk menjelaskan tentang persaudaraan dan pewarisan ini yang

    terbina dengan kalimah La ila ha ila Allah.Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal (ayat 72) yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah

    serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang

    memberikan tempat tinggal dan pertolongan, mereka itu antara satu sama lain

    lindung-melindungi.Dan orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah maka

    tiada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka

    berhijrah.Akan tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan

    pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum

    yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka.Dan Allah Maha Melihat apa

    yang kamu kerjakan. Perkataan Walayah dalam ayat tersebut membawa maksud perwarisan yang terbentuk disebabkan oleh persaudaraan hukmiyah diantara kaum Muhajirin dan Ansar.Mereka mewarisi antara satu sama lain sehinggalah Allah s.w.t memansuhkan ayat tersebut

    setelah keadaan Islam stabil.

    Apabila Islam telah berdiri kukuh dengan pembukaan Kota Mekah serta Islam telah

    menjadi agama anutan orang ramai, maka Allah memansuhkan pewarisan berbentuk

    demikian dan kembalilah sistem pewarisan Islam kepada keadaan asalnya.Firman Allah

    s.w.t dalam Surah Al-Anfal (ayat75) yang bermaksud Dan orang-orang yang beriman

    sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu, maka orang-orang itu

    termasuk golonganmu jua.Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu

    sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada orang yang bukan dari

    kerabatnya) di dalam kitab Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala

    sesuatu.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Keadaan yang sama juga dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al-Ahzab (ayat 6) yang

    bermaksud Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri

    dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.Dan orang-orang yang mempunyai

    hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah

    daripada orang mukmin dan orang-orang Muhajirin kecuali kalau kamu mahu

    berbuat baik kepada saudara-saudaramu(seagama).Adalah yang demikian telah

    tertulis di dalam Kitab Allah. Seterusnya Islam membatalkan pewarisan yang melibatkan anak atau keluarga angkat

    sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Ahzab (ayat 40) yang bermaksud Muhamad

    itu sekali-kali bukanlah bapa seorang lelaki diantara kamu tetapi dia adalah

    Rasulullah dan Nabi yang terakhir.Dan Allah Maha Mengetahui akan segala

    sesuatu. Pada zaman permulaan Islam, orang-orang Islam di berikan hak sepenuhnya untuk

    menulis wasiat, dengan syarat wasiat tersebut hendaklah ditujukan kepada ibu-bapa dan

    sanak saudara.Namun kemudiannya Islam telah mengenakan syarat, wasiat hanyalah

    kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga daripada harta peninggalan.

    Begitu juga Islam telah menghapuskan adat buruk masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu

    melarang kaum wanita dan kanak-kanak dari mendapat pembahagian harta pusaka.Islam

    mengiktiraf hak wanita dan kanak-kanak dan meletakkan mereka di dalam golongan

    orang-orang yang berhak menerima harta pusaka.Sepertimana firman Allah s.w.t dalam

    Surah An-Nisa (ayat 7) yang bermaksud Bagi lelaki ada bahagian dari harta

    peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada bahagian dari peninggalan

    ibu-bapa dan kerabatnya,baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang

    ditetapkan. Begitulah pendekatan Islam yang berperingkat-peringkat dalam mensyariatkan sistem

    pewarisan yang lengkap dan sempurna untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan umat

    manusia di dunia mahupun di akhirat.Pembaharuan tersebut dijelaskan oleh Allah dalam

    Al-Quran (Surah An-Nisaa ayat 11-12) dengan jelas dan terang untuk membuktikan bahawasanya Islam adalah sebuah agama yang merangkumi segala aspek kehidupan.

    Sistem pewarisan Islam telah membawa beberapa pembaharuan dimana golongan wanita,

    kanak-kanak telah diiktiraf dan diberikan hak dalam pembahagian harta pusaka.Perakuan

    hak untuk mewarisi harta pusaka setiap waris dari kedua-dua susur galur lelaki dan

    wanita serta merangkumi semua lapisan waris tidak kira tua atau muda, besar atau kecil

    bahkan sehingga janin dan bayi dalam kandungan.

    Ini adalah kerana Islam memartabatkan kedudukan wanita dan sumbangan mereka

    kepada keluarga, masyarakat dan negara.Hak memperolehi bahagian harta pusaka

    ditentukan berasaskan hubungan kerabat, akad perkahwinan dan akidah yang

    sama.Susunan institusi kekeluargaan di dalam Islam adalah berkait rapat dengan sistem

    pewarisan.Ini memandangkan masyarakat terbina di atas beberapa unit keluarga dan

    Islam amat menghargai peranan yang di mainkan oleh setiap ahli keluarga.Lantaran itu

    hak untuk mewarisi diberikan kepada anggota keluarga yang terdekat dengan simati dan

    mereka yang menuntut harta pusaka mestilah membuktikan bahawa mereka adalah layak

    dan sah mewarisi tanpa dihalang oleh sebarang faktor. Sistem pewarisan Islam

    mengenakan peraturan yang ketat di dalam pembahagian pusaka di mana kadar minimum

    2/3 dari harta pusaka adalah tertakluk kepada mekanisma faraid.Selebihnya adalah

    tertakluk kepada penyelesaian transaksi-transaksi lain seperti wasiat, hibah, wakaf dan

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    sebagainya.Pemilikan merupakan hubungan yang dikaitkan antara manusia dan harta,

    dengan pemilikan manusia mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang difikirkan

    perlu keatas harta tersebut.Apabila hubungan ini terjalin, manusia dinamakan pemilik

    manakala harta pula dinamakan sebagai sesuatu yang dimiliki.Sudah menjadi tabiat

    semulajadi manusia, mengumpul dan menambah harta kekayaan, manusia juga

    memerlukan harta selagi hayat masih dikandung badan.Apabila manusia menemui ajal

    maka hak pemilikannya turut lenyap dan luput.Adalah menjadi satu keperluan untuk

    mendapatkan pemilik baru sebagai ganti bagi mengurus harta yang ditinggalkan dan

    memperolehi faedah-faedah daripada harta peninggalan tersebut.

    Bahagian 5

    Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam

    Pengurusan pewarisan dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini

    dimana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Antara cabarannya ialah

    kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh

    mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri,

    ibu bapa, anak beranak, saudara mara atau sebagainya. Apabila kebendaan dijadikan kayu

    ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga mudah menjadi porak

    peranda.

    Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya

    kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut

    sebagai ilmu faraid.

    Ini adalah kerana ilmu faraid merupakan ilmu yang mula-mula diangkat dari umat

    manusia. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :

    Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada

    ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.(Riwayat Ahmad)

    Sesungguhnya ilmu faraid itu dicabut bukan dengan dicabut dari manusia tetapi dengan

    kematian para ulama yang boleh membicarakannya. Ini sesuai dengan sebuah hadis

    Rasulullah s.a.w :

    Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak

    tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin,

    menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan

    kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula (Mutafaq alaih)

    Seperdua daripada ilmu

    Sesungguhnya pada masa ini tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam ilmu

    faraid jika dibandingkan dengan ilmu fiqh lain seperti solat, puasa dan lain-lain

    sedangkan hadis yang pertama di atas menerangkan tentang betapa pentingnya ilmu

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    faraid sehinggakan di anggap sebagai seperdua daripada ilmu. Dalam hadis yang lain,

    Rasulullah s.a.w. bersabda :

    Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia, maka sesungguhnya akulah orang yang didalam genggaman Allah dan bahawa ilmu faraid

    itu kelak akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua

    orang mengenai faraid, maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang

    menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya. (Ibnu Majah)

    Hadis-hadis di atas nampaknya memperkatakan apa yang sedang berlaku pada masa ini

    kerana tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam bidang faraid. Malah tidak

    banyak surau atau masjid yang membicarakan tentang ilmu faraid sebaliknya kuliah-

    kuliah yang diadakan di kebanyakkan masjid berputar disekitar rukun Islam yang lima.

    Rata-rata seseorang yang ingin mengetahui tentang ilmu faraid terpaksa menunggu

    seminar atau bengkel yang jarang sekali di adakan. Ini adalah kerana untuk memahami

    ilmu faraid, seseorang itu harus menggarap dengan baik ilmu usul dan ilmu hisab sekali

    gus.

    Pemahaman terhadap faraid

    Mungkin kurangnya kefahaman tentang ilmu faraid membuat sebahagian umat Islam

    memberikan komen yang negatif terhadap ilmu faraid. Sebaliknya mereka yang faham

    tentang ilmu faraid telah memberikan komen yang baik walaupun mereka terdiri daripada

    orientalis yang sentiasa mencari jalan untuk memperlecehkan hukum Islam. Sebagai

    contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan Pembahagian harta

    pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling

    baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of

    Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan, Undang-

    undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian

    teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam

    ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa

    sekalipun, boleh ditentukan.

    Waris-waris yang berhak menerima harta pusaka

    Kepentingan ilmu faraid mendapat tempat di dalam Al-Quran; yang mana Al-Quran

    sendiri menerangkan dengan agak panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka

    sedangkan ianya bukan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Menurut

    seorang mufassirin yang terkenal, Imam Ibnu Kathir, terdapat tiga ayat utama di dalam

    Al-Quran yang menerangkan tentang pembahagian harta pusaka iaitu di dalam surah An-

    Nisa ayat 11, 12 dan 176. Dalam ayat 11 Allah berfirman :

    Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak

    perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka

    dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka

    ia memperoleh seperdua harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-

    masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi

    oleh ibu-bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu

    mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-

    pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah

    dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak

    mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa'atnya bagimu.

    Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha

    Bijaksana. (4:11)

    Seterusnya dalam ayat 12 Al-Quran menyatakan :

    Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak,

    maka kamu mendapat seperempat dariharta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi

    wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri

    memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai

    anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperlapan dari

    harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan)

    sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun

    perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi

    mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan

    (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.

    Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu

    dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah

    dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah

    menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan

    Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (4:12)

    Kedua-dua ayat tersebut menerangkan dengan panjang lebar tentang bahagian-bahagian

    yang diperuntukkan kepada ibu, bapa, serta isteri atau suami. Ayat 12 juga menerangkan

    bahagian saudara kandung seibu, samada lelaki atau perempuan. Walaupun kedua-dua

    ayat tersebut agak jelas, namun kefahaman tentang ilmu faraid itu bergantung daripada

    satu lagi sumber syariah : iaitu As-Sunnah atau dikenali juga dengan Al-Hadis.

    Berdasarkan kepada Al-Quran, Al-Hadis serta pandangan dan pendapat sahabat, para

    ulama telah membuat beberapa rumusan bagi memudahkan orang awam seperti kita

    untuk mengetahui tentang pembahagian harta pusaka menurut Islam. Mereka menyatakan

    waris-waris yang layak menerima harta pusaka adalah seperti berikut :

    Dari pihak lelaki

    Anak lelaki

    Cucu lelaki dari anak lelaki

    Bapa

    Datuk sebelah bapa ke atas

    Saudara sekandung

    Saudara seayah

    Saudara seibu

    Anak lelaki dari saudara sekandung

    Anak lelaki dari saudra seayah

    Bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si mati.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati.

    Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah).

    Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah)

    Suami

    Bahagian 6

    Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam

    Dari pihak perempuan

    Anak perempuan

    Cucu perempuan dari anak lelaki dan terus ke bawah

    Ibu

    Nenek sebelah bapa dan ke atas

    Nenek sebelah ibu dan ke atas

    Saudara perempuan sekandung

    Saudara perempuan sebapa

    Saudara perempuan seibu

    Isteri

    Sehubungan dengan ini, jika kesemua waris ada, yang berhak menerima pusaka hanya

    suami atau isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan sementara yang lain tidak

    dapat mewarisi. Waris-waris yang lain, yang berada diluar bulatan pertama dihijab atau di

    dinding oleh lima waris ini. (Perbincangan mengenai hijab akan dibincangkan pada siri-

    siri akan datang). Gambarajah dibawah menunjukkan lima waris utama yang berhak

    menerima pusaka jika semua waris berkumpul.

    Bahagian yang telah ditetapkan Sebenarnya ilmu faraid tidaklah susah; asasnya boleh

    dikuasai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya. Cuma, apabila kita

    sampai ketahap yang lebih mendalam, barulah kita mendapati perkara yang berkaitan

    dengan faraid agak sukar diselesaikan. Untuk kes-kes biasa, di mana simati

    meninggalkan waris-waris utama iaitu suami atau isteri, ibu bapa dan anak-anak, tidaklah

    sukar. Kedua-dua ayat al-Quran di atas, iaitu ayat 11 dan ayat 12 Surah An-Nisa dapat

    dijadikan panduan. Berdasarkan kepada ayat-ayat dan gambarajah di atas, kita boleh

    membuat kesimpulan bahawa pada amnya ibu bapa mendapat 1/6 daripada harta pusaka,

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    isteri mendapat jika suami yang meninggal tidak meninggalkan anak dan 1/8 jika

    suami yang meninggal ada meninggalkan anak. Begitu pula suami mendapat 1/2 jika

    isteri yang meninggal tiada meninggalkan anak dan 1/4 jika isteri yang meninggal ada

    meninggalkan anak. Baki daripada harta pusaka adalah untuk anak-anak dimana anak

    lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan. Jadual berikut memberikan

    penerangan mengenai perkara ini.

    Waris Bahagian Kenyataan didalam Al-Quran*

    Suami 1/2 Jika isteri tidak ada meninggalkan anak

    1/4 Jika isteri ada meninggalkan anak

    Isteri 1/4 Jika suami tidak ada meninggalkan anak

    1/8 Jika suami ada meninggalkan anak

    Anak perempuan 1/2 Jika seorang sahaja dan tiada anak lelaki

    2/3 Jika lebih daripada seorang dan tiada anak lelaki

    Ibu 1/3 Jika yang tinggal ibu dan bapa sahaja

    1/6

    Bapa 1/6

    Ulama ada membuat penafsiran mengenai kenyataan-kenyataan tersebut tetapi

    disini diterjemahkan secara literal sahaja. Bahagian-bahagian akan datang akan

    menjelaskan dengan lebih terperinci.

    Cara penyelesaian Sebagai contoh, katakan seorang lelaki meninggal dunia dan

    meninggalkan ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Maka

    disini ibu bapa masing-masing akan mendapat 1/6 setiap seorang, isteri mendapat 1/8

    (kerana suami meninggal ada meninggalkan anak) dan bakinya adalah untuk anak-anak

    dibahagikan mengikut kadar 2:1 bagi lelaki : perempuan. Cara untuk menyelesaikan

    masalah untuk kes-kes seperti di atas adalah seperti berikut :

    1. Berikan bahagian suami/isteri jika ada 2. Berikan bahagian ibu jika ada 3. Berikan bahagian bapa jika ada 4. Campurkan semua, katakan jawapannya S 5. Tolak daripada 1 (iaitu 1-S) dan dapatkan baki, katakan B 6. Ambil bilangan anak lelaki dan darab dua, katakan 2b 7. Campurkan dengan bilangan anak perempuan, katakan p 8. Bahagian setiap anak lelaki = 2/(2b+p) X B 9. Bahagian setiap anak perempuan = 1/(2b+p) X B

    Untuk mendapatkan S, kita hendaklah mencari gandaan sepunya terkecil (GSTK) bagi

    jumlah bahagian-bahagian suami/isteri, ibu dan bapa. Untuk kes di atas, GSTK ialah 24

    kerana 24 adalah gandaan terkecil yang boleh dibahagi oleh 6, (iaitu penyebut bagi

    bahagian ibu dan bapa) dan 8, iaitu penyebut bagi bahagian isteri. Jadi, 1/6 bersamaan

    dengan 4/24 dan 1/8 bersamaan dengan 3/24. Maka S ialah :

    S = 1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24

    Maka baki B yang boleh dibahagikan kepada anak-anak ialah 1 11/24 = 13/24.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Untuk mendapatkan bahagian setiap anak lelaki dan perempuan, darab bilangan anak

    lelaki dengan 2 dan tambah dengan bilangan anak perempuan iaitu 1 X 2 + 3 = 5. Maka

    bahagian anak lelaki ialah 2/5 X 13/24 dan bahagian setiap anak perempuan ialah 1/5 X

    13/24. Penyelesaian sepenuhnya adalah seperti berikut :

    Bahagian anak lelaki ialah : 2/5 X 13/24 = 26/120

    Bahagian setiap anak perempuan ialah : 1/5 X 13/24 = 13/120

    Bahagian ibu dan bapa masing-masing ialah 1/6 = 4/24 = 20/120

    Bahagian isteri ialah 1/8 = 3/24 = 15/120

    Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada masalah tersebut.

    Kaedah di atas juga boleh digunakan asalkan terdapat anak lelaki dan anak perempuan.

    Katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, seorang anak lelaki dan

    seorang anak perempuan. Dalam kes ini, berdasarkan kepada ayat 12, isteri mendapat 1/8.

    Jadi bakinya ialah 7/8. Anak lelaki akan mendapat dua kali ganda anak perempuan.

    Berdasarkan kepada keadah di atas, anak lelaki akan mendapat 2/3 X 7/8 iaitu 14/24 dan

    anak perempuan akan mendapat 1/3 X 7/8 = 7/24.

    Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada masalah tersebut.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Sebagai contoh yang lain, mungkin pembaca boleh menyelesaikan masalah berikut.

    Katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, bapa, dua orang anak

    lelaki dan tiga orang anak perempuan. Berapakah bahagian isteri dan setiap anak lelaki

    dan perempuan?

    Bahagian 7

    Hak Wanita dalam Sistem Pewarisan Islam

    Dalam bahagian sebelum ini (bahagian ketiga), kita membicarakan bagaimana sebelum

    kedatangan Islam, anak-anak perempuan, malah semua perempuan, termasuk isteri dan

    ibu, tidak layak menerima warisan atau harta pusaka. Sebaliknya, orang lelaki dewasa

    sahaja yang boleh mewarisi; itupun hanya mereka yang mampu menggunakan panah dan

    menunggang kuda, yang layak menerima harta pusaka.

    Kemudian ayat berikut diturunkan untuk menjelaskan bahawa Islam mengiktiraf wanita

    dan memberikan mereka hak untuk mempusakai harta. Bagi orang laki-laki ada hak

    bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada

    hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit

    atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (An-Nisa : 7)

    Pengiktirafan wanita dan hak mereka mewarisi ini dirakamkan oleh dua buah hadis

    Rasulullah s.a.w yang kemungkinan berlaku pada waktu yang hampir sama, iaitu tidak

    lama selepas perang Uhud. Menurut satu riwayat, sebab turunnya ayat ini adalah kerana

    seorang Ansar yang bernama Aus bin Thabit al-Ansari telah meninggal dunia dan

    meninggalkan seorang isteri yang bernama Ummu Kahlah, tiga orang anak perempuan

    dan dua orang saudara lelaki yang bernama Suwaid dan Arfajah. Ummu Kahlah telah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, Ya Rasulullah! Aus bin Thabit telah

    meninggal dunia. Dia meninggalkan 3 orang anak perempuan dan seorang isteri iaitu

    saya. Saya tidak mempunyai suatu apa pun untuk mereka, padahal harta pusaka yang

    ditinggalkan boleh dikatakan banyak. Tetapi telah dikuasai oleh Suwaid dan Arfajah. Sedikit pun mereka tidak memberikannya kepada kami sehinggakan anak-anak yang

    dalam jagaan saya itu tidak makan dan tidak minum

    Rasulullah s.a.w telah memanggil keduanya dan bertanyakan hal tersebut. Mereka

    menjawab, Ya Rasulullah! Anak dia tidak tahu menunggang kuda, tidak berdaya

    menanggung beban dan tidak dapat menewaskan musuh. Kamilah yang berhak

    kepada pusaka, bukan dia.

    Sebab-sebab turunnya ayat

    Kemudian ayat tersebut diturunkan untuk menjelaskan bahawa bukan orang lelaki sahaja

    layak menerima harta pusaka, sebaliknya orang perempuan juga berhak menerima

    pusaka. Cuma yang berbeza samada banyak atau sedikit. Berbalik kepada peristiwa di

    atas, setelah mendengar jawapan mereka, Rasulullah s.a.w berkata, Janganlah kamu

    bahagikan harta Aus itu sedikitpun kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan

    bahagian anak-anaknya dari peninggalannya, dan ini belum lagi diterangkan

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Namun ayat tersebut belum lagi menerangkan secara jelas bahagian-bahagian pusaka

    yang layak diterima oleh wanita. Kemudian barulah ayat-ayat berikut diturunkan, yang

    menerangkan dengan panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka. Al-Quran

    menyatakan:Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-

    anakmu. Iaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak

    perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bahagikan

    mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan ... (An-Nisa : 11)

    Seterusnya Al-Quran menyatakan ...Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri

    memperoleh seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan... (An-Nisa : 12)

    Menurut satu lagi riwayat, antara sebab turunnya ayat di atas adalah mengenai isteri

    Saad bin Rabi. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir, katanya : isteri Saad bin Rabi telah menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, Ya Rasulullah, ini adalah dua orang anak perempuan Saad bin Rabi. Bapa budak-budak ini telah mati syahid kerana ikut bertempur bersama tuan hamba di Uhud. Bapa saudara mereka berdua

    telah mengambil harta mereka sehingga tidak ada yang ditinggalkannya untuk

    mereka. Kedua-dua budak ini tidak dapat berkahwin kecuali mereka ada

    harta.Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda Allah akan memutuskan perkara ini.

    Selepas turunnya ayat mawarith, Rasulullah s.a.w. mengutus kepada bapa saudara

    mereka dan bersabda " Berikan dua-pertiga kepada kedua anak perempuan Sa`ad dan

    seperlapan kepada ibu mereka dan selebihnya untuk kamu.

    Keprihatinan Islam

    Sehubungan dengan ini kita dapati Islam memberikan beberapa hak kepada wanita.

    Malah Al-Quran sendiri dengan jelas memberikan bahagian hak kepada wanita terutama

    anak perempuan, ibu dan isteri walaupun agak terbatas. Dalam kes di atas, lebihan

    daripada harta pusaka, setelah ditolak bahagian isteri dan dua orang anak perempuan,

    diberikan kepada saudara lelaki Sa`d bin Ar-Rabi`. Ini adalah kerana saudara lelaki

    merupakan asabah (akan diterangkan dalam bahagian asabah) yang menghabiskan lebihan harta pusaka.

    Mungkin ada di antara pembaca yang terkejut kerana dalam kes tersebut bahagian

    saudara melebihi daripada bahagian isteri. Malah dalam keadaan tertentu bahagian

    saudara lelaki melebihi bahagian isteri sehingga tiga kali ganda. Sebagai contoh, katakan

    seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak

    perempuan dan seorang saudara lelaki. Dalam keadaan ini, merujuk kepada ayat 11 dan

    12 Surah An-Nisa, isteri akan mendapat satu perlapan, seorang anak perempuan setengah

    dan selebihnya, iaitu tiga perlapan adalah bahagian saudara lelaki. Bahagian waris seperti

    kes diatas digambarkan seperti berikut :

    Waris terdiri daripada seorang isteri, seorang

    anak perempuan dan seorang saudara lelaki

    Waris terdiri daripada seorang isteri, dua orang

    anak perempuan dan seorang saudara lelaki

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Bahagian 8

    Hak Wanita dalam Sistem Pewarisan Islam

    Jadi disini seolah-olah isteri sebagai wanita tidak mendapat hak yang sepatutnya.

    Disamping itu ayat 11 Surah An-Nisa memberikan bahagian anak lelaki dua kali ganda

    bahagian anak perempuan. Sehubungan dengan ini mungkin terdapat beberapa pihak

    yang mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam dengan mengatakan

    bahawa Al-Quran meletakkan wanita dikelas kedua. Ini adalah kerana mereka tidak

    mengkaji hukum Islam secara menyeluruh. Sebagai contoh, anak lelaki diberikan

    bahagian dua kali ganda bahagian anak perempuan kerana lelaki dipertanggungjawabkan

    untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan bukannya perempuan. Jika anak lelaki dan

    anak perempuan mendapat bahagian sama banyak sedangkan anak lelaki tadi mempunyai

    tanggungjawab yang berlebihan; iaitu memberikan nafkah kepada isteri (menantu simati)

    dan anak-anaknya (cucu simati) sedangkan anak perempuan tidak dibebankan

    tanggungjawab tersebut. Sebaliknya suami beliau, iaitu menantu simati yang di

    pertanggungjawabkan untuk memikul beban tersebut. Disini jelas bahawa Islam

    memberikan hak bersesuaian dengan tanggungjawab.

    Kesaksamaan

    Sebaliknya apa yang berlaku di zaman moden ini ialah sistem kekeluargaan telah menjadi

    kucar kacir kerana sesetengah wanita menuntut hak yang sama dengan lelaki tetapi

    mereka ingin mengekalkan tanggungjawab yang sedikit. Sebagai contoh seorang wanita

    Muslim inginkan hak untuk bekerja, meninggalkan rumah dan mendapatkan gaji tetapi

    mereka menuntut agar suami menanggung semua perbelanjaan rumah dan menyara anak-

    anak sehinggakan kadang-kadang sang suami terpaksa menanggung hutang yang banyak

    sedangkan sang isteri dapat menyimpan wang dan membeli perhiasan yang mahal. Begitu

    juga dengan sesetengah pihak lelaki; mereka mahukan bahagian dua kali ganda saudara

    perempuan mereka tetapi menyerahkan kepada saudara perempuan untuk menjaga ibu tua

    yang telah kematian suami. Keporakperandaan sesuatu keluarga ini terjadi kerana

    berpunca daripada sikap cintakan dunia dan kebendaan dan tidak mempunyai keyakinan

    kepada ketetapan dan peraturan yang Allah telah berikan melalui Al-Quran dan As-

    Sunnah.

    Sesetengah pihak menyarankan agar sistem kekeluargaan dan sistem perwarisan

    dirombak untuk menyesuaikan dengan zaman moden dengan mencadangkan agar

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    bahagian lelaki diberikan sama banyak dengan bahagian wanita. Mereka seterusnya

    mencadangkan juga agar wanita (isteri) hendaklah bertanggungjawab dalam memberi

    nafkah anak-anak dan menyediakan perbelanjaan isirumah serta lain-lain perbelanjaan

    termasuk pendidikan anak-anak. Malah inilah yang telah berlaku di barat. Sehubungan

    dengan ini, amatlah wajar bagi setiap orang menyedari bahawa Allah lebih mengetahui

    tentang perkara yang berkaitan dan sebijak mana pun manusia mereka tidak dapat

    menandingi ilmu Allah. Berhubung dengan harta pusaka, Al-Quran menyatakan ....Ini

    adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi

    MahaBijaksana (An-Nisa : 11). Seterusnya Al-Quran menyatakan, ....(Allah

    menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan

    Allah Maha Mengetahui lagi MahaPenyantun (An-Nisa : 12).

    Teliti

    Perlu diingatkan bahawa Al-Quran bukan sahaja menyatakan dengan jelas hak wanita

    yang terdekat iaitu ibu, isteri dan anak perempuan, tetapi juga menyatakan bahagian-

    bahagian untuk kaum wanita yang lain iaitu saudara perempuan. Al-Quran juga

    memperuntukkan hak saudara-saudara perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu;

    sebagai contoh, jika simati tidak mempunyai anak. Sehubungan dengan ini Al-Quran

    menyatakan Mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah. Katakanlah :"Allah

    memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (iaitu) : jika seorang meninggal dunia, dan

    ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya

    yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang

    laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai

    anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang,maka bagi keduanya dua pertiga

    dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu

    terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang

    saudaralaki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah

    menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha

    Mengetahui segala sesuatu (An-Nisa : 176)

    Ayat ini menunjukkan kepada kita seolah-olah saudara perempuan mengambil tempat

    anak perempuan jika simati tidak mempunyai anak perempuan. Walaubagaimanapun,

    para ulama kita menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan saudara lelaki dan saudara perempuan ialah saudara sekandung; iaitu saudara seibu sebapa. Jika tiada saudara kandung, ianya diertikan kepada saudara sebapa. Ayat tersebut tidak berlaku

    kepada saudara (lelaki atau perempuan) seibu kerana hak-hak saudara perempuan seibu

    sebapa telah dinyatakan dalam ayat 12 Surah An-Nisa: ..........Jika seseorang mati, baik

    laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan

    anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara

    perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu

    seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka

    mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat

    olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada

    ahli waris). ....... (An-Nisa : 12)

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Bahagian 9

    Konsep asabah dalam faraidh

    Dalam bahagian-bahagian yang lalu kita telah membicarakan tentang jenis-jenis waris.

    Sehubungan dengan ini para ulama kita telah membahagikan waris yang berhak menerima harta pusaka simati kepada tiga jenis; iaitu ashabul furudh, asabah dan dzawil arham. Ashabul furudh adalah mereka yang ahli waris yang mendapat bahagian tetap

    seperti apa yang dinyatakan secara langsung atau tak langsung oleh Al-Quran.

    'Asabah pula menurut istilah para fuqaha ialah ahli waris yang tidak disebutkan

    banyaknya bahagian mereka di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan tegas. Sebagai

    contoh, anak lelaki ialah asabah kerana berapa banyak bahagiannya tidak ditentukan oleh Al-Quran. Pengertian asabah di kalangan ulama faraidh ialah orang yang membolot atau menghabiskan seluruh baki harta warisan setelah ashabul furudh menerima dan

    mengambil bahagian masing-masing.

    Memandangkan bahawa tiada nas yang menetapkan bahagian asabah, mungkin ada di antara pembaca yang bertanya, Apakah dalil yang menyatakan bahawa para asabah berhak menghabiskan harta perwarisan. Sehubungan dengan ini terdapat ayat al-Quran

    dan hadith yang menunjukkan bahawa asabah berhak membolot atau menghabiskan harta warisan. Sebagai contoh, Al-Quran menyatakan, ..dan untuk dua orang ibu bapa,

    bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal

    itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia

    diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga... (an-Nisa': 11).

    Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa bahagian kedua orang tua (ibu dan bapa) masing-

    masing ialah seperenam (1/6) apabila simati mempunyai anak (keturunan). Akan tetapi

    apabila simati tidak mempunyai anak, maka seluruh harta peninggalannya menjadi milik

    kedua ibubapanya. Ayat tersebut juga menyatakan bahawa apabila simati tidak

    mempunyai anak, maka ibu mendapat sepertiga (1/3). Namun, ayat tersebut tidak

    menjelaskan berapa banyak bahagian bapa. Sehubungan degan ini kita dapat membuat

    kesimpulan bahawa bapa mendapat dua per tiganya (2/3) daripada harta tersebut; iaitu ia

    menghabiskan harta tersebut sesuai dengan pengertian asabah.

    Dalam satu ayat yang dikenali dengan ayat kalalah, Al-Quran menyatakan, "...jika

    seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara

    perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang

    ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mempusakai (seluruh harta saudara

    perempuan), jika ia tidak mempunyai anak...." (an-Nisa': 176).

    Pengertian kalimah "wahuwa yaritsuha" memberi isyarat bahwa seluruh harta

    peninggalan menjadi hak saudara lelaki jika simati tidak mempunyai anak dan inilah juga

    pengertian asabah yang dimaksudkan oleh para fuqaha faraidh.

    Disamping itu terdapat juga hadith yang menunjukkan asabah menghabiskan harta. Sebagai contoh Rasulullah saw bersabda, "Berikanlah faraidh kepada ahlinya, dan jika

    ada baki, ianya adalah untuk lelaki yang paling utama. " (HR Bukhari) Hadith ini dengan

    jelas menunjukkan bahawa asabah menghabiskan harta pusaka simati.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Asabah terbahagi kepada tiga; asabah binnafsihi (asabah dengan sendiri), asabah bil ghair (asabah dengan yang lain) dan asabah maal ghair (asabah dengan yang lain). Asabah binnafsihi terdiri daripada waris-waris lelaki daripada sebelah lelaki. Mereka terdiri daripada :

    Anak lelaki

    cucu lelaki dari anak lelaki sehingga kebawah

    bapa

    datuk sebelah bapa sehingga ke atas

    saudara lelaki sekandung

    saudara lelaki sebapa

    anak lelaki saudara lelaki sekandung

    anak lelaki saudara lelaki sebapa

    bapa saudara lelaki sekandung

    bapa saudara lelaki sebapa

    anak bapa saudara lelaki sekandung

    anak bapa saudara lelaki sebapa

    Asabah binafsihi merupakan golongan yang terbesar dikalangan asabah. Perlu dinyatakan disini bahawa selalunya apabila disebut asabah sahaja ia membawa maksud asabah binnafsihi. Asabah menghabiskan harta hanya apabila ashabul furudh mendapat bahagian masing-masing. Sehubungan dengn ini, jika tiada lebihan (baki) daripada harta

    pusaka tersebut, maka asabah tidak berhak menerima apa-apa. Sebagai contoh, seorang isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami, anak perempuan dan saudara lelaki.

    Dalam kes ini suami mendapat bahagian setengah (1/2) daripada harta pusaka dan anak

    perempuan mendapat setegah lagi; maka saudara lelaki tidak mendapat apa-apa kerana

    suami dan anak perempuan sebagai ashabul furudh telah menghabiskan kesemua harta

    pusaka simati.

    Dalam menentukan keutamaan antara asabah, caranya adalah sama seperti yang diterangkan didalam bahagian hijab; iaitu mengikut hukum Jabari. Ini adalah kerana

    asabah yang paling utama menghabiskan harta pusaka; dengan itu secara tak langsung ia menghijab asabah yang lain.

    Bahagian 10

    Hak Wanita Dalam Sistem Pewarisan Islam Beberapa permasalahan tentang bahagian ibu

    Dalam bahagian lepas, kita telah membicarakan bahagian isteri dan bahagian anak

    perempuan. Kali ini kita membicarakan tentang satu lagi golongan perempuan yang

    terdekat dengan simati iaitu ibu. Al-Quran menjelaskan bahawa ibu mendapat satu per

    enam atau satu per tiga daripada harta pusaka. Ini dijelaskan melalui ayat ...Dan untuk

    dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan,

    jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak

    mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat

    sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya

    mendapat seperenam ... (An-Nisa : 11)

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Sesetengah daripada kita mungkin bertanya, Jika ibu berserta bapa berhak mendapat satu per enam seorang, bukankah ini melebihi bahagian anak-anak, terutama simati yang

    mempunyai anak yang ramai?. Persoalan tersebut timbul kerana naluri manusia yang inginkan yang sebaiknya untuk anak-anak mereka. Mereka kadang-kadang merasakan

    bahawa ibu-bapa tidak perlu kepada harta pusaka kerana sebab-sebab yang mereka lebih

    arif. Itu memang benar, tetapi Allah lebih mengetahui dan Allah memberikan jawapannya

    lebih awal dengan firmanNya, (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak

    mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa'atnya bagimu.

    Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha

    Bijaksana. (Akhir ayat 11 Surah An-Nisa)

    Bahagian ibu

    Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ibu

    mendapat bahagian satu perenam daripada harta pusaka dalam keadaan berikut :

    1. Apabila simati meninggalkan anak, samada lelaki atau perempuan, seorang ataupun banyak. Para ulama juga menyatakan bahawa anak di sini juga bermaksud keturunan daripada anak lelaki; sebagai contoh, cucu daripada anak

    lelaki dan sehingga kebawah.

    2. Apabila simati meninggalkan lebih daripada seorang saudara samada semuanya saudara lelaki atau semuanya saudara perempuan atau sebahagian lelaki dan

    sebahagian perempuan, saudara seibu sebapa, saudara sebapa atau saudara seibu.

    Ini bererti dalam kebanyakan kes, ibu mendapat satu perenam. Dalam beberapa kes ibu

    mendapat satu per tiga. Ibu akan mendapat bahagian satu per tiga apabila simati tidak

    meninggalkan anak atau cucu daripada anak lelaki atau tidak meinggalkan beberapa

    saudara. Perkara ini jelas daripada Al-Quran. Walaubagaimanapun, terdapat dua kes di

    mana bahagian ibu tidak jelas dan para ulama berselisih pendapat mengenainya.

    Dua kes tersebut dinamakan kes gharawain. Ia juga dinamakan Umaryatin kerana

    diputuskan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab, khalifah Islam yang kedua. Kedua kes tersebut adalah seperti berikut:

    1. Seorang perempuan yang meninggal dunia meninggalkan suami, ibu dan bapa sahaja.

    2. Seorang lelaki yang meninggal dunia meninggalkan isteri, ibu dan bapa sahaja.

    Penyelesaian

    Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam, cuba kita selesaikan kes pertama

    seperti biasa berpandukan kepada Al-Quran. Mengikut kaedah biasa, pembahagiannya

    adalah : suami mendapat setengah (kerana isteri meninggal tidak meninggalkan anak),

    ibu mendapat satu per tiga dan bapa mendapat satu per enam. Ilustrasi berikut

    memberikan gambaran kepada kes tersebut.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Disini seolah-olah terdapat kejanggalan jika ibu mendapat lebih daripada bapa. Ini

    berlawanan dengan konsep lelaki mendapat dua kali ganda bahagian perempuan. Sebagai

    contoh, anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan. Sehubungan

    dengan ini mazhab Shafie mengambil pandangan yang memberikan ibu sebanyak satu

    perenam dan bapa satu pertiga. Ini berdasarkan kepada keputusan Saidina Umar r.a yang

    diikuti oleh beberapa sahabat seperti Uthman khalifah kedua, Zaid bin Thabit pakar

    faraid yang ulung, Ibnu Masud dan lain-lain. Mereka berpendapat bahawa ibu mendapat satu pertiga daripada lebihan setelah ditolak bahagian suami iaitu satu perenam dan

    selebihnya, satu pertiga, diberikan kepada bapa. Ilustrasi berikut memberikan gambaran

    kepada pandangan ini.

    CARA PEMBAHAGIAN

    Berikan bahagian suami iaitu 1/2.

    Lebihannya ialah 1/2

    Daripada lebihan 1/2 ini kita berikan

    1/3 kepada ibu. Ini sama dengan 1/6

    daripada keseluruhan.

    Baki keseluruhan iaitu 1/3 diberikan

    kepada bapa.

    Jadi bapa mendapat 1/3 dan ibu

    mendapat 1/6. Ini bererti bapa

    mendapat dua kali ganda bahagian

    ibu.

    Mereka memberikan alasan bahawa kalimat fali ummi thuluth dalam ayat 11 Surah An-

    Nisa boleh bererti satu pertiga daripada keseluruhan atau sebahagian. Jika tidak

    mengisyaratkan demikian maka kalimat wawarithuhu abawah tidak bererti apa-apa. Ini

    adalah kerana apabila Al-Quran menerangkan kalimat tersebut, ia memberitahu bahagian

    ibu iaitu satu pertiga dan bapa akan mendapat dua pertiga. Dalam hal ini ibu mendapat

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    satu pertiga berdasarkan kepada ayat Al-Quran, ...jika orang yang meninggal tidak

    mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat

    seper tiga;... (An-Nisa : 11) dan bapa akan mendapat dua per tiga yang mana satu perenam sebagai ashabul furud dan selebihnya sebagai asabah (akan dibincangkan pada

    siri-siri akan datang). Kesimpulannya ialah bapa sebagai lelaki mendapat dua kali ganda

    bahagian ibu kerana bapa mendapat dua pertiga sedangkan ibu hanya mendapat satu

    pertiga daripada harta pusaka. Ketentuan ini tidak berlaku jika simati meninggalkan

    suami, ibu dan bapa dimana ibu mendapat satu pertiga kerana jika demikian maka ibu

    sebagai perempuan mendapat dua kali ganda bapa dan ini berlawanan dengan konsep

    umum. Mereka seterusnya mengaplikasikan doktrin asabah selepas ditolak bahagian

    suami dimana ibu dikira sebagai asabah bi ghairihi (akan diterangkan dalam bahagian

    asabah) bersama-sama dengan bapa.

    Percanggahan pendapat

    Walaubagaimanapun, dalam sejarah Islam kes ini telah menjadi perdebatan dimana

    seorang sahabat yang tidak kurang ahlinya dalam sistem pewarisan Islam, iaitu Ibnu

    Abbas telah tidak bersetuju dengan kaedah di atas dan tetap dengan pendirian bahawa ibu

    mendapat satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka. Beliau mengemukakan hujah-

    hujah berikut untuk menyokong pendapat beliau :

    1. Pertama, bahawa kalimat fali ummi thuluth (bagi ibu satu per tiga) dalam ayat 11 Surah An-Nisa bererti satu per tiga daripada keseluruhan. Ini adalah kerana

    kalimat tersebut sama dengan kalimat falahan nisfu (baginya setengah) yang

    mana ianya dikaitkan dengan ma taraka (apa yang kamu itinggalkan). Jadi

    kalimat fali ummi thuluth (bagi ibu satu pertiga) juga hendaklah dibaca sebagai

    satu pertiga daripada apa yang ditinggalkan dan bukannya satu pertiga daripada

    lebihan setelah ditolak bahagian suami.

    2. Kedua, semua jenis fardu iaitu setengah, satu perempat, satu perlapan, satu perenam dan dua pertiga yang disebutkan di dalam Al-Quran semuanya merujuk

    kepada keseluruhan harta pusaka. Dengan itu satu pertiga juga merujuk kepada

    satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka. Andainya satu pertiga merujuk

    kepada lebihan setelah ditolak bahagian suami, sudah tentu ada nas yang

    demikian. Memandangkan tiada nas maka kita kembali kepada asal iaitu daripada

    keseluruhan harta pusaka selepas ditolak hutang dan wasiat.

    3. Ibu merupakan golongan ashabul furud dan hendaklah didahulukan dan bapa mendapat bahagian sebagai ashabul furud dan juga asabah binafsihi yang mana

    asabah binafsihi menghabiskan harta jika terdapat lebihan. Ini sesuai dengan

    sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi, Harta pusaka itu adalah untuk

    ahlinya, maka jika ada lebih, ianya diberikan kepada lelaki yang paling utama

    disebelah lelaki. (Mutafaq alaih)

    Menurut Ibnu Qudamah, pendapat Ibu Abbas lebih kuat dan jika tidak kerana ijmak

    dikalangan sahabat maka berkemungkinan pendapat beliau dipakai. Namun demikian

    tidak juga dapat dikatakan ijmak dengan adanya percanggahan pendapat oleh Ibnu

    Abbas. Menurut seorang orientalis yang mengkaji sistem pewarisan Islam yang bernama

    Profesor Coulson, semua mazhab ahli sunah menerima pandangan ini kecuali mazhab

    Syiah Imamiyah yang memberikan ibu satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Jumhur ulama menerima pandangan Saidina Umar kerana ianya lebih kuat dan sesuai

    dengan kaedah lelaki mendapat dua kali bahagian perempuan apabila sama darjah.

    Wallahu alam.

    Kes gharawain

    Dalam kes kedua gharawain, seorang lelaki yang meninggal dunia meninggalkan isteri,

    ibu dan bapa. Sama seperti kes pertama, ulama juga berbeza pendapat. Pendapat pertama

    sama dengan pendapat jumhur iaitu; isteri mendapat satu perempat, ibu mendapat satu

    perenam dan selebihnya iaitu tujuh perduabelas diberikan kepada bapa. Pendapat kedua,

    iaitu pendapat Ibnu Abbas dan mereka yang sehaluan dengannya. Golongan ini

    berpendapat isteri mendapat satu perempat, ibu mendapat satu pertiga dan selebihnya

    iaitu lima perduabelas adalah untuk bapa.

    Pandangan Jumhur Ulama Pandangan Mazhab Ibnu Abbas & Ibnu Sirin

    Mazhab ikutan

    Memandangkan bahawa mazhab yang dipakai di negara kita merupakan mazhab Shafie

    yang juga ahli sunah wal jamaah, maka sesiapa yang ingin memastikan ibu mendapat

    warisan yang secukupnya boleh menggunakan instrumen perancangan harta pusaka yang

    lain. Sebagai contoh, andaikan seseorang itu ingin meninggalkan RM 60,000 untuk

    ibunya sedangkan ia mempunyai harta sebanyak RM 180,000 maka ia harus

    menggunakan instrumen lain untuk membolehkan ibunya mendapat RM 60,000.

    Sehubungan dengan ini seseorang itu boleh mendapatkan khidmat Pusat Perancangan

    Harta di cawangan-cawangan Amanah Raya Berhad.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Bahagian 13

    Rukun, syarat, penghalang dan kewajipan pewarisan

    Tidak seperti rukun fekah yang lain, yang kadang-kadang menjangkau ke beberapa belas

    bilangan, rukun pewarisan cuma tiga; 1) Muwaris atau orang yang diwarisi iaitu orang

    yang meninggal dunia dan meninggalkan harta 2) Waris atau orang yang mewarisi iaitu

    waris-waris yang ada hubungan dengan si mati seperti hubungan pertalian darah dan

    perkahwinan dan tidak terhalang untuk mendapat perwarisan dan 3) Harta peninggalan

    yang menjadi harta pusaka iaitu harta yang terdiri daripada harta alih dan harta tak alih.

    Ketiga-tiga rukun tersebut perlu wujud untuk terjadinya pewarisan Tanpa salah satu

    daripada tiga perkara tersebut, pewarisan tidak berlaku. Sebagai contoh, jika ada orang

    yang mati dan ada waris, tetapi tiada harta, maka pewarisan tidak berlaku. Begitu juga

    jika ada waris dan ada harta peninggalan tetapi tiada orang yang mati atau yang disahkan

    mati, maka pewarisan tidak berlaku.

    Syarat yang membolehkan harta pusaka dibahagikan, ada tiga. Pertama, muwaris atau

    orang yang di warisi hendaklah benar-benar mati (maut hakiki) atau dianggapkan telah

    mati berdasarkan keputusan mahkamah (maut hakimi). Sebagai contoh, orang yang koma

    di hospital tidak di anggap mati kerana ia boleh kembali hidup seperti sediakala dan

    hartanya tidak boleh dibahagi-bahagikan. Walaupun kita boleh berhujah bahawa orang

    yang koma di anggap mati, ada kemungkinan ia boleh kembali sihat, walaupun

    kemungkinan ini kecil. Ini adalah kerana seseorang yang masih hidup boleh

    mengendalikan hartanya dan selagi ianya belum sah mati atau disahkan mati, maka pada

    dasarnya ia masih berhak mengendalikan hartanya. Sehubungan dengan ini, perkara

    tersebut hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Syariah. Begitu juga dengan orang

    yang hilang; sebagai contoh seseorang itu telah pergi bercuti di suatu kawasan yang

    dilanda tsunami dan tidak pulang untuk beberapa ketika. Harta pusakanya tidak boleh

    dibahagi-bahagikan kerana belum pasti ia telah meninggal dunia dan dalam kes ini hanya

    mahkamah yang boleh menentukan dan mahkamah perlu mendapatkan segala

    pembuktian sebelum membuat keputusan. Sebagai contoh, pembuktian boleh dilakukan

    melalui ujian DNA atau sebagainya.

    Kedua, orang yang mewarisi hendaklah pasti hidup pada masa muwaris meninggal dunia.

    Sebagai contoh, katakan seorang anak telah belayar selama beberapa tahun dan tidak

    pernah menghubungi ibubapa atau saudara-maranya dan sepanjang tempoh pelayaran

    tersebut tiada siapa yang mengetahui dimana beliau berada. Andai kata bapanya

    meninggal dunia pada ketika itu, beliau berhak keatas harta pusaka bapanya dan

    bahagiannya tidak boleh di agihkan kepada orang lain kerana belum pasti beliau telah

    meninggal dunia. Sebaliknya berkemungkinan besar beliau masih hidup dan bahagian

    hartanya hendaklah disimpan atau ditadbir bagi pihaknya. Walaubagaimanapun, jika

    tidak diketahui apakah seseorang itu hidup atau mati sesudah kematian muwaris seperti

    sama-sama mati dalam kemalangan atau malapetaka; seperti kemalangan jalanraya,

    kebakaran, bencana alam dan sebagainya maka mereka saling tidak mempusakai antara

    satu dengan yang lain.

    Syarat ketiga ialah mengetahui pertalian di antara waris dengan muwaris, seperti kaum

    kerabat atau menerusi perkahwinan. Disamping itu juga perlu diketahui jantinanya

    dengan jelas. Tidak cukup hanya dengan mengetahui si A adalah waris kepada B.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Sebaliknya hendaklah diketahui si A adalah anak lelaki kepada saudara lelaki kepada B. Ini adalah kerana masing-masing waris mendapat bahagian-bahagian yang berlainan; ada

    yang telah ditetapkan bahagiannya dan ada yang mewarisi secara asabah yakni selepas

    ditolak bahagian mereka yang mendapat bahagian tetap. Malah ada di antara waris yang

    tidak mendapat bahagian langsung kerana terdinding oleh waris yang lain. Ini adalah

    kerana waris-waris itu terbahagi kepada tiga jenis; iaitu ashabul furud,asabah dan dzawil

    arham. (Gambarajah berikut memberikan gambaran mengenai ketiga-tiga jenis waris.)

    Ashabul furud boleh dibahagikan kepada tiga; ahli waris utama, ahli waris gantian dan

    ahli waris kedua. Jika tiada ahli utama, tempat mereka di ambil oleh ahli waris gantian.

    Sebagai contoh, jika tiada bapa, datuk sebelah bapa akan mengambil alih tempat bapa.

    Asabah terbahagi kepada tiga jenis; iaitu asabah binafsihi, asabah bighairihi dan asabah

    maa ghairihi. Penjelasan mengenai asabah akan dibicarakan pada bahagian-bahagian akan datang. Arham adalah jamak (plural) dari perkataan rahim dan rahim pula bererti

    tempat terbentuknya anak dalam perut ibu. Secara am dzawil arham terdiri daripada

    semua kaum kerabat tetapi menurut istilah ulama faraid, dzawil arham terdiri daripada

    kaum kerabat yang bukan ashabul furud dan bukan pula asabah. Sebagai contoh, cucu-

    cucu daripada anak perempuan dan keturunan mereka adalah merupakan sebahagian

    daripada dzawil arham. Menurut sesetengah ulama faraid, dzawil arham boleh mewarisi;

    walaubagaimanapun dalam pandangan mazhab Shafie, dzawil arham tidak berhak

    mewarisi; sebaliknya hak tersebut jatuh kepada Baitul Mal apabila tidak ada ashabul

    furud dan asabah. Sehubungan dengan ini perancangan pengurusan pewarisan hendaklah

    dibuat samada melalui wasiat atau sebaliknya untuk memastikan agar dzawil arham

    mendapat bahagian daripada pusaka.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Bahagian 14

    Rukun, syarat, penghalang dan kewajipan pewarisan

    Disamping pertalian darah, mengetahui kedudukan perkahwinan juga perlu. Ini adalah

    kerana perkahwinan merupakan ikatan yang membolehkan seseorang mewarisi antara

    satu dengan yang lain. Sehubungan dengan ini seseorang yang telah bercerai (sebagai

    contoh talak bain) tidak ada lagi ikatan perkahwinan; maka ia tidak berhak mempusakai harta simati.

    Dalam keadaan tertentu seseorang waris yang berhak mewarisi harta boleh terhalang

    daripada menerima pusaka. Sebab-sebab yang boleh menghalang seseorang itu daripada

    menerima pusaka ialah membunuh dan berlainan ugama.

    Para ahli-ahli fekah sepakat bahawa seseorang yang membunuh tidak berhak mendapat

    harta pusaka. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w., Tidaklah seorang pembunuh berhak mewarisiharta orang yang dibunuhnya. Dari hadis tersebut satu ungkapan yang sangat masyhur telah lahir di kalangan ahli-ahli fekah yang sekaligus

    dijadikan sebagai satu kaedah Siapa yang menyegerakan agar mendapatkan sesuatu

    sebelum waktunya, maka dia tidak mendapatkan bahagiannya.

    Walaubagaimanapun, ahli-ahli fekah berbeza pendapat tentang apakah jenis pembunuhan

    yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka. Sebagai contoh, mazhab Maliki

    berpendapat bahawa hanya pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja atau yang

    dirancang dapat menggugurkan hak waris. Walaubagaimanapun, menurut mazhab Syafie

    segala jenis pembunuhan dapat mengahalang seseorang itu mempusakai harta pusaka

    termasuk pembunuhan yang tidak sengaja.

    Satu lagi perkara yang boleh menghalang seorang yang layak menerima harta pusaka

    ialah perbezaan ugama. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w Tidaklah berhak

    seorang muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir mewarisi muslim. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sehubungan dengan ini, seseorang Muslim yang

    mempunyai waris terdekat yang bukan Islam seharusnya mengambilkira perkara ini dn

    membuat perancangan pewarisan yang sewajarnya. Jika tidak, perkara yang tidak diingini

    mungkin berlaku. Sebagai contoh, baru-baru ini telah berlaku satu keadaan dimana

    seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam tetapi tidak membuat perancangan

    pewarisan. Apabila beliau meninggal dunia, ahli keluarganya menuntut harta pusakanya

    di mahkamah. Akan tetapi memandangkan beliau seorang yang beragama Islam

    sedangkan keluarganya bukan beragama Islam maka harta pusaka beliau jatuh kepada

    Baitulmal Negeri sesuai dengan pandangan mazhab Shafie sepertimana yang diterangan

    di atas. Dengan membuat perancangan pewarisan, perbalahan seperti yang berlaku di

    antara waris simati yang bukan Islam dengan Baitulmal Negeri boleh di elakkan.

    Sebelum pembahagian pusaka boleh dilakukan, beberapa kewajipan perlu ditunaikan

    terlebih dahulu. Ulama berbeza pendapat apakah kewajipan-kewajipan yang perlu

    ditunaikan dan apakah urutan kewajipan-kewajipan tersebut. Walaubagaimanapun

    mengikut mazhab Shafie, kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebelum

    pembahagian harta pusaka ialah :

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Kos penyelenggaraan mayat

    Pembayaran hutang

    Penyempurnaan wasiat

    Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah kos

    penyelenggaraan mayat. Semua keperluan yang berkaitan dengan penyelenggaraannya

    iaitu dari saat ia meninggal dunia sehingga ia dikebumikan.seperti upah memandikan,

    kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti gali kubur dan sebagainya. Sudah tentu

    kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan pangkatnya dan tempat

    penyelenggaraannya; sebagai contoh perbelanjaan pengkebumian di Kuala Lumpur agak

    tinggi berbanding dengan perbelanjaan pengkebumian di kampung-kampung.

    Walaubagaimanapun, pada dasarnya ianya hendaklah sederhana dan tidak perlu terlalu

    mewah.

    Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka ialah hutang. Ini

    berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Jiwa orang mukmin itu tergantung olehhutangnya sehingga ianya dibayar. Hutang terdiri daripada dua jenis; hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah. Hutang kepada manusia termasuk kepada

    individu, institusi kewangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun ulama berbeza

    pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau tidak. Menurut mazhab

    Shafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang kepada manusia.

    Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat yang belum dibayar,

    nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya. Dalam pada itu, ulama juga

    berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan; hutang kepada

    manusia atau hutang kepada Allah? Menurut pandangan ulama mazhab Syafie hutang

    kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia. Mazhab Maliki

    berpendapat hutang kepada manusia patut didahulukan daripada hutang kepada Allah.

    Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah dan hutang

    kepada manusia adalah sama keutamaannya.

    Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah

    menunaikan seluruh wasiat simati. Walaubagaimanapun, seseorang itu hanya boleh

    mewasiatkan tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta peninggalannya sesuai dengan

    hadis Rasulullah, ...Sepertiga, dan sepertiga pun banyak. Sesungguhnya

    meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka

    miskin meminta-minta.. seperti yang riwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas. Pada masa itu Sa'ad sakit dan berniat menyerahkan harta yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini

    menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta pewarisan yang mencukupi adalah

    sangat digalakkan dan seseorang itu sewajarnya mengambilkira dan mengimbangi di

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan memberikan wasiat kepada

    seseorang yang sepatutnya.

    Bahagian 15

    Konsep Hijab dalam faraid

    Perkataan arab al-hajb bererti terhalang. Termasuk dalam pengertian hajb ialah perkataan al-hijab yang bererti apa sahaja yang dapat mendinding dan menghalangnya

    daripada pandangan Di kalangan ulama faraid, al-hajb bererti menghalang seseorang

    yang berhak atau mempunyai sebab untuk mendapat warisan samada keseluruhan atau

    sebahagian daripadanya.Ini bererti seseorang itu terhalang atau terdinding daripada

    menerima warisan samada secara keseluruhannya atau sebahagian sahaja kerana

    didinding oleh orang yang lebih berhak menerimanya. Orang yang mendinding disebut

    sebagai hajib dan orang yang terdinding disebut sebagai mahjub. Ini bererti orang yang

    dihijab atau orang yang mahjub itu gugur haknya daripada menerima sebahagian atau

    kesemua pusaka yang layak diterimanya. Hak seseorang ahli waris boleh gugur kerana

    dua jenis hijab. Yang pertama di sebut sebagai hijab dengan sifat (hujub bil washfi) dan

    yang kedua dikenali sebagai hijab dengan peribadi (hujub bil syakhsi).

    Hijab dengan sifat ialah seseorang itu terhijab (terdinding atau terhalang) daripada

    menerima pusaka atas sifatnya dan disini terdapat dua jenis sifat yang membuat

    seseorang itu terhalang daripada menerima pusaka. Pertama, orang yang membunuh

    pewarisnya dan yang kedua ialah berlainan agama sepertimana yang diterangkan dalam

    bahagian yang lalu. Mengenai orang yang membunuh, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Seorang pembunuh tidak dapat mewarisi sedikit pun. (Abu Daud). Para ulama sepakat bahawa pembunuh tidak berhak mewarisi tetapi mereka berselisih pendapat apakah jenis

    pembunuhan yang benar-benar menghalangi seseorang itu daripada berhak menerima

    pewarisan. Sehubungan dengan ini mazhab Shafie berpendapat bahawa semua jenis

    pembunuhan, samada sengaja atau tidak, menghalangi seseorang itu daripada menerima

    pewarisan. Mengenai perbezaan agama, Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang Islam tidak mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi harta orang Islam (Mutafaqalaih) Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak saling mewarisi dua orang pengikut agama yang berbeza.

    Sehubungan dengan ini seseorang mualaf sepatutnya membuat perancangan pewarisan

    untuk memastikan agar warisnya boleh mendapat sedikit sebanyak harta pewarisannya.

    Katakan seseorang itu baru memeluk agama Islam tetapi mempunyai ibu bapa yang

    masih beragama bukan Islam. Jika ia meninggal dunia, kedua ibu bapanya tidak berhak

    mendapat pewarisan dibawah undang-undang keluarga Islam. Perkara ini banyak berlaku

    di Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini juga timbul perkara yang sedemikian di salah satu

    negeri di Semenanjung Malaysia dan perkara tersebut telah ditimbulkan di Dewan

    Undangan Negeri. Dalam kes tersebut seorang yang telah memeluk Islam telah

    meninggal dunia dan waris-warisnya yang bukan Islam telah menuntut pewarisannya.

    Mereka terdiri daripada orang yang tidak berada.Namun hukum Islam jelas menyatakan

    bahawa warisnya tidak mendapat hartanya sebagaimana yang diterangkan oleh hadis di

    atas.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Hijab dengan peribadi pula ialah seseorang itu terhalang atau terdinding daripada

    menerima haknya samada seluruhnya atau sebahagian daripadanya disebabkan ada

    peribadi lain yang lebih berhak untuk menerimanya. Hijab dengan peribadi terbahagi

    dua: iaitu hijab sepenuhnya (hirman) dan hijab dengan berkurangan (nuqshan). Hijab

    sepenuhnya bererti hijab yang mendinding seseorang itu daripada menerima apa-apa

    pusaka iaitu orang yang terhalang atau terdinding itu tidak mendapat sedikitpun harta

    pusaka disebabkan waris lain yang mendindingnya. Sebagai contoh, seorang datuk

    terdinding sepenuhnya daripada menerima pusaka oleh bapa. Ini bererti datuk tidak

    mendapat apa-apa bahagian kerana didinding oleh bapa. Sebagai contoh yang lain,

    seorang cucu terdinding sepenuhnya daripada menerima pusaka oleh anak lelaki.

    Hijab dengan pengurangan pula ialah pengurangan bahagian seseorang waris disebabkan

    ada waris lain yang mendinding sebahagian daripada bahagiannya. Sebagai contoh

    bahagian ibu akan berkurangan daripada sepertiga menjadi seperenam disebabkan simati

    mempunyai keturunan (anak). Demikian juga bahagian seorang suami yang mendapat

    setengah menjadi seperempat, dan bahagian seorang isteri yang mendapat seperempat

    menjadi seperlapan kerana simati mempunyai anak, dan sebagainya.

    Walaubagaimanapun, didalam kontek faraid, apabila terdapat perkataan hijab tanpa

    diikuti oleh jenisnya, maka ia membawa maksud hijab sepenuhnya. Sehubungan dengan

    ini terdapat enam jenis waris yang tidak dihijab sepenuhnya (hirman). Mereka ialah

    suami/isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

    Golongan yang tidak dihijab

    Dalam menentukan siapa di antara waris-waris yang terdinding, doktrin hijab

    menggunakan apa yang disebut sebagai hukum Jabari. Hukum Jabari menyatakan

    bahawa dalam menentukan pendidingan, keutamaan diberikan seperti berikut :

    Tarjih bi jihat (tarjih dengan arah)

    Tarjih bi darajah (tarjih dengan darjat)

    Tarjih bi quwwatil qarabah (tarjih dengan kekuatan pertalian)

    Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah kos

    penyelenggaraan mayat. Semua keperluan yang berkaitan dengan penyelenggaraannya

    iaitu dari saat ia meninggal dunia sehingga ia dikebumikan.seperti upah memandikan,

    kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti gali kubur dan sebagainya. Sudah tentu

    kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan pangkatnya dan tempat

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    penyelenggaraannya; sebagai contoh perbelanjaan pengkebumian di Kuala Lumpur agak

    tinggi berbanding dengan perbelanjaan pengkebumian di kampung-kampung.

    Walaubagaimanapun, pada dasarnya ianya hendaklah sederhana dan tidak perlu terlalu

    mewah.

    Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka ialah hutang. Ini

    berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Jiwa orang mukmin itu tergantung olehhutangnya sehingga ianya dibayar. Hutang terdiri daripada dua jenis; hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah. Hutang kepada manusia termasuk kepada

    individu, institusi kewangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun ulama berbeza

    pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau tidak. Menurut mazhab

    Shafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang kepada manusia.

    Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat yang belum dibayar,

    nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya. Dalam pada itu, ulama juga

    berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan; hutang kepada

    manusia atau hutang kepada Allah? Menurut pandangan ulama mazhab Syafie hutang

    kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia. Mazhab Maliki

    berpendapat hutang kepada manusia patut didahulukan daripada hutang kepada Allah.

    Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah dan hutang

    kepada manusia adalah sama keutamaannya.

    Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah

    menunaikan seluruh wasiat simati. Walaubagaimanapun, seseorang itu hanya boleh

    mewasiatkan tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta peninggalannya sesuai dengan

    hadis Rasulullah, ...Sepertiga, dan sepertiga pun banyak. Sesungguhnya

    meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka

    miskin meminta-minta.. seperti yang riwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas. Pada masa itu Sa'ad sakit dan berniat menyerahkan harta yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini

    menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta pewarisan yang mencukupi adalah

    sangat digalakkan dan seseorang itu sewajarnya mengambilkira dan mengimbangi di

    antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan memberikan wasiat kepada

    seseorang yang sepatutnya.

    Bahagian 16

    Konsep Hijab dalam faraid

    Ini bererti dalam menentukan pendindingan, mula-mula sekali dilihat jihat seseorang itu.

    Dalam hal ini jihat yang diutamakan ialah jihat bunuwwah iaitu keturunan kebawah,

    kemudian jihat ubuwwah iaitu usul keatas dan akhir sekali jihat ukhuwah iaitu saudara

    lelaki. Carta berikut memberikan gambaran mengenai urutan keutamaan ketiga-tiga jihat.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Berdasarkan kepada hukum Jabari, bapa didinding oleh cucu lelaki kerana cucu lelaki

    adalah daripada jihat bunuwwah iaitu jihat yang lebih diutamakan daripada jihat

    ubuwwah walaupun bapa lebih dekat daripada cucu lelaki dari segi darjat. Ini adalah

    kerana jihat diutamakan daripada darjat. Walaubagaimanapun, di dalam mazhab Shafie

    terdapat sedikit perbezaan; datuk tidak mendinding saudara lelaki walaupun jihat

    ubuwwah diutamakan daripada jihat ukhuwwah. Sehubungan dengan ini, jika tidak

    terdapat keturunan lelaki dan bapa; dan terdapat datuk dan saudara lelaki, mereka sama-

    sama mendapat pusaka.Berdasarkan kepada ini waris-waris lelaki yang terdinding ada

    sebelas iaitu seperti berikut :

    1. Datuk (bapa kepada bapa) hingga ke atas terdinding oleh bapa.

    2. Saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa dan keturunan lelaki hingga ke bawah

    (anak, cucu, cicit, dan seterusnya).

    3. Cucu lelaki terdinding oleh anak lelaki dan seterusnya cicit. Demikian juga para cucu

    akan terhalang oleh cucu yang paling dekat (lebih dekat).

    4. Saudara lelaki sebapa terdinding oleh saudara lelaki sekandung, bapa serta keturunan

    lelaki hingga kebawah (anak, cucu, cicit, dan seterusnya).

    5. Saudara lelaki seibu terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas dan keturunan lelaki.

    6. Anak saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan

    lelaki, saudara lelaki sekandung dan saudara lelaki sebapa.

    7. Anak saudara lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan

    lelaki, saudara lelaki sekandung,saudara lelaki sebapa dan anak saudara lelaki sekandung.

    8. Bapa saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan

    lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki sekandung

    dan anak saudara lelaki sebapa.

    9. Bapa saudara lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan

    lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki sekandung,

    anak saudara lelaki sebapa dan bapa saudara lelaki sekandung.

    10. Anak bapa saudara (sepupu) lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk hingga ke

    atas, keturunan lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    lelaki sekandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara lelaki sekandung dan bapa

    saudara lelaki sebapa.

    11. Anak bapa saudara (sepupu) lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas,

    keturunan lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki

    sekandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara lelaki sekandung, bapa saudara

    lelaki sebapa dan sepupu sekandung.

    Disebelah perempuan pula waris-waris yang terdinding ialah :

    1. Nenek (baik ibu dari ibu ataupun dari bapak) oleh ibu.

    2. Cucu perempuan (keturunan anak laki-laki) terdinding oleh anak lelaki dan dua orang

    anak perempuan atau lebih, kecuali jika ada asabah (akan diterangkan sepenuhnya dalam

    bahagian akan datang).

    3. Saudara perempuan sekandung terdinding oleh bapa dan keturunan lelaki.

    4. Saudara perempuan seayah terdinding oleh saudara perempuan sekandung jika ia

    menjadi ashabah ma'al ghair (akan diterangkan dalam bahagian akan datang). Selain itu,

    ia jua terdinding oleh bapa, keturunan lelaki, dua orang saudara perempuan sekandung

    kecuali bila adanya ashabah.

    5. Saudara perempuan seibu terdinding oleh bapa, datuk hingga keatas, keturunan lelaki

    baik laki-laki ataupun perempuan.

    Bagi golongan ke-2 diatas, cucu perempuan daripada anak lelaki terdinding oleh dua

    orang anak perempuan atau lebih. Dalam hal ini anak-anak perempuan mendapat

    bahagian dua per tiga (2/3) dan cucu perempuan tidak mendapat apa-apa. Namun, apabila

    ia mempunyai saudara lelaki (yakni cucu lelaki daripada anak lelaki) yang sedarjat

    ataupun yang lebih rendah dari darjat cucu perempuan, maka cucu lelaki dapat menyeret

    cucu perempuan itu sebagai asabah, yang sebelumnya tidak mendapat bahagian. Keadaan

    seperti ini dalam faraid disebut sebagai kerabat yang berkat atau saudara lelaki yang

    berkat. Ini adalah kerana tanpa cucu lelaki, cucu perempuan tidak akan mendapat

    warisan.

    Begitu juga halnya dengan kes dimana saudara perempuan sebapa tidak mendapat apa-

    apa bahagian apabila terdapat saudara perempuan sekandung. Namun jika terdapat

    saudara lelaki sebapa maka saudara lelaki sebapa tadi dapat menyeretnya mendapatkan

    harta pewarisan.Keadaan seperti ini dinamakan sebagai saudara yang berkat, sebab tanpa

    kewujudannya para saudara kandung perempuan itu tidak akan menerima hak pewarisan

    mereka.

    Sebaliknya dalam keadaan tertentu terdapat juga kes dimana kewujudan saudara lelaki

    tidak membawa berkat. Ini adalah kerana kewujudannya menyebabkan ahli waris

    perempuan tidak mendapat bahagian mereka. Sebagai contoh seorang wanita meninggal

    dunia dan meninggalkan suami, ibu, bapa, anak perempuan, dan cucu perempuan dari

    anak laki-laki. Sehubungan dengan ini pembahagiannya seperti berikut: suami

    seperempat (1/4), ibu seperenam (1/6), ayah juga seperenam (1/6), anak perempuan

    setengah, dan cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat seperenam (1/6) sebagai

    penyempurna saham dua per tiga (2/3). Apabila diaulkan bahagian cucu perempuan

    daripada anak lelaki menjadi dua perlimabelas (2/15). Akan tetapi jika terdapat saudara

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    lelaki kepada cucu perempuan tersebut (iaitu cucu lelaki daripada anak lelaki) maka cucu

    perempuan tadi tidak mendapat bahagian.

    Perancangan pewarisan perlu mengambilkira siapa di antara waris yang wajar menerima

    pewarisan tetapi terdinding disebabkan ada waris yang lebih dekat. Sebagai contoh

    katakan seseorang itu mempunyai cucu dan beberapa anak lelaki. Katakan juga bapa

    kepada cucunya (iaitu anaknya) telah meninggal dunia terlebih dahulu.Ini bererti cucunya

    akan tidak dapat menerima pewarisan kerana didinding oleh anak-anak lelakinya. Dengan

    itu beliau wajar membuat wasiat agar cucunya mendapat sebahagian daripada harta

    pewarisan. Sehubungan dengan ini Amanah Raya Berhad boleh membantu didalam

    menyediakan wasiat tersebut.

    Bahagian 17

    Konsep asabah dalam faraid

    Dalam bahagian-bahagian yang lalu kita telah membincangkan tentang jenis-jenis waris.

    Sehubungan dengan ini para ulama kita telah membahagikan waris yang berhak

    menerima harta pusaka simati kepada tiga jenis; iaitu ashabul furud, asabah dan dzawil

    arham. Ashabul furud adalah ahli waris yang mendapat bahagian tetap seperti apa yang

    dinyatakan secara langsung atau tak langsung oleh Al-Quran.

    Asabah pula menurut istilah para ahli fekah ialah ahli waris yang tidak disebutkan

    bahagian mereka di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dengan nyata. Sebagai contoh, anak

    lelaki ialah asabah kerana jumlah bahagiannya tidak ditentukan oleh Al-Quran.

    Pengertian asabah di kalangan ulama faraid ialah orang yang membolot atau

    menghabiskan seluruh baki harta pusaka setelah ashabul furud menerima dan mengambil

    bahagian masing-masing.

    Memandangkan bahawa tiada nas yang menetapkan bahagian asabah, mungkin ada di

    antara pembaca yang bertanya, Apakah dalil yang menyatakan bahawa golongan asabah berhak menghabiskan harta pusaka. Sehubungan dengan ini terdapat ayat Al-Quran dan

    Hadis yang menunjukkan bahawa asabah berhak membolot atau menghabiskan harta

    pusaka. Sebagai contoh, Al-Quran menyatakan ..dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu

    mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh

    ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga... (An-Nisa': 11).

    Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa bahagian kedua orang tua (ibu dan bapa) masing-

    masing ialah seperenam (1/6) apabila simati mempunyai anak (keturunan). Akan tetapi

    apabila simati tidak mempunyai anak, maka seluruh harta peninggalannya menjadi milik

    kedua ibubapanya. Ayat tersebut juga menyatakan bahawa apabila simati tidak

    mempunyai anak, maka ibu mendapat sepertiga (1/3). Namun, ayat tersebut tidak

    menjelaskan berapa banyak bahagian bapa. Sehubungan dengan ini kita dapat membuat

    kesimpulan bahawa bapa mendapat dua per tiganya (2/3) daripada harta tersebut; iaitu

    beliau menghabiskan harta tersebut sesuai dengan pengertian asabah.

    Dalam satu ayat yang dikenali dengan ayat kalalah, Al-Quran menyatakan, "...jika

    seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang

    ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mempusakai (seluruh harta saudara

    perempuan), jika ia tidak mempunyai anak...." (an-Nisa': 176).

    Pengertian perkataan "wahuwa yaritsuha" memberi isyarat bahawa seluruh harta

    peninggalan menjadi hak saudara lelaki jika simati tidak mempunyai anak dan inilah juga

    pengertian asabah yang dimaksudkan oleh para ulamak faraid.

    Disamping itu terdapat juga hadis yang menunjukkan asabah membolot baki harta.

    Sebagai contoh Rasulullah s.a.w bersabda "Berikanlah faraid kepada ahlinya, dan jika

    ada baki, ianya adalah untuk lelaki yang paling utama. " (HR Bukhari). Hadis ini dengan

    jelas menunjukkan bahawa asabah menghabiskan harta pusaka simati.

    Asabah terbahagi kepada tiga : asabah binnafsihi (asabah dengan sendiri), asabah bil

    ghair (asabah dengan yang lain) dan asabah maal ghair (asabah dengan yang lain). Asabah binnafsihi terdiri daripada waris-waris lelaki daripada sebelah lelaki. Mereka

    terdiri daripada :

    Anak lelaki

    Cucu lelaki dari anak lelaki sehingga ke bawah

    Bapa

    Datuk sebelah bapa sehingga ke atas

    Saudara lelaki sekandung

    Saudara lelaki sebapa

    Anak lelaki saudara lelaki sekandung

    Anak lelaki saudara lelaki sebapa

    Bapa saudara lelaki sekandung

    Bapa saudara lelaki sebapa

    Anak bapa saudara lelaki sekandung

    Anak bapa saudara lelaki sebapa

    Bahagian 18

    Konsep asabah dalam faraid

    Asabah binafsihi merupakan golongan yang terbesar dikalangan asabah. Perlu

    dinyatakan disini bahawa selalunya apabila disebut asabah sahaja ia membawa maksud

    asabah binnafsihi. Asabah menghabiskan harta hanya apabila ashabul furud mendapat

    bahagian masing-masing. Sehubungan dengan ini, jika tiada lebihan (baki) daripada harta

    pusaka tersebut, maka asabah tidak berhak menerima apa-apa. Sebagai contoh, seorang

    isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami, anak perempuan dan saudara lelaki.

    Dalam kes ini suami mendapat bahagian setengah (1/2) daripada harta pusaka dan anak

    perempuan mendapat setengah lagi; maka saudara lelaki tidak mendapat apa-apa kerana

    suami dan anak perempuan sebagai ashabul furud telah menghabiskan kesemua harta

    pusaka simati.

    Dalam menentukan keutamaan antara asabah, caranya adalah sama seperti yang

    diterangkan di dalam bahagian hijab: iaitu mengikut hukum Jabari. Ini adalah kerana

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    asabah yang paling utama menghabiskan harta pusaka; dengan itu secara tidak langsung

    ia menghijab asabah yang lain.

    Terdapat 3 peringkat keutamaan iaitu :

    Arah

    Darjah

    Kekuatan pertalian darah

    Arah anak dan keturunan kebawah adalah diutamakan daripada arah bapa ke atas. Ini

    adalah berdasarkan kepada ayat al-Quran, "...dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi

    masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu

    mempunyai anak..." (an-Nisa: 11).

    Dalam ayat tersebut ibubapa merupakan ashabul furud apabila simati mempunyai anak,

    sedangkan bahagian anak tidak disebutkan.Ini bererti anak menghabiskan baki harta

    sebagai asabah setelah diberikan bahagian ashabul furud iaitu ibu dan bapa. Ini

    menunjukkan bahawa dalam konteks asabah, arah anak diutamakan daripada arah bapa.

    Menurut para ulamak faraid, asabah bi ghairihi pula terbatas pada empat orang ahli waris

    yang kesemuanya perempuan:

    1. Anak perempuan apabila terdapat saudara lelakinya (iaitu anak lelaki kepada simati).

    2. Cucu perempuan daripada anak lelaki apabila terdapat cucu lelaki daripada anak lelaki

    samada yang setaraf dengannya atau lebih. (Sebagai contoh, cicit lelaki daripada cucu

    lelaki daripada anak lelaki).

    3. Saudara perempuan sekandung (seibu sebapa) apabila terdapat saudara lelaki

    sekandung.

    4. Saudara perempuan sebapa apabila terdapat saudara lelaki sebapa.

    Daripada penjelasan di atas kita dapati bahawaasabah bil ghairihiterdiri daripada ashabul

    furud. Ini bererti mereka (perempuan) yang bukan daripada golongan ashabul furud tidak

    akan menjadi asabah bil ghairihi. Sebagai contoh, anak perempuan dari saudara lelaki

    bukan merupakan asabah bil ghairihi kerana ia tidak termasuk ashabulfurud.

    Dalil bagi hak waris para asabah bi ghairihi adalah firman Allah, "...bahagian seorang

    anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan..." (An-Nisa': 11). Dalam

    ayat yang lain, Allah berfirman, "...dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara

    lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak bahagian dua

    orang saudara perempuan..." (An-Nisa': 176).

    Ayat yang terakhir di atas juga dikenali sebagai ayat kalalah: yang mana ulama sepakat

    bahwa perkataan "ikhwatan" dalam ayat tersebut memberi maksud saudara lelaki dan

    perempuan sekandung dan saudara lelaki dan perempuan sebapa. Sehubungan dengan ini

    perkataan ikhwatan tidak mencakupi saudara lelaki atau perempuan seibu. Sebaliknya

    hak saudara lelaki dan perempuan seibu dijelaskan didalam ayat 12 Surah An-Nisa.

    Sebab dinamakan asabah bi ghairihi ialah kerana hak asabah keempat golongan itu

    bukanlah kerana pertalian dengan simati, akan tetapi kerana adanya asabah lain

    (asabahbi nafsihi) seperti saudara kandung lelaki. Andaikata asabah bi nafsihi itu tidak

    ada, maka asabah bi ghairihi mendapat hak warisnya secara fard.

  • Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

    Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

    Asabah jenis yang ketiga iaitu asabah ma'al ghair pula adalah khusus bagi saudara

    perempuan sekandung atau saudara perempuan sebapa. Mereka mewarisi sebagai asabah

    maa ghairihi bersama dengan anak perempuan (atau cucu perempuan daripada anak lelaki hingga ke bawah) apabila tiada saudara lelaki.

    Dalil bagi asabah ma'al ghair ialah riwayat Ibnu Masud apabila beliau ditanya tentang bahagian pusaka anak perempuan, cucu perempuan kepada anak lelaki, dan saudara

    perempuan (sekandung at