17
1 KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG Pendahuluan Kedangkalan umat Islam dalam memahami faraid dan kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sering mencetuskan perbalahan dikalangan keluarga dalam pembahagian harta pusaka. Apabila kebendaan dijadikan ukuran tanpa berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan sanggup memutuskan tali persaudaraan disebabkan oleh harta pusaka. Krisis ini bertambah parah dengan masyarakat kita tidak mempedulikan tentang ilmu faraid atau ilmu pengurusan harta pusaka dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid. Maka sesungguhnya ilmu faraid adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraid adalah seperdua daripada ilmu dan yang akan mula-mula dicabut dari umatku. Beradasarkan hadis di atas Allah tidak mencabutkan ilmu itu terus dari manusia, tetapi sebaliknya Allah mengambilnya dengan mematikan ulama-ulama yang memahami ilmu faraid. Dengan itu tiada lagi ilmu faraid ini dapat disampaikankan kepada manusia dan tiada lagi tempat rujuk boleh dibuat apabila berlaku pertikaian berkaitan harta pusaka. Hal ini menyebabkan manusia merujuk kepada yang bukan ahlinya dalam penyelesaian harta pusaka. Dalam hadis yang lain dari Ibn Majah yang bermaksud: Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia. Maka sesungguhnya akulah orang yang di dalam gengaman Allah dan bahawa ilmu faraid itu akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang

KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

1

KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM

Baharuddin Bin Aziz

Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG

Pendahuluan

Kedangkalan umat Islam dalam memahami faraid dan kecenderungan masyarakat kita

yang mementingkan kebendaan sering mencetuskan perbalahan dikalangan keluarga

dalam pembahagian harta pusaka. Apabila kebendaan dijadikan ukuran tanpa

berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T menyebabkan

manusia hilang pertimbangan dan sanggup memutuskan tali persaudaraan disebabkan

oleh harta pusaka.

Krisis ini bertambah parah dengan masyarakat kita tidak mempedulikan tentang ilmu

faraid atau ilmu pengurusan harta pusaka dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda:

Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid. Maka sesungguhnya ilmu faraid adalah suruhan

dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraid adalah seperdua daripada ilmu dan yang

akan mula-mula dicabut dari umatku.

Beradasarkan hadis di atas Allah tidak mencabutkan ilmu itu terus dari manusia, tetapi

sebaliknya Allah mengambilnya dengan mematikan ulama-ulama yang memahami ilmu

faraid. Dengan itu tiada lagi ilmu faraid ini dapat disampaikankan kepada manusia dan

tiada lagi tempat rujuk boleh dibuat apabila berlaku pertikaian berkaitan harta pusaka.

Hal ini menyebabkan manusia merujuk kepada yang bukan ahlinya dalam penyelesaian

harta pusaka.

Dalam hadis yang lain dari Ibn Majah yang bermaksud:

Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia. Maka

sesungguhnya akulah orang yang di dalam gengaman Allah dan bahawa ilmu faraid itu

akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang

Page 2: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

2

mengenai faraid, maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang menghukumkan

dan menyelesaikan perselisihan antara keduanya.

Kurang kefahaman dalam memahami ilmu faraid menyebabkan terdapat sesetengah

dikalangan masyarakat kita memberi komen bahawa faraid tidak adil kerana

membezakan antara bahagian waris lelaki dengan bahagian waris perempuan. Sedangkan

kaedah pembahagian dalam ilmu faraid telah diakui oleh Orientalis Barat “ undang-

undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal

yang mantap dan sepatutnya ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik

dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaaan apa sekalipun boleh

ditentukan”

Di dalam al Quran terdapat 3 ayat utama yang menerangkan tentang pembahagian harta

pusaka iaitu di dalam surah al Nisa’ ayat 11,12 dan 176 Allah telah menentukan bagian

setiap waris yang mendapat bahagian dengan jelas. Jika di bandingkan dengan

pensyariatan sembahyang, bagaimana kaifiat sembahyang diterangkan melalui al hadith.

Sejarah pewarisan harta pusaka

Sebelum kedatangan Islam iaitu zaman Jahiliyah wanita dan kanak-kanak tidak dapat

mewarisi harta pusaka kerana mereka adalah kaum yang lemah, tidak mampu mengankat

senjata untuk berperang. Adakah patut kami memberi harta kami kepada orang yang

tidak mampu menunggang kuda dan tidak pandai bermain pedang. Harta pewarisan

diberi kepada lelaki dewasa sahaja yang mampu mempertahankan suku kaum dalam

peperangan. Ikatan janji diantara lelaki yang tiada hubungan kerabat yang bersumpah,

apabila keduanya bersetuju maka saling mewarisi antara satu sama lain. Menasabkan

anak angkat kepada diri mereka membolehkan mereka saling mewarisi antara satu sama

lain. Selepas kedatangan Islam, memberi hak kepada semua waris termasuk wanita dan

kanak-kanak.

Page 3: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

3

Definisi Harta Pusaka

Dalam istilah ilmu faraid harta pusaka juga dikenali sebagai al tarikah. Dari segi Bahasa

bermaksud segala apa yang ditinggalkan oleh simati. Manakala dari segi istilah syarak pula

sesuatu yang ditinggal oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan ke atas

hak persendirian.

Matlamat Mempelajari Ilmu Faraid

1. Mengenal pasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris

2. Mengenal pasti bahagian atau saham setiap waris yang berhak

3. Pengiraan bahagian setiap waris

Rukun Pewarisan

1. Al muwarrith ialah pewaris yang mati sama ada mati secara hakiki , hukmi atau

taqdiri.

2. Al warith ialah orang yang akan mewarisi harta peninggalan si mati

3. Al Mawruth ialah harta benda atau hak yang ditinggalkan oleh pewaris, terdiri

daripada harta alih dan harta tak alih.

Sebab Pewarisan

1. Kerabat atau keturunan

Merupakan hubungan nasab antar waris dengan waris disebabkan kelahiran.

Kerabat yang dimaksudkan adalah kerabat hakiki, undang-undang pusaka Islam

tidak mengiktiraf anak angkat. walaupun dibinkan kepada si mati. Demikian juga

anak zina dan anak li’an. Kedua-duanya tidak dianggap anak yang sah dalam

undang-undang pusaka Islam, tidak boleh mewarisi pusaka bapanya tetapi boleh

mewarisi pusaka ibu.

2. Perkahwinan;

Page 4: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

4

Suatu akad perkahwinan antara suami isteri yang sah di sisi syarak sama ada

berlaku persetubuhan atau tidak. Para ulama’ bersepakat apabila pencerian

secara tala raj’I sama ada suami sihat atau sakit yang membawa kepada mati,

maka suami atau isteri berhak mendapat harta pusaka apabila salah seorang

meninggal dunia. Penceraian talak ba’in sama ada ba’in sugra (cerai tebus talak

atau khulu’ dan fasakh atau ba’in kubra ( talak tiga) sepakat ulamak tidak mewarisi

antara satu sama lain sekiranya salah seorang meninggal dunia.

3. Wala’

Halangan Pewarisan

1. Pembunuhan

Ulmak sepakat pembunuhan salah satu halangan pewarisan, tetapi ulamak

berselisih pendapat tentang jenis pembunuhan.

Mazhab Shafei semua jenis pembunuhan, walaupuan pembunuhan dilakukan

dengan hak seperti seorang hakim menjatuhkan hukuman bunuh ke atas anaknya.

Mazhab Maliki pembunuhan sengaja sama ada secara langsung atau tidak

langsung disyaratkan pembunuhan telah baligh dan berakal.

Mazhab Hanafi semua jenis pembunuhan yang dikenakan hukum qisas atau

kaffarah dan disyaratkan pebunuh itu sudah baligh dan berakal.

Mazhab Hanbali semua jenis pembunuhan tanpa hak yang boleh dikenakan

hukum qisas, kaffarah atau diyat, termasuk pembunuhan sengaja, secara langsung

atau tidak langsung

2. Perhambaan

3. Perbezaan Agama

“orang Islam tidak boleh mewarisi (harta) orang kafir dan orang kafir tidak boleh

mewarisi (harta) orang Islam” (hadith riwayat al Bukhari)

Hak –hak yang berkiatan dengan pusaka

1. Perbelanjaan pengkebumian atau pengurusan jenazah yang diperlukan

merangkumi belanja mandi, mengakafan, membawa jenazah ke kubur, menggali

Page 5: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

5

kubur dan mengkebumikannya. Semua perbelanjaan itu diambil dari harta si mati.

Perbelanjaan untuk kenduri tahlil tidak bleh diambil dari harta si mati.

2. Membayar hutang si mati

3. Melaksanakan wasiat

4. Harta sepencarian atau hibah

Jenis-jenis waris

Terdapat tiga jenis waris yang berhak mendapat harta pusaka;

Ashab Al Furud

Ialah waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta

pusaka menurut al Quran surah An Nisaa’ ayat 11,12dan 176 dan al Sunnah dan ijmak.

½,1/4,1/8,1/3,1/6,2/3 dan 1/3.

bil Fardu Waris

1. 1/2 1. Suami

2. Seorang anak perempuan

3. Seorang anak perempuan kepada anak lelaki

4. Seorang saudara perempuan seibu sebapa

5. Seorang saudara perempuan sebapa

2. 1/4 1. Suami

2. Isteri/ isteri-isteri

3. 1/8 1. Isteri/isteri-isteri

4. 1/3 1. Ibu

2. Dua orang atau lebih saudara lelaki atau saudara

perempuan seibu

5. 1/3 baki 1. Ibu dalam kes al umariyyatayn

6. 2/3 1. Dua orang atau lebih anak perempuan

Page 6: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

6

2. Dua orang aau lebih anak perempuan kepada anak lelaki

3. Dua orang atau lebih saudara perempuan seibu sebapa

4. Dua orang atau lebih saudara perempuan s sebapa

7. 1/6 1. Bapa

2. Ibu

3. Datuk

4. Nenek

5. Seorang atau lebih anak perempuan kepada anak lelaki

jetika bersama seorang anak perempuan

6. Seorang atau lebih saudara peremuan sebapa ketila

bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa

7. Seorang saudara perempuan seibu

Waris daripada pihak lelaki

1. Anak Lelaki

2. Cucu lelaki daripada anak lelaki

3. Bapa

4. Datuk sebelah bapa ke atas

5. Saudara kandung

6. Saudara sebapa

7. Suudara seibu

8. Anak lelaki daripada saudara kandung

9. Anak lelaki daripada saudara sebapa

10. Bapa saudara kandung

11. Bapa saudara sebapa

12. Anak lelaki daripada bapa saudara kandung

13. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa

Page 7: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

7

14. Suami

Waris daripada pihak perempuan

1. Anak perempuan

2. Cucu perempuan daripada anak lelaki

3. Ibu

4. Nenek sebelah bapa dan ke atas

5. Nenek sebelah ibu dan ke atas

6. Saudara perempuan kandung

7. Saudara perempuan sebapa

8. Saudara perempuan seibu

9. Isteri

Berdasarkan senarai waris di atas. jika semua waris ada, yang berhak menerima pusaka

ialah, suami/isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Manakala waris –waris lain

tidak mewarisi.

Contoh 1 :

si mati meninggalkan isteri,ibu,bapa dan 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan;

24 x 5 120

Isteri 1/8 3 x 5 15

Ibu 1/6 4 x 5 20

Bapa 1/6 4 x 5 20

AL 1 x2

baki

13

26

26

13

AL 2 x2

AP 1 x1

Page 8: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

8

Berdasarkan jadual di atas, Isteri mendapat 15/120, ibu 20/120, bapa 20/120, setiap anak

lelaki mendapat 26/120 dan seorang anak perempuan mendapat 13/120

Contoh 2:

simati meninggalkan isteri, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan, ibu dan bapa meninggal

terlebih dahulu daripada si mati;

Berdasarkan jadual di atas, asal masalah adalah 8, bahagian isteri adalah 1/8 dan baki 7/8

adalah bahagian anak-anak simati, mengikut kaedah Asabah bil Ghairi anak lelaki

mendapat dua bahagian, manakala anak perempuan mendapat satu bahagian, jumlah

bahagian anak-anak bersamaan enam bahagian, Baki bahagian anak-anak adalah 7/8,

tetapi tidak boleh dibahagikan dengan enam kerana ia akan mewujudkan pecahan. oleh

itu jumlah bahagian awal (asal masalah) dibesarkan kepada (8 x 6=48) Jumlah

pembahagian akhir ialah 48 (sah masalah). Bahagian isteri juga didarapkan dengan enam

(1 x 6= 6), bahagian anak-anak 7 tujuh adalah bagi satu bahagian. Maka bahagian anak

lelaki (7x 2= 14) , bahagian anak perempuan 7 x 1= 7 setiap seorang.

8 x 6 48

isteri 1 x 6 6

AL = 2 bhg

X 7

14

AL =2 bhg 14

AP =1 bhg 7

AP = 1bhg 7

Page 9: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

9

Asabah

Waris-waris asabah ialah waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh perempuan.

Mereka tidak mempunyai bahagian yang tetap, kadang kala mereka menerima semua

harta apabila tidak waris ashab al furud, kadang kal menerima baki setelah ditolak

bahaian ashab al furud atau kadang kala tidak mendapat harta sedikit pun kerana telah

dihabisi oleh waris ashab al furud.

Dhawil al Arham

Dhawil al Arham ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain

daripada waris ashab al furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau

ramai. Contoh bapa kepada ibu, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan an

lain-lain. Kedudukan mereka dalam pembahagian pusaka berlaku perselilihan pendapat

ulamak.

Hak wanita

Sebelum kedatangan Islam, wanita dan anak kecil tidak berhak mewaris harta pusaka

kerana mereka adalah golongan yang lemah tidak boleh pergi berperang. Sebaliknya

Islam mengangkat mertabat wanita setelah turunnya ayat 7 surat An Nisaa’ yang

bermaksud:

Bagi orang lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu paba dan kerabatnya, dan

bagi orang wanita ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya,

baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.

Berdasarkan ayat di atas, sebab nuzul ayat di atas adalah kerana seorang Ansar bernama

Aus bin Thabit al Ansari telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri yang

bernama Ummu Kahlah, tiga anak perempuan dan dua saudara lelaki bernama Suwaid

Page 10: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

10

dan Arfajah, Harta pusaka tersebut diambil oleh dua saudara lelaki tanpa diberi kepada

isteri dan dua anak perempuan. Ummu Kahlah mengadu kepada Rasulullah.

Rasulullah SAW telah memanggil keduanya, kemudian diturunkn ayat yang menjelaskan

bahawa bukan orang lelaki sahaja yang layak menerima pusaka sebaliknya orang

perempuan juga berhak menerima pusaka.

Dalam satu riwayat lain, antara sebab turunnya ayat di atas adalah mengenai isteri Sa’ad

bin Rabi’. Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir katanya isteri Sa’ad bin Rabi’ telah

menemui Rasulullah SAW dan berkata, Ya Rasulullah ini adalah dua orang anak

perempuan Sa’ad bin Rabi’ Bapa mereka telah mati syahid semasa peperangan Uhud.

Bapa saudara meraka telah mengambil harta mereka sehingga tidak ada yang

ditinggalkanya untuk mereka. Kedua –dua budak ini tidak dapat berkahwin kecuali

mereka ada harta. Kemudian Rasulullah SAW bersabda Allah akan memutuskan mengenai

perkara ini. Selepas turunya ayat mawarith ini. Rasulullah mengutuskan kepada bapa

saudara mereka dan bersabdda yang bermaksud;

“Berilah dua pertiga kepada kedua anak perempuan Sa’ad dan seperlapan kepada ibu

mereka dan selebihnya untuk kamu”

Permasalahan Bahagian Ibu

Berlaku di zaman moden ini, Setengah dikalangan masyarakat beranggapan bahawa ibu

bapa tidak berhak mewarisi harta pusaka Sebaliknya ibu bapa yang sepatutnya disantuni

oleh anak-anak. Allah berfirman yang bermaksud;

Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa dan kerabat. Kami

jadikan pewaris-pewarinya…( surah An Nisaa’ ayat 33)

Dalam ayat lain Allah berfirman:

Page 11: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

11

Diwajidkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan(tanda-tanda) maut,

jika ia meninggalkan harta yang banyak , berwasiat untuk ibu bapa dan kerababnya

secara ma’ruf (ini adakah ) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

Golongan perempuan yang paling dekat dengan si mati adalah ibu. Al Quran menjelaskan

bahawa ibu mendapat satu perenam atau satu pertiga daripada harta pusaka

berdasarkan firman Allah;

…Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnbya satu perenam dari harta yang

ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak

mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat

sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara maka ibunya mendapat

seperenam…

(surah An Nisaa’ ayat 11)

Berdasarkan ayat di atas terdapat dua keadaan yang dinamakan gharawain dan

Umaryatin kerana diputuskan oleh Saiyyidina Umar adalah seperti berikut;

1. Simati meninggalkan suami, ibu dan bapa sahaja.

2. Simati meninggalkan isteri, ibu dan bapa sahaja.

Dalam kes pertama perpandukan kepada al quran mengikut kaedah biasa, suami

mendapat ½ kerana simati tidak meninggalkan anak, ibu mendapat 1/3 dan bapa

mendapat 1/6. Dalam hal ini berlawanan dengan konsep lelaki mendapat dua kali ganda

bahagian perempuan. Oleh itu, mazhab Shafei mengambil pandangan dengan memberi

ibu 1/6 dan bapa 1/3. Ini berdasarkan keputusan Saiyyidina Umar. Pendapat ini disokong

oleh beberapa orang sahabat seperti Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit, Ibnu Mas’ud dan

lain-lain. Mereka berpendapat ibu mendapat 1/3 baki setelah ditolak bahagian suami iaitu

1/6 dan selebihnya, 1/3 diberi kepada bapa. Walaubagaimana pun pendapat ini ditolak

oleh Ibn Abbas, ibu mendapat 1/3 berdasarkan ayat 11 surah An Nisaa’ bererti 1/3 dari

keseluruhan harta.

Page 12: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

12

6

Ibu 1/3x ½=1/6 1

bapa 1/3 2

suami 1/2 3

Dalam kes kedua Simati meninggalkan isteri, ibu dan bapa sahaja. Pendapat pertama

sama dengan pendapat jumhur iaiatu isteri mendapat ¼, ibu mendapat 1/6 dan

selebihnya diberi kepada bapa . Pendapat Ibn Abbas isteri mendapat ¼ , ibu 1/3 dan baki

kepada bapa.

12

Ibu 1/3x 3/4=1/4 3

bapa 1/2 6

isteri 1/4 3

Berdasarkan kepada dua kes di atas, negara kita menguna pakai mazhab Shafei berpegang

kepada pendapat jumhur iaitu perdapat yang pertama.

Konsep Aul

Dari segi bahasa Aul bererti bertambah. Dari segi istilah faraid, Aul bererti berlakunya

pertambahan pada saham-saham waris fardu dan berlaku pengurngan pada kadar

habuan mereka dalam pusaka mengikut nisbah pertambahan tersebut. Dengan lain

perkataan berlakunya pertambahan atau peningkatan jumlah saham yang diterima dan

berkurangnya nilai harta sebenar.

Page 13: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

13

Konsep Aul diperkenal semasa pemerintahan Saiyyidina Umar. Beliau telah diminta untuk

menghakimi satu kes si mati meninggalkan suami dan dua orang saudara perempuan

seibu sebapa. Mengikut al Quran jika simati tidak meninggalkan anak suami mendapat ½.

Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika

meraka tidak mempunyai anak…(surah An Nisaa’ ayat 12)

Bahagian dua saudara perempuan pula 2/3

… jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta

yang ditinggalkan oleh yang meninggal…. (surah An Nisaa’ ayat 176)

6 Aul 7 Habuan

suami 1/2 3 3 RM 42,857.14

2 saudara

perempuan

seibu sebapa

2/3

4

4

RM 57,142.85

Jumlah 7 7

Contoh di atas berlaku asal masalah 6 kepada 7, maka asal masalah 6 di tinggalkan diambil

Aul 7 sebagai asal masalah baru. Oleh itu nilai harta yang di tinggalkan oleh simati akan

dibahagikan mengikut asal masalah yang baru iaitu 7. Nilai harta yang ditinggalkan adalah

RM 100,000.00 . Mengikut kaedah Aul 3/7 x 100,000.00=RM 42857.14 dan bahagian dua

orang saudara perempuan seibu sebapa 4/7 x RM 100,000.00 bersamaan RM 57,142.85 .

Mengikut pembahagian asal suami akan mendapat ½ bahagian bersamaan RM 50,000.00

dan bahagian 2 orang saudara perempuan seibu sebapa akan mendapat 2/3 bersamaan

RM 66,666.66 apabila dicampur akan berlaku lebihan, oleh itu kaedah Aul digunakan

dengan mengurangkan bahagian masing-masing.

Page 14: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

14

Dari fardu-fardu yang telah ditetapkan di dalam al Quran ialah ½, ¼, 1/8, 2/3,1/3 dan 1/6

maka lahirlah 7 asal masalah yang boleh berlaku Aul iaitu 2,3,4 dan 8

Pendindingan (al hajb)

Al Hajb dadri segi Bahasa bermaksud tegahan, halangan atau pendindingan. Dengan lain

perkataan orang yang menegah atau menghalang orang lain daripada mendapat harta

pusaka. Manakala istilah ilmu faraid, bermaksud tegahan atau halangan seseorang waris

tertentu yang telah mencukupi sebab-sebab dan syarat-syarat pewarisan daripada

mendapat harta pusaka sama ada keseluruhan ayat sebahagian, keranan ada waris lain

yang lebih berhak terhadapa harta tersebut. Contoh datuk dihalang atau didinding oleh

bapa dan suami dihalang atau didinding oleh anak lelaki atau perempuan dari mendapat

½ bahagian kepada ¼ bahagian.

Kaedah Pengiraan

Untuk membahagikan harta pusaka kepada waris-waris, apa yang perlu dikatahui ialah;

1. Furud atau bahagian-bahagian yang sepatutnya wais dapat ashab al furud atau

asabah

2. Asal masalah

3. Bilangan saham yang sepatutnya diterima oleh setiap waris

4. Kadar atau nilai bagi satu saham

5. Mengentahui kadar habuan setiap waris.

Jika waris semuanya dari golongan asabah lelaki, asal masalah diambil daripada bilangan

mereka. contoh si mati meniggalkan 7 orang anak lelaki maka asala masalah adalah 7.

Jika waris-waris terdiri daripada dua jenis asabah iaitu lelaki dan perempuan, bilangan

waris lelaki hendaklah didarab dengan 2 kemudian dicampur dengan bilangan wais

perempuan. Contoh si mati meninggalkan 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Maka asal

masalah adalah 8.

Page 15: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

15

Jika dalam suatu masalah itu hanya terdapat 1 fardu sahaja, asal masalah diambil dari

sebutan fardu itu sahaja.contoh si mati meninggalkan isteri dan 2 anak lelaki maka isteri

mandapat 1/8 dan dua anak lelaki mendapat asabah, asal masalah adalah 8

Jika dalam suatu masalah itu terdapat lebih dari satu fardu, maka cara mencari masalah

adalah seperti berikut;

1. Tamaathul ialah di antara satu angka dengan satu angka yang lain adalah sama

nilainya seperti 3 dengan 3, 2 dengan 2 maka diambil salah satu angka tersebut

sebagai asal masalah.contoh si mati meninggal kan suami dan seorang saudara

perempuan seibu sebapa, suami mendapat ½ dan saudara perempuan seibu

sebapa mendapat ½, asal masalah adalah 2.

2. Tadakul angka yang lebih besar dapt dibahagi dengan angka yang lebih kecil dan

hasil bahagi adalah angka tunggal atau angka yang kecil boleh dimasukkan dengan

angka yang lebih besar seperti 3 dengan 6, maka asal masalah diambil dari angka

yang lebih besar iaitu 6.

3. Tawafuk ialah salah satu daripada dua angka tidak dapat dibahagi dengan angka

tersebut tetapi dapat dibahagi dengan angka yang lain selain dari angka satu, atau

antara dua angka tersebut terdapat aspek kesesuaian, maka asala masalah ialah

setengahkan salah satu dari angka tersebut seperti 4 dengan 6, maka asal masalah

aialah 12 (2x 6 atau 3 x 4)

4. Tabayun ialah salah satu daripada dua angka tidak boleh dibahagikan dengan

angka tersebut dan tidak dapat dibahagi dnegan angka yang lain kerana kedua-

duanya tidak ada persamaan, maka asal masalah ialah jumlah darap di natara

kedua angka tersebut. Contoh 2 dengan 3 asal masalah ialah 6 ( 2 x 3)

Kaedah Pengiraan Harta Pusaka

Setelah dikenal pasti asal masalah dengan betul , maka pengiraan harta pusaka akan

menjadi mudah. Contoh si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan seorang anak

lelaki.Harta peninggalan si mati ialah 2 hektar tanah bernilai RM200 ribu, sebuah rumah

Page 16: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

16

bernilai RM400 ribu dan wang simpanan bernilai RM 200 ribu. Jumlah keseluruhan harta

si mati adalah RM 800 ribu.

WARIS FARDHU ASAL MASALAH TASHIH HABUAN(RM)

24 x 5 120

Isteri 1/8 3 x 5 15 100,000.00

Ibu 1/6 4 x 5 20 133,333.33

Bapa 1/6 4 x 5 20 133,333.33

2 AL x2

1 AP X1

baki

13

26 (13X2)

26(13X2)

13(13X1)

173,333.33

173,333.33

86,666.66

Dalam jadual di atas masalah pembahagian harta pusaka, isteri ,mendapat 1/8, ibu dan

bapa mendapat 1/6 setiap seorang dan 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak permpuan

mendapat asabah binafsih. Asal masalahnya adalah 24 (gandaan sepunya terkecil adalah

di antara angka 8,6 dan 6. Oleh itu, seorang isteri mendapat 3 saham, ibu dan bapa

mendapat 4 saham setiap seorang dan seorang anak lelaki mendapat 13.

Apabila diteliti kepada bahagian 2 AL dan 1 AP adalah 13, didapati bahagian tersebut (13)

tidak boleh dibahagi kepada angka tunggal. Oleh itu, masalah ini perlu di tashihkan iaitu

bilangan anak lelaki perlu di darabkan dengan 2 dan dicampurkan dengan bilangan anak

perempuan menjadi 5 (2+2+1), kemudian angka 5 didarabkan dengan asal masalah iaitu

24 menjadi 120 (24X5). Setelah itu angka 5 didarabkan dengan setiap waris yang terlibat.

Kesimpulan

Undang-undang pusaka Islam merupakan ketetapan Allah SWT yang menyeluruh melalui

ayat al mawarith. Undang-undang yang disyariatkan ini adalah untuk memberi keadilan

kepada seluruh manusia dan ianya mempunyai hikmah dan falsafah yang tidak boleh

diselami oleh sesetengah manusia. Oleh itu ia dianggap sebagai separuh daripada ilmu.

Page 17: KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM Baharuddin Bin Aziz …

17

Rujukan

Azman bin Ismail, Perancangan & Pengurusan Pewarisan Islam.(2007)Amanah Raya

Berhad

Baharuddin Aziz. 2009. Takhruj Dalam Pembahagian Pusaka Islam: Kajian di Daerah

Kota Setar. Tesis Sarjana. Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti

Teknologi Malaysia. Skudai.

Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang,Undang-(2006) Undang Pusaka Islam

Pelaksanaan di Malaysia. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Muhammad bin Muhammad Sibtha Al Mardini Asyafie, Tartib Majmuk fi Ilmi Faraid wa

Hisabil Wasoya.Darul Dhiya’ Kuwait.

Musyaddat bin Hasbullah,(2012)Al khulasoh fi Alfiqhi al Mawaarith wal Wasoya wal

Waqfu,Universiti Sians Islam Malaysia.

Wan Abdul Halim Wan Haron (2006) Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.