24
SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER oleh Nuinda Haji Alias Tesis dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia Fdkulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Jun 1998

SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

  • Upload
    lydung

  • View
    229

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER

oleh

Nuinda Haji Alias

Tesis dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan

Sumber Manusia

Fdkulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Jun 1998

Administrator
Page 2: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Sarawak

Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah Maktab Perguruan Di Sabah Terhadap Penggunaan Komputer" oleh Puan Nuinda binti Alias, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kuaiiti dan persex&ahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).

Awit (Penyelia)

\

Prof. Madya Dr Muhamed Awang (Pemeriksa b l a m 1

Page 3: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

PERAKUAN

Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada

bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk

mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi

yang lain.

Page 4: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sikap pensyarah Maktab Perguruan di Sabah terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Kajian sikap menggunakan tujuh subskala sikap yang telah digunakan oleh Robertson (1995), iaitu kebimbangan, keyakinan, kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan. Di samping itu, kajian ini juga melihat kemahiran dan tahap penggunaan komputer di kalangan pensyarah.

Responden kajian terdiri daripada kesemua 223 orang pensyarah Maktab Perguruan di Sabah, tetapi hanya 154 (69.06%) responden mengembalikan soal selidik. Kajian ini menggunakan analisis data secara frekuensi, min, ujian-t, Anova Sehala serta Tukey, Kolerasi Pearson dan Anova Friedman Dua Hala.

Kajian ini mendapati responden menguasai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan pemprosesan perkataan Microsoft word (min 3.14), Wordstar (min 2.73) dan persembahan Microsoft powerpoint (min 2.34). Kemahiran yang paling rendah adalah multimedia (min 1.25) dan jaringan komunikasi (min 1.32). Manakala tahap penggunaan agak sedarhana. Kekerapan penggunaan tertumpu pada penyediaan soalan latihan kelas, penggubalan soalan peperiksaan, pengurusan mentor-mentee dan perancangan perlaksanaan kerja kursus. Namun, secara keseluruhannya responden menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer.

Hasil kajian mendapati korelasi yang signifikan pada aras p<0.05 antara pengalaman sebagai pensyarah (r =-.185) dan urnur (r =-.202) dengan kemahiran ;antara tempoh kursus dengan kognitif (r =. 160); antara pengalaman (r =-.205) dan umur (r =-. 182) dengan tingkahlaku ; antara pengalaman dengan penggunaan (r =-. 160) ; antara umur (r =-. 169) dengan kecekapan. Akan tetapi semua korelasi berada pada korelasi negatif yang lemah. Kajian juga mendapati perbezaan yang signifikan antara pengalaman dengan penggunaan(t =1.98) ; kategori dengan kecekapan(t =-0.49) ; memiliki komputer dengan penggunaan(t =0.87).Analisis Anova juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dan kecekapan; jabatan dengan kebimbangan, serta jabatan dengan penggunaan komputer.

Berasaskan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan pihak berwajib meningkatkan kesedaran dengan mengadakan berbagai-bagai kursus celik komputer bagi mendorong seseorang meningkatkan kehendaknya mempelajari dan menguasai kemahiran. Latihan dalam perkhidmatan wajar diperbanyakkan supaya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran. Di samping itu, pendedahan pembaikpulih komputer patut diberikan agar masalah teknikal yang umum dapat ditangani diperingkat maktab. Pengwujudan pusat sumber elektronik amat diharapkan untuk meningkatkan taraf pendidikan di maktab. Kajian mencadangkan supaya kajian lanjutan secara mendalam dan berterusan dapat dilakukan untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Penyelidikan tindakan juga boleh dijalankan untuk mengkaji masalah dalaman sesebuah maktablsekolah agar masalah dapat ditangani dengan cepat.

Page 5: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the attitude of lecturers in Teacher Training Colleges in Sabah towards the usage of computer in the management of learning and teaching. The attitude was measured by seven attitude subscales, namely anxiety, confidence, cognitive, behavior, enjoyment, use and competence which was used by Robertson (1995). Besides that, this study surveys on the skill and extent of computer usage among lecturers.

The respondents ofthis study are all the 223 lecturers of Teacher Training Colleges in Sabah but only 154 (69.06%) returned the questionnaires. This study uses data analysis such as frequency, mean, t-test, One-Way Anova and Tukey, Pearson Correlation and Friedman Two- Way Anova.

This study found that the respondents' skill is high at using word processor Microsoff Word (mean 3.14), Wordstar (mean 2.73) and presentation Microsoft Powerpoint (mean 2.34). Their skill is lowest at multimedia (mean 1.25) and network communication (mean1.32). The level of usage is average and is mainly for preparing exercises, examination questions, mentor-mentee management and the planning of the implementation of course work. On the whole the respondents show positive attitude towards computer usage.

The study shows signzfxant correlation at p<O. 05 between experience as lecturer (r=- .185) and age (r=-.202) with skill, between course duration and cognitive (r=. 160); between experience (r=-,205) and age (r=-.182) with behavior, between experience with usage (r=-.160), between age (r=-. 169) with competence). However all the correlation are negative and weak. This study also found signiJicant difference between experience and usage (t=l. 98), category and competence (t=-0.491, computer ownership and usage (t=0.87). Anova Analysis shows that there is a signlJicant difference between age and competence, department and anxiety, and department and computer usage.

Based on the finding o f this study, it is suggested that all those concerned should increase awareness by organizing computer courses to increase a person's desire to learn and to acquire the skill. In-service training should be increased to improve skill. Besides that, exposure to computer repair and maintenance should be given so that common technical problem can be handled in the colleges. It is also hoped that electronic resource centres will be formed to increase the level of education in the college. It is suggested that further in-depth study is done to look into the effectiveness qf computer usage in teaching and learning. Action research can also be done to study the problem in a college or school so that the problem can be handled in time.

Page 6: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Sketsa Biografi

Nuinda Haji Alias merupakan anak jati dari Wilayah Persekutuan Labuan yang sebelum

ini bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Gaya. Penyelidik memulakan

pendidikan awalnya di SRK Sungai Lada Labuan dan kemudian menyambung pelajaran

menengah ke SM St Anne Convent Labuan dan SM. St. Anthony Labuan. Seterusnya

menarnatkan pelajaran menengah atas di Maktab Sabah Kota Kinabalu. Penyelidik

memilih bidang Komunikasi Massa sebagai pengkhususannya di Universiti Sains

Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1986. Seterusnya

penyelidik mengikuti latihan iktisas bidang keguruan di Universiti Malaya pada tahun

1988. Penyelidik pernah bertugas sebagai guru di SM St. Anthony Labuan, SM

Menggatal Kota Kinabalu, SM Convent St. Francis Kota Kinabalu sebelum memulakan

kerjaya sebagai pensyarah maktab. Penyelidik juga pernah bertugas sebagai pensyarah

di Maktab Perguruan Sandakan Sabah. Tugas akhir penyelidik sebelum ditawarkan

mengikuti Kursus Sarjana Sains (Pembangunan Surnber Manusia) adalah Pengelola

Kursus Dalam Cuti di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.

Page 7: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Dedikasi buat:

Suami tercinta yang penuh sabar dun mengerti Safar b. Untong

Anak-anak tersayang yang mula pandai berdikari dun sumber inspirasi Nur Aqilah

Mohamad Naqib

Ibu dun bapa yang sentiasa berdoa dun menginginkan kejayaan Hajah Alipah Haji Idris

Haji Alias Haji Mohamad

Ibu mertua yang sentiasa membantu Bunga bt Mansor

Dan

Adik-adik yang memahami Samad, Bashir, Rohani, Fatimah, Rostini , Ramlan

Page 8: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, saya telah dapat menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi ijazah sarjana ini. Dirakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Haji Abang Ahmad Ridzuan bin Abang Awit atas bimbingan, bantuan dan tunjukajar sehingga dapat menghasilkan tesis ini.

Terima kasih juga kepada Pengetua-Pengetua Maktab Peguruan Gaya, Maktab Perguruan Kent, Maktab Perguruan Keningau dan Maktab Perguruan Sandakan kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Kepada semua pensyarah yang terlibat semasa ujian perintis dan semasa kajian ini dijalankan, saya mengucapkan setinggi- tinggi terirna kasih atas kerjasama, sokongan dan kesudian yang membantu saya menyiapkan tesis ini. Ucapan penghargaan kepada Encik Kamal D. E. Quadra, Dr. Adi Badiozaman Tuah, Tuan Haji Ahrnad Kasim, Cik Munirah Saad, Encik Yew Guan Tek, Puan Rakayah Madon, Puan Jenifer Anjik, Puan Lam Saw Yin, Tuan Haji Salleh Kabil dan rakan-rakan atas sumbangan yang diberikan. Terima kasih kepada staf Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan IAB atas bantuan sepanjang kursus ini dijalankan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof Razali Arof, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki atas kesempatan yang diberikan untuk saya mengikuti kursus ini. Kepada semua pensyarah yang terlibat dengan program pasca siswazah IABIUNIMAS 199611 997: Dr. Haji Abang Ahrnad R i d m (penyelaras kursus), Prof Razali Arof, Prof Madya Dr. Napsiah Mahfoz, Prof Madya Dr. Peter Songan, Dr. Spenser Empading Sagin, Dr. Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj Batatia, Dr. Farid Meziane, Dr. Baktiar Mansor, Dr. Maheswary Kandasamy, Prof Madya Dr. Muhamrned Awang, Dr. Hazman Shah b. Abdullah, Prof Madya Dr. Zoraini Wati Abas, Puan Jenniffer Songan, Encik Mehandar Singh dan Encik Sharaf Al-Deen Sami Horani, sekalung penghargaan dan terima kasih atas pemberian ilmu yang mengayakan saya,

Kepada rakan-rakm seperjuangan Kohort 2 IABLJNIMAS, terima kasih atas kerjasama dan dorongan sehingga sama-sama menamatkan kursus ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih khas buat Sabtuyah, Haminah, Maimunah dan Tan Ai Fong atas bantuan yang sering dihulurkan semasa di Sarawak.

Penghargaan khusus buat ibu, Hajah Alipah Haji Idris dan bapa, Haji Alias Haji Mohamad yang sentiasa mendoakan untuk kejayaan ini. Kepada ibu mertua, Bunga Mansor, terima kasih kerana melindungi anak-an& semasa mengikuti kursus ini.

Penghargaan dan terima kasih yang amat istimewa buat suarni tersayang, Safar b Untong dan anak-anak yang dikasihi, Nur Aqilah dan Mohamad Naqib yang sentiasa mendoakan, memberi galakan, sokongan yang tidak kenal erti jemu bagi kejayaan mengikuti kursus dan rnenyiapkan tesis ini.

Page 9: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

JADUAL KANDUNGAN

Muka surat

Perakuan Abstrak Abstract Sketsa Biografi Dedikasi Penghargaan Jadual Kandungan Daftar Jadual Daftar Carta Daftar Rajah

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1.1 Permasalahan Kajian 1.2 Matlarnat Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1 .5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Skop Dan Batasan Kajian

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 2.1 Konsep Sikap 2.2 Teori-Teori Pembentukan dan Perubahan Sikap

2.2.1 Teori Pembelajaran (Learning Theories) 2.2.2 Teori Ketekalan (Consistency Theories) 2.2.3 Teori Gerakbalas (Cognitive Response Theories)

2.3 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 2.4 Kemahiran Dan Tahap Penggunaan Komputer 2.5 Kerangka Kajian 2.6 Kesimpulan

BAB 3 KAEDAH PENYELIDKAN

. . 11 . . . 111

iv v . . .

Vll l

X

X

3.1 Pengenalan

Page 10: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

3.2 Reka Bentuk Kajian 3.2.1 Rekabentuk Soal Selidik 3.2.2 Ujian Perintis (Pilot Test) 3.2.3 Pentadbiran Soal Selidik 3.2.4 Populasi Kajian

3.3 Kaedah Penganalisisan Data 52 3.3.1 Pembinaan Taburan Kekerapan 5 3 3.3.2 Kaedah Korelasi Pearson 53 3.3.3 Ujian-t 54 3.3.4 Kaedah Anova 54 3.3.5 Kaedah Friedman Two-way Anova 55

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 56-1 13

4.0 Pengenalan 4.1 Latarbelakang Responden

4.1.1 Gender, Umur, Kategori 4.1.2 Pengalaman Mengaj ar 4.1.3 Komputer Dan Kursus Komputer

4.2 Analisis Respon Pensyarah Terhadap Kemahiran, Sikap Dan Tahap Penggunaan 4.2.1 Kemahiran (Pengetahuan) Komputer 4.2.2 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.1 Sikap Kebimbangan Terhadap Penggunaan

Komputer 4.2.2.2 Sikap Keyakinan Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.3 Sikap Kognitif Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.4 Sikap Tingkahlaku Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.5 Sikap Keseronokan Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.6 Sikap Penggunaan Terhadap Komputer 4.2.2.7 Sikap Kecekapan Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.8 Rumusan Pola Sikap Terhadap Penggunaan

Komputer 4.2.3 Tahap Penggunaan Komputer

4.3 Hubungan Kemahiran, Sikap, Tahap Penggunaan Komputer 90 Dengan Pengalaman Di Maktab, Tempoh Kursus Dan Umur

4.4 Perbezaan Antara Latar belakang Dan Sikap 4.4.1 Gender DanSikap 4.4.2 Pengalaman Di Maktab Dan Sikap

Page 11: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

4.4.3 Kategori Dan Sikap 4.4.4 Menghadiri Kursus Dan Sikap 4.4.5 Pemilikan Komputer Dan Sikap 4.4.6 Umur Dan Sikap 4.4.7 Jabatan Dan Sikap

4.5 Susunan Keutamaan Sikap Penggunaan Komputer 4.6 Perbincangan Hasil Kajian

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 5.1 Rumusan Dapatan Kajian 5.2 Cadangan 5.2 Cadangan Kajian Untuk Masa Depan 5.3 Penutup

Rujukan Soalselidik Surat Kebenaran

Page 12: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

DAFTAR JADUAL

Kebolehpercayaan Ujian Perintis

Agihan dan Pulangan Soal Selidik

Saiz Maktab Responden

Penggunaan Kaedah Statistik Kajian

Penentuan Korelasi Pekali Pearson ( r )

Taburan Responden Mengikut Umur Dan Gender

Taburan Responden Mengikut Kategori Dan Gender

Taburan Responden Mengikut Kategori dan Umur

Pengalarnan Mengajar Di Sekolah Dan Maktab

Responden Mengikut Jabatan Di Maktab

Responden Mengikut Mata Pelajaran Yang Diajar

Pemilikan Komputer Peribadi Di Rumah

Jumlah Dan Ternpoh Kursus Dihadiri

Mempelajari Komputer Paling Berkesan

Taburan Kekerapan Kemahiran Komputer

Taburan Kekerapan Sikap Kebimbangan Terhadap Penggunaan Komputer

Taburan Kekerapan Sikap Keyakinan Terhadap Penggunaan Komputer

Taburan Kekerapan Sikap Kognitif Terhadap Penggunaan Komputer

Taburan Kekerapan Sikap Tingkahlaku Terhadap Penggunaan Komputer

Muka surat

49

5 1

Page 13: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Taburan Kekerapan Sikap Keseronokan Terhadap Penggunaan Komputer

Taburan Kekerapan Sikap Penggunaan Terhadap Komputer

Taburan Kekerapan Sikap Kecekapan Terhadap Penggunaan Komputer

Taburan Kekerapan Tahap Penggunaan Komputer

Hubungan Kemahiran, Sikap Dan Tahap Penggunaan Komputer Dengan Pengalaman Sebagai Pensyarah Maktab, Tempoh Kursus Dan Umur

Perbezaan Min Antara Gender Dan Sikap

Perbezaan Min Antara Pengalaman Di Maktab Dan Sikap

Perbezaan Min Antara Kategori Dan Sikap

Perbezaan Min Antara Menghadiri Kursus Dan Sikap

Perbezaan Min Antara Memiliki Komputer Dan Sikap

Ringkasan Keputusan Analisis Varian Antara Umur Dan Sikap

Ujian Tukey Bagi Tahap Sikap Kecekapan Berdasarkan Umur

Ringkasan Keputusan Analisis Varian Antara Jabatan Dan Sikap

Ujian Tukey Bagi Tahap Sikap Kebimbangan Berdasarkan Jabatan

Ujian Tukey Bagi Tahap Sikap Penggunaan Berdasarkan Jabatan

Susunan Tahap Keutamaan Sikap Penggunaan Komputer

Page 14: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

DAFTAR CARTA

Carta 4.1

Carta 4.2

Carta 4.3

Carta 4.4

Carta 4.5

Carta 4.6

Carta 4.7

Carta 4.8

Carta 4.9

Min Bagi Kemahiran Menggunakan Komputer

Respon Sikap Kebimbangan

Respon Sikap Keyakinan

Respon Sikap Kognitif

Respon Sikap Tingkahlaku

Respon Sikap Keseronokan

Respon Sikap Penggunaan

Respon Sikap Kecekapan

Min bagi Tahap Penggunaan Komputer

DAFTAR RAJAH

Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Hubungan Antara Kepereayaan, Sikap, Niat Dan Tingkahlaku Terhadap Sesuatu Objek (Fishbein & Ajzen, 1975)

Rajah 2.2 Kerangka Penvakilan Teori Tindakan Bersebab (Eagly dan Chaiken, 1993)

Muka surat

66

Rajah 2.3 Kerangka Konsep

Page 15: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Teknologi maklumat (TM) berkembang begitu pantas dan semua sektor tidak dapat

menafikan kepentingan penggunaannya dalarn pengurusan. Malah, komputer dikatakan

sebagai satu agenda pemangkin terhadap pengwujudan pengurusan yang cekap. Dari

segi teknologi, komputer juga dikatakan akan menjadi pencetus yang radikal kepada

perkembangan teknologi masa depan. Untuk itu, pengetahuan dan penggunaan

komputer merupakan satu kemestian di kalangan rakyat Malaysia agar dapat memenuhi

kehendak pembangunan yang ingin dicapai. Dr. Mahadhir Mohamad menyatakan,

Already Malaysians are among the biggest users of computers in the

region. Computer literacy is a must if we want to progress and develop.

No effort must be spared in the creation of an information rich

Malaysian society. (Malaysia: The Way Forward, 1991).

Malaysia dalam era teknologi maklumat menampakkan kebanggaan dengan usaha

melangkah ke Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) yang

dilancarkan pada Ogos 1996. Ini menunjukkan satu lagi langkah drastik dan berani yang

diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha menempatkan negara seiring dengan

negara-negara maju dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Sekolah Bestari

merupakan antara tujuh ciri yang disenaraikan dapat membantu mempercepatkan

Page 16: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

pembangunan MSC dan kemajuan Malaysia ke arah kepimpinan era teknologi

maklumat. Sektor pendidikan mempunyai tugas besar dalam menjayakan sekolah

bestari. Kejayaan dan kecemerlangan teknologi maklumat dapat dicapai melalui

komitinen individu menguasai dan menggunakan sepenuh ilmu dan pendidikan dalam

bidang teknologi khususnya komputer. Para pendidik perlu menguasai ilinu dan

kemahiran pengoperasian komputer agar penggunaannya lebih bermakna. Penggunaan

komputer di kalangan pendidik akan n~enjadi teladan dan ikutan pelajar. Oleh itu, para

pendidik perlu menggalakkan dan menggembangkan penggunaan teknologi maklumat

kepada pelajar dengan segera melalui pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Pemikiran baru dalam pendidikan, perkembangan teknologi dan ledakan maklumat

menlaksa kaum pendidik mengubah proses pengajaran dan pembelajaran, persekitaran

pembelajaran dan pengurusan kurikulum yang sesuai dengan era tersebut. Paksi

kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini adalah pengurusan yang cekap.

1.1 Permasalahan Kajian

Sistem pendidikan harus dapat menyediakan generasi yang akan datang bagi memenuhi

Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan mempunyai daya saing dalam

menghadapi arus globalisasi dan era informasi abad ke 21. Keperluan organisasi yang

dinamik dan efisen dalam perkembangan dunia pendidikan amat dilaung-laungkan

kerana sistem pendidikan yang akan inencernakan dan nlewarnai produk bagi kegunaan

sumber tenaga manusia.

Page 17: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Maktab perguruan merupakan salah sebuah pusat latihan yang mengeluarkan tenaga

mahir bagi keperluan mengajar di sekolah-sekolah. Sebagai pengeluar tenaga mahir

bidang keguruan, para pendidik atau pensyarah yang bertugas di maktab mempunyai

agenda penting dalam menangani cabaran-cabaran negara mencapai pusat 0

kecemerlangan ilmu d m teknologi. Untuk melahirkan murid yang bestari, guru perlu

bestari dan secara tidak langsung pensyarah juga perlu bestari. Ini merupakan cabaran

bagi pensyarah mengubah paradigma pengurusan pengajaran pembelajaran yang lebih

cekap dan dinamik. Gonzales dan Roblyer (1996) menyatakan bahawa pendidik hari ini

diseru supaya menghadapi isu-isu abad ke 2 1 dengan reka bentuk alat-alat pengurusan

pengajaran pembelajaran untuk era perindustrian. Kebanyakan orang mempercayai

bahawa ekonomi, sosial, kebudayaan, demografik, politik dan teknologi memerlukan

sistem baru dalam pendidikan negara supaya dapat bersaing d m hidup dalam era

informasi. Di samping itu, Majalah Futurist ("50 Trends shaping the world, 1991 ")

meramal bahawa semua teknologi yang kita gunakan hari ini mewakili 1 % yang

terdapat pada tahun 2050. Rekabentuk semula d m perluasan hebat dalam teknologi

tersebut akan dilakukan sebahagian besarnya oleh mereka yang sekarang ini berada di

sekolah seluruh dunia (Nelson et al., 1993). Oleh itu guru mempunyai agenda penting

untuk melahirkan masyarakat yang berkemahiran teknologi.

Proses pengajaran pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah melibatkan

pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penyelarasan dan

kawalan. Proses adalah suatu cara teratur melakukan kerja. Pengurusan sebagai suatu

proses kerana pensyarah sebagai pengurus terlibat dalam aktiviti-aktiviti tertentu yang

Page 18: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

saling berkaitan dengan tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat yang diingini.

Kebanyakan pendidik tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka berperanan sebagai

pengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran melibatkan perancangan seperti perancangan harian,

mingguan, semester atau tahunan, yang dilaksanakan setelah mengkaji dan memahami

persekitaran organisasi. Pensyarah perlu mengorganisasikan kurikulum yang hendak

disampaikan supaya jelas, lancar dan dapat diikuti oleh para pelajar (guru pelatih).

Pensyarah juga akan menunjukkan daya kepimpinan yang dapat dicontohi oleh para

pelajar serta membimbing mereka ke arah mencapai matlamat institusi pendidikan dan

kurikulum. Penyelarasan pula memerlukan pensyarah menyelaraskan sumber manusia

mengikut keperluan organisasi agar dapat digunakan secara optimum. Kawalan

diperlukan untuk menyelia hasilan pengajaran dan dibandingkan dengan piawai yang

telah ditetapkan supaya perjalanan aktiviti pengajaran pembelajaran di maktab dapat

dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Selaras dengan pelaksanaan MSC, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan

pengajaran pembelajaran yang menggguna dan mengintegrasikan komputer dalam mata

pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mulai tahun 1998.

Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama dalam

merancang dan melaksana latihan untuk guru-guru bagi memenuhi keperluan ini.

Berdasarkan bilangan sekolah, seramai 1,375 orang Jurulatih Utama diperlukan bagi

sekolah rendah dan seramai 343 orang bagi sekolah menengah (Bahagian Pendidikan

Page 19: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

Guru, 1996). Sehubungan itu, Menteri Pendidikan telah mengumurnkan sebanyak 90

buah sekolah dipilih sebagai perintis sekolah bestari yang akan dilaksanakan pada

Januari 1999. Dari 90 buah, 21 buah sekolah rendah dan 69 buah untuk sekolah

menengah. Di samping itu, 28 buah sekolah dari jurnlah tersebut akan dipilih dari luar

bandar dan 3 buah di pedalaman. Seramai 5,400 guru akan dilatih sebelum Januari 1999

untuk ditempatkan di sekolah terbabit (Berita Harian, 13 Jun 1997). Pengurnuman ini

memberi impak terhadap penglibatan maktab melatih guru-guru tentang penggunaan

komputer di sekolah.

Pensyarah merupakan model contoh dalam melaksanakan penggunaan komputer dalam

pengurusan pengajaran pembelajaran dan pengintegrasian dalam mata pelajaran.

Sebagai model contoh dan pusat latihan yang mengeluarkan tenaga mahir guru,

sewajarnya pensyarah maktab memiliki pengetahuan yang lebih baik dalam penggunaan

komputer. Memandangkan komputer akan menjadi pencetus kepada teknologi canggih

pada masa depan, para dan bakal pengurus mata pelajaran perlu menjadi celek tentang

komputer. Pelajar-pelajar di maktab perguruan perlu didedahkan dengan penggunaan

komputer seluas yang mungkin supaya mereka boleh mengaplikasikan ilmu tersebut

sebaik sahaja memulakan karier sebagai guru. Oleh itu, pensyarah memainkan peranan

penting dalam melaksanakan dan memastikan kejayaan sekolah bestari.

Sekolah bestari mempamerkan beberapa elemen penting seperti "smart learning" dan

"smart teaching" yang berasaskan "smart curriculum", mengamalkan "smart use of

technology", menggunakan "smart assessment" dan keseluruhannya dikendalikan oleh

Page 20: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

"smart management" (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996). Dalam "smart use of

technology", pengguna harus mengetahui segala jenis alat teknologi khususnya

teknologi yang berasaskan komputer dan telekomunikasi secara efisen dan efektif.

Manakala "smart management" memerlukan pengurusan yang cekap dan berwawasan.

Nik Aziz Nik Pa (1996) menjelaskan salah satu dimensi dalam konsep maktab bestari

adalah dimensi penggunaan teknologi terkini. Segala kemudahan dan teknologi terkini

yang relevan hendaklah digunakan secara optimum untuk meningkatkan kualiti

pembelajaran, pengajaran, penghayatan nilai murni dan pembudayaan ilmu. Maktab

perguruan bestari merupakan organisasi pendidikan yang berperanan melahirkan bakal

guru yang dapat menguasai budaya berfikir, budaya berkomunikasi secara kreatif dan

budaya mengajar dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini, khususnya

teknologi yang berlandaskan komputer dan telekomunikasi. Oleh yang demikian,

pensyarah sebagai pemberi input tentang pendekatan dan teknik pengajaran

pembelajaran wajar memiliki pengetahuan yang tinggi dalam penggunaan komputer

serta mempunyai sikap yang positif terhadap kemunculan kepentingan komputer dalam

pengajaran. Kejayaan pendidikan ditentukan oleh proses pengajaran dan pembelajaran

yang terancang. Tindakan yang bijak dalam pengurusan amat diperlukan.

Pensyarah maktab menunjukkan sikap yang positif tetapi kurang mahir dalam

penggunaan komputer. Menurut kajian Jusni Nasirun (1995) ke atas pensyarah Institut

Perguruan Darulaman mendapati pensyarah menunjukkan sikap positif terhadap

komputer tetapi penggunaan dan kemahiran yang rendah. Demikian juga kajian Norma

Daud (1 995) terhadap pensyarah Maktab Perguruan Teknik yang mendapati sebahagian

Page 21: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

besar pensyarah gembira menggunakan komputer tetapi tidak memainkan peranan aktif

dalarn penggunaan pengajaran berbantukan komputer. Adakah wujud keadaaan yang

sama di maktab perguruan di Sabah? Apakah kesediaan maktab khususnya dari sumber

manusia menghadapi penekanan penggunaan komputer dalam pengajaran

pembelajaran? Bagaimana sikap pensyarah terhadap perubahan sistem tersebut? Sejauh

manakah kemahiran dan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran

pembelajaran oleh pensyarah-pensyarah maktab? Untuk itu, satu tinjauan perlu dibuat

bagi melihat perkembangan penggunaan komputer di maktab perguruan di Sabah.

1.2 Matlamat Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap terhadap penggunaan komputer di

kalangan pensyarah maktab perguruan di Sabah dalam pengurusan pengajaran

pembelajaran kurikulum dan ko kurikulum.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. mengenalpasti sikap pensyarah terhadap penggunaan komputer dalam

pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

. . 11. mengetahui jenis kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan aktiviti

maktab.

Page 22: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

. . . 111. melihat tahap penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan

pembelaj arm.

1.4 Persoalan Kajian

Soalan kajian yang menjadi panduan kepada kajian ini adalah:

1. Apakah kemahiran, sikap dan tahap penggunaan komputer di kalangan

pensyarah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran?

. . 11. Ada atau tidak hubungan yang signifikan di antara pengalaman sebagai

pensyarah, tempoh kursus dan umur dengan kemahiran, sikap dan tahap

penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor latar belakang dengan

sikap penggunaan komputer?

iv. Apakah sikap yang paling diutamakan di kalangan pensyarah maktab terhadap

penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kerana:

1. Kajian seperti ini masih kurang dilakukan di maktab perguruan di Sabah.

Maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Bahagian Pendidikan Guru

merangka program latihan khas kepada pensyarah tentang penggunaan komputer

Page 23: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

dalam pengurusan pengajaran pembelajaran dan pengintegrasian komputer

dalam mata pelaj aran.

. . 11. Penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran. Oleh yang demikian,

dapatan-dapatan yang diperolehi boleh membantu pihak maktab menyelesaikan

masalah dalam melaksanakan dan meningkatkan penggunaan komputer di

kalangan pensyarah.

. . . 111. Dapatan-dapatan kajian juga membantu pihak pentadbiran maktab mengatur

strategi perancangan jangka panjang dalam persediaan sumber manusia, fizikal

maktab dan persekitaran sebagai pusat latihan perguruan dalam teknologi bagi

Zon Sabah.

1.6 Definisi Operasional

Berikut adalah definisi operasional dan huraian istilah dalam kajian ini:

1. Sikap: Menurut Eagly dan Chaiken (1993) sikap dibentuk melalui proses

kognitif, afektif dan tingkahlaku. Dalam kajian ini sikap merujuk kepada

tingkahlaku pensyarah dalam penggunaan kompllter di maktab. Sikap ini boleh

positif atau negatif bergantung kepada pengaruh afektif, kognitif dan tingkah

laku individu pensyarah. Sikap juga boleh dikongkong oleh persekitaran. Dalam

kajian ini, 7 bahagian akan ditinjau: sikap tentang kebimbangan, keyakinan,

kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan.

Page 24: SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH … pensyarah maktab perguruan di... · Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah ... tetapi hanya

.. 11. Kemahiran : Donald dan Paul (1993) menjelaskan kemahiran adalah strategi

kognitif yang mengizinkan manusia memproses maklumat dalam bentuk yang

berfaedah. Strategi ini bebas dari segi konteks dan kandungan serta boleh

digunakan dalam pelbagai situasi. Tambahan pula, kemahiran adalah fungsional,

ia menyediakan cara untuk menyelesaikan tugas tertentu. Manakala Paul dan

Donald (1 996) pula melihat keperluan kemahiran mengajar adalah sama dengan

kemahiran asas yang disifatkan sebagai sikap guru yang kritikal, kemahiran dan

keperluan strategi untuk meningkatkan pembelaj aran murid. Kemahiran

merupakan satu kemestian yang perlu dimiliki oleh pendidik yang berkaitan

dengan tugas masing-masing. Dalam dunia komputer, pengetahuan dan

kemahiran diperlukan untuk menggunakan komputer secara berkesan dalam

kelas. Ini termasuklah kebolehan memahami kesan komputer dalam pendidikan

dan masyarakat; keupayaan memahami dan menggunakan terminologi

komputer; keupayaan membaca dan menulis program komputer yang mudah;

keupayaan untuk memahami aplikasi pendidikan komputer dalam kelas; dan

keupayaan untuk meningkatkan dan membangunkan bidang berkenaan.

(Anderson, 1983 dalam Donald dan Paul, 1993). Kemahiran dalam kajian ini

merujuk kepada penguasaan kecekapan dan pengetahuan pensyarah dalam

teknologi maklumat khususnya komputer.

... 111. Tahap: peringkat penggunaan komputer yang diamalkan dalam pengurusan

pengajaran dan pembelajaran di maktab. Adakah ia kurang, kadang-kadang atau

kerap menggunakan komputer dalam urusan aktiviti maktab.

10