Sejarah SK Kemahang, Benta

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah, kssr, tahun 4

Citation preview

Sejarah SekolahSekolah ini ditubuhkan pada 1 April 1925 dengan nama Sekolah Melayu Kemahang.Lokasi asal Sekolah Melayu Kemahang bertempat di Tanjong Peradong. Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Ab.Rahman bin Ali bersama-sama dengan Tuan Haji Selong bin Bilal Sah dan Tuan Haji Muhamad bin Md.Saman. Mereka telah menulis surat kepada Ketua Pegawai Pelajaran Pahang memohon didirikan sebuah sekolah di Kampung Kemahang dengan alasan murid-murid terpaksa berulang jauh ke Sekolah Melayu Tanjung Besar. Pihak Pegawai Pelajaran Pahang bersedia menghantar seorang guru tetapi bangunan sekolah perlu disediakan oleh penduduk kampung.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, Sekolah Melayu pada ketika itu tidak mempunyai peraturan tertentu. Guru Besar ketika itu ialah Encik Abu Bakar bin Ab Ghani. Pada bulan Oktober 1942 sekolah ini dibuka semula, murid-muridnya belajar Bahasa Jepun selama lebih kurang 3 tahun sehinggalah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Sekolah Melayu Kemahang ditukar namanya kepada Sekolah Umum Kemahang mulai 1.1.1957 dan mulai 1.1.1959 Sekolah Umum Kemahang sekali lagi ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kemahang sehinggalah diguna pakai sekarang.

Sejarah Lagu SekolahLagu sekolah telah dicipta oleh Encik Mohd Nazim bin Mohd Iderus pada tahun 1991 yang merupakan seorang guru di sekolah ini ketika itu.

Selembut namamu terukir senyumanBerbudi berusaha maju jayaKecemerlangan anak bangsa tercintaSeruan agama dan negara

Berbudi megahnya bak belaian sang bayuMencurah ilmu budi pekertiGuru-gurunya bersemangat wajaPenuh azam mendidik kami semua

Berusaha jaya kita tetap bersamaBerilmu dan berbudi cita tinggiJasa murnimu tetap kami kenangkanOh Sekolah Kebangsaan Kemahang...

Bekas murid

Bidang Pendidikan

Dato Wan Mustama Bin Wan Hayat

Tokoh Guru Negeri Pahang 2012, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru,Pegawai Pelajaran Daerah Raub & Kuantan,Pengetua,Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Sukan Bola Sepak

Mohd Fadzli Shaari

Bekas Pemain Kebangsaan

berlatih di SV Wehen (Jerman)

Bekas Kelab : Pahang, Selangor, KL Plus, Selangor, T-Team, Sime Darby FC

Kelab sekarang : ATM

Rujukan :

Laman web

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Kemahang

2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang/20120620/wp_07/Wan-Mustama-dipilih-Tokoh-Guru-Pahang

3. https://en.wikipedia.org/wiki/Mohd_Fadzli_Saari

4. http://cba3012.1bestarinet.net