Saluran Agihan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment, work

Citation preview

Soalan TugasanYou have to choose one of company in the market environment. Next you have to review rules and methods of the promotion of such use by company to promote their products.

PengenalanSetiap syarikat atau organisasi yang terdapat dalam pasaran mempunyai strategi tersendiri dalam memastikan agihan produk atau perkhidmatannya berjalan lancar. Antara strategi yang boleh digunakan ialah empat campuran pemasaran yang akan digunakan bagi membangunkan serta meningkatkan keuntungan organisasi. Selain itu, bagi melengkapi campuran pemasaran, pemasar hendaklah tahu begaimana untuk menggunakan dan menjalankan campuran pemasaran seperti agihan, produk, harga serta promosi. Promosi adalah salah satu strategi pemasaran yang sangat penting tertamnya dalam memastikan kedudukan produk serta organisasi dalam pasaran kukuh dan dikenali. Salah satu organisasi yang menggunakan kaedah promosi sebagai strategi pemasaran ialah DIGI Telekomunikasi. DIGI merupakan syarikat telekomunikasi yang giat menandingi pasaran telekomunikasi di negara ini. DIGI dimiliki sepenuhnya oleh Telenor Asa. Pada 24 May 1995, DIGI menjadi telekomunikasi pertama yang beroperasi sebagai rangkaian celullar di Malaysia. Pusat utama DIGI ialah terletak di Shah Alam. DIGI menyediakan pelbagai kelebihan kepada perkhidmatan telekominikasi telefon mudah alih. Perkhidmatan ini adalah terdiri daripada pelan prepaid dan berbayar. DIGI turut mempunyai pesaing yang mana terdiri daripada Celcom, Maxis, U Mobile dan dan Tune Talk. Untuk bersaing, DIGI telah melakukan pelbagai usaha dalam memastikan persaingan dapat berlaku dan memastikan syarikatnya berada dalam keadaan yang kukuh dalam pasaran. Antara inisiatif yang diambil oleh DIGI dan memastikan persaingan berlaku ialah dengan melakukan promosi. Promosi yang dilakukan terutamnya bagi syarikat telekomunikasi, memainkan peranan yang amat besar bagi memastikan kelebihan serta faedah rangkaian mereka lebih baik dan menguntungkan pengguna daripada pesaing lain. Oleh itu, DIGI menggunakan pelbagai kaedah promosi untuk memastikan perkhidmatannya sampai dan menarik hati pengguna.

Peraturan Promosi1. Melanggan Perkhidmatan Pembekal kandungan haruslah menjelaskan dengan jelas dalam bahan-bahan promosinya tentang langkah-langkah iaitu cara-cara mendaftar untuk perkhidmatan melanggan atau membenti perkhidmatan atau kandungan.

2. Maklumat Harga dan Bahan Promosi a) Pemberi maklumat hendaklah menerangkan dengan jelas dalam bahan promosinya tentang harga atau yuran yang dikenakan keatas produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. b) Pemberi Maklumat tidak boleh memerikan satu harga terhadap kesemua kandungan kecuali kesemua kandungan yang diiklankan dijual pada harga yang sama. Ini bermaksud bahawa penggunaan kata-kata yang menunjukkan bahawa harga yang diiklankan adalah harga terendah tetapi kadar lain turut berlaku dan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kata-kata seperti from, dari, dan hanya dari, ianya akan dianggap bertentangan dengan syarat-syarat peraturan rujukan. c) Sebarang perubahan harga yang berlaku hendaklah diiklankan. d) Harga hendaklah mudah dibaca, menonjol dan dipaparkan dengan cara yang tidak memerlukan pemeriksaan oleh pelanggan berpotensi. e) Apabila promosi dijalankan melalui kaca televisyen, maklumat harga hendaklah dipaparkan dengan jelas dan sama dengan harga yang sebenar. f) Apabila promosi dajalankan melalui radio, promosi hendaklah memasukkan laman web DIGI yang mana memudahkan pendengar untuk merujuk maklumat harga. Sekiranya laman web tidak dinyatakan dan tidak terdapat syarat dan penyertaan, iklan berkenaan hendaklah dijalankan secara langsung ketika iklan diperdegarkan.

g) Dalam mencipta iklan, pemberi maklumat hendaklah merujuk:

Sama ada kesan keseluruhan iklan ke atas pengguna berpotensi boleh menerima syarat penyertaan tanpa perlu mencari maklumat lebih lanjut. Sama ada maklumat dalam iklan berkenaan membolehkan pengguna dan pelanggan berpotensi untuk membuat keputusan.

h) Maklumat harga hendakkalh menggunakan mata wang yang ditetapkan bagi Mata Wang Malaysia iaitu RM bagi Ringgit Malaysia atau sen sekiranya perlu.

3. Penamatan Langganan Pemberi Maklumat hendaklah menyertakan bahan promosinya, iaitu kaedah untuk pengguna telefon bimbit menamatkan atau membatalkan langganan perkhidmatan.

4. Umum a) Maklumat penting tentang produk atau perkhidmatan, seperti kaedah penyertaan, harga produk and sebarang syarat dan peraturan yang harus ditujukan kepada pelanggan hendaklah diiklankan dan maklumat ini hendaklah dicetak dalam saiz yang besar bagi memudahkan pembacaan. b) Pemberi Maklumat yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan berpotensi hendaklah menerangkan kadar yang dikenakan dan kadar maksimum yang akan dikenakan kepada pelanggan dalam tempoh masa yang ditetapkan. c) Pemberi Maklumat hendaklah mengiklankan kat kunci utama STOP atau BATAL dan HELP atau BANTUAN, yang mana ianya penting bagi pengiklanan menggunakan media cetak. d) Bahasa yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan perkhidmatan, harga dan segala maklumat diterangkan menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan mudah difahami. e) Pemberi Maklumat hendaklah menyatakan nama syarikat yang lengkap pada pengiklanan televisyen atau cetak. Bagi pengiklanan di televisyen, jenama boleh digunakan sekiranya ia berkaitan dengan syarikat. Pemberi maklumat hendaklah menggunakan perkataan sama ada powered by atau serviced provided by yang dinyatakan sebelum nama syarikat. Bagi promosi melalui radio, maklumat syarikat

akan dinyatakn melalui laman web yang dinyatakan ketika promosi diumumkan. Sekiranya nama laman web tidak dinyatakan, nama syarikat akan dinyatakan ketika promosi dilakukan. f) Maklumat pemberi maklumat seperti nombor telefon, masa untuk menghubungi bagi memudahkan pengguna melakukan aduan hendaklah dinyatakan, terutamnya dalam promosi berbentuk pencetakan. g) Pemberi Maklumat hendaklah memaklumkan bahawa pengguna telefon mudah alih akan dikenakan bayaran rangkaian dengan meletakkan normal mobile operators network charges apply.

Kaedah PromosiTerdapat beberpa kaedah promosi yang digunakan oleh DIGI bagi memperkenalkan perkhidmatan dan produknya kepada pasaran iaitu: 1. Memberikan kupon Kaedah promosi ini sering digunakan oleh organisasi dalam pasaran untuk menggalakkan pembelian atau melakukan pembelian segera. Kaedah ini biasanya menyatakan tempoh promosi berjalan dan turut mempunyai syarat dan peraturan. Antara promosi yang diberikan oleh DIGI yang menggunakan kaedah kupon ialah promosinya yang berjalan pada 1 hingga 28 Februari 2010. Promosi ini adalah pemberian coca-cola percuma di Carrefour sekiranya pelanggan DIGI menambah nilai sebanyak RM30 dan ke atas.

Pemberian Kupon oleh DIGI

Walaubagaimanapun, Promosi Menggunakan kupon ini turut mempunyai syarat dan peraturan sebelum pengguna mendapatkan promosi yang diberikan. Antara syarat dan peraturan promosi ini ialah, pekerja dan sebarang ahli keluarga pekerja DIGI tidak dibenarkan untuk menyertai, DIGI dan Carrefour boleh membatalkan penyertaan dan sebagainya.

2. Menaja Konsert Promosi jenis ini akan dilakukan oleh syarikat atau organisasi yang telah mempunyai kedudukan kewangan yang tinggi dan kukuh bagi memberikan tajaan kepada sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak lain. Digi sentiasa mencari peluang untuk melakukan promosi secara agresif dengan menaja konsert-konsert yang berlangsung di sekitar negara ini. Antara konsert-konsert yang ditaja oleh DIGI ialah konsert Fu Yoh dan Konsert Gemuruh Search dan Wings. Konsert ini mengajak rakyat Malaysia untuk berkunjung yang mana menyatakan nama DIGI sebagai penaja serta dalam media cetak juga seperti poster dan banner, nama DIGI turut dinyatakan.

Antara Konsert yang Ditaja oleh DIGI 3. Membuat Mini Shop Kaedah promosi ini akan dilakukan oleh DIGI dan pesaingnya bagi mendekatkan lagi organisasi kepada orang ramai. Promosi ini dijalankan sama ada ketika adanya karnival dan juga pc fair. DIGI akan membuat mini shop dalam kawasan yang telah ditetapkan. Kaedah promosi ini adalah sangat berkesan kerana tujuan karnival dan pc fair adalah menggalakkan orang ramai berkunjung dengan mengadakan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, hadiah percuma dan lain-lain. Secara tidak langsung dengan galakan yang dilakukan oleh karnival dan pc fair berkenaan, akan menggalakkan orang ramai untuk turut serta berkunjung ke mini shop DIGI.

Mini Shop yang disediakan oleh DIGI Ketika mini shop ini dijalankan, biasanya DIGI mempromosikan produk dan perkhidmatannya terus kepada pelanggan. DIGI akan menjual kad sim dengan harga yang lebih murah dan dalam pelbagai perkhidmatan kad sim seperti kad sim pelajar dan sebagainya. Selain itu, DIGI juga akan mempromosikan produknya dengan terus kepada pelanggan menggunakan jurujual atau pekerja kaunter yang biasanya akan menerangkan kepada pelanggan tentang kelebihan broadband DIGI dan meyakinkan pengguna akan harga terendah yang diberikan.

4. Meletakkan banner di kawasan tertentu. Banner atau sepanduk merupakan salah satu kaedah yang menggunakan papan iklan untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang promosi yang sedang dijalankan. Banner juga digunakan untuk memberitahu akan produk baru serta perkara baru yang sedang disediakan oleh sesebuah organisasi. DIGI menggunakan kaedah ini di sekitar kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendapatkan pengguna sasaran melihat banner yang diletakkan bagi mendorong pengguna mendapatkan serta menyertai promosi yang sedang dijalankan. Dalam banner berkenaan, DIGI akan meletakkan nama promosi yang sedang berjalan, dan memastikan banner berkenaan dapat menghubungkan secara terus kepada DIGI iaitu melalui warna banner iaitu kuning, dan meletakkan logo DIGI.

Promosi DIGI menggunakan banner di kawasan orang ramai.

5. Memberikan Tiket Konsert Percuma Kaedah promosi ini adalah sangat berkesan kerana menggalakkan pengguna untuk membuat belian segera untuk mendapatkan hadiah daripada belian tersebut. Walaubagaimanapun, DIGI hendaklah memastikan, konsert berkenaan adalah konsert artis yang dikenali terutamnya artis antarabangsa. DIGI biasanya akan memberikan tiket percuma melalui jumlah belian isian semula berdasarkan syarat dan peraturan tertentu. Tarikh berakhirnya peraduan ini juga akan dinyatakan bagi memastikan pengguna memenuhi syarat kelayakan. Antara kaedah promosi memberikan tiket konsert percuma ialah konsert artis antarabangsa iaitu Justin Bieber yang diadakan di Tokyo

Peraduan yang memberikan tiket konsert percuma oleh DIGI Tiket ini diberikan kepada pengguna DIGI bertuah yang mana telah memenuhi syaratsyarat yang telah ditetapkan. Selain itu, DIGI juga akan menyediakan pengangkutan

kepada dua pemenang berkenaan. Kaedah promosi ini adalah dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja kerana melibatkan kos yang agak tinggi.

6. Melakukan Aktiviti Masyarakat Aktiviti masyarakat yang dilakukan oleh DIGI secara langsung akan mempromodikan lagi DIGI dan memperkenalkan DIGI di seluruh negara. Aktiviti yang dilakukan ialah Deep Green yang membantu dalam memastikan pemuliharaan dan penjagaan bumi dengan melakukan kesedaran atas bahaya plastik, penjimatan elektrik, mengurangkan penggunaan kertas dengan menjaga pokok, dan sebaginya. Kaedah ini akan memerikan imej yang positif kepada masyarakat kerana inisiatif DIGI yang membantu kepada kemakmuran persekitaran yang secara langsung mempromosi DIGI.

Aktiviti masyarakat yang dilakukan oleh DIGI

7. Memberikan Cenderamata Percuma Pemberian Cenderemata adalah kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk memastikan pelanggan berasa puas hati dan dihargai. Selain daripada itu, ia juga dapat mempromosikan DIGI apabila cenderamata berkenaan sampai kepada pengguna lain dan akan turut ingin diperolehi oleh kelompok pengguna yang lain. Cenderamata daripada DIGI akan sentiasa diingati dan mudah dikenali oleh pengguna kerana cenderahati berkenaan mempunyai lambang DIGI atau simbol yang berkait rapat dengan DIGI.

Antara cenderamata yang diberikan oleh DIGI ialah apabila pengguna melakukan belian DIGI atau menyertai peraduan DIGI seperti Pelekat, key chain,beg, baju dan sebagainya. DIGI juga akan memberikan cenderahati kepada pengguna contohnya apabila pengguna yang terdiri dari kalangan pelajar IPTA yang menggunakan kad sim pelajar DIGI Campus, akan mendapat cenderamata seperti buku, pen dan pelekat.

Antara hadiah percuma atau cenderamata daripada DIGI.

8. Memberikan Brosur Brosur membantu pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan promosi yang dijalankan. Brosur akan diletakkan sama ada di outlet DIGI, DIGI Centre dan sebagainya. Isi Kandungan Brosur ialah bergantung kepada promosi yang sedang dijalankan atau pakej yang disediakan oleh DIGI. Selain itu, brosur akan membantu pengguna lain yang mendapat brosur berkenaan sama ada dari sahabat, keluarga atau DIGI sendiri, untuk mengetahui tentang promosi yang DIGI jalankan.

Antara Brosur oleh DIGI Kaedah Brosur hendaklah dilakukan dengan jelas iaitu Isi kandungan yang sama dengan maklumat promosi yang berkenaan. Sebarang perubahan maklumat berkenaan dengan promosi hendaklah dimaklumkan kepada setiap cawangan DIGI bagi menarik semua brosur yang telah dikeluarkan. Brosur memainkan peranan yang pentingbagi pelanggan untuk merujuk maklumat penting seperti tarikh promosi berakhir, harga, serta syarat penyertaan.

KesimpulanBerdasarkan keseluruhan, kesimpulannya ialah kaedah promsi memerlukan peraturan serta piawai yang harus menepati organisasi dan etika dalam peraturan promosi organisasi itu sendiri. Promosi akan mempengaruhi sejauh mana sambutan pengguna dan pelanggan terhadap perkara yang dipromosikan. Sekiranya promosi mendapat sambutan serta perihatin pengguna yang banyak, makan promosi serta perkhidmatan yang dilakukan akan mendapat sambutan serta sebaliknya. Selain itu, Peraturan atau syarat promosi juga membantu pengguna untuk mendapat keadilan dalam menyertai peraduan contohnya, mengelakkan berlakunya bias dalam peraduan tersebut. Contohnya, dalam syarat dan peraturan peraduan oleh DIGI, pekerja serta kakitangan DIGI tidak boleh menyertainya. Ini adalah bagi menjaga etika organisasi. Peraturan serta kaedah promosi saling berkait bagi memastikan promosi dapat dijalankan tanpa sebagang keraguan oleh individu atau peserta dan pelanggan yang menyertai kerana ia akan menimbulkan kepercayaan oleh perserta. Oleh itu, DIGI hendaklah sentiasa meneruskan kaedah promosi dan mengikut peraturan promosi yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini seperti bias, pergaduhan dan sebaginya.

RujukanLaman Web 1. http://www.google.com/image 2. http://www.digi.com Nota 1. Panduan maklumat telefon dan perkhidmatan DIGI telekomunikasi Sdn Bhd 2. Promosi dan Pembungkusan

Lampiran

Antara Produk dan Perkhidmatan yang diberikan oleh DIGI