75
Prelim 1/1/32, 6:31 AM 1

agihan zakat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: agihan zakat

Prelim 1/1/32, 6:31 AM1

Page 2: agihan zakat

ii

JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJIJABATAN PERDANA MENTERIwww.jawhar.gov.my

Cetakan Pertama ... 2007© Jabatan Wakaf Zakat dan Haji

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua carasama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, BlokE2, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.

Konsep & Reka bentuk:Matang Cipta Sdn. Bhd.89B, Tingkat 1, Jalan Raja Muda Abdul Aziz50300 Kuala LumpurTelefax: 603-26948692e-mel: [email protected]

Prelim 1/1/32, 6:31 AM2

Page 3: agihan zakat

iii

Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan semesta alam, selawatdan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.,keluarga, sahabat dan seluruh mukmin yang memperjuangkansyari’at Islam.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaankepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta semuapihak yang terlibat dalam usaha murni menerbitkan sebuahlagi siri manual Pengurusan JAWHAR berjudul ManualPengurusan Agihan Zakat (MPAZ) ini.

Penerbitan MPAZ ini adalah menepati tujuan penubuhanJAWHAR sebagai sebuah agensi pusat yang diamanahkan untukmerancang, menyelaras, membangun dan memantau programpengukuhan institusi zakat. Adalah diharapkan MPAZ ini dapatmembantu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalammerancang dan melaksanakan agihan zakat secara efektifkepada golongan asnaf.

Zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam. Padazaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W., zakatmerupakan satu komponen ekonomi yang memainkan perananbesar dalam meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam. Dalamdunia yang serba kompetitif masa kini, zakat perlu diurussecara profesional dan efektif selaras dengan peranan dan

YB MENTERIDI JABATAN PERDANA MENTERI

Prelim 1/1/32, 6:32 AM3

Page 4: agihan zakat

iv

fungsinya yang dapat memberi impak positif kepadapembangunan umat Islam, khususnya golongan asnaf.

Selaku sebuah negara yang memaktubkan Islam sebagaiagama bagi Persekutuan, Malaysia perlu mengeksploitasiperanan zakat sepenuhnya. Justeru itu, jentera dan sistempungutan serta agihan zakat perlu sentiasa diperteguh dandipertingkatkan. Manakala operasinya pula perlu sentiasadikendalikan dengan cekap dan bijaksana bagi memartabatkanpensyariatan zakat yang didaulatkan sebagai salah satu RukunIslam yang lima.

Saya amat berharap serta mempunyai penuh keyakinanbahawa MPAZ ini dapat membantu memperkemaskanperancangan dan sistem pengurusan zakat yang dikendalikanoleh MAIN, sekaligus dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomiumat Islam keseluruhannya. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. ABDULLAH BIN MD ZAINMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Prelim 1/1/32, 6:32 AM4

Page 5: agihan zakat

v

KETUA PENGARAHJABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI

JABATAN PERDANA MENTERI

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dirafakkankepada Allah S.W.T. di atas limpah kurnia dan inayah-Nya,Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) berjaya menerbitkansebuah lagi siri Manual Pengurusan JAWHAR berjudul ManualPengurusan Agihan Zakat (MPAZ) ini. Tahniah dan syabasdirakamkan kepada semua yang terlibat dalam penerbitanMPAZ ini kerana dengan ketekunan dan kesabaran mereka,ianya dapat direalisasikan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasihjuga ditujukan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) danSyarikat Memungut Zakat (SMZ) yang memberi kerjasamasepenuhnya dalam penerbitan MPAZ ini.

Di antara fungsi JAWHAR yang ditubuhkan oleh KerajaanPersekutuan pada tahun 2004, adalah berperanan untukmerancang, menyelaras, membangun dan memantau programpengukuhan institusi zakat selain wakaf, mal dan haji. Justeruitu, JAWHAR mengambil inisiatif menerbitkan MPAZ ini dalamusaha untuk meningkatkan lagi tahap penyampaianperkhidmatan agensi kerajaan dalam agihan zakat danmembantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam.

Adalah menjadi harapan saya semoga MPAZ ini akan dapatmemperkayakan lagi sumber rujukan utama mengenaipengagihan zakat yang berkesan di Malaysia. Sesungguhnya

Prelim 1/1/32, 6:32 AM5

Page 6: agihan zakat

vi

pengagihan zakat yang efektif akan dapat menzahirkan usahamurni berterusan JAWHAR untuk mempertingkatkan kualitisistem penyampaian perkhidmatan awam amnya danpengukuhan institusi zakat khasnya.

Sekian, terima kasih.

DR. SOHAIMI HJ. MOHD SALLEHKetua PengarahJabatan Wakaf, Zakat dan Haji

Prelim 1/1/32, 6:32 AM6

Page 7: agihan zakat

vii

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan PerdanaMenteri merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dansumbangan idea untuk menghasilkan Manual PengurusanAgihan Zakat (MPAZ) ini. Penghargaan dan terima kasihdiucapkan khusus kepada semua Majlis Agama Islam Negeri(MAIN) yang telah memberi input dan berkongsi pengalamanberhubung dengan pengurusan agihan zakat di negeri masing-masing.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Institut KajianZakat (IkaZ, UiTM) yang telah memberikan pandangan,maklumat dan nasihat berkaitan dengan sistem agihan zakat.Terima kasih juga diucapkan kepada panel rujukan JAWHARyang telah menyumbangkan pandangan berkaitan dengansistem dan aspek praktikal pengagihan zakat masa kini.

Prelim 1/1/32, 6:32 AM7

Page 8: agihan zakat

viii

Prelim 1/1/32, 6:32 AM8

Page 9: agihan zakat

ix

KATA-KATA ALUANYB. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI iii

KATA-KATA ALUANKETUA PENGARAH JABATAN WAKAF ZAKAT DAN HAJI v

PENGHARGAAN vii

BAB 1: AGIHAN ZAKATPENGENALAN 1SUMBER PENSYARIATAN AGIHAN ZAKAT 2OBJEKTIF AGIHAN 3PRINSIP AGIHAN 4PENUTUP 6

BAB 2: ASNAFPENGENALAN 7TAKRIF ASNAF 8KRITERIA-KRITERIA ASNAF 9PENUTUP 13

BAB 3: HADDUL KIFAYAHPENGENALAN 15TAKRIF HADDUL KIFAYAH

DALIL-DALIL PENETAPAN HADDUL KIFAYAH 15PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM

PENENTUAN HADDUL KIFAYAH 17PENENTUAN HADDUL KIFAYAH ASNAF FAKIR DAN MISKIN 22PENUTUP 26

KANDUNGAN

Prelim 1/1/32, 6:32 AM9

Page 10: agihan zakat

x

BAB 4: BANTUANPENGENALAN 27JENIS BANTUAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF 28SYARAT UMUM PENERIMA AGIHAN ZAKAT 31SKIM BANTUAN AGIHAN ZAKAT 32PENUTUP 63

BAB 5: PANDUAN AMPENGENALAN 65KADAR BANTUAN 65CARA MEMOHON 66PENERIMAAN BANTUAN LEBIH DARI SATU SKIM 66BAKI AGIHAN 66KAJIAN HADDUL KIFAYAH 66SENARAI FAKIR MISKIN 66PINDAAN ATAU PENGUBAHSUAIAN MPAZ 66PENUTUP 67

Prelim 1/1/32, 6:32 AM10

Page 11: agihan zakat

1

AGIHAN ZAKAT

BAB 1: AGIHAN ZAKAT

Firman Allah S.W.T. mafhumnya:

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahaiMuhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikansebahagian daripadanya (menurut kehendakmereka), mereka suka (dan memandangnya adil) danjika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurutkehendaknya), (maka) dengan serta-merta merekamarah.”

(Surah At-Taubah 9: 58)

PENGENALAN

Manual Pengurusan Agihan Zakat (MPAZ) ini bertujuan untukdijadikan rujukan dan panduan kepada amil-amil danpengurus-pengurus zakat yang diamanahkan untuk mengurushal-ehwal agihan zakat. MPAZ ini akan membantumenghasilkan pengagihan zakat yang cekap dan berkesan. Babini akan menerangkan mengenai aspek-aspek hukum, prinsip,dasar dan matlamat pengagihan zakat yang ditetapkan olehSyarak.

Layout 01 1/1/32, 5:26 AM1

Page 12: agihan zakat

2

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

SUMBER PENSYARIATAN AGIHAN ZAKAT

Sumber pensyariatan agihan zakat adalah berdasarkan kepadanas-nas dari al-Quran dan al-Hadis. Sumber dari al-Quranantaranya adalah:

Mafhumnya:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu ha-nyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orangmiskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, danorang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanja-kan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yangkeputusan) dalam perjalanan, (ketetapan hukumyang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yangdatangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Mahamengetahui, lagi Maha bijaksana”.

(Surah At-Taubah 9: 60)

Sumber dari hadis antaranya adalah seperti yang diriwayatkanoleh Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Layout 01 1/1/32, 5:26 AM2

Page 13: agihan zakat

3

AGIHAN ZAKAT

Mafhumnya:

Daripada Ziad bin al-Haris al-Suddai berkata: Akutelah datang menemui Rasulullah S.A.W. maka akuberbaiah kepadanya, (maka dia telah berceritapanjang) kemudian dia berkata: tiba-tiba telah datangseorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W. serayaberkata: berikan kepada ku sebahagian daripadazakat. Maka Rasulullah berkata kepadanya: “Allahtidak meredhai keputusan Nabi dan manusia laindalam pembahagian zakat sehingga Dia sendiri yangmenentukan keputusannya, maka Dia telah mem-bahagi zakat kepada lapan bahagian (asnaf).Sekiranya kamu termasuk dalam bahagian tersebut,aku akan berikan hak kamu”.

(Riwayat Abu Daud)

OBJEKTIF AGIHAN

Pengagihan zakat mempunyai objektif yang tersendiri. Anta-ranya adalah seperti berikut:

i. Menjadikan zakat sebagai asas pembangunan negaradan ummah.

ii. Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnafseperti mana yang ditetapkan oleh Syarak (Sila rujukBab 2).

iii. Meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semuabidang kehidupan merangkumi aspek-aspek rohani,aqli dan jasmani.

Layout 01 1/1/32, 5:26 AM3

Page 14: agihan zakat

4

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

iv. Membantu melaksanakan usaha-usaha memantap danmeninggikan penghayatan agama Islam.

v. Mempertahan dan meningkatkan martabat ummah.

PRINSIP AGIHAN

Bagi melaksanakan agihan zakat kepada asnaf-asnaf yangberhak, prinsip-prinsip berikut hendaklah diambil kira sebagaipanduan:

1. Amanah ( )Semua hasil kutipan zakat adalah merupakan amanah ditangan pihak pengurusan (amil) yang wajib diagihkankepada asnaf yang berhak menerimanya.

2. Telus ( )Hasil kutipan dan agihan zakat hendaklah dibentangkandan diaudit.

3. Menyeluruh ( )Hasil kutipan zakat hendaklah diagihkan secaramenyeluruh kepada asnaf yang berhak.

4. Wajar ( )Hasil kutipan hendaklah diagihkan secara wajar kepadasemua asnaf. Walau bagaimanapun peruntukan bagi mana-mana asnaf yang tidak dapat dihabiskan, bolehlahdipindahkan kepada asnaf-asnaf lain mengikut keutamaan.

5. Haddul kifayah ( )Zakat hendaklah diberi atas kadar perlu yang mencukupikepada setiap individu di dalam asnaf berkenaan.

6. Khusus ( )Hasil kutipan zakat adalah khas bagi golongan yang

Layout 01 1/1/32, 5:26 AM4

Page 15: agihan zakat

5

AGIHAN ZAKAT

tertentu sahaja sebagaimana ditentukan oleh syarak iaitukepada lapan asnaf.

7. Berasingan ( )Harta zakat hendaklah diasingkan dari dana-dana lain.

8. Berhemah ( )Segala perbelanjaan zakat hendaklah diurus secaraberhemah.

9. Pengawasan ( )Semua agihan zakat hendaklah dilakukan denganpengawasan dan kawalan yang rapi.

10. Pertanggungjawaban ( )Amil hendaklah bertanggungjawab terhadap harta zakatyang dikutip dan yang diagih olehnya.

11. Mendapatkan maklumat dengan lengkap ( )Agihan zakat hendaklah dibuat berdasarkan bancian olehamil yang meliputi kerja-kerja mengesan, menyiasat danmemperakukan calon yang berhak menerima zakat.

12. Pencalonan ( )Pembayar zakat diberi hak mencalonkan mereka yanglayak menerima zakat.

13. Segera ( )Amil hendaklah segera melaksanakan agihan setelahmemastikan asnaf yang menerimanya sah pada hukumsyarak.

14. Hak ( )Semua dana dan hasil zakat adalah hak asnaf.

Layout 01 1/1/32, 5:26 AM5

Page 16: agihan zakat

6

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

15. Keutamaan ( )

Agihan zakat hendaklah dilaksanakan mengikutkeutamaan iaitu kepada asnaf fakir, miskin dan amil.Berasaskan prinsip ini, sekiranya peruntukan untuk ketiga-tiga asnaf ini tidak mencukupi, maka pindahan peruntukandari asnaf yang lain hendaklah dilakukan denganmengutamakan ketiga-tiga asnaf ini.

PENUTUP

Konsep agihan merupakan struktur penting dalam sistempengurusan zakat. Telah disyariatkan dalam Al-Quran danHadis akan kepentingannya. Menjadi tanggungjawab MajlisAgama Islam Negeri (MAIN) untuk memastikan sistem agihanzakat mencapai objektifnya yang tertumpu ke arah pem-bangunan sosio-ekonomi umat Islam. Prinsip-prinsip agihanyang digariskan adalah prinsip asas bagi seluruh umat Islamdalam pembahagian harta zakat.

Layout 01 1/1/32, 5:26 AM6

Page 17: agihan zakat

7

ASNAF

BAB 2: ASNAF

Firman Allah S.W.T. mafhumnya:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) ituhanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orangmiskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untukhamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya,dan orang-orang yang berhutang dan untuk(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orangmusafir (yang keputusan) dalam perjalanan.(ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagaisatu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi MahaBijaksana.”

(Surah At-Taubah 9: 60)

PENGENALAN

Bab ini akan menghuraikan takrif dan kriteria-kriteria asnaf.Asnaf telah ditetapkan kepada 8 golongan sahaja, pun begituterdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untukmelayakkan mereka tergolong sebagai penerima zakat. Perkara

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM7

Page 18: agihan zakat

8

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

ini perlu bagi memastikan hasil zakat tidak dieksploitasi olehgolongan yang tidak bertanggungjawab.

TAKRIF ASNAF

1. FakirSeseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta ataupekerjaan halal atau yang menerima pendapatan tidaksampai 50 peratus daripada keperluan asas harian diri dantanggungannya mengikut ukuran hidup yang sederhana.

2. MiskinSeseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yangmelebihi 50 peratus tetapi tidak mencapai haddul kifayahuntuk keperluan asas diri dan tanggungannya.

3. AmilIndividu atau institusi yang terlibat secara langsungdengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbirhal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasiurusan kewangan zakat.

4. MuallafMereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkankecenderungan hatinya untuk menerima Islam ataumereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuhIslamnya.

5. RiqabMemerdekakan diri daripada cengkaman perhambaan,kejahilan atau kongkongan pihak-pihak tertentu.

6. GhariminGolongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasdiri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat danmemerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan olehSyarak.

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM8

Page 19: agihan zakat

9

ASNAF

7. Fi sabilillahMereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan danmeningkatkan penghayatan Islam.

8. IbnussabilOrang yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasaperjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakanperjalanan (safar) yang diharuskan oleh syarak.

KRITERIA-KRITERIA ASNAF

1. Kriteria Asnaf Fakir

i. Islam.

ii. Warganegara Malaysia.

iii. Bermastautin (tinggal tetap) di negeri berkenaan.

iv. Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuhhaddul kifayah atau pendapatan kurang dari 50%haddul kifayah kerana:

a) Tua/uzur/sebatang kara/cacat atau tiada upayauntuk menyara hidup.

b) Tiada tempat bergantung atau teraniaya sepertibalu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkandan isteri yang suaminya dipenjara.

c) Isteri yang suaminya terlibat dengan Acquired Im-mune Deficiency Syndrome (AIDS)/Human Immu-nodeficiency Virus (HIV) atau penagihan dadahatau mengidap sakit kronik.

d) Lain-lain seumpamanya.

2. Kriteria Asnaf Miskin

i. Islam.

ii. Warganegara Malaysia.

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM9

Page 20: agihan zakat

10

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

ii. Bermastautin (tinggal tetap) di negeri berkenaan.

iv. Mempunyai pekerjaan atau pendapatan melebihi 50%tetapi tidak mencapai haddul kifayah kerana:

a) Tua/uzur/sebatang kara/cacat atau tiada upayauntuk menyara hidup.

b) Tiada tempat bergantung atau teraniaya sepertibalu, janda, ibu tunggal, isteri yang ditinggalkandan isteri yang suaminya dipenjara.

c) Isteri yang suaminya terlibat dengan AIDS/HIV ataupenagihan dadah atau menghidap sakit kronik.

d) Lain-lain seumpamanya.

3. Kriteria Asnaf Amil

i. Islam.

ii. Mempunyai tauliah dari pihak berkuasa zakat negeri.

iii. Beramanah.

iv. Berilmu dan tidak safih (bodoh, dungu, nyanyuk dansebagainya).

v. Tidak muflis.

4. Kriteria Asnaf MuallafAsnaf Muallaf hendaklah bercirikan sekurang-kurangnyasatu daripada perkara berikut:

i. Baru memeluk agama Islam.

ii. Ketua-ketua masyarakat Islam yang baik hubungandengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yangsejawatan atau sama taraf dengannya.

iii. Ketua-ketua masyarakat Islam yang masih lemah imantetapi masih ditaati oleh orang-orang di bawahpimpinannya.

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM10

Page 21: agihan zakat

11

ASNAF

iv. Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yangberhampiran dengan negara musuh Islam.

v. Orang bukan Islam yang boleh dipujuk supayamenganut Islam.

vi. Orang bukan Islam yang boleh dipujuk supaya tidakmengancam orang-orang Islam.

5. Kriteria Asnaf Riqab

i. Islam.

ii. Tiada sumber kewangan yang mencukupi atau tidakmendapat bantuan daripada sumber lain.

iii. Disahkan ingin membebaskan dirinya dari belengguyang dihadapi.

6. Kriteria Asnaf Gharimin

i. Islam.

ii. Orang yang berhutang tetapi tidak mempunyai sumberlain untuk melunaskan hutangnya dengan syarat:

a) Berhutang untuk keperluan asasi bagi diri dantanggungan serta menepati hukum syarak.

b) Berhutang akibat bencana alam.

c) Berhutang untuk membiayai rawatan/perubatan.

d) Berhutang yang tidak dapat dielakkan bagimembiayai kos pengeluaran yang asas untukmenampung keperluan asasi.

e) Berhutang bagi menyelesaikan masalah masyarakatyang dibenarkan oleh syarak yang memerlukanpenyelesaian segera.

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM11

Page 22: agihan zakat

12

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

7. Kriteria Asnaf Fi sabilillahKriteria Asnaf Fi sabilillah adalah orang Islam yang terlibatdalam:

i. Usaha yang dilaksanakan yang tidak melanggarsyariat Islam.

ii. Usaha yang dilaksanakan yang memberi manfaatkepada Islam.

iii. Usaha yang dilaksanakan yang memenuhi pengertianjihad Fi sabilillah.

iv. Usaha yang dilaksanakan yang menuju ke arah amarmakruf dan nahi mungkar.

v. Usaha yang dilaksanakan yang dapat meningkatkanimej dan syiar serta menjaga maruah Islam mengikutkeutamaan.

vi. Usaha yang dilaksanakan dengan menggunakankaedah-kaedah yang mampu mengukuhkan akidahorang-orang Islam.

vii. Usaha yang digerakkan ke arah penyampaian dakwahkepada umat Islam dan bukan Islam.

viii. Usaha membasmi kejahilan dan meningkatkan tarafkeintelektualan umat Islam.

8. Kriteria Asnaf Ibnussabil

i. Islam.

ii. Musafir yang diharuskan oleh syarak.

iii. Tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi bagimembiayai keperluan asasi buat sementara waktusebelum pulang ke negeri/negara asal.

iv. Tiada saudara mara/kedutaan yang bersedia danberkewajipan untuk membantu pembayaran visa/

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM12

Page 23: agihan zakat

13

ASNAF

tambang (bagi warga asing) dalam tempoh sekali sahajaberdasarkan kes tertentu yang boleh dipertimbangkan.

PENUTUP

Takrif dan kriteria asnaf telah di tetapkan oleh Allah S.W.T.Bagaimanapun, takrif asnaf yang diberikan adalah merupakantakrif umum yang mana masih boleh dihuraikan bergantungkepada keadaan semasa. Huraian takrif asnaf yang lebih luasmampu menyumbang ke arah pengembangan potensi zakatselaku penjana ekonomi umat Islam.

Layout 02 1/1/32, 5:28 AM13

Page 24: agihan zakat

15

HADDUL KIFAYAH

BAB 3: HADDUL KIFAYAH

Firman Allah S.W.T. mafhumnya:

“Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah danRasulnya, serta orang-orang yang beriman, yangmendirikan sembahyang dan menunaikan zakat,sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintahAllah)”.

(Surah Al-Maaidah 5: 55)

PENGENALAN

Bab ini menghuraikan mengenai konsep Haddul Kifayah yangmerupakan kadar asas keperluan diri dan tanggungan yangminimum yang menentukan tahap kelayakan penerima zakatdengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dankeadaan sosio-ekonomi.

DALIL-DALIL PENETAPAN HADDUL KIFAYAH

Dalil penetapan Haddul Kifayah adalah berdasarkan kepadahadis Rasulullah S.A.W. seperti berikut:

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM15

Page 25: agihan zakat

16

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

Mafhumnya:

Daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali katanya:aku pernah menanggung hutang (untuk mendamai-kan dua qabilah yang saling bersengketa). Laluaku datang kepada Rasulullah S.A.W. memintabantuan kepada Baginda untuk membayarnya. JawabBaginda: “tunggulah sampai orang datang meng-hantar zakat, nanti aku suruh supaya menyerah-kannya kepadamu”, kemudian baginda meneruskansabdanya: Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM16

Page 26: agihan zakat

17

HADDUL KIFAYAH

minta itu tidak dibolehkan kecuali untuk tigagolongan: (1) Orang yang menanggung hutang(Gharim, untuk mendamai dua orang yang ber-sengketa atau seumpamanya), maka orang itu bolehmeminta-minta sehingga hutangnya selesai dilu-naskan, apabila hutangnya telah selesai dilunaskan,maka tidak boleh lagi dia meminta-minta. (2) Orangyang ditimpa bencana, sehingga musnah hartabendanya, orang itu boleh meminta-minta sehinggamemperolehi kehidupan yang layak baginya. (3)Orang yang ditimpa kemiskinan (disaksikan ataudiketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa diamemang miskin), orang itu boleh meminta-mintasehingga dia memperolehi sumber penghidupan yanglayak. Rasulullah bersabda: selain dari tiga golonganitu, wahai Qabisah! haram baginya memakan hasildari meminta-minta itu.”

(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud danAl-Daruqutni)

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM PENEN-TUAN HADDUL KIFAYAH

i. Tujuan PensyariatanSetiap pengagihan zakat adalah merujuk kepada tujuanpensyariatan (maqasid as-syariah) yang lima iaitu:

a) Memelihara agama.

b) Memelihara nyawa.

c) Memelihara akal fikiran.

d) Memelihara keturunan atau maruah.

e) Memelihara harta benda.

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM17

Page 27: agihan zakat

18

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

ii. Keperluan AsasKeperluan asas yang diambil kira dalam penentuanHaddul Kifayah adalah seperti berikut:

a) Perlindungan adalah merangkumi perbelanjaanmenyediakan perlindungan untuk seisi rumahtermasuk sewa rumah, bil elektrik, bil air dan segalayang berkaitan dengan keperluan asasi sebuahrumah.

b) Makanan dan minuman bermaksud segala bahanmakanan dan minuman yang dimakan dandiminum oleh ahli rumah dan tanggungannya.

c) Pakaian adalah segala bentuk pakaian yangdigunakan oleh ahli rumah seperti pakaian harian,pakaian sekolah, pakaian kerja dan lain-lain.

d) Perubatan merujuk kepada segala bentuk peru-batan dan peralatan yang diambil oleh ahli rumahseperti rawatan, pembelian ubat-ubatan di kedaiubat atau farmasi dan sebagainya.

e) Pendidikan merujuk kepada segala perbelanjaanyang berkaitan pendidikan ahli rumah sepertiperbelanjaan yuran sekolah/kolej/universiti,pembelian buku-buku asas dan segala yangberkaitan dengan pendidikan.

f) Pengangkutan adalah merangkumi segala per-belanjaan yang berkaitan pengangkutan berbayarahli rumah seperti petrol, bayaran ansurankenderaan, tambang bas, tambang teksi dan segalabentuk pengangkutan berbayar.

iii. KategoriKategori isi rumah mempunyai kadar keperluantertentu dan berbeza mengikut kedudukan dalamkeluarga iaitu sama ada ketua keluarga atau tanggungandan bersekolah atau sebaliknya. Berikut adalah 7

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM18

Page 28: agihan zakat

19

HADDUL KIFAYAH

kategori yang dikenal pasti berserta definisi:

Bil Kategori Definisi

(a) Ketua Suami/Isteri atau ibu/bapa tunggal atauKeluarga seorang diri (sebatang kara).

(b) Dewasa Isteri/suami jika ditanggung oleh ketuakeluarga sama ada bekerja/tidak bekerjadan/atau ibu/bapa yang perlu disara dan/atau tanggungan tidak bersekolah berumurlebih daripada 18 tahun dan/atautanggungan/anak yang bekerja tetapimasih tinggal bersama.

(c) Dewasa Tanggungan/anak berumur 18 tahun ke atasBersekolah yang masih menuntut.

(d) Remaja Tanggungan/anak berumur 13 hingga 17Bersekolah tahun yang masih menuntut.

(e) Kanak-kanak Tanggungan/anak yang berumur 5 hingga 12Bersekolah tahun yang bersekolah.

(f) Remaja/ Tanggungan/anak yang berumur kurangKanak-kanak daripada 18 tahun yang tidak bersekolah.TidakBersekolah

(g) Kanak-kanak Tanggungan/anak yang berumur kurangBerumur di daripada 5 tahun.Bawah 5Tahun

iv. LokasiPerkiraan dan penentuan Haddul Kifayah adalahberbeza mengikut tiga lokasi berikut:

a) Bandaraya: Kawasan yang terletak di bawah kuasapentadbiran Dewan/Majlis Bandaraya.

b) Kawasan Bandar: Kawasan Bandar ialah kawasanMajlis Perbandaran/Daerah dan kawasan operasi-nya.

c) Kawasan Luar Bandar: Kawasan yang berada di

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM19

Page 29: agihan zakat

20

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

luar persempadanan Dewan Bandaraya atau MajlisPerbandaran atau kawasan operasi Majlis Daerah.

v. Status RumahStatus rumah terbahagi kepada dua:

a) Rumah percuma iaitu rumah milik sendiri ataudidiami secara percuma.

b) Rumah berbayar iaitu rumah milik sendiri yangbelum habis dibayar atau rumah sewa danseumpamanya.

vi. Kadar Haddul Kifayah

a. Contoh pengiraan kadar Haddul Kifayah bulananmengikut keperluan asasi di Kuala Lumpur bagikawasan Bandaraya dan Selangor bagi kawasanbandar dan luar bandar adalah seperti berikut:

Banda- LuarBil Perkara raya Bandar Bandar

(RM) (RM) (RM)

(P)* (B)* (P)* (B)* (P)* (B)*

i. Perlindungan 40 250 40 240 25 125

ii. Makanan Dewasa 81 81 75 75 50 50

Kanak-kanak 54 54 40 40 25 25

iii. Pakaian Dewasa 20 20 15 15 10 10

Kanak-kanak 10 10 10 10 5 5

iv. Perubatan 15 15 10 10 5 5

v. Pendidikan Dewasa 40 40 40 40 35 35bersekolah

Remaja 40 40 30 30 30 30bersekolah

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM20

Page 30: agihan zakat

21

HADDUL KIFAYAH

Kanak-kanak 40 40 25 25 20 20bersekolah

Tadika 20 20 35 35 20 20

vi. Peng- Dewasa 54 54 50 50 40 40angkutan

Dewasa & 54 54 30 30 20 20remajabersekolah

Kanak-kanak 30 30 20 20 10 10bersekolah

Petunjuk:* : (P) rumah percuma (B) rumah berbayarDewasa : Mereka yang berumur 18 tahun ke atas kecuali yang

tidak bersekolah

b. Contoh pengiraan Haddul Kifayah mengikutkategori isi rumah:

Banda- LuarBil Kategori Keperluan raya Bandar Bandar

Asasi (RM) (RM) (RM)

(P)* (B)* (P)* (B)* (P)* (B)*

i. Ketua Perlindungan 40 250 40 240 25 125Keluarga Makanan 81 81 75 75 50 50

Pakaian 20 20 15 15 10 10Perubatan 15 15 10 10 10 10Pengangkutan 54 54 50 50 40 40

KADAR 210 420 190 390 135 235

ii. Dewasa Makanan 81 75 50Pakaian 20 15 10Perubatan 15 10 5

KADAR 116 100 65

iii. Dewasa Makanan 81 75 50Bersekolah Pakaian 20 15 10

Perubatan 15 10 5Pendidikan 40 40 35Pengangkutan 54 30 20

KADAR 210 170 120

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM21

Page 31: agihan zakat

22

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

iv. Remaja Makanan 54 40 25Bersekolah Pakaian 10 15 5

Perubatan 15 10 5Pendidikan 40 30 30Pengangkutan 30 30 20

KADAR 149 125 85

v. Kanak- Makanan 54 40 25kanak Pakaian 10 10 5Bersekolah Perubatan 15 10 5

Pendidikan 40 25 20Pengangkutan 30 20 10

KADAR 149 105 65

vi. Remaja/ Makanan 54 40 20Kanak- Pakaian 10 10 5kanak Perubatan 15 10 5Tidak Pendidikan 20 20 20Bersekolah Pengangkutan 30 20 20

KADAR 129 100 70

vii. Kanak- Makanan 54 40 20kanak Pakaian 10 10 5Berumur Perubatan 15 10 5di Bawah5 Tahun

KADAR 79 60 30

Nota: Pengangkutan boleh ditambah jika diperlukan untuk bekerja denganmengikut kadar ketua keluarga.* : (P) rumah percuma (B) rumah berbayar.

PENENTUAN HADDUL KIFAYAH ASNAF FAKIR DANMISKIN

i. Kaedah Pengelasan Fakir/MiskinPengelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan samaada mereka fakir atau miskin adalah berbeza di antarasatu keluarga dengan satu keluarga yang lain. Inibergantung kepada bilangan isi rumah dan lokasi sama

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM22

Page 32: agihan zakat

23

HADDUL KIFAYAH

ada bandar raya, bandar atau luar bandar. Contoh:

a) Haddul Kifayah bagi sebuah keluarga mengandungisuami, isteri yang tidak bekerja, anak-anak berumur18 tahun, 15 tahun, 9 tahun yang sedang bersekolahdan seorang anak berumur 4 tahun.

Bil Perkara Bil. Bandaraya Bandar Luar Bandar(orang) (RM) (RM) (RM)

(P)* (B)* (P)* (B)* (P)* (B)*

i. Ketua 1 210 420 190 390 135 235Keluarga

ii. Dewasa 1 116 116 100 100 65 65

iii. Dewasa 1 210 210 170 170 120 120bersekolah

iv. Remaja 1 149 149 125 125 85 85bersekolah

v. Kanak- 1 149 149 105 105 65 65kanakbersekolah

vi. Kanak- 1 79 79 60 60 30 30kanak

JUMLAH 6 913 1123 750 950 500 600

b. Contoh pengiraan Haddul Kifayah mengikutkategori isi rumah:

Rumah Fakir Miskin

Kawasan Status(RM) (RM)

Bandaraya Percuma 0 – 456 456.50 – 913

Berbayar 0 – 561 561.50 - 1123

Bandar Percuma 0 – 374 375 – 750

Berbayar 0 – 474 475 – 950

Luar Percuma 0 – 249 250 – 500Bandar

Berbayar 0 – 299 300 – 600

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM23

Page 33: agihan zakat

24

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

ii. Kaedah Pelaksanaan

a. Kelayakan setiap pemohon akan dinilai berdasar-kan kadar Haddul Kifayah yang disediakan.

b. Sekiranya pendapatan pemohon melebihi HaddulKifayah, amil mesti mengambil kira faktor lain bagipemohon jika ada untuk turut dipertimbangkanseperti:

i. Sama ada pemohon adalah seorang yangmemberi perlindungan dan menjaga orangtuanya atau menyara anak terencat akal/cacat.

ii. Status pekerjaan pemohon sama ada tetap,kontrak atau sementara.

iii. Sama ada pemohon atau ahli keluarga meng-hadapi masalah kesihatan kronik atau keca-catan anggota yang menghalang daripadabekerja secara aktif.

iv. Sama ada pemohon berusia lanjut atau tidakberupaya bekerja.

v. Sama ada pemohon menyara ramai anak.

vi. Ibu bekerja yang membelanjakan untukpenjagaan anak-anak.

vii. Sama ada pemohon adalah seorang ibutunggal/ ibu tinggal dan menyara anak yangsedang belajar.

viii. Sama ada terdapat ahli keluarga pemohon yangbermasalah seperti suami dalam penjara/pusat serenti, menagih dadah dan penghidapHIV/AIDS.

ix. Sama ada pemohon muallaf yang bermasalah.

c. Pengiraan pendapatan hendaklah termasukpendapatan (gaji kasar) ketua keluarga, isteri dan

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM24

Page 34: agihan zakat

25

HADDUL KIFAYAH

tanggungan yang bekerja dan yang tinggal bersamaserta dari sumber pendapatan yang lain.

d. Kadar jumlah pendapatan isi rumah pemohondinaikkan/ditambah (berbanding Haddul Kifayah)sekiranya pemohon memiliki barang-barang sepertiberikut:

Umur Kadar KenaikanBil Jenis Barang Mewah Barang /tambahan

(tahun) (RM/orang)

i. Kereta 1-5 300

ii. Kereta 6-10 100

iii. Emas/barang kemas - 100(melebihi keperluan)

iv. Hi-fi/video/astro/parabola - 70

v. Wang simpanan (melebihi - Tertakluk kepadanisab) dibahagi 12 bulan melebihi nisab

vi. Alat-alat muzik - 70

e. Kadar jumlah pendapatan isi rumah pemohonditurunkan/dikurangkan, (berbanding HaddulKifayah) jika pemohon didapati berkeadaan sepertiberikut:

KadarBil Keadaan Pemohon Pengurangan

(RM/orang)

i. Sakit kronik 200

ii. Cacat 200

iii. Ibu Tunggal 200

iv. Isteri yang ditinggalkan 200

v. Tanggung anak belajar di Institut 100Pengajian Tinggi Awam atau Swasta(IPTA/IPTS)(setiap seorang)

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM25

Page 35: agihan zakat

26

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

vi. Keluarga bermasalah seperti penagih 200dadah/HIV/AIDS dan sebagainya(setiap seorang)

vii. Muallaf 200

PENUTUP

Haddul Kifayah berperanan sama seperti Indeks Kemiskinaniaitu menetapkan satu kadar yang melayakkan individu itumenerima bantuan zakat. Haddul Kifayah setiap kawasanadalah berbeza bergantung kepada keperluan harian di manakeperluan di bandar tentulah lebih tinggi berbanding denganluar bandar. Adalah diyakini bahawa jika Haddul Kifayahdigunapakai dalam menentukan kadar bantuan zakat, kadarkemiskinan akan dapat dikurangkan. Justeru itu, menjaditanggungjawab MAIN untuk menggunakan Haddul Kifayahdalam melaksanakan pengagihan bantuan zakat.

Layout 03 1/1/32, 5:29 AM26

Page 36: agihan zakat

27

BANTUAN

BAB 4: BANTUAN

Firman Allah S.W.T. mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah(pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamuyang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kamikeluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlahkamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalukamu dermakan atau kamu jadikan pemberianzakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akanmengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepadakamu), kecuali dengan memejamkan mata padanyadan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagisentiasa Terpuji”.

(Surah Al-Baqarah 2: 267)

PENGENALAN

Bab ini akan mengupas mengenai jenis-jenis bantuan yangboleh diberikan kepada golongan asnaf selain daripada bantuankewangan. Skim bantuan yang direncanakan adalah bagimemenuhi keperluan asasi asnaf dan melibatkan bentukbantuan sepadan bagi pembangunan diri. Adalah diyakini skim

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM27

Page 37: agihan zakat

28

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

bantuan ini mampu menjana kehidupan ummah ke arah yanglebih baik.

JENIS BANTUAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF

Jenis bantuan zakat yang diagihkan mengikut asnaf adalahseperti berikut:

Bil Asnaf Bantuan

i. Fakir • Bantuan makanan bulanan• Bantuan kewangan bulanan• Bantuan pengurusan Rumah Orang Tua• Bantuan pembinaan rumah individu/

kelompok• Bantuan sewa rumah• Bantuan membaik pulih rumah• Bantuan kecemasan/runcit• Bantuan perubatan• Bantuan yuran sekolah rendah/menengah/

kolej/universiti• Bantuan keperluan pendidikan• Bantuan kursus/latihan• Bantuan pengurusan jenazah• Bantuan pakaian• Bantuan perkahwinan• Bantuan Hari Raya• Bantuan keusahawanan• Bantuan pengangkutan• Bantuan peralatan asas• Bantuan bagi siswazah yang sedang mencari

pekerjaan• Bantuan Khidmat Guaman• Bantuan menyelamatkan dari pemesongan

akidah

ii. Miskin • Bantuan Hari Raya• Bantuan makanan bulanan• Bantuan kewangan bulanan• Bantuan perubatan• Bantuan caruman takaful

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM28

Page 38: agihan zakat

29

BANTUAN

• Bantuan sambutan hari kebesaran Islam• Bantuan pembinaan rumah individu/

kelompok• Bantuan aset tetap• Bantuan membaik pulih rumah• Bantuan sewa rumah• Bantuan bengkel kemahiran• Bantuan modal perniagaan• Bantuan modal perikanan• Bantuan modal penternakan• Bantuan modal pertanian• Bantuan yuran sekolah rendah/menengah/

kolej/universiti• Bantuan biasiswa pelajaran• Bantuan kursus/latihan• Bantuan pengurusan jenazah• Bantuan kecemasan/runcit• Bantuan pakaian• Bantuan perkahwinan• Bantuan pengangkutan

iii. Amil • Upah dan urusan pengurusan amil

iv. Muallaf • Bantuan sagu hati Hari Raya• Bantuan kewangan bulanan• Bantuan sagu hati galakan saudara baru• Bantuan sambutan hari kebesaran Islam• Bantuan peralatan penyelenggaraan komputer• Bantuan berkhatan• Bantuan perkahwinan• Bantuan sumbangan badan/persatuan saudara

baru• Bantuan pembinaan rumah individu• Bantuan membaik pulih rumah• Bantuan sewa rumah• Bantuan pengurusan rumah perlindungan• Bantuan modal• Bantuan aktiviti/lawatan sambil belajar• Bantuan elaun kehadiran kelas agama asas• Bantuan kursus/latihan• Bantuan pengurusan jenazah muallaf

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM29

Page 39: agihan zakat

30

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

• Bantuan kecemasan/runcit• Bantuan program ceramah muallaf• Bantuan aset tetap muallaf• Bantuan pakaian• Bantuan pengangkutan• Bantuan pujukan kepada Islam• Bantuan ancaman atau ugutan• Bantuan pengukuhan dan pemulihan akidah• Bantuan pembangunan rumah ibadat• Bantuan dakwah kepada bukan Islam• Bantuan perlindungan• Bantuan belanja pengurusan Unit Muallaf• Bantuan gaji kakitangan Unit Muallaf

v. Fi sabilillah • Bantuan program forum/ceramah agama• Bantuan elaun bulanan/kursus pegawai

masjid• Bantuan kepada persatuan/badan kebajikan

Islam• Bantuan elaun tahunan AJK masjid• Bantuan imbuhan Penolong Pendaftar Nikah

dan Rujuk• Bantuan elaun guru KAFA• Bantuan sagu hati kaunselor sukarela• Bantuan program “out reach”• Bantuan dermasiswa huffaz quran• Bantuan kelengkapan, baik pulih dan

pembinaan Masjid/surau/institusi agama• Bantuan kecemasan dan bencana alam• Bantuan penerbitan/penyelidikan• Bantuan pelajaran• Bantuan dermasiswa pelajar cemerlang• Bantuan elaun guru-guru agama/mubaligh• Bantuan elaun guru-guru al-Quran• Bantuan elaun guru kelas agama• Bantuan pengkaderan dakwah• Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris• Bantuan kepada program yang diluluskan

oleh Fatwa

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM30

Page 40: agihan zakat

31

BANTUAN

vi. Gharimin • Bantuan menyelesaikan hutang keranakeperluan asasi diri dan tanggungan

• Bantuan menyelesaikan hutang badan/persatuan untuk maslahah ummah

• Bantuan menyelesaikan hutang perubatan• Bantuan menyelesaikan hutang pengurusan

jenazah tanpa waris• Bantuan menyelesaikan hutang pendidikan• Bantuan menyelesaikan hutang si mati yang

fakir dan miskin

vii. Riqab • Bantuan pemurnian akidah• Bantuan pemulihan akhlak• Bantuan untuk melepaskan dari belenggu

kemaksiatan• Bantuan untuk membasmi kejahilan• Bantuan untuk membebaskan diri dari

sebarang bentuk perhambaan

viii. Ibnussabil • Bantuan tambang perjalanan pada pelajar/musafir

• Bantuan pelajar luar negara• Bantuan musafir

Nota : Jika sumber zakat terhad, maka agihannya hendaklah dilakukanmengikut keutamaan

SYARAT UMUM PENERIMA AGIHAN ZAKAT

Semua penerima skim bantuan mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

i. Islam (kecuali golongan tertentu dalam skim bantuanmuallaf).

ii. Warganegara Malaysia/Penduduk tetap (kecualiIbnussabil).

iii. Bermastautin (kecuali Ibnussabil).

iv. Pendapatan keluarga tidak sampai had mencukupi(Haddul Kifayah).

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM31

Page 41: agihan zakat

32

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

v. Tidak mendapat mana-mana bantuan yang mencukupidaripada pihak lain.

SKIM BANTUAN AGIHAN ZAKAT

1. Skim Bantuan Kewangan Bulanan

i. ObjektifMembantu golongan fakir, miskin dan muallaf dalambentuk kewangan bagi meringankan bebanankewangan mereka.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Tergolong dalam asnaf Fakir, Miskin dan Muallafyang menghadapi mana-mana masalah berikut:

i. Mempunyai ramai tanggungan yang masihbelajar.

ii. Berpenyakit yang kronik.

iii. Pendapatan tidak mencukupi.

iv. Tiada waris.

v. Cacat fizikal/mental.

vi. Uzur.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Jika tinggal bersama anak lelaki atau perempuan,permohonan adalah di atas nama pemohon tetapipenentuan asnaf berdasarkan kepada pendapatananak lelaki.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM32

Page 42: agihan zakat

33

BANTUAN

b. Jika menumpang di rumah bukan waris pemohon,bantuan diberi kepada pemohon.

c. Bagi lelaki yang berpoligami, permohonanhendaklah dibuat atas nama suami dan bantuandisalurkan kepada isteri/isteri-isteri yang layak.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Bayaran tunai (bagi penerima yang bermasalahseperti uzur dan kes-kes tertentu).

b. Kredit ke dalam akaun bank.

2. Skim Bantuan Pelajaran

i. ObjektifMemberi bantuan pelajaran kepada anak golongan fa-kir, miskin dan muallaf yang menuntut di sekolahrendah, menengah dan seumpamanya supaya tidaktercicir dalam pelajaran serta dapat membaiki tarafhidup keluarga.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Sekiranya ibu bapa adalah penerima bantuan zakat,maka anak-anak layak mendapat bantuan pelajaran.

c. Tidak mendapat bantuan pelajaran dari mana-manapihak.

d. Mendapat sokongan dan perakuan baik dari GuruBesar/Pengetua.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Permohonan hendaklah dibuat oleh ketua keluarga.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM33

Page 43: agihan zakat

34

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

b. Semua maklumat kelulusan bantuan pelajarandimaklumkan kepada pihak berkuasa sekolahberkenaan.

c. Semua buku simpanan wang dan pengeluaranwang perlu dipantau oleh pihak berkuasa sekolah.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Kredit ke dalam akaun bank.

b. Melalui sekolah.

3. Skim Bantuan Perniagaan

i. ObjektifMembantu golongan fakir, miskin dan muallaf untukberdikari dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka,memajukan perniagaan mereka agar tidak terusdibelenggu kemiskinan, dan seterusnya menjadigolongan pembayar zakat.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Memiliki lesen dan/atau tapak perniagaan daripihak berkuasa berkenaan.

c. Pemohon jika perlu, menghadiri kursus induksisebelum menerima bantuan. Bagi mendapatkanbantuan kali kedua pemohon perlu mengikutikursus lanjutan dan menyediakan akaunperniagaan.

d. Bantuan modal pusingan perniagaan bolehdiberikan kepada mereka yang mempunyai

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM34

Page 44: agihan zakat

35

BANTUAN

pekerjaan tetapi tidak mencukupi Haddul Kifayahseperti pengawal keselamatan, pemandu dansebagainya.

e. Bantuan juga boleh diberikan atas sebab berikut :

i. Ditimpa bencana alam.

ii. Ditimpa kecurian atau rompakan danseumpamanya.

iii. Perniagaan berdaya maju.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon mengisi borang khas.

b. Bantuan diberi berupa wang tunai atau peralatan.

c. Pemohon menghadiri taklimat pihak berkuasazakat.

d. Tertakluk kepada kesesuaian selepas dibuatlawatan tapak perniagaan oleh pihak berkuasazakat.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk modalpusingan atau peralatan perniagaan.

b. Bayaran cek atau pengeluaran Pesanan Tempatanatau kaedah-kaedah lain mengikut peraturankewangan.

4. Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

i. ObjektifMemberi bantuan sewa beli teksi kepada golongan fa-kir, miskin dan muallaf bagi mempertingkatkan tarafhidup mereka.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM35

Page 45: agihan zakat

36

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya kelas D dan lesen memandu kenderaanawam (PSV).

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Mengemukakan permit dan lesen memandu.b. Bantuan diberi untuk membayar deposit atau sewa

bagi membolehkan teksi berkenaan dapatdigunakan.

v. Cara Bayaran/BantuanBayaran dibuat terus oleh pusat zakat kepada syarikatpengendali/ pengeluar teksi berkenaan.

5. Skim Bantuan Membaiki, Membina Rumah AtauPendahuluan Pembelian Rumah Kos Rendah

i. ObjektifMembantu golongan fakir, miskin dan muallaf dari segikewangan bagi menampung kos membaiki, membinarumah atau bagi membayar wang pendahuluanpembelian rumah kos rendah.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat:

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Kerosakan rumah pemohon disebabkan olehbencana alam dan keuzuran usia rumah.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM36

Page 46: agihan zakat

37

BANTUAN

c. Pemohon mempunyai tanah bergeran ataumendapat kebenaran daripada tuan tanah melaluisurat bertulis (surat sumpah).

d. Pemohon memiliki lesen menduduki sementara(TOL) Pejabat Tanah atau

e. Pemohon telah mendapat tawaran membeli rumahKos Rendah dari pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.

iv. Kaedah PelaksanaanPembaikan atau pembinaan rumah dibuat melaluikontraktor, tukang atau secara bergotong-royong.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Bayaran akan dibuat kepada kontraktor yangberdaftar dengan Majlis Agama Islam atau kepadapembekal atau

b. Bayaran pendahuluan pembelian Rumah KosRendah dibayar terus kepada pihak pemaju.

6. Skim Bantuan Pembinaan Rumah

i. ObjektifMembantu golongan fakir, miskin dan muallaf dari segikewangan bagi membina rumah dengan kerjasama danbantuan dari agensi-agensi lain.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon tidak mempunyai rumah lain.

c. Terpilih oleh pihak berkuasa.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM37

Page 47: agihan zakat

38

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

b. Ditempatkan dalam satu kawasan tertentu.

v. Cara Bayaran/BantuanBayaran dibuat kepada kontraktor yang berdaftardengan pihak berkuasa Agama Islam negeri.

7. Skim Bantuan Ibnussabil

i. ObjektifMeringankan bebanan mereka yang terkandas dalamperjalanan.

ii. AsnafIbnussabil.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum kecualitaraf kewarganegaraan dan pemastautinan.

b. Perjalanan (safar) diharuskan oleh syarak.

c. Pemohon tidak mempunyai perbelanjaan yangmencukupi bagi membiayai keperluan asasi buatsementara waktu sebelum pulang ke negeri/negaraasal.

d. Pemohon tiada saudara mara/kedutaan yangbersedia dan berkewajipan untuk membantu.

e. Pemohon mempunyai dokumen perjalanan yangsah.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pembayaran visa/tambang bagi warga asing diberisekali sahaja berdasarkan kes tertentu yang bolehdipertimbangkan.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM38

Page 48: agihan zakat

39

BANTUAN

b. Pemohon hendaklah mengemukakan laporan poliske atas apa-apa kehilangan wang dan sebagainya.

c. Pemohon hendaklah mengemukakan maklumatdiri dan butir-butir perjalanan.

d. Pelajar hendaklah mengemukakan surat tawaranbelajar dan surat kebenaran dari KementerianPendidikan Malaysia.

e. Pemohon mengemukakan sebut harga dan salinantiket perjalanan pergi atau balik.

f. Pemohon mengemukakan surat tamat belajar dariJabatan Penuntut Malaysia di tempat pemohonbelajar.

v. Bentuk Bantuan

a. Wang saku.

b. Tiket perjalanan.

vi. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai atau cek.

b. Waran perjalanan.

c. Tiket.

8. Skim Bantuan Kecemasan

i. ObjektifMembantu mereka yang menghadapi masalah danmemerlukan pertolongan serta merta/segera akibatterputusnya perbelanjaan sara hidup.

ii. AsnafSemua asnaf kecuali Amil.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM39

Page 49: agihan zakat

40

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon dalam perjalanan sementara menunggubantuan Ibnussabil.

c. Pemohon diberhentikan kerja oleh majikan dantelah kehabisan belanja saraan hidup atau beradadalam tahanan.

d. Isteri yang tidak mempunyai pendapatan/pekerjaan, yang ditinggalkan oleh suami tanpanafkah atau yang kematian suami.

e. Ibu/bapa yang tidak mampu/kehabisan wang untukmembayar wang pendaftaran/yuran sekolah/membeli buku-buku anak di peringkat sekolahrendah/menengah di bawah asnaf Fakir, Miskindan Muallaf.

f. Pemohon menanggung hutang yang terpaksadibayar serta merta.

g. Pemohon memerlukan rawatan perubatan/peralatan dengan segera.

h. Pemohon adalah anak yatim yang kehilangantempat bergantung.

i. Jenazah yang tidak mempunyai waris ataumempunyai waris tetapi miskin.

j. Muallaf yang disingkirkan atau yang putushubungan dengan keluarga asal.

k. Bantuan bertujuan untuk menyelamatkan akidah.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon mengemukakan laporan polis bagi keskehilangan/kecurian/ rompakan.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM40

Page 50: agihan zakat

41

BANTUAN

b. Bantuan diberi sekali sahaja, berulang kali bagi kes-kes khas.

c. Bagi kes-kes seperti bantuan perubatan bencanaalam, hutang, kematian dan pelajaran, dokumen-dokumen hendaklah disertakan.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Bayaran secara tunai.

b. Barang keperluan.

9. Skim Bantuan Riqab

i. ObjektifMemerdekakan diri daripada cengkaman perhambaan,kejahilan atau kongkongan pihak tertentu.

ii. AsnafRiqab.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon tidak mampu melepaskan diri dari apa-apa cengkaman kejahilan.

c. Ada jaminan dari mereka yang menguasaiseseorang untuk melepaskan diri sekiranya dibayaratau ditebus.

d. Berikhtiar melepas diri dari terjebak ataukongkongan kegiatan tidak bermoral.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Bagi kes penculikan hendaklah disertakan laporanpolis daripada warisnya.

b. Bagi mereka yang terlibat dalam kes-kes tertentu,

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM41

Page 51: agihan zakat

42

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

maklumat-maklumat direkod dan tertakluk kepadaprosedur tempat perlindungan.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Bantuan akan diberi secara tunai atau cek.

b. Bayaran terus kepada pihak yang berkenaan.

c. Menyediakan tempat perlindungan.

10. Skim Bantuan Am Pelajaran/Dermasiswa

i. ObjektifMembiayai pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajarandi institusi pendidikan/pusat latihan kemahiran dalamdan luar negeri.

ii. AsnafFakir, Miskin, Muallaf dan Fi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Tempoh kursus sama ada jangka pendek atau jangkapanjang.

c. Pemohon tidak mendapat tajaan/dermasiswa/pinjaman dari mana-mana pihak atau mendapatdermasiswa yang tidak mencukupi.

d. Pemohon telah mendapat tempat belajar diperingkat Sijil atau Diploma atau Ijazah Pertamasahaja. Walau bagaimanapun, permohonan bagipengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah(PH.D) boleh dipertimbangkan bagi kes-kes khas.

e. Bantuan lanjutan boleh diberi kepada calon yangmendapat keputusan lulus atau kepada calon yanggagal kali pertama sahaja.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM42

Page 52: agihan zakat

43

BANTUAN

f. Keutamaan agihan bantuan akan diberi berdasarkankeperluan di bawah peruntukan asnaf Fi sabilillah.

g. Pertimbangan juga akan diberi kepada pelajar yangmembuat latihan amali.

iv. Kaedah PelaksanaanPermohonan akan dipertimbangkan setelah pemohonmengemukakan dokumen sokongan seperti surattawaran, pengesahan kelulusan,penyata yuran danseumpamanya.

v. Cara Bayaran/BantuanMelalui cek kepada pemohon, IPT berkaitan ataumelalui kredit ke dalam akaun bank.

11. Skim Bantuan kepada Agensi-Agensi Kebajikan danInstitusi Dakwah

i. ObjektifMembantu institusi keagamaan seperti masjid, surau,sekolah, pertubuhan, persatuan atau badan dakwahuntuk membina, menyelenggara bangunan atau untukmenyediakan peralatan serta menjalankan programdakwah dan kebajikan.

ii. AsnafMuallaf dan Fi sabillah.

iii. Syarat-syarat

a. Agensi hendaklah berdaftar dan menjalankan pro-gram-program kebajikan.

b. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklahmendapat pengesahan.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM43

Page 53: agihan zakat

44

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon mengisi borang permohonan yangmengandungi butir-butir berikut:

i. Objektif dan kandungan program.

ii. Tarikh.

iii. Tempoh.

iv. Tempat perlaksanaan.

v. Anggaran perbelanjaan.

vi. Alamat dan nombor akaun penerimasumbangan.

b. Permohonan dari luar negara, perlu dibuat melaluiWisma Putra atau Perwakilan Malaysia/MajlisAgama Islam di negara pemohon.

c. Pembekal peralatan dan barangan mestilahberdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Pemberian cek kepada pemohon.

b. Pembekalan peralatan melalui syarikat yangberdaftar.

c. Pembayaran terus kepada syarikat pembekal.

12. Skim Bantuan Ramadan (‘Idulfitri)

i. ObjektifMembantu golongan fakir, miskin dan muallafmenampung perbelanjaan sempena Hari Raya ‘Idulfitri.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM44

Page 54: agihan zakat

45

BANTUAN

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon pernah mendapat bantuan di bawahasnaf-asnaf berkenaan.

c. Pemohon telah dicadangkan oleh amil atau yangtelah dibanci oleh MAIN/Jabatan Zakat.

iv. Kaedah PelaksanaanBayaran bantuan diberi pada bulan Ramadan sahaja.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Pembayaran tunai.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

c. Penyediaan barangan.

13. Skim Bantuan ‘Iduladha

i. ObjektifMembantu golongan fakir, miskin dan muallafmenampung perbelanjaan sempena Hari Raya ‘Iduladha.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon tidak pernah mendapat bantuan di bawahasnaf-asnaf berkenaan.

c. Pemohon telah dicadangkan oleh amil atau yangtelah dibanci oleh MAIN/Jabatan Zakat.

iv. Kaedah PelaksanaanBayaran bantuan diberi sebelum 10 Zulhijjah sahaja.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM45

Page 55: agihan zakat

46

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Pembayaran tunai.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

c. Penyediaan barangan.

14. Skim Bantuan Rawatan Perubatan

i. ObjektifMembantu pesakit yang tidak mampu menampungpembiayaan kos perubatan di mana-mana pusatperubatan (swasta/Kerajaan).

ii. AsnafFakir, Miskin, Muallaf, Fisabillah dan Ibnussabil.

iii. Syarat Permohonan

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum kecualitaraf kewarganegaraan dan pemastautinan bagiIbnussabil.

b. Pemohon mengemukakan laporan/pengesahanpegawai perubatan dari pusat-pusat perubatan ataumana-mana pihak yang diiktiraf termasuk pusatrawatan tradisional.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon hendaklah kemukakan kos rawatan,peralatan, perubatan dan sebagainya manakalabantuan peralatan dibuat melalui sebut harga.

b. Bagi kes-kes rawatan di hospital Kerajaanpermohonan lengkap hendaklah dikemukakanmelalui hospital.

c. Bagi kes-kes rawatan di hospital swasta, suratpengesahan daripada hospital berkenaan (swasta)

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM46

Page 56: agihan zakat

47

BANTUAN

hendaklah diperoleh sama ada di dalam atau diluar negara.

d. Pemohon kemukakan semua maklumat sumbanganyang diterima daripada mana-mana pihak.

e. Majlis atau Jabatan Zakat keluarkan surat jaminankepada pusat-pusat rawatan/pembekal bagimembolehkan pemohon mendapatkan rawatanatau peralatan.

f. Bagi kes-kes kecemasan surat kelulusan/jaminanboleh dibuat lebih awal untuk tujuan rawatan.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai atau cek setelah pemohon mengemukakantuntutan bayaran.

b. Bayaran dibuat terus kepada pembekal atau pusat-pusat rawatan.

15. Skim Bantuan Perkahwinan

i. ObjektifMembantu pasangan yang hendak berumah tangga.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf

iii. Syarat permohonan

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Memenuhi syarat wajib berkahwin tetapi tidakberkemampuan.

c. Pemohon belum beristeri/bersuami.

d. Pemohon telah mendapat surat akuan kebenaranberkahwin daripada Pendaftar Nikah Cerai.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM47

Page 57: agihan zakat

48

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

e. Mendapat surat akuan memeluk agama Islamdaripada Jabatan Agama Islam.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Memerlukan siasatan awal sebelum bantuandipertimbangkan.

b. Pemohon dan pasangan mengemukakan dahulumaklumat lengkap pasangan masing-masing untukdirekodkan.

v. Cara Bayaran/BantuanTunai sahaja.

16. Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah, Elektrik Dan Air

i. ObjektifBantuan ini bertujuan membantu mereka yang tidakberkemampuan membayar deposit sewa rumah,elektrik dan bekalan air.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Tidak mempunyai rumah.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon hendaklah mengemukakan suratperakuan dari pemilik rumah sewa.

b. Pemohon hendaklah mengemukakan kadar sewa,deposit sewa rumah, bekalan elektrik dan air yangdikenakan.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM48

Page 58: agihan zakat

49

BANTUAN

v. Cara Bayaran/BantuanPenyediaan cek atas nama pihak yang memberi sewaatau agensi yang memberi sewa.

17. Skim Bantuan Pembayaran Cukai Taksiran, Cukai Tanah,Deposit dan Bil Elektrik/Air serta Pembentungan RumahSendiri

i. ObjektifUntuk meringankan beban mereka yang tidakberkemampuan untuk membayar cukai taksiran, cukaitanah, deposit dan bil elektrik/air serta pembentunganrumah sendiri.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon memiliki rumah sendiri.

c. Tidak berkemampuan.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon kemukakan butir-butir lengkappemilikan rumah.

b. Pemohon kemukakan kadar bil-bil yang berkenaan.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Melalui cek kepada pihak-pihak berkenaan.

b. Penyediaan cek atas nama pihak yang memberisewa atau agensi yang memberi sewa.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM49

Page 59: agihan zakat

50

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

18. Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang

i. ObjektifMembantu mereka yang mempunyai tanggunganhutang bagi memenuhi keperluan asas.

ii. AsnafGharimin.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Hutang bagi pembiayaan keperluan asas:

i. Perlindungan.

ii. Makanan.

iii. Pakaian.

iv. Kesihatan.

v. Pendidikan.

vi. Pengangkutan.

vii.Perniagaan.

viii. Jaminan yang diharuskan syarak.

c. Hutang telah mencapai tempoh yang wajibdijelaskan.

d. Pemohon telah berusaha bersungguh-sungguhuntuk membayar hutang tersebut.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Keutamaan bantuan diberi kepada golongan fakir,miskin dan muallaf dan si mati dari golonganberkenaan.

b. Bantuan bagi penyelesaian hutang tidak melibatkanperkara-perkara berikut:

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM50

Page 60: agihan zakat

51

BANTUAN

i. Pinjaman kenderaan.

ii. Kad kredit.

iii. Cagaran tempat perlindungan.

iv. Perniagaan (yang berskala besar)/pelaburan /pembelian saham.

v. Pinjaman pelajaran (kecuali bayaran yuran).

vi. Bil telefon.

vii.Pinjaman peribadi yang bukan melibatkankeperluan asasi.

viii. Denda/ saman.

ix. Lain-lain seumpamanya.

c. Permohonan disertakan dengan:

i. Bil/notis hutang atau surat akuan berhutangdari pihak pemberi hutang.

ii. Surat akuan sumpah juga disertakan sama adadari pihak pemberi hutang atau si berhutang.

v. Cara Bayaran/BantuanBayar terus kepada pemberi hutang.

19. Skim Bantuan Musibah

i. ObjektifMeringankan beban mereka yang ditimpa musibahseperti ribut, angin puting beliung, kebakaran, banjir,tanah runtuh dan lain-lain yang menyebabkankemusnahan/kerosakan harta benda.

ii. AsnafFakir, Miskin, Muallaf, Gharimin dan Fi sabilillah.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM51

Page 61: agihan zakat

52

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon mendapat pengesahan dari pihak-pihakberkuasa.

iv. Kaedah Perlaksanaan

a. Bantuan diberi kepada ketua keluarga/ketua isirumah.

b. Bantuan diberi tanpa mengira taraf kedudukan fa-kir atau miskin.

c. Permohonan boleh diterima melalui ketua amil/imam/ketua masyarakat/jawatankuasa bertindaksetempat atau dari pemohon yang terlibat sendiridengan sesuatu musibah.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai.

b. Pemberian cek.

c. Barangan.

20. Skim Bantuan Yuran Persekolahan dan PeperiksaanSekolah Rendah/Menengah

i. ObjektifMeringankan perbelanjaan yuran persekolahan danpeperiksaan sekolah rendah/menengah.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-Syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM52

Page 62: agihan zakat

53

BANTUAN

b. Pemohon bersekolah di sekolah Kerajaan atau disekolah-sekolah yang berdaftar dengan PihakBerkuasa Agama Islam Negeri-negeri.

c. Pemohon kemukakan pengesahan dari pihaksekolah yang berkaitan.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon mengemukakan tuntutan yuranperbelanjaan kepada pihak Majlis/Jabatan Zakatsetelah mendapat pengesahan sekolah.

b. Keluarkan surat jaminan kepada pihak sekolah.

v. Cara Bayaran/BantuanCek dibayar menerusi sekolah.

21. Skim Bantuan Kaunselor Sukarela

i. ObjektifMembantu Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-negerimenyediakan khidmat kaunseling kepada pihak yangbermasalah.

ii. AsnafFi sabilillah.

iii. Syarat-Syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon berdaftar dengan Pihak Berkuasa AgamaIslam Negeri sebagai kaunselor sukarela.

iv. Kaedah PelaksanaanTuntutan disahkan oleh pihak yang menerimakaunseling.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM53

Page 63: agihan zakat

54

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Cek kepada kaunselor berkenaan.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

22. Skim Bantuan Pengurusan Rumah Warga Emas

i. ObjektifMembantu pihak pengurusan mengendalikan rumahwarga emas.

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon tidak mempunyai waris yangberkewajipan dari segi hukum syarak untukmenanggungnya atau mempunyai waris yang tidakbertanggungjawab.

c. Pemohon berusia 50 tahun ke atas.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Penghuni terdiri daripada mereka yang memohonsecara sukarela atau yang dicadangkan olehmasyarakat setempat atau pihak berkuasa agama.

b. Pendaftaran kemasukan dan pembayaran sarahidup seperti badan kebajikan adalah percuma.

c. Jangka masa tidak terhad, kecuali bagi waristerdekat memohon untuk menjaganya.

d. Keutamaan diberikan kepada warga emas yangtidak mampu menguruskan diri sendiri.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM54

Page 64: agihan zakat

55

BANTUAN

v. Cara Bayaran/BantuanPeruntukan disalurkan kepada pihak PengurusanRumah Warga Emas.

23. Skim Bantuan Galakan Berkhatan Muallaf

i. ObjektifMemberi galakan dan memenuhi tuntutan syarak bagiasnaf Muallaf.

ii. AsnafMuallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Kemukakan pengesahan menganut Islam olehPihak Berkuasa Agama Islam Negeri.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon kemukakan dokumen pengesahandaripada Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri.

b. Bantuan diberi secara sekali gus.

c. Berkhatan di hospital Kerajaan atau klinik.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai.

b. Cek.

24. Skim Bantuan Takaful Berkelompok

i. ObjektifMemberi jaminan dan perlindungan dalam bentukkewangan kepada asnaf berkenaan.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM55

Page 65: agihan zakat

56

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

ii. AsnafFakir, Miskin dan Muallaf.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon memenuhi syarat-syarat syarikat takaful.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Majlis sebagai pemegang amanah polisi takafulsehingga tempoh matang.

b. Keutamaan diberi kepada takaful yang memberipulangan yang lebih menguntungkan kepadapeserta.

c. Mengisi borang yang ditentukan oleh PihakBerkuasa Agama Islam negeri.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Caruman dibayar melalui cek terus kepada syarikattakaful.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

25. Skim Bantuan Hutang Organisasi/Persatuan

i. ObjektifMeringankan beban atau tanggungan organisasi ataupersatuan yang mempunyai beban hutang keranamenjalankan aktiviti untuk kepentingan masyarakat Is-lam.

ii. AsnafGharimin dan Fi sabilillah.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM56

Page 66: agihan zakat

57

BANTUAN

iii. Syarat-syarat

a. Aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkankeperluan masyarakat Islam.

b. Organisasi berdaftar atau diiktiraf.

c. Hutang telah sampai tempoh wajib untukdijelaskan.

d. Tidak mampu menjelaskan hutang.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Organisasi kemukakan bukti hutang.

b. Organisasi kemukakan surat-surat akuan atauperjanjian dengan pihak pemberi hutang.

c. Organisasi buat pengakuan sudah berusaha tetapitidak berupaya menyelesaikan hutang.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Cek terus kepada pemberi hutang.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

26. Skim Bantuan Penolong Pendaftar Nikah Cerai

i. ObjektifMemberi penghargaan kepada Penolong PendaftarNikah Cerai yang telah bersara.

ii. AsnafFi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon telah bersara.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM57

Page 67: agihan zakat

58

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

c. Pemohon mempunyai rekod perkhidmatan yangbersih.

d. Pemohon telah berkhidmat tidak kurang dari 5tahun.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Maklumat mereka yang terlibat dibekalkan olehpentadbiran pejabat agama Negeri/Daerah.

b. Bayaran diberi kepada penerima sekali sahaja.

v. Cara bayaran/Bantuan

a. Cek.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

27. Skim Bantuan Kursus, Latihan Dan Kemahiran

i. ObjektifMemberi latihan dan kemahiran untuk pembangunandiri dan kerohanian supaya dapat berdikari.

ii. AsnafFakir, Miskin, Muallaf dan Fi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon cenderung untuk mengubah diri menjadilebih baik.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon kemukakan permohonan lengkap.

b. Pemilihan diputuskan oleh Pihak Berkuasa AgamaIslam Negeri.

c. Pemohon berminat menyertai kursus.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM58

Page 68: agihan zakat

59

BANTUAN

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Melalui cek.

b. Kredit ke dalam akaun bank peserta atau organisasi.

28. Skim Bantuan Elaun Khas Mengikuti Kelas Agama Asas

i. ObjektifMeningkatkan kefahaman dan penghayatan Islammelalui kelas-kelas fardhu ain.

ii. AsnafFakir, Miskin, Muallaf dan Fi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon menghadiri kelas fardhu ain tidak kurang80% daripada jumlah masa kursus.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon mengemukakan pengesahan kehadiranberkursus.

b. Pemohon menghadiri kelas-kelas yang diadakan ditempat-tempat yang dipersetujui oleh PihakBerkuasa Agama Islam Negeri.

c. Badan yang menganjurkan kelas mendapatkelulusan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri.

d. Penganjur menggunakan sukatan pelajaran yangtelah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama IslamNegeri.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai.

b. Cek.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM59

Page 69: agihan zakat

60

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

29. Skim Bantuan Penyelidikan Dan Penerbitan

i. ObjektifMembantu institusi dakwah, institusi pengajian tinggidan orang perseorangan menjalankan penyelidikan danpenerbitan bagi kepentingan umat Islam.

ii. AsnafFi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Projek bermanfaat kepada umat Islam.

c. Bahan-bahan penerbitan dirujuk terlebih dahulukepada jawatan kuasa penilai bagi mendapatkelulusan.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Semua jenis penerbitan dan penulisan dikemuka-kan.

b. Setiap permohonan disertai dengan bahan kertaskerja lengkap.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Cek.

b. Kredit ke dalam akaun bank.

30. Skim Bantuan Aktiviti/Lawatan Belajar

i. ObjektifMemberi pendedahan untuk menambah ilmupengetahuan, pengalaman, membuka minda sertamemantapkan lagi keimanan melalui aktiviti dakwahdan lawatan-lawatan yang mengeratkan hubungansilaturahim.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM60

Page 70: agihan zakat

61

BANTUAN

ii. AsnafFakir, Miskin, Muallaf dan Fi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon kemukakan kertas kerja lengkap.

c. Aktiviti dan lawatan berfaedah kepada peserta.

d. Kos hendaklah berpatutan dan ada unsur-unsurpenjimatan.

e. Laporan aktiviti dikemukakan kepada PihakBerkuasa Agama Islam Negeri.

f. Pemohon menyelesaikan urusan-urusan yangmemerlukan kelulusan dari pihak-pihak tertentuseperti JPJ, insurans, imigresen dan sebagainya.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon kemukakan permohonan dua bulansebelum program dilaksanakan.

b. Penganjur yang memerlukan wang pendahuluanperlu kemukakan permohonan dua minggusebelum aktiviti dijalankan.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai.

b. Cek.

31. Skim Bantuan Elaun/Sagu Hati Guru Agama/PegawaiMasjid

i. ObjektifMemberi elaun/sagu hati sebagai insentif kepada guru

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM61

Page 71: agihan zakat

62

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

agama, guru Al-Quran, mubaligh dan Pegawai Masjidatas sumbangan dalam penghayatan agama Islam.

ii. AsnafFi sabilillah.

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Pemohon memiliki tauliah dan surat pelantikandari Pihak Berkuasa Agama.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon sediakan jadual bertugas.

b. Pemohon kemukakan laporan tugasan bulananuntuk pengesahan Pihak Berkuasa Agama IslamNegeri bagi mendapatkan tuntutan.

v. Cara Bayaran/Bantuan

a. Tunai.

b. Cek.

c. Kredit ke dalam akaun bank.

32. Skim Pembangunan Projek Fardhu Kifayah

i. ObjektifUntuk menyediakan modal bagi membangunkanprojek-projek fardhu kifayah yang berdaya maju bagimelahirkan usahawan muslim dan menyediakanpeluang-peluang pekerjaan kepada asnaf zakat.

ii. AsnafFi sabilillah.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM62

Page 72: agihan zakat

63

BANTUAN

iii. Syarat-syarat

a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.

b. Menyediakan kertas kerja yang lengkap.

c. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalambidang berkaitan.

d. Mempunyai rekod peribadi yang baik danlatarbelakang yang cemerlang dalam bidangberkaitan.

iv. Kaedah Pelaksanaan

a. Pemohon kemukakan permohonan kepada PihakBerkuasa Agama Islam Negeri.

b. Pemohon menjadi pemegang kepada sahammajoriti.

c. Bentuk pemberian bantuan ini adalah berasaskanprinsip Musyarakah atau Mudharabah.

d. Pemantauan akan dijalankan oleh Pihak BerkuasaAgama Islam Negeri.

v. Cara Bayaran/BantuanBayaran akan dibuat mengikut tahap kemajuan projekke dalam akaun bank syarikat.

PENUTUP

Skim bantuan yang disenaraikan dalam bab ini adalahberdasarkan kepada keperluan semasa. Justeru itu, ruang masihterbuka bagi sebarang penambahbaikan. Skim bantuan ini jugaboleh disesuaikan dengan keperluan setempat.

Layout 04 1/1/32, 5:30 AM63

Page 73: agihan zakat

65

BANTUAN

BAB 5: PANDUAN AM

Firman Allah S.W.T. mafhumnya:

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkansupaya menyembah Allah dengan mengikhlaskanibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dansupaya mereka mendirikan sembahyang sertamemberi zakat dan yang demikian itulah agama yangbenar”.

(Surah Al-Bayyinah 98: 5)

PENGENALAN

Bab ini menerangkan beberapa panduan am sebagai sumberrujukan kepada Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri/JabatanZakat Negeri dalam menentukan bentuk bantuan yang bolehdiberikan kepada golongan asnaf selain daripada bantuankewangan.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan bagi setiap skim tertakluk kepada kemampuankewangan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri/Jabatan ZakatNegeri.

Layout 05 1/1/32, 5:31 AM65

Page 74: agihan zakat

66

MANUAL PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakanborang permohonan yang disediakan oleh Pihak BerkuasaAgama Islam Negeri/Jabatan Zakat Negeri serta memenuhisyarat-syarat yang ditetapkan.

PENERIMAAN BANTUAN LEBIH DARI SATU SKIM

Individu yang berhak menerima zakat boleh menerima bantuanlebih dari satu skim.

BAKI AGIHAN

Wang agihan zakat yang tidak dapat dihabiskan agihannya padatahun berkenaan hendaklah dibawa ke tahun berikutnya dandicampurkan dengan hasil kutipan tahun berikut tersebut.

KAJIAN HADDUL KIFAYAH

Kadar Haddul Kifayah perlu dikaji semula bagi setiap limatahun.

SENARAI FAKIR MISKIN

Pengemaskinian senarai fakir dan miskin hendaklah dibuatmengikut keperluan dan diselaraskan dengan agensi-agensi lainyang bertanggungjawab dalam program pembasmian ke-miskinan.

PINDAAN ATAU PENGUBAHSUAIAN MPAZ

MPAZ ini boleh dipinda atau diubahsuai bersesuaian denganAkta/Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri mengikutkeperluan dan persetujuan Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing.

Mana-mana skim bantuan, selain skim bantuan agihan yang

Layout 05 1/1/32, 5:31 AM66

Page 75: agihan zakat

67

BANTUAN

dinyatakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung bolehdilaksanakan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa FatwaNegeri.

Mana-mana skim bantuan baru yang diluluskan olehJawatankuasa Fatwa Negeri hendaklah dimaklumkan dandibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa PenyelarasanBaitulmal Kebangsaan bagi tujuan penyelarasan.

MPAZ yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat JawatankuasaPenyelarasan Baitulmal Kebangsaan ini boleh diguna pakai olehnegeri-negeri untuk kemudahan serta penyeragamanpelaksanaan agihan zakat.

PENUTUP

Kesimpulannya, MPAZ ini merupakan satu kaedah pengagihanzakat yang tidak bersifat jumud kerana ianya boleh dibuatpenambahbaikan bergantung kepada keperluan setempat danperedaran masa. Pelaksanaan skim-skim yang dicadangkanadalah atas budi bicara Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri/Jabatan Zakat Negeri.

Layout 05 1/1/32, 5:31 AM67