4
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 17-11-2011 Masa : 11.40 a.m – 12.10 p.m. Kelas : Tahun 3 Bilangan pelajar : 2 !rang Tajuk : "impulan #ahasa #jekti% &mum : Mengetahui penggunaan simpulan #ahasa $#jekti% Khusus : 'a(a akhir pelajaran) muri( (apat: i. Memperkenalkan simpulan #ahasa *i. +apat penggunaan simpulan #ahasa yang ter(apat (alam ayat. ,lat Bantu Mengajar : K!mputer ri#a) kertas #er arna) lem#aran kerja n se(ia a(a : Muri(-muri( telah mempunyai pengetahuan tentang simpulan #ahasa yang se#elum t ini. ilai : #ekerjasama) #erkeyakinan) #erusaha) #erhati-hati) ke#eranian. *si 'elajaran,kti/iti 'engajaran +an 'em#elajaran atatan "et *n(uksi 3 minit 1. uru mengemukakan satu (emi satu gam#ar kepa(a muri(. 2. uru #ers!al (an muri( se#utkan nama gam#ar terse#ut. 3. uru mem#antu muri( menga#ungkan nama gam#ar yang (itayangkan pa(a papan hitam. 4. Muri( menye#ut ja apannya iaitu air muka) makan angin (an sakit hati. . uru memperkenalkan tajuk hari ini a(alah simpulan #ahasa. ilai : #erhati-hati KBT : hu#ung kait BBM : p! er p!int 5angkah 1 6 minit 1. uru tayangkan satu petikan (an menyuruh muri( mem#a a 2 kali. 2. uru menyuruh muri( men ari simpulan #ahasa yang #era(a (alam petikan. ilai : #erkeyakinan) KBT : hu#ung kait) menganalisa BBM : p! er p!int

Rph Bm 3 Simpulan Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph simpulan bahasa

Citation preview

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 17-11-2011

Masa : 11.40 a.m 12.10 p.m.

Kelas : Tahun 3

Bilangan pelajar : 26 orang

Tajuk : Simpulan bahasa

Objektif Umum : Mengetahui penggunaan simpulan bahasa

Objektif Khusus : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Memperkenalkan simpulan bahasa

Ii. Dapat penggunaan simpulan bahasa yang terdapat dalam ayat.

Alat Bantu Mengajar : Komputer riba, kertas berwarna, lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempunyai pengetahuan tentang simpulan bahasa yang sebelum tajuk ini.

Nilai : bekerjasama, berkeyakinan, berusaha, berhati-hati, keberanian.

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

(3 minit)1. Guru mengemukakan satu demi satu gambar kepada murid.

2. Guru bersoal dan murid sebutkan nama gambar tersebut.

3. Guru membantu murid mengabungkan nama gambar yang ditayangkan pada papan hitam.

4. Murid menyebut jawapannya iaitu air muka, makan angin dan sakit hati.

5. Guru memperkenalkan tajuk hari ini adalah simpulan bahasa.

Nilai : berhati-hati

KBT : hubung kait

BBM : power point

Langkah 1

(8 minit)1. Guru tayangkan satu petikan dan menyuruh murid membaca 2 kali.

2. Guru menyuruh murid mencari 5 simpulan bahasa yang berada dalam petikan.

3. Murid cuba mencari simpulan bahasa satu perenggan demi perenggan.

4. Setelah mendapat simpulan bahasa, murid akan menyebut, jika salah guru akan membetulkan.

5. Seterusnya, guru akan menerangkan maksud 5 simpulan bahasa sehingga murid faham.

6. Murid akan menumpu perhatian untuk mendengar.

Nilai : berkeyakinan,

KBT : hubung kait, menganalisa

BBM : power point

Langkah 2

(8 minit)1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan masing-masing.

2. Setiap kumpulan mempunyai 6 hingga 7 orang.

3. Setiap kumpulan akan mendapat sehelai kertas berwarna.

4. Guru meminta murid menulis simpulan bahasa yang sedia tahu di dalam kertas yang diberi.

5. Murid-murid akan bekerjasama meluangkan pengetahuan untuk mengeluarkan ilmu yang sedia ada mengenai simpulan bahasa.

6. Setelah masa ditamat, ketua kumpulan akan mengambil kertas berwarna ke depan bilik darjah dan bacakan jawapannya.

7. Kumpulan yang terbanyak menulis simpulan bahasa yang betul adalah pemenang.

Nilai : bekerjasama,

berusaha,

keberanian,

KBT : mengumpul maklumat,

BBM : power point,

kertas berwarna

Pengukuhan

( 7 minit)1. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid.

2. Murid-murid akan berjawab dengan bersungguh-sungguh.

3. Guru akan memberi bantuan kepada murid yang lemah supaya dapat menyiapkan lembaran kerja ini.

Nilai : berhati-hati

KBT : hubung kait, menyusun atur, mengenal pasti,

BBM : lembaran kerja,

Microsoft word,

Penutup

(4 minit)1. Guru akan mengemukan soalan lembaran kerja kepada semua murid.

2. Guru membuat perbincangan tentang jawapan lembaran kerja.

3. Guru menyuruh murid rumuskan simpulan bahasa yang belajar pada hari ini.

Nilai :berusaha, keberanian,

KBT : membuat rumusan

BBM : lembaran kerja, Microsoft word,

RefleksiKekuatanDaripada makropengajaran yang telah saya laksanakan, saya mendapati ada kelebihan dan kekuatan yang dapat saya kesan iaitu kejelasan dan kelantangan suara saya. Namun begitu, saya juga perlu menunjukkan kelembutan dan sifat penyayang apabila mengajar murid-murid ini kerana sekiranya saya terlalu tegas, mereka akan ketakutan dan tidak dapat fokus terhadap pelajaran mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid mendengar arahan dan seterusnya membantu membina aliran pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Saya juga dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut dan mereka akan berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan slide power point bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini secara langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang ingin disampaikan. Murid juga sangat aktif dalam memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan walaupun kadang-kadang murid menggunakan bahasa ibunda mereka. Sebagai seorang guru yang berprofesional, saya akan membetulkan kesalahan anak muridnya.Dengan demikian, komunikasi dua hala yang digunakan juga merupakan salah satu kekuatan yang ada dalam pengajaran ini kerana teknik yang digunakan bukan hanya berpusatkan kepada guru. Komunikasi dua hala yang digunakan membolehkan murid belajar dalam keadaan yang aktif dan membawa murid kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Bahan bantu mengajar harus dipertingkatkan lagi kerana ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.KelemahanAntara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam makropengajaran ini ialah penggunaan ICT iaitu slide power point semasa menyampaian pengajaran dan pembelajaran ini. Murid tidak dapat meihat gambar tunggal dengan jelas. Ini menyebabkan murid memberi pelbagai jawapan dan bertanya banyak soalan mengenai gambar tersebut. Kelemahan ini ditimbul adalah kerana bilik sains tiada memasang langsir untuk mengelapkan biliknya sehingga bilik terlalu terang dan tayangan gambar kurang jelas dilihat oleh muridnya. Contohnya, untuk gambar titisan air, murid menyebutkan ia adalah kain hitam dan lembaga hitam . Ini menunjukkan gambar yang ditunjukkan oleh guru kurang jelas. Alat bantu mengajar yang digunakan adalah sangat penting dari segi kejelasan, warna dan saiz supaya murid dapat memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.Langkah mengatasiSetiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan secepat mungkin bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada pelajaran akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memilih suatu tempat yang dapat penggunaan perkhidmatan ICT dengan berkesan dan berfungsi dengan baik supaya dapat melihat gambar tunggal yang terang dan jelas. Cara yang lain adalah memohon peruntukan dari PIBG dengan memasang langsir di bilik sains supaya bilik sains dapat penggunaan ICT dengan baik oleh para guru dan juga murid.Selain itu, guru juga boleh membesarkan gambar tunggal tersebut dengan sistem pengkomputeran agar gambar atau maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan terang. Setelah murid dapat melihat gambar dengan jelas, mereka akan dapat menjawab soalan dengan betul dan baik. Ini secara langsung dapat membantu guru mencapai objektif yang ingin disampaikan dengan lebih mudah.