Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    1/12

    DRAF PERINTAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (CATUAN DAN

    SEKATAN PENGGUNAAN AIR SEMASA KECEMASAN) 2013

    Tujuan draf Perintah Industri Perkhidmatan Air (Catuan Dan Sekatan Penggunaan

    Air Semasa Kecemasan) ini adalah untuk memperkenalkan konsep perintah

    larangan dan sekatan penggunaan air semasa kemarau (water restrictions) dan

    untuk mendapatkan maklum balas orang awam berhubung dengan draf Perintah ini.

    Latar Belakang

    1. Seksyen 56 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)

    memperuntukkan kuasa khas Menteri yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.

    2. Memandangkan masalah kekurangan bekalan air terawat kepada pengguna

    awam boleh dialami pada bila-bila masa, langkah-langkah persediaan amatlah perlu

    untuk mengatasi kekurangan tersebut.

    3. Selaras dengan kehendak ini, SPAN akan menyediakan draf Perintah

    Industri Perkhidmatan Air (Catuan Dan Sekatan Penggunaan Air Semasa

    Kecemasan) 2013 (“Perintah”) berhubung dengan kuasa sewaktu kecemasan yangdiberikan kepada Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal tenaga,

    teknologi hijau dan air.

    Kuasa khas semasa kecemasan

    4. Seksyen 56 (11) Akta 655 memperuntukkan bahawa suatu “kecemasan”

    ertinya suatu hal keadaan apabila –

    a) Bekalan air tidak mencukupi disebabkan oleh kemarau yang teruk

    atau pergolakan industri, mogok atau sekat-masuk;

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    2/12

    b) Pembekalan air atau sistem bekalan air itu membahayakan atau

    menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam atau kesihatan

    awam; atau

    c) Suatu kejadian berlaku yang menimbulkan keadaan yang mendesak

    sehinggakan Menteri mendapati perlu untuk menjalankan kuasanya di

    bawah seksyen ini.

    5. Situasi kecemasan di bawah Seksyen 56(11) Akta 655 merangkumi keadaan

    di mana pembekalan air terawat yang tidak mencukupi akibat kemarau, tindakan

    mogok oleh pekerja loji rawatan air dan pencemaran air atau keadaan sistem

    bekalan air yang boleh membahayakan kesihatan awam. Selanjutnya kegagalan

    pelaksanaan projek mitigasi seperti Langat 2 mengikut masa yang telah ditetapkan

    serta kejadian banjir yang boleh mengakibatkan kekurangan bekalan air kepada

    pengguna boleh diandaikan sebagai keadaan kecemasan iaitu “suatu kejadian

    berlaku yang menimbulkan keadaan yang mendesak sehinggakan Menteri

    mendapati perlu untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini ”.

    6. Seksyen 56 (1) Akta 655 memperuntukkan bahawa Menteri hendaklah

    mempunyai mana-mana atau semua kuasa yang berikut semasa suatu kecemasan:

    a) Melarang atau menyekat penggunaan air –

    i. secara amnya atau bagi maksud yang dinyatakan;

    ii. semasa waktu-waktu yang dinyatakan atau selainnya; atau

    iii. mengikut cara yang dinyatakan;

    b) Mengenakan –

    i. had ke atas jumlah air yang boleh digunakan bagi apa-apa

    tempoh yang dinyatakan;

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    3/12

    ii. apa-apa surcaj berkenaan dengan penggunaan air yang

    melebihi had yang dikenakan; atau

    iii. apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu oleh Menteri;

    7. Seksyen 56 (2) seterusnya memperuntukkan bahawa Menteri

    hendaklah,dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas menjalankan mana-

    mana atau semua kuasanya yang dinyatakan di bawah subseksyen 56 (1),

    menyiarkan suatu notis dalam Warta   yang menyatakan butir-butir mengenai kuasa

    yang telah dijalankan dan tindakan yang telah diambil di bawah subseksyen 56 (1).

    8. Seksyen 56 (2) juga memperuntukkan bahawa Menteri boleh atas apa-apa

    alasan yang difikirkan patut –

    a) Mengehadkan pemakaian subseksyen (1) bagi kawasan, kumpulan,

    golongan orang, premis atau aktiviti yang dinyatakan; dan

    b) Menggantungkan atau mengetepikan mana-mana peruntukan seksyen

    ini.

    9. Memandangkan bahawa perintah larangan dan sekatan ini perludilaksanakan oleh Menteri serta-merta apabila berlakunya kecemasan, seksyen 56

    (2) Akta 655 membenarkan Menteri selepas melaksanakan mana-mana kuasanya di

    bawah seksyen 56 (1) Akta 655 untuk menyiarkan suatu notis di dalam Warta yang

    menyatakan butir-butir mengenai kuasa yang telah dijalankan dan tindakan yang

    telah diambil di bawah seksyen 56 Akta 655.

    10. Seksyen 56 (5) Akta 655 memperuntukkan bahawa sesuatu keputusan,

    perintah atau arahan Menteri dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen iniadalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau

    dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    4/12

    11. Seksyen 56 (6) Akta 655 seterusnya memperuntukkan bahawa seseorang

    yang tidak mematuhi perintah Menteri atau larangan, sekatan atau pengenaan

    kuasa yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh,

    apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjara

    selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    12. Seksyen 56 (7) memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan,

    Suruhanjaya dan pekerja serta ejen mereka tidaklah bertanggungan bagi apa-apa

    tindakan kerana pelanggaran kontrak atau kerana apa-apa pemotongan,

    pemberhentian, pengurangan atau penyekatan bekalan air di bawah seksyen ini.

    13. Dengan mengguna pakai kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 56

    Akta 655, Menteri akan mengenakan perintah larangan dan sekatan penggunaan

    air terawat secara berperingkat mengikut situasi kecemasan. Ini akan dilaksanakan

    seperti yang berikut –

    a) Peringkat 1 – apabila terdapat tanda-tanda kekurangan bekalan air

    - Membuat pengumuman serta memberi nasihat mengenai

    penjimatan penggunaan air kepada pengguna.

    b) Peringkat 2 – kekurangan air peringkat awal

    - Mengenakan larangan dan sekatan penggunaan air bagi situasi

    yang bukan melibatkan keselamatan dan kesihatan.

    c) Peringkat 3 – situasi serius

    - Mengenakan catuan air secara berperingkat di kawasan-

    kawasan yang terlibat bagi memastikan bekalan air dapat

    diagihkan secara optimum kepada setiap pengguna.

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    5/12

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    6/12

    Ringkasan Perintah

    Perintah ini dibuat oleh SPAN di bawah kuasa yang diberikan kepadanya di bawah

    Seksyen 56 Akta 655 dan mengandungi lima bahagian seperti yang berikut –

    1. Bahagian 1 – Permulaan

    (a) Bahagian ini mengandungi nama Perintah, tarikh kuat kuasa Perintah serta

    tafsiran perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Perintah.

    2. Bahagian 2 – Am

    (a) Bahagian ini menetapkan bahawa Perintah ini adalah terpakai kepada mana-

    mana orang yang menggunakan air yang dibekalkan oleh pemegang lesen

    perkhidmatan untuk apa-apa tujuan semasa kecemasan.

    (b) Bahagian ini memperuntukkan berkenaan kuasa Menteri untuk mengenakan

    catuan atau sekatan penggunaan air seperti yang termaktub di bawah

    Seksyen 56 Akta 655.

    (c) Bahagian ini menghendaki Menteri untuk menyiarkan dalam Warta, suatu

    notis menyatakan butir-butir catuan atau sekatan yang dikenakan oleh

    Menteri termasuk had pemakaian catuan atau sekatan ke kawasan,

    kumpulan, kelas orang, kategori pengguna, premis atau aktiviti tertentu.

    PERINTAH

     

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    7/12

    (d) Bahagian ini juga memperuntukkan bahawa Menteri boleh meminda atau

    membatalkan mana-mana notis yang dibuat di bawah subperintah (3) pada

    bila-bila masa yang difikirkan sesuai;

    (e) Bahagian ini turut menghendaki supaya apa-apa notis yang dikeluarkan oleh

    Menteri di bawah Perintah ini hendaklah disiarkan di dalam Warta.

    3.  Bahagian 3- Catuan 

    (a) Bahagian ini menetapkan bahawa Menteri boleh mengenakan catuan air

    semasa kecemasan melalui suatu notis untuk mengurangkan penggunaan air

    oleh mana-mana orang.

    (b) Bahagian ini memperuntukkan bahawa apa-apa catuan yang dikenakan oleh

    Menteri hendaklah mula terpakai pada tarikh permulaan yang ditetapkan di

    dalam notis dan hendaklah kekal berkuat kuasa sehingga pemberhentian

    atau pembatalan notis catuan di bawah Perintah 16.

    (c) Bahagian ini menghendaki pematuhan terhadap notis Menteri oleh pemegang

    lesen perkhidmatan untuk mengenakan catuan dan melaksanakan catuan ke

    atas mana-mana pengguna, premis atau kawasan terlibat selaras dengan

    butir-butir yang ditetapkan dalam notis.

    (d) Bahagian ini turut menghendaki pemegang lesen perkhidmatan untuk

    mengemukakan pelan catuan air termasuk kaedah komunikasi yang diguna

    pakai oleh pemegang lesen perkhidmatan untuk memaklumkan pengguna

    mengenai catuan tersebut untuk kelulusan Suruhanjaya sebelum

    melaksanakan catuan.

    (e) Bahagian ini juga memperuntukkan pemegang lesen perkhidmatan untuk

    menyediakan penghantaran air berterusan ke hospital dan kemudahan

    penjagaan kesihatan atau melalui apa-apa langkah penghantaran yang

    mencukupi dan alternatif sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.

    (f) Bahagian ini menetapkan bahawa Menteri boleh mengenakan catuan ke atas

    mana-mana pengguna melalui cara penguntukan termasuk-

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    8/12

    (i) penguntukan penggunaan air untuk dikenakan ke atas mana-mana

    pengguna; dan

    (ii) surcaj untuk dikenakan bagi apa-apa penggunaan berlebihan,

    bagi tempoh yang difikirkan sesuai oleh Menteri dan butir-butir

    penguntukan dan surcaj hendaklah sebagaimana yang ditetapkan di

    dalam notis Menteri.

    (g) Bahagian ini menghendaki pengguna yang terlibat dengan penguntukan

    tersebut untuk menggunakan air dalam pematuhan kepada penguntukan

    penggunaan air yang dikenakan.

    (h) Bahagian ini turut menghendaki pengguna untuk menyediakan akses kepada

    kakitangan pemegang lesen perkhidmatan bagi tujuan pembacaan meter dan

    kawal selia pematuhan penguntukan tersebut.

    (i) Bahagian ini menetapkan tanggungjawab pengguna untuk membayar surcaj

    bagi penggunaan berlebihan pada kadar sebagaimana yang ditetapkan dalam

    notis Menteri.

    (j) Bahagian ini juga menetapkan surcaj untuk air berlebihan yang akan dibilkan

    kepada pengguna oleh pemegang lesen perkhidmatan dalam bil air pengguna

    yang akan datang dan hendaklah dibayar oleh pengguna mengikut Seksyen

    88 Akta 655.

    (k) Bahagian ini memperuntukkan pengenepian pemakaian penguntukan di

    bawah Perintah ini seperti yang berikut-

    (i) untuk tujuan pemadaman kebakaran;

    (ii) untuk tujuan keselamatan sebagaimana diluluskan oleh pihak

    berkuasa yang relevan; dan

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    9/12

    !

    (iii) hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan

    (l) Bahagian ini menghendaki pemegang lesen perkhidmatan supaya

    memaklumkan kepada pengguna-pengguna terlibat melalui media umum

    mengenai butir-butir gangguan bekalan air terancang dan semasa dan notis

    tersebut hendaklah mempunyai butiran seperti yang berikut-

    (i) pengguna-pengguna mengenai siapa yang akan terlibat dengan

    gangguan bekalan air terancang dan sementara berkenaan

    termasuk kawasan dan kategori pengguna-pengguna yang

    terlibat;

    (ii) hari atau hari-hari apabila gangguan bekalan air terancang dan

    sementara akan dijalankan; dan

    (iii) masa apabila gangguan bekalan air terancang dan sementara

    akan bermula dan masa apabila ia akan diberhentikan.

    (m) Bahagian ini turut menghendaki pemegang lesen perkhidmatan supaya

    memaklumkan pengguna-pengguna yang terlibat melalui media umum

    mengenai butir-butir penguntukan dan notis berkenaan hendaklah

    mempunyai butiran seperti yang berikut –

    (i) pengguna mengenai siapa yang akan terlibat dengan

    penguntukan termasuk jumlah yang diperuntukkan, kawasan

    dan kategori pengguna yang terlibat;

    (ii) permulaan penguntukan dan masa ia akan diberhentikan;

    (iii) surcaj dikenakan untuk penggunaan air berlebihan; dan

    (iv) kewajipan pengguna untuk memberikan akses kepada

    pemegang lesen perkhidmatan untuk membaca meter.

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    10/12

    "

    (n) Bahagian ini memperuntukkan supaya notis oleh pemegang lesen

    perkhidmatan hendaklah diberikan sekurang-kurangnya dua hari sebelum

    pelaksanaan gangguan bekalan air atau penguntukan tersebut, yang mana

    berkenaan.

    4.  Bahagian 4- Sekatan 

    (a) Bahagian ini memperuntukkan kuasa Menteri untuk mengenakan peringkat

    sekatan yang relevan ke atas mana-mana orang, kawasan atau premis dalam

    suatu notis setelah mengenalpasti kewujudan masalah kekurangan air dan

    tahap keseriusan masalah kekurangan air berkenaan.

    (b) Bahagian ini menetapkan bahawa semua sekatan sebagaimana yang

    ditetapkan untuk peringkat yang relevan oleh Menteri hendaklah mula

    terpakai pada tarikh permulaan yang ditentukan dalam notis dan hendaklah

    kekal berkuat kuasa sehingga peringkat tersebut dibatalkan menurut Perintah

    11 atau pemberhentian atau pembatalan notis sekatan di bawah Perintah 16.

    (c) 

    Bahagian ini juga menetapkan pematuhan terhadap sekatan-sekatan

    sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual terhadap mana-mana orang

    dalam mana-mana premis atau kawasan yang terlibat dengan peringkat

    sekatan yang dikenakan oleh Menteri.

    (d) Bahagian ini memperuntukkan kuasa Menteri untuk menarik balik mana-mana

    peringkat yang beroperasi di bawah Perintah 9 untuk menggantikan-

    (i) ke peringkat yang lebih rendah; atau

    (ii) ke peringkat yang lebih tinggi

    dengan menyiarkan penarikan balik peringkat tersebut melalui suatu notis.

    (e) Bahagian ini memperuntukkan pengecualian kepada sekatan-sekatan di

    bawah Perintah ini seperti yang berikut-

    (i) untuk tujuan pemadaman kebakaran; dan

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    11/12

    (ii) untuk tujuan keselamatan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak

    berkuasa yang relevan.

    (f) 

    Bahagian ini menghendaki pemegang lesen perkhidmatan untuk

    memaklumkan mengenai peringkat sekatan yang dikenakan oleh Menteri dan

    butir-butir sekatan melalui media umum dan notis tersebut hendaklah

    memaklumkan –

    (i) orang yang akan terlibat dengan sekatan tersebut termasuk

    kawasan, premis dan kategori orang yang terlibat; dan

    (ii) butir-butir sekatan bagi peringkat yang relevan sebagaimana

    ditetapkan dalam Jadual.

    (g) Bahagian ini juga menetapkan bahawa pemegang lesen perkhidmatan yang

    dinyatakan dalam subperintah (1) hendaklah mengeluarkan notis sekurang-

    kurangnya dua hari sebelum permulaan sekatan berkenaan.

    5. Bahagian 5- Kewajipan, Pemberhentian dan Kesalahan 

    (a) Bahagian ini menetapkan tanggung jawab pemegang lesen sewaktu 

    pengenaan catuan atau sekatan oleh Menteri seperti yang berikut-

    (i) memulakan kempen publisiti dalam apa-apa cara yang

    diluluskan oleh Suruhanjaya untuk meningkatkan kesedaran

    awam mengenai sekatan atau catuan air semasa kecemasan;

    (ii) menggalakkan penggunaan air yang berhemah dan penjimatan

    air; dan

    (iii) mengeluarkan Pelan Air kepada pengguna.

  • 8/17/2019 Ringkasan Catuan Sekatan Penggunaan Air 2013

    12/12

    (b) Bahagian ini menghendaki pemegang lesen perkhidmatan untuk

    memaklumkan kepada orang awam media umum apabila catuan dan sekatan

    yang dikenakan oleh Menteri dibatalkan atau dihentikan pemakaiannya.

    (c) 

    Bahagian ini turut menetapkan bahawa catuan atau sekatan yang dikenakan

    oleh Menteri dalam suatu notis hendaklah berhenti pada tarikh luput yang

    dinyatakan dalam notis.

    (d) Bahagian ini menghendaki suatu notis pembatalan sekatan atau catuan

    dikeluarkan oleh Menteri setelah menentukan bahawa keadaan kecemasan

    yang memerlukan pengenaan catuan atau sekatan tidak lagi wujud, sekiranya

    tiada tarikh luput dinyatakan.

    (e) Bahagian ini memperuntukkan bahawa kegagalan mematuhi mana-mana

    peruntukan Perintah ini adalah suatu kesalahan di bawah subseksyen 56(6)

    Akta 655.

    6. JADUAL SEKATAN

    Jadual menetapkan peringkat-peringkat catuan atau sekatan bekalan air.