Upload
smsee
View
60
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
puding rotibiskut coklat
Citation preview
Best jugak ni Andy N Sarah Zuraida Zaynordin
Roti yang tak habis tu, daripada di buang, lebih baik buat Puding Roti kan..nyum2!
Video:http://www.trymasak.my/resepi/video/Puding%20Roti%20bersama%20Biskut%20Coklat
Bahan-bahan:
1) Roti - dipotong kiub dan biar lemau semalaman (8 keping)
2) Biskut coklat krim - dipatahkan (15 keping)
3) Susu segar (2 cawan)
4) Gula (1/2 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Mentega - dicairkan (1/4 cawan)
7) Minyak sayuran (sedikit)
8) Krim putar (sedikit)
9) Esen vanilla (1 sudu kecil)
Cara-cara:
Campurkan telur, gula, esen vanilla, susu segar, krim putar dan mentega cair. Kacau sebati semua bahan ini.
Seterusnya, sapu rata sedikit mentega pada dulang pembakar dan kemudian taburkan kiub roti serta biskut coklat krim
berselang seli.
Kemudian, curah rata campuran bahan tadi.
Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar pada suhu 250 darjah celcius menggunakan api bawah selama 1 jam.
Apabila masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan pada suhu bilik beberapa ketika supaya mudah dipotong.
Puding roti biskut coklat ini boleh dihidangkan semasa panas mahupun sejuk. Untuk rasa yang lebih enak, nikmati
puding ini bersama sedikit krim putar.