Upload
rogini-thevathas
View
548
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
REFLEKSI STAIL A (STAIL PERINTAH)
NAMA PELATIH : M. REVATHI & L. KASTHURI
TARIKH PEMBENTANGAN: 7 SEPTEMBER 2011
Refleksi Pembentangan
Pada 7 september 2011, Kasthuri telah membentangkan tentang Stail A iaitu
stail perintah. Bentuk stail ini ialah berkaitan dengan guru berautokratik dan
berpusatkan guru. Maksudnya, guru mempunyai tanggungjawab dalam membuat
keputusan manakala murid hanya menerima arahan daripada guru sahaja dan
bertindak mengikut kehendak guru. Menerusi stail ini hasil pembelajarannya dapat
dilaksanakan dalam masa yang singkat. Stail ini selamat digunakan bagi murid – murid
sekolah rendah dan dapat kawal mereka dengan baik.
Objektif bagi stail perintah ini adalah ketepatan tindak balas, kepatuhan kepada
model, pemeliharaan standard estetik, keseragaman para murid, keselamatan para
murid, mendapatkan tindak balas yang segera terhadap rangsangan, penonjolan
semangat kumpulan, menggunakan masa dengan efisyen dan meliputi banyak material.
Semasa kasturi bentangkan stail ini, kami mengetahui tentang ciri – ciri stail
perintah. Ciri – ciri stail ini adalah stail ini berpusatkan guru, komunikasi sehala dimana
guru seorang akan berkomunikasi dengan para murid, pelajar merupakan pelaksana
bagi keputusan yang dibuat oleh guru, proses pnp berlaku tanpa perbincangan dan
guru berperanan sebagai model bagi membuat demonstrasi serta tunjuk ajar tentang
pengajaran yang hendak diajar.
Seterusnya, dia membentangkan tentang kekuatan dan kelemahan stail perintah
ini. Kekuatannya adalah guru dapat mengelakkan berlakunnya kepesongan kandungan
pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru tanpa sebarang perubahan sekiranya
pelajar mengikutinnya dengan sepenuhnya, guru dapat mengawal kelas secara
berkesan, guru dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan, guru dapat
menghasilkan keseragaman di antara pelajar, guru dapat memudahkan pembelajaran
pelajar tentang isi kandungan p&p dan guru juga dapat memadatkan kandungan
pelajaran seperti membahagikan kemahiran kepada unit –unit yang lebih kecil.
Kelemahan bagi stail perintah ini ialah, stail ini mementingkan komunikasi sehala
sahaja kerana guru tidak memberi peluang kepada murid untuk berbincang dengan
guru dan mengemukakan pendapat mereka, guru tidak mengambil kira atas perbezaan
individu iaitu pelajar lemah / kurang cerdas seperti mengeluarkan perintah atau arahan
tanpa mengira perbezaan individu pelajar, guru tidak mementingkan saluran emosi atau
social pelajar, stail ini menggalakan penyalahgunaan atas kuasa guru, menyekat
perkembangan kreativiti pelajar dan guru juga kurang memotivasikan pelajar dalam
pertukaran buah fikiran antara satu sama lain. Stail ini agak keras dan tidak memberi
motivasi yang berkesan kepada segelintir pelajar.
Refleksi Mikroteaching
Pengajaran mikro bagi Stail A iaitu stail perintah dilaksanakan oleh rakan saya
Revathy. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kecergasan,
topik daya tahan otot dan aktiviti yang dipilih ialah ketinting. RPH tersebut telah
ditunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang terdapat di
dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH
tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik
bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak.
Aktiviti yang dia laksanakan ialah ketinting sebelah kaki dari satu kon ke kon
seterusnya dalam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Selepas itu, aktiviti kedua
yang dia laksanakan ialah ketinting sebelah kaki dari satu kon ke kon yang lain arah
zig-zag dan ini juga merupakan aktiviti kumpulan. Selain itu, aktiviti akhir ialah membuat
ketinting dengan menukar kaki dari satu kon ke kon seterusnya. Permainan pada
peringkat kemuncak ialah bola beracun. Permainan ini dimain dengan membuat
ketinting bagi mengelak bola kena pada kaki.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Revathy. Komen yang diberikan kepada
dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia.
Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, demonstrasi yang
dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penjelasan yang dia berikan tentang aktiviti
baik dan jelas, pembahagian kumpulan yang dibuat oleh dia baik, aktiviti yang
disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan, pengurusan masa yang baik,
penggunaan bahasa yang jelas, kawalan kelas yang baik, organisasi bagi setiap aktiviti
sesuai dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu aktiviti yang disediakan tidak mencukupi dan
tidak mencabar, tempat yang dipilih untuk menjalankan aktiviti tidak mencukupi, kon
yang disusun bagi aktiviti berselerak dan berada dalam jarak yang dekat, masa yang
diberikan untuk menjalankan aktiviti kurang, barang yang disusun bagi aktiviti
seterusnya disusun oleh dia dan ia menyebabkan pembaziran masa, tidak minta
bantuan daripada para murid untuk menyusun barang bagi mengelakkan pembaziran
masa. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia
dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh
dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik
yang betul.
REKLEKSI STAIL B (STAIL LATIHAN)
NAMA PELATIH : V. PREMA & S.THANESWARI
TARIKH PEMBENTANGAN : 7 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 7 september 2011, Prema Vijayakumar telah membentangkan tentang
stail B atau lebih dikenali sebagai stail latihan. Stail B merupakan satu kaedah di mana
guru memberi tugasan dan pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh
masa tertentu. Pada masa ini, guru akan memerhatikan prestasi murid dan memberikan
maklum balas kepada pelajar.
Objektif stail perintah ini ialah mewujudkan hubungan baru antara guru dengan
pelajar, pelajar dengan tugasan dan diantara pelajar sendiri, mempraktikkan tugasan
seperti yang didemonstrasikan atau yang telah diterangkan, menyedari melalui
pengalaman bahawa prestasi adalah berkaitan dengan masa, menyedari melalui
pengalaman bahawa prestasi yang baik dan cekap adalah berkaitan dengan
pengulangan tugasan dan pengetahuan keputusan, menyedari melalui pengalaman
bahawa pengetahuan keputusan diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang
diberikan oleh guru.
Peranan guru dalam dalam stail ini adalah guru bersedia menjawab soalan murid
dan membuat maklumat tentang persembahan murid dan memberi maklum balas
secara individu. Manakala peranan murid ialah untuk menjalankan tugasan yang
diberikan oleh guru. Selain itu, peranan murid ialah untuk membuat 9 keputusan
berdasarkan kedudukan, tempat, susunan tugasan, kadar kemajuan, masa permulaan
setiap tugasan, masa tamat setiap tugasan, masa rehat, penonjolan dan mengajukan
soalan untuk penjelasan.
Kekuatan bagi Stail B ialah isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak
berubah, isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid, masa dan peluang pelajar
melakukan sendiri aktiviti dengan tetap dan mengikut panduan, guru dapat menegur
dan menunujuk cara jika ada kesilapan dan secara langsung dapat mendampingi
pelajar di dalam kelas, komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid,
murid dengan murid, guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri, dapat
memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum dan guru hanya
bertindak sebagai fasilitator.
Kelemahan bagi stail ini ialah, pelajar cepat meyelesaikan masalah sebelum sesi
pengajaran dan pembelajarn sebenar tamat, perkembangan minda atau kognitif pelajar
kurang digunakan, pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengat aktiviti yang
dijalankan, aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklum balas guru dan murid tidak
dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri.
Melalui pembentangan yang dibuat oleh Prema, saya mendapat tahu bahawa
stail latihan ini dapat memberikan peluang kepada pelajar membuat aktiviti dengan
bebas dan menentukan keputusan mereka sendiri. Guru juga lebih percaya kepada
pelajar.
Refleksi Microteaching
Pengajaran mikro bagi Stail B iaitu stail latihan dilaksanakan oleh rakan saya
Thaneswari. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran,
topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah hantaran lantun dalam permainan bola
baling. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan
kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan
yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk
menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak.
Aktiviti yang dia laksanakan bagi kami ialah buat lantunan seorang diri. Selepas
itu, buat hantaran lantunan kepada pasangan. Selain itu, aktiviti akhir ialah membuat
lantunan sambil bergerak secara berpasangan. Permainan pada peringkat kemuncak
ialah bola lantun. Permainan ini dimain dengan membuat lantunan di antara ahli
kumpulan dan membuat gol.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Thaneswari. Komen yang diberikan kepada
dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia.
Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, demonstrasi yang
dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penerangan yang dia berikan tentang aktiviti
baik dan jelas, memberi penjelasan tentang 9 tugasan kepada para murid, aktiviti yang
disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan mencabar, pembahagian masa yang
cukup, penggunaan bahasa yang jelas, tempat yang disediakan bagi melaksanakan
aktiviti cukup dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu dia berasa gementar dan rasa tidak yakin
semasa melaksanakan pengajaran mikro ini, aktiviti yang disediakan tidak mencukupi,
kawalan kelas yang kurang baik kerana pelajar bebas memilih tempat dan masa rehat
dan mulakan oleh itu dia mengalami kesukaran dalam mengawal mereka, organisasi
yang kurang baik, permainan pada peringkat kemuncak yang dijalankan kurang
mencabar para murid, barang yang disusun bagi aktiviti disusun oleh dia dan ia
menyebabkan pembaziran masa, tidak minta bantuan daripada para murid untuk
menyusun barang. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro
yang dia dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru dan pengetahuan baru daripada
pengajaran yang dibuat oleh dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang
disediakan dengan teknik yang betul.
REKLEKSI STAIL C RECIPROCAL (STAIL BERGANDINGAN)
NAMA PELATIH : R. MATHIMALAR & T. ROGINI
TARIKH PEMBENTANGAN : 9 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 9 September 2011, rakan saya Mathimalar Rajainatharan telah
membentangkan tentang bentuk stail yang diberikan kepada kami iaitu stail
bergandingan. Stail bergandingan ini adalah satu teknik pengajaran yang mewujudkan
tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru
adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan
membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas kepada pemerhati.
Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum balas yang
mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru akan
melihat dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru.
Objektif Stail C ini terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada
kandungan isi pembelajaran dan objektif instrinstik (tingkahlaku pelajar). Objektif
berasaskan kepada kandungan isi pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi
peluang-peluang untuk melakukan tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara
peribadi, berlatih dengan pengawasan, dapat membolehkan mengenal pasti persamaan
dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal pasti kesalahan dan membetulkannya.
Manakala objektif instrinstik iaitu tingkah laku murid adalah mengembangkan kemahiran
sosial dan komunikasi, murid dapat melatih skil komunikasi untuk mengembangkan
hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritikndan menerima pendapat daripada rakan
dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang lain
dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar
mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya.
Rakan saya bentang tentang ciri – ciri yang terdapat di dalam stail C ini iaitu stail
ini merupakan stail berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati
dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku, stail ini berpusatkan kepada pelajar
berdasarkan tugasan / arahan berpadukan kepada kad kriteria, guru berperanan
sebagai fasilitator dan pelajar memainkan peranan sebagai pelaku dan pemerhati
masing-masing.
Dia juga telah menerangkan tentang peranan guru, pemerhati dan pelaku.
Peranan guru adalah memantau pemerhati, menjawab soalan pemerhati, mengawal
konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku, menerangkan tentang kad kriteria.
Manakala peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang melakukan aktiviti yan diberikan
oleh guru, pelaku mengikut arahan dalam kad kriteria, menerima maklum balas
daripada pemerhati serta boleh mengemukakan soalan dan berkomunikasi dengan
pemerhati sahaja. Pemerhati pula, berperanan untuk menilai prestasi pelaku dan buat
kesimpulan mengenai prestasi pelaku, memberi pendapat kepada pelaku, jika perlu
pemerhati perlu berkomunikasi dengan guru.
Kekuatan stail C ini adalah guru menerima hubungan social antara pemerhati
dan pelaku, guru sedar kepentingan mengajar murid untuk memberi maklum balas
antara satu sama lain serta mencapai objektifnya, guru dapat mengembangkan
perlakuan dan menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil
keputusan tambahan, pelajar boleh mengembangkan nilai aktif mereka dalam proses
pembelajaran dan pelajar boleh meluangkan masa belajar dengan penggunaan kertas
kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa kehadiran guru.
Kelemahan stail C ialah ialah kesukaran untuk memilih pasangan yang sesuai,
kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan, hanya sesuai untuk mereka yang
memerlukan bimbingan rakan sebaya, wujudnya tingkah laku yang baru menyebabkan
ketidak selesaan dan terdapat pelajar yang tidak suka apabila ditegur semasa aktiviti.
Stail ini tidak begitu digalakkan dalam kaedah pengajaran di dalam kelas.
Refleksi Microteaching
Saya Rogini Thevathas sangat bersyukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa
kerana limpah dan kurniaanya saya dapat menyiapkan tugasan Pendidikan Jasmani ini.
Tugasan ini merangkumi stail pengajaran yang sangat penting untuk bakal guru seperti
kami. Stail yang kami dapat ialah stail C iaitu stail bergandingan / reciprocal. Soalan
pertama adalah membuat pembentangan tentang stail C dan dibuat oleh rakan
kumpulan saya Mathimalar. Soalan seterusnya ialah melaksanakan satu pengajaran
p&p mikro / mikro-teaching berdasarkan stail C dan dibuat oleh saya Rogini.
Sepanjang proses menyiapkan rancangan pelajaran harian ini banyak pihak
yang menghulurkan bantuan dan sokongan kepada saya maka di sini saya mengambil
peluang ini untuk menyusun sepuluh jari saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak tersebut. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah saya, Puan Anita yang banyak membantu dan membimbing saya
dalam bahagian pengajaran ini.
Sepanjang proses menyiapkan RPH ini, saya telah mempelajari dan mendapat
tahu banyak perkara baru yang berguna dan bermanfaat. Tidak dinafikan bahawa
matapelajaran ini banyak menyumbangkan manfaat yang penting dan berguna bagi
saya untuk dipraktikkan pada masa kelak. Pertamanya, saya telah memperolehi
pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan dengan stail pengajaran C dalam pelbagai
sumber. Dengan maklumat yang dapati, saya menghasilkan satu RPH untuk
melaksanakan satu pengajaran p&p mikro. Saya menunjukkan RPH yang saya hasilkan
kepada Puan Anita untuk memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya.
Beliau memperbetulkan kesilapan yang saya telah lakukan dan memberi idea untuk
meningkatkan aktiviti yang saya nyatakan dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar beliau
mendorong saya untuk menghasilkan RPH yang sempurna bagi melaksanakan
pengajaran pada masa kelak.
Setelah pengajaran p&p mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas saya
telah memberi komen terhadap pengajaran p&p mikro saya. Komen mereka terdiri
daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi saya. Ulasan yang
saya dapati daripada Puan Anita dan rakan sekelas saya ialah suara saya begitu
lantang dan kuat, demonstrasi yang saya tunjukkan jelas dan mudah difahami,
penjelasan yang saya berikan tentang aktiviti dan peranan murid cukup baik dan jelas,
pembahagian kumpulan yang dibuat oleh guru baik kerana kumpulannya terdiri
daripada pelaku dan pemerhati, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang
diajar dan mencabar, lembaran kriteria yang disediakan bagi aktiviti sesuai dan telah
memberi penjelasan bagaimana untuk menggunakan dan menandanya, penggunaan
wisel pada masa yang diperlukan dan penggunaan bahasa yang jelas, organisasi bagi
setiap aktiviti sesuai dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan mencukupi.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan
saya dan menambahbaikkan prestasi saya, iaitu penjelasan yang diberi oleh saya
panjang lebar dan ia mengambil masa yang lama, pengurusan masa yang tidak teratur
kerana aktiviti yang dijalankan pada peringkat 3 dan kemuncak telah mengambil masa
yang lebih, kawalan kelas saya yang kurang baik kerana sebelum saya memberi
arahan untuk mulakan aktiviti para murid telah bermain, barang yang disusun bagi
aktiviti terlalu dekat dan ia mungkin mengalami kecederaan semasa para murid
menjalankan aktiviti. Ini merupakan komen yang saya dapati daripada mereka dan akan
memperbaikikan kelemahan yang lakukan semasa pengajaran p&p mikro dilakukan.
Walaupun saya menghadapi banyak kesulitan semasa menyempurnakan
tugasan ini, saya dapat melakukan tugasan ini dengan bantuan rakan sekelas saya dan
pensyarah pembimbing. Maka sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka. Saya sangat berharap agar tugasan saya ini memenuhi kehendak
pensyarah dan menjadi sesuatu tugasan yang sempurna. Sekian Terima kasih.
REKLEKSI STAIL D ( STAIL SEMAK KENDIRI)
NAMA PELATIH : M. KESAVAN & A. EGANASH
TARIKH PEMBENTANGAN: 12 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 12 september 2011, Kesavan Munian telah membentangkan
pembentangan mereka iaitu stail D yang dipanggil stail semak kendiri. Stail semak
kendiri berdasarkan kepada kemahiran yang telah dipelajari, pelajar akan melakukan
penilaian kendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam stail ini, guru
bertindak memastikan semua pelajaran, kriteria dan keputusan logistik. Tugas murid
pula ialah belajar secara sendiri dan memeriksa hasilan kerja mereka sendiri
berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru.
Tujuan stail ini ialah untuk mencegah pelajar daripada bergantung sepenuhnya
kepada dan maklum balas dari sumber luar termasuk, rakan sebaya dan persekitaran,
seterusnya mula bergantung kepada maklum balas sendiri. Selain itu mereka juga
dapat menerima kelemahan dan had keupayaan diri sendiri.
Peranan guru adalah membuat pemerhatian secara spesifik dan berkomunikasi
dengan murid berkenaan tentang keberkesaan penggunaan senarai semak kendiri.
Manakala peranan murid pula garisan panduan dan kriteria digunakan oleh murid untuk
melatih diri sendiri dan rakan sebaya dan memberikan maklum balas kendiri secara
jujur.
Kesavan telah membentangkan tentang kekuatan stail ini. Kekuatannya ialah
guru boleh menilai kemampuan dan perkembangan pelajar dalam melakukan aktiviti
melalui senarai semak kendiri, guru mempercayai pelajar bersikap jujur sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat memberi dan menilai kebebasan
pelajar, pelajar mengenalpasti had keupayaan diri mereka sendiri, pelajar boleh bekerja
secara sendiri dan melakukan penilaian kendiri, mereka boleh mengunakan periksa –
diri sebagai maklum balas untuk kemajuan masing – masing dan guru dapat memupuk
sikap jujur di kalangan murid.
Kesavan juga telah menerangkan tentang kelemahan yang terdapat di dalam
stail ini. Jangka masa menjalankan kaedah ini agak pendek dan halang nilai
keupayaan. Stail D kurang berkesan sekirannya saiz kelas terlalu besar. Tidak semua
tugasan dalam sains sukan sesuai menggunakan stail D, rekod atau catatan mungkin
kurang tepat berdasarkan sifat kejujuran murid dan sukar untuk membuat penilaian
apabila melakukan tugasan baru.
Melalui pembentangan Kesavan, saya mendapat tahu pengetahuan yang baru.
Stail ini menerangkan maklum balas kendiri ke atas persembahan menjadi garis
panduan dalam latihan yang akan datang, sama ada untuk dikekalkan atau diperbaiki
untuk membantu menyesuaikan dalam posisi badan atau ketepatan. Stail ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid berdasarkan
kebebasan yang telah diberikan oleh guru dalam membuat penilaian kendiri.
Refleksi Microteaching
Pengajaran mikro bagi Stail D iaitu stail semak kendiri dilaksanakan oleh rakan
saya Eganash. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang kemahiran,
topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah servis dalam permainan bola tampar. RPH
tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan kelemahan yang
terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan yang terdapat di
dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH
yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak.
Aktiviti yang dijalankan oleh dia ialah membuat servis mengikut kumpulan dan
menilai sendiri atas pergerakan sendiri. Membuat servis menerusi jaring. Permainan
kemuncak yang dia laksanakan ialah membuat servis dan menjaring gol pada kon yang
disediakan dengan mata tertentu.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Eganash. Komen yang diberikan kepada
dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia.
Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, dia bakal menjadi
guru yang baik pada masa kelak, berasa yakin atas pengajaran dia, demonstrasi yang
dia tunjukkan jelas dan mudah difahami, penerangan yang dia berikan tentang aktiviti
baik dan jelas, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar dan
mencabar, penggunaan wisel, memberi penerangan tentang lembaran kriteria dan cara
menandakannya, memberi penerangan tentang peranan masing-masing, kawalan kelas
yang cukup baik, penggunaan bahasa yang jelas, tempat yang disediakan bagi
melaksanakan aktiviti cukup dan barang yang digunakan semasa aktiviti jalankan
mencukupi.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian masa yang tidak teratur dan
tidak mencukupi, organisasi yang kurang baik, permainan pada peringkat kemuncak
yang dijalankan terlalu kurang dan para murid terasa tidak libatkan diri dengan
sepenuhnya dan dia mempunyai interaksi dengan para murid yang menghadapi
masalah. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia
dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh
dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik
yang betul.
REKLEKSI STAIL E ( STAIL GAYA PENINGKATAN)
NAMA PELATIH : N. SANGEETHA & K. MOGANAPRIA
TARIKH PEMBENTANGAN : 14 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Stail gaya peningkatan ini dibentangkan oleh Sangeetha Nadarajah. Stail gaya
peningkatan ini diperkenalkan oleh mosston dan ashowrth. Gaya ini mempunyai satu
tahap tugasan yang ditentukan oleh guru. Stail pengajaran ini membolehkan murid yang
mempunyai tahap kemahiran yang berbeza mengambil bahagian dalam satu tugasan
yang sama mengikut tahap kesukaran yang boleh dilakukan oleh mereka.
Semasa sangeetha menerangkan tentang stail ini kami juga memperoleh
pengetahuan tentang objektif stail. Objektif stail ini adalah untuk menyesuaikan
perbezaan pelaksanaan individu, meningkatkan penglibatan pelajar secara berterusan,
memberi peluang membuat keputusan bagi menyesuaikan kandungan, mengukuhkan
proses urutan penilaian, meningkatkan kualiti masa aktiviti tugasan, melatih kemahiran
menilai individu dengan menggunakan satu kriteria pelaksanaan serta murid juga
melatih dalam memilih tahap yang sesuai dan jujur dalam menilai diri sendiri.
Sangeetha telah membentangkan tentang ciri-ciri stail ini iaitu tekankan kepada
murid yang masih berada di tahap pilihan mereka dan beri galakan dan menawarkan
guru dan murid masa pembelajaran yang lama dimana tugasan dijalankan secara
individu.
Tambahan pula, Sangeetha juga telah membentang tentang peranan guru dan
murid yang terdapat di dalam pembentangan ini. Peranan guru adalah untuk membuat
keputusan dalam set pra–impak, memberi respon kepada peranan mengenai proses
membuat keputusan, memantau proses pembelajaran dan guru juga boleh
membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid. Manakala peranan murid adalah
untuk membuat keputusan semasa set impak dan pasca impak mengikut 9 keputusan
dalam stail latihan, membuat keputusan mengenai pemilihan dan permulaan dan
menilai prestasi mereka mengikut boring kriteria yang disediakan oleh guru.
Stail E ini mengandungi kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kekuatannya
ialah murid belajar untuk berdikari dan membuat keputusan, murid berasa selesa
kerana layak untuk memperolehi peluang untuk belajar, murid juga tidak berasa
terkongkong atau dikawal oleh guru, aktiviti akan lebih menarik dan mencabar,
memupuk semangat bersaing antara pelajar dan prestasi murid juga dapat dinilai oleh
guru dengan serta – merta.
Kelemahannya pula adalah guru tidak dapat memerhati semua aktiviti yang
dilakukan oleh pelajar, kawalan guru adalah longgar yang proses p&p kurang berkesan,
sukar menentukan kejujuran pelajar dalam aktiviti, masa pembelajaran panjang dan
peralatan yang banyak diperlukan serta persediaan yang kurang akan menjejaskan
prestasi murid. Stail ini lebih sesuai jika diaplikasikan kepada murid yang sedikit.
Refleksi Mikroteaching
Pengajaran mikro bagi Stail E iaitu stail gaya peningkatan dilaksanakan oleh
rakan saya Moganapria. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang
kemahiran, topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah teknik mengelecek dalam
permainan hoki. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan
kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan
yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk
menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak.
Aktiviti yang dilaksanakan ialah mengelecek longgar, mengelecek rapat dan
mengelecek indian mengikut tahap kesukaran. Tiga stesyen disediakan untuk
menjalankan akviti tersebut. Permainan pada peringkat kemuncak ialah permainan
kumpulan menggunakan tiga teknik mengelecek dan menjaring gol.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Moganapria. Komen yang diberikan
kepada dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi
dia. Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, berasa yakin
atas pengajaran dia, demonstrasi yang dia tunjukkan jelas dan mudah difahami,
penerangan yang dia berikan tentang tahap kesukaran baik dan jelas, aktiviti yang
disediakan berkaitan dengan stail yang diajar, penggunaan wisel, memberi penerangan
tentang lembaran kriteria dan cara menandakannya, memberi penerangan tentang
peranan masing-masing, mengawasi pergerakan para murid dan kawalan kelas yang
baik dan penggunaan bahasa yang jelas.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian masa yang tidak teratur,
permainan pada peringkat kemuncak yang dijalankan tidak menepati sebagaimana
yang terdapat di dalam RPH yang telah disediakan oleh dia, organisasi yang tidak tepat
dengan RPH, para murid terasa bosan kerana melakukan aktiviti tersebut banyak kali
kerana memberi masa yang lama dan dia tidak memperbetulkan kesilapan murid. Ini
merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh
dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik
yang betul.
REFLEKSI STAIL F (STAIL PENEMUAN TERBIMBING)
NAMA PELATIH : M. KUMUTHINI & S. MOHANA
TARIKH PEMBENTANGAN : 14 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Stail gaya peningkatan ini dibentangkan Kumuthini Maniam. Stail penemuan
terbimbing ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
interaksi antara guru dan pelajar. Pengajaran penemuan terbimbing ini merupakan stail
pengajaran yang melibatkan pelajar dalam proses penemuan.
Objektifnya ialah untuk melibatkan pelajar dalam proses penemuan kearah
proses penumpuan. Stail ini digunakan untuk mendapatkan pengalaman yang
melibatkan setiap langkah dimana memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai
pelbagai konsep secara berterusan. Stail ini juga memberi peluang kepada pelajar
dalam menemui konsep dan prinsip yang melibatkan pemikiran tertumpu.
Kumuthini juga membentang tentang ciri–ciri yang terdapat dalam stail ini iaitu
stail ini berpusatkan guru dan murid, stail ini melibatkan komunikasi dua hala, pelajar
membuat tugasan yang diberikan oleh guru, guru perlu membuat turutan soalan bagi
pelajar meneroka, proses pnp berlaku perbincangan dan penerokaan, guru sebagai
fasilitator sahaja dan keputusan akan diambil oleh pelajar berbanding dengan guru.
Kumuthini juga menerangkan tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat
dalam stail ini. Antara kekuatannya adalah pelajar dapat mempelajari tindak balas fizikal
yang dirancang oleh guru, pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam
hubungan antara langkah yan telah dipelajari, pelajar juga dapat membina idea sendiri
berdasarkan aktiviti yang dirancang oleh guru dan pelajar dapat menerokai sesuatu
yang baru dan semangat ingin tahu akan meningkat.
Kelemahan yang terdapat dalam stail ini hanya sesuai untuk pelajar yang
matang sahaja. Ini kerana ada diantara proses didalam stail ini yang memerlukan
penilaian dan tahap pemikiran yang tinggi. Oleh itu, pelajar yan lemah berkemungkinan
tidak dapat memahami aktiviti yang dijalankan berdasarkan stail penemuan terbimbing
ini. Rumusan dan hasil dapatan daripada aktiviti ini juga berkemungkinan terpesong
dan kurang tepat. Ini kerana mungkin guru terlepas pandang beberapa orang pelajar
dan maklumat yang disampaikan tidak dapat diterima oleh pelajar itu dengan baik. Guru
juga tidak dapat mengawal kelas secara keseluruhan .
Refleksi Microteaching
Pengajaran mikro bagi Stail F iaitu stail penemuan terbimbing dilaksanakan oleh
rakan saya Mohana. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang
kemahiran, topik permainan dan aktiviti yang dipilih ialah hantaran aras dada dalam
permainan bola baling. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi
memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah
memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan
Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan
pengajaran mikro pada masa kelak.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Mohana. Komen yang diberikan kepada dia
terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan
yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, berasa yakin atas
pengajaran dia, penanyaan soalan kepada murid meningkatkan interaksi antara murid
dan dia, dia pastikan semua libatkan diri dalam pengajaran dia, demonstrasi yang dia
tunjukkan jelas, aktiviti yang disediakan berkaitan dengan stail yang diajar, penggunaan
wisel, membantu murid yang menghadapi masalah semasa menjalankan aktiviti,
kawalan kelas yang baik dan penggunaan bahasa yang jelas.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian tempat untuk aktiviti terlalu
sempit dan ini akan menyebabkan kecederaan berlaku, aktiviti yang dijalankan tidak
menepati topik yang dipilih kerana ramai yang membuat teknik hantaran atas kepala
manakala teknik yang sebenarnya ialah hantaran aras dada dan permainan pada
peringkat kemuncak tidak diberi penjelasan yang baik bagaimana untuk bermain dan
para murid mengalami kekeliruan. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada
pengajaran mikro yang dia dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh
dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik
yang betul.
REFLEKSI STAIL G (STAIL PENEMUAN BERTUMPU)
NAMA PELATIH : S. SURIES & S. TINAGARAN
TARIKH PEMBENTANGAN : 21 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 21 september 2011, Suries Sundaram Sangaram telah membentangkan
stail G iaitu Stail penemuan bertumpu. Gaya penemuan bertumpu ialah menemukan
jawapan yang betul dengan menggunakan proses penemuan bertumpu. Gaya ini
dicapai melalui penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran logic dan betul dengan
menghubungkaitkan soalan yang membawa kepada tindak balas yang diingini.
Objektif stail ini dibahagikan kepada dua objektif iaitu objektif subjek dan objektif
tingkah laku. Objektif subjek satu jawapan atau satu penyelesaian untuk satu masalah,
memperolehi cara penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran logik dan betul dan
memperkembangkan sesuatu prosedur yang mengawal pengurusan kognitif yang
membawa kepada penyelesaian masalah atau tujuan tindak balas seterusnya. Objektif
tingkah laku ialah memberi respon yang betul dengan mempertahankan jawapan yang
diperolehi, untuk mengaktifkan kemahiran logik, bertanya dan penyelesaian masalah.
Suries membentangkan tentang peranan guru dan murid. Guru memastikan
semua keputusan pra impak berfokus pada reka bentuk masalah yang mengikuti
kognitif/penemuan fizikal yang dijangka, memperhatikan pelajar, guru bertindak sebagai
fasilitator dan guru memberi jawapan dan membandingkan jawapan tersebut dengan
jawapan pelajar. Guru juga menghasilkan keputusan atau rumusan dengan betul dan
tepat daripada perbincangan pelajar. Manakala peranan pelajar pula pelajar boleh
menghasilkan soalan, pelajar boleh mencari dan mengaturkan jawapan, pelajar juga
perlu menghubungkaitkan jawapan, menumpukan maklumat dan menemui jawapan
yang betul.
Kekuatan stail ini adalah berupaya melahirkan lebih banyak idea hasil dari
kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh setiap pelajar, pelajar berasa seronok apabila
mereka dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru, pelajar juga dapat
meningkatkan keyakinan diri, guru juga dapat membentuk pembelajaran yang berkesan
terhadap pelajar dan stail ini dapat merapatkan hubungan antara guru dan pelajar.
Kelemahan pulanya adalah pelajar yang lemah akan menghadapi masalah,
dapatan yang salah boleh melemahkan pelajar, tidak semua tugasan sesuai dengan
stail – g, pelajar akan berasa bosan jika tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi
dan sesuai untuk pelajar yang matang pemikirannya.
Refleksi Microteaching
Pengajaran mikro bagi Stail G iaitu stail penemuan bertumpu dilaksanakan oleh
rakan saya Tinagaran. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang
kemahiran, topik olahraga acara padang dan aktiviti yang dipilih ialah lontar peluru
teknik obrien. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi memperbaikikan
kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah memperbetulkan kesilapan
yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan Anita mendorong dia untuk
menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan pengajaran mikro pada masa kelak.
Aktiviti yang dia laksanakan ialah aktiviti membuat lontaran peluru teknik obrien.
Dia telah menyediakan tempat bagi kami melaksanakan latihan selama 10 minit dan
kami berlatih teknik tersebut dengan bola sofbol. Permainan pada peringkat kemuncak
ialah aktiviti secara berkumpulan dua. Permainannya ialah setiap pelajar membuat
lontaran peluru teknik obrien yang betul dan mereka akan dapat mata mengikut teknik
betul yang mereka lakukan.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Tinagaran. Komen yang diberikan kepada
dia terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia.
Ulasan yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, penanyaan khabar
kepada murid merupakan permulaan yang bagus, berasa yakin atas pengajaran dia,
penanyaan soalan yang berkaitan dengan topik yang diajar oleh dia kepada murid, dia
pastikan semua libatkan diri dalam pengajaran dia, tempat yang disediakan bagi
menjalankan latihan baik, penggunaan wisel, penggunaan bola sofbol sebagai ganti
peluru bagus kerana ia dapat mengelakkan sebarang kecederaan berlaku dan memberi
pujian atas perlakuan para murid.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian tempat untuk aktiviti tidak
mengikuti peraturan lontar peluru, tidak mempunyai penahan bagi satu kumpulan malah
menggunakan tali biasa, kawalan kelas yang kurang baik kerana para murid bebas
milih tempat, tidak mempunyai interaksi yang baik semasa murid menjalankan latihan
dan lupa untuk memberi tahu para murid untuk membuat pembentangan tentang teknik
yang dipelajari. Ini merupakan komen yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang
dia dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh
dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik
yang betul.
REFLEKSI STAIL H ( STAIL GAYA HASILAN TERCAPAH)
NAMA PELATIH : B. SUGUNA & B. SUJANA
TARIKH PEMBENTANGAN : 21 SEPTEMBER 2011
Refleksi pembentangan
Pada 21 September 2011, Suguna Balan telah membentangkan stail H iaitu
stail gaya penemuan bercapah. Dalam gaya penemuan bercapah ini murid akan terlibat
secara langsung di dalam proses penemuan dan membuat keputusan mereka sendiri di
dalam sesuatu permasalahan yang ditugaskan kepada mereka, tugas guru adalah
untuk membuat keputusan tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dan soalan yang
khusus serta logikal untuk disampaikan kepada murid, tugas murid pula menyelesaikan
masalah dengan tepat dan mempersembahkannya atau membuat penemuan mereka
sendiri tentang tugasan atau masalah yang diberikan kepada mereka secara khusus.
Objektif stail H terbahagi kepada dua iaitu matapelajaran dan kelakuan. Objektif
matapelajaran ialah mencari dan menghasilkan pelbagai jawapan atau pelbagai
penyelesaian kepada soalan atau masalah dan menghasilkan pengalaman bercapah
dalam operasi kognitif tertentu. Objektif kelakuan ialah hasil daripada pelbagai jawapan
atau respon yang diberikan, ianya dapat menjadi perangsang dalam rasa puas hati,
menjadi pelajar berfikiran bercapah dalam operasi kognitif melalui rangsangan yang
diberi dan menjadikan emosi, kognitif, dan sosial menghasilkan pelbagai idea alternatif.
Suguna membentangkan peranan guru dan peranan murid. Peranan guru adalah
membuat keputusan mengenai permasalahan yang hendak disoal oleh pelajar, guru
juga menerima sebarang tindak balas daripada pelajar dan guru juga berkhidmat
sebagai sumber pengesahan dalam kebanyakkan perkara. Manakala peranan murid
pula ialah menghasilkan tindak balas mencapah (pelbagai tindak balas untuk soalan
yang sama), memastikan kesahan tindak balas, mengenalpasti respon dalam subjek
tertentu berkaitan dengan soalan yang disoal atau tidak dan mewujudkan pelbagai
kesan keputusan berbanding dengan stail – stail lain.
Kebaikan stail ini ialah pelajar lebih kreatif dan kritis, menggalakkan
perkembangan kognitif pelajar, pelajar tidak terkongkong dengan arahan guru, aktiviti
pembelajaran lebih menarik dan mencabar, pelajar dapat melakukan aktiviti secara
bebas dengan mengikut kebolehan masing – masing. Tambahan pula, melalui stail ini
dapat memupuk semangat bersaing di kalangan individu ke arah pemantapan
kemahiran dan pelajar dapat membuat penilaian sendiri.
Kelemahan menggunakan stail ini adalah guru menghadapi penglibatan pelajar
tidak menyeluruh, pelajar yang lemah bergantung harap pada pelajar yang cerdas,
kesukaran untuk tentukan kejujuran pelajar, masa pembelajaran pula panjang dan
bosankan. Lagipun stail ini sesuai untuk sesi p&p yang jumlah pelajarnya kecil dan
kurang sesuai bagi pelajar yang lemah.
Sebagai kesimpulan, stail penemuan bercapah dikenali sebagai pemikiran
divergen memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.
Proses penemuan bercapah ini adalah kekal kendiri.
Refleksi Microteaching
Pengajaran mikro bagi Stail H iaitu stail penemuan bercapah dilaksanakan oleh
rakan saya Sujana. Dia telah menghasilkan satu RPH berkaitan dengan tunjang
kecergasan, topik kelajuan dan aktiviti yang dipilih ialah teknik hantaran baten dalam
larian berganti-ganti. RPH tersebut telah tunjukkan kepada Puan Anita bagi
memperbaikikan kelemahan yang terdapat di dalamnya. Puan Anita telah
memperbetulkan kesilapan yang terdapat di dalam RPH tersebut. Tunjuk ajar Puan
Anita mendorong dia untuk menghasilkan RPH yang baik bagi melaksanakan
pengajaran mikro pada masa kelak.
Aktiviti yang dilaksanakan ialah larian berganti-ganti dengan pertukaran baten
dua cara iaitu atas ke bawah dan bawah ke atas dalam kumpulan. Selama 10 minit, dia
berikan masa untuk melaksanakan latihan kepada kami. Permainan pada peringkat
kemuncak dia melaksanakan acara kumpulan iaitu ‘run & win’. Melakukan larian dalam
kumpulan dengan buat hantaran baten dan berjaya melepasi kawasan yang ditanda.
Setelah pengajaran mikro dilaksanakan, Puan Anita dan rakan sekelas telah
memberi komen terhadap pengajaran mikro Sujana. Komen yang diberikan kepada dia
terdiri daripada komen kebaikan serta komen penambahbaikkan prestasi dia. Ulasan
yang dia dapat daripada Puan Anita dan rakan sekelas ialah, penanyaan khabar
kepada murid merupakan permulaan yang bagus, berasa yakin atas pengajaran dia,
penanyaan soalan yang berkaitan dengan topik yang diajar oleh dia kepada murid,
pembahagian kumpulan sistematik iaitu mengikut turutan nama, dia pastikan semua
libatkan diri dalam latihan, penggunaan wisel, menegur pelajar yang buat
pembentangan iaitu menyuruh kesavan yang memberi arahan kepada rakan yang
membuat demonstrasi untuk berundur ke belakang agar semua dapat menyaksikan
demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan kesavan dan penyediaan tempat bagi
permainan kemuncak sesuai dan selamat.
Selain itu, mereka juga memberikan komen bagi memperbaikkan kelemahan dia
dan menambahbaikkan prestasi dia, iaitu pembahagian masa yang kurang baik,
kawalan kelas yang kurang baik kerana para murid telah berasa seronok lalu berlari
jauhan, permainan kemuncak begitu singkat iaitu beri peluang sebanyak sekali sahaja
dan murid rasa sedih kerana tidak dapat bermain sekali lagi. Ini merupakan komen
yang dia dapati daripada pengajaran mikro yang dia dilakukan.
Saya telah mendapat maklumat yang baru daripada pengajaran yang dibuat oleh
dia dan telah mendapat tahu cara melakukan aktiviti yang disediakan dengan teknik
yang betul.