5
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PPG SAINS 1 JUN 2011 AHMAD ZURAIS BIN ISMAIL REFLEKSI PENYELARAS PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG Jawatan penyelaras permianan tradisional galah panjang yang diterima bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia merupakan satu bidang tugas yang berat kerana saya perlu memainkan peranan yang besar bagi memastikan setiap ahli jawatan kuasa bergerak. Apabila semua jawatan kuasa yang telah dipilih bergerak dan menjalankan tugas masing – masing maka pertandingan perlawanan permainan galah panjang dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk memastikan setiap jawatan kuasa yang berada dibawah kawalan saya menjalankan tugas masing – masing bukanlah satu tugas mudah kerana setiap manusia tidak suka diberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan jadi bagi menjaga hati dan perasaan jawatan kuasa saya memberikan arahan secara diplomasi tetapi dalam masa yang sama juga saya perlu bertegas agar semua tugasan yang diberi dilaksanakan mengikut jadual. Saya juga bertanggung jawab menyediakan jadual perlawanan dan carta perlawanan untuk menyediakan jadual dan carta perlawanan saya perlu meneliti jumlah pasukan yang menyertai perlawanan galah panjang ini, didapati bahawa hanya 5 pasukan yang menyertai perlawanan. Ini bermakna tugas menyediakan jadual dan carta perlawanan tidak mudah kerana 3 kumpulan akan mendapat “by” dan 2 kumpulan kena bertanding dan melalui 2 perlawanan.

refleksi permainan zurais

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

Page 1: refleksi permainan zurais

PJM 3112

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PPG SAINS 1 JUN 2011

AHMAD ZURAIS BIN ISMAIL

REFLEKSI PENYELARAS PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

Jawatan penyelaras permianan tradisional galah panjang yang diterima bukanlah satu

tugas yang mudah kerana ia merupakan satu bidang tugas yang berat kerana saya

perlu memainkan peranan yang besar bagi memastikan setiap ahli jawatan kuasa

bergerak. Apabila semua jawatan kuasa yang telah dipilih bergerak dan menjalankan

tugas masing – masing maka pertandingan perlawanan permainan galah panjang dapat

dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk memastikan setiap jawatan kuasa yang berada dibawah kawalan saya

menjalankan tugas masing – masing bukanlah satu tugas mudah kerana setiap

manusia tidak suka diberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan jadi bagi menjaga

hati dan perasaan jawatan kuasa saya memberikan arahan secara diplomasi tetapi

dalam masa yang sama juga saya perlu bertegas agar semua tugasan yang diberi

dilaksanakan mengikut jadual.

Saya juga bertanggung jawab menyediakan jadual perlawanan dan carta perlawanan

untuk menyediakan jadual dan carta perlawanan saya perlu meneliti jumlah pasukan

yang menyertai perlawanan galah panjang ini, didapati bahawa hanya 5 pasukan yang

menyertai perlawanan. Ini bermakna tugas menyediakan jadual dan carta perlawanan

tidak mudah kerana 3 kumpulan akan mendapat “by” dan 2 kumpulan kena bertanding

dan melalui 2 perlawanan.

Setelah berbincang dengan rakan dan jawatan kuasa kerja keputusan dibuat dengan

cara membuat undian bagi memastikan semua pasukan berpuas hati dan tidak akan

menimbulkan sebarang rasa tidak puas hati.

Page 2: refleksi permainan zurais

PJM 3112

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PPG SAINS 1 JUN 2011

AHMAD ZURAIS BIN ISMAIL

Walau pun semua yang jadual dan carta perlawanan disediakan dengan sesempurna

yang boleh tetapi saya masih mendapat teguran pensyarah penilai dari segi penyediaan

jadual dan carta perlawanan yang didapati kurang sempurna dan mempunyai sedikit

kekeliruan.

Apabila mendapat teguran seumpama ini, saya secara langsung mendapat ilmu bagai

mana menyediakan carta perlawanan diantara ilmu yang diperolehi ialah terdapat

formula dalam menentukan berapa pasukan yang akan mendapat “by” dan formula

tersebut ialah gandaan 2. Contohnya sekiranya lima pasukan yang bermain dan

mengikut gandaan 2 maka akan terdapat 6 pasukan dalam susunannya.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

BY

Kumpulan 5

Kumpulan 6

BY

Kumpulan 1

Kumpulan 3

Kumpulan 5

Kumpulan 5

Kumpulan 5

Johan

Page 3: refleksi permainan zurais

PJM 3112

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PPG SAINS 1 JUN 2011

AHMAD ZURAIS BIN ISMAIL

Ilmu yang diperolehi ini bagi saya amatlah berguna buat saya dimasa hadapan kerana

saya dapat menggunakannya didalam pengelolaan pertandingan semasa di sekolah

nanti.

Semasa pertandingan galah panjang berlangsung terdapat beberapa kelemahan yang

dapat saya kesan diantaranya penjelasan peraturan dan undang – undang kepada

pemain tidak dilakukan dengan teratur dan ini mengakibatkan beberapa orang pemain

melakukan tindakan yang memaksa pengadil bertugas menghentikan perlawanan bagi

membuat penerangan kepada para pemain, ini menyebabkan momentum permainan

terganggu. Namun pada perlawanan kedua dan yang seterusnya penerang telah

dilakukan dengan baik dan keadaan yang mengganggu permainan telah dapat diatasi

dengan baik.

Selain itu saya juga dapat mengesan beberapa kelemahan dari segi persiapan

kawasan perlawanan dimana proses persiapan dan menghias tempat perlawanan

dilakukan dengan agak kelam kabut tetapi ia dapat diatasi dengan cepat dan tempat

dan kawasan perlawanan dapat disiapkan tepat pada masanya.

Secara keseluruhan Karnival Pemainan Tradisional telah memberikan begitu banyak

input kepada saya tentang bagai mana melakukan inovasi keatas permainan tradisi

agar ia menjadi lebih menarik dan mampu menarik golongan muda terutamanya kanak

– kanak sekolah untuk mengenali dan seterusnya bermain permainan tradisi ini.

Saya juga dapat mempelajari bagai mana mengendalikan dan menganjur sesuatu

perlawanan atau pertandingan, kerana selama ini saya tidak terlibat secara langsung

tetapi dalam karnival ini saya telah telibat secara langsung dan penglibatan saya pula

adalah secara total.

Page 4: refleksi permainan zurais

PJM 3112

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PPG SAINS 1 JUN 2011

AHMAD ZURAIS BIN ISMAIL

Ilmu yang diperolehi melalui penglibatan menganjur merupakan ilmu yang tidak boleh

dijual beli melainkan seseorang itu melibatkan diri secara langsung. Pengalaman –

pengalaman ini dapat saya gunakan sepanjang hidup saya.

Selain dari ilmu saya juga memperolehi ilmu kepimpinan dan pengurus serentak secara

tidak langsung, tidak mudah menjadi pemimpin dan penugurus dalam satu masa

kerana kita perlu berurusan dengan manusia yang yang mempunyai perasaan tetapi

pada masa yang sama saya perlu bertindak sebagai pengurus untuk memastikan

segala urusan berjalan lancar dan mrngikut jadual perlaksanaan. namun pengalaman

yang saya perolehi amatlah berharga kerana ia telah mematang fikiran dan tidak tanduk

saya dan sekali lagi ia merupakan suatu ilmu dan pengalaman yang tidak dapat

diperolehi melalui jual beli.