4
SHARMILA DEVI A/P MUNIANDY ELM3101 REFLEKSI... Saya Sharmila Devi a/p Muniandy dari Unit Pengajian Tamil PISMP Semester 3 telah diberi tugasan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. Pertamanya, tiada lafaz yang dapat diucapkan kerana dengan limpah kurnia-Nya kami telah menyiapkan kerja kursus ini dengan berjayanya. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan kami, jika kami tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Dalam tugasan ini kami telah diminta untuk menulis satu esei berkaitan nilai-nilai dalam agama seperti Islam, Kristianiti, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Taoisme dan Confucianisme. Kami telah memilih agama Buddhisme untuk membuat kerja kursus pendek ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini, sebenarnya saya mengalami begitu banyak kekangan untuk mencari bahan memandangkan keadaan internet yang tidak dapat memberikan jaringan yang luas dan banyak laman web yang boleh membantu telah disekat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia selain kesuntukan masa untuk ke perpustakaan. Saya terpaksa mencari inisiatif lain dengan mencari kedai-kedai makan yang menawarkan perkhidmatan “wi-fi” bagi mencari maklumat-maklumat yang diinginkan. Saya juga melakukan rujukan menggunakan

Refleksi Elm 3101

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nk

Citation preview

Page 1: Refleksi Elm 3101

SHARMILA DEVI A/P MUNIANDY ELM3101

REFLEKSI...

Saya Sharmila Devi a/p Muniandy dari Unit Pengajian Tamil PISMP

Semester 3 telah diberi tugasan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku.

Pertamanya, tiada lafaz yang dapat diucapkan kerana dengan limpah kurnia-Nya

kami telah menyiapkan kerja kursus ini dengan berjayanya. Memang benarlah kata

pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Begitu

juga dengan kami, jika kami tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama

yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja.

Dalam tugasan ini kami telah diminta untuk menulis satu esei berkaitan

nilai-nilai dalam agama seperti Islam, Kristianiti, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme,

Taoisme dan Confucianisme. Kami telah memilih agama Buddhisme untuk membuat

kerja kursus pendek ini.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, sebenarnya saya mengalami

begitu banyak kekangan untuk mencari bahan memandangkan keadaan internet

yang tidak dapat memberikan jaringan yang luas dan banyak laman web yang boleh

membantu telah disekat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia selain

kesuntukan masa untuk ke perpustakaan. Saya terpaksa mencari inisiatif lain

dengan mencari kedai-kedai makan yang menawarkan perkhidmatan “wi-fi” bagi

mencari maklumat-maklumat yang diinginkan. Saya juga melakukan rujukan

menggunakan internet ketika di rumah, dan juga mencari buku atau segala jenis

maklumat tentang sejarah Buddhisme di Malaysia dan nilai-nilai yang diamalkan oeh

warga Buddhisme. Setelah membuat rujukan dan bertanyakan serta bertukar

pendapat bersama rakan-rakan, akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini

dengan jayanya. Selain itu, kekangan waktu yang saya hadapi juga antara masalah

yang tidak dapat dapat dielakkan. Sebagai seorang pelajar, saya tidak dapat lari

daripada kegagalan menguruskan waktu dengan betul. Bebanan tanggungjawab

juga menyebabkan saya kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja ini kerana

perlu menjalankan tugas-tugas lain. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk

mengatasi masalah-masalah ini pada masa akan datang.

Page 2: Refleksi Elm 3101

SHARMILA DEVI A/P MUNIANDY ELM3101

Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh begitu banyak pengetahuan

berkaitan agama Buddhisme dan yang menariknya sebelum ini saya tidak berminat

dengan sejarah namun saya menjadi begitu teruja dan bersungguh-sungguh dalam

melaksanakan tugasan ini. Saya berusaha untuk memahami apa yang saya baca

mengenai sejarah agama, adat resam, pegangan nilai mereka dan saya mula faham

sedikit sebanyak sejarah berkaitan agamanya.

Agama Buddha bukanlah satu gabungan beberapa agama atau idea-idea

agama yang berbeza. Buddha tidak mengambil ajaran daripada agama lain,

mengumpulkannya dan kemudian memperkenalkannya sebagai agama Buddha.

Sebaliknya, beliau menyedari bahawa tiada seorang guru agama pun yang dapat

menemui kebenaran mutlak dan jalan untuk membebaskan diri daripada belenggu

hidup.

Nilai yang boleh saya pelajari dari agama Buddhisme dan diamalkan

dalam kehidupan saya ialah nilai kesederhanaan. Ajaran Buddhisme mementingkan

kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca

daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.

Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan

(middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang

terlalu mengikut perasaan.

Melalui tugasan ini kekuatan yang saya peroleh ialah mengaplikasikan

nilai Buddhisme dalam realiti kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia

berlandaskan pegangan agama mereka. Penyerapan nilai murni dan budaya yang

baik boleh dipupuk oleh semua masyarakat kerana nilai moral ini sangat penting

untuk melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab kepada diri keluarga,

berpegang teguh kepada ajaran agama dan berakhlak mulia sepanjang masa.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang

saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturahim

antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara

pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melaui proses membuat

tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah

Page 3: Refleksi Elm 3101

SHARMILA DEVI A/P MUNIANDY ELM3101

rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan

hubungan dua hala kami.

Sebagai seorang bakal pendidik juga, adalah sangat penting untuk

mengisi ilmu di dada terutama berkaitan dengan agama. Ini adalah kerana, ia dapat

membantu saya untuk menyelesaikan pelbagai kekangan dan permasalahan akan

wujud dalam kehidupan kita.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus

pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya

lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya

untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang

seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.