2
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (BMM 3083) Refleksi Syukur kepada Allah S.W.T, dengan izin-NYA, maka saya telah berjaya melaksanakan tugasan projek bagi krusus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rodzita Binti Yahaya, kerana memberi panduan, tunjuk ajar dan motivasi kepada saya dalam proses perlaksanaan tugasan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru, Kampus Keningau, yang mana telah menyediakan kemudahan Pusat Sumber dan Kemudahan Jalur Lebar (Internet) bagi memudahkan saya untuk membuat rujukan dan melayari Internet untuk mencari dan seterusnya mendapatkan maklumat di laman-laman web yang dilayari. Tidak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan dalam opsyen PISMP GSTT Bahasa Melayu, kerana memberi sokongan dan perkongsian maklumat dalam krusus Fonetik dan Fonologi ini. Tanpa bantuan kalian, sukarlah saya untuk melaksanakan tugasan projek ini mengikut ketetapan tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan Projek ini telah memberi impak yang besar kepada saya, kerana selama ini saya tidak faham apa itu Fonetik dan Fonologi secara khusus. Dengan adanya tugas seperti ini maka minda saya telah terbuka untuk memahami dengan lebih mendalam lagi berkenaan krusus fonetik dan fonologi ini, dan dapat dijadikan panduan atau bekalan apabila menjadi guru permulaan kelak. Melalui tugasan projek ini, kami diminta untuk melaksanakan beberapa tugasan. Antara tugasan tersebut adalah, melakukan temu bual dengan penutur bahasa dalam masyarakat setempat. Melalui tugasan ini, kebaikan yang saya dapati adalah dapat meningkatkan kemahiran sosial saya, dengan berkenalan dengan orang yang hendak ditemu bual, supaya proses rakaman temu bual antara saya dengan penutur bahasa yang dipilih tidak berasa kekok dan rakaman dapat berlangsung dengan baik. Dengan temu bual yang saya lakukan keatas bebarapa orang penutur bahasa, saya dapati terdapat perbezaan dari aspek sebutan dan bunyi yang dilafazkan semasa menyampaikan sesuatu ujaran dan saya berpendapat bahawa sebutan dan bunyi semasa ujaran disampaikan berbeza bagi setiap orang. Seterusanya, saya juga dapat menimba pengetahuan baharu dalam tugasan ini iaitu, melakukan transkripsi fonetik ke atas rakaman yang saya lakukan, kerana selama ini saya tidak pernah membuat transkripsi ke atas mana-mana rakaman ataupun petikan teks. Selain dari membuat transkripsi fonetik ke atas rakaman temu bual, saya juga melakukan transkripsi ke atas lirik lagu yang dipilih. Dengan adanya pengetahuan seperti ini maka saya akan dapat sampaikan ilmu bahasa kepada murid-murid disekolah apabila menjadi guru permulaan dimasa hadapan. Tugasan yang seterusnya ialah, adalah membuat rakaman dalam sebutan baku melalui teks yang dipilih. Dengan adanya tugasan sebutan baku ini maka saya dapat mendengar sendiri bagaimana sebutan baku yang

Refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refl

Citation preview

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (BMM 3083)RefleksiSyukur kepada Allah S.W.T, dengan izin-NYA, maka saya telah berjaya melaksanakan tugasan projek bagi krusus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rodzita Binti Yahaya, kerana memberi panduan, tunjuk ajar dan motivasi kepada saya dalam proses perlaksanaan tugasan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru, Kampus Keningau, yang mana telah menyediakan kemudahan Pusat Sumber dan Kemudahan Jalur Lebar (Internet) bagi memudahkan saya untuk membuat rujukan dan melayari Internet untuk mencari dan seterusnya mendapatkan maklumat di laman-laman web yang dilayari. Tidak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan dalam opsyen PISMP GSTT Bahasa Melayu, kerana memberi sokongan dan perkongsian maklumat dalam krusus Fonetik dan Fonologi ini. Tanpa bantuan kalian, sukarlah saya untuk melaksanakan tugasan projek ini mengikut ketetapan tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan Projek ini telah memberi impak yang besar kepada saya, kerana selama ini saya tidak faham apa itu Fonetik dan Fonologi secara khusus. Dengan adanya tugas seperti ini maka minda saya telah terbuka untuk memahami dengan lebih mendalam lagi berkenaan krusus fonetik dan fonologi ini, dan dapat dijadikan panduan atau bekalan apabila menjadi guru permulaan kelak. Melalui tugasan projek ini, kami diminta untuk melaksanakan beberapa tugasan. Antara tugasan tersebut adalah, melakukan temu bual dengan penutur bahasa dalam masyarakat setempat. Melalui tugasan ini, kebaikan yang saya dapati adalah dapat meningkatkan kemahiran sosial saya, dengan berkenalan dengan orang yang hendak ditemu bual, supaya proses rakaman temu bual antara saya dengan penutur bahasa yang dipilih tidak berasa kekok dan rakaman dapat berlangsung dengan baik. Dengan temu bual yang saya lakukan keatas bebarapa orang penutur bahasa, saya dapati terdapat perbezaan dari aspek sebutan dan bunyi yang dilafazkan semasa menyampaikan sesuatu ujaran dan saya berpendapat bahawa sebutan dan bunyi semasa ujaran disampaikan berbeza bagi setiap orang. Seterusanya, saya juga dapat menimba pengetahuan baharu dalam tugasan ini iaitu, melakukan transkripsi fonetik ke atas rakaman yang saya lakukan, kerana selama ini saya tidak pernah membuat transkripsi ke atas mana-mana rakaman ataupun petikan teks. Selain dari membuat transkripsi fonetik ke atas rakaman temu bual, saya juga melakukan transkripsi ke atas lirik lagu yang dipilih. Dengan adanya pengetahuan seperti ini maka saya akan dapat sampaikan ilmu bahasa kepada murid-murid disekolah apabila menjadi guru permulaan dimasa hadapan. Tugasan yang seterusnya ialah, adalah membuat rakaman dalam sebutan baku melalui teks yang dipilih. Dengan adanya tugasan sebutan baku ini maka saya dapat mendengar sendiri bagaimana sebutan baku yang terhasil daripada mulut saya sendiri. Kebaikan daripada tugasan rakaman sebutan baku ini kepada ialah, saya dapat menilai bagaimana ujaran sebutan baku saya sendiri dan mengetahui sebuatan perkataan secara baku yang betul melalui kaedah transkripsi fonetik.Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Ini bertujuan apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya seharusnya bertindak lebih proaktif dengan merancang perlaksanaan tugasan ini dengan teliti. Supaya, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir dan juga bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya, agar masa yang lebih tersebut, saya dapat gunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Dengan adanya tugasan seperti ini akan dapat melengkapkan diri saya dalam ilmu pengajaran bahasa melayu yang betul berkaitan fonetik iaitu tentang cara bunyi bahasa dikeluarkan, derah bunyi bahasa dikeluarkan dan sifat fizikal fonetik itu. Selain itu dengan adanya ilmu bahasa dalam fonologi juga, dapat memberi pengtahuan tentang sistem bahasa yang dikeluarkan daripada mulut manusia. Selain itu dengan adanya pengetahuan tentang sebutan baku ini maka saya dapat mengetahui bagaimana panduan umum tentang sebutan baku ini iaitu dari segi cara sebutan huruf, sebutan kata dan intonasi.Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang ditetapkan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.