5
Rancangan Pengajaran Harian Subjek: Matematik Bidang: Nombor dan Operasi Standard kandungan: 3.2 Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor. Standard Pembelajaran: (i) Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 1000 dengan mengumpul semula. Aktiviti: Set induksi a) Guru memanggil 10 orang murid ke depan. b) Guru memasang lagu ‘ Anak Ayam ‘ dan murid melakonkan mengikut lagu. c) Guru mengaitkan lagu yang dipasang dengan tajuk yang akan diajar. Langkah 1: a) Murid dibantu guru imbas kembali konsep penolakan sebarang dua nombor yang diajar sebelum ini. b) Guru memberi penerangan mengenai konsep penolakan kepada murid. (kawan kecil tolak kawan besar). c) Guru menunjukkan contoh soalan berkaitan penolakan dua nombor menggunakan dadu. Langkah 2: a) Guru mengaitkan dengan tajuk penolakan berturut-turut dua nombor dari sebarang nombor hingga 1000 dengan mengumpul semula. b) Guru menunjukkan contoh soalan dan kaedah penyelesaian masalah menggunakan kad bernombor. (rendahkan aras kesukaran dengan menggunakan contoh penolakan nombor dua digit dengan dua digit)

Rancangan Pengajaran Harian Linus Pembetulan

  • Upload
    nixzal

  • View
    11

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian Linus Pembetulan

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian

Subjek: Matematik

Bidang: Nombor dan Operasi

Standard kandungan: 3.2 Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor.

Standard Pembelajaran: (i) Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 1000 dengan mengumpul semula.

Aktiviti:

Set induksi

a) Guru memanggil 10 orang murid ke depan.

b) Guru memasang lagu Anak Ayam dan murid melakonkan mengikut lagu.

c) Guru mengaitkan lagu yang dipasang dengan tajuk yang akan diajar.

Langkah 1:

a) Murid dibantu guru imbas kembali konsep penolakan sebarang dua nombor yang diajar sebelum ini.

b) Guru memberi penerangan mengenai konsep penolakan kepada murid. (kawan kecil tolak kawan besar).

c) Guru menunjukkan contoh soalan berkaitan penolakan dua nombor menggunakan dadu.

Langkah 2:

a) Guru mengaitkan dengan tajuk penolakan berturut-turut dua nombor dari sebarang nombor hingga 1000 dengan mengumpul semula.

b) Guru menunjukkan contoh soalan dan kaedah penyelesaian masalah menggunakan kad bernombor. (rendahkan aras kesukaran dengan menggunakan contoh penolakan nombor dua digit dengan dua digit)

Langkah 3:

a) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

b) Setiap kumpulan diberikan lembaran kerja.

c) Murid diterangkan mengenai arahan lembaran kerja yang telah diedarkan.

d) Murid ditunjukkan contoh cara untuk mengisi jawapan di lembaran kerja.

(bilangan soalan dan aras kesukaran dikurangkan)

Langkah 4:

a) Murid melakukan aktiviti di dalam kumpulan sambil dibantu oleh guru.

b) Guru menetapkan masa bagi lembaran kerja yang diedarkan.

c) Kumpulan yang telah selesai menjawab lembaran kerja akan menampal hasil kerja di hadapan.

Langkah 5:

a) Guru memanggil murid ke hadapan untuk menjawab soalan.

b) Guru menyemak jawapan murid.

c) Guru bincang jawapan bersama-sama murid.

Langkah 6:

a) Guru menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang.

Penutup:

a) Guru menyanyi bersama-sama murid lagu Anak Ayam.

Rancangan Pengajaran Harian

Subjek: Matematik

Bidang: Nombor dan Operasi

Standard kandungan: 3.2 Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor.

Standard Pembelajaran: (i) Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.

Aktiviti:

Set induksi

a) Guru memanggil 10 orang murid ke depan.

b) Guru memasang lagu Anak Ayam dan murid melakonkan mengikut lagu.

c) Guru mengaitkan lagu yang dipasang dengan tajuk yang akan diajar.

Langkah 1:

a) Murid dibantu guru imbas kembali konsep penolakan sebarang dua nombor yang diajar sebelum ini.

b) Guru memberi penerangan mengenai konsep penolakan kepada murid. (kawan kecil tolak kawan besar).

c) Guru menunjukkan contoh soalan berkaitan penolakan dua nombor menggunakan dadu.

Langkah 2:

a) Guru mengaitkan dengan tajuk penolakan berturut-turut dua nombor dari sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.

b) Guru menunjukkan contoh soalan dan kaedah penyelesaian masalah menggunakan kad bernombor. (rendahkan aras kesukaran dengan menggunakan contoh penolakan nombor dua digit dengan satu digit)