Upload
nor-fuzaihan
View
32
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
belajar
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK TAHUN 3 – DUA DIMENSI (2D)
Mata pelajaran : Matematik
Tema : Bentuk dan ruang
Tajuk : Bentuk 2 dimensi (2D)
Tarikh : 21.1.2014
Hari : Selasa
Masa : 8.10 pagi – 8.40 pagi (30 minit)
Kelas : 3 Zamrud
Bilangan murid : 25 orang
Standard kandungan : 14.3 Mengenal bentuk 2 dimensi (2D)
Objektif kandungan : Diakhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1. Mengenal pasti bentuk 2 dimensi (2D)
2. Mengetahui ciri-ciri bentuk 2 dimensi (2D)
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah biasa melihat bentuk, murid telah belajar bentuk semasa di prasekolah.
Bahan bantu mengajar : komputer riba, audio dan lembaran kerja.
Penerapan nilai : Sifat ingin tahu, ketelitian dan nilai murni seperti bekerjasama.
Kemahiran : i. Kognitif : menyatakan ciri-ciri bentuk.
ii. Sosial : berbincang dan bekerjasama dalam kumpulan.
iii. Psikomotor : Mencatat hasil perbincangan, menyebut secara spontan.
Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran catatan
Set induksi(5 minit)
Mengenal pasti bentuk 2 dimensi
1. Murid dikehendaki menyediakan sehelai kertas.
2. Guru memainkan audio berkaitan bentuk 2 dimensi (2D).
3. Murid mendengar audio dengan teliti.
4. Murid dikehendaki mencatat nama dan ciri-ciri bentuk
yang terdapat dalam audio yang dimainkan guru.
Kemahiran:
Mendengar dan
mencatat.
Langkah 1
(10 minit)
Menghubungkaitkan
pembelajaran baharu
dengan pengalaman
sedia ada murid.
1. Murid diarahkan untuk menyebut nama dan ciri-ciri
bentuk yang telah mereka catat.
2. murid diminta untuk menyebut bentuk yang terdapat
dipersekitaran mereka berdasarkan bentuk yang dipelajari.
Kemahiran:
Menutur dan mengenal
pasti.
Langkah 2
(8 minit)
Melakar bentuk 2
dimensi (2D)
1. Murid diagihkan dalam kumpulan (1 kumpulan 5 orang)
dan diminta untuk melakarkan hamparan bentuk 2 dimensi
(2D) beserta ciri-cirinya.
2. Murid diminta untuk membentangkan hasil kerja
kumpulan mereka.
Kemahiran:
Kerjasaman dan
komunikasi.
Langkah 3
(4 minit) PengukuhanMurid menyiapkan lembaran kerja secara individu.
Murid menyiapkan
lembaran kerja dengan
betul.
Penutup
(3 minit) RumusanMurid menjawab soalan guru secara rawak.
Menguji tahap
pemahaman murid.