12
Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan (Satu Perkongsian Pengalaman) Tuan Haji Yasim bin Mohamed Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor

Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan (Satu Perkongsian Pengalaman)

Tuan Haji Yasim bin Mohamed Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor

Page 2: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN

(Satu perkongsian pengalaman)

Hj Yasim Mohamed

Yang Dipertua, PIMPINAN Negeri Selangor (NGO)

(Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah)

Nazir, Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor

Jalan Persiaran Puchong Perdana, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan

Tel. Pej: 03-8066 5777, Hp: 019-356 7133, Faks: 03-8066 7743

e-mel: [email protected]

ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan suatu perkongsian pengalaman bagaimana Pusat

Sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana dibangunkan. Aspek yang dikongsi

termasuk keperluan dan kepentingan pusat sumber, cabaran, halangan serta

harapan untuk masa depan.

KATA KUNCI: Perpustakaan masjid, Pusat Sumber Masjid As-Salam, Masjid

As-Salam Puchong Perdana, Pusat sumber, masjid.

Page 3: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

PENGENALAN

Pengenalan Pusat Sumber

Pusat sumber adalah satu tempat pengumpulan bahan bacaan yang disediakan

untuk kegunaan masyarakat. Pusat sumber secara umumnya menyediakan bahan

bacaan seperti buku, majalah, akhbar dan jurnal. Selain itu, pusat sumber juga

dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tertentu yang memudahkan pengguna

untuk mendapat sumber ilmu secukupnya seperti penyediaan meja dan kerusi belajar,

papan tulis, dan sebagainya.

Pusat sumber Masjid As-Salam Puchong Perdana juga turut dilengkapi dengan

kemudahan wifi yang mampu memudahkan urusan pengguna untuk melayari

internet. Pusat sumber Masjid As-Salam melantik petugas pusat sumber yang

bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus bahan bacaan pusat sumber.

Petugas pusat sumber bertanggungjawab memastikan segala peralatan atau

kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik. Persekitaran

pusat sumber perlu dipastikan agar sentiasa berada dalam keadaan yang bersih

dan selesa untuk dikunjungi pengguna.

Fungsi Pusat Sumber

Fungsi pusat sumber boleh didefinisikan sebagai peranan pusat sumber

diwujudkan. Pusat Sumber Masjid As-Salam berperanan sebagai medium untuk

menyampaikan ilmu kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan

bangsa. Pusat sumber ini menjadi salah satu daripada tarikan utama yang

memudahkan masyarakat mencari bahan bacaan yang diperlukan khususnya bahan

bacaan ilmiah. Pusat sumber Masjid As-Salam turut dijadikan bilik belajar bagi

kelas-kelas tambahan untuk anak-anak kariah dari peringkat sekolah rendah dan

menengah. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai kelas agama untuk golongan belia

dan dewasa.

Page 4: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

Keperluan Pusat Sumber

Keperluan merujuk kepada perkara-perkara yang diperlukan untuk mewujudkan

sebuah pusat sumber yang benar-benar mampu berfungsi sebagai pusat ilmu. Pusat

Sumber Masjid As-Salam telah menyediakan sejumlah bahan bacaan yang

bermanfaat khususnya untuk peringkat sekolah rendah dan menengah. Pusat

Sumber Masjid As-Salam telah melantik petugas yang bertanggungjawab untuk

menjaga kekemasan tempat, keselesaan pengguna serta penguatkuasaan aturan

pengguna semasa berada di pusat sumber. Suasana yang kondusif disediakan bagi

mewujudkan suasana yang selesa untuk pengguna pusat sumber.

Kepentingan Pusat Sumber

Kepentingan merujuk kepada manfaat yang boleh diperolehi hasil daripada

terbentuknya pusat sumber. Kewujudan pusat sumber adalah sangat penting untuk

masyarakat khususnya ahli kariah di sekitar Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Pusat sumber Masjid As-Salam ini menjadi sumber rujukan masyarakat setempat

untuk mencari bahan bacaan yang diyakini benar oleh masyarakat.

Selain itu, pusat sumber Masjid As-Salam juga sangat penting untuk dijadikan tempat

pembelajaran untuk pengguna. Pengguna memerlukan bahan bacaan yang sesuai

dengan keperluan mereka dan memerlukan tempat yang selesa untuk belajar.

Sebahagian pengguna khususnya dalam kalangan pelajar amat minat untuk

mengadakan perbincangan berkumpulan di pusat sumber.

Page 5: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

OBJEKTIF

Matlamat Pusat Sumber

Matlamat penyediaan pusat sumber di Masjid As-Salam adalah untuk menggalakkan

minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya ahli kariah Masjid As-Salam

Puchong Perdana. Jika pusat sumber disediakan dalam keadaan yang selesa dan

menarik, maka penggunaan pusat sumber akan menjadi lebih kerap. Oleh yang

demikian, masyarakat akan tertarik untuk hadir ke masjid kerana memenuhi

keperluan mereka. Pusat sumber adalah tempat yang strategik untuk menarik minat

ahli kariah samada masih belajar, mahupun golongan berkerjaya.

Kewujudan pusat sumber telah mendatangkan pelbagai manfaat. Ia menjadi tempat

untuk masyarakat kembali mengingati Allah serta boleh mendalami ilmu agama dan

sebagainya. Pengunjung inilah golongan yang diharapkan termasuk dalam golongan

orang-orang yang mendapat petunjuk Allah S.W.T. Ini adalah langkah-langkah utama

dalam usaha memakmurkan masjid sepertimana perintah Allah dalam Quran surah

at-Taubah ayat 18 yang bermaksud:

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang

beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat,

menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah,

maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan

orang-orang yang mendapat petunjuk”.

Melalui pembacaan ilmiah secara berterusan, masyarakat mampu meningkatkan

ilmu pengetahuan seiring dengan kemajuan arus globalisasi kini. Selain daripada itu,

pusat sumber juga bermatlamat untuk menyediakan suasana pembelajaran yang

selesa untuk pengguna. Kekemasan dan keteraturan pusat sumber perlu sentiasa

dijaga dengan baik.

Page 6: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

METODOLOGI

Kemudahan Prasarana Pusat Sumber

Pusat sumber yang cemerlang perlu menyediakan keperluan asas yang mampu

memberi manfaat kepada pengguna yang datang daripada pelbagai lapisan umur

dan masyarakat. Keperluan asas yang pertama adalah bahan bacaan yang terkini,

yang sesuai untuk bacaan dari usia pelajar sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah

menengah, pelajar institut pengajian tinggi sehinggalah golongan bekerja. Bahan

bacaan yang disediakan perlu disusun mengikut tahap umur untuk memudahkan

pengguna mencari buku yang diinginkan.

Kedua, pusat sumber memerlukan ruang yang besar dan selesa serta pembahagian

ruangan dalaman pusat sumber mengikut usia pengguna. Ruangan yang khusus

boleh disediakan mengikut usia pengguna untuk memberi keselesaan kepada

pengguna serta memudahkan pengguna untuk mencari bahan bacaan yang sesuai

pada peringkat umur mereka. Pusat sumber juga boleh menyediakan ruangan ICT

(Information and Communication Technology) untuk memudahkan pengguna bagi

mencari bahan bacaan tambahan.

Aturan Penggunaan Pusat Sumber

Setiap pusat sumber perlu ada aturan penggunaan pusat sumber untuk memastikan

pusat sumber tidak disalahgunakan. Ia juga bertujuan untuk memastikan pusat

sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan selesa untuk pengguna.

Aturan penggunaan memastikan setiap pengguna berdisiplin dalam menggunakan

kemudahan yang disediakan.

Page 7: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

Pentadbiran Dan Pengurusan Pusat Sumber

Pusat sumber perlu ditadbir dan diurus dengan baik. Oleh itu, pusat sumber perlu

mempunyai petugas setiap kali ia dibuka untuk orang ramai. Ia bertujuan untuk

memastikan aturan penggunaan pusat sumber dikuatkuasakan sepanjang pusat

sumber dibuka untuk orang ramai. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak

dikehendaki berlaku di dalam pusat sumber, petugas inilah yang akan dirujuk untuk

menyelesaikan sebarang aduan pengguna atau melaporkan sebarang masalah yang

berlaku di dalam pusat sumber kepada pengurusan atasan.

PENEMUAN

Penyediaan Prasarana Pusat Sumber

Pusat Sumber Masjid As-Salam telah menyediakan pelbagai prasarana bagi

memberi keselesaan yang maksimum kepada pengguna. Kerusi dan meja sentiasa

disusun dalam keadaan yang teratur. Pendingin hawa juga sentiasa berada dalam

keadaan yang baik. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi

untuk menyediakan ruang belajar yang selesa. Ruangan pusat sumber yang

disediakan terhad kepada penggunaan sekitar 40 hingga 50 orang sahaja. Oleh itu,

Masjid As-Salam perlu mendekorasi bahagian dalaman pusat sumber untuk

menyediakan ruang belajar yang selesa.

Selain itu, pusat sumber Masjid As-Salam juga memiliki kekurangan dalam

menyediakan bahan bacaan yang terkini. Kebanyakan bahan bacaan yang

disediakan hanya sesuai untuk golongan pelajar sekolah sahaja. Kebanyakan buku

yang disediakan masih belum mampu memenuhi kehendak pengguna daripada

golongan pelajar institut pengajian tinggi dan golongan berkerjaya.

Page 8: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

Realiti

Apabila diperkatakan tentang perpustakaan di masjid, ramai orang beranggapan

didalamnya hanya mengandungi buku-buku berkenaan ibadah dan hanya tertumpu

kepada perihal Islam sahaja. Ini tidaklah melambangkan ciri-ciri sebenar sesebuah

perpustakaan yang sepatutnya mengandungi segenap aspek dan cabang ilmu

seperti Sains, Matermatik, Bahasa, Sejarah, dll.

Seperti perpustakaan Masjid As-Salam, terdapat banyak buku-buku ilmiah dan

majalah yang berguna yang boleh dimanfaat oleh jemaah kariah dan masyarakat

sekeliling terutama bagi golongan pelajar sekecil pelajar tadika sehinggalah ke

peringkat universiti. Kesemua buku merupakan sumbangan dari orang ramai dan

pihak ketiga seperti perpustakaan daerah yang mana kebanyakan buku sudah tidak

digunakan lagi.

Selain itu, ruang perpustakaan boleh dijadikan ruang sebuah kelas pembelajaran

secara formal dan boleh juga digunakan oleh masyarakat sekeliling terutama

golongan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Ini secara tidak langsung akan

menjadi daya tarikan untuk mendekatkan masyarakat terutama golongan pelajar dan

belia kepada masjid.

Di Masjid As-Salam, perpustakaan digunakan bukan hanya untuk mengulangkaji

pembelajaran, malah ianya digunakan juga untuk kegiatan lain seperti kelas

tambahan, kelas pengajian Agama, mesyuarat dan usrah. Kepelbagaian aktiviti

dapat dimanfaatkan jika kita melihat perpustakaan dari sudut yang lebih luas dan

banyak aktiviti dapat diadakan.

Page 9: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

Cabaran

Di Masjid As-Salam sebuah bilik penyimpanan barang telah diubah suai menjadi

sebuah perpustakaan. Ruang dimasjid merupakan satu cabaran utama bagi

sesebuah masjid untuk mendirikan sebuah perpustakaan. Ini berikutan struktur

pembinaan masjid (terutama masjid-masjid lama) tidak menyediakan ruang atau bilik

untuk kegunaan umum dan yang ada hanyalah bilik untuk kegunaan imam dan bilal.

Ini secara tidak langsung menghadkan keperluan dan harapan untuk mendirikan

sebuah perpustakaan dan kelas yang boleh digunakan oleh masyarakat sekeliling.

Namun kebanyakan masjid baru pada masa kini telah menyediakan banyak ruang

dan bilik yang mana boleh digunakan untuk pembinaan sesebuah perpustakaan.

Antara cabaran lain adalah, sumber buku dan fasiliti sesebuah perpustakaan yang

terhad. Kebanyakan buku yang ada di masjid-masjid (mengambil contoh masjid

As-Salam), adalah merupakan sumbangan dari orang ramai dan pihak ketiga.

Kebanyakan buku merupakan buku yang tidak digunakan lagi dan mempunyai

berbagai-bagai tajuk.

Sikap masyarakat yang hanya mendermakan buku untuk membersihkan rumah

menyebabkan pihak masjid atau orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia

sesebuah perpustakaan masjid perlu memilih buku yang benar-benar berguna yang

boleh digunakan dan yang mana tidak berguna dan rosak perlu dibuang. Ini

menyebabkan susunan buku dan pengkelasan buku tidak dapat dilakukan secara

efisien mengikut pengguna sasar berikutan sumber buku yang diterima dari berbagai

pihak.

Selain itu, ketiadaan pustakawan yang khusus untuk menyelia perpustakaan masjid

serta ketiadaan latihan khusus untuk pustakawan menjadi cabaran kepada pihak

masjid dalam membentuk sebuah perpustakaan yang efisien. Buat masa ini,

pegawai dan ajk masjid menjadi penyelia perpustakaan dan segala urusan

perpustakaan hanya dapat dilaksanakan dalam kemampuan yang minimal dengan

Page 10: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

ketiadaan sistem pengkelasan buku-buku serta sebuah sistem peminjaman dan

pemulangan buku menyebabkan susunan inventori sesebuah perpustakaan menjadi

tidak tersusun dan efisien.

KESIMPULAN

Harapan

Masjid merupakan sebuah institusi yang merangkumi seluruh aktiviti manusia seperti

ibadah, pendidikan, ekonomi dan sosial bagi masyarakat sekeliling. Dengan adanya

kemudahan perpustakaan, diharapkan ianya menjadi tempat rujukan bagi

masyarakat sekeliling bukan hanya yang beragama Islam, malah boleh dimanfaatkan

oleh masyarakat bukan Islam dan seterusnya boleh menjadi medium penyatuan

kaum dan masyarakat setempat.

Sebarang kerjasama dari pihak berkuasa dan perpustakaan negeri / Negara, amatlah

dialu-alukan dalam membentuk sebuah perpustakaan yang berkesan dan baik.

Sumber buku dan fasiliti sesebuah perpustakaan amatlah diperlukan yang mana buat

masa ini, sesebuah perpustakaan masjid hanya mempunyai buku dan fasiliti yang

terhad. Dengan sumbangan buku dari pihak yang lebih arif berkenaan perpustakaan,

diharapkan sumber buku akan lebih terarah dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Latihan dan khidmat nasihat dari pihak perpustakaan Negara / Negeri amatlah

diperlukan bagi melatih pustakawan masjid / sukarelawan masjid untuk menyelia

perpustakaan dengan lebih baik. Ini berikutan untuk menyelia sesebuah

perpustakaan, perlu ada kemahiran yang khusus terutama dalam mengkelaskan

buku-buku dan susunan yang sesuai bagi sesebuah perpustakaan.

Selain daripada itu, latihan dan sumbangan sistem berkomputer dari pihak

perpustakaan Negeri / Negara juga amatlah diperlukan bagi menyimpan data-data

buku dan memantau keluar masuk buku. Ini juga dapat memudahkan penyelia

Page 11: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim

menyelia keadaan buku yang terdapat didalam sesebuah perpustakaan.

Diharapkan dengan kerjasama dan sumbangan dari pihak-pihak luar terutama

kerajaan dan perpustakaan Negara / Negeri, dapat membantu sesebuah masjid

mempunyai sesebuah perpustakaan sendiri seterusnya dapat dimanfaatkan oleh

masyarakat sekeliling dan kariah dalam mendapatkan ilmu dan sebagai tempat

mengulangkaji pelajaran. Secara tidak langsung, fungsi masjid sebagai pusat

pendidikan dan perkembangan ilmu dapat diperluaskan lagi.

Page 12: Pusat Sumber Masjid As-Salam: Realiti, Cabaran dan Harapan … · 2016. 3. 30. · PUSAT SUMBER MASJID AS-SALAM ~ REALITI, CABARAN DAN HARAPAN (S. atu perkongsian pengalaman) Hj Yasim