15
PEMIKIRAN DAN PERSOALAN PUISI TRADISIONAL DAN PROSA MODEN PILIHAN Disediakan oleh: Muhamad Tajuddin Mohd Affnan

puisi dan prosa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tema dan persoalan

Citation preview

Page 1: puisi dan prosa

PEMIKIRAN DAN PERSOALAN PUISI TRADISIONAL DAN PROSA MODEN PILIHAN

Disediakan oleh:Muhamad TajuddinMohd Affnan

Page 2: puisi dan prosa

PENGENALAN• Jenis karya sastera terbahagi kepada 2 iaitu:• Karya Puisi - karya sastera dalam bentuk rangkap• Karya Prosa - karya sastera dalam cerita

 • Karya puisi juga terbahagi kepada 2 iaitu:• Puisi Tradisional• Puisi Moden

• Karya puisi tradisional yang terdapat dalam teks anda adalah;• Pantun• Syair• Gurindam• seloka

• Karya puisi moden tidak lain dan tidak bukan hanyalah sajak.

Page 3: puisi dan prosa

• Karya prosa pula terbahagi kepada 2:• Prosa Tradisional• Prosa Moden

• Karya prosa tradisional adalah karya cerita yang menggunakan bahasa klasik. Pembahagiannya tidak perlu anda tahu setakat ini. dalam teks anda, ia terdiri daripada beberapa buah petikan cerita daripada teks yang asal.

• Karya prosa moden yang terdapat dalam teks anda ialah cerpen dan drama. Satu lagi karya prosa moden yang pelajari secara lebih istimewa ialah novel.

Page 4: puisi dan prosa

PUISI TRADISIONAL• PANTUN

• Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya.

• Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila’ dalam kesusasteraan Melayu.

• Istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya, ‘tuan umpama kilat cermin, di balik gunung nampak juga’.

Page 5: puisi dan prosa

• SYAIR

• Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang atau penyajak. • Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara

seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri • Contohnya Syair Burung Punggak, Syair Perahu sekitar

abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam

Page 6: puisi dan prosa

• GURINDAM• Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah

diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.

• Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. • Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap

mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a;a.

• Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap.

• Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. • Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran

serta pernyataan perasaan cinta. • Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk

melengkapkan keseluruhan idea.

Page 7: puisi dan prosa

• SELOKA• Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu

shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka beerti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. • Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama

perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.• Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa

berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. • Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau

namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. • Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni

empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair.

Page 8: puisi dan prosa

PROSA MODEN• Cerpen

• Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata. • Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya

melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan sebagainya. • Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita

yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. • Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang

terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya tidaklah kompleks.

Page 9: puisi dan prosa

• Drama

• Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut. • Aksi dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi

mahupun sebagai cara persembahan. • Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan

manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak. • Sebagai contohnya, skrip atau naskhah lakon drama

memang dirancang untuk dipentaskan. • Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung

dan tanpa henti pula. • Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh

terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat untuk memikat perhatian penonton.

Page 10: puisi dan prosa

• Novel

• Novel bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Secara khususnya pula, novel merupakan suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa • yang benar-benar berlaku • yang imaginatif dengan penyertaan watak yang

kesemuanya digarap menurut suatu pola tertentu.• Novel berbezadaripada cerpen dari segi panjangnya dan

penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu watak. • Peristiwa-peristiwa dan latar yang terkandung dalam

novel tidak terhad dengan mengambil jangka waktu yang panjang. • Pertalian cerita dalam novel lebih kompleks daripada

cerpen.

Page 11: puisi dan prosa

MAKSUD PEMIKIRAN• Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan

utama yang menaungi sesebuah karya drama. Dengan erti kata lain, pemikiran dalam drama dapat sisama ertikan dengan tema dalam cerpen.

• Pemikiran sesebuah karya drama terdiei daripada kasih sayang, pengorbanan, ketabahan, kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan dan keagamaan

Page 12: puisi dan prosa

MAKSUD PERSOALAN• Persoalan ialah perkara-perkara kecil

atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya. Persoalan dalam sesuatu karya biasanya lebih daripada satu.

Page 13: puisi dan prosa

Persoalan Dan Pemikiran Pantun

• Ilmu pengetahuan amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu kerana ia dapat membentuk dan menyuburkan fikiran masyarakat ke arah kesejahteraan.

• Sehubungan itu, lahirlah pantun-pantun yang menyeru masyarakat Melayu supaya menuntut ilmu. Antara pantun tersebut ialah,

Buah cempedak di luar pagarAmbil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajarKalau salah tolong tunjukkan.

(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 98)

• Pantun ini pula menunjukkan bahawa budaya masyarakat Melayu yang sentiasa ingin ditegur dan diberi tunjuk ajar ketika mereka menuntut ilmu dan melakukan kesalahan. Sikap ini juga mencerminkan masyarakat Melayu yang mementingkan ilmu pengetahuan dan mengharapkan tunjuk ajar daripada orang lain.

Page 14: puisi dan prosa

Persoalan Dan Pemikiran CarpenCERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (Dirgahayu Bahasaku)Oleh: S. Othman KelantanSINOPSISPertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Pemikiran• Ketabahan hidup akibat peperangan antara penduduk kampung

dengan Jepun serta kesabaran yang tinggi akibat kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian

Page 15: puisi dan prosa

Persoalan

• Kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.

• Keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.

• Kerjasama antara masyarakat dalam menghadapi kesulitan.

• Mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.• Berusaha membina semula kehidupan selepas

kesengsaraan hidup.• Hormat kepada warga tua atau warga emas.