8
PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH Proses 1 – Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pembinaan ujian sains yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian sains yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan guru. Kaedah ini boleh memastikan diuji diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa murid mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari. Langkah 1 – Senarai tajuk yang akan diuji Murid yang akan diuji Tahun 5 Mata Pelajaran Sains Tema Menyiasat Benda-benda Hidup Bidang Pembelajaran Mikroorganisma Objektif Pembelajaran 1.1 Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda hidup 1.2 Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya dan sesetengahnya berguna Langkah 2 – Jumlah masa keseluruhan mengikut tajuk Bi l Objektif Pembelajaran Masa Belajar 1.1 Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda hidup 5 1.2 Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya dan sesetengahnya berguna 2 Jumlah 7 6

Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pembinaan jsu sains

Citation preview

Page 1: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Proses 1 – Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Pembinaan ujian sains yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan

keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian sains yang

hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi

aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan guru. Kaedah ini boleh

memastikan diuji diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar

dengan memberi keyakinan bahawa murid mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara

yang dipelajari.

Langkah 1 – Senarai tajuk yang akan diuji

Murid yang akan diuji Tahun 5

Mata Pelajaran Sains

Tema Menyiasat Benda-benda Hidup

Bidang Pembelajaran Mikroorganisma

Objektif Pembelajaran

1.1 Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda

hidup

1.2 Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah

berbahaya dan sesetengahnya berguna

Langkah 2 – Jumlah masa keseluruhan mengikut tajuk

Bil Objektif Pembelajaran Masa Belajar

1.1 Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda hidup 5

1.2Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya

dan sesetengahnya berguna2

Jumlah 7

6

Page 2: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

Langkah 3 – Penentuan Item

Jenis Item Objektif (Aneka Pilihan)

Bilangan Item 20 soalan

Bilangan Murid 30 orang

Jumlah markah 20 markah

Markah bagi satu item 1 markah

Masa diperuntukkan 45 minit

Masa bagi satu item 45 minit / 20 item = 2.25 minit / item

Langkah 4 – Penentuan Aras Kesukaran Item

Aras Kesukaran Taksonomi Bloom

i. Pengetahuan

ii. Kefahaman

iii. Aplikasi

iv. Analisis

Langkah 5 – Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil Objektif PembelajaranMasa

Belajar

Anggaran Jumlah

Item

Jumlah

Item

1.1Memahami bahawa mikroorganisma

adalah benda hidup5 5 / 7 x 20 = 14.3 14

1.2

Memahami bahawa sesetengah

mikroorganisma adalah berbahaya

dan sesetengahnya berguna

2 2 / 7 x 20 = 5.7 6

Jumlah 7 20.0 20

7

Page 3: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

Langkah 6 – Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Bil ObjektifKonstruk Jumlah

ItemPengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis

1.3

Memahami bahawa

mikroorganisma

adalah benda hidup

1, 2, 3, 4, 5, 6,

7

8, 9, 10, 11,

1213 14 14

1.2

Memahami bahawa

sesetengah

mikroorganisma

adalah berbahaya

dan sesetengahnya

berguna

15, 16, 17 18, 19 20 6

Jumlah 7 8 3 2 20

Proses 2 – Penulisan Item Ujian

Setelah siap menyediakan JSU, item-item ujian sedia untuk ditulis. Terdapat beberapa

prinsip bagi pembinaan item ujian sains dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini

iaitu;

i. Arahan menjawab bagi setiap item ringkas dan mudah difahami murid.

ii. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya murid dapat memahami

maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan

membantu murid memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.

iii. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan / kemahiran yang

spesifik daripada tajuk sains

iv. Soalan dalam bentuk item pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan

tersebut dihitamkan tebal.

8

Page 4: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

Proses 3 – Semakan Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis disemak bagi memastikan tiada sebarang ralat yang

berlaku. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

i. Arahan menjawab ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh

murid.

ii. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan

mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

iii. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif

pembelajaran sains.

iv. Soalan yang diberi tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang

dikehendaki.

Proses 4 – Penilaian Item Ujian

Selepas semua item disemak, item-item ini disemak oleh pakar mata pelajaran iaitu Puan

Norhana, guru Sains SK Batu Pekaka. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan

perkara-perkara berikut;

i. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh

murid.

ii. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang

cukup untuk murid menjawabnya.

iii. Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan

dan objektif penmbelajaran sains yang ditetapkan.

iv. Jawapan yang diberikan adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam

masa yang diperuntukkan.

Proses 4 – Kajian Rintis Item Ujian

Untuk menjamin item yang digubal mempunyai ciri-ciri keesahan, kebolehpercayaan,

keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran item yang telah disemak eloklah

ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan kesahannya. Soalan-soalan ini

telah diberikan kepada 30 orang murid Tahun 5 dari SK Batu Pekak, Kuala Ketil, Kedah.

Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari

kajian rintis tersebut. Set instrumen yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan

9

Page 5: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

sebagai ujian yang sah atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa

hadapan. Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam

hal ini, Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk

menentukan kualiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benar sesuai digunakan atau

sebaliknya.

No Soalan

Jumlah Jawapan Betul, n

Indeks Kesukaran, p

Pengkelasan Item Keputusan

1 29 0.97 Terlalu Mudah Baiki

2 27 0.9 Terlalu Mudah Kekal

3 12 0.43 Sederhana Sukar Kekal

4 4 0.13 Terlalu Sukar Baiki

5 8 0.27 Sukar Kekal

6 25 0.83 Terlalu Mudah Kekal

7 17 0.57 Sederhana Sukar Kekal

8 7 0.23 Sukar Kekal

9 29 0.97 Terlalu Mudah Baiki

10 16 0.53 Sederhana Sukar Kekal

11 14 0.47 Sederhana Sukar Kekal

12 15 0.5 Sederhana Sukar Kekal

13 13 0.43 Sederhana Sukar Kekal

14 15 0.5 Sederhana Sukar Kekal

15 18 0.6 Sederhana Sukar Kekal

16 27 0.9 Terlalu Mudah Kekal

17 22 0.73 Mudah Kekal

18 28 0.93 Terlalu Mudah Baiki

19 20 0.67 Mudah Kekal

20 27 0.9 Terlalu Mudah Kekal

Jadual Indeks Kesukaran, p Ujian Sains Sekolah Rendah

No Soalan

Jumlah Jawapan Betul, n

Indeks Diskriminasi, d

Pengkelasan Item Keputusan

1 29 0.13 Kurang Baik Baiki

10

Page 6: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

2 27 0.38 Baik Kekal

3 12 1 Sangat Baik Kekal

4 4 0.25 Sederhana Baik Baiki

5 8 0.63 Sangat Baik Kekal

6 25 0.38 Baik Kekal

7 17 0.75 Sangat Baik Kekal

8 7 0.38 Baik Kekal

9 29 0.13 Kurang Baik Baiki

10 16 0.88 Sangat Baik Kekal

11 14 0.88 Sangat Baik Kekal

12 15 0.5 Sangat Baik Kekal

13 13 0.25 Sederhana Baik Kekal

14 15 0.88 Sangat Baik Kekal

15 18 0.75 Sangat Baik Kekal

16 27 0.38 Baik Kekal

17 22 0.5 Sangat Baik Kekal

18 28 0.25 Sederhana Baik Baiki

19 20 0.75 Sangat Baik Kekal

20 27 0.38 Baik Kekal

Jadual Indeks Diskriminasi, d Ujian Sains Sekolah Rendah

Berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang telah dikira bagi setiap

item, beberapa item perlu dikekalkan dan diperbaiki daripada soalan ujian sains yang telah

dijalankan. Keseluruhan item adalah dikekalkan kecuali item bernombor 1, 4, 9 dan 18. Hal

ini kerana, item-item tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah.

Walau bagaimanapun, item-item ini boleh dibaiki. Item no. 1, 9 dan 18 mempunyai indeks

kesukaran yang tinggi iaitu melebihi 0.85 (terlalu mudah) manakala item no. 4 mempunyai

indeks kesukaran yang terlalu rendah iaitu 0.13 kurang 0.15 (terlalu sukar).

Analisis Item yang Perlu Dibaiki

Item no. 1:

11

Page 7: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

1. Yang manakah antara berikut bukan mikroorganisma.

A. Bakteria

B. Berudu

C. Fungi

D. Protozoa

Item no. 1 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.97 dan indeks diskriminasi, d iaitu

0.13. Item ini terlalu mudah dan tidak dapat membezakan antara murid lemah dengan murid

pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu

mudah dengan hanya memberikan satu jawapan yang nyata menyebabkan murid terlalu

mudah membuat pilihan. Cara terbaik ialah menggantikan satu jawapan yang hampir nama

dengan mikroorganisma dalam pilihan jawapan.

Item no. 4:

4. Yang manakah antara proses berikut tidak melibatkan penggunaan

mikroorganisma?

A. Membuat baja

B. Membuat tapai

C. Membuat roti

D. Membuat biskut

Item no. 4 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.13 dan indeks diskriminasi, d iaitu

0.25. Item ini terlalu sukar dan tidak dapat membezakan antara murid lemah dengan murid

pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu

hampir menyebabkan murid sukar membuat pilihan. Cara terbaik ialah menggantikan satu

jawapan yang benar-benar salah dalam pilihan jawapan.

Item no. 9

9. Yang manakah di antara berikut tidak tergolong dalam kumpulan yang sama?

A. Virus

B. Bakteria

C. Udang

D. Fungi

Item no. 9 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.97 dan indeks diskriminasi, d iaitu

0.13. Item ini terlalu mudah dan tidak dapat membezakan antara murid lemah dengan murid

pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu

12

Page 8: Proses Pembinaan Ujian Sains Sekolah Rendah Bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM Seluruh Malaysia

PISMP SEM 6 PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH

nyata menyebabkan murid mudah membuat pilihan. Cara terbaik ialah menjadikan soalan

sebagai soalan yang positif.

Item no. 18

18. Kita tidak dapat melihat mikroorganisma menggunakan mata kasar kita. Kenapa?

A. Ia besar

B. Ia sangat cantik

C. Ia terlalu kecil

D. Ia sangat besar

Item no. 18 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.93 dan indeks diskriminasi, d iaitu

0.25. Item ini terlalu mudah tetapi dapat membezakan antara murid lemah dengan murid

pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu

nyata menyebabkan murid mudah membuat pilihan. Cara terbaik ialah menambah

pengganggu dalam soalan agar meninggikan sedikit indeks kesukaran.

13