Author
others
View
5
Download
0
Embed Size (px)
PROGRAM SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM
PROSEDUR STANDARD OPERASI PUSAT
MAMOGRAM
11/30/2016
2
1. OBJEKTIF
1.1 Prosedur standard operasi ini adalah untuk menjelaskan prosedur ke atas
pemberian subsidi RM50.00 kepada wanita berpendapatan isi rumah
melebihi RM10,000.00 dan ke atas serta ujian mamogram PERCUMA
kepada wanita yang berpendapatan isi rumah RM10,000.00 ke bawah,
bagi setiap ujian mamogram kepada pusat-pusat mamogram di bawah
lantikan LPPKN
2. SKOP SUBSIDI
2.1 Subsidi ini hanya bertujuan untuk ujian mamogram di dalam kalangan
wanita berisiko tinggi dalam kategori layak seperti terkandung dalam
perkara 6.
2.2 Subsidi penuh bagi wanita berpendapatan isi rumah RM10,000 dan ke
bawah bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan di pusat-pusat
mamogram
2.3 Subsidi sebanyak RM50.00 bagi wanita berpendapatan isi rumah melebihi
RM10,000.00 dan ke atas bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan di
pusat-pusat mamogram.
2.4 Kos maksimum bagi ujian mamogram yang dibenarkan di Semenanjung
Malaysia adalah RM150.00 manakala di Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan adalah RM160.00 bergantung kepada sistem
mamogram yang digunakan oleh pusat mamogram. Pusat Mamogram
digalakkan untuk meletakkan harga yang lebih rendah berdasarkan prinsip
Corporate Social Responsibility (CSR) kepada pelanggan yang layak
dalam program subsidi ini.
3
2.5 Bagi pelanggan yang berpendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke
bawah, LPPKN akan menanggung sepenuhnya kos ujian berkenaan. Tidak
ada sebarang caj dikenakan ke atas pelanggan.
2.6 Manakala bagi pelanggan yang berpendapatan isi rumah melebihi
RM10,000.00 dan ke atas pelanggan perlu menanggung perbezaan kos
yang dikenakan oleh pusat-pusat mamogram.
2.7 Sekiranya keputusan ujian mamogram bagi seseorang pelanggan
memerlukan kepada ujian ultrasound maka bayaran bagi SATU (1) ujian
ultrasound tersebut juga akan ditanggung oleh kerajaan mengikut kadar
bayaran yang ditetapkan oleh LPPKN. Bilangan ujian ultrasound yang
dijalankan oleh pusat mamogram tertakluk kepada yang telah ditetapkan di
dalam perjanjian.
2.8 Setiap pusat mamogram akan diberikan kuota bagi ujian ultrasound melalui
perjanjian program. Sekiranya melebihi kuota, klien akan di rujuk ke Klinik
Nur Sejahtera LPPKN untuk rujukan ke hospital kerajaan (Lampiran 3).
2.9 Kadar bayaran bagi ujian ultrasound tersebut adalah RM70.00 bagi
Semenanjung Malaysia dan RM80.00 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan sama ada sebelah atau kedua-dua belah payudara.
Pelanggan tidak perlu menanggung kos ujian.
3. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN
Pusat Mamogram yang ingin menyertai Program Subsidi ini adalah tertakluk
kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh LPPKN seperti
berikut:
4
3.1 Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, mempunyai lesen
operasi mamogram yang sah serta perlu diperakukan oleh Jawatankuasa
Teknikal Penilaian Pusat-pusat Mamogram Swasta LPPKN.
3.2 Antara syarat yang dinilaikan oleh jawatankuasa ini adalah Pusat
Mamogram perlu lulus pengauditan filem mamogram dan mematuhi
keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
3.3 Bersetuju menerima tawaran LPPKN untuk menyertai program subsidi dan
disenaraikan dalam daftar LPPKN.
3.4 Yuran pengendalian yang dikenakan bagi setiap permohonan adalah
seperti berikut :
Permohonan pusat baru - RM200.00.
Pendaftaran semula - RM50.00.
Bayaran hendaklah dibuat melalui cek atau kiriman wang pos berpalang
atas nama Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara.
3.5 Mempunyai sistem komputer berinternet untuk pengurusan pelanggan.
3.6 Tidak boleh meningkatkan kos ujian mamogram seperti mana yang telah
dinyatakan semasa menandatangani dokumen perjanjian dengan LPPKN.
3.7 Pusat-pusat Mamogram yang telah didaftarkan perlu memperbaharui lesen
mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
5
Malaysia serta pihak-pihak berkuasa yang berkaitan atau bertauliah dan
memaklumkan kepada LPPKN sekiranya terdapat sebarang
perkembangan terkini.
3.8 Pusat-pusat Mamogram perlu memperbaharui pendaftaran dua tahun
sekali. Permohonan hendaklah dimajukan kepada Unit Klinikal, Sektor
Perkhidmatan Keluarga, LPPKN.
3.9 Pusat mamogram yang telah dilantik perlu mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan di dalam Perjanjian Program Subsidi Ujian Mamogram.
3.10 Pusat-pusat Mamogram yang melanggar syarat-syarat yang telah
dipersetujui akan digugurkan dari program subsidi ini.
3.11 Pengurusan tertinggi LPPKN berhak untuk menggugurkan mana-mana
pusat mamogram atas dasar keperluan LPPKN.
6
4. PROSEDUR PERMOHONAN OLEH PUSAT-PUSAT MAMOGRAM
4.1 LPPKN akan menghantar surat pelawaan kepada Pusat-Pusat Mamogram
berdasarkan senarai terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut
dilampirkan adalah dokumen-dokumen seperti berikut:
Garis Panduan Pelaksanaan program Subsidi Ujian Mamogram
Untuk Pusat Mamogram Swasta
Borang Permohonan Pusat Mamogram LPPKN (Mamo 1/07)
Senarai Semak Permohonan Pengauditan oleh Kolej Radiologi,
Malaysia Senarai Semak Penyediaan Dokumen Perjanjian Subsidi
Mamogram
4.2 Pusat Mamogram yang berminat hendaklah melengkapkan borang
berkenaan bersama dokumen yang diperlukan dan dihantar kepada:
Urusetia
Unit Klinikal
Tingkat 12, Sektor Perkhidmatan Keluarga,
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.
(u.p : Pegawai Tadbir Program Subsidi Mamogram)
No. Telefon : 03-2613 7555 No. Fax : 03-2694 1520
4.3 Permohonan pendaftaran akan diproses dan dinilai oleh Jawatankuasa
Teknikal Penilaian Pusat-pusat Mamogram Swasta LPPKN. Hanya pusat-
pusat mamogram yang layak akan dilantik. (Rujuk Carta Aliran Rajah1).
4.4 Pusat mamogram perlu menandatangani surat perjanjian dengan LPPKN.
Perlantikan ini adalah bagi tempoh satu tahun.
7
RAJAH 1: CARTA ALIRAN PENDAFTARAN PUSAT MAMOGRAM DALAM PROGRAM SUBSIDI
UJIAN MAMOGRAM
LPPKN dapatkan senarai Pusat-Pusat Mamogram Swasta dari KKM (Bhg. Kejuruteraan)
Surat pelawaan kepada Pusat Mamogram (sertakan borang permohonan dan borang pengauditan)
Terima permohonan dari Pusat Mamogram (LPPKN(Mamo1/2007) & Dokumen Pengauditan)
Hantar permohonan pengauditan dan pemantauan
Beri Dokumen Perjanjian kepada Pusat Mamogram yang layak
Daftar dalam senarai subsidi LPPKN
SPK
SPK
SPK
UBPP
SPK
Maklum kepada LPPKN negeri Pusat-Pusat Mamogram yang layak
SPK
Semak permohonan SPK
Kolej Radiologi Malaysia/ Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM
SPK
Penilaian Pusat-Pusat Mamogram
Jalankan proses pengauditan dan pemantauan
Lengkap
Tak Lengkap
Lulus
Tak Lulus
Permohonan semula
Nota: SPK : Sektor Perkhidmatan Keluarga UBPP : Sub Unit Bantuan Perundangan dan Perjanjian
8
5. TERMA RUJUKAN
5.1 Memberi subsidi penuh kepada wanita berpendapatan isi rumah
RM10,000.00 dan ke bawah yang dirujuk oleh LPPKN bagi setiap ujian
mamogram termasuk mamogram tambahan jika perlu.
5.2 Memberi subsidi RM50.00 kepada wanita berpendapatan isi rumah
melebihi RM10,000.00 dan ke atas yang dirujuk oleh LPPKN bagi setiap
ujian mamogram termasuk mamogram tambahan jika perlu.
5.3 Memberikan penjelasan mengenai ujian mamogram kepada wanita.
5.4 Menyediakan perkhidmatan kepakaran untuk menterjemahkan keputusan
mamogram. Sila kategorikan keputusan seperti di lampiran 1.
5.5 Menjalankan sesi kaunseling bagi kes-kes abnormal.
5.6 Memaklumkan kes-kes abnormal kepada klinik-klinik LPPKN yang
merujuk untuk pengendalian lanjut (rujukan ke Hospital yang dipilih oleh
wanita).
5.7 Memberi laporan bulanan kepada LPPKN mengenai ujian mamogram di
bawah program subsidi ini menggunakan borang LPPKN (Mamo 3a/07)
pindaan bagi tujuan tuntutan subsidi.
9
6. SYARAT- SYARAT KEPADA PELANGGAN YANG LAYAK
6.1 Wanita berumur 40 - 70 tahun dan dalam kumpulan risiko mendapat kanser
payudara; atau
Bagi wanita berusia 35 - 39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga
mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun juga layak
mendapat subsidi untuk menjalani ujian mamogram dengan rujukan
Pegawai Perubatan (Kriteria adalah seperti di Lampiran l).
6.2 Wanita perlu memohon melalui klinik-klinik LPPKN. Tapisan akan dibuat
pada peringkat LPPKN dan mereka yang layak akan dirujuk kepada pusat
mamogram yang berdaftar dengan LPPKN.
6.3 Ujian saringan mamogram ulangan2 yang dibenarkan :
Keputusan mamogram yang memerlukan ujian ulangan mengikut
garis panduan Clinical Practice Guidelines, Management Of Breast
Cancer (2nd edition).
10
7. PROSEDUR PENGAMBILAN KLIEN PROGRAM SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM MELALUI PUSAT MAMOGRAM
7.1 Klien yang layak haruslah berdaftar maklumat diri melalui sistem
emamogram (mamogram.lppkn,gov.my)atau Klinik Nur Sejahtera di
seluruh Malaysia.( Rujuk Rajah 2: Carta Aliran Bagi Pengendalian
Permohonan Subsidi Ujian Mamogram)
7.2 Klien juga boleh datang terus ke pusat mamogram entry point untuk
mendaftar dan membuat temujanji bagi ujian mamogram [Rujuk Rajah 2a:
Carta Aliran Bagi Pengendalian Permohonan Subsidi Ujian Mamogram
Pusat Mamogram (Entry Point)]
7.3 Penilaian akan dibuat oleh anggota Klinik Nur Sejahtera LPPKN
menggunakan sistem e-mamogram atau menggunakan borang
permohonan Program Subsidi Ujian Mamogram (LPPKN(Mamo 2/07))
7.4 Wanita yang layak perlu menjalani pemeriksaan klinikal payudara.
7.5 Temujanji akan dilakukan di pusat-pusat mamogram yang berdaftar
dengan LPPKN.
7.6 Borang (LPPKN(Mamo 2a/07)) bersama borang pemeriksaan payudara
diberikan kepada klien wanita untuk dibawa semasa temujanji ujian
mamogram dipusat-pusat mamogram yang terpilih,
- Maklumat dan tarikh temujanji hendaklah dikemaskini ke dalam sistem
emamogram dalam tempoh 3 hari bekerja.
11
RAJAH 2: CARTA ALIRAN BAGI PENGENDALIAN PERMOHONAN SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM
Jururawat Jururawat Jururawat/ Pembantu Pembangunan Masyarakat Jururawat/ Pembantu Pembangunan Masyarakat Pusat Mamogram Normal Pusat Mamogram Abnormal Pegawai Perubatan LPPKN Jururawat Jururawat **Nota: Maklumat/temujanji klien hendaklah dikemaskini melalui emamogram dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
Terima Klien
Beri penerangan mengenai ujian mamogram
**Daftar pemohon Lakukan ujian klinikal payudara
Semak Permohonan
**Buat temujanji dengan Pusat Mamogram melalui sistem e-mamogram dan beri surat
rujukan
Permohonan melakukan ujian mamogram
Keputusan Ujian
Kaunseling dan rujuk untuk penyiasatan dan rawatan lanjut
Tindakan susulan
Laporan
Buat temujanji
untuk saringan
seterusnya (1-2
tahun sekali)
12
RAJAH 2a: CARTA ALIRAN BAGI PENGENDALIAN PERMOHONAN SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM PUSAT MAMOGRAM ENTRY POINT
Pusat Mamogram Pemohon Pusat Mamogram Pusat Mamogram Normal Pusat Mamogram
Abrnormal Pegawai Perubatan LPPKN
Jururawat Jururawat **Nota: Maklumat/temujanji klien hendaklah dikemaskini melalui emamogram dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
Terima Klien
Beri penerangan mengenai ujian mamogram
** Daftar pemohon Lakukan ujian klinikal payudara
Semak Permohonan
Buat temujanji dengan Pusat Mamogram dan beri surat rujukan
Melakukan ujian mamogram
Keputusan Ujian
Kaunseling dan rujuk untuk penyiasatan dan rawatan lanjut
Tindakan susulan
Laporan
Buat temujanji
untuk saringan
seterusnya (1-2
tahun sekali)
13
8. PROSEDUR PERMOHONAN TUNTUTAN SUBSIDI
8.1 LPPKN telah membangunkan aplikasi Sistem Pengurusan Subsidi
Mamogram bagi melicinkan pengurusan Program Subsidi Ujian
Mamogram.
8.2 Aplikasi e-mamogram ini boleh diakses dengan melayari
mamogram.lppkn.gov.my. Pusat mamogram akan diberikan ID Pengguna
dan Kata Laluan untuk mendaftar masuk sebagai pengguna.
8.3 LPPKN akan memberi latihan penggunaan aplikasi e-subsidi mamogram
kepada pusat mamogram.
8.4 Pegawai bertanggungjawab perlu mengemaskini
maklumat/temujanji/laporan klien dalam tempoh 3 hari bekerja
daripada tarikh temujanji. Pihak LPPKN hanya menerima dan memproses
tuntutan bulanan dan laporan lengkap untuk pembayaran. Sekiranya
dokumen tersebut tidak lengkap, ia akan dikembalikan kepada pusat
mamogram tersebut. (Rujuk Rajah 3: Carta Aliran Proses Tuntutan
Bulanan Pusat Mamogram Bagi Program Susbidi Ujian Mamogram )
8.5 Peranan pengguna dalam pelaksanaan portal sistem pengurusan
e-mamogram subsidi mamogram adalah seperti berikut :
i. Pengurusan klien dalam aspek temujanji klien untuk menjalani ujian
mamogram serta merekod keputusan ujian mamogram dan
ultrasound ke dalam sistem ini; (Rujuk Rajah 4).
ii. Menyemak senarai tuntutan dan laporan bulanan bagi menentukan
jumlah tuntutan selaras dengan laporan yang dijana secara
automatik;
mailto:[email protected]
14
iii. Menghantar tuntutan bayaran Subsidi Mamogram
(LPPKN(mamo3/07) pindaan beserta invois dan laporan bulanan
(LPPKN(mamo3a/07) pindaan ke LPPKN bagi urusan pembayaran
(Lampiran 2 dan 2a)) dalam tempoh masa ditetapkan.
8.6 Penghantaran laporan bilangan klien hendaklah di email/fax ke LPPKN
selewat-lewatnya pada 3hb bulan berikutnya dan tuntutan bayaran
bulanan hendaklah sampai ke Unit Klinikal, Sektor Perkhidmatan
Keluarga sebelum atau pada 10 hari bulan setiap bulan berikutnya.
Pihak LPPKN tidak akan memproses sebarang tuntutan dan tidak
membuat sebarang pembayaran sekiranya ia sampai kepada pihak
LPPKN selepas tempoh tersebut.
15
RAJAH 3: CARTA ALIRAN PROSES TUNTUTAN BULANAN PUSAT MAMOGRAM BAGI PROGRAM SUBSIDI
UJIAN MAMOGRAM
Pusat Mamogram
10 hari bulan
Tidak 10 hari Lengkap
SPK
SPK
Tidak 14 hari Lengkap
SKPK
SPK : Sektor Perkhidmatan Keluarga SKPK: Sektor Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Penyediaan laporan,tuntutan bulanan dan invois bulan semasa
Semakan laporan dan invois melalui sistem.
Proses pembayaran tuntutan bulanan kepada pusat mamogram.
Hantar laporan dan invois ke Sektor Khidmat Pengurusan & Kewangan
Hantar tuntutan bulanan dan invois ke LPPKN
Terima dokumen tuntutan bulanan dari pusat mamogram (LPPKN(Mamo) 3/07 pindaan) dan laporan (LPPKN(Mamo)3a/07 pindaan).
*Sebelum atau pada 10hb bulan berikutnya.
Hantar laporan bilangan klien
ke LPPKN pada setiap 3hb
bulan berikutnya
16
RAJAH 4: CARTA ALIR PENGURUSAN KLIEN DENGAN SISTEM E-MAMOGRAM
LAMPIRAN 3
LPPKN (Mamo 3/07) pindaan
(Gunakan kepala surat Pusat Radiologi) Ketua Unit Bantuan Khas Mamogram Tarikh : ..................... Bahagian Reproduksi Manusia Tingkat 11. Bangunan LPPKN
8. PEMANTAUAN DAN KAWALAN **Nota: Maklumat/temujanji klien hendaklah dikemaskini Mela
Tidak Jalani pemeriksaan Mamogram di Pusat
Mamogram Susul
Pemeriksaan klinikal Payudara
Temujanji dengan pusat mamogram
Cetak borang rujukan (LPPKN Mamo 2a/07)
Pengesahan di KNS Klien memohon terus di KNS
Permohonan klien secara
online
Ya
Ya
Prosedur tuntutan pembayaran subsidi mamogram
10 hari bulan setiap bulan
Abnormal Normal Tidak
**Nota: Maklumat/temujanji klien hendaklah dikemaskini melalui emamogram dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
Beri temujanji baru (Selepas 1- 2 Tahun
Sekali)
SPK mengurus tuntutan,pelaporan dan
memantau
Pusat mamogram membuat tuntutan
Hasil keputusan
Rujuk klien untuk penyiasatan/rawatan
lanjut
Beri konsultasi
Hadir Temujanji
Tamat
Hantar borang LPPKN ( Mamo 3/07) pindaan dan LPPKN
(Mamo 3a/07) pindaan
Keputusan ujian mamogram dimasukkan
ke dalam sistem e-mamogram
Hasil temujanji
KNS – Klinik Nur Sejahtera
SPK- Sektor Perkhidmatan Keluarga
Prosedur tuntutan pembayaran subsidi mamogram
17
9. PEMANTAUAN DAN KAWALAN
9.1 Pusat Mamogram mesti membenarkan Pegawai LPPKN menjalankan
pemantauan/pemeriksaan ke atas rekod-rekod yang berkaitan bantuan
subsidi ujian mamogram dan pematuhan perlaksanaan program,
9.2 Pusat mamogram juga mesti membenarkan Pegawai-pegawai KKM untuk
menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi penguatkuasaan
Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan
Peraturan-peraturannya; dan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984;
9.3 LPPKN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian atau salah
pelaporan oleh pihak pusat mamogram swasta dalam menjalankan ujian
mamogram dan prosedur-prosedur yang berkaitan hasil dari ujian saringan
tersebut.
Untuk kegunaan Urusetia: Disemak oleh: Nama: Jawatan: Tarikh:
LAMPIRAN 2 LPPKN (Mamo 3/07) pindaan
Nama Pusat Mamogram Tarikh : Pengarah Unit Klinikal Tingkat 12, Sektor Perkhidmatan Keluarga Bangunan LPPKN, 12B Jalan Raja Laut Peti Surat 10416, 50712 Kuala Lumpur (U.P. Pegawai Tadbir Program Subsidi Ujian Mamogram)
Puan,
Tuntutan Bayaran bagi Program Subsidi Ujian Mamogram Bagi Bulan ................Tahun ..................... Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Bersama-sama ini dikemukakan tuntutan bayaran bagi program tersebut.
i) Sejumlah RM ............ bagi....... (bil) ujian mamogram dengan kadar RM 50.00 bagi setiap ujian.
ii) Sejumlah RM ............. bagi .........(bil) ujian mamogram dengan kadar bagi setiap ujian bagi *kes-kes yang ditanggung sepenuhnya oleh LPPKN.
iii) Sejumlah RM ............ bagi ........... (bil) ultrasound dengan kadar 70.00/80.00 bagi setiap ujian.
iv) Dibayar kepada : ..............................................................................
v) Bersama ini disertakan invois bernombor : ............................
3. Laporan Ujian Mamogram (LPPKN(Mamo 3a/07) pindaan disertakan bersama.
Sekian, untuk makluman dan tindakan puan selanjutnya. Terima kasih. Tandatangan Ketua Pusat Mamogram .........................................................
( )
Nota: Kadar RM 80.00 bagi ujian ultrasound di Sarawak, Sabah dan W.P Labuan
* Sila Tandakan ( √ ) di ruang yang berkena
LAMPIRAN 2a
LAPORAN UJIAN MAMOGRAM LPPKN (Mamo 3a/07) pindaan (PROGRAM SUBSIDI UJIAN MAMOGRAM ) Nama Pusat : .............................................. Bulan/Tahun : .............................................
Bil Nama Klien No K/P
Bandar/ Luar
Bandar Nama Klinik LPPKN yang
merujuk Bangsa Umur
Ultra Sound (jika
perlu)
Nyatakan Jenis
Tindakan Lanjut
(Sekiranya ada)
LAMPIRAN 3 PENAMBAHAN KLOUSA DI DALAM PERJANJIAN PROGRAM SUBSIDI
UJIAN MAMOGRAM BILANGAN KLIEN BAGI UJIAN MAMOGRAM DAN UJIAN ULTRASOUND (ENTRY POINT)
1. LPPKN bersetuju menetap bilangan kuota/sasaran bagi (NAMA PUSAT
MAMOGRAM) seramai _________ klien yang menjalankan ujian
mamogram di bawah Program Subsidi Ujian Mamogram bagi tahun
2017. Bilangan kuota/sasaran akan disemak semula dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh perlantikan sekiranya ada keperluan.
2. LPPKN telah menetapkan bilangan klien program yang menjalani ujian
ultrasound terhad kepada 30% daripada jumlah bilangan klien setiap
bulan. Jika melebihi 30%, klien perlu dirujuk kepada Klinik Nur Sejahtera
/ Klinik Kesihatan Kementerian Malaysia.
LAMPIRAN 3 PENAMBAHAN KLOUSA DI DALAM PERJANJIAN PROGRAM SUBSIDI
UJIAN MAMOGRAM BILANGAN KLIEN BAGI UJIAN ULTRASOUND
(BUKAN ENTRY POINT) 1. LPPKN telah menetapkan bilangan klien program yang menjalani ujian
ultrasound terhad kepada 30% daripada jumlah bilangan klien setiap
bulan. Jika melebihi 30%, klien perlu dirujuk kepada Klinik Nur Sejahtera
/ Klinik Kesihatan Kementerian Malaysia.