22
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat ...Jadual 1 Carta Aliran Pendaftaran Pusat Mamogram Dalam Program Subsidi Ujian Mamogram 5 Jadual 2 Carta Aliran Pengurusan Klien

  • Upload
    others

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Pelaksanaan Program Subsidi

    Ujian MamogramUntuk Pusat

    Mamogram SwastaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Diterbitkan oleh:

    LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARAKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatNo. 12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

    Tel : +603-2693 7555Faks : +603-2693 7250Website : http://www.lppkn.gov.my http://mamogram.lppkn.gov.my

    Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    @LPPKN

    Hak Cipta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    9 789832 205821

    ISBN 978-983-2205-82-1

    Pelaksanaan Program SubsidiUjian Mamogram

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    i

    KANDUNGAN m/s

    Perutusan ii

    Prakata iii

    Penghargaan iv

    1. Pendahuluan 1

    2. Objektif 2

    3. Skop Subsidi 2

    4. Syarat-syarat Penyertaan 3

    5. Prosedur Permohonan Pusat-Pusat Mamogram 4

    6. Terma Rujukan

    6

    7. Syarat-Syarat Kepada Klien Yang Layak 6

    8. Prosedur Permohonan Tuntutan Subsidi 8

    9. Pemantauan dan Kawalan 10

    JADUALJadual 1 Carta Aliran Pendaftaran Pusat Mamogram Dalam Program Subsidi

    Ujian Mamogram5

    Jadual 2 Carta Aliran Pengurusan Klien Dengan Sistem E-Mamogram 9

    LAMPIRAN Lampiran 1 BI-RADS Mammography Report 11

    Lampiran 2 Borang Tuntutan Bayaran Bagi Program Subsidi Ujian Mamogram LPPKN (Mamo 3/07) pindaan.

    14

    Lampiran 2a Laporan Ujian Mamogram (3a/07) pindaan. 15

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    ii

    PerutusanProgram Subsidi Ujian Mamogram merupakan inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara serta kepentingan pengesanan awal. Di Malaysia, kanser payudara adalah kanser paling utama didiagnos dalam kalangan wanita. Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2007, dari segi umur, wanita dalam lingkungan umur 50-59 tahun merupakan kumpulan yang paling ramai terdedah kepada kanser payudara. Sejumlah 58 peratus daripada kanser payudara yang dikesan berada pada tahap I dan II Pengesanan lewat pada kebiasaanya akan menyebabkan kanser merebak ke organ-organ lain dan menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita.

    Kerajaan, dalam pembentangan bajet 2007, telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mamogram swasta. Program Subsidi Ujian Mamogram ini dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mulai bulan Mei 2007, melalui 58 Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan perkhidmatan ujian mamogram disediakan oleh 57 pusat mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini.

    Program Subsidi ini disediakan khusus bagi wanita warganegara Malaysia atau penduduk tetap dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat kanser payudara, berumur 40-70 tahun dan berpendapatan rendah. Pemberian subsidi ini telah memberi manfaat kepada sebilangan besar wanita yang tidak berkemampuan untuk menjalani ujian mamogram. Pengesanan awal kanser payudara dan rawatan perubatan dapat meningkatkan peluang untuk pulih dengan sepenuhnya daripada penyakit ini.

    Bagi menjayakan lagi Program Subsidi Ujian Mamogram ini, LPPKN telah mewujudkan kerjasama dengan pusat-pusat mamogram swasta di seluruh Malaysia bagi menyediakan khidmat ujian mamogram. Kementerian ini amat menghargai komitmen yang diberikan oleh pusat-pusat mamogram ini dengan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berintergiti.

    Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat-pusat Mamogram Swasta ini disediakan khusus bagi memberi maklumat mengenai prosedur perlantikan sebagai pusat mamogram di bawah Program Subsidi Ujian Mamogram serta tugas dan tanggungjawab. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan anggota pelaksana pusat-pusat mamogram di atas penglibatan dan usaha gigih dalam membanteras kanser payudara di Malaysia.

    Sekian, terima kasih.

    Dato’ Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur Ketua SetiausahaKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    iii

    PrakataKesihatan bagi seseorang wanita adalah penting kerana wanita yang sihat akan melahirkan keluarga yang bahagia. Kanser payudara adalah ancaman utama yang amat digeruni oleh semua wanita. Sebab sebenar kanser payudara tidak diketahui namun wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi kanser payudara adalah terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit ini. Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2007, sejumlah 18,219 kes kanser baru telah didiagnos dan sejumlah 3,242 kes iaitu 18.1% peratus daripadanya adalah kanser payudara. Kanser payudara boleh dicegah. Pengesanan awal boleh dilakukan melalui amalan penjagaan kesihatan payudara dan menjalani ujian mamogram pada usia 40 tahun dan ke atas. Ujian mamogram merupakan kaedah terbaik digunakan buat masa ini oleh dunia perubatan sebagai alat saringan dan diagnostik yang berupaya mengesan keabnormalan pada payudara di mana ianya tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan klinikal payudara.

    Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengesanan awal kanser payudara, Kerajaan telah menyediakan subsidi bagi wanita layak untuk menjalani ujian mamogram. Program Subsidi Ujian Mamogram yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan pelaksana lain iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kolej Radiologi Malaysia, Pusat-pusat mamogram swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan.

    Untuk menjayakan program ini, LPPKN telah bekerjasama dengan pusat-pusat mamogram swasta di seluruh Malaysia bagi menyediakan khidmat ujian mamogram untuk wanita-wanita layak yang dirujuk oleh LPPKN. Di awal pelaksanaan program ini pada tahun 2007, hanya 15 pusat mamogram sahaja yang berjaya melepasi proses audit dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Penilaian Pusat Mamogram Swasta untuk didaftarkan di bawah program ini. Kini jumlah pusat mamogram telah meningkat kepada 57 pusat di seluruh Malaysia kecuali negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu. Wanita-wanita tersebut dirujuk ke negeri lain yang berdekatan bagi menjalani ujian mamogram. Kos bagi ujian mamogram di bawah Program Subsidi Ujian Mamogram ini ditetapkan pada kadar RM100.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM110.00 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Adalah diharapkan agar Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat-pusat Mamogram Swasta ini dapat dijadikan panduan berguna oleh pengurusan pusat-pusat mamogram swasta yang berminat untuk menyertai Program Subsidi Ujian Mamogram ini. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan anggota pelaksana pusat-pusat mamogram di atas usaha murni ini serta menyampaikan perkhidmatan mamografi yang berkualiti.

    Sekian, terima kasih.

    Dato’ Aminah Abdul RahmanKetua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    iv

    PenghargaanPENASIHAT

    Dato’ Aminah Abdul RahmanKetua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Dr. Anjli Doshi GandhiTimbalan Ketua Pengarah (Dasar)Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Dr. Norliza AhmadPengarah Bahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Dr. Rosliah HarunPemangku Pengarah Bahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    AHLI-AHLI

    Dr. Komathy a/pThiagarajanKetua Unit Kesihatan Reproduktif Wanita dan LelakiBahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Cik Muntaza ManhuriPegawai TadbirBahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Puan Zaiton OthmanPenyelia JururawatBahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Cik Azida Azra MuslimPegawai TadbirBahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    1

    1. PENDAHULUAN

    Di Malaysia, kanser payudara merupakan punca utama kematian dalam kalangan wanita. Menurut laporan Daftar Kanser Negara, secara umum 1 daripada 20 wanita berisiko menghidap penyakit ini. Sehubungan itu, dalam pembentangan Bajet 2007, Kerajaan telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Usaha ini adalah untuk menggalakkan wanita menjalani ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.

    Di awal pelaksanaan program ini, subsidi sebanyak RM50.00 diberikan kepada wanita warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang berkelayakan berumur 40-70 tahun, berpendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah. Bagi wanita berumur 35-39 tahun, yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara juga boleh mendapatkan subsidi ini setelah menjalani pemeriksaan doktor.

    Dalam melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram ini, LPPKN telah menubuhkan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pelaksana Program Subsidi Ujian Mamogram dan Jawatankuasa Teknikal Penilaian Pusat-pusat Mamogram Swasta. Jawatankuasa Pelaksana Program Subsidi Ujian Mamogram dianggotai oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kolej Radiologi Malaysia dan pertubuhan bukan Kerajaan yang berkaitan.

    Jawatankuasa Teknikal Penilaian Pusat-pusat Mamogram Swasta juga dianggotai oleh LPPKN, KKM dan Kolej Radiologi. Jawatankuasa ini menjalankan penilaian terhadap pusat-pusat mamogram yang memohon untuk menyertai program ini. Hanya pusat-pusat yang lulus proses pengauditan akan diperakukan untuk didaftarkan di bawah program ini. Di awal pelaksanaan program, sejumlah 15 pusat mamogram swasta telah diperakui layak oleh Jawatankuasa Teknikal Penilaian Pusat-pusat Mamogram untuk didaftarkan di bawah program ini dan kini jumlah pusat mamogram telah meningkat kepada 57 pusat di seluruh Malaysia. Penglibatan dari pusat mamogram adalah amat diperlukan bagi memberi akses kepada wanita untuk menjalani ujian mamogram yang berkualiti tinggi.

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    2

    2. OBJEKTIF

    2.1 Garis panduan ini adalah untuk menjelaskan peraturan-peraturan pemberian subsidi RM50.00 kepada wanita berpendapatan isi rumah melebihi RM5,000.00 dan ke atas serta ujian mamogram PERCUMA RM100.00 (Semenanjung Malaysia) RM110.00 (Sarawak, Sabah dan WP Labuan) kepada wanita yang berpendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah, bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan di pusat-pusat mamogram swasta.

    3. SKOP SUBSIDI

    3.1 Subsidi ini hanya bertujuan untuk ujian mamogram dalam kalangan wanita berisiko tinggi dalam kategori layak seperti terkandung dalam perkara 6.

    3.2 Subsidi sebanyak RM100.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM110.00 (Sarawak, Sabah dan W.P Labuan) bagi wanita berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah bagi setiap ujian mamogram (4 views) yang dijalankan di pusat-pusat mamogram.

    3.3 Subsidi sebanyak RM50.00 bagi wanita berpendapatan isi rumah melebihi RM5,000.00 dan ke atas bagi setiap ujian mamogram (4 views) yang dijalankan di pusat-pusat mamogram.

    3.4 Kos maksimum bagi ujian mamogram yang dibenarkan di Semenanjung Malaysia adalah RM100.00 manakala di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah RM110.00 sama ada analog atau digital. Pusat Mamogram digalakkan untuk meletakkan harga yang lebih rendah berdasarkan prinsip Corporate Social Responsibility (CSR) kepada klien yang layak dalam program subsidi ini.

    3.5 Klien yang berpendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah, LPPKN akan menanggung sepenuhnya kos ujian berkenaan. Tidak ada sebarang caj dikenakan ke atas klien.

    3.6 Manakala bagi klien yang berpendapatan isi rumah melebihi RM5,000.00 dan ke atas klien perlu menanggung perbezaan kos yang dikenakan oleh pusat-pusat mamogram.

    3.7 Sekiranya keputusan ujian mamogram bagi seseorang klien memerlukan kepada ujian ultrasound maka bayaran bagi ujian tersebut juga akan ditanggung oleh kerajaan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh LPPKN.

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    3

    3.8 Kadar bayaran bagi ujian ultrasound tersebut adalah RM40.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM50.00 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sama ada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Klien tidak perlu menanggung kos ujian.

    4. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

    Pusat mamogram yang ingin menyertai program subsidi ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh LPPKN seperti berikut:

    4.1 Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, mempunyai lesen operasi mamogram yang sah serta perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Penilaian Pusat-pusat Mamogram Swasta LPPKN.

    4.2 Antara syarat yang dinilaikan oleh jawatankuasa ini adalah pusat mamogram perlu lulus pengauditan filem mamogram dan mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    4.3 Bersetuju menerima tawaran LPPKN untuk menyertai program subsidi dan disenaraikan dalam daftar LPPKN.

    4.4 Yuran pengendalian yang dikenakan bagi setiap permohonan adalah seperti berikut :

    Permohonan pusat baru - RM200.00.Pendaftaran semula - RM50.00.

    Bayaran hendaklah dibuat melalui cek atau kiriman wang pos berpalang atas nama Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

    4.5 Mempunyai sistem komputer berinternet untuk pengurusan Klien.

    4.6 Tidak boleh meningkatkan kos ujian mamogram seperti mana yang telah dinyatakan semasa menandatangani dokumen perjanjian dengan LPPKN.

    4.7 Pusat-pusat mamogram yang telah didaftarkan perlu memperbaharui lesen mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak-pihak berkuasa yang berkaitan atau bertauliah dan memaklumkan kepada LPPKN sekiranya terdapat sebarang perkembangan terkini.

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    4

    4.8 Pusat-pusat mamogram perlu memperbaharui pendaftaran dua tahun sekali. Permohonan hendaklah dimajukan kepada Unit Kesihatan Reproduktif Wanita dan Lelaki, Bahagian Reproduksi Manusia, LPPKN.

    4.9 Pusat-pusat mamogram yang melanggar syarat-syarat yang telah dipersetujui

    akan digugurkan dari program subsidi ini.

    5. PROSEDUR PERMOHONAN OLEH PUSAT-PUSAT MAMOGRAM

    5.1 LPPKN akan menghantar surat pelawaan kepada pusat-pusat mamogram berdasarkan senarai terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut dilampirkan adalah dokumen-dokumen seperti berikut:

    • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram UntukPusat Mamogram Swasta

    • BorangPermohonanPusatMamogramLPPKN(Mamo1/07)

    • SenaraiSemakPermohonanPengauditanolehKolejRadiologiMalaysia

    • SenaraiSemakPenyediaanDokumenPerjanjianSubsidiMamogram

    5.2 Pusat mamogram yang berminat hendaklah melengkapkan borang berkenaan bersama dokumen yang diperlukan dan dihantar kepada:

    Urusetia Unit Kesihatan Reproduktif Wanita & LelakiTingkat 11, Bahagian Reproduksi ManusiaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut50350 Kuala Lumpur.(u.p : Pegawai Tadbir Program Subsidi Ujian Mamogram)

    No. Telefon : 03-2693 7555 No. Fax : 03-2694 1520

    5.3 Permohonan pendaftaran akan diproses dan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Penilaian Pusat-Pusat Mamogram Swasta LPPKN. Hanya pusat-pusat mamogram yang layak akan dilantik. (Rujuk Carta Aliran di jadual 1).

    5.4 Pusat mamogram perlu menandatangani surat perjanjian dengan LPPKN.

    Perlantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun.

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    5

    SemakPermohonan

    Penilaian pusat- pusat mamogram

    JADUAL 1: CARTA ALIRANPENDAFTARAN PUSAT MAMOGRAM DALAM PROGRAM SUBSIDI

    UJIAN MAMOGRAM

    LPPKN dapatkan senarai pusat-pusat mamogram Swasta dari KKM (Bhg. Kejuruteraan)

    Beri dokumen perjanjian kepada pusat mamogram yang layak

    Surat pelawaan kepada pusat mamogram (sertakan borang permohonan dan borang pengauditan)

    Daftar dalam senarai subsidi LPPKN

    Terima permohonan dari pusat mamogram (LPPKN (Mamo1/2007) & Dokumen Pengauditan)

    Hantar permohonan pengauditan dan pemantauan

    Jalankan proses pengauditan dan pemantauan

    Maklum kepada LPPKN negeri pusat-pusat mamogram yang layak

    Kolej Radiologi Malaysia/ Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM

    BRM

    BRM

    BRM

    BRM

    BRM

    BRM

    UBPP

    BRM

    Permohonan semula

    Lengkap

    Nota: BRM - Bahagian Reproduksi ManusiaUBPP - Sub Unit Bantuan Perundangan dan Perjanjian

    Lulus

    Tidak Lengkap

    Tidak Lulus

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    6

    6. TERMA RUJUKAN

    6.1 Memberi subsidi penuh (RM100.00 di Semenanjung Malaysia dan RM110.00 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) kepada wanita berpendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah yang dirujuk oleh LPPKN bagi setiap ujian mamogram termasuk mamogram tambahan jika perlu.

    6.2 Memberi subsidi RM50.00 kepada wanita berpendapatan isi rumah melebihi RM5,000.00 dan ke atas yang dirujuk oleh LPPKN bagi setiap ujian mamogram termasuk mamogram tambahan jika perlu.

    6.3 Memberikan penjelasan mengenai ujian mamogram kepada wanita.

    6.4 Menyediakan perkhidmatan kepakaran untuk menterjemahkan keputusan mamogram. Sila kategorikan keputusan seperti di lampiran 1.

    6.5 Menjalankan sesi kaunseling bagi kes-kes abnormal.

    6.6 Memaklumkan kes-kes abnormal kepada klinik-klinik LPPKN yang merujuk untuk pengendalian lanjut (rujukan ke Hospital yang dipilih oleh wanita).

    6.7 Memberi laporan bulanan kepada LPPKN mengenai ujian mamogram di bawah program subsidi ini menggunakan borang LPPKN (Mamo 3a/07) pindaan bagi tujuan tuntutan subsidi.

    7. SYARAT- SYARAT KEPADA KLIEN YANG LAYAK

    7.1 Kriteria kelayakan untuk menjalani ujian mamogram adalah wanita warganegara Malaysia atau penduduk tetap, berumur 40-70 tahun mengikut kategori berikut:

    i) mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara1 atau

    ii) wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram atau

    iii) ujian mamogram ulangan bagi program subsidi2

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    7

    7.2 Bagi wanita berumur 35-39 tahun, juga layak mendapatkan subsidi ini berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:

    i) Mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun; dan

    ii) Telah menjalani penilaian oleh doktor – bagi menentukan sama ada wanita tersebut perlu melakukan ujian mamogram dan merujuk mereka ke LPPKN bagi mendapatkan subsidi.

    iii) Wanita yang mempunyai tanda-tanda, perlu dirujuk oleh doktor terlebih dahulu untuk ujian diagnostik mamogram.

    7.3 Ujian ulangan mamogram iaitu kekerapan ujian adalah bergantung kepada penilaian oleh doktor. Ujian ulangan juga layak mendapat subsidi.

    7.4 Kriteria bagi wanita berisiko tinggi1 adalah berdasarkan salah satu dari kriteria A atau B seperti berikut:

    KriteriaKekerapan Ujian

    Mamogram

    Kriteria A : Sekurang-kurangnya mempunyai salah satu (1) faktor berikut:

    Lakukan ujian mamogram pada SETIAP TAHUN

    - Mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser payudara - ibu, kakak, adik perempuan atau anak perempuan menghidap kanser payudara;

    - Pembawa mutasi genetik BRCA 1 dan BRCA 2;

    - Pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara.

    Kriteria B : Sekurang-kurangnya mempunyai dua (2) faktor berikut:

    Lakukan ujian mamogram pada SETIAP DUA (2)

    TAHUN

    - Tidak pernah melahirkan anak atau anak pertama selepas usia 30 tahun;

    - Haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun;

    - Menopaus pada usia lebih 55 tahun;

    - Menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT);

    - Obes iaitu Body Mass Index (BMI) ≥ 27.5

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    8

    7.5 Wanita perlu memohon melalui klinik-klinik LPPKN. Tapisan akan dibuat pada peringkat LPPKN dan mereka yang layak akan dirujuk kepada pusat mamogram yang berdaftar dengan LPPKN.

    7.6 Ujian saringan mamogram ulangan2 yang dibenarkan :• Keputusan mamogram yang memerlukan ujian ulangan mengikut garis

    panduan Clinical Practice Guidelines, Management Of Breast Cancer (2nd edition).

    8. PROSEDUR PERMOHONAN TUNTUTAN SUBSIDI

    8.1 LPPKN telah membangunkan aplikasi Sistem Pengurusan Subsidi Mamogram bagi melicinkan pengurusan Program Subsidi Ujian Mamogram.

    8.2 Aplikasi e-mamogram ini boleh diakses dengan melayari laman web mamogram.lppkn.gov.my. Pusat mamogram akan diberikan ID Pengguna dan

    Kata Laluan untuk mendaftar masuk sebagai pengguna.

    8.3 LPPKN akan memberi latihan penggunaan aplikasi e-subsidi mamogram kepada pusat mamogram.

    8.4 Peranan pengguna dalam pelaksanaan portal sistem pengurusan e-subsidi mamogram adalah seperti berikut:

    i. Pengurusan klien dalam aspek temujanji klien untuk menjalani ujian mamogram serta merekod keputusan ujian mamogram dan ultrasound ke dalam sistem ini; (Rujuk jadual 2).

    ii. Menyemak senarai tuntutan dan laporan bulanan bagi menentukan jumlah tuntutan selaras dengan laporan yang dijana secara automatik;

    iii. Menghantar tuntutan bayaran Subsidi Mamogram (LPPKN (mamo3/07) pindaan beserta invois dan laporan bulanan (LPPKN (mamo3a/07) pindaan ke LPPKN bagi urusan pembayaran. (Rujuk lampiran 2 & 2a).

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    9

    JADUAL 2: CARTA ALIR PENGURUSAN KLIEN DENGAN SISTEM E-MAMOGRAM

    Pengesahan di KNS Klien memohonterus di KNS

    Permohonan kliensecara online

    Pemeriksaan klinikalPayudara

    Temujanji dengan pusat mamogram

    Cetak borang rujukan (LPPKN Mamo 2a/07)

    Pusat mamogram membuat tuntutan

    BRM mengurus tuntutan, pelaporan

    dan memantau

    Hantar borang LPPKN (Mamo 3/07) pindaan dan LPPKN

    (Mamo 3a/07) pindaan

    KNS – Klinik Nur SejahteraBRM – Bahagian Reproduksi Manusia

    Prosedur tuntutan pembayaran subsidi mamogram

    Beri temujanji baru(Selepas 1 Tahun)

    Jalani pemeriksaan mamogram di pusat

    mamogram

    Rujuk klien untuk penyiasatan/rawatan lanjut

    Keputusan ujian mamogram dimasukkan

    ke dalam sistem e-mamogram

    SusulTidak

    Abnormal

    Normal

    Tidak

    Ya

    Ya

    Beri konsultasi

    Hasil Ujian

    Hadirtemujanji

    Tamat

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    10

    9. PEMANTAUAN DAN KAWALAN

    9.1 Pusat mamogram mesti membenarkan Pegawai-pegawai Audit Dalam LPPKN menjalankan pengauditan ke atas rekod-rekod yang berkaitan bantuan subsidi ujian mamogram dan audit pematuhan kualiti.

    2.2 Pusat mamogram juga mesti membenarkan Pegawai-pegawai KKM untuk menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan-peraturannya; dan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984;

    2.3 LPPKN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian atau salah pelaporan oleh pihak pusat mamogram swasta dalam menjalankan ujian mamogram dan prosedur-prosedur yang berkaitan hasil dari ujian saringan tersebut.

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    11

    LAMPIRAN 1BI-RADS - MAMMOGRAPHY

    Assessment Categories (Adopted from American College of Radiology – Fourth Edition 2003)

    a. Mammographic Assessment Is Incomplete

    Category 0

    Need Additional Imaging Evaluation and / or Prior Mammograms for Comparison :

    Finding for which additional imaging evaluation is needed. This is almost always used in a screening situation. Under certain circumstances this category may be used after a full mammographic work-up. A recommendation for additional imaging evaluation may include, but is not limited to the use of spot compression, magnification, special mammographic views and ultrasound.

    Whenever possible, if the study is not negative and does not contain a typically benign finding, the current examination should be compared to previous studies. The radiologist should use judgment on how vigorously to attempt obtaining previous studies. Category 0 should only be used for old film comparison when such comparison is required to make a final assessment.

    b. Mammographic Assessment Is Complete - Final Categories

    Category 1

    Negative :

    There is nothing comment on. The breasts are symmetric and no masses, architectural distortion or suspicious calcifications are present.

    Category 2

    Benign Finding (s) :

    Like category 1, this is a “normal” assessment, but here, the interpreter chooses to describe a benign finding in the mammography report. Involuting, calcified fibro adenomas, multiple secretory calcifications, fat-containing lesions such as oil cysts, lipomas, galactoceles and mixed-density hamartomas all have characteristically benign appearances, and may be labelled with confidence. The interpreter may also choose to describe intra mammary lymph nodes,

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    12

    vascular calcifications, implants or architectural distortion clearly related to prior surgery while still concluding that there is no mammographic evidence of malignancy.

    Note that both Category 1 and Category 2 assessments indicate that there is no mammographic evidence of malignancy. The difference is that Category 2 should be used when describing one or more specific benign mammographic findings in the report, whereas Category 1 should be used when no such findings are described.

    Category 3

    Probably Benign Finding – Initial Short-Interval Follow-Up Suggested :

    A finding placed in this category should have less than a 2% risk of malignancy. It is not expected to change over the follow-up interval, but the radiologist would prefer to establish its stability.

    There are several prospective clinical studies demonstrating the safety and efficacy of initial short-term follow-up for specific mammographic findings (1 - 5). Three specific findings are described as being probably benign (the non calcified circumscribed solid mass, the focal asymmetry and the cluster of round [punctate] calcifications; the latter is anecdotally considered by some radiologists to be an absolutely benign feature). All the published studies emphasize the need to conduct a complete diagnostic imaging evaluation before making a probably benign (Category 3) assessment; hence it is in advisable to render such an assessment when interpreting a screening examination. Also, all the published studies exclude palpable lesions, so the use of a probably benign assessment for a palpable lesion is not supported by scientific data. Finally, evidence from all the published studies indicate the need for biopsy rather than continued follow-up when most probably benign findings increase in size or extent.

    While the vast majority of findings in this category will be managed with an initial short-term follow-up (6 months) examination followed by additional examinations until longer-term (2 years or longer) stability is demonstrated, there may be occasions where biopsy is done (patient wishes or clinical concerns). Category 4

    Suspicious Abnormality – Biopsy Should Be Considered :

    This category is reserved for findings that do not have the classic appearance of malignancy but have a wide range of probability of malignancy that is greater than those in

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    13

    Category 3. Thus, most recommendations of breast interventional procedures will be placed within this category. By subdividing Category 4 into 4A, 4B and 4C as suggested in the guidance chapter, it is encouraged that relevant probabilities for malignancy be indicated within this category so the patient and her physician can make an informed decision on the ultimate course of action.

    Category 5

    Highly Suggestive of Malignancy – Appropriate Action Should Be Taken : (Almost certainly malignant)

    These lesions have a high probability (≥95%) of being cancer. This category contains lesions for which one-stage surgical treatment could be considered without preliminary biopsy. However, current oncologic management may require percutaneous tissue sampling as, for example, when sentinel node imaging is included in surgical treatment or when neo adjuvant chemotherapy is administered at the outset.

    Category 6

    Known Biopsy – Proven Malignancy – Appropriate Action Should Be Taken :

    This category is reserved for lesions identified on the imaging study with biopsy proof of malignancy prior to definitive therapy.

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    14

    Nama Pusat Mamogram Tarikh :

    PengarahUnit Kesihatan Reproduktif Wanita & LelakiTingkat 11, Bahagian Reproduksi Manusia Bangunan LPPKN, 12B Jalan Raja LautPeti Surat 10416, 50712 Kuala Lumpur(U.P. Pegawai Tadbir Program Subsidi Ujian Mamogram)

    Puan,

    Tuntutan Bayaran bagi Program Subsidi Ujian Mamogram

    Bagi Bulan ................Tahun .....................

    Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

    2. Bersama-sama ini dikemukakan tuntutan bayaran bagi program tersebut.

    i) Sejumlah RM .................. bagi ....................(bil) ujian mamogram dengan kadar RM50.00 bagi setiap ujian.

    ii) Sejumlah RM .................. bagi ..................... (bil) ujian mamogram dengan kadar 100.00 bagi setiap ujian bagi *kes-kes yang ditanggung sepenuhnya oleh LPPKN.

    iii) Sejumlah RM ................ bagi ................... (bil) ultrasound dengan kadar 40.00 bagi setiap ujian.

    iv) Dibayar kepada : ..................................................................................................

    v) Bersama ini disertakan invois bernombor : ...........................................................

    3. Laporan Ujian Mamogram (LPPKN (Mamo 3a/07) pindaan disertakan bersama.

    Sekian, untuk makluman dan tindakan puan selanjutnya. Terima kasih.

    Tandatangan Ketua Pusat Mamogram

    ...............................................................( )

    Nota : Kadar RM110.00 bagi ujian mamogram di Sarawak, Sabah dan W.P Labuan Kadar RM50.00 bagi ujian ultrasound di Sarawak, Sabah dan W.P Labuan

    LAMPIRAN 2

    Untuk kegunaan Urusetia :

    Disemak oleh:

    Nama:

    Jawatan:

    Tarikh:

    LPPKN (Mamo 3/07) pindaan

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    15

    LAM

    PIR

    AN

    2a

    LAP

    OR

    AN

    UJI

    AN

    MA

    MO

    GR

    AM

    (P

    RO

    GR

    AM

    SU

    BS

    IDI U

    JIA

    N M

    AM

    OG

    RA

    M )

    Nam

    a P

    usat

    : ...

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    .....

    Bul

    an/T

    ahun

    : ...

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    ......

    .....

    Bil

    Nam

    a K

    lien

    No

    K/P

    Nam

    a K

    linik

    LP

    PK

    N

    yang

    mer

    ujuk

    Ban

    gsa

    Um

    ur*U

    ltra

    so

    und

    (ji

    ka p

    erlu

    )

    Nya

    taka

    n Je

    nis

    Tin

    dak

    an L

    anju

    t (s

    ekir

    anya

    ad

    a)

    1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

    * S

    ila T

    anda

    kan

    ( √ )

    di r

    uang

    yan

    g be

    rken

    aan

    LPP

    KN

    (Mam

    o 3

    a/07

    ) pin

    daa

    n

  • Garis Panduan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram Untuk Pusat Mamogram Swasta

    16

  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Pelaksanaan Program Subsidi

    Ujian MamogramUntuk Pusat

    Mamogram SwastaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    Diterbitkan oleh:

    LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARAKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatNo. 12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

    Tel : +603-2693 7555Faks : +603-2693 7250Website : http://www.lppkn.gov.my http://mamogram.lppkn.gov.my

    Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    @LPPKN

    Hak Cipta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    9 789832 205821

    ISBN 978-983-2205-82-1

    Pelaksanaan Program SubsidiUjian Mamogram