Upload
jezsyca-atun
View
126
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
anatomi dan fisiologi dalam pendidikan jasmani
Citation preview
PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI
Disediakan oleh : Jessyca Anak Ungat
Semester 2/2013PJM 3106
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi juga dapat dijadikan sebagai asas bagi memberikan teknik-teknik lakuan sukan serta pengaplikasian sains dalam peningkatan sukan.Contohnya, kefahaman mengenai fungsi sendi dapat membantu kita memahami senaman yang sesuai dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat daripada perlakuan yang salah.
ANATOMI
Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “memotong atau membelah anggota badan”.
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia.
Anatomi terdiri daripada berberapa bahagian iaitu :
Anatomi Makroskop atau Anatomi Kasar (Gross)
Anatomi Mikroskop atau Histologi
Neuroanatomi
Anatomi Perkembangan
Anatomi Perbandingan
Anatomi Makroskop atau Anatomi Kasar (GROSS) Merupakan kajian dengan mata kasar tentang struktur badan dan
hubungan di antara bahagian-bahagiannya.
Anatomi Mikroskop atau Histologi Merupakan kajian tentang tisu tubuh badan dengan menggunakan
mikroskop.
Neuroanatomi Kajian tentang sistem saraf.
Anatomi Perkembangan Kajian tentang proses perkembangan. Termasuklah perkembangan embrio dan fetus yang dikenali sebagai
embriologi atau perkembangan pranatal.
Anatomi Perbandingan Kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang berbeza
dengan atau anatomi haiwan dengan manusia.
Anatomi kasar terbahagi :
1. Anatomi kawasan (regional)
- Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara
berkumpulan.
- Contohnya, anatomi bahagian abdomen.
2. Anatomi bersistem (systemic)
- Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain
akan dikaji bersama.
- Contoh, apabila kita mengkaji semua sistem otot, kita akan mengkaji semua
komponen sistem otot.
3. Anatomi permukaan (surface)
- Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada
permukaan tubuh.
FISIOLOGI
“ Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan”
Contohnya, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita.
ORGANISASI STRUKTUR MANUSIA
PENGENALAN KEPADA SISTEM-SISTEM TUBUH
SISTEM INTEGUMENTARIPembalut luar tubuh.Melindungi dan mengelakan kecederaan pada tisu-tisu dalaman.Sintesis vitamin D.Lokasi pengesan rasa (sakit, tekanan, sejuk, panas dan sentuhan)Lokasi kelenjar peluh dan kelenjar minyak.Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.
SISTEM RANGKA
Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan.Menyokong berat badan.Melindungi dan menyokong organ-organ badan (otak, saraf tunjang, jantung dan paru-paru_Tuas untuk pergerakan badan.Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta patelet di dalam sum-sum tulang.Lokasi perlekatan otot (rangka kerja untuk otot menghasilkan pergerakan
SISTEM OTOT
Menghasilkan lokomotor.
Mempamerkan ekspresi
muka.
Mengekalkan postur badan.
Menghasilkan haba melalui
aktiviti sel (tindak balas
metabolisme) di dalam otot.
SISTEM SARAFMengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima.Menyimpan maklumat yang diterima.Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh.
SISTEM ENDOKRINA
Kelenjar merembeskan hormon
untuk menyelaraskan dan
mengawal atur proses fungsi tubuh
seperti pertumbuhan, reproduktif
dan kegunaan nutriena oleh sel-sel
badan. (metabolisme)
Mengubahsuai aktiviti sistem organ-
organ yang lain dengan bertindak
balas secara perlahan terhadap
struktur atau persekitaran.
SISTEM LIMFATIKRumah kepada sel darah putih yang menjdi sistem pertahanan badan (imunisasi).Memungut cecair yang bocor dari pembuluh darah (sama ada melalui resapan atau penyejatan) dan mengembalikannya semula ke pembuluh darah.Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati.
SISTEM RESPIRATORI
Membekalkan oksigen ke dalam
darah dan mengkumuhkan
karbon dioksida.
Paru-paru sebagai lokasi
pertukaran gas (resapan melalui
dinding pundi-pundi udara)
antara oksigen dengan karbon
dioksida.
SISTEM PENCERNAAN
Memecahkan makanan kepada
unit-unit yang boleh diserap
oleh darah (dalam bentuk
nutrien) untuk diagihkan ke
seluruh sel badan.
Makanan yang tidak
dicernakan dikumuhkan dalam
bentuk najis.
SISTEM URINARI
Menyingkirkan bahan-bahan kumuh
nitrogen dari badan.
Mengawal air dan eletrolit.
Mengawal keseimbangan asid-bes
dalam darah.
SISTEM REPRODUKTIF
Lelaki :
Menghasilkan generasi akan datang.
Testis menghasilkan sperma (benih lelaki) dan
hormon seks lelaki.
Duktus dan kelenjar membantu menyalurkan
sperma ke trek reproduktif wanita.
Perempuan :
Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita.
Uterus adalah lokasi persenyawaan antara sperma
dan ovum (sel telur) dalam perkembangan janin
semasa kehamilan.
Bahagian Tubuh Badan
Istilah Anatomi
1. Kedudukan Anatomi
Kedudukan anatomi bermaksud tubuh badan berada dalam keadaan berdiri tegak, dengan kepala, mata dan jari kaki menghadap ke hadapan.
2. Satah1. Satah Median
- Tubuh manusia dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama, iaitu kanan dan kiri.
2. Satah Sagital
- satah vertikal yang selari dengan satah
median dikenali sebagai satah sagital.
3. Satah Koronal
-Ialah satah vertikal yang bermula dari sisi tubuh ke
sisi yang lain dan membentuk sudut tepat dengan satah segital.
-Membahagikan tubuh kepada bahagian hadapan
dan belakang.
4. Satah Transvers
– Membentuk sudut tepat dengan satah sagital dan
satah koronal. – Membahagikan tubuh
badan kepada bahagian atas dan bawah.
5. Satah Oblik
– Tidak membentuk sudut tepat dengan
satah yang disebutkan di atas.
3. Istilah Kedudukan
3.1 Anterior (Vertal atau Hadapan)
Merujuk pada bahagian yang terdekat dengan permukaan hadapan
badan.
3.2 Posterior (Dorsal atau Belakang)
Merujuk pada bahagian permukaan belakang
tubuh.
3.3 Superior (Kranium dan Rostral)
Bahagian yang terdekat dengan
kepala.
3.4 Inferior (Kaudal atau Bawah)
Bahagian yang terdekat dengan tapak
kaki atau ekor.
3.5 MedialMerujuk pada bahagian yang terdekat dengan satah median tubuh.
3.6 LateralPada bahagian yang
menjauhi satah median tubuh.
4. Istilah Perbandingan
Proksimal Bahagian yang dekat dengan tubuh.
Distal Bahagian yang lebih jauh daripada tubuh.
Sempadan Praaksial Sempadan di sepanjang ibu jari tangan pada anggota atas dan
sempadan di sepanjang ibu jari kaki pada anggota bawah.
Sempadan Postaksial Sempadan di sepanjang jari kelengkeng anggota atas dan jari kaki terakhir pada
anggota bawah.
Ipsilateral Struktur yang terletak di sisi yang sama pada tubuh (telinga kanan dan ibu jari kanan)
Kontralateral Struktur yang terletak di sisi yang bertentangan pada tubuh (tangan kanan dan
kaki kiri)
Superfisial Merujuk kepada struktur yang terdekat dengan kulit atau permukaan
luar badan. (Otot terletak lebih superfisial daripada tulang)
Profundus Struktur yang terletak lebih jauh (dalam) daripada kulit atau permukaan luar badan.
(Tulang terletak lebih profundus daripada otot)
Interior Bahagian dalam organ atau permukaan dalam struktur berongga.
Eksterior Merujuk kepada permukaan luar organ atau permukaan dalam struktur berongga.
Parietal Lapisan yang hampir dengan dinding tubuh.
Viseral Lapisan yang hampir dengan organ. Contoh : paru-paru dilapisi oleh membran pleura. Pleura mempunyai 2
lapisan iaitu parietak di luar dan viseral di dalam.
5. Istilah PergerakanFleksi Pergerakan membengkokkan tubuh ke hadapan atau membuat satu sudut pada sendi, iaitu
keadaan daripada lurus menjadi bengkok. Di sendi bahu, fleksi ialah pergerakan ke hadapan anggota atas. Pergelangan kaki, fleksi ialah pergerakan kaki ke bawah.
Ekstensi Pergerakan membengkokkan tubuh ke belakang atau pergerakan daripada suatu keadaan
bersudut di sendi kepada keadaan lurus. Di sendi bahu, ekstensi ialah pergerakan ke belakang anngota atas. Pergelangan kaki, ekstensi ialah pergerakan kaki ke atas.
Abduksi Pergerakan anggota ke lateral menjauhi satah median.
Aduksi Pergerakan anggota ke medial menghampiri satah median.
Putaran Pergerakan memutar atau mengelilingi suatu sendi di sekeliling suatu paksi panjang.
Sirkumduksi Merangkumi pergeraka fleksi, abduksi, ekstensi dann aduksi yang berlaku secara berturutan.
Pergerakan Jari 1. Fleksi Jari
– Pergerakan membuat sudut atau membengkok
pada sendi jari.
– Pada ibu jari, fleksi ialah pergerakan ke
medial.
2. Ekstensi Jari
– Pergerakan jari daripada suatu keadaan bersudut di sendi kepada
keadaan lurus.
– Pada ibu jari, ekstensi ialah pergerakan ke
lateral.
3. Abduksi Jari
– Pergerakan yang menjauhi paksi panjang tangan dan pergerakan
ibu jari ke hadapan.
4. Aduksi Jari
- Pergerakan jari yang menghampiri paksi panjang tangan dan
pergerakan ke belakang ibu jari daripada
kedudukan abduksi.
5. Oposisi Jari
– Pergerakan hujung distal jari ke hadapan tangan menghampiri
hujung distal jari kelengkang.
Protraksi Pergerakan ke hadapan. (Mengerakkan bahu ke hadapan, menggerakkan rahang atau lidah ke hadapan)
Retraksi Pergerakan ke belakang (Pergerakan bahu ke belakang, menggerakkan rahang bawah atau lidah ke belakang)
Pronasi Pronasi ialah pergerakan membongkokkan badan daripada berdiri tegak sehingga muka memandang ke bawah. Pada anggota atas, pronasi melibatkan pergerakan lengan bawah dan tangan, dengan permukaan ventral lengan
bawah dan tapak tangan menghala ke bawah.
Supinasi Pergerakan yang membolehkan seseorang berada dalam keadaan baring terlentang dengan
belkang tubuhnya di bawah.
Eversi Pergerakan kaki dengan tapak kaki menghala ke lateral.
Inversi Pergerakan kaki dengan tapak kaki menghala ke medial.
Invaginasi Pergerakan yang menggelembung ke dalam pada kedudukan berongga.
Evaginasi Pergerakan yang menggelembunng ke luar pada sktuktur berongga.
6. Istilah Pergerakan Bola Mata
Elevasi Bola Mata Pupil bergerak ke atas.
Depresi Bola Mata Pupil bergerak ke bawah.
Abduksi Bola Mata Pupil bergerak ke lateral.
Aduksi Bola Mata Pupil mengarah ke medial.
Intorsi dan Ekstorsi Bola MataIntorsi Bola Mata
Bahagian atas bola mata berpusing ke medial.
Ekstorsi Bola Mata Bahagian atas bola mata berpusing ke lateral.
OWN VIDEO\My Movie.mp4
Sekian, terima kasih.