31
TEKS PIDATO Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia. Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia , Sidang saksi yang saya hormati, Izinkan saya puteri Toh Sajak merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Sidang saksi yang saya muliakan Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan

pidato ijat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pidato ijat

TEKS PIDATO

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah

berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan

intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya

terpanggil untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi

Bahasa Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan

kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-

guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualikum  salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya puteri Toh Sajak  merungkaikan maksud pidato  saya pada hari ini.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib .

Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan

perasaan baik terhadap orang lain,  mahupun pergaulan masyarakat terangkum

dalam konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakan

Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan

agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan

nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan

masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi

Page 2: pidato ijat

merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan

peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal

mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari

rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala

tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud

perasaan dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur

bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan

pelbagai budaya yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa

kepada nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi

imej,watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik

dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama

lain,contohnya orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu

bapa,murid menghormati guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua

dan menyayangi orang muda.Firman Allah s.w.t: dalam surah Al-Hajh ayat 24

bermaksud,

“Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik

serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.

Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai

budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat

hingga menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan

masyarakat luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali

budaya Melayu dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu

diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang

terbaik

Sidang penonton penuh santun,

Bahasa melambangkan bangsa”.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan

dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita

hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah

Page 3: pidato ijat

dan masjid.Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam

segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan

perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang

mantap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-

menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan

pandangan orang lain.

“Tegak rumah kerana sendi,

Rosak sendi rumah binasa,

Tegak bangsa kerana budi,

Rosak budi runtuhlah bangsa”.

Sidang saksi yang dihormati,

Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap

masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulah  memainkan peranan

masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap

yang terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai

sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.

Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan

generasi berbudi  bahasa melalui penyebaran maklumat kepada

pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke

semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.

Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam

komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam

keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.

Apa tanda Melayu jati

Adat dan syariat dipegang mati

Apa tanda Melayu beradat

Budi bahasa dipegang erat

Page 4: pidato ijat

.

Sekian terima kasih.

Bismilahhiramannirahim…

         Kalau tidak kerana bintang,

         Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

         Kalau tidak kerana pidato,

         Tak akan saya berada disini.

        Datang bahtera dari Medan ,

        Singgah sebentar di laluan Kerai,

        Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

Page 5: pidato ijat

        Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum  W.B.H      

       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi

bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang

sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin

dan hadirat yang saya hormati.

  

        Jauh berlayar si pedagang Cina ,

            Singgah di Melaka menjual sutera .

        Bahasa melayu bahasa perantara ,

            Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati

            Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara cogan

kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat

dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata

orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan

bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan

kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang

memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk

meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa

perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara

berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal

perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina

identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa

yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan

kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di

Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang

Page 6: pidato ijat

wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak

Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita

menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah

negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang

lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca

yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman

itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan

Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah

digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat

yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke

golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa

tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak

bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang

kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan

perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa

Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,

          Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham

antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata

pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita

melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh

bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya

sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan

semangat ‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.

          “Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan

ah”

          “Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”

Page 7: pidato ijat

          Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia

dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan

menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri

perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji

kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses

‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting,

setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa

kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk

bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam

kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu

Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan

medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

          Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah

bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan

data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan

pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam

bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu

pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan.

Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila

tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati

dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah

negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains

dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan

antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan bandar. Dalam soal keharmonian,

sudah tentulah kita tidak mahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan

masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan.

Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah

jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah tentulah

perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar baharu itu,

Page 8: pidato ijat

usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan

Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana

yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas

menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan

bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu

sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin

mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan

bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak

keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita

di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah

bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Page 9: pidato ijat

CONTOH TEKS PIDATO.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, parahakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar danseterusnya hadirin sekalian.Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk

“Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus

menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas,bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pulabahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untukperpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untukmenjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain didunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yangdinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannyalebih relevan mengikut arus perubahan zaman.Saudara saudari yang dihormati sekalian,Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejakkecil.

Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupukkesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Olehitu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam halini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru.Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betulapabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yangtelah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka padakurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.Hadirin sekalian,Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa.

Pihakberkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempenuntuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaituDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesanuntuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasaMelayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolahdan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan

Page 10: pidato ijat

aktivitiyang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turutmemainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota

 

masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalammempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akanmembuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalanganmasyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluasdigunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia

Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdirisama tinggi” dengan bahasa

-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.Rakan-rakan dan hadirin sekalian,Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaanperlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaanbahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidaklangsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yangberkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melaluikenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaituPejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektorawam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusanmereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihakkerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka bolehdidakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasaMelayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.Hadirin sekalian,Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa.Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihakpenguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yangberkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnyadibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidakmematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya,pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendendaatau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yangberkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan olehparlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran danmenakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasaMelayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidakmementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

 

Page 11: pidato ijat

 Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untukmemartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semuapihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayutanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nantibahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang jugamenjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkanpenggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang danditingkatkan martabatnya dengan menguar-

uarkan slogan “Bahasa MelayuDidahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

 Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilapkata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikanpidato tadi.Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

.

Page 12: pidato ijat

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Bismillah, Alhamdulillah. 

Terima kasih pengerusi majlis,Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,seterusnya hadirin hadirat sekalian,

"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya satu persatu.

Menurut Kamus Dewan, "Guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh."Berkualiti" pula bererti bermutu tinggi. "Menjana" pula ditakrifkan sebagai menghasilkan manakala "Insan" pula merujuk kepada individu manusia dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.Dari definisi tadi jelaslah bahawa pendidik yang bermutu yang tinggi mampu melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau mereka yang berjaya.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Kualiti guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan. Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha ini dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah dan diserahkannya kepadaNya untuk dinilai. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah ayat 5,

Maksudnya: "Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya".

Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar di pedalaman. Kisah mereka dipaparkan di akhbar dan televisyen beberapa bulan yang lepas. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka adalah ikhlas untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan.

Hadirin-hadirat,

Page 13: pidato ijat

Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan pelajaran dengan baik kepada murid-murid. Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari "Majmu' Zawaid yang bermaksud;

"Sesungguhnya, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut.

Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para murid ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya, ilmu adalah ibarat bintang yang menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah arah.

Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan seluruh negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik.Hikmah disini bererti bijaksana. Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud"Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan contoh teladan yang baik".

Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan cara dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa di sekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la yang bermaksud;

"Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi pekerti.

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia.

Page 14: pidato ijat

Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri ke arah melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 15: pidato ijat

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kridibeliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah pun mewarnai diri Rasulullah....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Remaja berintelek, penjana wawasan Negara”. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta.

Page 16: pidato ijat

Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad “jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang”.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

“Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara”, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi’ dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi. 

Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju”. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan. 

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

“Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara”, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda

Page 17: pidato ijat

mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan. 

Hadirin yang penuh santun, 

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti “Mat Rempit”, “Mat Gian”, “Samseng Jalanan”, “bosiah”, “bohjan”, “kaki lepak” perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w 

Page 18: pidato ijat

MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua “ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Fikir-fikirkan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.

Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.

Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

Di bawah lembayung kata “Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh” menjadi hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun, kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh, menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.

Page 19: pidato ijat

Sidang hadirin yang budiman,

Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci “politik di Malaysia lambang keamanan dunia”. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.

Sidang hadirin yang santun budi,

“Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama”, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap teguh di belakang Dr.

Sidang hadirin yang penuh intelektual,

Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata “Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan”. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.

Sidang pendengar yang setia

Page 20: pidato ijat

Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.

Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.

Page 21: pidato ijat

“ 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ”

Putera kepada tokoh terbilang,

Lahir di Lipis, membesar di Pekan,

1 Malaysia formula dicanang,

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Setelah saya memperdengarkan pantun tersebut saya pasti, sudah ramai yang mengetahui wajah tampan yang terselindung disebaliknya. Beliau adalah Perdana Menteri kita yang Ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau kemudiannya tumbuh dan membesar di Pekan , Pahang. Pengalaman menyaksikan perjuangan serta aliran politik negara ketika pemerintahan ayahanda tercinta, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, menjadikan beliau berinspirasi untuk berbakti kepada masyarakat juga negara.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual, Encik Dzulkarnain Bin Mat, Yang berusaha Ketua Unit Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (2) Semester 3, serta para hadirin yang saya hormati. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato yang cukup bermakna dan penuh perisian. Insya-Allah. Tajuk pidato yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah “ 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ”. Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara makna atau definisi tentang apa yang diertikan dengan konsep 1 Malaysia yang sebenarnya.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, konsep 1 Malaysia adalah merujuk kepada cara kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan yang kita ambil perulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni dasar untuk menolong kaum Bumiputera tidaklah diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan cara adil dan saksama. Pertimbangan yang diberi kepada golongan Bumiputera yang layak wajar mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita akan keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Konsep 1 Malaysia menuntut pemimpin dan setiap warganegara untuk memainkan peranan masing-masing disamping melibatkan nilai tambah dan pembaharuan. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan

Page 22: pidato ijat

keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’‘1Malaysia’ memerlukan kepimpinan yang bijak menafsir dan memahami tugasan yang diberi serta dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, bercakap benar, telus, ikhlas, amanah dan berkebolehan amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1 Malaysia turut menjadi pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Hadirin yang dimuliakan,

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Konsep 1 Malaysia berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia kerana di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep ini juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsaMalaysia. 1 Malaysia tidak hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia seperti yang dibawa oleh Malaysian Malaysia. Konsep Malaysian Malaysiaadalah dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.

Sebenarnya konsep 1 Malaysia tetap berkait dengan dasar-dasar kerajaan yang terdahulu. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu dan bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan iaitu usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara. Usaha ini sudah lama dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kemudiannya, usaha ini disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Meskipun setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan juga negara.

Saudara dan saudari,

‘1 Malaysia’ akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Konsep yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan RakyatMalaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Page 23: pidato ijat

Untuk menjayakan konsep ini, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging). Nilai-nilai murni yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’ juga perlu diamalkan. Nilai-nilai murni ini dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Nilai-nilai tersebut adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan serta integriti.

Hadirin yang budiman sekalian,

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja pula memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Disamping itu, rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri iatitu dikenali sebagai Tawaduk’.

Konsep penerimaan dan toleransi pula adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Prinsip kesetiaan turut amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Hadirin hadirat yang dirahmati,

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Pendidikan dan pengetahuan pula adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Juga adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Peranan yang dijayakan rakyat akan mendapat manfaat dari komitmen kerajaan mlelalui tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebagai sebahagian dari konsep 1 Malaysia. Hal ini bermaksud bahawa di samping menekankan peri-pentingnya perpaduan rakyatMalaysia, kerajaan juga akan memberikan keutamaan

Page 24: pidato ijat

kepada isu-isu yang dianggap penting oleh rakyat. Kerajaan juga menekankan prestasi dan pencapaian oleh semua kakitangan nya apabila berurusan dengan rakyat. Dalam kata lain, kerajaan amat memahami betapa pentingnya kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam dalam meningkatkan mutu hidup rakyat justeru itu pendekatan mesra-rakyat akan diberi keutamaan oleh semua agensi-agensi kerajaan.

Hadirin yang sy hormati,

Tampaknya masa begitu cemburu dan berlalu pantas meninggalkan kita. Tidak dapatlah saya berpidato dan mengulas dengan lebih panjang lebar lagi. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta haridin hadirat sekalian agar yakin dengan konsep yang dibawakan YAB Perdana Menteri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep “1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pncapaian diutamakan” adalah satu pakej lengkap yang mampu menjamin keharmonian dan pembangunan Malaysia yang mapan sekiranya kita semua, yakni rakyat Malaysia memberikan kerjasama juga komitmen padu.

Sekian, terima kasih.

Page 25: pidato ijat