60
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT PKG TAJUK : Wajib 1. Insan Berilmu Bangsa cemerlang 2. Kokurikulum Membantu Insan Cemerlang 3. Rukun Negara Teras Kesetian 4. Membaca Jambatan Ilmu. Spontan 1. Alam Sekitar Milik bersama 2. Syurga Di bawah Tapak Kaki Ibu 3. Menghargai Barang Buatan Malaysia 4. Membudayakan Gaya Hidup Sihat 5. Faedah Teknologi Maklumat 6. Budaya Rumah Terbuka 7. Semangat Malaysia Boleh

pidato PKG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pidato PKG

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT PKG

TAJUK :

Wajib

1. Insan Berilmu Bangsa cemerlang

2. Kokurikulum Membantu Insan Cemerlang

3. Rukun Negara Teras Kesetian

4. Membaca Jambatan Ilmu.

Spontan

1. Alam Sekitar Milik bersama2. Syurga Di bawah Tapak Kaki Ibu3. Menghargai Barang Buatan Malaysia4. Membudayakan Gaya Hidup Sihat5. Faedah Teknologi Maklumat6. Budaya Rumah Terbuka7. Semangat Malaysia Boleh

Page 2: pidato PKG

Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum.

Isi:1. pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan2. kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh3. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar4. dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar

1

(AR) Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. (AR) Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. (AR) Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. (AA) Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

(AJ) Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. (AH) Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. (AH) Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. (AC) Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. (AP) Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, (AJ) kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. (AH) Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. (AH) Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. (AP) Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, (AJ) kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. (AH) Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. (AH) Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. (AC) Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. (AP) Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai

Page 3: pidato PKG

roboh.

(AJ) Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. (AH) Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. (AH) Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. (AC) Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. (AH) Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. (AP) Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara .

Kesimpulannya, (A Cdgn) pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. (A Pndpt) Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. (A Hrpn) Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. (A Pndpt) Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (A Cdgn) Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

2.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah seperti persatuan unit beruniform serta sukan permainan.Kita boleh memperoleh pelbagai kebaikan jika kita menyertai aktiviti kokurikulum. Pertama,kita dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.Sebagai contoh,kita tahu cara-cara menyampaikan syarahan jika kita menyertai Persatuan Bahasa Melayu.Kita juga merawat luka ataupun penyakit yang ringan seandainya kita menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Di samping itu,kita akan lebih berdirikari,berdisiplin dan berdaya saing melalui sukan bola sepak,pasukan pengakap mahupun kelab rekreasi.Pelbagai kemahiran yang kita lakukan dapat membentuk diri kita menjadi insan yang bertanggungjawab. Selain itu,kita boleh diasuh sebagai pemimpin sekiranya kita terpilih menjadi pengerusi persatuan,ketua patrol pasukan pengakap ataupun kapten pasukan hoki.Ciri-ciri kepimpinan diri melalui penyertaan sesuatu akitiviti dapat melatih kita sebagai pemimpin masa hadapan. Kita juga dapat mengisi masa senggang.Oleh itu,masa lapang kita sentiasa terisi dengan aktiviti yang berfaedah.Dengan ini,kita tidak mudah terjebak dalam gejala sosial yang tidak menguntungkan seperti melepak,ponteng sekolah dan merokok. Dengan ini,jelas terbukti penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sangat penting.Sertai dan bergiat aktiflah dalam kokurikulum di sekolah.Kita pasti akan menjadi pewaris kepemimpinan negara yang disegani.

Page 4: pidato PKG

Bismillah……Alhamdulillah……..Emas sarat tampak memikat,Hiasi dulang berisi gelang,Kualiti hebat prestasi ditingkat,Insan cemerlang negara gemilang.Cetusan barakah buat peneraju acara,Saf kehakiman intelektual berkarisma,Sidang hadirin warga dewan berwibawa..Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma...Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka sayabukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysiayang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk ”Insan Cemerlang, Negara Gemilang”.Sidang pendidik yang dikasihi sekalian,Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi, Naib Canselor UUM ialahinsan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuanseiring perkembangan zaman.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, frasa negara gemilang ialah negara yangdipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalamsegala aspek termasuk politik, ekonomi mahupun sosial.Sidang penonton yang penuh santun,Bicara saya yang pertama ialah ”insan berintegiti negara dijulang”. integritimembawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan negaradipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai nilai kemanusiaan yang harus menjadi amalan bagi mementuk insan cemerlang.Sebagai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudahmempunyai nilai integriti yang baik. Buktinya, apabila seorang pegawai TLDM iaituBakhri Shah Abdullah dari Kt Sultan Idris (1) Pengkalan Lumut yang dilaporkan olehakhbar Berita Harian pada 15 Jun 2009 telah menerima Pedang Kehormat KesatuanBritannia dan beliau merupakan orang bukan British pertama menerima anugerah itu.Selain beliau, nilai integiti ini juga telah menjadikan rakyat kita antara usahawan berjaya.Ku Azhar Ku Abd Razak merupakan bekas tentera dan kini beliau antara usahawanberjaya negara dengan kejayaan membuka syarikat perusahaan feri terbesar Malaysiaiaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah memperkenalkan destinasimenarik Malaysia seperti Langkawi di peringkat global. Ini telah menunjukkan kepadakita bahawa insan berintegriti menjulang negara di peringkat antarabangsa.

Sidang hadirin warga dewan budiman,Bicara saya yang kedua, insan bersatu negara maju. Konsep 1 Malaysia ”Rakyatdidahulukan, pencapaian diutamakan” yang telah digagaskan oleh YAB PerdanaMenteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Jika dahulu, timbulnya cakap-cakapbelakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaanmentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, 1Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-sama berganding bahu menggemblengtenaga dalam membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jikaia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh segenap lapisanmasyarakat. Inilah yang kita inginkan, insan bersatu, masyarakat berpadu negara kitaMalaysia pasti akan maju.

Page 5: pidato PKG

Bicara saya yang ketiga ”Insan kreatif dan inovatif meningkatkan produktiviti”.Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaanterhadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan pendidikannegara seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara. Hal inikerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengolah sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yangingin dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajarPHD dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelumini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan namanegara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insanyang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agarberjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda seharusnya berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.

Bicara saya yang keempat. ”Insan berilmu meningkatkan kualiti insani”. Hakikatdan lumrah kehidupan, masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi diberikeutamaan dan penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikanbahawa keagungan sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan dannilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Alkhawarizmi, tokoh yang cukup ulungdalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teoritrigonometri. Tokoh barat, Professor Hitti sangat menyanjung beliau dan menganggaptokoh Islam itu antara saintis ulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-contohpelajar Cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil, Azali Azlandan adik Nik Nur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM membuktikan insan berilmu meningkatakan kualiti diri yang unggul sekaligus mampumemberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan.Tuntasnya, insan cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju danke hadapan dalam membina dan mencanai negara ke arah kegemilangan yang sejagat.INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANGSALAM INTEGRITI

Page 6: pidato PKG

Teks Pidato Contoh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-

Page 7: pidato PKG

bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Page 8: pidato PKG

Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

Teks Pidato Pelajar

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kridibeliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah pun mewarnai diri Rasulullah....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Remaja berintelek, penjana wawasan Negara”. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad “jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang”.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

“Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara”, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi’ dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam

Page 9: pidato PKG

mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi.

Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju”. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

“Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara”, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.

Hadirin yang penuh santun,

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti “Mat Rempit”, “Mat Gian”, “Samseng Jalanan”, “bosiah”, “bohjan”, “kaki lepak” perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua “ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Fikir-fikirkan...

Page 10: pidato PKG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.

Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.

Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

Di bawah lembayung kata “Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh” menjadi hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun, kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh, menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.

Sidang hadirin yang budiman,

Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci “politik di Malaysia lambang keamanan dunia”. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan

Page 11: pidato PKG

yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.

Sidang hadirin yang santun budi,

“Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama”, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap teguh di belakang Dr.

Sidang hadirin yang penuh intelektual,

Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata “Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan”. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.

Page 12: pidato PKG

Sidang pendengar yang setia

Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.

DEFINISI KOKURIKULUM"Kegiatan Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses p+p dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut ;a) Penyertaan dalam Sukan dan Permainan

b) Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab

c) Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam

d) Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh MenteriDalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan( Kokurikulum Kebangsaan ) telah memberi difinisi Kokurikulum.

Page 13: pidato PKG

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11

KOKURIKULUM Definisi Ko-kurikulum

          Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.

Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11

Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

Cemerlang membawa erti kita berusaha mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam semua aspek kehidupan

Page 14: pidato PKG

SKRIP PIDATO

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualikum  salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya puteri Toh Sajak  merungkaikan maksud pidato  saya pada hari ini.Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain,  mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakanSesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri

Page 15: pidato PKG

seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.Firman Allah s.w.t: dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud,“Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.Sidang penonton penuh santun,

Bahasa melambangkan bangsa”.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa

agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah membudayakan

budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa

mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan

perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu

budaya kerja yang mantap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati

antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

“Tegak rumah kerana sendi,Rosak sendi rumah binasa,Tegak bangsa kerana budi,Rosak budi runtuhlah bangsa”.Sidang saksi yang dihormati,Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulah  memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi berbudi  bahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.Apa tanda Melayu jati

Page 16: pidato PKG

Adat dan syariat dipegang matiApa tanda Melayu beradatBudi bahasa dipegang erat.Sekian terima kasih.

CONTOH MENULIS KARANGAN BERBENTUK PIDATO ATAUPUN SYARAHAN                        Pucuk manis permatang budi,                              pucuk purut digetus rusa;                        Yang manis bernama budi,                              Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, pengarah Institut Humaniora Malaysia, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.” Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mulia ini, demikian juga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu, sebagaimana bahasa-bahasa lain juga, mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala;

                       Yang buta tidak teraba-raba,                       Yang pekak tidak tertanya-tanya,                       Yang kecil tidak terambin-ambin,                       Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Menurut Kamus Dewan (2006), istilah ‘fungsi’ bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud ‘bahasa’ pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh

Page 17: pidato PKG

sekelompok masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya. Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang, bagaimanakah bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan saya jawab satu persatu dalam wacana, “Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.”

Tuan hakim yang bijaksana lagi arif.

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tuan-tuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 Am dan Pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen." Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua urusan pentadbiran dan perdagangan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak

Page 18: pidato PKG

mahu bahasa Melayu dipinggirkan sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr. Mahathir Mohamed.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata perpatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” atau “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Page 19: pidato PKG

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negara berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakat Melayu dan bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan mendapat laba yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri 'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara. Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan sebagainya menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing. Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu adalah bahasa i1mu di Sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Bahasa IImu pula ialah bahasa komunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa Melayu banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar bidang berkenaan. Salah satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkan disampai dan dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi. Sehingga kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang Sains dan teknolog dan sedang berkhidmat di pasaran. Telah sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan khidmat mereka ibarat ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dengan pakar-pakar yang mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pula ‘menetaskan’ tenaga-tenaga khidmat yang lain.

Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalam bidang keagamaan seperti dalam bidang penyebaran ilmu agama Hindu-Buddha dan kemudian Islam. Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnya merupakan pusat penyebaran agama Hindu-Buddha ke seluruh dunia. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa ilmu menyebar ajaran agama

Page 20: pidato PKG

Islam. Walaupun agama Islam turut membawa bahasa Arab, namun penyebaran Islam di Asia Tenggara adalah menggunakan bahasa Melayu tulisan Jawi. Fungsi itu ternyata kekal sehingga kini agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan menjana pemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlaku kekurangan hendaklah ditambah, jika berlaku kebocoran hendaklah ditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak semua bahasa adalah lengkap dan sempurna. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai bidang ilmu hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan lagi bahasa Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara. Sehingga kini telah banyak istilah dan konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dan sebagainya.

Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat.

Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada zaman penjajahan, telah menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura hinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun yang ke-7 Masihi.

Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, e-mail dan lain-lain lagi. Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutu keperluan kepada setiap individu dan berkau pada setiap hari. Kini ramai yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan melahirkan pendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan

Page 21: pidato PKG

berbahasa Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itu tadi, konklusinya di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita.

Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi wahana penyebaran i1mu di semua peringkat institusi pendidikan, dan sebagai lambang bahasa pengantar untuk memberi dan menimba ilmu sejagat. Rumusan seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannya menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Dan yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan semua golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala dan mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun;

                       Alang-alang menyeluk pekasam,                               Biar sampai ke pangkal lengan;                        Alang-alang bahasa dijulang,                               Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Page 22: pidato PKG

Insan Berilmu Bangsa cemerlang

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Page 23: pidato PKG

Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, “Insan Berilmu Bangsa Cemerlang.”

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala;

                       Yang buta tidak teraba-raba,                       Yang pekak tidak tertanya-tanya,                       Yang kecil tidak terambin-ambin,                       Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Frasa insan cemerlang menurut Tan Sri Dr. Nordin Kardi, mantan Naib Canselor UUM ialah insan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuanseiring perkembangan zaman.Bangsa yang cemerlang pula ialah mereka yang tidak mengenal putus asa. Semakin mereka ditekan, semakin gagah mereka bertahan. Semakin mereka disekat, semakin mereka menjadi kuat. Semangat juang mereka tinggi. Kemuliaan bagi mereka adalah dengan berjuang demi menegakkan hak dan kebenaran.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Bicara saya yang pertama ialah ”insan berintegriti negara dijulang”. Integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan Negara dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai- nilai kemanusiaan yang harus menjadi amalan bagi mementuk insan cemerlang. Sebagai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudah mempunyai nilai integriti yang baik. Buktinya, apabila seorang pegawai TLDM iaitu Bakhri Shah Abdullah dari Kt Sultan Idris (1) Pengkalan Lumut yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 15 Jun 2009 telah menerima Pedang Kehormat KesatuanBritannia dan beliau merupakan orang bukan British pertama menerima anugerah itu.

Selain beliau, nilai integriti ini juga telah menjadikan rakyat kita antara usahawan berjaya.Ku Azhar Ku Abd Razak merupakan bekas tentera dan kini beliau antara usahawan berjaya negara dengan kejayaan membuka syarikat perusahaan feri terbesar Malaysia iaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah memperkenalkan destinasi menarik Malaysia seperti

Page 24: pidato PKG

Langkawi di peringkat global. Ini telah menunjukkan kepada kita bahawa insan berintegriti menjulang negara di peringkat antarabangsa.

Sidang saksi yang saya muliakan,

Bicara saya yang kedua, insan bersatu negara maju. Konsep 1 Malaysia ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” yang telah digagaskan oleh YAB PerdanaMenteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Jika dahulu, timbulnya cakap-cakap belakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaan

mentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, 1 Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-sama berganding bahu menggembleng tenaga dalam membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jikaia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Inilah yang kita inginkan, insan bersatu, masyarakat berpadu negara kita Malaysia pasti akan maju.

Bicara saya yang ketiga ”Insan kreatif dan inovatif meningkatkan produktiviti”.Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan terhadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan pendidikan negara seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara. Hal ini kerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengolah sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yang ingin dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajar PHD dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insan yang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agar berjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda seharusnya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.

Bicara saya yang keempat. ”Insan berilmu meningkatkan kualiti insani”. Hakikat dan lumrah kehidupan, masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi diberi keutamaan dan penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikan bahawa keagungan sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan dan nilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Alkhawarizmi, tokoh yang cukup ulung dalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teori trigonometri. Tokoh barat, Professor Hitti sangat menyanjung beliau dan

Page 25: pidato PKG

menganggap tokoh Islam itu antara saintis ulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-contoh pelajar Cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil, Azali Azlan dan adik Nik Nur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM membuktikan insan berilmu meningkatakan kualiti diri yang unggul sekaligus mampu memberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan.

Tuntasnya, insan berilmu adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju dan ke hadapan dalam membina dan mencanai negara ke arah mewujudkan bangsa yang cemerlang.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Kokurikilum Membentuk Insan Cemerlang

Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada kepimpinan majlis, kobinasi ampuh pihak kehakiman dan setrusnya sidang intelektual sekalian. assalamuaiku…..

Malaysia ku indah negara terbilang,

Sudah terkenal di mata dunia,

Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang,

Tajuk pidato pilihan saya.

Page 26: pidato PKG

Kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang besar peranannya dalam membantu melahirkan insan yang cemerlang.pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh unit beruniform,kelab dan persatuan serta sukan dan permaianan boleh disertai oleh pelajar untuk memantapkan lagi sahsiah dan ketrampilan diri mereka.Tiada siapa boleh menyangkal kenyataan ini kerana aktiviti yang dijalankan seperti yang kita sertai hari ini menuntut komitmen yang tinggi dari segi emosi, jati diriserta kekuatan mental dan fizikal.Bukan calang-calang individu yang mampu melakukannya melainkan individu yang cemerlang jiwanya .

Sidang penonton yang budiman,

Mengutamakan disiplin ,kerjasama dijunjung, perpaduan erat begitulah idea utama bicara saya pada hari ini.Memang sudah terang lagi bersuluh, setiap individu yang bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum perlu dapat menyesuaikan diri dalam aktiviti berkumpulan.Contohnya dalam pertandingan berpasukan seperti bola sepak,bola jaring hatta badminton berpasukan juga memerlukan kerja sama antara pemain.jika tidak ada disiplin,persefahaman,bersatu padu dan kerjasama tentu sekali pasukan ini menempah kekecewaan. Apabila telah dilatih dengan sikap ini setiap individu akan memparaktikknnya dalam kehidupan seharian dalam konteks masyarakat majmuk kita.Inilah insan cemerlang yang amat didambakan oleh perdana menteri kita ke arah merealisasikan impian Satu Malaysia.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Beralih bicara ke idea kedua. berfokus kepada lembayung kata memaksimunkan pengisian masa menjauhkan keruntuhan moral.Umum telah maklum individu yang bergiat dalam aktiviti kokurikulum sentiasa dicemburui oleh masa. Tanpa pengurusan masa yang sempurna sukar untuk mereka cemerlang dalam kokurikulum , gemilang dalam akademik dan terbilang dalam kehidupan mendatang. Mereka perlu menggunakan masa secara maksimum dan sentiasa bersikap profesional. mereka tidak mempunyai masa senggang untuk melepak dan berfoya-foya.Oleh itu mereka dapat menjauhkan diri daripada terjerumus ke lembah keruntuhan moral.Keruntuhan moral remaja hari ini merupakan barah yang sukar diubati dan kian rakus menular.Natijahnya kokurikulum melahirkan insan cemerlang yang dapat memaksimumkan pengisian masa serta sihat rohani dan jasmaninya untuk menyumbang kepada keluarga, agama,bangsa dan negara.

Sidang saksi yang saya muliakan,

Meneruskan bicara dengan cetusan idea ketiga daripada saya.Kita hayati premis kata jati diri disemai, menjulang semangat juang ke arah kecemerlangan.Kecemerlangan kokurikulum diukur

Page 27: pidato PKG

dengan aktiviti-aktiviti yang sungguh mencabar. mereka harus melalui pertandingan peringkat kelompok,zon ,daerah ,negeri dan kebagsaan sebelum bergelar juara. Kejayaan seseorang yang bergiat aktif dalam kokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi. mereka harus mempunyai jiwa yang kental,berani menghadapi cabaran dan tidak mudah menyerah kalah.Mereka sama sekali tidak akur kepada sikap putus asa melainkan bingkas bangun membaiki kelemahan diri dan membina keyakinan untuk menguasai kejayaan.menyedari hakikat ini mereka dapat menerima kekalahan tetapi sentiasa bersikap positif dalam menagani cabaran yang mendatang. Inilah insan cemerlang yang tinggi jati dirinya dalam memperjuangkan kedaulatan negara kita agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di peringkat global.

Hadirin yang berjiwa setia ,

Pengukuh kepada tiga idea yang berlalu kita singkap idea keempat.adunan kosa kata kepimpinan unggul,tolenrasi disanjung,diplomasi dijunjung meyumbang kecemerlangan insan. Dalam setiap kelompok yang besar ,perlu ada pemimpin yang dapat menentukan hala tuju yang jitu.Begitulah juga dalam setiap unit kokurikulum perlu ada barisan pemimpin yang dapat menentukan jatuh bangunnya organisasi mereka. Barisan kepimpinan perlu mengamalkan sikap tolenrasi agar setiap ahli merasakan diri mereka adalah penyumbang yang baik dalam pasukan. jika ingin menolak sesuatu pendapat , perlu dilakukan dengan penuh diplomasi seperti menarik rambut di dalam tepung agar tidak ada yang terguris rasa.kepimpinan unggul yang mengamalkan sikap tolenrasi yang penuh diplomasi akan mudah mencapai kejayaan kerana sentiasa mendapat sokongan. Insan cemerlang ini akan mewarisi negara pada masa akan datang.mereka menjadi pewaris yang akan melestarikan penguasaan malaysia di peringkat antarabangsa.

Sidang penonton yang mencintai keharmonian,

Tirai pidato saya labuhkan dengan kata-kata untuk renungan, disiplin diri dan kerja sama akan mengeratkan perpaduan.Pengisian masa terluang menggelakkan keruntuhan moral berkembang.Peningkatan jati diri melahirkan insan bersemangat juang. Penerapan kepimpinan unggul membentuk malaysia cemerlang,gemilang dan terbilang.Segalanya bermula dengan kejayaan aktiviti kokurikulum yang membentuk insan cemerlang.

Page 28: pidato PKG

Bismillah……Assalamualikum……

Sekalung ucapan terima kasih buat Tuan Pengerusi Majlis, panel kehakiman , dif – dif kehormat, guru – guru serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada hari ini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang “

Sebelum pidato ini saya teruskan , elok sekiranya kita sama – sama memahami intipati tajuk pidato ini. Kokurikulum membentuk insan cemerlang secara konseptual membawa maksud aktiviti luar bilik darjah yang meliputi aktiviti kelab, sukan dan unit berunifom berperanan penting dalam melahirkan individu yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

HS

Persoalannya , Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini berperanan membentuk insan yang cemerlang. Hari ini akan saya kemukakan 3 bukti yang menunjukkan kokurikulum membentuk insan cemerlang.

Page 29: pidato PKG

Kokurikulum membentuk kecemerlangan kepemimpinan. Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri telah menetapkan para pelajar akan memimpin pelajar. Senario ini akan membenihkan asas kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti Kelab/ persatuan dan unit berunifom telah berjaya menonjolkan bakat kepemimpinan. Di sini para guru merupakan fasilitator yang akan melatih, membantu, membimbing dan membentuk para pelajar memimpin organisasi mereka. Ahli jawatankuasa yang dibentuk itu merupakan satu cabaran yang perlu dipikul dalam menggerakkan kelab atau persatuan yang mereka terajui. Dr Hanafi Ismail dalam buku 7 cabaran menjadi pelajar cemerlang ada menyatakan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan jalan penting dalam membentuk kepemimpinan yang cemerlang. Contohnya kita lihat pemimpin negara hari ini ialah pemimpin pelajar pada zaman persekolahan mereka.

Seterusnya kokurikulum membentuk kecemerlangan sahsiah. Tidak dapat kita nafikan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum akan menyemai sahsiah yang cemerlang. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan ini sudah pasti melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri mantap, toleransi, dedikasi, amanah, kerjasama , menonjolkan keperibadian yang mulia dan sebagainya . Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri menyerapakan nilai – nilai tersebut dalam diri pelajar contohnya aktiviti perkhemahan pengakap, permainan bola sepak dan aktiviti persatuan , nilai penting yang dapat dilihat adalah kerjasama yang komited, bertoleransi dan saling memerlukan antara satu sama lain dan sebagainya. Mantan Menteri Pelajaran, Datok Sri Hishamuddin Tun Hussin pernah menyatakan bahawa pembentukan sahsiah yang cemerlang hasil penglibatan aktiviti kokurikulum akan menjurus ke arah tercapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang cemerlang dari aspek intelek, rohani , emosi dan jasmani.

HS

Kokurikulum membentuk kecemerlangan akademik pelajar. Aktiviti kokurikulum sebenarnya ialah kesinambungan aktiviti di dalam bilik darjah malah matlamat asalnya adalah untuk kecemerlangan akademik. Aktiviti kokurikulum itu telah membuka banyak pengalaman kepada murid bagi mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang akademik. Aktiviti kokurikulum juga mampu memantapkan fizikal dan mencerdaskan minda. Fizikal yang mantap dan minda yang cerdas inilah kunci kejayaan dalam akademik. Seseorang yang mempunyai keseimbangan dalam kedua-dua domain ini akan mampu berfikir dengan matang dan mampu membentuk wawasan untuk kejayaan. Contohnya Azali Azlan , pelajar Sek. Men. Agama Yan , Kedah yang merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya muncul pelajar cemerlang SPM 2007 dengan keputusan 21A.

Kesimpulannya, keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum merupakan satu langkah bijaksana bagi membentuk insan cemerlang dalam segenap aspek. Masa depan negara bukan hanya bergantung pada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sumbangan kokurikulum juga mampu membentuk kemahiran generik yang diperlukan dalam pembentukan insane cemerlang. Oleh itu, semua pelajar diseru supaya mengambil bahagian secara aktif dan konsisten dalam aktiviti kokurikulum agar kita sama-sama menjadi insane cemerlang.

Sekian

Page 30: pidato PKG

Alam Sekitar Milik Bersama

andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan untuk bermadah saya kesini,tetapi untuk kita sama-sama menghayati,mendalami dan menyelami mauduk bicara yang berbunyi melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama. Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi,kombinasi intelektual kehakiman bervisi,guru-guru yang saya hormati,seterusnya hadirin hadirat yang di kasihi dekat di hati. Assalammualaikum dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan masa,apa khabar penutur bahasa Malaysia tercinta.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur bicara,saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian

Page 31: pidato PKG

melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama sebagai mengekalkan ketulenan alam amanah kita semua. senario ini mempunyai aspek yang begitu meluas tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya terdapat 1 aspek yang perlu dipertekankan dibawah kata kunci “tanggungjawab bersama”.Sebenarnya alam sekitar bagaikan isi dengan kuku hubungannya dengan manusia, kerana manusia dan alam sekitar memerlukan antara satu sama lain justeru alam sekitar perlu diberi dilestarikan agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup dangan selesa dan harmoni

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama bagi melestarikanalam sekitar ialah mengadakan kempen kesedaran alam sekitar,tujuannya bukanlah untuk membebankan,melecehkan mahupun menyusahkan hadirin hadirat,sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam yang berlaku secara abnormal,sepertimana proses penebangan dan pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan,yang kononnya untuk menjimatkan masa,tenaga serta mengelakkan bebanan kos. Deklarasi demi deklarasi telah dijalankan,memang mejoritinya semua individu sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar namun segalanya hanya rayuan manis dibibir senyuman sinis yang dilemparkan.kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya meminjam dari generasi yang akan datang. Tuntasnya kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat sedar akan tindak tanduk mereka dan segera melestarikan alam sekitar.

 Warga dewan yang bijak bestari,

Indikator saya yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang mempunyai masa senggang yang panjang bersama anak-anak.terdapat segelintir remaja mahupun kanak-kanak yang masih lagi acuh tak acuh dalam aspek kebersihan.saya bawakan contoh yang mudah, pembuangan puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula di merata-rata tempat, acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas dan tandas awam dicemari oleh benda-benda

Page 32: pidato PKG

kecil ini,sebenarnya setiap individu daripada kita mempunyai peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar, walaupun ianya remeh,namun jangan di sebabkan remeh kelak membinasakan masyarakat sekaligus merobek keindahan alam. Tegasnya ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak di samping menasihati mereka supaya mencintai kerbersihan alam sekitar bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Warga dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di Negara kita sekaligus mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan yang dilakukan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh didenda RM500 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Hal ini kerana segelintir individu masih lagi tidak bertanggungjawab  dengan melakukan perbuatan yang mencabul keindahan alam sedangkan kita dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar begitu juga Mahatma Gandhi,pemimpin india tersohor ada mengatakan bumi pada hari ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak haloba, yang membawa maksud mereka yang mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak berhak keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup terpanggil untuk mengajak saudara saudari memikirkan kepentingan manusia melestarikan alam sekitar kita. Rasionalnya jika amalan ini tidak dipratikkan maka sukarlah untuk kita merealisasikancabaran ke-4 dengan wawasan 2020  Sidang dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-4 menekankan pihak media massa sebagai salah satu medium efektif dalam melestarikan alam sekitar, hal ini merujuk kepada peranan media massa yang mampu  mempengaruhi minda masyarakat, terutamanya remaja selaku generasi pelapis untuk melesterikan alm sekitar tercinta. Pelbagai informasi tentang alam sekitar dapat di perolehi melalui

Page 33: pidato PKG

media ini, sama ada melalui iklan,berita,wawancara mahupun rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar, apakan kesan-kesan kemusnahanya? serta yang paling utama bagaimanakah cara-cara untuk kita menjaganya, enak lauk di kunyah-kunyah,enak kata diulang-ulang,sekiranya iklan tentang kepenting melestarikan alam sekitar ini sering diulangi,acapkali didengar,sudah pasti setiap individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab yang harus dipikul dalam mengekalkan keindahan alam sekitar. Tegasnya pihak media massa perlu berganding bahu kerana mereka merupakan salah satu pihak yang penting dalam memberi pendekatan kepada masyarakat dengan lebih efektif.

Warga dewan sekalian,

Harus di kejut mana yang lena,Harus ditegur mana yang alpa.Sebelum manusia ditimPpa bencana,Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintakan alam sekitar.ingatlah “alam cemerlang,hidup gemilang”. Jadi anda bayangkan andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor semut merah.konklusinya manusia mengancam manusia yang terancam. Persoalannya demi mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam menjadi taruhan? Fikir-fikirkan agar masalah ini tidak akan berleluasa sehingga mengakibatkan ledakan tsunami di jepun, gunung merapi memuntahkan lavanya,dan taufan KPatrina serta Wilma Amarika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah sendiri, “melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama”

Page 34: pidato PKG

Syurga Di bawah Tapak Kaki Ibu

(spontan)

Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat: al-Hakim)*Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As Sa'idy ra. berkata: suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah saw. kemudian tiba-tiba datanglah seorang laki-laki dari Bani Salimah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?"Beliau menjawab, "Ya, masih ada yaitu menshalatkan jenazahnya, memintakan ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungnya kecuali dengan keduanya, dan memuliakan sahabat keduanya." (HR Abu Daud)*Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari*Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?

Page 35: pidato PKG

Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.*Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah,mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut hadis tersebut .*Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak mahu memberi miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta .*Rasulullah bersabda, maksudnya; "Seseorang anak tidak dapat membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka." - (Riwayat Muslim dan Abu Daud).*Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturrahim." - (Riwayat Ahmad).*Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti." - (Riwayat Ibnu Najar).*Au Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah semua ini untukku?" Maka dijawab: "Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu." - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi).*Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)." - (Riwayat Tabrani).*Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat kepada wajah ibu bapa, al-Quran dan kepada laut." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". - (Riwayat Abu Daud).*Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Apakah saya mesti meminta izin ibu saya jika masuk ke

Page 36: pidato PKG

dalam biliknya?" Baginda menjawab: "Ya." Dia bertanya lagi: "Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya." Jawab baginda: "Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?" Lelaki itu menjawab: "Tidak." Baginda bersabda: "Maka minta izinlah kepada ibumu." - (Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).*Diriwayatkan oleh Aisyah, katanya: "Aku belum pernah melihat seorang pun yang wibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah terhadap Fatimah puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah, dia bangkit kepadanya, menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan jika nabi masuk kepadanya dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya." - (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi).*Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku." Rasulullah bersabda,maksudnya: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).*Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya dia (bapaku) mengambil hartaku." Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).*Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).*Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membayar hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai ibu bapanya." - (Riwayat Ibnu Asakir).*Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya seseorang yang ditinggal mati oleh ibu bapanya atau seorang daripada mereka, maka dia adalah orang yang menderhakai ibu bapanya lalu dia tetap mendoakan mereka dan memohon keampunan bagi mereka sehingga Allah menulisnya sebagai orang yang berbakti" (riwayat Baihaqi dalam Syu'bul Iman).*Ibnu Abas berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya." - (Riwayat Baihaqi)

Page 37: pidato PKG

Menghargai Barang Buatan Malaysia

(spontan)

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan

Page 38: pidato PKG

pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti.

Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Page 39: pidato PKG

Gaya Hidup Sihat (spontan)

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia, Encik Abdillah Bin

Adam, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Puan Hamsiah Abdullah Binti

Masni, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, En. Abdul Malek Bin

Mohd Tahir, Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan

sekalian. Selamat pagi, salam perpaduan dan salam Satu Malaysia saya ucapkan.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya saya berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat berucap di atas

pentas yang serba indah ini. “Gaya Hidup Sihat.” Demikianlah tajuk syarahan yang akan saya

sampaikan bersempena dengan Hari Keluarga tahun 2010 ini.

Para Hadirin yang dikasihi,

Frasa “gaya hidup” dapat didefinisikan sebagai cara tertentu seseorang individu atau

sesuatu kumpulan menjalani kehidupan, manakala istilah “sihat” pula dapat ditakrifkan sebagai

tidak menghidap sebarang penyakit, tidak sakit-sakit, afiat dan segar. Tuntasnya, gaya hidup

sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada

Page 40: pidato PKG

diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Dalam konteks pembentukan bangsa Malaysia

yang sihat dan memiliki minda kelas pertama, gaya hidup sihat harus kita tekankan dan

amalkan sebagai satu aset yang paling berharga dalam kehidupan.

Sidang Hadirin yang budiman,

Seiring dengan pembangunan negara, masyarakat menjadi semakin mementingkan

material dan kebendaan, sekali gus mengabaikan gaya hidup sihat yang sememangnya penting

dalam kehidupan kita. Persoalannya, haruskah kita korbankan gaya hidup sihat semata-mata

untuk mengejar keselesaan hidup? Apakah yang boleh dan harus kita lakukan untuk mencapai

gaya hidup yang sihat?

Sidang Hadirin sekalian,

Sememangnya terdapat banyak langkah dan usaha yang dapat kita lakukan untuk

mencapai gaya hidup sihat. Pertama sekali, kita hendaklah memberikan tumpuan kepada

aktiviti riadah bersama-sama dengan keluarga kita. Sesungguhnya, ahli keluarga merupakan

orang yang terdekat dengan kita dan senantiasa memberikan dorongan dan semangat kepada

kita. Apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti riadah dengan ahli keluarga seperti bermain,

berkelah, memakan angin, dan sebagainya, kita akan berasa gembira dan ceria. Lantas,

perasaan-perasaan negatif seperti sedih, murung, dan sebagainya tidak akan timbul dalam diri

kita. Pendek kata, kita dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan merapatkan hubungan antara

ahli keluarga sekiranya kita melakukan aktiviti riadah dengan mereka.

Para Hadirin yang dimuliakan,

Amalan permakanan yang seimbang juga amat ditekankan dalam usaha memupuk gaya

hidup sihat. Hal ini kerana jika kita tidak memakan makanan yang seimbang, maka badan kita

tidak dapat berfungsi dengan normal. Makanan yang seimbang adalah penting untuk

membekalkan tenaga dan mengekalkan kesihatan, sama ada dari segi mental dan fizikal.

Namun, lebihan bahan-bahan tertentu dalam makanan pula boleh mengakibatkan pelbagai

penyakit. Contohnya, lebihan lemak akan mengakibatkan obesiti manakala lebihan gula pula

boleh menyebabkan diabetis. Jadi, kita memerlukan gizi makanan yang seimbang agar kita

dapat menjalani kehidupan yang produktif dan menjauhi kita daripada segala jenis penyakit.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Page 41: pidato PKG

Kita juga perlulah menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Kita haruslah

melakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap dan tetap, sekurang-kurangnya setahun sekali

bagi memastikan kita bebas daripada sebarang penyakit. Bak kata pepatah, “cegah sebelum

parah.” Penggunaan bahan-bahan kosmetik dan terapi kesihatan juga amat digalakkan, selagi

bahan-bahan tersebut tidak memudaratkan kesihatan dan tidak mendatangkan sebarang kesan

sampingan. Malah, pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin sememangnya

diperlukan, khususnya terhadap golongan yang kekurangan bersenam dan aktiviti riadah.

Dengan kata lain, kita haruslah menjaga kesihatan kita dengan pelbagai cara untuk mencapai

gaya hidup yang sihat.

Sidang Saksi Bervisi,

Kita juga boleh mempraktikkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan aktiviti yang

sihat. Dalam konteks ini, bersukan menjadi fokus utama dalam bicara kata pada kali ini.

Sememangnya bersukan membawa seribu satu kebaikan kepada kita. Bersukan bukan sahaja

dapat menjadikan kita lebih sihat, malah gaya tubuh badan kita juga akan nampak lebih tampan

dan cantik serta melambatkan proses pernuaan. Dari perspektif lain, jika kita menggunakan

segala masa lapang kita untuk bersenam atau melakukan kerja-kerja amal, maka kita tidak

akan mempunyai masa yang lebih untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak baik seperti

melepak, terlibat dalam vandalisme mahupun gangsterisme. Slogan “Katakan Tak Nak Kepada

Rokok” dan “Jauhi Dadah” juga haruslah sematkan selalu dalam hati supaya kita dapat

menjalani gaya hidup yang sihat.

Sidang Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk kita praktikkan dan amalkan gaya hidup

sihat dalam kehidupan kita. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru semua orang

untuk sama-sama mengambil berat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dari pelbagai

aspek. Ini penting demi memastikan negara Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang sihat

menjelang Wawasan 2020.

Sekian, terima kasih

Page 42: pidato PKG

Faedah Teknologi Maklumat

(spontan)

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.  Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.  Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih

Page 43: pidato PKG

cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.  Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.  

Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai “kompas” semasa belayar.  Jika dahulu ada yang merujuk  keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.  Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik.  Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.

Hubungan Antarabangsa

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.  Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit. 

Page 44: pidato PKG

Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta  seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung.  Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah.  Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya

Page 45: pidato PKG

kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia.  Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia  untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

Budaya Rumah Terbuka

(spontan)

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Oleh hal yang demikian, maka wujudlah pelbagai perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia sepanjang tahun. Sebenarnya, inilah ciri-ciri keunggulan kita sebagai sebuah negara majmuk.

Page 46: pidato PKG

Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali tiba musim perayaan. Kini majlis rumah terbuka telah menjadi suatu kecenderungan aliran yang popular dalam kalangan masyarakat negara in Konsep rumah terbuka ini memberikan peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum yang lain.

Secara tidak langsung, kecenderungan ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat Malaysia yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga tetapi gagal mencapai tahap perpaduan seperti kita. Malah, rakyat negara berkenaan sentiasa bercakaran sesama sendiri.

Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada adat budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum di Malaysia. Tanpa mengira mana-mana perayaan, sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavati, Hari Natal, Pesta Keamatan, Pesta Gawai dan sebagainya, masing-masing tetap menyambutnya dengan cara yang tersendiri.

Sesungguhnya, proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan antara dua atau lebih budaya. Sebagai akibatnya, akan berlakulah proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti daripada kaum majoriti. Umpamanya, banyak unsur budaya Melayu yang akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur budaya kaum Iban, Kadazan, dan Murut ekoran majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan saban tahun.

Tambahan lagi, melalui amalan rumah terbuka, kaum-kaum yang berlainan akan lebih memahami antara satu dengan yang lain. Selain mengenal juadah kaum-kaum lain, mereka akan didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi. Sikap toleransi ini amat penting demi keutuhan negara kita.

Kesimpulannya. Amalan rumah terbuka semasa menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia seharusnya dijadikan suatu tradisi kehidupan rakyat negara ini. Malah, amalan sedemikian rupa menjadi identiti masyarakat majmuk Malaysia yang tiada tolok bandingnya dengan negara-negara lain.