22
PERPADUAN ADALAH BENTENG PERTAHANAN NEGARA YANG PALING UTUH Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama. Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

PIDATO PERPADUAN - PNB

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PIDATO PERPADUAN - PNB

PERPADUAN ADALAH BENTENG PERTAHANAN NEGARA YANG PALING UTUH

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-

elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum,

agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat.

Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada

dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang

disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya

menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka

untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam

negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun

malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di

Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah

konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana

unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu

persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah

berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah

melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat

pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini

berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak

contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah

yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama

perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa

rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam

urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian

Page 2: PIDATO PERPADUAN - PNB

tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan

penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap

menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka

dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis

misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan

British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan

bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat

menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa

monoetnik.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula

bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan

selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat

bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam

Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam

Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan

penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153,

yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti

pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum. Teori Hubungan Kaum

 Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan

Page 3: PIDATO PERPADUAN - PNB

kemudahan awam. Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.

 Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain.Contoh negara - Switzerland.

 Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

 Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

 Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

Page 4: PIDATO PERPADUAN - PNB

3. Pengenalan

 Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita

melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi,

kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain.

Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk

mencapai perpaduan. 

4.1       Perpaduan Kaum Daripada Perspektif  Teori Fungsionalisme.

4.1.1 Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang

menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan

manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh

dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.

Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur

sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat.

Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli

fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana

sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat

kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula

digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari

pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman

anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.

4.1.2  Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.

Page 5: PIDATO PERPADUAN - PNB

i)  Masyarakat

Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke

sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa

atau menghalang mereka dalam membuat keputusan.

Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah

kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat

sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat

menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing.

Lama-kelamaan,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat.

Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan

masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana

segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya.

Pihak Sekolah

Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat.

Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah

ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya

bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk

semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun

begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu

masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India. 

Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi

nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum

Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran,

tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan

stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar Melayu hanya

bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama kaumnya.Jadi,

tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini

masih terus lagi wujud.

iii) Media massa

Page 6: PIDATO PERPADUAN - PNB

Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti

televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar

dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih suka

kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa

ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya

juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi

bahasa ibunda. 

Definisi Mobiliti Sosial

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai

alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial

bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam

hiraki stratifikasi sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak iaitu

pergerakan ke atas atau ke bawah dalam hiraki. Mobiliti mendatar pula ialah

pergerakan dalam kelas sosial yang sama. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu

generasi atau antara generasi berlainan.

Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi

6.1           Mobiliti Sosial

  Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti

sosial yang berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara

menuju kearah kemajuan ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih

lagi tidak banyak berubah. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di

mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti

kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan

perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu

generasi ke satu generasi.

  Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal

dengan semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman

antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di

Page 7: PIDATO PERPADUAN - PNB

sekolah, malahan dalam kehidupan seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini

akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza.

  Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat

persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama  tidak mencapai

kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat

Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan

yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik

  Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri

seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek

moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal,

bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam

kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan

kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Kumpulan etnik sememangnya

membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik

berkenaan dalam masyarakat. 

  Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut

kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di

peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa

Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu

sama lain.

  Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga

kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak

kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain

terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya

menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan

Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia.

6.3   Reformasi Pendidikan

                Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem 

persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama.

Page 8: PIDATO PERPADUAN - PNB

Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan

sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di

kalangan rakyat berbilang kaum.

  Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan

bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar

Pendidikan Kebangsaan.  Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di

antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum

lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan

terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-

memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah

menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah yang terjadi

kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 

7.  Cadangan Dan Kesimpulan

  Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan

rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan

kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman

Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran

kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970.

  Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh

oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu

didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang

besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan

negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan

mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan

pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan

semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk

yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.

  Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara

ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan

Page 9: PIDATO PERPADUAN - PNB

mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang

menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat

bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan

damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan

perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa,

keturunan dan kepercayaan yang sama.

Kata orang tua tua melentur buluh hendaklah bermula dari REBUNGNYA lagi.\

Usaha mengukuhkan perpaduan perlu bermula di rumah dan sekolah rendah. Ini

kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya, selain kanak-kanak itu diibaratkan

seperti sehelai kain putih yang mana segala corak pada kain itu ditentukan oleh ibu

bapa, penjaga dan guru-guru di sekolah.

Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia

khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan

Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri

berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Bangsa Malaysia

Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan

diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik.

Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu

Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa

tersebut.

Page 10: PIDATO PERPADUAN - PNB

Tidak kira sama ada anak-anak itu mengikuti persekolahan aliran kebangsaan, Cina,

Tamil, Inggeris atau sekolah antarabangsa, tugas memperkukuhkan perpaduan terletak

pada bahu ibu bapa dan guru. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya

membentuk sikap anak- anak agar saling menerima perbezaan dan akhirnya membesar

sebagai rakyat yang sanggup bertolak ansur, bertoleransi dan menghormati perasaan

antara satu kaum dan kaum lain.

Memang diakui sukar untuk memuaskan hati semua kaum lantaran ledakan teknologi

maklumat dan jaringan yang hebat sekarang, sehinggakan ada dalam kita lebih

mempercayai apa yang ditulis blogger. Tetapi jika jiwa setiap rakyat sudah terdidik

supaya menerima perbezaan yang ada, maka apa saja yang dipaparkan akan dianggap

sebagai bahan bacaan ringan sahaja.

enubuhan Kelab Rukun Negara, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri, Sekolah

Penyayang, Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat, Pelaksanaan RIMUP, Penyertaan

Dalam Kokurikulum, Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan, Lawatan Sambil

Belajar, Pengurusan Disiplin, Hari Keluarga dan Sukaneka, Acara Kebudayaan dan

Kesenian, Perkhemahan Bina Insan, Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina,

Sistem Rumah, Aktiviti Riadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan.

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu

Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang

Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang

Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.

Pembentukan Masyarakat yang Toleran

Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju

Pembinaan Masyarakat Penyayang

Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial

Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makm

Page 11: PIDATO PERPADUAN - PNB

Membina Negara Bangsa

Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi

tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju

Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal, memupuk dan

memelihara perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1)

menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional, (2) mencegah konflik

antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke

arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4) mengesan dan menilai

perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan program dan aktiviti

perpaduan dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak yang terlibat

dengan perpaduan. Bagi mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan

toleransi, JPN merancang program yang bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi

memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal

antara satu sama lain.

Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan

belia yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika

Perpaduan disediakan bagi pendidikan prasekolah.

Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang

mudah diterima oleh semua pihak. Antaranya ialah skim rukun tetangga, tabika

perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah, majlis kebudayaan, pertandingan bakat,

gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat dan kelas vokasional.

Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah ‘Balai Muhibah’,

akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu

kaum dan aktiviti-aktiviti agensi.

Page 12: PIDATO PERPADUAN - PNB

Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum

dan integrasi nasional. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan

memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan perhubungan kaum.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat–

Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat

setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat,

sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan

dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat

setempat apabila mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan

kemudahan padang dan dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan

permainan tertentu.

3.2 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan

Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan

kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan

persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk

pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.

Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai

bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di

samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan

kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini

hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas

keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi

segala kepentingan-kepentingan lain.

Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu

sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja

meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan

antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi

dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik.

Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani

mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai

Page 13: PIDATO PERPADUAN - PNB

bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa,

cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-

kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan

memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan

rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan

etnik.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)-

Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya

terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan

termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di

mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama

dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa

RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan

penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia

membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya

menyumbang kepada perpaduan.

Penyertaan Dalam Kokurikulum–

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,

permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan

.

peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

Page 14: PIDATO PERPADUAN - PNB

dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan

maklumat

berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian

dan

perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini

berorientasikan

suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR)

dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata

pelajaran

Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah

dan

Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama,

menanam sifat-

sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati

sesama manusia.

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di

Melaka, Yang

Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana

Page 15: PIDATO PERPADUAN - PNB

Menteri

pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang,

beliau

menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip

Rukun

Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan.

Dengan

tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan

17/2000

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab

Rukun

Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah

terutamanya

golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat

perpaduan

yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

Lawatan Sambil Belajar–

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat

bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium

Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara,

Page 16: PIDATO PERPADUAN - PNB

Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan

sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti

perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran

maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat

bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa,

mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan

keturunan.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil–

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar

didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak

hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah

dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti

bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan

supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling

yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan

baik sepanjang persekolahan.

Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah, ibu

bapa perlu memikul tanggungjawab ini. Sekiranya anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu

bapa, semangat perpaduan dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan?

Tepuk dada Tanya selera.