Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    1/8

    3.0 Membuat perbandingan teori yang boleh diamalkan oleh guru biasa.

    3.1 Persamaan teori

    3.1.1. Prinsip teori

    Teori-teori kaunseling ini mempunyai prinsip yang sama iaitu untuk

    menguatkan hubungan keakraban antara kaunselor dan klien. Hal ini penting untuk

    memudahkan kaunselor mendapatkan kepercayaan daripada klien. Apabila

    kaunselor telah mendapat kepercayaan daripada klien, klien akan lebih bersifat

    terbuka untuk berkongsi masalah mereka dengan kaunselor. Hal ini sekaligus

    memudahkan kaunselor untuk membimbing klien menyelesaikan permasalahan

    mereka.

    3.1.2 Aplikasi teori

    Ketiga-tiga teori kaunseling tersebut boleh diaplikasi oleh kaunselor dengan

    mengenal pasti ciri-ciri yang ada pada individu melalui pemerhatian terhadap tingkah

    laku klien. Mohd Aziz Shah et. All (2009) berpendapat bahawa kaunselor juga boleh

    menggunakan teknik konfrontasi bagi menerokai klien yang agak pasif dan kurang

    semangat bekerjasama untuk meningkatkan motivasi mereka.Teori-teori kaunselingini dapat diaplikasikan dalam klinikal, perniagaaan dan institusi pendidikan.

    3.2 Perbandingan antara teori kaunseling.

    3.2.1 Pengenalan

    Teori kaunseling pemusatan klien atau client-centered theory telah

    diasaskan oleh Carl Roger pada tahun 1951. Teori ini berorientasikan kepada celik

    akal (Malek Muhamat Said, 2006).

    Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (RET) atau rational emotive

    behavioural therapy (REBT) pula diasaskan oleh Albert Ellis pada tahun 1958. Teori

    berbeza dengan teori yang dikemukakan oleh Carl Roger iaitu ianya lebih

    berorientasikan perlakuan (Malek Muhamat Said, 2006).

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    2/8

    Manakala, teori terapi tingkah laku atau teori behaviorisme telah dipelopori

    oleh beberapa orang tokoh secara berlanjutan melalui kombinasi pendapat-

    pendapat mereka yang tertentu. Pada awalnya, John B. Watson (1913)

    mengutarakan konsep pelaziman tindak balas iaitu beliau berpendapat bahawa

    manusia mempelajari tingkah laku melalui pergaulan antara manusia lain. Pada

    tahun 1953, B.F Skinner pula mengkritik pendapat tersebut dan mengutarakan

    konsep pembelajaran operan pelaziman Skinner dengan menekankan keperluan

    manusia untuk menjadi aktif dalam persekitaran melalui analisis tingkah laku

    mereka. Kemudian, pada tahun 1969, Albert Bandura pula sebaliknya berpendapat

    bahawa pembelajaran manusia diperoleh melalui peniruan daripada pemerhatian

    manusia itu sendiri seterusnya menghasilkan model sosial. Hasil kombinasi daripada

    pendapat-pendapat mereka, maka wujudlah teori behaviorisme yang lebih

    berorientasikan perlakuan.

    3.2.2 Falsafah berkenaan manusia

    Teori kaunseling pemusatan klien Carl Rogers mempunyai pandangan

    bahawa manusia secara semula jadinya adalah baik dan cenderung untuk mencapaikesempurnaan kendiri. Setiap individu boleh berkembang dari segi emosi mahupun

    intelek dalam suasana yang mesra . Manusia sering menghalang dirinya daripada

    kesedaran dengan menafikan perasaan tertentu menyebabkan mereka tidak mampu

    untuk menunjukkan potensi secara optimum dan secara spontan disamping memiliki

    kepercayaan dan dorongan yang minimum dalam diri sendiri.

    Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) berpendapat bahawa,

    manusia dilahirkan dengan potensi berfikir secara rasional dan tidak rasional

    (Zahbah B. Lep, 2010). Manusia sering menyebabkan diri mereka terganggu dengan

    mereka kepercayaan-kepercayaan tertentu yang menjadi gangguan kepada mereka.

    Oleh kerana itu, masalah yang dihadapi manusia sebenarnya bukanlah berpunca

    daripada factor luaran, tetapi masalah yang dihadapi manusia adalah hasil daripada

    pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu perkara. Namun, menurut Singgih D.

    Gunarsa (2006), manusia adalah unik kerana manusia mampu mencipta

    pandangan-pandangan yang salah yang boleh mengganggu dan mengecewakan dirimereka.

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    3/8

    Teori Kaunseling Behaviorisme berpendapat bahawa, seperti yang

    diperkatakan oleh Mohd Salleh (1993) dalam Amaludin AB Rahman (2008), manusia

    berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah laku sendiri. Semua

    tingkah laku telah digerakkan oleh ransangan. Tingkah laku yang teguh akan mudah

    berulang. Manusia sebenarnya berupaya memperoleh tingkah laku yang baru

    apabila dia mempelajarinya daripada orang lain atau tingkah lakunya dipengaruhi

    oleh orang lain. Manusia berupaya memahami konsep serta mengawal tingkah laku

    sendiri.

    3.2.3 Konsep utama

    Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibiah Elias (2008), teori kaunseling

    pemusatan klien Carl Rogers lebih memberikan penekanan kepada aspek trait,

    sikap, nilai, minat dan moral seseorang yang dibentuk sejak dari kecil. Carl Rogers

    berpendapat bahawa klien mampu untuk menentukan arah diri sendiri apabila

    mempunyai kepercayaan dan kesetiaan dalam diri mereka sendiri. Fromme K. D

    (2010) dalam bukunya Systems of Psychotherapy: Dialectical Tensions and

    Intergration mengatakan bahawa Rogers percaya bahawa klien berpotensi untukmengenal pasti masalah yang sedang dialami dan berusaha untuk

    menyelesaikannya sendiri selagi mana dia tidak terpengaruh dengan pandangan

    orang lain. Rogers (1967) di dalam Mohd Azhar Abdul Hamid et.all (2004) pula

    mempercayai bahawa manusia mempunyai potensi dan kebolehan semula jadi

    untuk memenuhi konsep utama ransangan pembelajaran untuk mencapai

    kesempurnaan diri yang dibentuk melalui system nilai serta kepercayaan diri dan

    orang lain. Kaunselor perlulah focus hanya pada masa sekarang iaitu perasaan klien

    pada masa sekarang dan mengendahkan perkara-perkara yang lepas.Oleh itu,

    dapat disimpulkan bahawa, teori ini mengutamakan kebebasan klien seperti yang

    dikemukakan oleh Zahbah B . Lep (2010).

    Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) pula menghuraikan

    bahawa manusia sebenarnya mempunyai pandangan tertentu dalam diri mereka

    masing-masing sehingga boleh menyebabkan timbulnya gangguan-ganguan yang

    mengarah manusia untuk melakukan tingkah laku bermasalah. Menurut RahilMahyuddin (2008), manusia diganggu bukan kerana perkara atau peristiwa tetapi

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    4/8

    kerana pandangan mereka sendiri terhadap perkara atau peristiwa yang mereka

    lalui. Oleh itu, Albert Ellis menekankan bahawa, pemikiran rasional perlu untuk

    mengubah pemikiran yang tidak rasional yang menjadi gangguan kepada tingkah

    laku bermasalah (Mohamed Sharif et. All, 2006). Menurut Zahbah B. Lep (2010),

    pemikiran yang tidak rasional dapat dikenal pasti sekiranya individu tersebut

    mempunyai ciri-ciri seperti rasa malu yang teramat, terlalu menuntut dan perasaan

    merendah diri yang teramat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, teori ini menitik

    beratkan kepada pemikiran, penganalisaan, perlakuan dan kemahiran membuat

    keputusan untuk mengubah pandangan tidak rasional.

    Teori behaviorisme pula ialah kajian tentang tingkah laku yang dapat

    diperhatikan melalui baka dan persekitaran dan berkaitan dengan pembelajaran.

    Manusia sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses

    pembelajaran ( Mohd Aziz et all 2009). Manusia bertindak dengan mempelajari

    tingkah laku daripada persekitaran yang dipengaruhi oleh kesan positif dan negatif.

    Tingkah laku yang berlaku secara spontan dinamakan tingkah laku operan manakala

    kelaziman iaitu tingkah laku semula jadi ada dalam diri seseorang individu tersebut.

    Rahil Mahyuddin dan Habibiah Elias (2008) mengatakan tumpuan utama

    pembelajaran ialah ransangan dalam persekitaran luaran iaitu ransangan, gerakbalas, pujukan, hukuman dan modifikasi tingkah laku. Tingkah laku bergantung

    kepada ransangan seperti peneguhan untuk membolehkan individu tersebut

    membuat modifikasi tingkah laku. Secara kesimpulannya, teori ini menekankan

    kepada aspek pembelajaran untuk membantu klien membuat modifikasi tingkah

    laku.

    3.2.4 Matlamat

    Matlamat teori kaunseling pemusatan klien ialah untuk membentuk self

    actualization atau penyempurnaan kendiri dalam diri seseorang individu. Menurut

    Donigian dan Malnati (1987), klien perlu merasakan diri mereka tidak disisihkan oleh

    orang lain. Justeru, mereka dapat menyatakan pengalaman dan perasaan mereka

    dengan lebih tenang apabila wujudnya kemesraan hubungan antara kaunselor dank

    lien.

    Matlamat teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) ialah untukmenghapuskan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional dengan menggalakkan klien

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    5/8

    belajar berfikir secara rasional. Menurut Mohamed Sharif et. all (2006), klien akan

    lebih memahami diri sendiri dan orang lain dalam proses mengubahsuai pemikiran

    mereka daripada pemikiran tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. Selain

    itu, matlamat teori ini adalah untuk membolehkan klien mengenalpasti tujuan dalam

    hidup mereka tanpa diganggu oleh pemikiran yang tidak rasional.

    Matlamat teori kaunseling behavioris ialah untuk mengurangkan dan

    menghapuskan tingkah laku yang tidak disesuaian. Tingkah laku disesuaikan perlu

    dikukuhkan untuk mengatasi kekurangan yang terdapat dalam tingkah laku tersebut.

    Selain itu, teori ini penting untuk meningkatkan kawalan kendiri individu untuk

    mengarah diri mereka kearah modifikasi tingkah laku yang positif. Teori ini juga

    penting untuk memperkembangkan kemahiran sosial demi mengukuhkan proses

    pembelajaran.

    3.2.5 Peranan kaunselor

    Teori kaunseling pemusatan klien mengutamakan peranan kaunselor sebagai

    fasilitator. Hal ini kerana teori ini lebih berpusatkan klien. Kaunselor perlu

    memberikan fokus kepada keunikan klien iaitu setiap klien mempunyai potensi dan

    perasaan yang tersendiri. Oleh itu, kaunselor perlu mempamerkan ciri-ciri

    kemesraan, empati, menerima, jujur dan konkrit. Sifat-sifat ini penting untuk

    merapatkan hubungan antara kaunselor dan klien.

    Dalam teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT), kaunselor

    seorang yang aktif dan mengarah untuik membuat pembetulan pemikiran yang tidak

    rasional.Mohd Sharil Mustaffa et all (2006) mengatakan bahawa teori ini adalah lebih

    berpusatkan kaunselor. Kaunselor perlu member fokus kepada analisis ABCDE iaitu

    A (objective facts,event,behaviour) yang merujuk kepada peristiwa dan perlakuan

    yang difikirkan oleh klien. B (personal belief) merujuk kepada kepercayaan iaitu

    kaunselor perlu member fokus kepada kepercayaan yang tidak rasional yang

    mengganggu klien. C (emotional consequence) yang merujuk kepada kesan emosi

    atau perasaan klien terhadap peristiwa tersebut.D (disputing) ialah sangkal

    kepercayaan iaitu kaunselor perlu mengajar klien untuk menghapuskan kepercayaan

    negative untuk mewujudkan pemikiran yang rasional. Manakala, E ( effective belief)

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    6/8

    meerujuk kepada kepercayaan efektif iaitu kaunselor perlu menggalakkan pemikiran

    yang rasional dalam diri klien.

    Dalam teori kaunseling behaviorisme pula, kaunselor berperanan sebagai

    guru. Kaunselor memainkan peranan secara aktif untuk menganalisis tingkah laku

    bermasalah dengan kesannya terhadap kehidupan klien. Kaunselor perlu

    menjelaskan matlamat sebenar klien dan merancang modifikasi tingkah laku yang

    bersesuaian.

    3.2.6 Teknik

    Menurut Malek Muhamat Said (2006), teori kaunseling pemusatan klien

    menggunakan sedikit sahaja teknik tetapi menekankan kepada sikap kaunselor.

    Kaunselor sebenarnya perlu menerima klien tanpa syarat, tulen dan kongruen.

    Teknik asas teori ini ialah mendengar secara aktif iaitu secara lisan dan bukan lisan,

    mempunyai empati, refleksi perasaan dan meminta penjelasan. Model ini tidak

    menggunakan ujian diagnostic, membuat interpretasi, mengambil satu kes atau

    menjalankan soal siasat bagi mendapatkan maklumat.

    Sebaliknya, teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT)

    menggunakan pelbagai teknik samada secara kognitif, efektif atau tingkah laku. Hal

    ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Gladding (1992) dalam Mohamed

    Shariff Mustaffa (2006) bahawa klien dan kaunselor akan memberi maklum balas

    dan cadangan dalam tiga bentuk iaitu kognitif, imaginasi dan tingkh laku. Menurut

    Malek Muhamat Said (2006),kaedah kognitif ialah seperti mempertikaikan

    kepercayaan tidak rasional, melaksanakan kerja rumah dan menukar corak

    pemikiran seseorang. Contohnya ialah melalui pertanyaan terus. Teknik efektif

    adalah seperti mai peranan, gambaran imej dan latihan membuang persaan malu

    untuk membolehkan klien melihat situasi sebenar diri mereka. Melalui perbincangan

    sikap atau tingkah laku, kaunselor dapat menyenaraikan masalah klien dan cara

    untuk mengatasinya.

    Sementara itu, teori kaunseling behaviourisme menggunakan teknik seperti

    kaedah bersantai, teknik peneguhan, pemodelan, penstrukturan semula kognitif,latihan asertif, latihan kemahiran sosial, program pengurusan kendiri, pengulangan

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    7/8

    ingkah laku dan lain-lain lagi, diagnosis dan penilaian dijalankan di luar sesi bagi

    membentuk dan mengendalikan pelan rawatan.

    3.2.7 Kelebihan dan kekurangan

    Teori kaunseling pemusatan klien menititk beratkan potensi klien untuk

    mempertingkatkan pembangunan keseluruhan individu. Selain itu, teori ini juga

    memberi penekanan kepada ketua kelompok sebagai fasilitator untuk memberikan

    perhatian kepada ahli untuk membina hubungan yang harmoni. Teori ini juga

    menekankan kepada memperbaiki kemahiran komunikasi personal. Peserta tidak

    dianggap sebagai sakit malah boleh bekerja dengan ahli mengenai pembangunanpersonal tanpa stigma negatif. Namun,menurut Vander Kolk ( 1985) teori ini tidak

    sesuai dengan klien yang memerlukan terapi atau struktur kerana mereka

    memerlukan psikoterapi yang lebih tersusun.

    Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) memudahkan kaunselor

    untuk menganalisis masalah klien. Hal ini kerana kaunselor dapat mengenal pasti

    masalah klien secara langsung melalui pemikiran rasional yang telah dinyatakan.

    Teori ini juga mengajar pemikiran logik kepada klien dan menggalakkan klien

    mengasah keupayaan intelektual dan cara berfikir dengan positif. Namun,menurut

    Corey (1990) dalam Mohamed Sharif Mustaffa et all (2006), teori ini memberi

    banyak penekanan kepada konfrontasi dan kesalahan sahaja. Zahbah B. Lep (2010)

    pula berpendapat bahawa klien yang tidak flexible atau sudah terlalu tua sukar

    mengikuti sesi kerana terlalu banyak kepercayaan salah yang telah tertanam dan

    sebati dengan diri mereka.

    Teori behaviorisme pula menggalakkan klien untuk sedar akan tingkah laku

    yang perlu diubah. Selain itu, klien juga mampu untuk menilai perubahan tingkah

    laku untuk menjadikannya satu yang lazim dalam kehidupan harian. Klien akan mula

    menyedari kekuatan pengukuhan dalam kelompok sebagai satu sumber sokongan

    psikologi dan sosial. Klien akan mudah untuk berusaha membentuk, meneguh,

    meninggalkan atau mengubahsuai tingkah laku mereka dalam persekitaran yang

    hampir dengan mereka. Namun, menurut Mohamed Shariff Mustaffa et. all (2006)

    lagi, teori ini lebih member penekanan kepada teknik dan kurang memberi masa

  • 8/2/2019 Per Banding An Antara Teori Kaunseling-finale

    8/8

    untuk individu. Hal ini kerana, teori ini lebih tertumpu kepada tingkah laku tertentu

    dalam kehidupan klien dan tidak mengenal pasti cara hidup klien secara

    keseluruhan contohnya latar belakang klien yang menyebabkan mereka bertingkah

    laku sedemikian.