32
KAUNSELING SILANG BUDAYA PERSOALAN DAN SARANAN DALAM MENGKAUNSEL ORANG KURANG UPAYA Pensyarah : Prof.Emeritus Dato’ Dr. Halim bin Othman Prof. Dr. Md Shuaib bin Che Din Disediakan : Ridzuan bin Hj. Mahmud (M1110299M05) Sadina bt. Md Din ( M1111286M05)

Kaunseling oku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Kaunseling oku

KAUNSELING SILANG BUDAYA

PERSOALAN DAN SARANANDALAM

MENGKAUNSEL ORANG KURANG UPAYA

Pensyarah : Prof.Emeritus Dato’ Dr. Halim bin Othman

Prof. Dr. Md Shuaib bin Che Din

Disediakan : Ridzuan bin Hj. Mahmud (M1110299M05) Sadina bt. Md Din ( M1111286M05)

Page 2: Kaunseling oku

PENGENALAN

Soal penekanan terhadap hak dan masa depan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah antara isu yang kini mula mendapat perhatian di mata dunia. Kebebasan dan kelantangan bersuara individu serta badan-badan bukan kerajaan atau NGO (Non Governmental Organizations) .

Dalam mengetengahkan pendapat dan masalah mengenai OKU di negara-negara maju terutamanya, menyebabkan nasib golongan ini kian terbela.

Page 3: Kaunseling oku

Sejarah Perkembangan Di MalaysiaSejarah Perkembangan Di Malaysia

1.Program pembangunan OKU di peringkat Kebangsaan, secara aktif bermula dengan pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982.

2. Mewujudkan Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990.

3. Pada 16 Mei 1994, Malaysia telah menandatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi OKU di rantau Asia dan Pasifik.

4. Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan kuota 1% jawatan di sektor awam untuk OKU. Pada tahun 2001 pula, kerajaan telah melancarkan Kod Amalan Pengajian OKU di sektor swasta melalui kod amalan ini.

5. Pada bulan November 2007, Akta Orang Kurang Upaya 2007 yang memberi hak perundangan kepada golongan OKU telah diluluskan di Parlimen.

Page 4: Kaunseling oku

Definisi Orang Kurang Upaya

Mengikut buku bertajuk Handbook of Care and Training for Developmental Disabilities, Orang Kurang Upaya (OKU) dinyatakan sebagai seseorang yang memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti (Heward, 2000).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO (World Health Organization) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNO (United Nations Organization), OKU pula bermakna:

Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.

Page 5: Kaunseling oku

Definisi Orang Kurang Upaya

OKU ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada fizikal (anggota) mahupun mental (ringan, sederhana, dan berat), penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009).

Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan).

Kategori Orang Kurang Upaya

Individu kurang upaya atau OKU boleh dikategorikan empat kategori iaitu:

Cacat penglihatanCacat akalCacat pendengaranCacat anggota

Page 6: Kaunseling oku

Kategori Orang Kurang UpayaKategori Orang Kurang Upaya

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2008) mengkategorikan OKU seperti berikut:

1. Kurang Upaya Pendengaran.

2. Kurang Upaya Penglihatan.

3. Kurang Upaya Fizikal.

4. Kurang Upaya Pertuturan.

5. Masalah Pembelajaran.

6. Kurang Upaya Mental.

7. Kurang Upaya Pelbagai atau Multiple Disabilities.

Page 7: Kaunseling oku

Kategori Orang Kurang UpayaKategori Orang Kurang Upaya

Kecacatan penglihatan

Kecacatan akal

Kecacatan yang menyebabkan kecerdasan akal seseorang terhad pertumbuhannya serta menghadkan kebolehan untuk belajar menggunakan kebolehan dengan baik.

Seseorang yang mengalami kecacatan akal ini tidak selaras dengan usia mereka dan mereka juga dikenali dengan penyakit seperti syndrome down.

Kecacatan penglihatan

Kecacatan akal

Kecacatan yang menyebabkan kecerdasan akal seseorang terhad pertumbuhannya serta menghadkan kebolehan untuk belajar menggunakan kebolehan dengan baik.

Seseorang yang mengalami kecacatan akal ini tidak selaras dengan usia mereka dan mereka juga dikenali dengan penyakit seperti syndrome down.

Orang yang tidak boleh melihat dengan terang atau jelas seperti orang biasa walaupun dibantu dengan penggunaan cermin mata .

Page 8: Kaunseling oku

Kecacatan pendengaran

Ialah individu yang pekak ataupun bisu.Salah satu kecacatan yang dikategorikan

kurang upaya dari segi fizikal

Kecacatan pendengaran

Ialah individu yang pekak ataupun bisu.Salah satu kecacatan yang dikategorikan

kurang upaya dari segi fizikal

Kecacatan anggotaKecacatan badan sama ada kehilangan salah satu anggota atau kecacatan pada mana-mana bahagian badan.

Termasuklah mereka yang mengalami penyakit polio, kudung, lumpuh separuh atau sebelah badan dan spastik.

Kecacatan anggotaKecacatan badan sama ada kehilangan salah satu anggota atau kecacatan pada mana-mana bahagian badan.

Termasuklah mereka yang mengalami penyakit polio, kudung, lumpuh separuh atau sebelah badan dan spastik.

Page 9: Kaunseling oku

peluang pekerjaan untuk orang

kurang upaya

Sikap terhadap orang kurang

upaya

Ciri-ciri perkembangan orang

kurang upaya

Isu – Isu Berkaitan Orang Kurang Upaya

Page 10: Kaunseling oku

Peluang Pekerjaan Untuk Orang Kurang UpayaPeluang Pekerjaan Untuk Orang Kurang Upaya

Mereka merasakan peluang untuk mendapatkan pekerjaan amat

tipis kerana majikan belum bersedia untuk menerima dan

memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Keengganan

majikan, disebabkan oleh andaian bahawa orang kurang upaya

ini akan kerap mengambil cuti dan memerlukan kadar insurans

yang tinggi disamping memerlukan keselamatan dan kemudahan

pasarana yang menyukarkan pihak majikan.

Page 11: Kaunseling oku

Sikap Terhadap Orang Kurang Upaya

Menurut Write (1983), French (1996), dan Zunker (2002)

berpendapat bahawa individu yang mengalami kecacatan

fizikal selalunya diberi status rendah dalam masyarakat dan

tidak dilayan seadilnya,mengakibatkan berlaku pengasingan

diri dan perasaan rendah diri di kalangan orang kurang

upaya.

Mereka tidak dapat menyesuaikan diri bila berhadapan

dengan pelbagai golongan, khususnya apabila ada

perjumpaan sosial di kalangan masyarakat.

Mereka lebih senang dan selesa berada di alam sendiri dan

bersama orang yang memahami mereka.

Page 12: Kaunseling oku

Ciri – Ciri Perkembangan Orang Kelainan Upaya

Kebiasaannya golongan oku dibesarkan dalam suasana terlalu

dilindungi oleh ibu bapa dan masyarakat.Kongkongan dan

sikap ibu bapa serta keluarga yang terlalu berhati-hati dan

tidak sanggup membiarkan anak mereka bersendirian

mengharungi liku – liku kehidupan menyebabkan mereka

terpaksa mengharapkan bantuan orang lain untuk

melakukan sesuatu pekerjaan.Mereka juga tidak berupaya

untuk membuat keputusan. Menurut pakar psikologi Alfred

Adler, orang-orang yang cacat fizikal mampu berjaya

dengan memampaskan kecacatan mereka dengan

kejayaan-kejayaan dalam berbagai bidang. Kini masih ramai

orang kurang upaya tidak dapat menunjukkan kepandaian

dan kejayaan mereka

Page 13: Kaunseling oku

Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)

Kebanyakan teori perkembangan kerjaya gagal dalam melihat

secara spesifik perkembangan kerjaya Orang Kurang Upaya

(OKU).

Model perkembangan kerjaya yang dicadangkan oleh R.M. Roth,

D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) merupakan antara modul

yang boleh digunakan dalam kaunseling kerjaya untuk OKU.

Modul ini berasaskan penilaian latar belakang fizikal dan sosial

individu, personaliti kerja yang dimiliki, motivasi, imej kendiri

vokasional, kecekapan kerja, tingkahlaku, kemahiran, hubungan

interpersonal, serta pilihan dan penyesuaian pekerjaan (Roth,

Hershenson & Hilliard eds., 1970).

Page 14: Kaunseling oku

Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)

Dari segi teori kaunseling kerjaya, OKU adalah sama dengan orang

biasa namun daripada segi praktiknya berlainan. Ini disebabkan

oleh kerana OKU menghadapi isu-isu dan masalah yang unik dan

mungkin tidak difahami oleh orang biasa. Pendekatan kaunseling

yang sedia ada perlu dibentuk berdasarkan keperluan OKU,

kerana pendekatan itu lebih sesuai untuk orang biasa.

Kaunselor juga perlu menyedari pelbagai jenis ketidakupayaan

yang dimiliki oleh OKU, kerana ia mempunyai kesan yang berbeza

berkaitan perkembangan kerjaya individu. Kesedaran kaunselor ini

penting bagi mewujudkan hubungan kaunseling yang berkesan

dengan klien.

Page 15: Kaunseling oku

Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)

Menurut kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat dan guru kaunselor sekolah pendidikan khas, masalah utama yang sering dihadapi semasa mengkaunsel oku ialah komunikasi . Kesannya

• Proses kaunseling mengambil masa yang lama.

• Maklumat tidak diperolehi dengan tepat.

• Proses menolong kurang berkesan.

• Kerahsiaan tidak dapat di kawal.

• Klien yang pekak dan bisu, memerlukan seorang juru bahasa sebagai pengantaraan perhubungan.Klien tidak dapat menyatakan sepenuhnya permasalahan kerana adanya pihak ketiga .

• Pertemuan perlu dilakukan berulang kali bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

• Kaunselor perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Page 16: Kaunseling oku

Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)

• Kaunselor perlu mengulangi soalan yang ditanya berulang kali bagi mendapatkan jawapan dari klien.

• Klien tidak mahu memberikan kerjasama. Biasanya kes rujukan.

• Kaunselor perlu menghubungi ibubapa atau penjaga , bagi mendapat maklumat tentang klien.

• Klien tidak menjawab dengan betul soalan yang dikemukan oleh kaunselor. contoh: Kaunselor : Wan ada berapa beradik? Klien : Empat beradik.. Kaunselor : Wan anak ke berapa? Klien : Enam…

• Kaunselor perlu melayani klien bagi mendapat hubungan yang baik (rapport).

Page 17: Kaunseling oku

Contoh : Mengkaunsel orang kelainan upaya.

Kes: Berguling dan tidur di atas padang.

Latar belakang klien:Pelajar tingkatan 2.Umur : 15 tahunMasalah : Pembelajaran ,mempunyai fikiran seperti keanak –anakan dan hiperaktif – banyak cakap dan suka ganggu kawan.Pekerjaan Bapa : Jurutera

Sesi kaunseling 1 Sesi kaunseling 2

Page 18: Kaunseling oku

Cadangan Proses Kaunseling OKUFasa I : Mengenal pasti matlamat atau masalah klien. Kaunselor mengenal pasti matlamat atau masalah klien, perasaan serta

fikiran klien . Adalah penting bagi kaunselor untuk cuba membentuk satu hubungan

kerja yang berkesan dengan klien kurang upaya. Kaunselor perlu mengenal pasti dengan jelas serta memberi penjelasan tentang tanggungjawab kaunselor serta klien dalam proses ini.

Daripada tahap awal lagi, klien harus diberikan galakan supaya melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam proses kaunseling.

Dua elemen penting yang perlu bagi klien ialah : i. Bertanggungjawab atas tindakan dan akibat tindakan itu.ii.Bertanggungjawab di atas pembuatan keputusan.

Seterusnya elemen penting bagi kaunselor dalam hubungan kaunseling ialah :

Kaunselor perlu tahu dan bersedia memberitahu klien segala limitasi yang ada padanya berhubung pengetahuannya tentang keadaan kecacatan tertentu.

Kaunselor mesti menunjukkan sikap penerimaan tanpa syarat atau anggapan positif terhadap klien.

Page 19: Kaunseling oku

Mengumpul dataMengumpul data

Setelah hubungan antara kaunselor dengan klien terbentuk, kaunselor teruskan dengan proses pengumpulan data.

Beberapa soalan boleh dikemukakan kepada klien termasuklah soalan berkaitan dirinya dan persekitaran.

Contoh: Kenapa Alid selalu datang lewat ? Boss marah tak ?

Soalan-soalan seperti ini merupakan titik permulaan kepada proses eksplorasi .

Satu lagi soalan yang boleh dikemukakan ialah soalan yang berkaitan secara langsung dengan masalah-masalah orang kurang upaya iaitu soalan tentang halangan-halangan peribadi dan persekitaran yang dialami oleh klien dalam kehidupannya.

Contoh: Alid kata, Alid telefon awek . Boleh tak kalau tak telefon dia? Seterusnya dicadangkan juga kaunselor mengemukakan

soalan tentang gaya pembuatan keputusan klien. Contoh : Habis tu, Alid nak buat macam mana?

Page 20: Kaunseling oku

Memahami dan membentuk hipotesis tentang tingkah laku klien. Setelah maklumat tentang klien seperti halangan-halangan

peribadi dan persekitaraan serta pola pembuatan keputusan klien diperolehi, kaunselor dan juga klien sudah bersedia untuk membentuk hipotesis bagaimana maklumat-maklumat yang diperolehi itu dapat dikaitkan dengan proses perubahan tingkah laku.

Pada tahap ini, disarankan kaunselor menggunakan segala asas teori kaunseling dan psikoterapi yang dipunyai serta maklumat-maklumat yang dia peroleh tentang individu kurang upaya sebagai panduan dalam memahami dan menginterpretasi tingkah laku dan maklumat klien.

Page 21: Kaunseling oku

Proses Kaunseling : Fasa II

Mengambil tindakanDi tahap ini kaunselor dan klien mengambil tindakan untuk kemajuan diri yang positif.

Di sini proses kaunseling menggunakan asas teori dan prosedur penilaian yang komprehensif, realistik dan berfokuskan kepada keperluan, kehendak, kemahiran dan kelemahan-kelemahan yang ada pada klien.

Prosedur penilaian juga perlu mengambil kira kekuatan yang ada pada klien dalam proses pembentukan matlamat.

Memandangkan bahawa kecacatan klien mungkin memberi kesan kepada orang terdekat seperti keluarga, ahli-ahli keluarga yang dikenalpasti oleh klien boleh dijemput turut sama di tahap ini.

Page 22: Kaunseling oku

Menilai keberkesanan kaunseling dan menamatkan hubungan

Bagi kebanyakan proses kaunseling, penglibatan klien yang aktif dan sepenuhnya merupakan elemen penting yang akan menyumbang kepada kejayaan kaunseling.

Untuk menjayakan proses perkembangan diri orang kelainan upaya, khidmat susulan adalah diperlukan.

Oleh itu, apabila menamatkan hubungan kaunseling, kaunselor dan klien perlu menentukan satu cara bagi memastikan pencapaian segala perancangan yang diadakan.

Walaupun susulan itu perlu dilakukan oleh kaunselor, kejayaan dan pencapaian klien bergantung kepada diri mereka sendiri dan keupayaan mereka untuk merealisasikan apa yang telah dirancangkan.

Page 23: Kaunseling oku

SARANAN MENGKAUSEL OKU

M.J. Leahy dan E.M. Szymanski (1993) menyarankan beberapa cadangan yang berguna dalam menjalankan kaunseling untuk OKU.a.Berkomunikasi dengan jelas.b.Menggunakan ayat yang pendek, jelas dan dan ringkas.c.Kaunselot perlu bersedia bagi OKU yang tiada sokongan keluarga.

J.F. Kosciulek (2003) mencadangkan dua fasa;i.melibatkan proses mengenal pasti masalah ataupun matlamat klien, mengumpul data dan memahami, serta membentuk hipotesis berkaitan tingkah-laku klien.

ii. Tindakan klien membentuk matlamat, merancang tindakan dan menilai keberkesanan kaunseling serta menamatkan sesi kaunseling.

Page 24: Kaunseling oku

SARANAN MENGKAUSEL OKU

R.M. Roth, D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) mengatakan bahawa tidak ada kaunselor yang dapat memberikan kaunseling yang berkesan kepada orang cacat, terutamanya orang cacat penglihatan, melainkan dia benar-benar memahami permasalahan tertentu yang dialami oleh golongan ini. Kaunselor tersebut harus memahami sejauh mana ketidakupayaan seseorang itu mempengaruhi tahap sosial,emosi,kemampuan vokasional mereka.

Menurut R.M. Roth, D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) lagi, kaunselor juga perlu menyedari bahawa mereka sedang berurusan dengan Orang Kelainan Upaya (OKU). Oleh itu, segala keputusan atau alternatif yang dipilih hendaklah selaras dengan keupayaan atau kemampuan golongan ini. Walau bagaimanapun, kaunselor tidak perlulah terlalu terikat dengan kekangan - kekangan tertentu seperti perasaan simpati yang melebihi perasaan empati sehingga menjejaskan kelancaran proses kaunseling.

Page 25: Kaunseling oku

SARANAN MENGKAUSEL OKU

1.Menggunakan bahasa yang mudah.2.Menggunakan teknik yang bersesuaian.3.Menghormati nilai dan kepercayaan klien.4.Memberi penekanan kepada kekuatan klien.5.Perlu ada unsur humor bagi menarik minat dan pengekalan sesi.6.Perlu mengelakkan isu sensitif yang membolehkan emosi klien berubah.7.Kaunselor perlu bertindak secara realistik.8.Memerlukan sokongan ahli keluarga terutama dalam proses membuat keputusan.9. Kaunselor perlu kreatif dan terbuka dalam perkembangan populasi OKU yang heterogeus.10. Tugasan yang diberikan mestilah mudah dan ringkas.11. Khidmat susulan amat diperlukan.

Page 26: Kaunseling oku

Peranan Kaunselor bagi Peranan Kaunselor bagi OKUOKU

Kaunselor

sebagai penyelaras

Kaunselor sebagai orang tengah

Kaunselor sebagai perunding

Kaunselor sebagai role –model

Page 27: Kaunseling oku

Kaunselor sebagai penyelaras Kaunselor bagi golongan orang kurang upaya perlu memainkan

peranan sebagai penyelaras dan bekerjasama dengan guru, pentadbir, ibu bapa serta badan-badan kerajaan dan swasta bagi memastikan program yang dibentuk dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

Kaunselor sekolah juga adalah ahli kepada pasukan yang bekerjasama dengan personalia sekolah dan kementerian pendidikan, guru pendidikan khas, doktor perubatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain dalam usaha membantu individu kurang upaya.

Kaunselor sebagai perunding Kaunselor juga berperanan sebagai perunding yang

berkesan disamping menjadi orang yang akan menyuarakan keperluan dan kehendak orang kurang upaya.

Oleh kerana diandaikan kaunselor adalah orang yang berpengetahuan tentang orang kurang upaya, maka dialah yang

akan dapat menyampaikan maklumat yang diperlukan kepada

majikan yang terlibat dalam program-program penempatan orang kurang upaya.

Page 28: Kaunseling oku

Kaunselor sebagai orang tengah

Sebagai seorang kaunselor kerjaya, salah satu peranan yang perlu dimainkan ialah membentuk jaringan kerja dengan badan-badan kerajaan, industri dan organisasi perniagaan. Hasil daripada jaringan kerja ini kaunselor dapat mengetahui majikan mana yang bersedia memberi peluang pekerjaan untuk orang kurang upaya. Di samping itu, kaunselor dapat juga cuba mempengaruhi majikan-majikan untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya sambil membantu majikan memahami keperluan orang kurang upaya.Kaunselor kerjaya boleh mengadakan pertemuan dengan majikan-majikan yang mempunyai keraguan dan takut untuk mengambil pekerja kurang upaya serta memberi pengetahuan tentang tentang jenis-jenis kecacatan dan apa yang mereka perlu tahu. Bagi Lombana (1992, dalam Zunker, 2002) pengetahuan dan kefahaman tentang orang kurang upaya adalah satu cara yang berkesan dalam menghapuskan sikap negatif dan membentuk sikap positif terhadap orang kurang upaya.

Page 29: Kaunseling oku

Kaunselor sebagai role - modelKaunselor sebagai role - model

Kaunselor perlu menunjukkan sikap yang positif, memahami

dan bersimpati terhadap orang kurang upaya.

Sikap dan sifat kaunselor itu akan menjadi contoh kepada orang lain dalam masyarakat terutama sekali majikan yang bakal mengambil orang kurang upaya untuk bekerja dengan mereka.

Page 30: Kaunseling oku

Kecekapan yang perlu ada sebagai kaunselor oku.

Mempunyai

pengetahuan

tentang orang

kurang upaya

Menjadi kreatif dan

proaktif

Bersedia

menjadi

terbuka dan

ikhlas

Mempunyai

kemahiran

berbahasa

isyarat

Page 31: Kaunseling oku

Rumusan

Kaunseling yang efektif perlu dilaksanakan bagi membantu golongan ini mencapai kejayaan dalam semua bidang termasuk kerjaya dan seterusnya mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Namun, tanpa komitmen dan sokongan yang padu

daripada semua pihak, usaha murni ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya, malah kebajikan golongan OKU juga tidak akan terbela dan tiada jalan penyelesaiannya sampai bila-bila.

Page 32: Kaunseling oku

Terima kasih